Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi-Tech Park,09000 Kulim, Kedah, Malaysia

Similar documents
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

Transcription:

Hubungan Keupayaan Menyelesaikan Ungkapan Algebra Dengan Keputusan Matematik SPM : Satu Tinjauan Terhadap Pelajar Semester Satu Diploma Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Fatim Fauziani binti Hussin 1,a dan Syajaratul Dur binti Ramli 2,b 1,2 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi-Tech Park,09000 Kulim, Kedah, Malaysia a fatim@ptsb.edu.my, b syajaratul@ptsb.edu.my Abstrak. Keupayaan menyelesaikan ungkapan algebra merupakan kemahiran asas yang amat penting dalam kursus matematik bermula diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan keupayaan menyelesaikan ungkapan algebra dengan keputusan matematik SPM bagi pelajar semester satu Diploma Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Peserta kajian terdiri daripada 550 orang pelajar dari sesi Jun 2012. Ujian Diagnostik Ungkapan Algebra (UDUA) telah dijalankan ke atas peserta kajian dan data dianalisis secara kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada hubungan dua hala di antara pelajar yang lemah di dalam SPM akan lemah di dalam UDUA yang dijalankan. Hanya 25.7% sahaja pelajar yang lemah SPM turut lemah di dalam UDUA. Kajian ini telah mencadangkan supaya pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PnP) diberi transformasi inovasi yang berterusan dan pelbagai disamping mengadakan bengkel pengukuhan di peringkat jabatan. Disamping itu pengkaji juga menyarankan agar faktor minat pelajar, teknik belajar perlu dikaji untuk melihat keupayaan pelajar menyelesaikan ungkapan algebra. Kata kunci: Pencapaian Pelajar, Matematik SPM, Pembelajaran, Ungkapan Algebra, UDUA. Pengenalan Pembelajaran matematik merupakan elemen yang menjadi faktor penting di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Matematik menjadi salah satu matapelajaran teras yang perlu dipelajari di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) [1]. Secara umumnya kandungan matematik KBSM merangkumi pengetahuan dan kemahiran daripada tiga bidang yang saling berkait iaitu nombor, bentuk dan ruang dan perkaitan. Berdasarkan sukatan pelajaran matematik KBSM, proses pengajaran dan pembelajaran matematik menegaskan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran dalam ketiga-tiga bidang tersebut. Ini bermakna pelajar perlu menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum mempelajari tajuk seterusnya supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik dalam pelbagai situasi [2]. Dalam laporan analisis yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, prestasi matematik SPM 2011 menunjukkan bahawa masih terdapat segolongan besar pelajar yang belum dapat menguasai konsep dan kemahiran asas matematik [3]. Manakala merujuk [4], menyatakan pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima lemah dalam kemahiran asas matematik yang menyebabkan mereka tidak berjaya dalam matematik moden dan matematik tambahan. Pembangunan politeknik-politeknik di Malaysia bermula dari aspirasi negara ke arah menjadi sebuah negara perindustrian dan seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi dunia. Program yang ditawarkan di politeknik merangkumi bidang teknikal, perdagangan dan perkhidmatan sememangnya memerlukan pelajar yang mempunyai pengetahuan matematik yang secukupnya. Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju ke arah sebuah negara maju yang berteraskan sains dan teknologi [5]. 51

Untuk mencapat matlamat ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan syarat minimum kemasukan ke politeknik peringkat Diploma Kejuruteraan adalah dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus iaitu gred C di peringkat SPM. Di PTSB kursus Matematik Kejuruteraan 1 merupakan kursus teras yang wajib diambil dan lulus oleh semua pelajar semester satu Diploma Kejuruteraan. Ini adalah kerana kursus ini merupakan pra syarat kepada kursus Matematik Kejuruteraan di peringkat seterusnya. Secara keseluruhannya kandungan kurikulum kursus ini banyak melibatkan konsep algebra. Antaranya adalah asas algebra, bentuk piawai, indeks dan logaritma, pengukuran dan geometri, geometri koordinat dan graf serta trigonometri. Statistik keputusan pencapaian pelajar semester satu Diploma Kejuruteraan di PTSB pada sesi Disember 2011 menunjukkan bahawa 54 % pelajar lemah di dalam algebra. Keputusan ini berdasarkan kepada analisis data yang diperolehi daripada Unit Peperiksaan PTSB. UDUA adalah ujian untuk menentukan penguasaan topik ungkapan algebra secara menyeluruh kepada pelajar. Ujian ini merangkumi kembangan ungkapan algebra bagi hasil darab suatu ungkapan dengan suatu sebutan, kembangan ungkapan algebra bagi hasil darab dua ungkapan, menukar ungkapan algebra yang mengandungi dua sebutan kepada hasil darab satu sebutan dengan satu ungkapan, menukar ungkapan algebra yang mengandungi dua sebutan kepada hasil darab satu sebutan dengan dua ungkapan dan menukar ungkapan algebra yang mengandungi tiga sebutan kepada hasil darab dua ungkapan, Namun begitu melihat kepada kemerosotan penguasaan pelajar di dalam kursus Matematik Kejuruteraan ini, mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Melalui kajian ini, pengkaji ingin melihat hubungkait di antara keputusan SPM yang diperolehi dengan keputusan UDUA yang telah dijalankan kepada pelajar semester satu di PTSB. A+ A A- Cemerlang A B+ B Baik B C+ C Lemah C SPM UDUA Rajah 1: Hubungan gred pencapaian SPM dengan UDUA Rajah 1 menjelaskan tentang hubungkait yang sedang dijalankan oleh pengkaji. Anggapan awal pengkaji berpendapat bahawa pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam matapelajaran matematik SPM tidak menghadapi masalah untuk menjawab soalan UDUA yang dikemukakan. 52

Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa keputusan SPM berkait rapat dengan keputusan UDUA yang diperolehi. Ini adalah kerana peperiksaan SPM merupakan satu sistem pentaksiran pendidikan yang mantap dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. SPM UDUA Rajah 2: Hubungan dua hala antara SPM dan UDUA Metodologi Kajian Kajian yang dijalankan melibatkan proses pengumpulan dan penganalisaan data berbentuk kuantitatif melalui satu set UDUA yang mengandungi 20 item berbentuk subjektif. UDUA ini telah diadaptasi daripada kajian Keupayaan Menyelesaikan Ungkapan Algebra, Diges PKK Edisi 1. Soalan berbentuk subjektif akan dapat memberi peluang kepada peserta kajian dalam menyumbangkan sebarang bentuk jawapan yang difikirkan sesuai [6], manakala tempoh yang diperuntukkan untuk menjawab soalan adalah selama 30 minit. Berdasarkan kepada [7], ujian diagnostik dijalankan untuk mengenalpasti keupayaan pelajar dalam menyelesaikan ungkapan algebra. Peserta kajian ini terdiri daripada 550 orang pelajar Diploma Kejuruteraan, iaitu melibatkan keseluruhan pelajar semester satu dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di PTSB. Dapatan Kajian Berdasarkan kepada Jadual 1, keputusan pencapaian pelajar di dalam SPM dan UDUA dibahagikan kepada tiga kategori iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Kategori cemerlang adalah bagi pelajar yang mendapat gred A di peringkat SPM dan UDUA, kategori sederhana adalah untuk pelajar yang mendapat gred B, manakala kategori lemah adalah untuk pelajar yang mendapat gred C bagi keputusan SPM dan UDUA yang diperolehi. Jadual 1: Jumlah pelajar mengikut tahap pencapaian matematik SPM terhadap UDUA SPM Cemerlang (A) Sederhana (B) Lemah (C) UDUA Cemerlang Sederhana Lemah 108 35 5 98 78 16 75 81 54 Hasil daripada kajian ini menunjukkan seramai 108 orang pelajar yang cemerlang di peringkat SPM iaitu pelajar yang mendapat gred A di peringkat SPM turut cemerlang di dalam UDUA yang telah di jalankan dan hanya 5 orang pelajar berada di dalam kategori lemah bagi UDUA. Pelajar yang mendapat gred B di dalam SPM turut menyumbang kecemerlangan di dalam UDUA yang telah dijalankan iaitu seramai 98 orang. Namun begitu, hanya sebahagian kecil pelajar yang mendapat gred C di dalam SPM berada di dalam kategori lemah di dalam UDUA iaitu sebanyak 54 orang. Sebahagian besar pelajar yang mendapat gred C di peringkat SPM ini masih 53

dapat menguasai konsep algebra dengan baik. Ini kerana, seramai 75 orang pelajar yang mendapat gred C di peringkat SPM mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UDUA yang telah dijalankan. Rajah 3: Peratus hubungan kategori cemerlang SPM terhadap UDUA. Rajah 3 menunjukkan peratusan pelajar kategori cemerlang SPM terhadap UDUA. Kajian menunjukkan sebanyak 73% pelajar yang mempunyai kelulusan yang cemerlang di dalam SPM mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UDUA. Namun begitu, masih terdapat 23.6% pelajar yang berada di dalam kategori ini hanya mendapat keputusan yang sederhana, manakala 3.4% pelajar yang cemerlang SPM ini lemah di dalam UDUA. Berdasarkan Rajah 3 ini, tidak dapat dinafikan bahawa pelajar yang cemerlang di peringkat SPM sememangnya akan cemerlang di dalam UDUA yang dijalankan. Pelajar yang bermotivasi dan berkebolehan dapat menyelesaikan masalah matematik dengan baik. Pada kebiasaannya pelajar yang cemerlang sentiasa bermotivasi tinggi dan berminat untuk belajar [8,9]. Ini menunjukkan terdapat hubungan dua hala di antara keputusan SPM dan UDUA bagi pelajar yang cemerlang di dalam keputusan matematik SPM. 54

Rajah 4: Peratus hubungan kategori sederhana SPM terhadap UDUA. Berdasarkan Rajah 4 di atas, kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar berada di dalam kategori sederhana di peringkat SPM mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UDUA iaitu sebanyak 51%. Manakala 40.6 % mendapat keputusan yang sederhana dan hanya 8.3 % mendapat keputusan yang lemah. Ini menunjukkan pelajar yang mendapat keputusan yang sederhana di peringkat SPM masih mampu mencapai kecemerlangan di dalam UDUA di PTSB. Pencapaian pelajar yang cemerlang ini berkemungkinan berkait rapat dengan gaya pembelajaran pelajar tersebut semasa berada di PTSB. Ini kerana, gaya pembelajaran pelajar yang positif dan kesediaan pelajar untuk mempelajari matematik dengan lebih mendalam dapat membantu meningkat prestasi pelajar tersebut. Kesediaan pelajar bukan hanya untuk mendapatkan aspek-aspek tertentu di dalam algebra, malah untuk mempelajari teorem dan membuat tugasan matematik secara fokus [8]. Rajah 5: Peratus hubungan kategori lemah SPM terhadap UDUA. Merujuk kepada Rajah 5, kajian menunjukkan tiada hubungkait bagi kategori pelajar yang lemah SPM terhadap UDUA. Ini kerana sebanyak 36% pelajar yang lemah di peringkat SPM masih cemerlang di dalam UDUA, manakala sebanyak 38.6% pelajar masih lagi berupaya memperolehi tahap baik di dalam UDUA, dan hanya 25.7% mendapat keputusan yang lemah. Dapatan data ini menunjukkan, pelajar yang lemah matematik di peringkat SPM tidak semestinya akan lemah di dalam UDUA yang dijalankan di PTSB. Pencapaian pelajar yang berada di dalam 55

kategori ini berkemungkinan dapat ditingkatkan sekiranya pelajar ini diberi motivasi dan di dedahkan dengan gaya pembelajaran yang sesuai di IPT. Selain itu, kaedah mengajar perlulah dipelbagaikan dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut perubahan teknologi yang mana dapat meningkatkan minat pelajar untuk mengikut proses pembelajaran [10]. Kesimpulan Secara umumnya kajian dijalankan untuk melihat hubungan dua hala diantara keputusan SPM dan UDUA yang telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan tiada hubungkait di antara pelajar yang lemah dalam SPM akan lemah di dalam UDUA yang telah dijalankan. Kejayaan dalam keputusan peperiksaan SPM tidak menjamin kecemerlangan prestasi pelajar semasa di politeknik. Pelajar perlu menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran di institut pengajian tinggi. Walaupun kursus Matematik Kejuruteraan 1 yang di ajar di politeknik banyak menekankan kepada penguasaan dan konsep algebra yang telah dipelajari oleh pelajar di peringkat SPM, namun masih lagi terdapat pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai kursus ini. Ini terbukti melalui UDUA yang telah dijalankan, dimana masih terdapat pelajar yang lemah di dalam UDUA walaupun pelajar tersebut berada di kategori cemerlang dan sederhana di peringkat SPM. Sikap ambil mudah dan kurang bersemangat akan mempengaruhi prestasi pembelajaran mereka. Beberapa cadangan dikemukakan bagi membantu meningkatkan prestasi pelajar yang lemah di dalam algebra iaitu; i. Pengajaran dan pembelajaran (PnP) Terdapat dua faktor utama yang harus diberikan penekanan dalam proses PnP iaitu kaedah mengajar dan belajar. Kaedah mengajar perlulah dipelbagaikan dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut perubahan teknologi. Merujuk kepada [11], lima amalan guru yang menyumbang kepada kebimbangan dalam matematik iaitu penegasan penghafalan, penekanan kelajuan, penekanan membuat kerja rumah sendiri dan tidak banyak kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran pula hendaklah di dalam suasana yang tenang, bersih dan berkesan. ii. Mengadakan bengkel pengukuhan di peringkat jabatan Sebagai pensyarah yang bertanggungjawab terhadap penerangan, pengelolaan dan pelaksanaan kursus matematik, pensyarah hendaklah mengambil inisiatif mengatur program atau bengkel di peringkat jabatan khususnya. Melalui program atau bengkel ini pelajar akan didedahkan dengan pendekatan baru dalam pembelajaran Pengkaji akan datang disarankan agar mengkaji aspek-aspek tambahan sebagai bahan kajian lanjutan dengan melihat hubungan pendekatan pembelajaran dengan teori kecerdasan Gardner (Multiple Intelligent) dengan pencapaian matematik. Contohnya, adakah wujud hubungan di antara pendekatan pembelajaran matematik dan tahap pendekatan pembelajaran. Kajian juga boleh diperluaskan dengan mengkaji hubungan antara pendekatan pembelajaran dengan kecerdasan yang lain dan hubungannya dengan pencapaian matematik. Disamping itu, pengkaji juga menyarankan agar faktor minat dan teknik belajar juga diambilkira didalam kajian yang seterusnya. 56

Rujukan [1] Syajaratul Dur Bt Ramli dan Nur Azlina Bt Mohamed Mokmin. Kajian Keperluan Kepada Penilaian Yang Berbeza Antara Pelajar Sijil dan Diploma Bagi Modul Matematik Kejuruteraan 1, 2010. [2] Azrul Fahmi dan Marlina Bt Ali. Analisis Kesilapan Dalam Ungkapan Algebra Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat, Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 17. Bil.1, 2007. [3] Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2011, http://web.moe.gov.my/lp/files/spm/2012/teks%20ucapan%20spm%202011-21032012. pdf, Mac 21, 2012. [4] Wong Khoon Yoong. Kemahiran Matematik Asas, Berita Matematik, 32: 2-6, 1987. [5] Angela Anthonysamy, Perkembangan Pemikiran Matematik Pada Peringkat Awal Kanak-kanak: Satu Pendekatan Konstruktivsme, dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Sains & Matematik Sarawak, 2001. [6] Mohd Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, 1999. [7] Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah Shah Alam. Fajar Bakti, 1996. [8] Maree, J.G., The Study Orientation Questionnnaire in Mathematics (SOM), Pretoria: Human Sciences Research Council. Pretoria University, 1997. [9] Steyn, T. and Maree, J.G., A Profile of First Year Students Learning Preferences and Study Orientation in Mathematics, South African Journal of Education, 22(4): 1-18, 2002. [10] Sa diah Samingan, Analisis Kesilapan dan Salah Konsep : Satu Kajian Terhadap Operasi Nombor dan Fakta Asas Untuk Penguasaan Kemahiran, The New Oxford American Dictionary (2005). 2 nd ed. New York: Oxford University, 2005. [11] Kennedy, L. M. and Tipps, S., Guiding Children s Learning of Mathematics, 6 th ed. Belmont, CA : Wadsworth, 1991. [12] Abdul Hafidz, Developing Theories in Qualitavive Research: The Use of Software Packaged. Universiti Teknologi Malaysia, 2000. [13] Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan, Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan.Selangor. Malaysia: PTS Professional Sdn. Bhd, 2007. [14] Hittleman, D. R. and Simon, A. J., Interpreting Educational Research, 2 nd ed.1987. [15] Nik Azis Nik Pa, Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. 57

[16] Pusat Perkembangan Kurikulum. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Matematik Tambahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001. [17] Richard R.Skemp, The Psychology of Learning Mathematics. USA: Lawrence Erlbaum Associates Inc, 1987. [18] Yap Kueh Chin, Strategi Model Tanggapan Alternatif dan Perubahan Konsep Dalam Pengajaran Diagnosis dan Perawatan. Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia, 1992. [19] Zaini Musa, Abdul Rahman Mohd Idris dan Tee Hock Tian, Integrated Curriculum for Secondary Schools Additional Mathematics Form 4. Kuala Lumpur: Cerdik Publications Sdn. Bhd, 2005. [20] Arsaythamby Veloo, Hubungan Di Antara Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) Dengan Pencapaian Matematik, Asia Pacific Journal of Educators and Educations. Vol.25, 33-51, 2010. [21] Norhani Bakri, Noor Zainab Bt Abdul Razak, Hamidah Ab. Rahman dan Aminah Bt Hj Ahmad Khalid, Punca Prestasi Pembelajaran Yang Lemah di Kalangan Pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia University Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, Jurnal Teknologi, 43(E) Dis. 2005 : 29 44, 2005. [22] Azrul Mahfurdz dan Saifuddin Semail, Hubungan Gaya Pembelajaran, Motivasi dan Pencapaian Pelajar Semester Satu Dalam Modul Matematik Kejuruteraan, dalam Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak, 2009. [23] Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad, Hubungan Pencapaian Penyelesaian Masalah Matematik Dengan Gaya Belajar dan Faktor-faktor Berkaitan di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Rendah, dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Sains dan Matematik Sarawak, 2001. [24] Nazlein et al., Keupayaan Menyelesaikan Ungkapan Algebra: Satu Tinjauan ke Atas Pelajar Kejuruteraan Peringkat Sijil Semester Dua dan Empat di Politeknik Kota Kinabalu, dalam Diges PKK Edisi 1.,82-85, 2011. [25] Rosli Dahlan, Analisa Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Pelajar Tingkatan Empat Dalam Menyelesaikan Masalah Berkaitan Ungkapan Algebra, Universiti Teknologi Malaysia, 2000. 58