Katakunci : gaya pembelajaran

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

MODEL GURU BERKUALITI DARI PERSPEKTIF TOKOH PENDIDIKAN ISLAM DAN BARAT

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Transcription:

Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Universiti Teknologi Malaysia Meor Ibrahim Bin Kamaruddin & Assaadah Binti Mohamad Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi memastikan seseorang pelajar itu dapat belajar dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan (Fizik) di Universiti Teknologi Malaysia. Di samping itu kajian ini juga bertujuan menentukan tahap gaya pembelajaran bagi keseluruhan responden mengikut pencapaian akademik. Seramai 66 orang responden terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan dibina oleh Richard M. Felder dan Barbara Soloman (1996) yang terdiri daripada 44 item yang mengkaji gaya pembelajaran yang dapat dilihat oleh 4 dimensi iaitu Aktif dan Reflektif, Konkrit dan Intuitif, Visual dan Verbal serta Tersusun dan Global. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science versi 10.0 (SPSS) dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pola gaya pembelajaran yang diamalkan oleh responden Tahun 2, 3 dan 4 tidak jauh bezanya iaitu bagi responden Tahun 2 tergolong dalam ciri pembelajaran Aktif, Intuitif, Visual dan Tersusun manakala bagi responden Tahun 3 dan 4 mereka tergolong dalam ciri pembelajaran Aktif, Konkrit, Visual dan Tersusun. Beberapa cadangan telah dikemukakan di akhir kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat memberi faedah kepada pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat bagi mencapai kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Katakunci : gaya pembelajaran Pengenalan Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan mempengaruhinya untuk cemerlang. Antaranya termasuklah faktor keluarga, guru, sekolah dan paling penting adalah sikap pelajar itu sendiri (Centra & Porter, 1890). Selain itu, satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Nasir (1997) mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia mendapati bahawa faktor-faktor seperti keyakinan pelajar, status sosio-ekonomi keluarga, jantina, kedudukan sekolah, persekitaran sekolah dan pencapaian terdahulu yang pernah dicapai oleh pelajar tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan pencapaian pelajar. Secara amnya gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh ilmuwan yang dapat dipraktikkan dan dijadikan sebagai panduan oleh pelajar-pelajar masa kini. Namun begitu, pelajar perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka sendiri. Walau apa jua gaya pembelajaran yang diikuti, setiap individu yang bergelar pelajar seharusnya mengaplikasikan gaya pembelajaran yang dipilih dengan sebaiknya mengikut yang dikehendaki. Ini bertujuan untuk menghasilkan satu proses pembelajaran yang berkesan kepada pelajar seterusnya menyumbang sesuatu perkara yang berkualiti kepada pendidikan negara kita.

Pernyataan Masalah Sememangnya tidak dapat dinafikan seseorang individu yang lahir ke dunia ini mempunyai personaliti dan gaya yang tersendiri termasuklah dalam proses pembelajaran. Bermula dari pendidikan awal di pra sekolah sehinggalah mereka masuk ke alam universiti, gaya pembelajaran memang telah sedia ada dalam diri masingmasing untuk dipraktikkan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar yang mengikuti Program Pendidikan Fizik. Gaya pembelajaran sangat penting bagi setiap pelajar kerana ia mempunyai daya pengaruh yang kuat terhadap pencapaian akademik di mana gaya pembelajaran telah menyediakan satu mekanisme pembelajaran yang dapat memberi cabaran yang betul kepada pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat terhadap pencapaian akademik mereka. Hasil kajian oleh Doris (1993) dalam Liau (2000) menunjukkan bahawa gaya pembelajaran akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik maka beliau mencadangkan adalah sesuai jika gaya pembelajaran bagi setiap pelajar diuji. Objektif Kajian Kajian ini mempunyai objektif-objektif seperti berikut: 1. Mengenal pasti pola gaya pembelajaran pelajar-pelajar tahun dua hingga tahun empat Program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor iaitu gaya pembelajaran yang mengikut pola model gaya pembelajaran Silverman dan Soloman (1996). 2. Menentukan tahap gaya pembelajaran mengikut prestasi akademik dalam kalangan pelajar tahun dua hingga empat Program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Kepentingan Kajian Kajian ini memberikan beberapa kepentingan kepada pihak-pihak yang berkenaan: Pelajar : Dapatan kajian memberikan banyak faedah kepada pelajar-pelajar terutamanya dari segi pembelajaran. Melalui kajian seperti ini, pelajar-pelajar dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri masing-masing supaya pembelajaran dapat dilalui dengan berkesan dan efektif. Bagi pelajar-pelajar tahun empat mereka boleh mempraktikkan gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Selain itu mereka juga dapat mempertingkatkan tahap pencapaian akademik mereka setelah mengetahui gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri masing-masing. Pensyarah : Hasil kajian juga dapat membantu pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini, pensyarah dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang dominan dengan model yang dicadangkan seterusnya diadaptasikan dengan gaya pengajaran. Selain itu mereka dapat menilai jurang perbezaan antara kaedah pengajaran mereka dengan gaya pembelajaran pelajar melalui hasil kajian ini. Oleh itu, pensyarah dapat membaiki kaedah pengajarannya untuk menyesuaikan gaya pembelajaran pelajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan. Di samping itu, pensyarah dapat menyediakan rancangan pengajaran yang memenuhi keperluan pelajar dalam pembelajaran mereka. Kaedah ini adalah lebih berkesan kerana pensyarah akan lebih memahami gaya pembelajaran yang paling digemari pelajar di dalam kelas. Oleh yang demikian, pensyarah mempunyai strategi tersendiri

untuk memastikan pelajar-pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih mudah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar. Jabatan Fizik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) : Melalui kajian seperti ini, terdapat beberapa kepentingan terhadap Jabatan Fizik Universiti Teknologi Malaysia itu sendiri iaitu pihak jabatan dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang pelbagai dalam kalangan pelajarpelajar yang mempelajari mata pelajaran Fizik. Ini memudahkan pihak jabatan mengklasifikasikan pola gaya pembelajaran dengan tahap kesusahan mata pelajaran itu sendiri memandangkan kebanyakan daripada pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang memuaskan dalam mata pelajaran Fizik. Pihak jabatan juga boleh menganjurkan kursus atau bengkel yang mana program seperti itu mendedahkan pelajar-pelajar dengan mata pelajaran yang sukar dan bagaimana untuk belajar dengan lebih berkesan. Rekabentuk Kajian Kajian yang dijalankan berbentuk tinjauan. Kaedah yang digunakan bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar Tahun Dua hingga Tahun Empat Program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik ini bertujuan: 1. Mengenal pasti pola gaya pembelajaran pelajar-pelajar tahun dua hingga tahun empat Program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor iaitu gaya pembelajaran yang dominan dengan model gaya pembelajaran Silverman dan Soloman (1996). 2. Menentukan tahap gaya pembelajaran mengikut prestasi akademik dalam kalangan pelajar tahun dua hingga empat Program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Soal selidik diedarkan kepada responden yang terlibat dan semua maklumat yang diperoleh akan diproses secara kuantitatif. Soal selidik akan diedarkan kepada semua responden yang terlibat iaitu daripada pelajar- pelajar tahun dua hingga tahun empat Program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia. Penerangan ringkas akan diberikan kepada responden sebelum responden menjawab semua item yang terdapat dalam soal selidik. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman responden untuk menjawab semua item yang terdapat dalam soal selidik. Populasi dan Persampelan Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tahun dua hingga tahun empat dalam kalangan pelajar Program Pendidikan Fizik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor iaitu seramai 66 orang. Kebanyakan pelajar dating dari negeri-negeri yang berlainan, mempunyai latar belakang keluarga dan sosio ekonomi yang berbeza. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan instrumen kajian berbentuk soal selidik. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soal selidik Bahagian A dibentuk sendiri bertujuan mendapatkan latar belakang responden kajian. Antara perkara yang terdapat dalam soal selidik Bahagian A ialah jantina, jenis kursus dan tahun pengajian terkini yang sedang diikuti oleh responden di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Antara lain yang terkandung dalam soal selidik Bahagian A ialah soalan tentang gred pencapaian keseluruhan terkini yang dicapai oleh pelajar tersebut. Soalan tentang gred pencapaian keseluruhan terkini adalah

bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian responden seterusnya dapat mengaitkan dengan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh responden tersebut. Bahagian B pula adalah terdiri daripada empat puluh empat item (44) soalan objektif untuk mengenal pasti jenis gaya pembelajaran yang dipraktikkan oleh responden. Set soalan soal selidik ini diperolehi daripada indeks gaya pembelajaran (ILS) yang dibina oleh M. Felder dan Soloman (1996). Soalan soal selidik ini terdiri daripada empat puluh empat (44) soalan yang mengklasifikasikan pelajar kepada lima dimensi gaya pembelajaran Silverman (1996). Ia dipilih kerana mudah diisi, mengambil masa yang sedikit dan mengawal penumpuan responden kepada subjek, iaitu gaya pembelajaran. Selain itu, pemilihan soal selidik ini adalah kerana bahasa yang digunakan mudah untuk difahami, memfokuskan kepada gaya pembelajaran yang diamalkan oleh responden-responden yang terlibat. Dalam kajian ini soal selidik tersebut adalah bertujuan melihat kecenderungan gaya pembelajaran pelajar-pelajar Program Pendidikan Fizik. Pembahagian item adalah mengikut lima dimensi gaya pembelajaran Felder-Silverman (1996) seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut. Jadual 1: Pembahagian item mengikut jenis gaya pembelajaran Analisis Data Tahap gaya pembelajaran mengikut ciri pembelajaran Aktif dan Reflektif Jadual 2: Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Aktif dan Reflektif mengikut prestasi akademik dalam kalangan responden

Berikut adalah taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Aktif dan Reflektif dalam kalangan responden mengikut prestasi akademik. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, maka analisis telah dibuat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Secara keseluruhan, kekerapan tertinggi (Mod) iaitu 18 yang dicapai oleh responden dalam ciri pembelajaran ini adalah dari kalangan responden yang memperolehi pencapaian 3.00 hingga 3.66 yang mana berada pada tahap kabur dalam ciri pembelajaran Aktif manakala kekerapan paling rendah ialah 1 yang mana respondennya adalah terdiri daripada pencapaian yang pelbagai dan juga pada tahap yang berbeza iaitu tahap kabur, sederhana dan jelas dalam ciri pembelajaran Aktif dan Reflektif. Ini menunjukkan setiap responden dari pencapaian berbeza mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut kesesuaian diri mereka. Tahap gaya pembelajaran mengikut ciri pembelajaran Konkrit dan Intuitif Berikut adalah taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Konkrit dan Intuitif dalam kalangan responden mengikut prestasi akademik. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, maka analisis telah dibuat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 berikut. Jadual 3: Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Konkrit dan Intuitif mengikut prestasi akademik dalam kalangan responden Jadual menunjukkan kekerapan tertinggi (Mod) yang dicapai dalam ciri pembelajaran Konkrit dan Intuitif ini adalah 16 iaitu dari kalangan responden yang memperolehi pencapaian 3.00 hingga 3.66 yang mana berada dalam tahap kabur dalam ciri pembelajaran Intuitif manakala mod kekerapan paling rendah adalah 1 iaitu daripada responden yang pencapaian 3.00 hingga 3.66 dan 2.00 hingga 2.99 iaitu berada pada tahap sederhana dalam ciri pembelajaran Intuitif dan indeks jelas dalam ciri pembelajaran Konkrit. Ini menunjukkan kebanyakan daripada responden yang memperolehi pencapaian yang baik iaitu dari kalangan 3.00 hingga 3.66 adalah cenderung memilih cara pembelajaran yang lebih terarah kepada konseptual, inovatif, terorientasi terhadap teori dan maksud. Pembelajaran ini juga banyak menggunakan maklumat dalam bentuk simbol dan membuat tafsiran sendiri. Tahap gaya pembelajaran mengikut ciri pembelajaran Visual dan Verbal Berikut adalah taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Visual dan Verbal dalam kalangan responden mengikut prestasi akademik. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, maka analisis telah dibuat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 berikut.

Jadual 4 : Taburan peratusan analisis pembelajaran Visual dan Verbal dalam kalangan responden mengikut purata pencapaian akademik Jadual di atas menunjukkan kekerapan paling tinggi (Mod) yang dicapai dalam ciri pembelajaran ini ialah sebanyak 15 iaitu dari kalangan responden yang memperolehi pencapaian 3.00 hingga 3.66 dan mereka ini berada dalam tahap jelas dalam ciri pembelajaran Visual manakala mod kekerapan paling rendah dicapai oleh responden yang pencapaiannya 3.67 ke atas iaitu 1 yang mana dari tahap kabur dalam ciri pembelajaran Verbal. Ini menunjukkan responden yang mmperolehi pencapaian 3.00 hingga 3.66 adalah lebih cenderung memilih pembelajaran Visual sebagai gaya pembelajaran mereka. Pembelajaran yang dibantu oleh bahan visual seperti gambar rajah, carta, diagram dan sebagainya mempercepatkan proses pemahaman seseorang individu yang mengamalkan pembelajaran Visual berbanding pembelajaran Verbal yang hanya menggunakan penjelasan bertulis dalam pembelajarannya. Tahap gaya pembelajaran mengikut ciri pembelajaran Tersusun dan Global Berikut adalah taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Tersusun dan Global dalam kalangan responden mengikut prestasi akademik. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, maka analisis telah dibuat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 berikut. Jadual 5: Taburan peratusan analisis pembelajaran Tersusun dan Global dalam kalangan responden mengikut purata pencapaian akademik Jadual di atas menunjukkan kekerapan paling tinggi (Mod) yang dicapai dalam ciri pembelajaran ini ialah sebanyak 18 iaitu dari kalangan responden yang memperolehi pencapaian

3.00 hingga 3.66 dan mereka ini berada dalam tahap kabur dalam ciri pembelajaran Tersusun manakala mod kekerapan paling rendah dicapai oleh responden yang pencapaiannya 3.67 ke atas dan 3.00 hingga 3.66 iaitu 1 yang mana dari indeks kabur dalam ciri pembelajaran tersusun dan tahap jelas dalam ciri pembelajaran Global. Ini menunjukkan responden yang memperolehi pencapaian 3.00 hingga 3.66 adalah lebih cenderung memilih pembelajaran Tersusun sebagai gaya pembelajaran mereka tetapi mereka masih ragu-ragu dalam kedua-dua ciri pembelajaran tersebut. Mereka mungkin cenderung untuk memilih gaya pembelajaran tersebut kerana berkemungkinan pembelajaran secara Tersusun akan lebih memberi kefahaman yang mendalam kepada individu tersebut untuk memahami sesuatu pelajaran berbanding belajar sesuatu secara holistik. Perbincangan Setelah dianalisis data yang diperolehi daripada responden-responden maka didapati bahawa pola gaya pembelajaran bagi setiap program pengajian adalah tidak jauh perbezaannya. Bagi responden Tahun Dua, empat ciri gaya pembelajaran yang menjadi fokus utama ialah ciri Aktif pada tahap kabur, ciri Intuitif pada tahap kabur, ciri Visual pada tahap sederhana dan ciri Tersusun pada tahap sederhana. Mereka yang bersifat Intuitif suka mengubahsuai sesuatu yang sedia ada atau dengan kata lain membuat inovasi ke atas sesuatu perkara dan mereka tidak suka mengulangi sesuatu perkara. Selain itu, pelajar yang bersifat Intuitif juga lebih cenderung dengan konsep-konsep baru dan formula matematik serta perkara-perkara abstraks. Bagi responden Tahun Tiga pula, empat ciri gaya pembelajaran yang menjadi pola mereka ialah ciri pembelajaran Aktif pada tahap kabur, ciri Konkrit pada tahap kabur, ciri Visual pada tahap sederhana dan ciri Tersusun pada tahap sederhana. Menurut Clark (1995) pelajar yang tergolong dalam ciri pembelajaran Konkrit adalah pelajar yang memerlukan pengalaman konkrit iaitu memerlukan kerja lapangan, eksperimen makmal dan kerja-kerja yang melibatkan pemerhatian. Teknik mengajar paling sesuai untuk mereka yang bersifat Konkrit ini adalah dengan cara berinteraksi dengan maklum balas, aktiviti kemahiran dan mereka perlu dibimbing dengan cara belajar kendiri. Pola gaya pembelajaran bagi Tahun Empat pula ialah ciri pembelajaran Aktif pada tahap kabur, ciri Konkrit pada tahap kabur, ciri Visual pada tahap sederhana dan ciri Tersusun pada tahap sederhana. Secara kesimpulannya, ini menunjukkan pola gaya pembelajaran adalah antara ketiga-tiga tahun program pengajian iaitu Tahun Dua, Tahun Tiga dan Tahun Empat mempunyai kesamaan. Bagi pelajar yang memperolehi pencapaian 3.67 ke atas, ciri pembelajaran yang dikenal pasti diamalkan oleh mereka adalah ciri Aktif pada tahap kabur, ciri Konkrit pada tahap kabur, ciri Visual pada tahap sederhana dan ciri Tersusun pada tahap kabur. Bagi mereka yang tergolong dalam pencapaian 3.00 hingga 3.66 pula mereka dikenal pasti adalah memiliki ciri Aktif dalam tahap kabur, ciri Intuitif dalam tahap kabur, ciri Visual dalam tahap jelas dan ciri Tersusun dalam tahap kabur manakala bagi pencapaian mereka 2.00 hingga 2.99 memiliki ciri Aktif pada tahap kabur, ciri Konkrit pada tahap kabur, ciri Visual pada tahap sederhana dan ciri Global pada kabur. Rujukan Azizi Hj. Yahaya dan Shareeza Abdul Karim (2004). Kajian Hubungan Di antara Gaya pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram. Universiti Teknologi Malaysia.

B. O. Smith, W. D. Stanley dan J. H. Shores. 1957. Fundamentals of Curriculum Development. Great Britain: Harcourt, Brace & World, Inc. Che Mah Yusof dan Mariani Md.Nor (2000). Kajian Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM. Gregorc, A.F. (1979). Learning/teaching styles: Their nature and effects. In J.W. Keefe (Ed.), Student learning styles: Diagnosing and prescribing programs. Reston, VA:National Association of Secondary School Principals. Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi. Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pendidikan UTM. Fadzilah Kamsah (2006). Tips Pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi) Cemerlang. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd. Hall, E.(1982). Child psychology today. New York: Random House. Joseph Gomez (1999). Kajian Gaya Pembelajaran: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Pendidikan TigaENF. Khalid bin Mohamed Nor (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (1995). Tatabahasa Dewan (Edisi Baru) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ornstein, A. C. & Hunkins, F. P. (1993). Curriculum foundations, Principles and Issues. Boston: Allyn and Bacon. Rosniah Mustaffa (2007). Kajian Mengadaptasikan Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes Pelajar Tahun Satu di UKM. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan:Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Limited, Percetakan Vinlin Sdn. Bhd. Tuckman, B. W. (1979). Evaluating Instructional Programs. London: Allyn&Bacon, Inc. Unit Pengajian Melayu Jabatan Bahasa (1998). Kajian Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Pengajian Melayu Dalam Pembelajaran Tatabahasa Melayu Fokus Ayat Pasif. Jurnal Pendidikan TigaENF. Wan Zuraida Wan Hamid (2002). Kajian Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik. Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda. Yufiza Binti Mohd Yusof (2002). Kajian Gaya Pembelajaran Individu Pelajar Perakaunan Kolej Matrikulasi Perak. Jurnal Pendidikan. Zainap Bt Talib (1999). Gaya Pembelajaran Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Merentasi Fakulti. Projek Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.