Abstrak. Membina Kecintaan Membaca Buku Cerita Melayu. Dewi Kartika Sudirman

Similar documents
Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

BIBLIOGRAPHIC INFORMATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Research Journal ADE DEDI SALIPUTRA NIM: F

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

An Investigation into Teacher Practice of Jigsaw Technique in Teaching Narrative for Eight Graders of SMPN 1 Menganti

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Method. descriptive form in conducting the research since the data of this research

Towards Teachers Communicative Competence Enhancement: A Study on School Preparation for Bilingual Programs

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 3 KEBERKESANAN PELAKSANAAN SISTEM SEBUTAN BAKU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

THE IMPLEMENTATION OF TEACHING ENGLISH TO THE TENTH GRADE STUDENTS AT SMK NEGERI 8 SURAKARTA IN 2015/2016 ACADEMIC YEAR

Transcription:

08 Membina Kecintaan Membaca Buku Cerita Melayu Dewi Kartika Sudirman dewi_kartika_sudirman@moe.edu.sg Nurhayati Nasir nurhayati_nasir@moe.edu.sg Sekolah Rendah Yishun Abstrak Kebanyakan murid kurang membaca buku cerita Melayu walaupun terdapat banyak bahan bacaan bahasa Melayu. Story T.L.E (Tell. Listen. Experience) merupakan sebuah strategi bercerita yang digunakan untuk merangsang minat membaca buku cerita Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Story T.L.E dalam memupuk minat membaca buku cerita Melayu bagi muridmurid. Sampel kajian melibatkan 40 orang murid sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan 100% murid menyatakan mereka lebih berminat untuk membaca buku cerita Melayu setelah Story T.L.E dijalankan. Hasil dapatan ini menunjukkan strategi Story T.L.E berkesan dalam merangsang minat murid membaca dan memilih bahan bacaan Bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan usaha ini, perkongsian telah diadakan di peringkat sekolah bagi memastikan lebih ramai guru menggunakan strategi Story T.L.E ini untuk meningkatkan minat murid membaca buku cerita Melayu. Kata Kunci: bercerita, buku cerita Melayu, merangsang minat, membaca 102 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

Pengenalan Membaca merupakan tabiat yang penting untuk meningkatkan kemahiran bahasa dan memperkaya ilmu pengetahuan. Pelbagai program bacaan dan sesi bercerita dijalankan di perpustakaan awam untuk menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya. Guru-guru sekolah rendah juga tidak terkecuali menjalankan program bacaan luas bagi memupuk minat dan tabiat membaca murid. Guru sering memberi galakan kepada murid-murid untuk membaca buku cerita sama ada semasa sesi bacaan senyap mahupun membaca secara kendiri. Namun, murid-murid lebih cenderung memilih dan membaca buku cerita bahasa Inggeris berbanding buku cerita bahasa Melayu. Berdasarkan tinjauan awal daripada 40 orang responden, 65% mendapati bahawa buku cerita bahasa Melayu tidak menarik dan 40% daripada mereka tidak berminat untuk membaca buku cerita Bahasa Melayu. Malah, 30% murid menyatakan mereka tidak mendapat sokongan atau galakan daripada ibu bapa untuk membeli atau meminjam buku cerita bahasa Melayu. Hal ini menimbulkan iltizam guru untuk mencari pemangkin yang dapat merangsang minat murid membaca buku cerita Melayu. Murid-murid memerlukan strategi yang terancang bagi memupuk minat membaca buku cerita Melayu. Oleh itu, kajian Story T.L.E (Tell. Listen. Experience) atau Bercerita, Mendengar, Mengalami. telah dijalankan untuk melihat keberkesanan sesi bercerita sebagai pemangkin terhadap minat membaca buku cerita Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah seperti yang berikut: 1. menimbulkan minat membaca buku-buku cerita Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah melalui sesi bercerita; dan 2. melihat keberkesanan strategi Story T.L.E bagi memupuk minat membaca buku cerita Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah. 103 Seminar Bahasa Melayu 2016

PERNYATAAN MASALAH Membaca merupakan salah satu kemahiran asas dalam pembelajaran bahasa Melayu. Murid digalakkan untuk membaca demi memperkaya kosa kata serta meningkatkan penguasaan bahasa mereka. Walaupun guru berusaha untuk memberikan galakan kepada murid untuk membaca buku cerita bahasa Melayu, namun mereka masih menunjukkan kecenderungan membaca buku cerita bahasa Inggeris disebabkan mereka lebih terdedah kepada buku cerita bahasa Inggeris. Malah, ramai antara mereka yang lebih fasih dan selesa berbahasa Inggeris lantas kurang memberi keutamaan kepada bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan kemerosotan minat terhadap bahan bacaan bahasa Melayu. Membaca merupakan faktor utama dalam peningkatan penguasaan bahasa Melayu. Pendedahan yang berkurangan dalam bahan bacaan Melayu menyebabkan kosa kata murid terhad dan menghambat pemahaman tatabahasa serta struktur ayat bahasa Melayu. Perkara ini melemahkan penguasaan bahasa Melayu murid-murid kerana mereka tidak dapat bertutur, memahami dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik. Walaupun ramai antara mereka berbangsa Melayu, penggunaan bahasa Melayu semakin menurun. Mereka kurang mengenali bahan bacaan Melayu yang menarik kerana tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk meneroka buku-buku cerita Melayu. Gejala ini memudaratkan perkembangan bahasa Melayu kerana murid tidak menguasai bahasa ibunda mereka dengan baik. Kajian yang dijalankan ini memberi peluang kepada guru untuk menjalankan sesi bercerita untuk murid bagi menanam minat dan merangsang minat membaca buku-buku cerita Melayu. KAJIAN LEPAS Hamilton dan Weiss (2005) menghujahkan bahawa pengajaran yang menggabungkan teknik bercerita dalam pembelajaran murid terbukti berkesan untuk meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid. Hamilton dan Weiss menerangkan beberapa strategi bercerita yang berkesan dan terbukti dapat meningkatkan minat membaca murid. 104 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

Zuraini Jusoh (2009) menjalankan kajian mengenai keberkesanan teknik bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran karangan naratif bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan ini menunjukkan peningkatan prestasi dalam penulisan murid setelah sesi bercerita diadakan. Meskipun ia tidak memberikan tumpuan pada minat murid-murid dalam membaca buku cerita Melayu, dapatan ini menunjukkan keberkesanan teknik bercerita dalam meningkatkan prestasi pembelajaran bahasa murid-murid secara amnya. Dapatan kajian ini menunjukkan, pengaruh sesi bercerita pada pembelajaran murid. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat keberkesanan strategi Story T.L.E dalam menarik minat murid memilih dan membaca bahan bacaan bahasa Melayu. KAEDAH KAJIAN Kajian ini bersifat kajian lapangan dan penelitian dilakukan dengan melihat maklum balas murid dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan analisis secara kuantitatif dan kualitatif. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada 40 orang murid kumpulan eksperimental bagi murid Darjah 5 yang terdiri daripada 16 orang dan murid Darjah 2 yang terdiri daripada 24 orang. Seramai dua orang guru terlibat menjalankan usaha intervensi ini. Secara umum, tahap kemahiran membaca murid-murid adalah sederhana. Tinjauan di peringkat awal menunjukkan murid bahawa murid tidak berminat dan kurang membaca buku cerita bahasa Melayu. Instrumen Kajian Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik prakajian dan pascakajian bagi murid. Borang soal selidik prakajian ini mengandungi 9 penyataan bagi murid Darjah 2 dan 14 penyataan untuk murid Darjah 5. Skala Likert dua poin untuk Darjah 2 dan 7 poin untuk Darjah 5. Terdapat 2 item bagi maklum balas murid Darjah 2 dan 3 item bagi maklum balas murid Darjah 5. Soalansoalan ini memberi tumpuan kepada minat terhadap membaca buku cerita 105 Seminar Bahasa Melayu 2016

Melayu dan pendapat berkenaan sesi bercerita. Dapatan dari maklum balas murid digunakan untuk mengukur keberkesanan sesi bercerita untuk menarik minat membaca murid bagi bahan bacaan bahasa Melayu. Borang soal selidik pascakajian mengandungi 3 penyataan bagi Darjah 2 dan 5. Terdapat 1 item bagi maklum balas murid Darjah 5. Data kualitatif turut digunakan untuk mengukur keberkesanan kajian sesi bercerita untuk menarik minat murid membaca buku cerita Melayu. Borang anekdotal dan video digunakan untuk merakam pengalaman dan pendapat murid setelah sesi bercerita dilaksanakan. Prosedur Kajian Sebelum memulakan kajian, kumpulan eksperimental telah dipilih bagi murid rendah bawah dan rendah atas. Dua kumpulan eksperimental yang berbeza ini dipilih untuk melihat keberkesanan kajian ini bukan hanya untuk kelas rendah tetapi bagi kelas rendah atas juga. Borang senarai selidik prakajian telah diberikan kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat awal terhadap tahap minat membaca buku-buku cerita Melayu. Seterusnya, sesi bercerita yang pertama dimulakan dengan strategi Story T.L.E. Dalam bahagian Tell, guru bercerita, bagi Listen murid akan mendengar cerita guru dan dalam Experience pula, murid menceritakan semula cerita yang mereka dengar di hadapan kelas atau secara berpasangan. Buku cerita daripada pelbagai genre akan diperkenalkan kepada murid pada setiap sesi. Kajian menggunakan kaedah Story T.L.E ini dijalankan selama 1 sesi setiap minggu dan selama 8 minggu berturut-turut. Setiap sesi berlangsung selama 3 waktu. Setelah usaha intervensi ini dijalankan selama 8 minggu, murid diberikan borang soal selidik untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan sesi bercerita yang dilaksanakan guru dalam meningkatkan minat mereka membaca buku cerita Melayu. 106 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Berdasarkan data kuantitatif, dapatan prakajian menunjukkan murid kurang berminat dan kurang membaca buku cerita Melayu. Namun, mereka inginkan sesi bercerita Melayu. Dapatan ini menjelaskan bahawa sesi bercerita merupakan umpan yang dapat menarik minat murid untuk membaca buku cerita Melayu. 38% murid Darjah 2 dan 45% murid Darjah 5 masih tidak berminat membaca buku cerita. Dapatan juga menunjukkan 61% murid Darjah 2 tidak membaca buku cerita Melayu dan 69% bagi murid Darjah 5. Namun bagi sesi bercerita, dapatan prakajian menunjukkan 82% bagi murid Darjah 2 dan 69% bagi murid Darjah 5 mahukan sesi bercerita dalam pembelajaran mereka di bilik darjah. Rujuk Rajah 1. Rajah 1: Minat dan Sikap Murid pada Membaca dan Sesi Bercerita dalam Bahasa Melayu Berkaitan sesi bercerita, semua murid Darjah 2 dan 5 berasa seronok untuk mengikuti aktiviti ini. Mereka turut teruja membaca buku cerita Melayu yang guru ceritakan. Semua murid Darjah 2 dan 5 berasa seronok semasa sesi bercerita. Dapatan kajian jua menunjukkan sesi bercerita mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk membaca buku cerita Melayu kerana adanya pendedahan bahan bacaan Melayu kepada mereka secara langsung. 90% murid Darjah 2 teruja membaca buku cerita bahasa Melayu dan 95% bagi Darjah 5. Sila rujuk Rajah 2. 107 Seminar Bahasa Melayu 2016

Rajah 2: Sikap Murid pada Sesi Bercerita Dan Membaca Buku yang Guru telah Ceritakan. Rajah 3 pula menunjukkan sesi bercerita terbukti berkesan untuk menarik minat murid membaca buku cerita bahasa Melayu. Jumlah murid yang tidak minat dan membaca buku cerita Melayu telah merosot ke paras yang rendah berbanding dengan jumlah yang tertera dalam Rajah 1. Bagi sesi bercerita jumlahnya meningkat 100% bagi kedua-dua peringkat. Rajah 3: Minat Murid Terhadap Membaca dan Sesi Bercerita 108 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

KESIMPULAN Kajian ini membincangkan usaha menarik minat murid membaca buku cerita Melayu melalui kaedah sesi bercerita dengan menggunakan strategi Story T.L.E. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sesi bercerita mampu mempengaruhi dan menarik minat murid agar memilih dan membaca bahan bacaan bahasa Melayu terutama buku cerita bahasa Melayu. Bahkan, usaha guru dalam sesi bercerita telah secara efektif membuat murid lebih teruja untuk mencari bahan yang telah dibaca guru dan membacanya sekali juga. Kajian ini juga berjaya menunjukkan betapa usaha guru dan strategi yang berstruktur penting di dalam menarik minat murid untuk membaca buku cerita bahasa Melayu. Keberkesanan strategi Story T.L.E ini telah meningkatkan semangat guru untuk menyalurkan strategi Story T.L.E ini kepada setiap peringkat murid di sekolah rendah. Diharapkan dengan inisiatif ini Story T.L.E ini dapat dijalankan secara konsisten sebagai satu program bacaan yang dapat menarik minat murid untuk memilih dan membaca buku cerita bahasa Melayu. Dengan pendedahan yang diberikan kepada murid, secara langsung akan mempengaruhi secara positif pemilihan bahan bacaan mereka pada masa hadapan. RUJUKAN Weiss, M. H. (2005). Children tell stories : teaching and using storytelling in the classroom. Katonah, N.Y: Richard C. Owen Publishers. Zuraini Jusoh. (2009). The Effectiveness Of Storytelling Technique In Teaching And Learning Narrative Writing In The Malay Language. Retrieved from Universiti Putra Malaysia: http://psasir.upm.edu.my/5685/1/fpp_2009_2.pd 109 Seminar Bahasa Melayu 2016