PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PELAKSANAAN SERENTAK SISTEM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DI UTHM. *Correspondence:

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

"66O "8 '

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

PEMBANGUNAN MODEL PENERAPAN ETIKA DAN NILAI (ENI) BERASASKAN AKTIVITI INKUIRI : APLIKASI INTERPRETIVE STRUCTURAL MODELLING (ISM)

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Transcription:

1 PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PELAKSANAAN SERENTAK SISTEM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DI UTHM Siti Nur Kamariah Rubani 1*, Noorfadzlyna Idris 2, Norhasyimah Hamzah 3, Tamil Selvan Subramaniam 4 & Arihasnida Ariffin 5 1,2,3,4&5 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM *Correspondence: kamaria@uthm.edu.my Abstrak Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) merupakan program kemahiran yang diperkenalkan bagi memperkasakan bidang kemahiran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap pelaksanaan serentak SKM di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dari aspek pengetahuan amali, kemahiran teknikal dan pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Seramai 70 orang responden telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Responden ini terdiri daripada guru pelatih Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 yang sedang mengikuti kursus SKM Tahap 2 di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptive. Kesimpulan daripada analisis data menunjukkan pelajar mempunyai pengetahuan amali (skor min = 3.01), kemahiran teknikal (skor min = 3.08) dan pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan (skor min = 3.32) semasa pelaksanaan serentak SKM dijalankan. Secara keseluruhannya, interpretasi skor min adalah pada tahap yang tinggi. Kata Kunci: Perlaksanaan Serentak SKM, pengetahuan amali, kemahiran teknikal, pelaksanaan projek secara berkumpulan. Abstract Malaysian Skills Certificate (MSC) is a skill program that was introduced to strengthen the empowerment of skills. The aim of this study was to identify the perceptions of teachers on the implementation of simultaneous MSC at Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) in the aspect of practical knowledge, technical skills and project implementation MSC group. The design of this study is a survey research. A total of 70 respondents were selected through purposive sampling method. The respondents consisted of training teachers from Bachelor of Vocational Education (Building Construction) of Cohorts Three in February 2013/2014 session intake who are currently undergoing the MSC Level 2 course at the Faculty of Technical and Vocational Education (FPTV), UTHM. Researchers used questionnaires to obtain feedback from respondents. The data were analyzed using descriptive statistic. Conclusions from the data analysis showed that students had practical knowledge (mean score = 3.01), technical skills (mean score = 3.08) and group MSC project implementation (mean score = 3.32) during simultaneous implementation of MSC. Overall, the mean score interpretation is at a high level. Keywords: Simultaneous implementation of MSC, practical knowledge, technical skills, group project implementation.

2 1.0 PENGENALAN Pelaksanaan SKM yang dilaksanakan di Pusat Bertauliah (PB) yang telah diiktiraf, memerlukan pelajar mengikuti latihan kemahiran secara sepenuh masa. Program kemahiran melalui kaedah PB merangkumi pembelajaran teori dan amali secara serentak di mana pembelajaran teori merangkumi nisbah sebanyak 60 peratus dan amali pula sebanyak 40 peratus (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013). Oleh itu, bermula pada tahun 2006, Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) telah mewajibkan semua tenaga pengajar latihan vokasional dalam kerangka Sistem Latihan Malaysia untuk memiliki Sijil Pengajar Vokasional (Vocational Training Officer: VTO) sebelum boleh ditauliahkan sebagai Pegawai Latihan Vokasional di mana-mana institusi latihan vokasional (Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan, 2015). Pelajar bagi program Persediaan Guru di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah tertakluk kepada Akta 652 ini. Bagi memenuhi Akta 652 yang telah dinyatakan, kesemua guru pelatih yang mengikuti program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (SMPV) di FPTV, UTHM perlu mengikuti latihan tambahan berbentuk kemahiran bagi memenuhi kelayakan mengajar dalam program latihan vokasional. 2.0 LATAR BELAKANG MASALAH FPTV merupakan sebuah PB di UTHM. Guru pelatih yang mengikuti program sarjana muda di FPTV perlu menjalani program pelaksanaan serentak SKM. Oleh itu, terdapat beberapa permasalahan yang timbul iaitu dari aspek pengetahuan amali guru pelatih. Guru pelatih masih tidak dapat menjalankan pembelajaran amali di bengkel dengan lancar kerana penerangan yang disampaikan ketika mengajar kurang jelas dan sukar difahami pelajar (Wearmount 2005). Walaupun penerangan yang disampaikan dibantu dengan menggunakan alat bahan bantu mengajar (ABBM) seperti media statik dan bahan bercetak, sesi pengajaran yang disampaikan masih tidak dapat menarik perhatian para pelajar. Apabila pengetahuan amali guru pelatih kurang jelas, ini menyebabkan kemahiran teknikal dan perlaksanaan projek SKM secara berkumpulan menjadi antara aspek yang lemah. Menurut Hishammudin (2006), guru pelatih masa kini semakin tidak mahir dalam penggunaan alat disebabkan oleh kurangnya kesedaran dalam mempertingkatkan tahap kemahiran teknikal dari masa ke semasa. Kesan daripada masalah yang berlaku ini, para pelajar hanya dapat memahami pembelajaran teori sahaja, sebaliknya kemahiran teknikal melalui pembelajaran amali tidak dapat dipelajari dengan baik. Akhir sekali, guru pelatih menghadapi kesukaran untuk melaksanakan projek SKM secara berkumpulan. Pelaksanaan projek SKM yang dijalankan secara berkumpulan membuatkan guru pelatih kurang memahami isi pengajaran yang disampaikan termasuklah dalam memupuk kemahiran hands-on guru pelatih. Melalui tugasan projek yang diberikan mengikut ahli kumpulan, guru pelatih hanya menekan kepada tugasan masing-masing dan kurang mencari pengetahuan terhadap tugasan ahli kumpulan yang lain. Hal ini mengakibatkan pengetahuan dan kemahiran guru pelatih hanya tertumpu kepada sesuatu pengetahuan dan kemahiran sahaja. Berdasarkan masalah-masalah yang wujud ini, pengkaji ingin mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap Pelaksanaan Serentak Sistem Sijil Kemahiran Malaysia dalam Program Persediaan Guru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ini dari aspek pengetahuan amali, kemahiran teknikal dan pelaksanaan projek secara berkumpulan.

3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk : (i) Mengenal pasti persepsi guru pelatih bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM terhadap pelaksanaan serentak program SKM dari aspek pengetahuan amali. (ii) Mengenal pasti persepsi guru pelatih bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM terhadap pelaksanaan serentak program SKM dari aspek kemahiran teknikal. (iii) Mengenal pasti persepsi guru pelatih di bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 UTHM terhadap pelaksanaan serentak program SKM dari aspek pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan. 4.0 METODOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap pelaksanaan serentak program SKM. Menurut Hairol, Zakaria, Ahmad dan Shamsul (2014), kajian tinjauan merupakan kaedah pengumpulan data melalui penggunaan set instrumen soal selidik kepada satu sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang dikaji. 4.1 Populasi dan Sampel Populasi sasaran bagi kajian ini merujuk kepada guru pelatih dari program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014. Persampelan yang digunakan merupakan persampelan bertujuan. Kaedah persampelan bertujuan dipilih kerana kaedah persampelan ini lebih sesuai digunakan kerana pemilihan responden kajian adalah berdasarkan sekumpulan responden yang memiliki ciri-ciri seperti yang dikaji oleh pengkaji dan keputusan kajian juga adalah berdasarkan kumpulan responden yang dikaji sahaja (Sulaiman, Alias, Mohd Hasril, Zulkifli, Fazlinda & Wan, 2015). Seramai 70 orang guru pelatih program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. 4.2 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dalam pengumpulan data. Borang soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (pengetahuan amali), Bahagian B (kemahiran teknikal) dan Bahagian C (perlaksanaan projek secara berkumpulan). Borang soal selidik yang dibangunkan menggunakan skala likert empat mata iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. 4.3 Analisis Data Pengumpulan data dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu kaedah analisis deskriptif. Nilai skor min di gunakan dalam menganalisis data kajian bagi menjawab kesemua soalan kajian iaitu berkenaan dengan persepsi guru pelatih bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM terhadap pelaksanaan serentak program SKM dari aspek pengetahuan amali, kemahiran teknikal serta pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan.

4 5.0 HASIL DAPATAN KAJIAN Analisis bagi soalan kajian yang pertama adalah menggunakan nilai skor min. Bagi menjawab soalan kajian ini, sebanyak 14 item dibangunkan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM terhadap pelaksanaan serentak program SKM dari aspek pengetahuan amali. Hasil dapatan analisis adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.1. Jadual 5.1: Analisis Skor Pelaksanaan Serentak Program SKM dari Aspek Pengetahuan Amali Item Aspek Pengetahuan Amali Intrepretasi Skor Skor Saya boleh 1 Menjelaskan prosedur membina dinding dengan 3.03 Tinggi 2 Menjelaskan fungsi melepa dengan 3.17 Tinggi 3 Menjelaskan fungsi membuat kemasan dengan 3.17 Tinggi 4 Menjelaskan prosedur memasang kemasan dengan 3.07 Tinggi 5 Menerangkan proses penyediaan cerun bagi sistem perparitan dengan 2.70 Sederhana 6 Menghuraikan proses pembinaan lurang dengan baik. 2.70 Sederhana 7 Merancang proses pembinaan pagar dengan baik. 3.01 Tinggi 8 Menyatakan fungsi peralatan tangan kerja paip dengan 3.29 Tinggi 9 Menyatakan fungsi mesin kerja paip dengan 3.19 Tinggi 10 Menyatakan fungsi bahan pepasang dengan 3.14 Tinggi 11 Menyatakan fungsi pelbagai jenis injap dengan 2.99 Sederhana 12 Menginterpretasikan simbol lukisan kerja paip dengan 2.89 Sederhana 13 Menterjemahkan sambungan paip dalam bentuk lukisan. 2.90 Sederhana 14 Menerangkan prosedur penyambungan paip mengikut spesifikasi dengan 2.93 Sederhana Purata 3.01 Tinggi Berdasarkan Jadual 5.1, hasil dapatan bagi aspek pengetahuan amali menunjukkan nilai skor min tertinggi adalah item 8 iaitu sebanyak 3.29. Manakala, item yang terendah adalah pada item 5 dan item 6 iaitu nilai skor min sebanyak 2.70. Interpretasi bagi item 5 dan item 6 adalah berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya, hasil dapatan bagi persepsi guru pelatih bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di

5 UTHM terhadap pelaksanaan serentak program SKM dari aspek pengetahuan amali mempunyai interpretasi skor min yang tinggi iaitu dengan nilai skor min 3.01. Ini bermakna bakal guru bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM mempunyai pengetahuan amali yang tinggi dalam pelaksanaan serentak program SKM. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM terhadap pelaksanaan serentak program SKM dari aspek kemahiran teknikal. Hasil dapatan analisis ditunjukkan dalam Jadual 5.2 di bawah. Jadual 5.2: Analisis Skor Pelaksanaan Serentak Program SKM dari Aspek Kemahiran Teknikal Item Aspek Kemahiran Teknikal Intrepretasi Skor Saya boleh 15 Membina dinding tegak dengan baik. 3.07 Tinggi 16 Melepa dinding tegak dengan baik. 3.03 Tinggi 17 Membina dinding lengkung dengan baik. 2.86 Sederhana 18 Melepa dinding lengkung dengan baik. 2.93 Sederhana 19 Memasang kemasan pada lantai dengan baik. 3.20 Tinggi 20 Memasang kemasan pada dinding dengan baik. 3.17 Tinggi 21 Membina pagar dawai dengan baik. 2.83 Sederhana 22 Membuat pelbagai jenis sambungan paip dengan baik. 3.04 Tinggi 23 Membuat pengukuran paip dengan baik. 3.14 Tinggi 24 Memotong pelbagai jenis paip dengan baik. 3.20 Tinggi 25 Membuat bebenang pada paip dengan baik. 3.30 Tinggi 26 Membuat pembengkokan paip mengikut spesifikasi dengan 2.96 Sederhana 27 Memasang injap mengikut spesifikasi dengan 3.06 Tinggi 28 Membuat ujian kebocoran mengikut prosedur dengan 3.37 Tinggi Purata 3.08 Tinggi Berdasarkan Jadual 5.2, hasil dapatan bagi aspek kemahiran teknikal yang tertinggi adalah item 28 dengan nilai skor min sebanyak 3.37. Manakala, item 21 pula merupakan nilai skor min terendah dengan nilai skor min sebanyak 2.83. Interpretasi bagi item 21 adalah sederhana. Secara keseluruhannya, hasil dapatan bagi persepsi guru pelatih bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM terhadap pelaksanaan serentak program SKM dari aspek kemahiran teknikal mempunyai interpretasi skor min yang tinggi iaitu dengan nilai skor min 3.08. Ini bermakna bakal guru bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi dalam pelaksanaan serentak program SKM. Akhir sekali, hasil dapatan kajian berkaitan persepsi guru pelatih di bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 UTHM terhadap pelaksanaan serentak program SKM dari aspek pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan juga di analisis.

6 Jadual 5.3 menunjukkan hasil analisis skor min bagi pelaksanaan serentak program SKM dari aspek pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan. Jadual 5.3: Analisis Skor Pelaksanaan Serentak Program SKM dari Aspek Pelaksanaan Projek SKM secara Berkumpulan Item Aspek Pelaksanaan Projek SKM secara Intrepretasi Skor Berkumpulan 29 Saya mampu melaksanakan projek SKM secara berkumpulan. 3.46 Tinggi 30 Saya boleh berkomunikasi dengan baik di antara ahli kumpulan semasa menjalankan projek SKM. 3.41 Tinggi 31 Saya menerima setiap arahan yang diberikan dengan mudah semasa menjalankan projek SKM. 3.39 Tinggi 32 Saya berkemampuan untuk memberikan pendapat dalam perbincangan kumpulan semasa 3.34 Tinggi melaksanakan projek SKM. 33 Saya menerima pendapat dari setiap ahli kumpulan semasa merancang projek SKM. 3.43 Tinggi 34 Pembahagian projek SKM dilakukan dengan adil. 3.29 Tinggi 35 Saya menerima setiap pembahagian projek SKM dengan hati terbuka. 3.36 Tinggi 36 Saya memahami setiap kandungan projek SKM yang diberikan secara berkumpulan. 3.29 Tinggi 37 Saya memberikan kerjasama yang baik semasa melaksanakan projek SKM bersama ahli 3.34 Tinggi kumpulan. 38 Saya boleh mengawal persekitaran kerja dengan selamat semasa melaksanakan projek SKM 3.26 Tinggi bersama ahli kumpulan. 39 Saya mampu menyelesaikan setiap masalah yang wujud berkaitan projek SKM bersama ahli 3.23 Tinggi kumpulan. 40 Saya boleh membentangkan setiap projek SKM yang dijalankan secara berkumpulan dengan 3.24 Tinggi baik. 41 Saya boleh menerangkan semula pelaksanaan projek SKM yang dijalankan secara 3.36 Tinggi berkumpulan dengan baik. 42 Saya sentiasa berpuas hati dengan markah penilaian projek SKM yang diperoleh bersama 3.13 Tinggi ahli kumpulan. Purata 3.32 Tinggi Berdasarkan Jadual 5.2, hasil dapatan bagi aspek pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan yang tertinggi adalah item 29 dengan nilai skor min sebanyak 3.46. Manakala, item

7 42 pula merupakan nilai skor min terendah dengan nilai skor min sebanyak 3.13. Secara keseluruhannya, hasil dapatan bagi persepsi guru pelatih bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM terhadap pelaksanaan serentak program SKM dari aspek pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan mempunyai interpretasi skor min yang tinggi iaitu dengan nilai skor min 3.32. Ini bermakna bakal guru bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM mempunyai pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan yang tinggi dalam pelaksanaan serentak program SKM. 6.0 PERBINCANGAN Hasil dapatan bagi aspek pengetahuan amali merupakan pengetahuan guru dalam bidang teknikal adalah tinggi. Hal ini menunjukkan pengajaran amali yang disampaikan guru di dalam bengkel adalah pada tahap pengetahuan amali yang tinggi dalam memastikan penyampaian pdp semasa amali dapat dilakukan dengan baik dan mencapai objektif pembelajaran. Selain itu juga, ianya adalah untuk memastikan bahawa setiap pelajar dapat memahami isi pengajaran yang disampaikan dengan jelas. Justeru, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 di UTHM mempunyai pengetahuan amali yang tinggi terhadap pelaksanaan serentak program SKM. Bagi aspek kemahiran teknikal pula adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan guru pelatih dalam sesuatu aktiviti yang melibatkan proses, prosedur dan teknik. Kepentingan kemahiran teknikal bagi guru adalah untuk memahami segala konsep pengajaran amali yang diajar kepada pelajar seperti pengetahuan dalam penggunaan alat dan teknik, pengetahuan terhadap projek, pemahaman terhadap kaedah, proses dan prosedur (El-Sabaa, 2001). Kemahiran teknikal ini sering digunakan oleh guru apabila pdp dilakukan di dalam bengkel. Dalam kata lain, kemahiran teknikal ini adalah sebagai pelengkap bagi pembelajaran teori yang dijalankan di dalam bengkel. Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh, hasil dapatan menunjukkan bahawa persepsi guru pelatih terhadap pelaksanaan serentak SKM dari aspek kemahiran teknikal berada pada tahap yang tinggi. Interpretasi hasil dapatan skor min adalah berada pada tahap yang tinggi. Hal ini menjelaskan bahawa guru pelatih SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 cekap dalam melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan kaedah, proses kerja dan teknik bagi sesuatu topik (Hashim, 2004). Akhir sekali, interpretasi keseluruhan item bagi aspek pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan adalah tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa guru pelatih bekerjasama semasa dalam kumpulan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Selain itu juga, ia dapat memupuk hubungan baik dan berinteraksi di antara ahli kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran (Wan, 2011). Menurut Norliza (2000), bagi projek yang dilaksanakan secara berkumpulan, kemahiran komunikasi adalah antara kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap ahli kumpulan. Kemahiran komunikasi berperanan sebagai alat penghubung yang dapat menghubungkan idea serta pendapat daripada setiap ahli kumpulan bagi membentuk kesepakatan yang dipersetujui bersama. Sikap tanggungjawab ahli kumpulan juga menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan projek secara berkumpulan. Sekiranya tugasan diberikan secara berkumpulan, setiap ahli berperanan untuk menyiapkan tugasan mengikut pembahagian tugasan masing-masing dan memahami tugasan ahli kumpulan yang lain. Apabila wujudnya kesedaran terhadap tanggungjawab masing-masing, setiap ahli berusaha untuk memahami setiap isi kandungan projek walaupun pembahagian telah diberikan mengikut tugasan masing-masing.

8 7.0 KESIMPULAN Kajian yang dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap Pelaksanaan Serentak Sistem Sijil Kemahiran Malaysia dalam Program Persediaan Guru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Melalui kajian yang dilaksanakan ini, seramai 70 orang guru pelatih bagi program SMPV (Binaan Bangunan) Kohort Tiga ambilan sesi Februari 2013/2014 dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Responden yang dipilih ini digunakan sebagai sampel untuk mengumpulkan maklumat bagi melengkapkan ketiga-tiga persoalan kajian yang dikaji. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kajian bagi persepsi guru pelatih terhadap pelaksanaan serentak SKM dari aspek pengetahuan amali, kemahiran teknikal dan pelaksanaan projek SKM secara berkumpulan didapati nilai skor min berada pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya, hasil daripada dapatan kajian ini boleh dilakukan beberapa cadangan bagi memastikan guru pelatih dapat mencapai tahap pengetahuan amali, kemahiran teknikal dan perlaksanaan berkumpulan yang tinggi dan baik iaitu dengan mengadakan hari terbuka FPTV bagi mempamerkan segala projek SKM yang dihasilkan oleh guru pelatih FPTV. Melalui kehebatan produk yang dihasilkan guru pelatih, masyarakat dapat menilai kehebatan FPTV dalam melahirkan guru pelatih yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi dari aspek teori dan juga amali. Selain itu juga, dapat melahirkan persaingan sihat dan semangat yang kompetitif dalam penghasilan projek SKM. Akhir sekali, kajian lanjutan boleh dilakukan dengan melibatkan semua kohort bagi program SMPV (Binaan Bangunan) dan juga kesemua program SMPV di FPTV, UTHM. RUJUKAN El-Sabaa, S. (2001). The skills and career path of an effective project manager, International Journal of Project Management, 19(1), 1-7. ISSN 0263-7863 Hairol Anuar Hj Mak Din, and Zakaria Stapa, and Ahmad Munawar Ismail, and Shamsul Azhar Yahya, (2014) Pendekatan nilai dalam memilih kepimpinan politik: kajian tinjauan dalam kalangan kelas menengah Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru. Jurnal Hadhari, 6(2). 71-84. ISSN 1985-6830 Hashim, H. (2004). Kajian tahap keperluan terhadap kemahiran teknikal di industri. Kuittho: Tesis Sarjana. Hishammuddin, H. (2006). Perutusan tahun baru 2006. http://www.moe.gov/pustaka_jbt/2006/ 2006 _01 _17_Perutusan_Tahun_Baru_pdf Jabatan Pembangunan Kemahiran (2013). Laporan tahunan 2013. Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia. Norliza, M., A. (2000). Tahap kompeten pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan: Kajian kes. Kuittho: Tesis Sarjana Muda. Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan. (2015). Sijil pengajar vokasional (VTO). Dicapai dari http://www.ciast.gov.my/v4/index.php/kursus1/2015-07-30-08-27-36/vto Sulaiman, Y., Alias, M., Mohd Hasril, A., Zulkifli, M., Fazlinda, A., H. & Wan Hanim Nadrah, W. M. (2015). Penaakulan Data Pendidikan. Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Wan Nur Izzati, W. A. H. (2011). Tahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon Skudai dan Nusajaya, Johor. UTM: Tesis Sarjana Muda. Wearmount, J. (2005). Perspectives on student behavior in school-exploring theory and developing practice. United Kingdom: Routledge Itd. 9