PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Similar documents
PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

"66O "8 '

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Faculty Of Information and Communication Technology

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

NOORHASNI BINTI HASAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

Transcription:

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4 STILLAH BINTI SITIM Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia NOVEMBER 2007

iii Untuk suami tersayang, Michael Endang Untuk Ibunda yang di kasihi, Sulinah Angkatak Ingatan abadi buat ayahanda tercinta, Mendiang Sitim Sobondok Dan seluruh keluarga.

iv PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas berkat dan limpah karuni-nya yang tidak terhingga sehingga saya dapat membangunkan sebuah perisian yang telah dibina sepanjang 1 semester di UTM dengan jayanya. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Abdul Razak Bin Idris selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta pandangan sepanjang saya membangunkan projek ini. Jutaan terima kasih juga kepada seluruh keluarga saya terutamanya suami yang tersayang dan juga ibu yang dikasihi yang banyak membantu saya dari segi kewangan, sokongan dan dorongan sehingga saya dapat membangunkan projek ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu saya samada secara langsung atau tidak langsung sehingga projek yang saya jalankan ini siap dengan jayanya.

v ABSTRAK Matlamat projek ini adalah membangunkan sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang interaktif bagi matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk membangunkan perisian ini dan mengaplikasikan Teori Behaviorisma sebagai pendekatan pengajarannya. Pengguna akan dipaparkan kepada objektif perisian terlebih dahulu dan diberi pilihan samaada pengguna ingin menjalankan tutorial ataupun latihan pengukuhan dalam bentuk soalan yang pelbagai. Perisian dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris dimana ianya adalah bahasa pengantar untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah. Penggunaan gambar, teks, animasi dan butang-butang kawalan yang sepenuhnya dikawal oleh pelajar dalam persekitaran pembelajaran secara penerokaan termasuk latihan pengukuhan sebagai pengujian dan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari topik ini. Perisian ini menggunakan Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan dibantu dengan perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop CS, Macromedia Flash MX 2004, Sound Forge 6.0, Macromedia Captivate dan Ulead Video Studio9.

vi ABSTRACT The purpose of this project was to develop an interactive computer basedlearning courseware for the subject Information and Communication Technology, Form 4 under topic Computer Security. Hanafin & Peck Instructional Design Model was used as guide to develop this courseware and Behaviorism approached was used for deliver contents. English Language is used in this courseware because it is the medium of instruction for this subject in schools. Users can control their own learning by using control button provided in this courseware. Games and activities provided to enhanced student s learning. Macromedia Authorware 6.5 has been used to develop this courseware with support of other software such as Adobe Photoshop CS, Macromedia Flash MX 2004, Sound Forge 6.0, Macromedia Captivate and Ulead Video Studio9.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH ii iii iv v vi vii xi BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Projek 5 1.5 Objektif Perisian 6 1.6 Rasional Projek 6 1.7 Kepentingan Projek 7 1.8 Skop Kajian 7 1.9 Pengguna Sasaran 8 1.10 Definisi Istilah 8 1.11 Penutup 9

viii BAB 2 SOROTAN PENULISAN 10 2.1 Pengenalan 10 2.2 Teknologi Pendidikan dalam P&P. 10 2.3 Multimedia Dalam Pendidikan 12 2.4 Elemen-Elemen Multimedia 13 2.4.1 Teks 14 2.4.2 Grafik 14 2.4.3 Audio 15 2.4.4 Video 15 2.4.5 Animasi 15 2.5 Keberkesanan PBK 16 2.5.1 Kelebihan PBK 17 2.5.2 Kelemahan PBK 19 2.6 Teori-teori Pembelajaran 21 2.6.1 Teori Behaviourisme 22 2.7 Strategi Pengajaran Dalam PBK 25 2.7.1 Tutorial 25 2.7.2 Latih Tubi 26 2.7.3 Permainan 26 2.7.4 Simulasi 27 2.8 Proses Pembangunan PBK 27 2.9 Model Pembangunan Hanafin & Peck 28 2.9.1 Fasa Analisis Keperluan 28 2.9.2 Fasa Rekabentuk 29 2.9.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 29 2.10 Penutup 30 BAB 3 REKABENTUK PERISIAN 31 3.1 Pengenalan 31 3.2 Model Reka Bentuk Perisian 31 3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 32 3.2.1.1 Tajuk Dan Skop Pelajaran 32

ix 3..2.1.2 Pengguna Sasaran 32 3..2.1.3 Objektif 33 3.2.2 Fasa Rekabentuk 33 3.2.2.1 Strategi Pengajaran 33 3.2.2.2 Carta Alir 34 3.2.2.3 Perisian Yang Digunakan 36 3.2.2.4 Perkakasan 37 (a) Perkakasan Yang Digunakan Pembangun 37 (b) Perkakasan Main Balik 38 3.2.3 Fasa Pembangunan Perisian 38 3.3 Penutup 39 BAB 4 HASIL REKABENTUK PERISIAN 40 4.1 Pengenalan 40 4.2 Penyimpanan Dan Penyebaran 40 4.3 Kandungan Perisian 41 4.3.1 Montaj 41 4.3.2 Induksi 42 4.3.3 Objektif Perisian 42 4.3.4 Pendaftaran Pengguna 43 4.3.5 Menu Utama 44 4.3.6 Definition 45 4.3.7 Threat 47 4.3.8 Measures 48 4.3.9 Evaluation 50 4.3.10 Activity 55 4.3.11 Audio On Dan Off 57 4.3.12 Credit 58 4.3.13 Quit 58 4.4 Ciri-Ciri Perisian 59 4.4.1 Interaktiviti 59 4.4.2 Teks 60

x 4.4.3 Grafik 60 4.4.4 Audio 60 4.4.5 Video 61 4.4.6 Animasi 61 4.5 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam Perisian 61 4.6 Penutup 64 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 65 5.1 Pengenalan 65 5.2 Perbincangan 66 5.3 Masalah-Masalah Yang Di Hadapi Semasa Pembangunan Perisian. 67 5.3.1 Kepakaran Dan Pengalaman 67 5.3.2 Kekangan Masa 67 5.3.3 Kreativiti Untuk Merekabentuk Paparan 68 5.4 Kelebihan Perisian 68 5.5 Kelemahan Perisian 70 5.6 Cadangan 71 5.6.1 Meningkatkan Kemahiran 71 5.6.2 Meningkatkan Daya Kreativiti. 71 5.7 Kesimpulan 72 5.8 Penutup 73 RUJUKAN 74

xi SENARAI RAJAH NO. TAJUK MUKA RAJAH SURAT 2.1 Model Hanaffin & Peck 28 3.1 Carta Alir Perisian 35 4.1 Paparan Montaj 42 4.2 Paparan Objektif Perisian 43 4.3 Paparan Pendaftaran Pengguna 44 4.4 Paparan Menu Utama 45 4.5 Paparan Montaj Definition 46 4.6 Paparan Nota Dalam Menu Definition 46 4.7 Paparan Nota Definition 47 4.8 Paparan Sub topik Security Threat 48 4.9 Paparan Muka Depan Dalam Nota Security Measures 49 4.10 Paparan Nota Data Backup 49 4.11 Paparan Simulasi Penyimpanan Data 50 4.12 Paparan Muka Depan Evaluation 51 4.13 Paparan Soalan Dalam Bentuk Objektif 52 4.14 Paparan Maklum Balas Positif 52 4.15 Paparan Maklum Balas Negatif 53 4.16 Paparan Yang Menunjukkan Peluang Menjawab Soalan Sebanyak 2 Kali Sahaja. 53 4.17 Paparan Soalan Betul Salah Bagi Peneguhan

xii Positif 54 4.18 Paparan Soalan Betul Salah Bagi Peneguhan Negatif 54 4.19 Paparan Skor Markah 55 4.20 Paparan Pemilihan Aktiviti 56 4.21 Paparan Activity 1 56 4.22 Paparan Activity 2 57 4.23 Paparan Pembangun Perisian 58 4.24 Paparan Keluar Perisian 59

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi pada masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Teknologi bukan sahaja berkembang pesat di dalam bidang perindustrian, bidang pertanian dan sebagainya malah penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan juga kian meluas. Program pendidikan di negara ini, khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem

2 komputer. Bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrifan serta skopnya sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya. (Zanariah dan Rosmayuzie, 2001) Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Hon Choon Kim (2005), sebagai langkah untuk meningkatkan pendedahan serta pengetahuan ICT di kalangan pelajar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai program antaranya program bestari, komputer dalam pendidikan, pengajaran dan pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, My-schoolnet dan portal My-GFL atau Malaysian Great For Learning. Dalam konsep Sekolah Bestari, pembelajaran yang dikaitkan adalah bercorak terarah kendiri, lebih memberikan kemampuan terhadap individu, kesinambungan dan reflektif. Ini berlaku dengan adanya bekalan teknologi daripada sumber media dan jaringan yang terdapat dalam sistem komputer yang dapat dihubungkan ke serata dunia untuk mendapatkan sumber maklumat. Kaedah seperti ini dapat membantu pelajar meneroka dengan lebih luas maklumat melalui kaedah pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dimana guru berperanan sebagai fasilitator untuk mengembang pengetahuan generik pelajar tersebut. Perlaksanaan Sekolah Bestari ini telah membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada (KPM, 1997). Pendedahan terhadap pengetahuan komputer perlu diterapkan di peringkat awal lagi di mana matlamat ICT di peringkat sekolah menyatakan bahawa ianya dapat membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi

3 maklumat dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan teknologi maklumat bagi menyelesaikan masalah. Di samping pengetahuan dan kemahiran, ICT juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan sumbangan teknologi maklumat kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja (PPK, 2001). Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini ialah satu mata pelajaran pilihan yang ditawarkan di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat dan membina sikap yang bersesuaian untuk menghadapi cabaran dalam era maklumat. Pengetahuan, kemahiran serta sikap yang diperoleh melalui mata pelajaran ini membolehkan para pelajar menyambung pelajaran dalam bidang teknologi maklumat di peringkat pengajian yang lebih tinggi mahupun menggunakan pengetahuan dan kemahiran ini dalam bidang pengajian yang lain atau bidang kerjaya yang mereka ceburi (PPK, 2001). 1.2 Latar Belakang Masalah Dalam pengajaran tradisi, komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap

4 mata pelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan ianya sebagai satu mata pelajaran yang sukar untuk difahami (Jamaludin & Zaidatun, 2003). Menurutnya lagi, penyediaan alat bantu mengajar bagi pengajaran tradisi juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan minat para pelajar terhadapnya. Biasanya pelajar memerlukan rangsangan yang pelbagai untuk memotivasikan mereka belajar selain daripada merujuk kepada buku yang merupakan sumber ilmu tradisional yang mana membosankan dan kurang menarik. Menurut Mahzan (2004), faktor pertama yang sering disebut sebagai penghalang proses P&P ialah faktor jumlah pelajar yang ramai dalam sesebuah bilik darjah di sekolah. Jumlah pelajar yang ramai ini akan menjadikan guru tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada setiap individu pelajar, terutamanya pelajar yang perlu kepada tumpuan yang khusus. Jumlah pelajar yang ramai ini bukan sahaja menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah kurang selesa malah interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar yang amat perlu bagi suasana pembelajaran yang berkesan tidak dapat dilaksanakan oleh guru dengan mudah. 1.3 Pernyataan Masalah Keselamatan komputer adalah salah satu daripada topik-topik yang terdapat dalam Sukatan Mata pelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4. Mata pelajaran ini adalah mata pelajaran yang baru diperkenalkan kepada pelajar sekolah menengah. Oleh kerana matapelajaran ini baru diperkenalkan di sekolah maka masih kurang perisian matapelajaran ICT di pasaran.

5 Dalam mempelajari matapelajaran ICT, pelajar bukan sahaja didedahkan tentang penggunaan teknologi komputer malah keselamatan komputer juga dititik beratkan. Keselamatan komputer adalah sangat penting bukan sahaja untuk dipelajari namun perlu disedari pada setiap individu khususnya pengguna komputer. Betapa pentingnya keselamatan komputer ini boleh dilihat pada masa kini iaitu dengan wujudnya kempen-kempen tentang kesedaran keselamatan komputer yang dijalankan di universiti-universiti contohnya. Bagi membantu guru dalam menyampaikan tajuk keselamatan komputer ini pembangun ingin menghasilkan satu perisian pembelajaran berbantukan komputer sebagai panduan yang lebih efektif untuk memudahkan pelajar memahami setiap prosedur keselamatan komputer tersebut. Di samping itu, usaha pembangunan perisian ini dapat menambahkan lagi sumber rujukan tambahan dan sebagai alat bantu mengajar kepada pengguna yang disasarkan. 1.4 Objektif Projek Objektif bagi projek ini ialah membangunkan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi di bawah tajuk Keselamatan Komputer Tingkatan 4.

6 1.5 Objektif Perisian Pembangun mengharapkan agar perisian ini akan dapat: I. Membantu pelajar memahami maksud keselamatan komputer. II. Memberi pengetahuan tentang ancaman-ancaman dalam keselamatan komputer. III. Membantu pelajar memahami langkah-langkah pencegahan dalam keselamatan komputer. 1.6 Rasional Projek Pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi tajuk Keselamatan komputer adalah sebagai proses mengaplikasikan teknologi multimedia dalam pendidikan di sekolah. Di samping itu, ianya menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi kekurangan alat bantu mengajar terutamanya dalam pengenalan kepada elemen-elemen keselamatan komputer ini. Dengan bantuan grafik dan animasi ianya dapat membantu menunjukkan langkah-langkah dalam mengaplikasikan elemen dalam keselamatan komputer. Kaedah penyampaian isi pelajaran juga boleh digunakan oleh guru-guru atau golongan pendidik dalam pengajaran mereka malahan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pelajar selain sumber buku teks.