Kajian Untuk Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Kursus FP202 (Fundamentals of Operating System) di POLIMAS

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

BIBLIOGRAPHIC INFORMATION

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Transcription:

Kajian Untuk Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Kursus FP202 (Fundamentals of Operating System) di POLIMAS Abdul Aziz bin Ab Nasir Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Sultan Abdul Halim Mua dzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. aznasir@polimas.edu.my, aznasir10@gmail.com Mohamad Farif bin Jemili Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Sultan Abdul Halim Mua dzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Zakiah binti Osman Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Sultan Abdul Halim Mua dzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Abstrak Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan bagi kursus FP202 (Fundamentals of Operating System) di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Sultan Abdul Halim Muad dzam Shah (POLIMAS). Kajian ini dijalankan ke atas 60 orang responden yang terdiri daripada para pelajar semester 3 Sesi Jun 2014 secara rawak, di mana mereka telah mengambil kursus ini pada Semester Dua Sesi Disember 2013. Soal selidik terdiri daripada 55 item dan dibahagikan kepada enam bahagian iaitu bahagian A ialah Demografi yang berkaitan latar belakang responden secara ringkas. Bahagian B ialah kajian berkenaan dengan faktor Kandungan bagi Kursus FP202. Bahagian C pula ialah faktor Minat Pelajar dalam menentukan pencapaian pelajar. Bahagian D ialah faktor Sikap Pelajar JTMK dan seterusnya bahagian E ialah faktor Teknik Belajar yang diamalkan oleh pelajar. Akhirnya bahagian F, iaitu Kaedah Pengajaran Pensyarah yang mengajar kursus ini. Keputusan Sesi Disember 2013 digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar bagi kursus FP202. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS 18. Berdasarkan hasil analisis berkenaan didapati analisis kebolehpercayaan instrumen secara keseluruhannya, Alpha Cronbach ialah 0.920 dengan bilangan item sebanyak 55 tersebut. Data yang dikumpul itu juga dianalisis secara frekuensi menggunakan perisian SPSS 18. Frekuensi dan peratusan digunakan bagi mengukur pencapaian pelajar. Data kajian mendapati tahap pencapaian pelajar dalam kursus FP202 bagi enam semester adalah tahap sederhana (Nilai Mata antara 2.00 hingga 2.99 ialah 76%). Secara keseluruhannya didapati bahawa antara faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar adalah masalah Sikap Pelajar dimana mereka cepat rasa jemu (Min= 2.92) manakala mengantuk atau tertidur dalam kelas (Min=2.77). Selain itu, masalah teknik belajar juga mempengaruhi keputusan tersebut antaranya ialah membuat jadual belajar sendiri serta dapat melaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat (Min=3.18) dan terakhir ialah minat pelajar iaitu membaca nota sebelum menghadiri kelas (Min=3.21). Dapatan kajian memberi implikasi kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh pensyarah yang mengajar kursus ini. Tidak lupa juga, ia akan memberi implikasi kepada Penasihat Akademik untuk terus berusaha bagi meningkatkan pencapaian dan meningkatkan minat serta motivasi dikalangan pelajar.

1.0 Pengenalan Sistem Pengoperasian (OS) merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh para pelajar terutamanya pelajar semester dua bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Kursus ini antara kursus yang agak sukar bagi pelajar mencapai keputusan yang cemerlang lebihlebih lagi kertas peperiksaan akhir. Selama dua semester sejak Sesi Jun 2012, pengkaji telah mengajar kursus ini sebanyak empat kelas (dua kelas setiap semester). Secara pemerhatian didapati keputusan pelajar kurang memberangsangkan. Mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku seperti yang dikaji oleh Ahmad Rizal bin Madar, Nurul Akmar binti Kamarudin, Saifullizam bin Puteh (2005) dari Fakulti Pendidikan Teknikal, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn menyatakan bahawa faktor sikap, iklim atau persekitaran politeknik dan pengajaran pensyarah mempengaruhi pencapaian pelajar yang mengambil kursus Sistem Elektronik 1 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Zulzana Zulkarnain, Mohamed Saim, & Roslina Abd Talib (2011) juga mendapati bahawa minat pelajar juga mempengaruhi pencapaian dalam kursus Quantity Measurement (CC301) bagi bidang Kejuruteraan Awam di Politeknik Port Dickson. Sehubungan itu, pengkaji akan menggunakan kajian-kajian yang digunakan oleh mereka tersebut dengan sedikit pengubahsuaian berasaskan kesesuaian kursus yang hendak dikaji oleh pengkaji. Pengkaji membuat andaian atau persoalan berkaitan isu ini dan seterusnya membuat sedikit kajian untuk mencari hasil dapatan berkaitan persoalan itu. 2.0 Pernyataan Masalah Merujuk kepada keputusan pelajar POLIMAS bermula pada sesi Jun 2011 sehingga sesi Jun 2014, didapati terdapat beberapa permasalahan yang perlu dirungkaikan oleh pengkaji. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah: 2.1 Adakah keputusan pelajar POLIMAS memberangsangkan bagi kursus FP202 (Operating System)? 2.2 Apakah faktor-faktor seperti kandungan kursus, minat pelajar, sikap pelajar, teknik belajar dan kaedah pengajaran oleh pensyarah FP202 mempengaruhi keputusan pelajar POLIMAS? 2.3 Apakah faktor-faktor utama yang telah mempengaruhi keputusan pelajar POLIMAS hingga menyebabkan keputusan yang kurang memberangsangkan bagi semua faktor yang dikaji?

3.0 Objektif Kajian Pengkaji beranggapan bahawa kursus ini adalah salah satu kursus yang sukar bagi pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. Pengkaji menggariskan beberapa objektif untuk perlaksanaan kajian: 3.1 Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar bagi kursus FP202 (Fundamentals of Operating System) pada hujung semester pengajian sebanyak enam sesi sebelum ini iaitu Sesi Jun 2011, Disember 2011, Jun 2012, Disember 2012, Disember 2013 dan Jun 2014. 3.2 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar-pelajar berkenaan iaitu dari segi kandungan kursus, minat pelajar, sikap pelajar, teknik belajar dan kaedah pengajaran oleh penyarah FP202 (Fundamentals of Operating System). Faktor-faktor ini telah digunakan oleh beberapa pengkaji daripada beberapa institusi pengajian tinggi, maka ia lebih mudah untuk dijadikan model untuk meneruskan proses kajian ini. 3.3 Mengenalpasti faktor utama yang menyebabkan keputusan pelajar kurang cemerlang dalam kursus FP202 (Fundamentals of Operating System). 4.0 Skop Kajian Kajian ini adalah tertumpu kepada pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi POLIMAS sahaja memandangkan kekangan masa dan tanggungjawab sedia ada di jabatan. Responden yang akan melengkapkan kajian ini adalah pelajar Semester Tiga pada sesi Jun 2013 kerana pelajar-pelajar telah mengambil kursus ini pada semester sebelumnya seramai sekitar 60 orang. 5.0 Kajian Literasi Satu kajian telah dibuat untuk mengenalpasti hubungan minat, sikap dengan pencapaian pelajar dalam kursus CC301 di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson yang mengikuti kurikulum baharu berasaskan hasil pembelajaran atau OBE (Outcome Based Education). Kajian tersebut adalah kajian tinjauan dimana data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada 14 item untuk mengukur minat dan sikap pelajar. Hasil dapatan kajian tersebut didapati bahawa ia menunjukkan tahap pencapaian pelajar dalam kursus CC301 tersebut pada Sesi Jun 2011 berada pada tahap sederhana. Pelajar juga didapati mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap kursus CC301. Selain itu juga, minat pelajar terhadap kursus itu bukan hanya sekadar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi mereka berminat kerana merasakan bahawa kursus itu ada kaitan dengan kerjaya mereka pada masa yang akan datang. (Zulzana Zulkarnain et al., 2011).

Menurut Ismail & Khairuzaman (2010) pula setiap kali peperiksaan, didapati bahawa ramai pelajar mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat,Bachok, Kelantan dan banyak punca telah dikaitkan dengan ketidakcemerlangan ini. Antara punca atau faktor-faktor yang ditumpukan oleh mereka dalam kajian ialah empat faktor iaitu teknik pembelajaran pelajar, pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya dan juga minat. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik. Faktor minat pelajar merupakan salah satu faktor yang agak penting dalam kajian yang pernah dibuat seperti kursus atau mata pelajaran CC301 Quantity Measurement (Zulzana Zulkarnain et al., 2011), mata pelajaran sains di sekolah (Ismail & Khairuzaman, 2010) mata pelajaran Analisis Nyata di UTM (Mohd Nihra & Nurul Azilah, 2000) dan mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di beberapa Politeknik Malaysia iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Dungun Terengganu (PDT) (Ahmad Rizal bin Madar, Nurul Akmar binti Kamarudin, Saifullizam bin Puteh, 2005). Zulzana Zulkarnain et al., (2011) juga menggunakan sikap pelajar terhadap kursus CC301 Quantity Measurement sebagai salah satu item dalam borang soal selidik mereka. Selain itu, pengaruh rakan sebaya dan juga faktor pengajaran guru di sekolah diambil kira untuk sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan para pelajar (Ismail & Khairuzaman, 2010). Kajian lain ada yang telah menyimpulkan bahawa domain kendiri juga mempengaruhi kecemerlangan pencapaian para pelajar dalam satu peperiksaan seperti PMR (Johdi Salleh, Frances Henry, & Rubin, 2012). Menurut Ismail & Khairuzaman (2010) pula dalam kajian mereka, mendapati bahawa cara pembelajaran pelajar merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Selain itu, faktor pembelajaran pelajar adalah berkait rapat dengan teknik belajar seperti satu kajian yang dibuat oleh Mohd Nihra & Nurul Azilah (2000) dimana mereka berdua menjadikan faktor teknik belajar sebagai salah satu item bagi kajian terhadap mata pelajar Analisis Nyata. Johdi Salleh et al. (2012) dalam kajiannya ada menyatakan bahawa peranan guru adalah merupakan salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kecemerlangan pelajaran para pelajar. Hasil dapatannya menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa guru atau pendidik adalah pembimbing yang utama dalam pelajaran para pelajar di sekolah. Begitu juga kajian terhadap pengaruh pencapaian pelajar dalam menguasai salah satu mata pelajaran kejuruteraan iaitu Sistem Elektronik 1 di tiga politeknik dalam semenanjung Malaysia dimana salah satu faktornya ialah pengajaran pensyarah (Ahmad Rizal bin Madar, Nurul Akmar binti Kamarudin, Saifullizam bin Puteh, 2005)

6.0 Metodologi Kajian e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17) Kajian ini menggunakan berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik mengikut skala Likert (5 mata) sepertimana yang digunakan oleh beberapa pengkaji (Ahmad Rizal bin Madar, Nurul Akmar binti Kamarudin, Saifullizam bin Puteh, 2005; Johdi Salleh et al., 2012; Mohd Nihra & Nurul Azilah, 2000). Faktor-faktor yang ditekankan ialah faktor isi kandungan Analisis Nyata, faktor pengetahuan sedia ada, faktor minat, faktor teknik belajar dan faktor rakan sebaya (Mohd Nihra & Nurul Azilah, 2000). Soal selidik tersebut telah dibuat sedikit pengubahsuaian oleh pengkaji berdasarkan pengamatan dan pengalamn yang telah dialami. Soal selidik ini terbahagi kepada enam bahagian iaitu Bahagian A, B, C, D, E dan F. Bahagian A ialah Demografi iaitu latar belakang responden secara ringkas. Bahagian B ialah kajian berkenaan dengan faktor Kandungan bagi Kursus FP202. Bahagian C pula ialah faktor Minat Pelajar dalam menentukan pencapaian pelajar. Bahagian D ialah faktor Sikap Pelajar JTMK dan seterusnya bahagian E ialah faktor Teknik Belajar yang diamalkan oleh para pelajar. Manakala bahagian F pula ialah Kaedah Pengajaran Pensyarah terutama yang mengajar kursus ini. 7.0 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang merangkumi beberapa item. Penyelidik merasakan kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mendapatkan data-data dan maklumat dari responden kerana melalui kaedah ini maklumbalas terhadap aspek yang dikaji dapat diperoleh secara langsung daripada responden. Mohd Nihra & Nurul Azilah (2000) menggunakan kaedah soal selidik untuk mengkaji faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Matapelajaran Analisis Nyata Pelajar Tahun Akhir SPT Dan SPM Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, Ahmad Rizal bin Madar, Nurul Akmar binti Kamarudin, Saifullizam bin Puteh (2005) juga menggunakan soal selidik untuk mendapatkan hasil kajian bagi faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar di Politeknik Malaysia. Pada bahagian A, responden hanya menandakan salah satu pilihan jawapan berkenaan jantina, bangsa, kumpulan kelas semasa semester 2 sesi Disember 2013, tahap pengetahuan dan keputusan pelajar di hujung semester Disember 2013. Manakala, bahagian B pula terdiri enam (6) item yang berkaitan dengan pendapat responden berkenaan kandungan kursus FP202 (Fundamentals of Operating System). Bahagian C tertumpu kepada soalan-soalan yang berkaitan minat para responden terhadap kursus tersebut dan proses pengajaran dan pembelajaran yang dialaminya. Bahagian ini terdiri daripada sebelas (11) item yang perlu dijawab oleh para responden. Bahagian seterusnya iaitu bahagian D, merupakan salah satu bahagian yang penting juga. Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklum balas para responden terhadap sikap mereka sepanjang mengambil kursus FP202 berkenaan dengan mengajukan sebelas (11) item kepada para responden. Bahagian E pula mengajukan sebanyak dua belas (12) item yang menjurus kepada teknik pelajar. Bahagian terakhir dalam soal selidik ini adalah bahagian F iaitu berkaitan kaedah atau teknik pengajaran pensyarah yang mengajar kursus ini. Bahagian F ini bertujuan, mendapatkan maklum balas pelajar-pelajar terhadap kaedah pengajaran pensyarah

dengan menyediakan sepuluh (10) item untuk dijawab. Kesemua Bahagian B hingga F menggunakan kaedah skala Likert iaitu dengan 5 mata dimana mata 1 bagi Sangat Tidak Setuju, mata 2 bagi Tidak Setuju, mata 3 bagi Tidak Pasti, mata 4 bagi Setuju dan mata 5 pula bagi Sangat Setuju. 8.0 Tahap Keputusan Pelajar Dalam Enam Semester. Pengkaji telah mendapatkan beberapa keputusan pencapaian pelajar di POLIMAS untuk kursus FP202 ini bermula Sesi Jun 2011, Disember 2011, Jun 2012, Disember 2012, Disember 2013 dan Jun 2014 (Peperiksaan, 2011, 2012, 2013, 2014). Merujuk kepada Graf 1 hingga Graf 6, didapati bahawa secara keseluruhan keputusan pelajar sepanjang enam semester itu adalah tahap sederhana iaitu sebanyak 76% pelajar yang peroleh Nilai Mata 2.00 hingga 2.99. Oleh yang demikian pengkaji rasa terpanggil untuk menjalankan sedikit kajian berkenaan isu ini dengan merujuk kepada beberapa cara atau kaedah yang pernah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji dari beberapa institut pengajian tinggi di Malaysia.

Pencapaian pelajar keseluruhannya bermula sesi Jun 2011 hingga Jun 2014 iaitu sebanyak enam semester, didapati pencapaian sederhana dan lemah mencecah sebanyak 86% berbanding hanya 14% sahaja pelajar yang mencapai keputusan baik dan cemerlang sepertimana Graf 7 di bawah: Nilai Mata (NM) Lemah NM < 2.0 Sederhana 2.00 <= NM < 3.00 Baik 3.00 <= NM < 3.67 Cemerlang NM >=3.67 9.0 Perbincangan Hasil Soalselidik Setelah semua data dimasukkan ke dalam SPSS 18, analisis kebolehpercayaan instrumen secara keseluruhannya iaitu Alpha Cronbach ialah 0.920 dengan bilangan item sebanyak 55. Ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi. Antara kajian yang hendak dibincangkan adalah seperti berikut: 9.1 Tahap Pengetahuan Tahap pengetahuan dikaji ke atas pelajar yang mengambil kursus ini pada sesi Disember 2013 (Jadual 1). Dalam kajian ini didapati peratus pelajar pada tahap pengetahuan berkaitan Operating System di hujung semester pada tahap sederhana dan rendah ialah 68.3%. Manakala hasil soalselidik mendapati peratus tahap pengetahuan pelajar yang tinggi dan sangat tinggi hanyalah sekitar 41.7%.

Jadual 1: Tahap Pengetahuan berkaitan Operating System di hujung semester Disember 2013 Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Rendah 3 5.0 5.0 5.0 Sederhana 38 63.3 63.3 68.3 Tinggi 18 30.0 30.0 98.3 Sangat Tinggi 1 1.7 1.7 100.0 Total 60 100.0 100.0 Graf 8 Maka secara keseluruhannya terdapat persamaan diantara tahap pengetahuan pelajar dengan keseluruhan keputusan pencapaian pelajar enam semester yang lepas dimana kebanyakan pelajar yang mengambil kursus FP202 ini adalah pada tahap sederhana dan lemah.

9.2 Faktor-Faktor Mempengaruhi 9.2.1 Kandungan Kursus Faktor kandungan kursus ini adalah untuk menentukan tahap kesukaran kursus Fundamentals of OS jika dibandingkan dengan kursus lain. Selain itu juga, kajian ini cuba mendapatkan maklumat berkenaan tahap memahami istilah-istilah yang ada dalam kursus disamping kesukaran membaca notanya. Selanjutnya, kajian ini juga akan dapat mempastikan sama ada pelajar mudah memahami kandungan kursus ini yang menggunakan Bahasa Inggeris. Graf 9 Graf 9 Graf 10 Graf 11 Graf 12 Graf 13 Graf 9 hingga Graf 13 merupakan item-item yang terdapat dalam bahagian kandungan kursus ini. Didapati secara keseluruhan pelajar-pelajar ini kurang pasti sama ada kursus FP202 ini sukar mempelajari dan juga sukar membaca nota FP202 berbanding dengan kursus lain. Sebanyak 30% daripada responden menyatakan bahawa adalah sukar untuk mempelajari kursus FP202 manakala 35% lagi adalah berada keadaan tidak pasti. Seterusnya adalah kajian tahap kesukaran membaca nota kursus FP202 berbanding dengan kursus lain mendapati bahawa 26.7% daripada 60 orang responden bersetuju manakala responden yang tidak pasti adalah 31.7%.

Keseluruhannya didapati pelajar masih berada tahap tidak pasti walaupun mengetahui bahawa kursus ini mudah dan penting untuk kehidupan seharian terutama mereka yang berada dalam bidang Teknologi Maklumat. 9.2.2 Minat Pelajar Pada bahagian ini pula, cuba menentukan tahap minat pelajar terhadap kursus ini secara umumnya disamping tindakan-tindakan pelajar yang menunjukkan sama ada kebanyakan pelajar berminat atau sebaliknya. Graf 14 Graf 15 Graf 16 Graf 17 Graf 18 Graf 19 Graf 20 Graf 21 Graf 22

Graf 23 Graf 24 Merujuk graf-graf yang diperolehi seperti di atas (Graf 14 Graf 24), kebanyakan pelajar suka dan bersemangat untuk kursus ini termasuk sangat bersungguh untuk mendapatkan markah yang tinggi tetapi tindakan ke arah itu masih agak kurang di mana pelajar kurang berjumpa dengan pensyarah untuk berbincang masalah kursus dan pelajar juga kurang membaca bahan atau nota berkaitan kursus terutama sebelum hadir ke kelas. Tahap motivasi juga kurang bersemangat setiap kali ke kelas FP202 ini. 9.2.3 Sikap Pelajar Sikap pelajar juga merupakan merupakan salah satu faktor yang penting dalam menentukan faktor-faktor mempengaruhi pelajar kurang cemerlang dalam kursus ini secara khasnya. Di sini akan menekankan tindakan-tindakan pelajar yang menunjukkan sikap pelajar itu sendiri. Graf 25 Graf 26 Graf 27 Graf 28 Graf 29 Graf 30

Graf 31 Graf 32 Graf 33 Graf 34 Graf 35 Graf 36 Merujuk kepada Graf 25 hingga Graf 36, didapati bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif dari segi memberi tumpuan, rajin mencatat isi penting ketika kursus sedang dijalankan, cuba sedaya upaya memahami kursus ini, dan buat yang terbaik untuk menyiapkan tugasan yang diberi secepat mungkin. Walau bagaimanapun, ramai juga pelajar yang masih dalam keadaan tidak pasti terhadap sikap mereka dalam mengharungi kursus FP202 ini. 9.2.4 Teknik Belajar Terdapat banyak teknik-teknik belajar yang perlu diberi perhatian oleh pelajar-pelajar sebagai salah satu cara untuk mempastikan keputusan seseorang itu. Kajian ini juga menitik beratkan faktor teknik belajar di kalangan pelajar untuk mengetahui samada ia mempengaruhi kecemerlangan pelajar atau tidak, seperti berkumpulan, membuat jadual sendiri, kekerapan perbincangan dengan pensyarah, tidak suka bertangguh, dan mencari maklumat tambahan selain daripada nota yang diberi oleh pensyarah.

Graf 37 Graf 38 Graf 39 Graf 40 Graf 41 Graf 42 Graf 43 Graf 44 Graf 45 Graf 46 Graf 47 Graf 48

Kajian ini menunjukkan bahawa teknik belajar pelajar agak memberangsangkan dimana pelajar masih suka bertangguh menyiapkan tugasan, minta pensyarah menjelaskan semula jika kurang faham, tetapi masih banyak lagi teknik belajar yang kurang dilaksanakan oleh para pelajar seperti menyediakan jadual belajar, memperuntukkan masa khas untuk kursus ini, dan kurang berbincang dengan pensyarah sekiranya terdapat kesukaran menyelesaikan masalah bagi kursus ini. Graf 37 hingga Graf 48 merupakan dua belas (12) item yang telah dikemukakan kepada para pelajar dalam soal selidik ini untuk bahagian teknik belajar oleh para pelajar. 9.2.5 Kaedah Pengajaran Pensyarah Faktor ini adalah faktor yang dinanti-nantikan oleh kalangan pensyarah demi kebaikan pelajar khasnya yang mengajar kursus FP202. Ini akan memudahkan para pensyarah FP202 di POLIMAS mempertingkatkan lagi kemahiran dan keupayaan mengajar para pelajar. Pensyarah perlu berlapang dada menerima keputusan kajian ini kerana dengan ada kajian ini, pensyarah akan membuat perubahan dari pelbagai aspek seperti penekanan latihan, alat bantu mengajar yang lebih baik, penekanan teknik penyampaian, teknik Pengajaran dan Pembelajaran, dan penumpuan kepada yang pelajar yang kurang memahami kursus ini. Graf 49 Graf 50 Graf 51 Graf 52 Graf 53 Graf 54

Graf 55 Graf 56 Graf 57 Graf 58 Dalam bahagian terakhir ini iaitu kaedah pengajaran pensyarah, berpandukan kepada Graf 49 hingga 58 menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tiada terdapat banyak masalah. Hanya beberapa item yang perlu diambil kira dan dikaji semula oleh kalangan pensyarah iaitu penggunaan Bahasa Inggeris yang mudah, menekankan latihan yang banyak serta menjalankan kursus secara kerja tangan (hands-on) semasa aktiviti amali dalam makmal. 9.3 Faktor utama. Secara keseluruhannya didapati bahawa masalah sikap pelajar dimana mereka cepat jemu untuk mengikuti kursus ini nilai Min= 2.92 tetapi jumlah peratus responden yang tidak pasti, setuju dan sangat setuju agak tinggi iaitu 65%. Seterusnya pelajar juga suka mengantuk dalam kelas sekitar Min=2.77 tetapi jumlah peratus tidak pasti, setuju dan tidak setuju adalah tinggi juga iaitu sebanyak 63.3%. Selain itu, responden juga menyatakan bahawa membuat jadual belajar sendiri serta melaksanakan perancangan seperti jadual mereka adalah kurang memuaskan (Min=3.1833) di mana peratus responden memilih tidak pasti, tidak setuju serta sangat tidak setuju pun tinggi iaitu 73.4% dan terakhir ialah minat pelajar, dimana mereka membaca nota sebelum menghadiri kelas juga kurang baik (Min=3.21) dengan jumlah peratus tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju juga tinggi iaitu 63.4%. Oleh itu, pensyarah juga perlu mengambil perhatian berkaitan kaedah mengajar semasa di dalam kelas agar pelajarpelajar kurang mengantuk dan mencuba kaedah lain untuk mengurangkan perasaan jemu untuk hadir ke kelas FP202 ini.

10.0 Rumusan Hasil kajian yang ringkas ini, didapati masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang terutama dari segi persembahan data atas kekangan yang dihadapi. Pengkaji juga berharap, dengan hasil dapatan kajian ringkas ini akan dapat memberi ruang dan peluang kepada para pensyarah terutamanya yang akan mengajar kursus FP202 (Fundamentals of Operating System) ini membuat penambahbaikan dari segi teknik mengajar dalam kelas atau di luar kelas serta mencari kaedah untuk menimbulkan lagi minat pelajar terhadap kursus ini. Dalam masa yang sama pihak Penasihat Akademik juga perlu terlibat dalam meningkatkan prestasi para pelajar dengan mengadakan perjumpaan bersama mereka disamping dapat memberi garis panduan teknik belajar yang baik seperti menyediakan belajar sendiri dan dapat melaksanakan sebahagian besar jadual yang mereka rancang sendiri sebagai cadangan daripada pihak pengkaji. Faktor-faktor yang lain selain daripada lima faktor berkenaan juga boleh diambil perhatian untuk mempastikan bahawa kajian seterusnya lebih meluas yang melibatkan beberapa politeknik yang menawarkan program yang sama agar memperolehi hasil dapatan dalam skop lebih besar. 11.0 Rujukan Ahmad Rizal bin Madar, Nurul Akmar binti Kamarudin, Saifullizam bin Puteh,. (2005). Faktor- Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Menguasai Mata Pelajaran Kejuruteraan di Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG, (1962), 52 59. Chai, T. T., Said, H., Tajuddin, N., Van, N. T., Rosdi, R. I., Rustam, M., & Rameli, M. (2013). The Role Of Academic Advisor In Motivating Students To Perform Service-Learning, (Isqae), 520 529. Ismail, K., & Khairuzaman, I. (2010). Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran Sains: Satu kajian tinjauan di sebuah sekolah menengah luar bandar. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(5), 23 30. Retrieved from http://eprints.utm.my/11384/ Johdi Salleh, M., Frances Henry, J., & Rubin, M. (2012). Kajian Terhadap Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah di Sabah, (July), 5 7. Mohd Nihra & Nurul Azilah, I. (2000). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Matapelajaran Analisis Nyata Pelajar Tahun Akhir SPT Dan SPM Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 1 9. Peperiksaan, U. (2011). FP202-FUNDAMENTAL OF OPERATING Peratus Pencapaian Pelajar Keseluruhan (2011 ). Data Mesyuarat Lembaga Peperiksaan POLIMAS. Peperiksaan, U. (2013). FP202-FUNDAMENTAL OF OPERATING Peratus Pencapaian Pelajar Keseluruhan (2013 ). Data Mesyuarat Lembaga Peperiksaan POLIMAS. Zulzana Zulkarnain, Mohamed Saim, & Roslina Abd Talib. (2011). Hubungan Antara Minat, Sikap Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Kursus Cc301 Quantity Measurement. Prosiding Seminar Pendidikan 2012, 1 16.