UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

"66O "8 '

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

NOORHASNI BINTI HASAN

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

Faculty Of Information and Communication Technology

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Transcription:

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH AKADEMIK : SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MANIR, KUALA TERENGGANU ZURAIDAH BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PELAJAR DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH AKADEMIK : SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MANIR, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU ZURAIDAH BINTI ALIAS Tesis ini dikemukakan sebagai Memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

ii

iii DEDIKASI Teristimewa Buat, Ayahanda dan Bonda yang dikasihi (Alias Mohammed dan Tun Hasnah Tun Salim) yang sentiasa mendoakan kejayaanku.jasa dan pengorbanan kalian membesarkanku selama ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat segala doa, pengorbanan, kerinduan dan kesabaran kalian besar ertinya buatku Khas Buat, Abang-abang serta Kakak-kakak tersayang terima kasih di atas nasihat serta dorongan yang diberikan selama ini nasihat dan doa kalian membakar semangat untuk ku mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi Jua Buat, Saudara dan Sahabat handai yang telah banyak membantu jasa dan pengorbanan kalian tidak akan ku lupakan Semoga Kalian diberkati Allah S.W.T

iv PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya akhirnya saya berjaya menyelesaikan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia saya Tn. Hj. Mohd Mohsin B. Uzir di atas kesungguhan beliau membimbing dan memberi tunjuk ajar di sepanjang perjalanan kajian ini sehingga selesai. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang memberikan bantuan samaada secara langsung ataupun tidak langsung khususnya pengetua dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir yang terlibat dalam kajian ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terenggganu (Unit Perhubungan) di atas kerjasama yang diberikan dalam usaha melancarkan dan menjayakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam mengeluarkan pendapat bagi menjayakan kajian ini. Sekian, Terima Kasih.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Mata pelajaran ini adalah salah satu mata pelajaran yang ditawarkan kepada para pelajar di Sekolah Menengah Akademik kini. Soalan-soalan yang berkaitan gaya pengajaran guru, minat pelajar, sikap pelajar dan kemudahan pembelajaran ditekankan di dalam kajian ini. Kajian dibuat di dua buah sekolah di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. Sampel kajian terdiri daripada 54 pelajar tingkatan 5 tahun 2006 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set borang soal selidik kerana ianya lebih praktikal serta menjimatkan masa. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini adalah α = 0.82. Data yang dikumpul, dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) 12.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dapatan kajian mendapati aspek-aspek yang dikaji berada di tahap sederhana. Daripada dapatan kajian jelas membuktikan bahawa aspek-aspek yang dikaji telah memainkan peranan yang penting dalam mendorong pelajar untuk menguasai mata pelajaran ini di sekolah.

vi ABSTRACT The aim of this research was to identify the factors that influences form five students achievement in Engineering Drawing, is one of the subject offered to students in ordinary daily secondary school. The main focus of this research is to look at various aspects such as teaching styles, student interest, student attitude and study facilities in order to have good examination result. This research was done at two secondary schools in Kuala Terengganu. The school involved were Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong and Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. The pupils involved were 54 students, all from form five student, who studied in Engineering Drawing in 2006. The instrument was questionnaire which were more practical and save time. The reliability of the instrument is α = 0.82. Data collected was analysed using the SPSS (Statistical Package For Social Science) 12.0 for windows to obtain frequencies, percentages and means. The result shows that the factors such as teaching styles, student interest, student attitude and study facilities are at medium level. However, those aspects are important factors in motivating the students in learning the subject at school.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Halaman Judul Halaman Pengakuan Dedikasi Penghargaan Abstrak Abstract Senarai Kandungan Senarai Lampiran Senarai Jadual Senarai Singkatan i ii iii vi v vi vii xi xii xiv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang 2 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4 Persoalan Kajian 8 1.5 Objektif Kajian 9 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.7 Skop Kajian 10

viii 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Definisi Istilah 10 1.10 Penutup 13 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 14 2.1.1 Gaya Pengajaran 14 2.1.2 Faktor Minat 16 2.1.3 Faktor Sikap 18 2.1.4 Faktor Kemudahan Pembelajaran 19 2.2 Kesimpulan 21 BAB III METODOLOGI 3.1 Pengenalan 22 3.2 Rekabentuk Kajian 22 3.3 Populasi dan S ampel Kajian 23 3.4 Instrumen Kajian 23 3.4.1 Bahagian A 23 3.4.2 Bahagian B 24 3.5 Kajian Rintis 25 3.6 Kesahan Soal Selidik 26 3.7 Prosedur Pengumpulan Data 26 3.7.1 Pengedaran Soal Selidik 27 3.7.2 Pengumpulan Data 27

ix 3.8 Analisis Data 27 3.9 Penutup 29 BAB IV ANALISIS 4.1 Pendahuluan 30 4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang Responden) 31 4.2.1 Sekolah 31 4.2.2 Jantina 32 4.2.3 Bangsa 32 4.3 Analisis Bahagian B 33 4.3.1 Gaya Pengajaran Guru 34 4.3.2 Minat Pelajar 38 4.3.3 Sikap Pelajar 42 4.3.4 Kemudahan Pembelajaran 46 4.4 Analisis Keseluruhan 49 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 51 5.2 Rumusan 51 5.3 Perbincangan 54 5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 54 5.3.2 Perbincangan Berdasarkan Persoalan Kajian 55 5.3.2.1 Persoalan Kajian 1 56 5.3.2.2 Persoalan Kajian 2 58

x 5.3.2.3 Persoalan Kajian 3 60 5.3.2.4 Persoalan Kajian 4 63 5.4 Cadangan 5.4.1 Pelajar 65 5.4.2 Guru 66 5.4.3 Pihak Sekolah 66 5.5 Cadangan Lanjutan 67 5.6 Penutup 68 BIBLIOGRAFI Bibliografi 69 LAMPIRAN Lampiran A - E 73-83

xi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 73 B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia (EPRD) 79 C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) 81 D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 82 E Kesahan Soal Selidik 83

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Mata pelajaran pilihan bagi Sijil Pelajaran Malaysia 3 yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 1.2 Analisa Keputusan Peperiksaan Lukisan Kejuruteraan SPM 2004 Mengikut Bilangan Pelajar Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong 5 1.3 Analisa Keputusan Peperiksaan Lukisan Kejuruteraan SPM 2004 Mengikut Bilangan Pelajar Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Manir 5 3.1 Susunan Item-Item Dalam Set Soal Selidik 24 3.2 Skala Likert 25 3.3 Skala Pemeringkatan 28 3.4 Julat Min Bagi Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Lukisan Kejuruteraan 29 4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Sekolah 31 4.2 Jantina Responden 32 4.3 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Gaya Pengajaran Guru Yang Dapat Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 34 4.4 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Minat Pelajar Dalam Lukisan Kejuruteraan Mempengaruhi Pencapaiannya 38

xiii 4.5 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Sikap Pelajar Dalam Lukisan Kejuruteraan Mempengaruhi Pencapaiannya 42 4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Kemudahan Pembelajaran Yang Dapat Mempengaruhi Pencapaiannya 46 4.7 Analisis Keseluruhan 49

xiv SENARAI SINGKATAN STS - Sangat Tidak Setuju TS - Tidak Setuju TP - Tidak Pasti S - Setuju SS - Sangat Setuju KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPM - Sijil Pelajaran Malaysia SPSS - Statistical Package For Social Science UTM - Universiti Teknologi Malaysia % - Peratus f - Frekuensi EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan JPN - Jabatan Pelajaran Negeri KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan satu keperluan dalam kehidupan. Ianya melibatkan satu proses pengajaran dan pembelajaran samaada secara formal ataupun tidak formal. Menurut Ralph W.Tyler (1991), pendidikan ialah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia di mana ianya bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas, termasuk pemikiran dan perasaan serta perbuatan nyata. Robiah Sidin (1994) pula menyatakan pendidikan adalah bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai yang diingini untuk suatu sistem pendidikan yang dianggap baik atau berguna kepada masyarakat. Siti Fatimah Yakob (2000), dalam kajiannya menyatakan pendidikan sebagai satu kaedah atau pendekatan yang dikenalpasti dapat membantu dalam melahirkan masyarakat yang berkebolehan dan mahir dalam bidang teknikal serta mampu menjana sebagai penyumbang teknologi kepada masyarakat dan negara. Bagi merealisasikan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, pelbagai usaha dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara luar. Antara langkah yang diambil oleh pihak kementerian ialah dengan memperkenalkan Sistem Pensijilan Terbuka bagi Sijil Pelajaran Malaysia. Sistem ini

2 diperkenalkan pada tahun 2000 yang mana menawarkan mata pelajaran vokasional, teknikal dan teknologi kepada pelajar-pelajar sebagai mata pelajaran pilihan. Salah satu daripada mata pelajaran yang ditawarkan sebagai mata pelajaran pilihan ialah Lukisan Kejuruteraan (Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2001). Lukisan Kejuruteraan diperkenalkan dalam sistem pensijilan terbuka bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik dan jentera. Ini kerana sektor kejuruteraan menjadi antara sektor yang menawarkan banyak pekerjaan di negara kita. Kepesatan industri negara secara tidak langsung meningkatkan permintaan untuk jurutera dan juruteknik. Dengan memperkenalkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah akademik, secara tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan juga dapat membantu pelajar-pelajar ke arah kerjaya yang lebih cerah (Sumber : Kementerian Pelajaran, 2001). 1.2 Latar belakang Lukisan Kejuruteraan telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di sekolah akademik yang terpilih pada tahun 1995 sebagai mata pelajaran elektif baru bagi tingkatan empat dan lima dalam program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Bagaimanapun pada tahun 2000, Kementerian Pelajaran mula memperkenalkan Sistem Pensijilan Terbuka di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menjadikan Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran pilihan untuk pelajar yang berminat dalam bidang kejuruteraan. Lukisan Kejuruteraan ini diperkenalkan bertujuan untuk melahirkan generasi yang cenderung dalam bidang kejuruteraan ( Sumber : Kementerian Pelajaran, 2001). Jadual 1.1 di bawah menunjukkan sebahagian senarai mata pelajaran pilihan yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran untuk pelajarpelajar tingkatan 4 dan 5 di sekolah-sekolah akademik.

3 Jadual 1.1 : Mata Pelajaran Pilihan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. BIL KOD NAMA MATA PELAJARAN 1 2205 Literature In English 2 2215 Kesusasteraan Melayu 3 2280 Geografi 4 2361 Bahasa Arab Tinggi 5 2611 Pendidikan Seni 6 2621 Pendidikan Muzik 7 3472 Matematik Tambahan 8 3528 Sains Pertanian 9 3755 Perdangagan 10 3756 Prinsip Akaun 11 3757 Ekonomi Asas 12 3758 Ekonomi Rumah Tangga 13 3759 Lukisan Kejuruteraan 14 3760 Pengajian Kejuruteraan Jentera 15 3761 Pengajian Kejuruteraan Awam 16 3762 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 17 3763 Reka Cipta 18 3764 Teknologi Kejuruteraan 19 3765 Teknologi Maklumat 20 4531 Fizik 21 4541 Kimia 22 4551 Biologi 23 4561 Sains Tambahan 24 4571 Pengetahuan Sains Sukan 25 5226 Tasawwur Islam 26 5227 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah 27 5228 Pendidikan Syariah Islamiah 28 6351 Bahasa Cina 29 6354 Bahasa Tamil 30 6362 Bahasa Arab (Komunikasi) 31 8811 Teknologi Bengkel Mesin 32 8812 Kerja Menggegas dan Memesin 33 8813 Lukisan Geometri dan Mesin Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia, (2001)

4 Menurut Hatta Ismail (2001), Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang memerlukan pelajar mengaplikasikan segala kefahaman dan pengetahuan yang dipelajari kepada bentuk atau geometri. Lukisan Kejuruteraan dijadikan sebagai satu bahasa grafik atau juga dikenali sebagai bahasa kejuruteraan. Lukisan Kejuruteraan ini digunakan sebagai media utama terutamanya kepada jurutera, juruteknik dan pereka bentuk. Ketepatan, kejituan serta mudah difahami adalah ciri-ciri penting dalam lukisan kejuruteraan kerana fungsinya adalah untuk menerangkan atau menyampaikan sesuatu maksud bagi tujuan tertentu. Bagi memenuhi ciri-ciri ini, seseorang pelajar perlu menguasai dan memahami tentang kaedah untuk melukis serta berkemampuan untuk menghasilkan lukisan yang bersih, jelas dan tepat (Mohd Razman Mainal, et al. 2000). Dalam sistem pendidikan di Malaysia, tahap penguasaan dan pemahaman tentang kaedah untuk melukis seseorang pelajar dapat dinilai melalui keputusan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak sekolah dan pihak kementerian terutamanya peperiksaan kebangsaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Proses penilaian merupakan suatu proses bagi menentukan setakat mana objektif pendidikan dapat dicapai melalui program kurikulum dan pangajaran (Ralph W.Tyler). Menurut Suria Salleh (2000), setiap individu terutamanya para pelajar berhasrat untuk mempunyai pencapaian yang cemerlang di dalam peperiksaan dan ianya dijadikan sebagai matlamat utama hasil daripada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di dalam bidang pendidikan, keperluan pencapaian ada kaitannya dengan keinginan untuk mencapai kejayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dikehendaki. Seseorang murid yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi sentiasa mahukan kejayaan di dalam pelajaran dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilaksanakan. Ia sentiasa ingin menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Dengan itu ia dapat mengekalkan kedudukan pencapaian yang tinggi. (Atan Long, 1982)

5 Dalam memperkatakan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini, pencapaian di dalam peperiksaan diambilkira bagi mengukur sejauhmana kejayaan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di sekolah samada ianya berjaya ataupun tidak. Jadual 1.2 dan 1.3 di bawah menunjukkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 tahun 2005 bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi dua buah sekolah akademik di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. Jadual 1.2 : Analisa Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2005 Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Bilangan Pelajar bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong. Pangkat % Jumlah Calon Cemerlang Kepujian Lulus Gagal Lulus calon Hadir 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G 24 24 0 0 0 0 0 2 3 3 16 33.3 Sumber : Setiausaha Peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu. Jadual 1.3 : Analisa Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2005 Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Bilangan Pelajar bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. Pangkat % Jumlah Calon Cemerlang Kepujian Lulus Gagal Lulus calon Hadir 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G 30 30 0 1 0 0 0 1 1 4 23 22.58 Sumber : Setiausaha Peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu.

6 Daripada jadual dapat dilihat bahawa bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang begitu kecil jika dibandingkan dengan bilangan pelajar yang mendapat kepujian manakala keputusan gagal pula besar. Ini menunjukkan keputusan bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteran di kedua-dua sekolah ini adalah di tahap yang kurang memuaskan. Pencapaian yang kurang memuaskan akan memberikan impak yang negatif kepada negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ini kerana bidang kejuruteraan telah menjadi satu bidang yang terpenting di negara kita. Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang berbentuk amali yang memerlukan pelajar menguasai konsep, prinsip serta kemahiran di dalam pembelajaran. Menurut Ahmad Zamri Abdul Rahman (2002), kelemahan menguasai konsep, prinsip serta kemahiran dalam pembelajaran Lukisan Kejuruteraan akan memberi kesan kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka. Secara tidak langsung ianya akan menjejaskan pencapaian seseorang pelajar. Pencapaian seseorang pelajar boleh dikaitkan dengan beberapa faktor seperti gaya pengajaran guru, minat pelajar, sikap pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan kemudahan pembelajaran di sekolah itu sendiri. Menurut Musa Daia (1978) dalam Noor Syuhaila Ismail Basha (2003), gaya pengajaran seorang guru adalah penting dalam menentukan corak suatu pengajaran yang teratur dan tersusun. Jika pengajaran guru tidak memberi semangat kepada pelajar, tidak teratur, secara acuh tak acuh dan dengan perasaan yang tidak menyakinkan, sudah tentu pelajar juga tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar. Dalam kajian Lim Twan Pei (2000), mendapati mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan banyak bergantung kepada guru kerana jika guru tidak mampu untuk mengendalikan pengajaran dengan baik, maka pelajar tidak dapat menerima pengajaran guru. Dalam kajian Ahmad Zamri Abdul Rahman (2002), minat juga boleh dikaitkan dengan pencapaian pelajar. Menurut beliau, seseorang yang berminat terhadap sesuatu perkara akan berusaha melakukannya dengan baik manakala seseorang yang tidak berminat tentang perkara tersebut akan mengelakkan diri dari melakukannya.

7 Berdasarkan kajian Nazibar Mustaffa (2003), menunjukkan bahawa melalui minat, pelajar akan berusaha untuk mempelajari Lukisan Kejuruteraan dan akan sentiasa rajin serta berusaha membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran mereka untuk mencapai kecemerlangan ilmu. Sikap juga merupakan antara satu faktor yang dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan. Sikap secara keseluruhannya menggambarkan tentang sifat-sifat diri atau tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu perkara (Suria Salleh, 2000). Menurutnya lagi, sikap pelajar adalah penting bagi membantu menimbulkan minat dalam mata pelajaran yang dipelajarinya. Selain itu, pencapaian juga bergantung kepada faktor kemudahan pembelajaran di mana berlakunya sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai hasrat Kementerian Pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu untuk melahirkan insan yang baik dan berkembang secara harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, suasana sekolah yang sesuai harus diwujudkan (Asmah Hj. Ahmad, 1991). Menurut Zazalli Lazin (2000), kemudahan pembelajaran perlulah sesuai dan menarik perhatian pelajar. Daripada hasil kajian Lim Twan Pei (2000), kapur warna yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar mendapat kefahaman dalam Lukisan Kejuruteraan. Selain itu, menurutnya kemudahan serta keselesaan dari segi kelengkapan meja lukisan dan kerusi di dalam bilik Lukisan Kejuruteraan juga dapat menarik perhatian pelajar dalam mempelajari mata pelajaran ini. Daripada kajian-kajian yang dinyatakan di atas, didapati pelbagai faktor yang boleh dikaitkan yang mungkin dapat mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam Lukisan Kejuruteraan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan ini pengkaji amat berminat dalam mengenalpasti serta mencari faktor sebenar yang dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan di sekolah akademik pada masa kini.

8 1.3 PENYATAAN MASALAH Berdasarkan kepada masalah yang dikemukakan oleh Lim Twan Pei (2000), Nazibar Mustaffa (2003), Suria Salleh (2000) dan Zazalli Lazin (2000) dalam kajian mereka berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, maka pengkaji ingin mengkaji kaitan antara gaya pengajaran guru, minat pelajar, sikap pelajar dan kemudahan pembelajaran di sekolah yang dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan di sekolah akademik. 1.4 PERSOALAN KAJIAN Persoalan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Di antara faktor-faktor yang menjadi persoalan kajian adalah: 1. Apakah gaya pengajaran seseorang guru mempengaruhi pencapaian pelajar? 2. Adakah minat seseorang pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan mempengaruhi pencapaiannya? 3. Apakah sikap seseorang pelajar akan mempengaruhi pencapaiannya di dalam Lukisan Kejuruteraan? 4. Adakah kemudahan pembelajaran di sekolah mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan?

9 1.5 OBJEKTIF KAJIAN Berdasarkan kepada penyataan masalah yang telah dibincangkan di atas, maka secara khususnya objektif kajian ini adalah bertujuan untuk : 1. Mengetahui samaada gaya pengajaran seseorang guru mempengaruhi pencapaian pelajar. 2. Mengenalpasti sejauhmana minat seseorang pelajar dapat mempengaruhi pencapaiannya dalam Lukisan Kejuruteraan. 3. Mengenalpasti sikap seseorang pelajar dalam menentukan pencapaiannya di dalam Lukisan Kejuruteraan. 4. Mengetahui samaada kemudahan pembelajaran di sekolah mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Melalui kajian ini, pengkaji dapat menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar sekolah akademik dalam menguasai mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar sekolah akademik dalam merancang dan menentukan matlamat utama pembelajaran mereka untuk memperolehi pencapaian yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, kajian ini juga bertujuan memberikan panduan kepada guru-guru bagi mengenalpasti gaya pengajaran yang sesuai dan boleh digunakan bagi menarik minat pelajar di dalam Lukisan Kejuruteraan. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak pentadbiran sekolah dalam usaha menyediakan satu garis panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.