Taklimat IB MYP The Inspiring School, A Learning Organization
Mempunyai 5 bahagian 1 Bulatan 4 Lingkaran Terdapat peta dunia yang menunjukkan bahawa program IB MYP ingin melahirkan masyarakat global yang cintakan keamanan dan berminda global. 2
Bulatan Tengah Terdapat 3 gambaran individu yang mewakili Pelajar, Guru, dan Ibu bapa. Keperluan asas untuk melaksanakan program IB MYP memerlukan keterlibatan ketiga-tiga pihak tersebut. Pihak guru berperanan untuk merangka, melaksanakan dan menilai aktiviti pengajaran agar dapat dipelajari oleh pelajar. Pihak pelajar berperanan untuk belajar secara aktif agar IB Learner Profile dapat dipupuk dan digilap di dalam diri pelajar. Pihak ibu bapa berperanan penting dalam memberi sokongan kepada pelaksaan IB MYP dan memantau perkembangan pelajar. 3
Lingkaran Pertama Pada lingkaran ini, ianya menerangkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan konseptual (Concepts) dan dikaitkan dengan eksplorasi global (Global Context, GC) untuk memenuhi pembelajaran berdasarkan eksplorasi inkuiri. Pendekatan pengajaran guru (Approaches to Teaching) menggunakan pelbagai tool kits pengajaran bagi memberi hak kepada pelajar pelbagai tahap kecerdasan untuk belajar. Pelajar akan belajar dengan menggunakan pendekatan pembelajaran (Approach to Learning, ATL) untuk mengasah kemahiran pembelajaran mereka. 4
Lingkaran Kedua Pada lingkaran ini, ianya menerangkan bagaimana pengajaran & pembelajaran di dalam kelas disokong dengan aktiviti servis masyarakat (Service as Action, SAA) & projek personal (Personal Project, PP) bagi mengasah & mengukuhkan lagi pembelajaran, kemahiran ATL & IB Learner Profile pelajar. Pada setiap tahun, pelajar dikehendaki melakukan SAA. Pelajar perlu menghasilkan jurnal SAA sebagai eviden pelaksanaan SAA. PP dijalankan semasa pelajar berada di Tahun 4 (Oktober) & tamat semasa di Tahun 5 (Jun/Julai). Peruntukan 25 jam diperlukan untuk siapkan PP. PP dijalankan melalui pemilihan Global Context yang dipilih oleh pelajar. 5
Lingkaran Ketiga Pada lingkaran ini, ianya menyenaraikan kumpulan subjek (Subject Group, SG) yang ditawarkan dalam program IB MYP. Terdapat 8 SG dan dilaksanakan berdasarkan kurikulum kebangsaan. SG Language Acquisition Language & Literature Individuals & Societies Mathematics Design* Arts* Sciences Physical & Health Education Tidak ditawarkan semasa di Tahun 4 & 5. Hanya 6 SG ditawarkan untuk tahun 4 & 5 Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Subjek Sejarah, Geografi*, Pen. Islam/Moral Matematik, Matematik Tambahan RBT, Sains Komputer Seni Visual, Seni Persembahan Sains, Fizik, Kimia, Biologi Pendidikan Jasmani & Kesihatan 6
Lingkaran Keempat Lingkaran terakhir ini menyatakan program IB MYP berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai minda antarabangsa (International Mindedness). Hal ini disokong oleh penerapan Global Contexts di dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar (Rujuk Lingkaran Pertama). Selain itu juga, pelaksanaan Personal Project juga berperanan melahirkan pelajar yang mempunyai International Mindedness (Rujuk Lingkaran Kedua) 7
Lingkaran Kelima Dua atau lebih SG boleh diajar bersama secara merentas subjek melalui unit merentas subjek (Interdisciplinary Unit, IDU). IDU dibina melalui perbincangan guru dari SG yang telah dipilih. Di MRSM TMFS, IDU hanya ditetapkan untuk gabungan dua SG. Pencapaian pelajar di dalam IDU dilaporkan di dalam transkrip pencapaian pelajar. Pelaksanaan IDU sebenarnya akan membuka minda pelajar bahawa ke semua SG boleh direntas dengan SG yang lain 8
Terima Kasih The Inspiring School, A Learning Organization