Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Transcription:

33 Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ) STRATEGI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM KALANGAN PELAJAR MELANAU DAERAH DARO (Writing Skill Learning Strategies in Malay Language as a Second Language among Melanau Student at Daro District) NOOR HABSAH ALI SMK. Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norma, Daro Kementerian Pendidikan Malaysia hnh8686@gmail.com YAHYA OTHMAN Lembaga Penapis Filem Malaysia Kementerian Dalam Negeri yahyaoth@gmail.com Dihantar pada: 23 November 2017 Diterima pada: 24 April 2018 Koresponden: hnh8686@gmail.com Abstrak: Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu berasaskan pendekatan kuantitatif. Seramai 150 orang responden dalam kalangan pelajar etnik Melanau tingkatan 4 daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Daro, Sarawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS Versi 22. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti perbezaan min penggunaan strategi pembelajaran menulis antara jantina. Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran dengan jantina. Selain itu, dapatan kajian turut memperlihatkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran menulis untuk membantu pelajar etnik Melanau ini mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Kata kunci: Strategi pembelajaran menulis, kemahiran menulis, Bahasa Melayu, bahasa kedua, etnik Melanau Abstract: This study is aimed at exploring the use of writing skill learning strategies among students who are learning Malay Language as the second language. This study uses survey method based on quantitative approach. A total of 150 respondents from Melanau form 4 students from three secondary schools in Daro, Sarawak participated in this study. Questionnaire instruments are used for data collection purposes. The data collected were analyzed using the SPSS Version 22. The t-test was used to identify the differences in the mean use of writing learning strategies between sexes. The Pearson correlation test is used to determine the relationship between the use of writing skill learning strategy and student achievement. The findings show that there is a significant difference between the use of learning strategies and gender. In addition, the findings show that there is no significant relationship between the use of writing skill learning strategies and the achievement of Melanau ethnic students in Malay Language subjects. The implication of this study is that Malay Language teachers need to use a variety of writing skills learning strategies to help these Melanau ethnic learners learn and master the Malay Language well. Keywords: Writing learning strategies, writing skill, Malay Language, second language, Melanau ethnic Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2018

34 PENGENALAN Pembelajaran merupakan satu proses berterusan yang bukan sahaja merangkumi aspek penguasaan kemahiran malah menekankan perkembangan emosi, sahsiah dan nilai estetika. Menyedari peri pentingnya proses pembelajaran, sistem pendidikan di Malaysia pada era ini telah berubah selari dengan keperluan semasa untuk memastikan aktiviti pembelajaran di sekolah boleh menyediakan pelajar yang mampu bersaing dalam era globalisasi. Pembelajaran abad ke-21 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013). Transformasi tersebut menuntut gaya dan reka bentuk pembelajaran yang lebih menekankan penglibatan pelajar berbanding pembelajaran abad ke-20 yang lebih melihat kepada peranan guru. Inisiatif pembelajaran abad ke-21 adalah untuk melahirkan pelajar yang produktif, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Justeru, dalam merealisasikan hasrat tersebut, guru-guru perlu bersedia untuk berubah dari segi cara pengajaran serta melengkapkan diri terlebih dahulu dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya. Guru-guru perlu menyedari bahawa transformasi tersebut bukanlah sesuatu yang mudah direalisasikan kerana mereka perlu berdepan dengan kepelbagaian pelajar yang mempunyai latar belakang bahasa, budaya dan sosioekonomi yang berbeza. Dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah, guru-guru berdepan dengan cabaran yang paling besar iaitu pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua adalah menguasai kemahiran bahasa khususnya kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kompleks yang perlu dikuasai oleh pelajar selepas kemahiran bertutur dan membaca. Kenyataan tersebut bertepatan dengan pandangan Che Zanariah dan Fadzilah (2011) yang menyatakan bahawa menghasilkan penulisan merupakan proses yang kompleks dan perlu dilaksanakan mengikut tahap secara sistematik. Menulis juga dikaitkan dengan keupayaan seseorang pelajar menulis perkataan atau ayat yang gramatis dan mematuhi hukum-hukum penulisan. Menurut Zamri (2014), aktiviti menulis sangat berkait rapat dengan kemahiran bertutur dan membaca. Sesuatu yang dituturkan dan dibaca tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk penulisan jika seseorang tidak menguasai kemahiran menulis. Pembelajaran kemahiran menulis menjadi satu cabaran kepada pelajar kerana kemahiran tersebut melibatkan keupayaan meta kognisi. Kenyataan ini bertepatan dengan pendapat Roselan (2003) yang menyatakan bahawa kemahiran menulis merupakan kemahiran yang melibatkan proses literasi yang kompleks dan kognisi yang tinggi menyebabkan pelajar sukar mempelajarinya. Walau bagaimanapun, Zamri dan Mohamed Amin (2003) menegaskan bahawa kepelbagaian strategi pembelajaran boleh meningkatkan kemahiran dalam menulis. Guru-guru bahasa perlu melatih pelajar menggunakan pelbagai strategi yang mengutamakan pembelajaran aktif untuk mengelakkan mereka berasa bosan dengan pembelajaran Bahasa Melayu. Penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis bukan sahaja boleh meningkatkan mutu penulisan malah boleh melahirkan pelajar yang berdikari dan mendapatkan ilmu dengan cara tersendiri. Hal ini adalah kerana mereka akan terlibat dengan proses mengumpul dan menganalisis data serta berfikir untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selain itu, Zamri (2015) mendapati bahawa strategi pembelajaran yang sesuai mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Justeru, guru-guru seharusnya memainkan peranan mendedahkan pelajar dengan pelbagai strategi pembelajaran bahasa. Pengetahuan tentang strategi-strategi tersebut membolehkan mereka mengaplikasikannya dalam pembelajaran kemahiran menulis sama ada untuk menghadapi peperiksaan, di dalam atau di luar bilik darjah. Dengan itu, matlamat pembelajaran abad ke-21 akan dapat direalisasikan seterusnya melahirkan pelajar yang mahir dalam menulis. PERNYATAAN MASALAH Kemahiran menulis merupakan aspek penting yang perlu dikuasai oleh pelajar khususnya di sekolah menengah. Pelajar yang mahir dalam menulis akan dapat menghurai dan menyusun idea-idea dengan tepat sekali gus membolehkan mereka menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

35 Menurut Tuan Azlyna (2013), oleh kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan pelajar menjawab dalam bentuk tulisan dan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat, maka pelajar perlu mahir dalam menulis. Justeru, pelajar seharusnya mempunyai strategi-strategi pembelajaran tersendiri untuk memudahkan mereka menghasilkan penulisan yang baik. Berdasarkan data analisis pencapaian dalam Sijil pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 yang diperoleh daripada Pejabat Pendidikan Daerah Daro, graf pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu untuk sekolah-sekolah menengah di daerah Daro, Sarawak menunjukkan penurunan iaitu daripada Gred Purata Mata pelajaran (GPMP) sebanyak 5.37 untuk tahun 2014 kepada 5.61 pada tahun 2015. Data tersebut menunjukkan kemerosotan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar yang majoritinya etnik Melanau. Keadaan ini mengundang kebimbangan banyak pihak dan menampakkan bahawa pelajar Melanau masih ramai yang belum menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua khususnya dalam aspek penulisan. Penguasaan kosa kata Bahasa Melayu yang terhad merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar bukan Melayu dalam kemahiran menulis. Mereka mempunyai idea-idea yang baik untuk disampaikan melalui penulisan tetapi sering kali mengalami masalah memilih dan menggunakan kosa kata yang sesuai. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat menghuraikan idea dengan baik malah menggunakan perkataanperkataan daripada bahasa ibunda untuk menggambarkan idea yang diketengahkan. Situasi ini selari dengan kajian Zamri (2016) yang mendapati terdapat pengaruh bahasa ibunda dalam pembelajaran bahasa bagi pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu. Selain itu, kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis juga sangat berkait rapat dengan strategi pengajaran guru yang masih mengekalkan kaedah pengajaran konvensional. Kebanyakan guru lebih selesa menerangkan isi-isi karangan serta menyediakan rangka idea kepada pelajar mereka. Kebiasaan tersebut menyebabkan para pelajar terlalu selesa dan kurang inisiatif untuk berfikir mencari idea bagi memantapkan penulisan mereka. Menurut (2014), pelajar akan menjadi pasif dan suasana pembelajaran menjadi bosan apabila guru sentiasa mengajar secara konvensional. Cara pengajaran guru yang kurang menekankan strategi dan kaedah pembelajaran juga menyebabkan pelajar kurang pendedahan dalam menulis. Kebanyakan para penyelidik bahasa mendapati bahawa strategi pembelajaran sangat penting dan mempengaruhi kemahiran pelajar dalam menulis. Zamri (2015) mendapati bahawa pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran yang melibatkan kognitif dan meta kognitif telah berjaya menguasai kemahiran dalam bahasa. Dalam konteks pembelajaran bahasa, kajian berkaitan strategi pembelajaran telah banyak dijalankan terhadap kemahiran bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis serta faktor yang mempengaruhi pemilihan strategi pembelajaran tersebut. Tiada satu pun kajian berkaitan strategi pembelajaran yang memberi fokus kepada kemahiran menulis dalam kalangan pelajar etnik Melanau di Sarawak. Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh Zamri (2004) mengetengahkan instrumen dan soal selidik strategi pembelajaran pelbagai kemahiran bahasa yang telah diguna pakai dalam kajian terhadap mata pelajaran lain. Kajian Che Zanariah dan Fadzilah (2011) pula mengkaji tentang strategi pembelajaran kemahiran menulis dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Oleh yang demikian, penyelidik berhasrat untuk mengenal pasti strategi-strategi pembelajaran kemahiran menulis dalam kalangan pelajar etnik Melanau berikutan kemerosotan keputusan SPM pada tahun 2015. Justeru, penyelidik berhasrat untuk meninjau strategi pembelajaran kemahiran menulis dalam kalangan pelajar etnik Melanau. Berdasarkan dapatan daripada kajian ini, pelajar akan dibantu dengan cara belajar menulis dengan berkesan. Selain itu, guru-guru juga boleh merancang pengajaran dengan baik dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai setelah melihat strategi-strategi pembelajaran pelajar. Dapatan kajian ini juga boleh menjadi rujukan kepada pihak ibu bapa untuk terus memberi galakan dan motivasi dengan menyediakan kemudahan untuk pembelajaran anak-anak mereka khususnya di rumah.

36 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan meninjau penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar etnik Melanau. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti strategi pembelajaran menulis Bahasa Melayu yang kerap digunakan oleh pelajar etnik Melanau. 2. Mengenal pasti perbezaan strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu antara jantina pelajar etnik Melanau. 3. mengenal pasti hubungan strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu dengan pencapaian pelajar etnik Melanau. SOALAN KAJIAN Kajian yang dilakukan ini akan menjawab beberapa persoalan bagi mencapai objektif kajian. Antara persoalan tersebut ialah: 1. Apakah strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu yang paling kerap digunakan oleh pelajar etnik Melanau? 2. Adakah terdapat perbezaan strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu antara jantina pelajar etnik Melanau? 3. Adakah terdapat hubungan strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu dengan pencapaian pelajar etnik Melanau? METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Dalam konteks kajian ini, reka bentuk yang digunakan ialah reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah ini sangat bermakna dalam kajian ini kerana maklumat hanya dapat diperoleh terus daripada responden. Marican (2006) menyatakan bahawa kaedah tinjauan sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada jumlah responden yang ramai. Responden yang dipilih mestilah menggambarkan ciri-ciri umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Hal ini adalah kerana salah satu tujuan kaedah kajian tinjauan ialah untuk membuat generalisasi tentang populasi tersebut. Populasi dan Sampel Kajian Penyelidik telah memilih 150 orang pelajar tingkatan 4 sebagai sampel kajian. Sampel tersebut dipilih daripada populasi pelajar dari tiga buah sekolah menengah kebangsaan daerah Daro, Sarawak. Semua sampel yang dipilih merupakan pelajar etnik Melanau yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Penyelidik memilih sampel menggunakan pensampelan rawak berstrata di mana penyelidik perlu membuat strata terhadap populasi kemudian memilih secara rawak peratusan sampel yang dikehendaki. Pensampelan rawak berstrata tersebut sesuai digunakan dalam kajian ini kerana penyelidik perlu memilih pelajar etnik Melanau sahaja dan melibatkan sekolah daripada zon yang berbeza di dalam satu daerah. Instrumen Kajian Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik bagi tujuan mendapatkan data. Soal selidik yang digunakan adalah adaptasi dan diubahsuai daripada inventori kajian yang disediakan oleh Zamri, Mohamed Amin dan Nik Mohd Rahimi (2010). Dalam kajian berkaitan strategi pembelajaran kemahiran menulis ini, terdapat dua bahagian yang perlu diisi oleh responden, iaitu Bahagia A (maklumat demografi responden) dan Bahagian B (strategi-strategi pembelajaran kemahiran menulis). Item-item dalam bahagian tersebut menggunakan skala Likert 5 tahap, iaitu (1) sangat tidak benar, (2) tidak benar, (3) tidak pasti, (4) benar dan (5) sangat benar. Analisis Data Penyelidik menganalisis data menggunakan perisian SPSS 22.0 (Statistic Package for the Social Science) untuk mendapatkan data deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan data demografi responden dan data kekerapan penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu. Analisis inferensi pula digunakan untuk melihat pengaruh strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu terhadap jantina dan pencapaian pelajar etnik Melanau.

37 DAPATAN KAJIAN Demografi Responden Demografi responden menerangkan taburan kekerapan dan peratus responden berdasarkan jantina dan gred Bahasa Melayu responden dalam PT3. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar tingkatan 4 daripada etnik Melanau daerah Daro, Sarawak. JADUAL 1. Taburan sampel mengikut jantina Demografi N Peratus Jantina Lelaki 70 46.7 Perempuan 80 53.3 Berdasarkan Jadual 1, pecahan peratus bagi jantina pelajar tingkatan 4 yang dipilih adalah hampir seimbang atas kadar responden lelaki 46.7%, iaitu seramai 70 orang dan responden perempuan 53.3%, iaitu 80 orang daripada 150 orang responden. Bilangan responden perempuan adalah lebih ramai berbanding responden lelaki. Hal ini menunjukkan populasi dalam kajian ini bersifat heterogenus. JADUAL 2. Taburan sampel mengikut gred Bahasa Melayu dalam PT3 Demografi N Peratus A 33 22.0 B 30 20.0 Gred BM C 30 20.0 dalam PT3 D 37 24.7 E 20 13.3 Jadual 2 merupakan gred Bahasa Melayu yang diperoleh responden semasa menduduki PT3. Secara keseluruhan daripada 150 orang responden, seramai 33 orang iaitu 22.0 peratus mendapat gred A. Responden yang mendapat gred B dan gred C pula masing-masing menunjukkan bilangan yang sama iaitu 30 orang dengan peratusan 20.0. Responden yang mendapat gred D pula adalah seramai 37 orang iaitu 24.7 peratus manakala 20 responden iaitu 13.3 peratus pula mendapat gred E. Dapatan tersebut menunjukkan pelajar yang mendapat gred D adalah paling ramai berbanding pelajar yang mendapat gred lain. Analisis Deskriptif Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data berkaitan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar etnik Melanau dalam menulis. Data dianalisis dalam bentuk peratusan, min dan sisihan piawai. Skor purata min diinterpretasikan mengikut Mohd Majid (2000) untuk menentukan tahap nilai purata min strategi pembelajaran kemahiran menulis tersebut. JADUAL 3. Interpretasi skor min mengikut tahap Nilai min Interpretasi 3.68 5.00 Tinggi 2.34 3.67 1.00 2.33 Rendah Sumber: Mohd Majid Konting (2000) Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Pelajar Etnik Melanau Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut item strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan yang ditunjukkan, terdapat empat item yang berada pada tahap tinggi, manakala 16 item lagi berada pada tahap sederhana. Item yang menunjukkan kekerapan tertinggi ialah item Saya menulis isi penting sebelum memulakan penulisan saya iaitu 76.0% (114 pelajar) dengan min 3.89 diikuti oleh item Saya melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan penulisan yang baik iaitu 74.0% (111 pelajar) dengan min 3.85. Saya menyemak penulisan saya sebelum diperiksa oleh guru iaitu 73.4% (110 pelajar) dengan min 3.79 dan Saya mencatat apa yang diajar/ dijelaskan oleh guru BM semasa di bilik darjah iaitu 69.4% (104 pelajar) dengan min 3.77. Item Saya membaca buku contoh karangan BM terbaik merupakan item pada tahap sederhana yang menunjukkan kekerapan tertinggi, iaitu 66.7% (100 pelajar) dengan nilai min 3.66. Satu lagi item yang menunjukkan nilai min yang sama iaitu item Saya membaca berbagai jenis bahan bacaan iaitu seramai 65.4% (98 pelajar). Item pada tahap sederhana yang menunjukkan kekerapan terendah pula ialah item Saya menyertai pelbagai pertandingan menulis untuk meningkatkan kemahiran menulis saya iaitu 23.7% (41 pelajar) dengan min 2.87.

38 Secara keseluruhan, strategi yang paling digemari oleh pelajar etnik Melanau dalam kajian ini ialah menulis isi-isi penting terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil pelajar etnik Melanau akan menyertai pertandingan menulis sebagai strategi meningkatkan kemahiran menulis mereka. JADUAL 4. Taburan responden mengikut penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu Bil Item Min Sisihan Piawai Tahap 1 Saya menulis isi penting 3.89 0.899 sebelum memulakan Tinggi penulisan saya. 2 Saya menyemak 3.79 0.822 penulisan saya sebelum Tinggi diperiksa oleh guru. 3 Saya mencatat apa yang diajar/ dijelaskan oleh guru BM semasa di bilik darjah. 3.77 0.778 Tinggi 4 Saya membuat rangka 3.49 1.054 jawapan dahulu sebelum menulis. 5 Saya membuat sinopsis setiap kali membaca buku cerita atau karya sastera. 6 Saya meminta rakan memberi pendapat / komen terhadap hasil penulisan saya. 7 Saya mencatat isi-isi penting apa yang rakan cakapkan. 8 Saya banyak membuat latihan / aktiviti menulis dengan rakan di luar kelas. 9 Saya membaca buku contoh karangan BM terbaik. 10 Saya membaca berbagai jenis bahan bacaan. 11 Saya banyak membuat aktiviti/latihan menulis di rumah. 12 Saya selalu melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran menulis saya. 13 Saya menggunakan pelbagai kosa kata baru setiap kali membuat 3.42 0.978 3.29 0.994 3.10 0.939 3.66 1.009 3.66 0.926 3.39 0.834 3.17 0.958 2.99 0.962 3.13 0.895 latihan menulis. 14 Saya merujuk kamus untuk memastikan saya menulis dengan baik 15 Saya meminta pandangan ibu bapa / adik-beradik untuk menilai penulisan saya. 16 Saya menjawab soalansoalan peperiksaan yang lepas untuk meningkatkan kemahiran menulis saya 17 Saya menyertai pelbagai pertandingan menulis untuk meningkatkan kemahiran menulis saya. 18 Saya melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan penulisan yang baik. 19 Saya selalu membuat latihan menulis pelbagai tajuk BM tanpa disuruh oleh guru. 20 Saya selalu membuat latihan daripada bukubuku gerak kerja yang telah saya beli 3.07 1.041 3.48 0.925 2.87 0.978 3.85 0.995 3.25 0.889 3.63 0.886 Analisis Inferensi 3.21 0.957 Tinggi Bahagian ini membincangkan analisis terhadap dua persoalan kajian, iaitu perbezaan penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu antara jantina serta hubungan strategistrategi tersebut dengan pencapaian pelajar etnik Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis Berdasarkan Jantina Jadual 5 merupakan hasil analisis Ujian- t yang menunjukkan terdapat perbezaan min strategi pembelajaran kemahiran menulis antara pelajar lelaki dan perempuan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Nilai min bagi pelajar lelaki ialah 1.99 (sp = 0.752).Pelajar perempuan ialah 2.09 (sp = 0.799). Perbezaan min yang ditunjukkan adalah terlalu kecil dengan nilai t = -0.800, manakala nilai p ialah -0.425 < 0.05. Hal ini menunjukkan bahawa hipotesis nul ditolak, iaitu terdapat perbezaan min yang signifikan bagi penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan etnik Melanau. Strategi kemahiran

39 menulis yang digunakan oleh pelajar lelaki dan pelajar perempuan etnik Melanau adalah berbeza. Dapatan tersebut menunjukkan pelajar perempuan lebih banyak menggunakan strategi pembelajaran kemahiran menulis berbanding pelajar lelaki. JADUAL 5. Hasil Ujian-t bagi perbezaan min strategi pembelajaran kemahiran menulis antara jantina pelajar etnik Melanau Jantina N Min S.P Perbezaan min t p Lelaki 70 1.99 0.752-0.102-0.800-0.425 Perempuan 80 2.09 0.799 Signifikan pada aras 0.05 Hubungan Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis dengan Pencapaian Analisis dapatan pada Jadual 6 adalah untuk menjawab hipotesis berkaitan hubungan antara penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar etnik Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan hasil analisis tersebut, didapati nilai pekali korelasi Pearson (r) bagi penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah r = -0.75, p = 0.364. Memandangkan nilai p ialah 0.364 > 0.05, maka hipotesis nul berjaya diterima. Hal ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar etnik Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. JADUAL 6. Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar etnik Melanau Pemboleh ubah Strategi pembelajaran kemahiran menulis pelajar Melanau Korelasi Pearson -0.75 Pencapaian (r) Aras signifikan (p) 0.364 N 150 Signifikan pada aras 0.05 PERBINCANGAN Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, pelajarpelajar etnik Melanau memperlihatkan bahawa mereka menggunakan beberapa strategi pembelajaran untuk menguasai kemahiran menulis. Pelajar etnik Melanau dalam kajian ini memahami bahawa merangka isi-isi penting sebelum memulakan penulisan adalah sangat membantu mereka menghasilkan penulisan yang baik. Mereka boleh mengembangkan idea untuk menulis jika mereka boleh mengenal pasti isi-isi penting bagi sesebuah tajuk karangan. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar etnik Melanau dalam kajian ini mengetahui langkahlangkah menghasilkan karangan Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini selari dengan pendapat Zamri (2015), iaitu pelajar yang menguasai tahaptahap menulis akan dapat menghasilkan penulisan yang berkualiti. Selain itu, salah satu strategi pembelajaran kemahiran menulis yang popular dalam kalangan pelajar etnik Melanau dalam kajian ini adalah mendapatkan bahan-bahan pembelajaran daripada Internet. Dapatan ini membuktikan bahawa pelajar etnik Melanau turut memanfaatkan penggunaan teknologi dalam mempelajari bahasa. Mereka menyedari bahawa kemudahan Internet menyediakan pelbagai bentuk bahan sama da bahan rujukan atau bahan pengukuhan untuk kemahiran menulis. Strategi pembelajaran dengan mengaplikasikan penggunaan Internet ini mampu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari kemahiran menulis. Kenyataan tersebut bertepatan dengan kajian Sumarni (2017) yang mendapati minat pelajar dalam pembelajaran menulis berada pada tahap yang baik melalui penggunaan Internet dalam pembelajaran. Dalam kajian ini juga, didapati bahawa penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dipengaruhi oleh faktor tertentu seperti jantina. Hal ini dibuktikan berdasarkan laporan Ujian-t yang mendapati bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dalam kalangan pelajar etnik Melanau yang berlainan jantina, iaitu t = - 0.800, p < 0.05. Pelajar lelaki dan perempuan di ketiga-tiga buah sekolah menengah di daerah Daro menggunakan strategi pembelajaran kemahiran menulis yang berbeza dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian Zamri (2004) yang menyatakan penggunaan strategi pembelajaran berkait rapat dengan faktor jantina.

40 Berdasarkan dapatan kajian ini juga, pelajar perempuan etnik Melanau lebih banyak menggunakan strategi pembelajaran kemahiran menulis berbanding pelajar lelaki etnik Melanau. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Kamiliah Ayu (2015) dan Nur Syafina (2016) yang mendapati bahawa pelajar perempuan lebih banyak menguasai strategi pembelajaran bahasa termasuk strategi menulis berbanding pelajar lelaki. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini sekali gus menolak pandangan Wharton (2000) yang membuat kesimpulan bahawa pelajar lelaki lebih ramai menggunakan strategi pembelajaran berbanding pelajar perempuan. Zamri dan Mohamed Amin (2005) dalam kajian strategi pembelajaran Bahasa Melayu mengikut jantina di luar kelas juga memperlihatkan pelajar lelaki lebih banyak menggunakan strategi pembelajaran bahasa termasuk strategi menulis berbanding pelajar perempuan. Kajian Mohamad Yazid (2016) memperlihatkan faktor jantina tidak mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dalam kalangan pelajar. Pelajar lelaki dan perempuan didapati menggunakan strategi pembelajaran kemahiran menulis yang sama. Dapatan dalam kajian ini juga membuktikan bahawa tidak terdapat hubungan antara penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar etnik Melanau dalam Bahasa Melayu. Pencapaian seseorang pelajar tidak boleh diukur berdasarkan pemilihan strategi pembelajaran semata-mata. Pencapaian mereka mungkin mempunyai hubungan dengan faktor-faktor lain. Walaupun dapatan ini menunjukkan faktor strategi pembelajaran tidak ada hubungan yang signifikan dengan pencapaian, pelajar tetap perlu merancang pembelajaran dengan teratur supaya kemahiran berbahasa khususnya dalam aspek menulis dapat dikuasai dengan baik. IMPLIKASI KAJIAN Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dalam kalangan pelajar etnik Melanau berada pada tahap sederhana dan membawa kesan yang positif khususnya kepada pelajar itu sendiri. Walaupun pencapaian pelajar etnik Melanau dalam kajian ini tidak dipengaruhi oleh strategi pembelajaran sepenuhnya, namun pelajar masih mendapat manfaat daripada strategi-strategi tersebut seperti mengintegrasikan teknologi seperti Internet boleh mendedahkan mereka kepada pembelajaran bahasa selaras dengan kemahiran abad ke-21. Melalui kajian ini juga, guru-guru dapat merancang pengajaran mengikut strategi yang sesuai supaya mereka dapat menarik perhatian dan minat pelajar dalam PdPc di dalam bilik darjah. Aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas juga seharusnya mengambil kira perbezaan jantina kerana pelajar etnik Melanau mempunyai strategi pembelajaran yang berbeza. Selain itu, peranan pihak pentadbir sekolah juga sangat penting dalam menyediakan suasana dan kemudahan pembelajaran yang sesuai mengikut cara dan strategi pelajar belajar kemahiran menulis. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini memberi gambaran yang jelas tentang strategi pembelajaran kemahiran menulis yang digemari oleh pelajar etnik Melanau mengikut perbezaan jantina dan pengaruh strategi tersebut terhadap pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, beberapa implikasi dan cadangan yang dikemukakan untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik mengikut strategi pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan mereka sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada guru untuk membantu pelajar mempelajari kemahiran menulis di dalam bilik darjah selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Kesimpulannya, proses PdPc Bahasa Melayu yang dirancang dengan mengambil kira keperluan pelajar akan memberikan kesan yang positif terhadap penguasaan mereka dalam kemahiran menulis meskipun mereka mempunyai strategi belajar yang tersendiri. Dengan itu, pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua akan menjadi lebih menyeronokkan sekali gus mampu menarik minat pelajar.

41 RUJUKAN Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd. Rahman. 2011. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 67-87. Kamiliah Ayu Ab. Ghani. 2015. Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Kementerian Pendidikan 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Mohamad Yazid Mohamad. 2016. Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah penyelidikan pendidikan. Cetakan Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nur Syafina Mohd Sabri. 2016. Strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar prasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di Prince of Songkhla University, Thailand. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Roselan Baki. 2003. Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publication. Sumarni Lapammu. 2017. Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran persekitaran maya (Vle) Frog dalam pendidikan Bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Tuan Azlyna Tuan Yusoff. 2013. Kesediaan guruguru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2003. Strategi pembelajaran bahasa pelajar sekolah menengah. Jurnal Bahasa, 3 (2): 263-319 Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2005. Strategi pembelajaran bahasa Melayu mengikut Jantina di luar kelas. Jurnal Pendidikan 30. 51-73. Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris pelajar cemerlang. Bangi: Penerbit Fakulti Zamri Mahamod. 2004. Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P & P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim. Penerbit :Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zamri Mahamod. 2015. Strategi pembelajaran: Inventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zamri Mahamod. 2016. Sosiolinguistik dan pengajaran bahasa. Bangi: Penerbit Fakulti