PENGGUNAAN RUBRIK DAN SENARAI SEMAK DALAM KARANGAN NARATIF BAGI MURID DARJAH 5, 6 DAN MENENGAH 1

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

Research Journal ADE DEDI SALIPUTRA NIM: F

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

USING AN ADAPTED VERSION OF RECIPROCAL TEACHING TO TEACH READING COMPREHENSION TO LOW ENGLISH PROFICIENCY LEARNERS

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer

Faculty Of Information and Communication Technology

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

THE IMPLEMENTATION OF TEACHING ENGLISH TO THE TENTH GRADE STUDENTS AT SMK NEGERI 8 SURAKARTA IN 2015/2016 ACADEMIC YEAR

Transcription:

24 PENGGUNAAN RUBRIK DAN SENARAI SEMAK DALAM KARANGAN NARATIF BAGI MURID DARJAH 5, 6 DAN MENENGAH 1 Siti Raihanni Hai Sing Catholic Fauziah Mohamed Ata Sekolah Rendah Endeavour Suriati Djuahir Sekolah Rendah West View fauziah_mohamed_ata@moe.edu.sg ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan maklum balas bentuk rubrik dan senarai semak dalam membantu murid untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam penulisan naratif. Kajian ini dijalankan untuk dua kelas bagi setiap Darjah 5, Darjah 6 dan Menengah 1 yang mempunyai keupayaan bahasa Melayu yang berbeza. Bagi setiap peringkat sebuah kelas ditentukan sebagai kumpulan kawalan [Kelas B] manakala yang lain adalah kumpulan atau kelas eksperimen [Kelas A]. Dalam kajian ini, pengkaji memastikan bahawa amalan penilaian seperti memberikan maklum balas yang tepat pada masanya dilakukan untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Pelibatan murid dalam pembelajaran amat penting. Di samping itu, penglibatan pelajar juga boleh dimanifestasikan sebagai sikap yang positif serta mencerminkan keinginan murid untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman subjek yang dipelajari. Kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pembelajaran yang melibatkan murid-murid mempunyai hubung kait yang positif dengan pencapaian akademik. Kata kunci Karangan Naratif, Penilaian, Rubrik, Senarai Semak, Pelibatan aktif 299

PENGENALAN Penilaian sememangnya memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pelaksanaan penilaian yang berkesan di bilik darjah, guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid mereka. Menerusi data dan maklumat yang dikumpul guru daripada penilaian yang dijalankan di bilik darjah, guru boleh menyediakan bimbingan dan perancahan yang diperlukan untuk memperbaik kemahiran dan pengetahuan bahasa murid. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. meneliti keberkesanan penggunaan rubrik dalam merangsang pembelajaran murid untuk meningkatkan markah komponen bahasa dalam karangan naratif; dan 2. meneliti keberkesanan penggunaan senarai semak dalam membantu meningkatkan pencapaian karangan naratif murid. PERMASALAHAN KAJIAN Daripada dapatan kajian item analisis yang dijalankan oleh Jabatan Bahasa Ibunda pada akhir tahun 2011 mendapati bahawa hanya 66.7% murid Darjah 4 lulus dalam peperiksaan menulis karangan naratif. Dalam kajian tersebut dapat dikenal pasti bahawa bahagian bahasa merupakan bahagian yang bermasalah. Murid mendapat markah yang rendah dari segi bahasa dan ada murid yang gagal. KAJIAN LEPAS Ramai pengkaji telah memberikan penekanan akan pentingnya peranan penilaian dalam memberikan maklum balas kepada pembelajaran murid. Dalam proses penilaian, guru memberikan 300

maklum balas yang positif dan konstruktif kepada murid. Menerusi maklum balas yang positif dan konstruktif, murid tahu bagaimana mereka boleh mempertingkat kemahiran dan pengetahuan bahasa mereka. Menurut Lysakowski dan Walberg (1981,1982), Walberg (1999), Tennenbaum dan Goldring (1989), apabila maklum balas yang diberikan itu bertujuan untuk membetulkan - iaitu, ia menerangkan di mana dan mengapa kesalahan itu berlaku - ia akan mempunyai impak yang lebih baik dan berkesan terhadap pembelajaran murid. Hattie (1992) pula menegaskan bahawa memberi maklum balas adalah kegiatan yang paling berkesan yang boleh dilakukan oleh seseorang guru bagi meningkatkan kecemerlangan murid. Crooks (1998) dan Wilburn & Felps (1983), berpendapat bahawa rubrik yang dibina guru dapat menyediakan murid dengan kriteria yang dapat membantu mereka membina kejayaan dan menjadikan hasil pembelajaran yang diingini lebih jelas kepada murid. Rubrik merupakan satu bentuk maklum balas yang merujuk kepada kriteria dan ini menyediakan satu panduan yang tepat untuk meningkatkan pemahaman murid. Sementara itu Trammel, Schloss & Alper (1994) dan Wiggins (1993) menjelaskan bahawa pembelajaran yang efektif adalah hasil daripada pelajar memberikan maklum balas secara kendiri dan memantau hasil kerja mereka berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Dalam hal ini, Banger-Drowns, Kulik, Kulik & Morgan (1991) memberikan maklum balas yang tepat pada situasi dan waktu membantu dan menyokong pembelajaran. Namun, sekiranya guru melambat-lambatkan proses memberikan maklum balas bagi murid, nilai sesuatu pembelajaran itu semakin lama semakin berkurangan. Dalam perkataan lain, guru harus mahir memberikan pengalaman yang bermakna menerusi proses pembelajaran yang melibatkan penggunaan bahan penilaian semasa menjalankan pengajaran. 301

KAEDAH KAJIAN Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif. Hasil atau pencapaian murid daripada karangan yang dihasilkan semasa prapenggunaan rubrik dan senarai semak dan pascapenggunaan rubrik dan senarai semak diteliti dan dibandingkan. Kedua-dua soalan karangan yang diberikan kepada murid mempunyai tahap kesukaran yang setara. Kaedah kajian yang digunakan ialah pengkaji menganalisis data bagi bahagian isi karangan. Markah praujian dan pascaujian karangan menjadi data bagi mengukur keberkesanan penggunaan rubrik dan senarai semak dalam meningkatkan pencapaian menulis murid. Persampelan rawak mudah (PRM) dilakukan untuk menganalisis data-data yang dikumpulkan. Subjek Kajian Kajian ini dijalankan dalam kelas Darjah 5 yang terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai tahap kemahiran dan bagi Darjah 6 pula, ia merupakan murid tahap asas. Bagi sekolah Menengah 1, subjek kajian melibatkan murid Normal Akademik. Kelas kawalan bagi Menengah 1 adalah kelas Menengah 1 Ekspres. Instrumen Kajian Senarai semak dan rubrik sebagai alat pengumpulan data kuantitatif digunakan. Markah bahasa digunakan bagi mengukur keberkesanan pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini. Prosedur Kajian Tahap kesukaran gambar atau topik karangan yang sama telah digunakan untuk kedua-dua ujian. Bagi Darjah 5 dan Darjah 6, karangan naratif adalah bentuk prosa bertulis yang berdasarkan 5 gambar bersiri dengan satu gambar kesimpulan terbuka. Terdapat 8 frasa panduan yang diberikan. Bagi kelas Menengah 1, karangan 302

naratif adalah satu bentuk prosa bertulis berdasarkan topik yang diberikan. Sebanyak sembilan intervensi pelajaran dijalankan. Tempoh setiap pelajaran berlangsung selama sejam. Pelajaran Intervensi 1 Guru menggunakan karangan contoh untuk mengajar murid untuk mengesan kriteria yang digunakan dalam menulis karangan. Guru memandu murid cara menggunakan senarai semak sebagai alat bagi penilaian kendiri dan menggunakan rubrik untuk aktiviti penilaian rakan sebaya. Pelajaran Intervensi 2-4 Murid menulis perenggan ringkas (fokus pada komponen bahasa) berdasarkan kriteria dalam senarai semak dan rubrik yang disediakan. Pelajaran Intervensi 5 Guru menggunakan karangan contoh dan piramid cerita untuk mengajar murid mengenai kriteria organisasi berdasarkan senarai semak dan rubrik. Pelajaran Intervensi 6-7 Murid diberi latihan karangan mengisi tempat kosong. Murid dikehendaki untuk mengisi tempat kosong mengikut kriteria yang berbeza dalam senarai semak dan rubrik. Kesedaran murid tentang contoh kriteria bahasa diuji semasa latihan ini. 303

Jadual 1: Contoh Rubrik Penanda Wacana Kata hubung dan penanda wacana amat pelbagai, sesuai dan tepat. Kata hubung dan penanda wacana pelbagai Kata hubung dan penanda wacana sesuai Kata hubung dan penanda wacana digunakan tetapi kurang sesuai Kata hubung dan penanda wacana tidak digunakan Jadual 2: Contoh Penada Wacana 304

Rajah1: Contoh Lampiran Kerja Pelajaran Intervensi 8 Guru menggunakan karangan contoh untuk menerangkan apa yang telah diajar dan murid menggunakan senarai semak untuk menilai karangan contoh tersebut. Pelajaran Intervensi 9 Dalam pelajaran ini murid diminta untuk menulis karangan. Murid di peringkat ini lebih sedar mengenai kriteria yang diperlukan dalam penulisan karangan. Guru menilai hasil kerja murid menggunakan rubrik guru. 305

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Data yang dikumpulkan telah menunjukkan bahawa murid telah menunjukkan sikap yang baik dan terdapat peningkatan dalam motivasi dan penglibatan murid dalam pengajaran menulis karangan. Berdasarkan analisis keputusan, penggunaan maklum balas dalam bentuk rubrik dan senarai semak membantu meningkatkan markah karangan naratif yang dihasilkan murid. Berikut adalah dapatan bagi kumpulan murid Darjah 6 dan pelajar Menengah 1. Jadual 3: Menengah 1 dan Darjah 6 Ujian Kumpulan N Mean Median Praujian Ekspres 14 8.5 9 Kawalan 12 11.5 12 Pascaujian Ekspres 14 11.86 11.5 Kawalan 12 11.42 11 Rajah 2: Menengah 1 dan Darjah 6 Min praujian pascaujian Eksperimen Terkawal 306

Jadual 4: Menengah 1 dan Darjah 6 Ujian Kumpulan N Mean Median Praujian Exp 23 8 8 Kawalan 23 11.48 12 Pascaujian Exp 23 10.87 10 Kawalan 23 10.3 10 Rajah 3: Menengah 1 dan Darjah 6 Min praujian pascaujian Eksperimen Terkawal Terdapat peningkatan dalam markah purata murid dalam praujian dan pascaujian bagi kumpulan eksperimen. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan bahawa kumpulan kawalan mengalami penurunan dalam markah purata. Daripada data yang diteliti, dapat disimpulkan bahawa murid kumpulan eksperimen telah 307

mendapat manfaat daripada strategi penggunaan maklum balas menggunakan rubrik dan senarai semak. Berikut adalah dapatan bagi praujian dan pascaujian bagi murid dari kumpulan Darjah 5. Jadual 5: Darjah 5 Ujian Kumpulan N Mean Median Praujian Ekspres 23 9.48 10 Kawalan 24 11.21 11 Pascaujian Ekspres 23 11.78 12 Kawalan 24 13.10 13 Rajah 4: Darjah 5 Min praujian pascaujian Eksperimen Terkawal Perbezaan dalam markah purata bagi praujian dan pascaujian bagi kumpulan eksperimen iaitu bagi kumpulan Ekspres: 2.3 dan kumpulan Kawalan: 1.9 adalah lebih tinggi walaupun kedua-dua kumpulan mencatat peningkatan. Oleh sebab itu, kita dapat 308

menyimpulkan bahawa terdapat kesan positif terhadap pencapaian murid dengan menggunakan strategi maklum balas. Strategi ini membolehkan murid menulis dan memperoleh markah bahasa yang lebih baik. KESIMPULAN Keputusan yang dicapai menunjukkan bahawa penggunaan maklum balas dalam penulisan karangan telah membolehkan murid lebih sedar mengenai kriteria yang diperlukan untuk memperbaik penulisan karangan mereka. Rubrik dan senarai semak yang digunakan telah menggalakkan murid untuk membuat penilaian terhadap penulisan rakan sebaya. Melalui aktiviti ini keyakinan murid dalam memberi maklum balas meningkat. Tambahan lagi, hasil yang ketara juga ditunjukkan seperti: 1. Murid lebih bebas dan bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri. 2. Murid dapat memberi maklum balas yang membina kepada rakan-rakan mereka dan mereka juga lebih bersedia untuk bekerjasama dan belajar daripada satu sama lain. Dalam usaha untuk memastikan kesinambungan, guru telah mengkaji semula kriteria di dalam rubrik. Rubrik didapati menyeluruh kerana ia meliputi semua aspek komponen bahasa. Walau bagaimanapun, guru perlu lebih fokus dengan memastikan bahawa pada setiap peringkat, murid hanya diberikan kriteria tertentu bagi komponen bahasa supaya lebih tertumpu dan sesuai. Untuk rancangan masa depan, selain markah praujian dan pascaujian, guru juga akan mengumpul maklum balas yang dijalankan semasa prakajian dan pascakajian yang diberikan murid kepada rakan-rakan mereka. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa murid telah memperoleh kesedaran dan mempunyai keupayaan untuk menggunakan rubrik dan senarai semak untuk menulis esei yang lebih baik. 309

RUJUKAN John Hattie & Helen Timpelerly (2007). The Power of Feedback in Review of Educational Research, March 2007 vol. 77 no. 1 81-112. Kissock, C. & Lyortsuun, P.A. (1982). Guide to Questioning: Classroom Procedures for Teachers. London: MacMillan Press Ltd. Ministry of Education (2010). Laporan Jawatankuasa Semakan Bahasa Ibunda: memupuk Pelajar Aktif dan Pengguna Cekap. Singapore 2010 Nikos L. D. Chatzisarantis; Martin S. Hagger (2009). Effects of an intervention based on self-determination theory on self-reported leisure-time physical activity participation. UK: School of Psychology, University of Plymouth. 310