PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA, TINGKATAN 4, ELECTROCHEMICAL SERIES BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME FATIMAH HISHAMUDDIN

Similar documents
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Faculty Of Information and Communication Technology

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Transcription:

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA, TINGKATAN 4, ELECTROCHEMICAL SERIES BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME FATIMAH HISHAMUDDIN Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2009

v ABSTRAK Perkembangan teknologi komputer pada masa kini banyak memudahkan kehidupan dalam pelbagai aspek. Komputer juga banyak diaplikasikan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Sebuah perisian multimedia bagi tajuk electrochemical series telah dibangunkan berdasarkan teori konstruktivisme. Tujuan perisian ini dibangunkan ialah untuk meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap sub topik ini di samping memberikan satu suasana baru kepada pelajar. Perisian ini juga boleh digunakan sebagai suatu sumber tambahan kepada pelajar untuk mengulangkaji sub topik ini. Selain itu, perisian ini banyak menekankan pembelajaran berdasarkan teori konstruktivisme di mana memberi peluang kepada pelajar melaksanakan dan meneroka pembelajaran mereka sendiri. Kelebihan perisian ini ialah ia dibangunkan berdasarkan pendekatan inkuiri. Pendekatan inkuiri dalam perisian ini mendedahkan pelajar kepada kemahiran saintifik dalam menjalankan eksperimen. Perisian multimedia ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Flash Professional 8 dan beberapa perisian lain seperti Adobe Photoshop Cs dan Sound Forge. Perisian multimedia ini juga menerapkan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi.

vi ABSTRACT Nowadays, development of computer technology gives us an easy life. Application of computer technology in education helps teacher to enhance students understanding in teaching and learning process. Multimedia courseware for electrochemical series is developed based on constructivism theory. The purpose of the development of this courseware is to enhance students understanding in this sub topic and provide new learning environment for students. This courseware can be a source for students for their revision at home. This courseware is the application of constructivism theory which gives students opportunity to explore their lesson by their own selves based on their prior knowledge. Inquiry method is one of the uniqueness of this courseware. Inquiry method provides students to build their scientific skills in planning an experiment. This courseware is developed by using Macromedia Flash Professional 8 and other software such as Adobe Photoshop CS 2 and Sound Forge with the integration of multimedia elements such as text, graphic, audio and animation

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKASURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH i ii iii iv v vi vii xi 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Rasional Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Skop dan Batasan Kajian 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Perisian 1.8.2 Multimedia 1.8.3 Teori Konstruktivisme 1.9 Penutup 1 2 5 5 6 7 7 8 8 9 10

viii 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 2.2 Pendidikan Kimia di Malaysia 2.3 Masalah Pembelajaran Kimia 2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Kimia Menggunakan Komputer 2.5 Teori Pembelajaran 2.5.1 Teori Tingkahlaku 2.5.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov 2.5.1.2 Teori Pelaziman Operan Skinner 2.5.2 Teori Kognitif 2.5.3 Teori Konstruktivisme 2.6 Strategi Pembelajaran 2.6.1 Pendekatan Inkuiri-Penemuan 2.6.2 Pendekatan Konstruktivisme 2.6.3 Pendekatan Pembelajaran Konstektual 2.7 Model Rekabentuk Perisian 2.7.1 Model ADDIE 2.7.2 Model ASSURE 2.7.3 Model Air Terjun (Waterfall) 2.7.4 Model Hanaffin & Peck 2.7.5 Model Dick & Carey 2.8 Penutup 11 11 13 17 20 20 21 22 22 23 24 25 25 25 26 26 26 27 28 29 29 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Model rekabentuk 3.2.1 Fasa Analisis 3.2.2 Fasa Rekabentuk 3.2.2.1 Teori Pembelajaran 31 31 33 34 35

ix 3.2.2.2 Carta Alir 3.2.3 Fasa Pembangunan 3.2.4 Fasa Perlaksanaan 3.2.5 Fasa Penilaian 3.3 Rasional Pemilihan Model Rekabentuk 3.4 Spesifikasi Perisian 3.5 Spesifikasi Perkakasan 3.5.1 Perkakasan Pembangunan 3.5.2 Perkakasan Main Balik 3.6 Penutup 40 45 46 46 47 48 48 49 49 50 4 PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan 4.2 Kandungan Perisian 4.2.1 Montaj permulaan 4.2.2 Menu utama 4.2.3 Pengetahuan Sedia Ada Pelajar 4.2.4 Pengaplikasian Pendekatan Inkuiri 4.2.5 Glossari 4.2.6 Kuiz 4.2.7 Montaj penutup 4.3 Kesimpulan 51 51 52 52 53 54 61 62 64 65 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KEISMPULAN 5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan 5.2.1 Aplikasi Model Rekabentuk ADDIE 5.2.2 Masalah yang dihadapi 5.2.2.1 Kurang Kepakaran dan Kemahiran 5.2.2.2 Kekurangan Sumber 66 66 67 68 68 68

x 5.2.3 Kelebihan perisian 5.2.3.1 Aplikasi Teori Konstruktivisme dan Pendekatan Inkuiri 5.2.3.2 Berpusatkan pelajar 5.2.3.3 Elemen grafik dan animasi 5.2.4 Kelemahan perisian 5.2.4.1 Kurang Elemen Audio 5.2.4.2 Tiada Elemen Video 5.2.4.3 Maklum Balas Soalan 5.2.4.4 Kurang Aktiviti Pengukuhan 5.3 Cadangan 5.3.1 Menambahkan Elemen Audio 5.3.2 Memasukkan Elemen Video 5.3.3 Maklum Balas Soalan 5.3.4 Pelbagaikan Aktiviti Pengukuhan 5.4 Kesimpulan 69 69 70 70 71 71 77 72 72 72 72 73 74 74 75 RUJUKAN 76-79

xi SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Waterfall 28 2.2 Model Hanafin & Peck 29 3.1 Model ADDIE 32 3.2 Konsep pembelajaran mengikut teori konstruktivisme 36 3.3 Model pembelajaran berfikrah 37 3.4 5-E Model- Model Instruksi Inkuiri 38 3.5 Carta Alir 1 41 3.6 Carta Alir 2 42 3.7 Carta Alir 3 43 3.8 Carta Alir 4 44 3.9 Carta Alir 5 45 4.1 Paparan Montaj Permulaan 52 4.2 Paparan Main Menu 53 4.3 Paparan Student s Prior Knowledge 54 4.4 Paparan Think 55 4.5 Paparan Hipotesis dan Pemboleh ubah 56 4.6 Paparan Pemilihan Radas 57 4.7 Paparan Eksperimen 58 4.8 Paparan Penyusunan Logam 59 4.9 Paparan Perbincangan 60 4.10 Paparan Laporan Pelajar 61 4.11 Paparan Glossary 62

xii 4.12 Paparan Soalan Kuiz 63 4.13 Paparan Semakan Jawapan Kuiz 64 4.14 Paparan Keluar Perisian 65

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia sering mengalami revolusi yang membawa kepada satu perubahan yang lebih baik dan dapat memberikan faedah kepada semua pihak. Matlamat utama sesuatu sistem pendidikan adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep asas, di samping mengembangkan kebolehan mereka untuk mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Melalui pendidikan, pelajar dilatih untuk memahami (kejadian) alam persekitaran bagi kesejahteraan manusia, di samping dilatih untuk pengembangan diri- secara seimbang dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. (Abu Hassan, 2006) Kecanggihan teknologi pada masa kini mula memudahkan pelajar untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja memudahkan guru menyampaikan ilmu malah melatih pelajar untuk meneroka sendiri pembelajaran yang ingin dipelajari. Sejak awal tahun 60 an lagi, negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah telah mempraktikkan penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan. Negara Malaysia juga merupakan salah sebuah negara yang tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini. Penggunaan komputer semakin meluas di mana ia bukan sahaja digunakan dalam pentadbiran malah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

2 Teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dan mendalam dalam bidang komunikasi dan pendidikan. Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia menjadi menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990 an. Kesan penggunaan multimedia ke atas proses pembelajaran dijangkakan begitu mendalam sekali. Teknologi ini dijangka akan mengubah kaedah pendidik mengajar dan cara murid belajar pada masa hadapan. Proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer akan menjadi lebih berkesan dengan kewujudan teknologi multimedia kerana pendidik boleh mempelbagaikan persembahan mereka.teknologi multimedia dapat mempercepatkan dan mampu memberi kefahaman tentang sesuatu dengan tepat, menarik dan dengan kadar yang segera serta dapat mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan bermutu. Penggunaan teknologi akan menjadi lebih efektif jika dapat menggunakan teori dan pendekatan yang bersesuaian dengan pelajar. Setiap pelajar mempunyai perbezaan dari segi tahap pendidikan dan memerlukan pendekatan yang berbeza untuk memastikan mereka memahami matapelajaran yang ingin di sampaikan. 1.2 Latar Belakang Masalah Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin penting ekoran wujudnya pelaksanaan sekolah bestari, namun cara pengajaran di sekolah masih berpusatkan guru atau pengajaran tradisional dan bahan pengajaran yang digunakan adalah setakat buku teks, carta dan gambar rajah. Semua ini merupakan cara penyampaian pengajaran yang linear dan membosankan pelajar. Buku teks atau buku rujukan tidak dapat menunjukkan audio dan animasi, rajah yang berwarna juga sukar dihasilkan dengan banyak memandangkan kos cetakan yang tinggi. Menurut Smellie et al. (1997), media pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memahami idea dan mendapatkan maklumat

3 yang kompleks dari hanya jika dibuat dengan penjelasan lisan dan membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang. Tambahan lagi, pengajaran subjek Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris (ETEMS) telah dimulakan di Tahun Satu sekolah rendah, Tingkatan Satu dan Enam Rendah di sekolah menengah mulai tahun 2003. Penukaran bahasa dalam pengajaran sains dan matematik ini juga agak menyukarkan pelajar kerana pelajar perlu menukarkan terminologi yang sudah biasa digunakan di dalam bahasa melayu kepada bahasa Inggeris. Malah ia juga menyukarkan guru kerana ABM yang sebelum ini juga di dalam bahasa melayu dan tidak boleh digunakan lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, perisian multimedia yang menggunakan bahasa Inggeris amat diperlukan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Matapelajaran kimia merupakan salah satu cabang dalam matapelajaran sains. Konsep kimia sama seperti sains iaitu sukar difahami tanpa melakukan eksperimen. Menurut Amstrong (1869), kaedah saintifik tidak boleh diajar secara kuliah atau melalui teknik demonstrasi. Menurutnya pelajar perlu melakukan eksperimen dengan sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sains atau penyelidik asal. Namun begitu, untuk melakukan eksperimen di sekolah pelajar memerlukan masa yang panjang dan kadang kala mereka tidak sempat menyudahkan eksperimen mereka dan tidak dapat keputusan yang mereka inginkan. Matapelajaran kimia melibatkan kemahiran daya pemikiran dan kreativiti pelajar pada aras yang tinggi. (Abu Hassan, 2003). Oleh itu, mempelajari kimia bukan sekadar melalaui kaedah hafalan tetapi memerlukan kefahaman. Topik elektrokimia dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 merupakan salah satu topik yang agak sukar difahami tanpa melakukan eksperimen. Di dalam siri elektrokimia terdapat susunan logam yang disusun mengikut keelektronegatifan logam tersebut. Seseorang pelajar boleh menghafal susunan tersebut tetapi tidak tahu bagaimana cara logam tesebut di susun. Logam tersebut boleh disusun dengan kaedah eksperimen. Untuk melakukan eksperimen di sekolah pelajar memerlukan masa yang panjang.

4 Kurikulum pendidikan kimia mengharapkan agar pelajar dapat menguasai sesuatu konsep kimia selaras dengan pandangan ahli sains. ( Freyberg & Osborne, 1981; Dawson, 1993; PPK, 2000) Oleh itu, dengan perisian multimedia yang dibangunkan untuk membolehkan pelajar melakukan eksperimen berkenaan dengan siri elektrokimia ini boleh memudahkan pelajar memahami konsep kimia. Pelajar boleh melakukan eksperimen sendiri pada bila-bila masa dan memberi peluang kepada pelajar meneroka sendiri tanpa berasa risau akan keselamatan ketika menjalankan eksperimen. Tidak semua pelajar dapat memahami sesuatu pelajaran hanya melalui kaedah hafalan. Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia menjadi menarik kerana teknologi ini dapat memberikan kesan yang berlainan daripada kaedah biasa semasa proses persembahan. Dengan penggunaan visual, ia dapat mambantu pelajar memahami konsep-konsep yang abstrak. Pengajaran melalui visual sama ada menggunakan televisyen atau komputer dapat memberikan gambaran dunia sebenar yang boleh memberikan pengalaman yang konkrit kepada pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran. Terdapat banyak lagi fungsi visual seperti meningkatkan ketahanan ingatan, menimbulkan respons emosi, memperkayakan pembacaan dan sebagai bahan demonstrasi. Seperti yang dinyatakan oleh Jamaludin Harun (2003), mengikut ahli psikologi teori behaviorisme, pembelajaran merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang berlaku pada seseorang. Pembelajaran boleh di katakan satu keputusan daripada pengalaman atau interaksi dengan persekitaran. Dengan pembelajaran menggunakan teknologi visual yang memberikan gambaran hidup sebenar kepada pelajar dapat memberikan input yang lebih berkesan kepada pelajar. Dengan adanya perisian multimedia yang dapat memberikan peluang kepada pelajar meneroka sendiri pembelajaran yang ingin dipelajari boleh menimbulkan minat kepada mereka untuk terus mempelajari pelajaran tersebut. Selain itu, perisian ini sangat penting bagi pelajar untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam dan belajar

5 secara aktif tanpa bergantung kepada guru. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan pelajar itu sendiri yang meneruskan pembelajarannya. 1.3 Pernyataan Masalah Meskipun kebanyakan guru sains dan matematik di semua peringkat begitu prihatin tentang penguasaaan konsep asas, malangnya begitu banyak kritikan mengatakan ramai pelajar tidak menguasai konsep dan kemahiran yang diperlukan (Gilbert, 1977; Osborne dan Gilbert, 1979). Ramai di kalangan pelajar menghadapi masalah untuk menguasai konsep serta kemahiran asas sains dan matematik yang dipelajari secara formal di sekolah. Justeru, bagi membantu pelajar mempertingkatkan penguasaan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang di pelajari, guru memerlukan alat bantu mengajar yang sesuai semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, bagi menggalakkan pelajar terdedah kepada pembelajaran berdasarkan teori kontruktivisme menggunakan teknologi multimedia bagi topik siri elektrokimia, sebuah perisian multimedia akan dibangunkan. Ini bertujuan bagi mengatasi masalah pelajar dalam memahami dengan lebih jelas dan mendapat gambaran yang tepat tentang topik tersebut. Dengan adanya perisian multimedia ini, ia dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar tingkatan 4 khususnya dan pelajar yang akan menduduki SPM umumnya. 1.4 Objektif kajian i. merekabentuk sebuah perisian multimedia berdasarkan teori konstruktivisme dengan pendekatan inkuiri bagi menerangkan topik Siri Elektrokimia bagi subjek kimia tingkatan 4.

6 ii. membangunkan sebuah perisian multimedia sebagai rujukan bagi pelajar tingkatan 4 khususnya dan pelajar SPM umumnya yang mengambil subjek kimia 1.5 Rasional Kajian Perisian multimedia perlu dibangunkan untuk membantu guru dalam menangani masalah pelajar yang menghadapi masalah memahami pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Topik siri elektrokimia di pilih kerana ia merupakan salah satu topik yang penting di dalam elektrokimia. Setiap eksperimen di dalam elektrokimia, pelajar perlu tahu tentang susunan siri elektrokimia. Oleh itu, eksperimen yang menentukan bagaimana logam di dalam siri elektrokimia disusun perlu diketahui oleh pelajar. Pelajar bukan sekadar menghafal siri elektrokimia tetapi juga mengetahui bagaimana cara meletakkan sesuatu logam di dalam siri elektrokimia. Dalam membangunkan perisian multimedia ini, teori konstruktivisme telah di pilih sebagai panduan untuk mereka bentuk perisian ini. Ini kerana, menurut teori konstruktivisme pelajar akan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Ini akan memberi peluang kepada pelajar membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi sebenar. Teori konstruktivisme ini ialah teori yang berpusatkan pelajar di mana pelajar perlu membina sesuatu pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalaman masingmasing. Oleh itu, pelajar akan lebih berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok semasa menggunakan perisian multimedia ini. Selain itu, perisian multimedia ini juga mengenengahkan pembelajaran yang menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan. Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan

7 penyelesaian masalah; dengan menggunakan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Inkuiri secara saintifik memerlukan dan membolehkan pelajar memperkembangkan sikap yang positif. Pendekatan inkuiri ini menggalakkan pelajar berfikir dan melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Dengan pendekatan ini, ia dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif pelajar. Inkuiri memberikan peluang kepada pelajar melaksanakan eksperimen sendiri dan mendapatkan keputusan eksperimen sendiri. 1.6 Kepentingan kajian Perisian multimedia ini dibangunkan supaya dapat membantu guru-guru dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya perisian multimedia ini, pelajar boleh belajar sendiri dan melaksanakan eksperimen sendiri tanpa pengawasan guru. Guru hanya sebagai pembimbing dan eksperimen sepenuhnya perlu diterokai oleh pelajar sendiri. Perisian multimedia ini dibangunkan bagi pelajar tingkatan 4 khususnya dan pelajar yang akan menduduki SPM umumnya. Pelajar boleh menggunakan perisian multimedia ini sebagai bahan rujukan selain daripada buku teks, buku rujukan, nota guru dan sebagainya. Perisian multimedia ini dapat memberikan pembelajaran yang efektif kepada pelajar. 1.7 Skop dan Batasan Kajian Perisian multimedia ini dibangunkan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mengambil dan menduduki peperiksaan SPM bagi matapelajaran kimia. Tajuk yang difokuskan di dalam matapelajaran kimia ialah siri elektrokimia yang terdapat di dalam bab 6: Elektrokimia.

8 Teori yang dipilih untuk digunakan dalam pembangunan perisian multimedia ini ialah teori konstruktivisme. Teori ini dipilih kerana memberi peluang kepada pelajar membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia sebenar. Teori ini berpusatkan pelajar dan pengetahuan yang diperoleh adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Pendekatan yang digunakan pula ialah kaedah inkuri-penemuan. Kaedah ini perlu melibatkan pelajar secara aktif dan berteraskan kemahiran berfikir, strategi berfikir dan kemahiran saintifik. 1.8 Definisi Istilah Beberapa istilah yang berkaitan dengan projek seperti perisian, multimedia dan teori konstruktivise akan diterangkan dengan lebih lanjut. 1.8.1 Perisian Perisian merupakan satu produk yang terdiri daripada atur cara komputer, yang dibangunkan khas bagi membolehkan komputer melaksanakan sesuatu tugas. Ia merupakan suruhan dalam bahasa komputer yang telah direka bentuk dan dibangunkan mengikut prosedur pembangunan perisian. (Ensiklopedia Sains dan Teknologi, 2000). 1.8.2 Multimedia Multimedia terdiri daripada gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi, bunyi dan video untuk mempersembahkan maklumat kepada pengguna melalui

9 komputer. Menurut Mohd Aizaini Maarof (2004), multimedia selalunya digunakan di dalam perisisan bagi membantu pelajar atau pelatih dalam memahami dan menunjukkan bagaimana sesuatu kerja dapat dilakukan. Dengan adanya elemen bunyi, animasi, teks, dan grafik, perisian kursus yang menggunakan teknologi multimedia akan lebih berkesan Menurut Jamaludin Harun, 2005, secara amnya terdapat dua ciri utama apabila seseorang ingin membina definisi bagi multimedia. Ciri-ciri tersebut ialah : multimedia merujuk kepada suatu persembahan informasi berasaskan penggunaan komputer dengan menggunakan gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, animasi, video dan sebagainya multimedia merupakan suatu sistem yang membolehkan capaian secara bebas serta interaksi berlaku di antara komputer dengan pengguna Ringkasnya, multimedia dapat didefinisikan sebagai suatu proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio,video dan animasi. 1.8.3 Teori Kontruktivisme Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar ( McBrien dan Brant, 1997). Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, setiap individu membina pengetahuan mereka sendiri secara aktif, bukan hanya menerima pengetahuan tersebut secara pasif daripada orang lain. Pelajar membina pengetahuan dan konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

10 1.8 Penutup Penggunaan komputer dengan pendekatan multimedia interaktif boleh meningkatkan lagi mutu pembelajaran. Alasan ini sejajar dengan kajian yang dijalankan oleh Oouz (1998) dan Norhayati (1999) yang menunjukkan bahawa kadar pembelajaran dan pemahaman manusia dapat dipertingkatkan dengan menggunakan pendekatan multimedia yang interaktif dalam suatu persekitaran pembelajaran. Persekitaran ini akan membenarkan manusia melihat, mendengar, bertindakbalas dan beraksi. Pembangunan perisian multimedia ini diharapkan dapat membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam menjelaskan konsep kimia kepada pelajarpelajar. Pelajar-pelajar akan lebih mudah memahami dan mengalami pembelajaran secaar aktif dengan penerokaan yang boleh menimbulkan minat dalam matapelajaran kimia. Perisian multimedia yang dibangunkan dengan teori dan pendekatan yang sesuai membolehkan pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Selain itu, dengan pembangunan perisian multimedia ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak termasuk guru-guru dan juga pelajar-pelajar.