BIDANG PENYELIDIKAN: PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAJUK PENYELIDIKAN: KECERDASAN EMOSI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPIMPINAN KETUA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH TAHAP PENYELIDIKAN: TAHAP AKHIR SESI KEMASUKAN: 2010/2011 NAMA: TENGKU ELMI AZLINA BT TENGKU MUDA DI BAWAH SELIAAN: PROF. DATUK DR.NORIAH BT ISHAK DR. SAKINAH BT MOHAMAD
PENGENALAN Tahap kecerdasan emosi yang tinggi amat penting dalam kerjaya guru bimbingan dan kaunseling. Goleman (1999) mendefinisikan kecerdasan emosi kaunselor sebagai kebolehan kaunselor menyedari, mengenalpasti dan mengurus emosinya sendiri serta menjaga hubungan yang mesra disamping memiliki motivasi kendiri yang tinggi. Selain daripada kecerdasan emosi, guru bimbingan dan kaunseling juga perlu mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi lebih-lebih lagi dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling telah diberi amanah untuk menjawat jawatan sebagai ketua guru bimbingan dan kaunseling. Kecerdasan emosi juga mempengaruhi kepimpinan. Goleman (2005) turut menyatakan bahawa pemimpin yang mempunyai kekuatan emosi yang baik adalah pemimpin yang boleh memimpin dan berupaya mengambil hati subordinat.
PENYATAAN MASALAH Rorlinda (2009) melalui hasil kajiannya berkaitan kecerdasan emosi di kalangan guru kaunseling di Selangor mendapati guru kaunseling memperoleh skor sederhana pada empat domain kecerdasan emosi iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri dan kemahiran sosial. Skor sederhana ini disebabkan guru kaunseling memperoleh skor yang rendah pada komponen yang terdapat dalam domain kecerdasan emosi berkenaan. Kajian lain berkaitan kecerdasan emosi guru kaunseling telah dijalankan oleh Rorlinda, Syafrimen, Noriah & Amla (2010) berkaitan dengan profil kecerdasan emosi guru-guru kaunseling sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi guru kaunseling sekolah rendah dan sekolah menengah berada pada peringkat sederhana di mana sepatutnya tahap kecerdasan emosi mereka adalah pada peringkat yang tinggi.hasil kajian menunjukkan guru kaunseling tersebut mempunyai min skor yang sederhana bagi domain kesedaran kendiri, kemahiran sosial, regulasi kendiri dan motivasi kendiri.
Kajian-kajian lepas juga menunjukkan bahawa kepimpinan mempunyai kaitan yang signifikan dengan kecerdasan emosi. Individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang rendah tidak dapat menjadi pemimpin yang berkesan. Hal ini adalah kerana kecerdasan emosi (EQ) dikatakan memainkan peranan yang sangat penting, bukan sahaja dalam proses penglibatan tetapi juga dalam proses kepimpinan (Gardner &Stough, 2005).
OBJEKTIF KAJIAN Mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor. Mengenal pasti perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor mengikut jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling. PERSOALAN KAJIAN Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor? Adakah terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor mengikut jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling?.
KERANGKA TEORITIKAL MODEL KECERDASAN EMOSI GOLEMAN-NORIAH (2006) Kesedaran Kendiri Kesedaran emosi Ketepatan penilaian kendiri Keyakinan diri Niat Kecekapan Peribadi Regulasi Kendiri Motivasi Kendiri Kawalan kendiri Kebolehpercayaan Bertanggungjawab Penyesuaian Inovasi Dorongan pencapaian Komitmen Inisiatif Optimis Minat
Empati Memahami orang lain membina potensi orang lain Orientasi perkhidmatan Mencungkil kepelbagaian Kesedaran Politik Penyayang Kecekapan Sosial Kemahiran Sosial Kerohanian Keupayaan berpasukan Kolaborasi/kerjasama Komunikasi Pengurusan Konflik Kepimpinan Pemangkin Perubahan Membina hubungan Kematangan
Membina Kepimpinan Strategi Perkhidmatan dan Model Kepimpinan Rekrut Hubungan dengan pemegang Setara/ Stakeholders MALAYSIAN LEADERSHIP AUDIT TRAIL INVENTORY (MLATI) NORIAH-ELMI (2013) Penilaian dan Penghormatan Penglibatan dan Pengekalan Penempatan
METODOLOGI KAJIAN PENDEKATAN KAJIAN Pendekatan kuantitatif analisa data menggunakan instrumen kecerdasan emosi dan kepimpinan Menggunakan kaedah persampelan rawak mudah POPULASI KAJIAN 226 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah harian di Selangor SAMPEL KAJIAN 168 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling melibatkan 10 daerah di Selangor
INSTRUMEN KAJIAN Tiga jenis instrumen digunakan sebagai alat kajian iaitu:- Instrumen Kecerdasan Emosi: Inventori Kepintaran Emosi Malaysia dewasa ( IKEM- MEQI) oleh Noriah et. al (2000) Instrumen Kepimpinan: Malaysian Leadership Audit Trail Inventory Dewasa ( MLATI) oleh Noriah-Elmi (2013)
Persoalan Kajian 1: Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di negeri Selangor. Ho. 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor Pembolehubah Kepimpinan Kecerdasan Emosi (KE) 0.248 Signifikan 0.001 N 168 Signifikan pada aras p<0.01
Persoalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepimpina dalam kalangan ketua Guru bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling? Ho.2 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kauseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan faktor jantina. Source Jantina Dependent Variable Type III Sum of Squares df Mean Square F Sig. KE 0.212 1 0.212 0.012 0.885 KPIM 11.991 1 11.991 0.340 0.561 Signifikan pada aras p<0.05
Ho.3 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan faktor umur Source Dependent Variable Signifikan pada aras p<0.05 Umur Type III Sum of Squares df Mean Square F Sig. KE 2.097 2 1.048 0.104 0.901 KPIM 113.700 2 56.850 1.612 0.203
Ho.3 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan faktor tahap pendidikan Source Tahap Pendidikan Dependent Variable Type III Sum of Squares df Mean Square F Sig. KE 3.037 1 3.037 0.302 0.584 KPIM 4.214 1 4.214 0.119 0.730
Ho.4 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kauseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan faktor pengalaman Source Dependent Variable Type III Sum of Squares df Mean Square F Sig. Pengalaman KE 13.755 2 6.877 0.684 0.506 KPIM 101.009 2 50.505 1.432 0.242
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi dan kepimpinan keatas faktor jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah Perbezaan berkaitan kecerdasan emosi berdasarkan kesemua faktor selari dengan kajian rorlinda (2009) keatas guru kaunseling sekolah menengah. Hasil kajian berkaitan kepimpinan pula tidak selari dengan dapatan kajian Hopkin (2005), Jamer, Parker & Wood (2005), Stone et.al.(2005)yang mendapati wujud perbezaan signifikan antara pemimpin lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun, hasil kajian ini selari dengan kajian Farah Amira (2004). Kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepimpinan dan ini selari dengan kajian Cherniss & Goleman (2001),Zinatul Azura (2011), Dulewiezz dan Higgs (2000), Rosete (2004) dan Sjoberg (2001)
SEKIAN TERIMA KASIH