PEMBANGUNAN PERISIAN BBM BERASASKAN ANIMASI BERKOMPUTER BAGI SIMULASI TEORI KINETIK JIRIM (MATA PELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT) POEY SOK HUA

Similar documents
PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

"66O "8 '

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Faculty Of Information and Communication Technology

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Transcription:

PEMBANGUNAN PERISIAN BBM BERASASKAN ANIMASI BERKOMPUTER BAGI SIMULASI TEORI KINETIK JIRIM (MATA PELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT) POEY SOK HUA Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia April, 2006

iii Khas buat untuk, Ayah, Poey Peng Phong, Ibu, Lew Chun Lan, Abang-abang, Poey Theam Seng, Poey Theam Yong, Kakak, Poey Chu Lee, Adik, Poey Theam Hee, Yang tersayang.

iv PENGHARGAAN Penghargaan yang setinggi-tingginya dirakamkan kepada Puan Noor Azean Bt. Atan selaku penyelia bagi projek sarjana muda saya. Bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh beliau telah banyak membantu saya sepanjang dalam proses pembinaan perisian BBM. Galakan yang berterusan, pandangan yang bernas, motivasi, dan kesabaran beliau membolehkan perisian BBM ini telah berjaya disempurnakan. Penghargaan ini juga ditujukan kepada En. Shaharudin Md. Salleh kerana kesudian beliau untuk memberikan tunjuk ajar kepada saya semasa saya menghadapi masalah dalam pembangunan perisian BBM ini. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ahli keluarga saya kerana mereka telah banyak berdoa dan memberikan galakan kepada saya dengan hasrat saya dapat menyiapkan perisian BBM ini pada masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan kepada saya sepanjang tempoh pembangunan perisian BBM ini. Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembinaan perisian BBM ini.

v ABSTRAK Dalam masyarakat kita yang sedang berusaha menuju ke arah teknologi berkomputer, kaedah pengajaran dalam bilik darjah juga turut mengalami perubahan daripada kaedah tradisional kepada kaedah teknologi berkomputer. Oleh sebab itu, bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah juga perlu sejajar dengan perkembangan teknologi dalam masyarakat kita. Projek Sarjana Muda ini adalah bertujuan untuk membangunkan satu perisian BBM yang bertajuk Teori Kinetik Jirim dengan 3 subtajuk iaitu Unit Binaan Asas Jirim, Pergerakan Zarah dan Daya Antara Zarah berdasarkan kepada sukatan mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan 4 keluaran KPM tahun 2001. Perisian ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru yang mengajar mata pelajaran Fizik Tingkatan 4. Pendekatan secara animasi berkomputer dan teori pembelajaran konstruktivisme diterapkan dalam pembangunan simulasi ringkas BBM ini. Ciri-ciri multimedia yang utama seperti teks, grafik, audio, dan animasi yang interaktif digabungkan bersama dalam pembinaan perisian BBM ini. Alat pengarangan yang digunakan dalam pembinaan perisian ini ialah Macromedia Flash MX dengan bantuan perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop 7.0 dan Sonic Foundry Sound Forge 6.0. Dengan pembangunan perisian BBM ini, pelajar dapat memahami tajuk Teori Kinetik Jirim dengan lebih jelas.

vi ABSTRACT While our country is moving towards the computer technology, at the same time the education system also has improved by implementation of computer aided instruction in schools. So it is important for the teaches to be ahead with these developments by applying more computer aided materials for teaching and learning in the classrooms. This project was to develop a computer aided teaching courseware in the topic of Teori Kinetik Jirim which consists of 3 subtopics which are Unit Binaan Jirim Asas, Pergerakan Zarah and Daya Antara Zarah based on the syllabus of Form 4 Physics KBSM, published by KPM in year 2001. This courseware is for teachers who teach Form 4 Physics. The method of computer animation and the theory of constructivism were used in the development of this courseware by using multimedia elements such as text, graphic, audio, animation of simple simulation. The main tools used to develop this courseware were Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop 7.0 and Sonic Foundry Sound Forge 6.0. By development of this teaching aids, students can visually learn the topic of Teori Kinetik Jirim with clearly.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Borang Pengesahan Status Pengesahan Penyelia Halaman Judul Halaman Pengakuan Halaman Dedikasi Halaman Penghargaan Abstrak Abstract Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Singkatan Senarai Lampiran i ii iii iv v vi vii xii xiii xi xv 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Projek 2 1.3 Pernyataan Masalah Projek 6 1.4 Objektif Projek 7

viii 1.5 Kepentingan Projek 7 1.6 Skop Projek 8 1.7 Definisi Operasi 9 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 11 2.2 Penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan 12 pembelajaran 2.2.1 Definisi BBM 12 2.2.2 Jenis-jenis BBM 13 2.2.3 Kepentingan BBM 14 2.3 Penggunaan teknologi komputer dalam 16 pendidikan 2.3.1 Teknologi pengajaran dan teknologi 16 pendidikan 2.3.1.1 Teknologi 16 2.3.1.2 Teknologi pendidikan 17 2.3.1.3 Teknologi pengajaran 18 2.3.1.4 Teknologi computer 19 2.3.2 Perkembangan penggunaan teknologi 20 komputer dalam pendidikan 2.3.3 Kepentingan penggunaan teknologi 21 komputer dalam pendidikan 2.3.3.1 Klasifikasi penggunaan komputer 21 dalam pendidikan 2.3.3.2 Komputer dalam pengajaran dan 22 pembelajaran 2.3.3.3 Komputer dalam pentadbiran dan 23 pengurusan pendidikan 2.3.4 Jenis-jenis kaedah pengajaran menerusi 24

ix komputer 2.3.4.1 Tutorial 24 2.3.4.2 Latih tubi 25 2.3.4.3 Simulasi 25 2.3.4.4 Permainan berpendidikan 25 2.3.4.5 Penyelesaian masalah 26 2.3.4.6 Penemuan 26 2.4 Simulasi berkomputer dalam pendidikan 27 2.4.1 Definisi 27 2.4.2 Sejarah penggunaan simulasi berkomputer 29 2.4.3 Kategori simulasi 31 2.4.4 Kebaikan simulasi berkomputer dalam 33 pendidikan 2.4.5 Limitasi simulasi 38 2.4.6 Penggunaan simulasi dalam pelbagai 39 bidang 2.4.7 Kajian penggunaan simulasi berkomputer 41 2.4.8 Penggunaan simulasi dalam bilik darjah 42 2.5 Teori Pembelajaran 44 2.6. Isi pelajaran perisian BBM 48 2.6.1 Unit Binaan Asas Jirim 48 2.6.2 Pergerakan zarah 49 2.6.3 Daya antara zarah 50 2.7 Model rekabentuk pembangunan perisian 50 multimedia 3 REKABENTUK PERISIAN 3.1 Pendahuluan 54 3.2 Fasa Analisis 55 3.2.1 Objektif Perisian 55

x 3.2.2 Kumpulan Sasaran 55 3.2.3 Skop Isi Kandungan 56 3.3 Fasa Rekabentuk 56 3.3.1 Pemilihan Perkakasan Komputer 56 3.3.2 Pemilihan Perisian 57 3.3.3 Sistem Penerokaan 57 3.3.4 Papan cerita 58 3.3.5 Carta alir perisian 58 3.4 Fasa Pembangunan 60 3.4.1 Pengaturcaraan Projek 60 3.4.2 Sistem gubahan 61 3.5 Fasa Perlaksanaan 62 3.6 Fasa Penilaian 62 4 PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pendahuluan 63 4.2 Penyebaran perisian 63 4.3 Ciri-ciri perisian 65 4.3.1 Montaj 65 4.3.2 Menu utama 66 4.3.3 Unit Binaan Asas Jirim 68 4.3.4 Pergerakan Zarah 71 4.3.5 Daya Antara Zarah 76 4.3.6 Keluar Perisian 78 5 RUMUSAN, PERBINBANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 80 5.2 Rumusan 80

xi 5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa 81 pembangunan perisian 5.3.1 Kekurangan kemahiran dan pengalaman 82 5.3.2 Kekurangan masa 82 5.3.3 Masalah semasa pembentangan PSM 83 5.4 Kelemahan perisian 83 5.5 Perbincangan 84 5.5.1 Teori Pembelajaran 84 5.5.2 Model Pembangunan Perisian 85 5.5.3 Unsur Multimedia 85 5.6 Cadangan Kajian 86 5.6.1 Menjalankan pengujian dan penilaian 86 perisian 5.6.2 Meluaskan skop tajuk perisian 86 5.6.3 Penyebaran melalui internet 87 RUJUKAN 88 LAMPIRAN Lampiran A 92

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Perisian pembangunan serta penggunaannya 57

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURA 2.1 Aliran kerja Model ADDIE 51 4.1 Paparan Montage 66 4.2 Paparan Menu Utama 67 4.3 Paparan soalan set induksi 68 4.4 Paparan simulasi proses pembinaan sebuah rumah 69 4.5 Paparan simulasi proses telah tamat 70 4.6 Paparan kesimpulan subtajuk Unit Binaan Asas Jirim 70 4.7 Paparan soalan adakah ingin keluar dari subtajuk Unit Binaan Asas Jirim 71 4.8 Paparan pertama bagi subtajuk Pergerakan Zarah 72 4.9 Paparan penerangan tentang langkah yang akan dilakukan dalam simulasi proses 73 4.10 Paparan soalan pemerhatian 74 4.11 Paparan soalan berfikir 74 4.12 Paparan simulasi proses bagi dua keadaan yang berbeza 75 4.13 Paparan subtajuk Daya Antara Zarah 76 4.14 Paparan pertama Daya Tarikan 77 4.15 Paparan gelang berputar-putar untuk menarik perhatian pelajar 77 4.16 Paparan zoom out 78 4.17 Paparan kesimpulan keseluruhan perisian BBM 79 4.18 Paparan terakhir dalam perisian BBM 79

xiv SENARAI SINGKATAN BBM - Bahan Bantu Mengajar CD-Rom - Compact Disk Read Only Memory ICT - Information Communication Technology KBKK - Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia MSC - Multimedia Super Corridor NBRT - National Board for Respiratory Therapy OHP - Overhead Projector P&P - Pengajaran dan Pembelajaran RICE - Resources in Computer Education SPM - Sijil Pelajaran Malaysia TESS - The Education Software Selector

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Subtajuk Teori Kinetik Jirim Buku Teks Tingkatan 4 92 Tahun 2001

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam usaha mencapai hasrat wawasan 2020, pembangunan dalam bidang pendidikan mesti diberi tumpuan utama sebagai salah satu strategi menggerakkan Malaysia dalam mencapai status negara maju dan stabil dalam menghadapi cabaran globalisasi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Justeri itu, terdapat banyak rancangan telah dilaksanakan untuk tujuan ini seperti Projek Sekolah Bestari, iaitu salah satu aplikasi perdana koridor Raya Multimedia (MSC) yang akan bertanggungjawab untuk menyediakan generasi baru yang mampu mengharungi cabaran dunia (Baharuddin Aris, et al. 2003). Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan BBM dan aplikasi multimedia dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan institusi pendidikan tinggi yang lain menjadi semakin giat (Baharuddin Aris, et al, 2002). Kepelbagaian media akan memberi manfaat kepada

2 setiap individu yang mempunyai kekuatan, kelemahan dan latar belakang yang berlainan berpeluang berinteraksi dengan media untuk mendapat ilmu pengetahuan dan maklumat (Allison Druin dan Cynthaia Solomon, 1996). Bahan grafik seperti gambar, rajah atau bahan animasi mampu mempermudah pemahaman pelajar dan secara tidak langsung dapat menambahkan minat pelajar untuk belajar sesuatu konsep. Pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran boleh merangkumi kaedah seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian depan. Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains juga digalakkan. Dengan kata lain, pelajar harus terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Begitu juga dengan penggunaan teknologi komputer dalam pembelajaran fizik yang mampu menghasilkan pembelajaran yang optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran fizik KBSM dan seterusnya dapat menghasilkan pembelajaran bermakna (S. Vighnarajah 2003). Dalam teknologi komputer yang moden, simulasi adalah satu kaedah yang sesuai untuk suasana pembelajaran. Dalam simulasi, pelajar mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dengan melakukan aktiviti yang seakan-akan dengan dunia sebenar. Pelajar boleh menjana dan menguji hipotesis menerusi simulasi dengan memeriksa atau mengawal input mengikut keperluan sendiri (Lee, 1999). 1.2 Latar Belakang Projek Timbul persoalan sama ada fizik adalah terlalu sukar secara konseptual ataupun pendekatan yang lemah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran fizik. Ini mungkin disebabkan strategi pengajaran yang Stereotype kerana guru kerap

3 menumpukan aspek algebra dalam pengajaran fizik. Dengan penggunaan BBM (Bahan Bantu Mengajar) yang bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih menarik perhatian pelajar di samping dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Bahan bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran boleh terdiri daripada pelbagai jenis dan dapat dikelaskan kepada media bukan elektronik dan media elektronik. Antara media bukan elektronik adalah seperti buku teks, majalah, surat khabar, papan tulis, papan gulung, gambar foto, transparensi, carta, dan lukisan. Manakala bagi media elektronik pula boleh terdiri daripada radio, televisyen, komputer, slaid projektor, alat perakam, overhead projector (OHP) dan sistem video. Selain daripada dua kelas media tersebut, bahan bantu mengajar juga boleh terdiri daripada benda-benda semulajadi serta dalam bentuk model. Model adalah suatu bahan yang digunakan untuk menggantikan bahan sebenar sepeti model rumah, model komponen elektronik dan lain-lain lagi. Penggunaan pelbagai jenis media dalam pengajaran seperti filem, televisyen, komputer, dokumentasi dan simulasi dapat merangsangkan minda pelajar dengan wujudnya suasana pembelajaran yang menyeronokan di dalam kelas. Dalam hal ini, menurut PM Dr. Lim Chap Sam, et al, (2003) apabila sesuatu BBM digunakan dengan betul dan sesuai, media tersebut bukan sahaja membantu guru dalam penerangannya malah memudahkan pelajar memahami perkara yang sedang dijelaskan oleh guru. Tanpa BBM, pelajar hanya menggunakan deria telinga bagi mendengar penjelasan yang dibuat oleh guru. Penyelidikan menunjukkan maklumat yang kita terima bagi menganalisis rangsangan-rangsangan dalam persekitaran adalah melalui deria penglihatan, pendengaran, dan lain-lain deria. Jelas bahawa penglihatan dan pendengaran adalah dua deria utama yang kita gunakan dalam proses mendapatkan maklumat. Menurut PM Dr. Lim Chap Sam, et al, (2003) ada kajian yang menunjukkan bahawa kita dapat ingat 10% daripada bacaan, 20% daripada pendengaran, 30% daripada penglihatan, 50% daripada pendengaran dan

4 penglihatan, 70% daripada sebutan sendiri, dan 90% daripada sebutan sendiri semasa melakukan sesuatu. Ini bermakna maklumat yang diperoleh daripada bentuk visual sangat penting dan lebih berkesan daripada bentuk lain. Dengan menggunakan lebih banyak deria, ia dapat mengukuhkan kefahaman pelajar dan meningkatkan daya pembelajaran pelajar. Bagi guru-guru, BBM yang digunakan bukan sahaja bagi membantu proses pengajaran tetapi juga dapat menjimatkan masa dan tenaga guru semasa membuat penjelasan. Jadi, bahan bantu yang digunakan oleh guru semasa mengajar, walau dalam bentuk apa sekalipun adalah bahan penting dalam pengajaran. Dalam projek ini, BBM yang akan dibangunkan adalah berbentuk perisian yang menggunakan pendekatan simulasi berkomputer dalam pengajaran. Menurut petikan dalam kajian awal Baharuddin Aris dan Shariff Omar (1995), sejarah perkembangan penggunaan teknologi pendidikan selalunya ditakrifkan sebagai alat dan bahan bantu mengajar telah bermula di Malaysia sejak awal tahun lima puluhan. Dalam kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (2005), teknologi komputer yang digunakan untuk membantu guru mengajar adalah sama seperti penggunaan teknologi yang lebih konvensional seperti overhead projector (OHP) yang popular di sekolah. Peralatan komputer ini dapat membantu guru di kelas dan tidak hanya mengajar secara chalk and talk sahaja. Menurut kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (2005) lagi, Sejak tahun 2001, latihan demi latihan telah diberikan kepada guru yang bakal mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Latihan itu bukan hanya membimbing guru bagaimana hendak mengendalikan kelas, malah latihan penggunaan peralatan ICT. Daripada kenyataan Menteri Pelajaran, kita telah dapat mengetahui bahawa usaha kerajaan yang begitu giat dicurahkan dan berhasrat untuk membawa perubahan dalam bidang pendidikan ke arah penggunaan teknologi

5 berkomputer untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru di samping peningkatan pencapaian akedemik pelajar. Selain itu, usaha lain yang boleh kita hargai ialah laporan daripada Tamrin Anuar (2003) yang menyatakan bahawa Berdasarkan bajet 2003, kerajaan telah menyediakan peruntukan hampir RM 5 billion dalam tempoh tujuh tahun iaitu mulai tahun 2002 hingga 2008 kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan prasarana pendidikan, khususnya penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaaran. Justeru itu, pengaruh ICT terhadap amalan pengajaran dan pendidikan di sekolah sekarang menuntut perubahan dan pendekatan guru dalam mendidik bagi memastikan ia terus memberi kesan positif kepada pencapaian akademik yang baik kepada pelajar (berkas Menteri Pelajaran, Tan Sri Musa Mohamad, 2001). Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran sains serta mata pelajaran yang sukar seperti fizik dan matematik tambahan, saya sentiasa percaya dengan adanya komputer dan multimedia ia akan mengukuhkan lagi pemahaman konsep yang dipelajari. Ini kerana konsep tersebut dapat dipersembahkan secara animasi tanpa perlu pelajar menggunakan imaginasi (kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 2005). Di samping itu, menurut Baharuddin Aris, et al. (2003), pelajar dapat belajar dan memahami sesuatu konsep dengan lebih cepat dengan menggunakan kaedah pengajaran berbantukan komputer. Berikutan daripda pernyataan-pernyataan di atas, menurut berkas Menteri Pelajaran Tan Sri Musa Mohamad (2001), bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk multimedia amat penting dalam era dunia digital sekarang untuk menarik minat pelajar mengikuti mata pelajaran yang lebih sukar. Beliau berkata, amat penting membangunkan lebih banyak perisian multimedia untuk pelbagai judul mata pelajaran sebagai bentuk pendidikan masa kini yang sejajar hasrat kementerian ke arah menarik lebih ramai pelajar mengikut pendidikan aliran sains dan teknologi. Oleh itu, saya harap dalam jangka masa terdekat ini lebih banyak perisian dibangunkan terutama bagi tajuk atau konsep pendidikan yang lebih abstrak dan sukar diajar dengan menggunakan

6 kaedah tradisional, katanya pada perasmian Festival Teknologi Pendidikan Kebangsaan di Pusat Sumber Pendidikan Negara Kelantan. 1.3 Pernyataan Masalah Projek Masalah utama yang sering dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 dalam mempelajari Mata Pelajaran Fizik ialah kesukaran pelajar untuk menguasai konsep fizik yang abstrak. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, pelajar agak sukar untuk menguasai suatu konsep yang abstrak maka mungkin kehilangan minat atau keyakinan diri pelajar untuk mempelajari tajuk-tajuk lain dalam Mata Pelajaran Fizik di mana pelajar sukar untuk mengimaginasi aliran konsep sesuatu tajuk yang berkenaan. Jadi, suatu usaha perlulah dicurahkan untuk membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Strategi pengajaran yang digunakan oleh seseorang guru semasa mengajar dalam kelas adalah faktor utama yang akan mempengaruhi pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep atau isi pelajaran yang diajar. Memandangkan tajuk Teori Kinetik Jirim dalam mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat ini adalah satu konsep yang abstrak, jadi satu perisian BBM yang menggunakan pendekatan animasi berkomputer dibangunkan untuk membantu guru dalam mengajar tajuk ini di samping memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar berkenaan dengan tajuk ini melalui pembangunan simulasi ringkas bagi membantu memantapkan pemahaman pelajar.

7 1.4 Objektif Projek Objektif penghasilan perisian BBM yang bertajuk Teori Kinetik Jirim adalah untuk membantu guru dalam mengajar tajuk Teori Kinetik Jirim. Objektif bagi pembangunan perisian BBM ini adalah: i. Merekabentuk dan membangunkan sebuah perisian BBM berasaskan animasi berkomputer bagi simulasi kinetik jirim, mata pelajaran Fizik KBSM tingkatan empat. ii. Menggunakan strategi pengajaran secara konstruktivisme dalam perisian BBM berkomputer bagi tajuk Teori Kinetik Jirim. 1.5 Kepentingan Projek Projek ini dibangunkan adalah untuk menghasilkan satu perisian BBM yang berasaskan kepada unsur-unsur multimedia bagi tajuk Teori Kinetik Jirim dalam mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan 4. Perisian ini menggunakan pendekatan animasi berkomputer bagi membangunkan simulasi kinetik jirim untuk menyampaikan isi kandungan. Menurut Lee (1999), dalam teknologi komputer yang moden, animasi berkomputer adalah satu kaedah yang sesuai untuk suasana pembelajaran. Dengan menggunakan animasi berkomputer, guru dapat menyampaikan konsep Teori Kinetik Jirim dengan lebih realistik dan dapat menarik perhatian pelajar untuk mempelajari tajuk ini. Pembangunan projek ini dapat membantu pelajar Tingktan 4 untuk memahami tajuk Teori Kinetik Jirim dalam usaha membentuk konsep yang lebih mantap. Projek ini diharapkan dapat meringankan beban guru dengan sebagai alternatif kepada bahan bantu

8 mengajar bagi guru di sekolah di samping dapat meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Jadi, pembangunan perisian BBM ini yang menggunakan pendekatan simulasi berkomputer dapat menyumbangkan sebagai satu usaha bagi transformasi daripada cara penyampaian tradisional yang menggunakan chalk and talk kepada penggunaan teknologi komputer sebagai satu teknik penyampaian isi pelajaran dalam kelas. 1.6 Skop Projek Perisian BBM Teori Kinetik Jirim yang dibangunkan adalah memfokuskan kepada Bab 3: Sifat Jirim bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan 4. Isi kandungan bagi perisian Teori Kinetik Jirim ini adalah mengikut sukatan pelajaran KBSM Fizik tahun 2001 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tumpuan yang diberikan dalam perisian ini ialah sub-tajuk Teori Kinetik Jirim. Terdapat 3 bahagian yang diberi penekanan dalam Sub-tajuk ini iaitu unit binaan asas jirim, pergerakan zarah, dan daya antara zarah. Kumpulan sasaran projek ini adalah untuk pelajar tingkatan 4 aliran sains yang mengambil mata pelajaran Fizik.