Sistem Pendaftaran Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu

Similar documents
UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Faculty Of Information and Communication Technology

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

1 Sistem Pendaftaran Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu 1 Farah Adilla Binti Abdul Latip, 2 Lizawati Mi Yusuf 1,2 Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310, Johor Bharu, Johor, Malaysia {farahadillaal@gmail.com 1,lizawati@utm.my 2 } Abstrak. Sistem Pendaftaran Kokurikulum sedia ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu dilaksanakan secara manual menyebabkan proses penyimpanan dan pengemaskinian data pelajar tidak efektif serta penjanaan laporan tidak tepat. Oleh itu, sistem yang berasaskan web dibangunkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sistem ini membolehkan proses pendaftaran dan pentaksiran markah pelajar dijalankan secara atas talian di mana data yang dimasukkan akan disimpan terus ke dalam pangkalan data. Sistem ini mempunyai fungsi penjanaan laporan dan penghantaran notifikasi yang akan dihantar melalui e-mel kepada pengguna yang terlibat. Metodologi kitaran hayat pembangunan sistem akan digunakan dalam pembangunan sistem ini. Sistem ini membolehkan data pelajar di akses pada bila-bila masa. Kata Kunci: Ko-kurikulum, Pendaftaran, Web 1 Pendahuluan Aktiviti kokurikulum adalah kegiatan yang mewajibkan pelajar untuk melibatkan diri bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan dengan itu, sistem pengurusan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa kurikulum diperlukan di setiap sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu terletak di bahagian pendalaman timur Sabah. Sekolah ini dibina pada tahun 2003 dan telah dibuka secara rasminya pada 1 Ogos 2005 [1]. Sekolah ini mempunyai 52 orang guru, 14 orang kakitangan sokongan dan 505 murid yang terdiri daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Kegiatan kokurikulum di sekolah ini di uruskan oleh Penolong Kanan Kokurikulum. Sekolah ini mempunyai 9 kelab persatuan bawah kategori Unit persatuan dan kelab, 7 badan persatuan dalam kategori Unit Pakaian Seragam dan Unit sukan dan permainan yang terdiri daripada 9 kelab permainan. Sistem pengurusan aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu dijalankan secara manual. Oleh itu, sistem manual ini memberi kesukaran kepada guruguru dalam proses pengurusan kokurikulum dan penjanaan laporan. Antara kelemahan sistem sedia ini termasuklah penyimpanan data pelajar tidak efektif, penjanaan laporan tidak tepat, masalah keselamatan data pelajar dan proses untuk pengemaskinian data pelajar memerlukan masa yang lama. Proses pengagihan pelajar bagi setiap kelab persatuan hanya dilakukan oleh Setiausaha Kokurikulum menyebabkan proses ini memerlukan masa yang lama untuk disiapkan bergantung kepada jumlah pelajar sekolah tersebut. Selain itu, penjanaan laporan setiap tahun dan penghasilan sijil bagi pelajar yang sudah tamat belajar berkemungkinan tidak tepat disebabkan masalah kehilangan data atau keciciran nama pelajar sebelum data dapat dimasukkan melalui sistem yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran.

2 Berdasarkan perbandingan antara sistem sedia ada, sistem yang dibangunkan mempunyai fungsi yang dapat mengatasi kelemahan sistem sedia ada. Sistem sedia ada yang dibandingkan membantu dalam menambahbaikkan fungsi yang terdapat dalam sistem yang dibangunkan Jadual 1. Perbandingan antara sistem sedia adas SPAJ SPKS SPKUWI SPK SK MKPS [3] SMKPKP K [4] A [2] Teknologi berasaskan web Pengguna perlu log masuk Pelajar boleh mendaftar kokurikulum secara dalam talian Pelajar boleh semak gred secara dalam talian Pentaksiran markah kokurikulum pelajar boleh dibuat secara dalam talian Setiap kelab persatuan mempunyai had bilangan pelajar Memaparkan ralat jika terdapat maklumat tidak lengkap Menghasilkan laporan tahunan mengikut kategori 2 Penyelesaian Masalah Sistem Pendaftaran Kokurikulum berasaskan web dibangunkan bagi mengatasi masalah sistem sedia ada. Proses pendaftaran kokurikulum akan dilaksanakan melalui sistem dalam talian. Dengan adanya proses pendaftaran secara dalam talian ini masalah proses yang memakan masa yang lama dapat diatasi di samping dapat memastikan bilangan pelajar bagi setiap kelab adalah seimbang. Selain itu, fungsi pendaftaran dalam sistem ini juga dapat mengelakkan pelajar lelaki mendaftar kelab persatuan yang melibatkan pelajar perempuan dan sebaliknya. Sistem ini juga mempunyai fungsi bagi guru untuk melakukan pentaksiran markah pelajar secara dalam talian. Modul pentaksiran markah ini dapat mengatasi masalah kehilangan markah pelajar kerana guru dapat melakukan pentaksiran markah pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, sistem ini mempunyai fungsi penjanaan laporan dan penjanaan sijil kokurikulum. Fungsi penghantaran notifikasi juga terdapat dalam sistem yang dibangunkan. Tiga objektif bagi sistem yang dibangunkan: (i) Untuk mengenal pasti keperluan pengguna bagi Sistem Pendaftaran Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu, (ii) Untuk mereka bentuk dan membangunkan Sistem Pendaftaran Kokurikulum yang mempunyai fungsi untuk mengemas kini dan melihat maklumat pelajar serta memasukkan markah kokurikulum, di samping boleh mencetak laporan dan sijil kokurikulum setiap pelajar dan (iii) Untuk menguji kefungsian Sistem Pendaftaran Kokurikulum berdasarkan keperluan pengguna.

3 3 Kaedah Projek Sistem ini melibatkan empat pengguna iaitu pentadbir, guru, pelajar, dan penyelaras kokurikulum. Setiap pengguna mempunyai fungsi masing-masing bagi memastikan modul dalam sistem ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Modul Sistem: Setiap pengguna perlu log masuk ke dalam sistem bagi menggunakan fungsi dalam sistem. Pengguna boleh mengemas kini profil seperti tukar kata laluan. Terdapat modul sistem yang boleh digunakan oleh dua pengguna sistem seperti paparan data pelajar dan penjanaan laporan. Modul ini melibatkan guru dan penyelaras kokurikulum. Berikut adalah penerangan fungsi bagi setiap pengguna: Pentadbir: Pentadbir merupakan kerani di sekolah tersebut. Pentadbir mempunyai fungsi untuk mengemas kini pengguna sistem termasuklah tambah pengguna, padam pengguna dan sunting pengguna. Selain itu, pentadbir adalah orang yang bertanggungjawab bagi penjanaan sijil kokurikulum Pelajar: Pelajar dapat mendaftar kokurikulum secara dalam talian. Pelajar hanya boleh mendaftar kokurikulum sekali sahaja. Pelajar juga boleh membuat semakan keputusan kokurikulum mengikut tahun melalui sistem ini. Guru: Guru boleh membuat pentaksiran markah pelajar secara dalam talian. Pentaksiran markah ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Namun, markah pelajar yang sudah dihantar tidak boleh diubah semula. Penyelaras Kokurikulum: Penyelaras kokurikulum mempunyai fungsi untuk mengemas kini data kokurikulum seperti tambah kelab, padam kelab dan kemas kini bilangan had pelajar bagi setiap kelab 4 Senibina Sistem Projek ini menggunakan teknik klien pelayan di mana teknik ini mempunyai tiga komponen utama iaitu klien, pelayan dan rangkaian. Pelayan web boleh menjadi pelayan yang menunaikan permintaan servis yang dilakukan oleh klien manakala pengguna pula menggunakan klien bagi meminta servis daripada pelanggan. Rajah 1 menunjukkan seni bina sistem yang dibangunkan. Setiap klien atau pengguna perlu log masuk ke dalam sistem melalui pelayan web. Klien boleh akses fungsi dalam sistem melalui pelayan aplikasi. Kemudian, pelayan akan menyimpan maklumat yang dihantar oleh klien ke dalam pangkalan data. Pelayan web juga akan mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh klien daripada pangkalan data. Rajah 1. Seni bina sistem yang dibangunkan

4 Kod pengaturcaraan yang dilaksanakan berdasarkan reka bentuk sistem menghasilkan fungsi sistem yang memenuhi keperluan pengguna serta dapat mengatasi masalah sistem sedia ada. Antara salah satu antara muka yang menunjukkan hasil dan pencapaian sistem serta hasil daripada ujian penerimaan pengguna diterangkan dalam sub topik berikut. Modul Daftar Kokurikulum: Modul ini membenarkan pelajar untuk mendaftar kokurikulum berdasarkan jumlah kekosongan kelab. Pelajar akan memasukkan pilihan kelab bagi setiap kategori kokurikulum. Modul ini hendaklah memastikan pelajar lelaki tidak mendaftar kelab persatuan yang melibatkan pelajar perempuan dan menggelakkan pelajar perempuan dari mendaftar kelab persatuan yang melibatkan pelajar lelaki sahaja. Selain itu fungsi daftar kokurikulum ini juga harus memastikan jumlah pelajar bagi setiap kelab persatuan seimbang. Rajah 2 menunjukkan antara muka daftar kokurikulum bagi pengguna daftar. Rajah 2 :Antara muka daftar kokurikulum Rajah 3: Paparan mesej pemberitahuan Rajah 3 menunjukkan paparan mesej pemberitahuan jika pilihan kelab yang dipilih pelajar mengikut kategori kokurikulum tidak diluluskan. Pelajar hendaklah membuat perubahan terhadap pemilihan kelab persatuan yang tidak diluluskan untuk meneruskan pendaftaran kokurikulum. Pengujian sistem: Pengujian sistem dijalankan bagi memastikan penulisan pengaturcaraan yang dihasilkan berjaya memenuhi keperluan pengguna dan sistem. Terdapat beberapa pengujian dilaksanakan bagi melihat hasil yang dijangka untuk setiap modul. Berdasarkan pengujian yang dilaksanakan, fungsi bagi sistem akan lebih efisien di mana sistem yang dibangunkan akan memenuhi keperluan pengguna sistem secara keseluruhannya. Selain itu, melalui pengujian yang dilaksanakan seperti ujian penerimaan pengguna, hasil pendapat dan pandangan pengguna terhadap sistem cadangan juga dapat diketahui. Rajah 4 menunjukkan pendapat dan pandangan pengguna mengenai antara muka halaman utama pengguna dan Rajah 5 menunjukkan pendapat dan pandangan pengguna terhadap sistem cadangan secara keseluruhan.

5 Rajah 4: Pendapat dan pandangan pengguna mengenai antara muka halaman utama pengguna Rajah 5. Pendapat dan pandangan pengguna terhadap sistem cadangan secara keseluruhan 5 Perbıncangan Hasıl Sıstem Berdasarkan kajian yang telah dijalankan sebelum pembangunan sistem, masalah sistem sedia ada dapat dikenal pasti. Oleh itu, pembangunan sistem dilaksanakan mengikut reka bentuk sistem yang dibangunkan. Melalui reka bentuk yang dihasilkan terdapat beberapa fungsi sistem telah ditentukan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah sistem sedia ada. Pembangunan sistem ini bukan sahaja menyediakan fungsi yang dijalankan secara dalam talian tetapi dapat menyelesaikan beberapa isu penyimpanan data. Contohnya, pelajar yang sudah mendaftar kokurikulum sebelum ini tidak boleh mendaftar kokurikulum lagi. Hal ini untuk memastikan bilangan setiap kelab persatuan adalah seimbang. Selain itu, fungsi ini akan mengelakkan daripada maklumat kokurikulum pelajar tidak diganti dengan maklumat kokurikulum yang baru dan menyebabkan penjanaan laporan tidak tepat. Rujukan 1. Buku Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kuala Penyu (2016) 2. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman website, retrieved on March 2016, from http://www.smkpsriaman.edu.my/2015/01/pendaftaran-kokurikulum-bagi-pelajar-ting-1-2015/ 3. Student Banner Registration manual (2016), from The University of the West Indies website, https://sta.uwi.edu/cocurricular/registration.asp 4. Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), https://pajsk.moe.gov.my/