Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu Dalam Ujian Amali Dan Ujian Bertulis Fizik Tingkatan 4

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Faculty Of Information and Communication Technology

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

BIBLIOGRAPHIC INFORMATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

Transcription:

Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 301-305 Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu Dalam Ujian Amali Dan Ujian Bertulis Fizik Tingkatan 4 Salawati binti Sahar¹ & Fatin Aliah Phang Abdullah² 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia ABSTRAK : Pelaksanaan PEKA sebagai pentaksiran berasaskan sekolah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains bersepadu pelajar-pelajar. Namun begitu daripada kupasan mutu jawapan SPM Kertas 3 Fizik merumuskan masih terdapat beberapa kelemahan ketara calon dalam kemahiran proses sains bersepadu tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kerja amali di makmal serta pencapaian dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajarpelajar tingkatan 4. Untuk itu, tiga instrumen telah dibina berdasarkan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan huraian sukatan mata pelajaran Fizik tingkatan 4 yang kemudiannya disahkan oleh dua orang guru yang pakar dalam mata pelajaran Fizik. Instrumen pertama, UKPD (Ujian Pencapaian Konsep Daya) digunakan untuk mengenalpasti penguasaan pelajar dalam konsep Daya; UKPSB (Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu ) pula untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses bersepadu seperti mengawal pembolehubah, membuat hipotesis, mendefinisi secara operasi dan menginterpret datadalam kerja amali di makmal; manakala UPF (Ujian Pencapaian Fizik ) digunakan untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dalam ujian amali bertulis yang mirip kepada Kertas 3 Fizik SPM. Suatu kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 orang pelajar tingkatan 4 untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen-instrumen yang dibina ini. Katakunci : Penguasaan Kemhiran Sains, Ujian Amali Dan Bertulis & Fizik 1.0 PENGENALAN Pencapaian dalam peperiksaan dikatakan satu penanda bagi keberkesanan dan mutu sekolah dan guru (Mohamad Sahari, 2002). Namun begitu, Tobin dan Capie (1982) berpendapat bahawa pelajar perlu mempelajari bukan setakat fakta tetapi menguasai kemahiran proses sains demi mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka secara analitik dan lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah. Dalam dalam era globalisasi di mana masyarakat yang berteknologi semakin kompleks, banyak keputusan dibuat memerlukan pendekatan inkuiri sains bagi menghasilkan sesuatu penyelesaian (Abu Hassan dan Rohana, 2003). Penguasaan kemahiran saintifik adalah penting kerana ia merupakan salah satu keperluan dalam pendidikan sains. Pendedahan kemahiran saintifik di kalangan pelajar akan menyediakan mereka untuk mendapatkan pengetahuan sains seterusnya menimbulkan minat dan keseronokan dalam pembelajaran sains. Dengan ini, kemahiran saintifik akan menjuruskan pelajar ke arah pemikiran secara kritis, kreatif dan analitik (Tobin dan Copie, 1980). Namun begitu, dapatan penilaian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 1993 telah mengemukakan tujuh isu utama yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sains Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan salah satunya adalah dalam perkembangan kemahiran saintifik (Sharifah Nor Asyikin dan Rohaida, 2005). Pelajar tidak dapat menjalankan prosedur-prosedur makmal dengan teknik yang betul dan baik serta penggunaan sesuatu alat dan kemahiran pelajar merekod pemerhatian serta data kurang bersistem. Kemahiran saintifik kurang diberi penekanan dalam

Salawati binti Sahar & Fatin Aliah Phang Abdullah / Journal of Edupres 302 sesi pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh guru kurang menjalankan aktiviti amali (Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), 2010). Kebanyakan guru berpendapat dan bersetuju bahawa perkembangan kemahiran proses sains sepatutnya menjadi matlamat utama dalam pendidikan (Lawson, 1995). Sebelum ini, pengajaran sains hanya bertumpu kepada penyampaian isi kandungan semata-mata supaya pelajar dapat mengingat fakta-fakta atau konsep-konsep untuk digunakan dalam kertas jawapan semasa peperiksaan awam. Kejayaan pelajar dalam menghafal dan mengingat fakta memberi gambaran tentang kejayaan pengajaran sains (Ismail, 2001) Kini, pengajaran sains perlu menerapkan kemahiran proses bersama-sama dengan isi kandungan yang disampaikan kerana penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan (PPK, 2001). Menurut Rohana dan Shaharom (2008), masih terdapat pelajar yang tidak dapat mengenal pasti tujuan, menghubungkaitkan konsep dan teori pengajaran yang diperolehi dengan kerja eksperimen yang dijalankan walaupun mereka telah diberi pendedahan yang banyak semasa menjalankan PEKA dan pentaksiran dibuat secara individu bagi setiap pelajar. Oleh kerana penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran saintifik mereka adalah rendah, mereka gagal untuk menjawab soalan-soalan berbentuk amali. Kupasan mutu jawapan SPM pada tahun 2007 mencatatkan secara keseluruhannya, prestasi pelajar adalah rendah dalam soalan merekabentuk eksperimen di mana mereka gagal untuk membuat inferens dan seterusnya tidak dapat mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Penguasaan dalam kemahiran proses dikatakan mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar seperti dalam kajian-kajian oleh Aktamis dan Ergin, 2008; Capp, 2009; Kanli dan Yagbasan, 2007; Okebukola, 1986; Rohana dan Shaharom, 2008; Sharifah dan Rohaida, 2005 serta Ten, 2004 dan ianya juga mampu meningkatkan pencapaian pelajar (Capp, 2009; Okebukola, 1986 dan Rohana dan Shaharom, 2008) Namun begitu, penilaian tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu pelajar lebih kepada ujian bertulis sama ada yang dibangunkan sendri atau menggunakan instrumeninstrumen kajian seperti Test of Intergrated Science Process (TISP) dan juga Test of Intergrated Science Process II (TISP II) oleh penyelidik-penyelidik terdahulu yang mana telah menghasilkan dapatan yang berbeza. Justeru, kajian yang dijalankan ini menggunakan instrumen yang dibangunkan khas untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kerja amali di dalam makmal dan bukannya dinilai daripada ujian pensil dan kertas semata-mata. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kerja amali dengan pencapaian Fizik di kalangan pelajar Tingkatan 4. Objektif-objektif kajian ini adalah: 1. Mengenalpasti tahap penguasaan konsep Daya di kalangan pelajar Tingkatan 4 dalam topik Daya sebelum dan selepas ujian amali. 2. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kerja amali di makmal di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4. 3. Mengenalpasti tahap pencapaian ujian amali bertulis di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4.

Salawati binti Sahar & Fatin Aliah Phang Abdullah / Journal of Edupres 303 4. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kerja amali di makmal dan pencapaian ujian amali bertulis di kalangan pelajar Tingkatan 4. 3.0 INSTRUMEN KAJIAN Tiga instrumen terlibat dalam kajian ini, iaitu : (i) (ii) (iii) Ujian Pencapaian Konsep Daya (UPKD) Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB) Ujian Pencapaian Fizik (UPF). Instrumen pertama adalah Ujian Pencapaian Konsep Daya (UPKD). Instrumen ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan pelajar dalam konsep Daya dalam mata pelajaran Fizik. UPKD terdiri daripada 20 soalan objektif dan disediakan dalam dwibahasa iaitu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Item-item dalam ujian ini telah dibina berdasarkan Jadual Penentu Ujian dan ianya mirip kepada format Fizik Kertas 1 (4531/1). Instrumen kedua adalah Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB) untuk menilai persembahan pelajar dalam keadaan sebenar iaitu memberi fokus kepada kemahiran proses bersepadu seperti kemahiran membuat hipotesis, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan mentafsir data. Ujian ini adalah tentang konsep Inersia. UKPSB ini juga dibina berdasarkan Jadual Penentu Ujian dan turut disediakan dalam dwibahasa dan merupakan satu soalan amali yang mirip soalan dalam Bahagian C dalam Fizik kertas 3 (4531/3). Dalam UKPSB, dua situasi diberikan dalam bentuk ilustrasi berserta pernyataan bertulis seperti dalam Rajah 1. Pelajar-pelajar dikehendaki menyatakan inferens dan seterusnya membentuk hipotesis yang sesuai yang membantu dalam merekabentuk satu eksperimen yang berkaitan dengan konsep tersebut. Dalam tugasan ini, konsep yang digunakan adalah konsep Inersia. Diagram 1.1 shows a shopper in a supermarket with empty trolley. Digram 1.2 shows the same shopper with the trolley that is full. The shopper learns that it is easier to push an empty trolley (Diagram 1.1) that a loaded trolley (Diagram 1.2) Rajah 1: Situasi dan Pernyataan dalam UKPSB Rajah 1.1 menunjukkan seorang pembeli di dalam sebuah pasaraya dengan troli kosong manakala Rajah 1.2 menunjukkan pembeli yang sama dengan troli yang penuh. Pembeli tersebut Instrumen yang ketiga adalah Ujian Pencapaian Fizik (UPF) yang juga dibina berdasarkan Jadual Penentu Ujian dan mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan mendapati bahawa adalah lebih mudah untuk menolak troli kosong (Rajah 1.1) berbanding troli

Salawati binti Sahar & Fatin Aliah Phang Abdullah / Journal of Edupres 304 4. Ini merupakan ujian yang diadakan selepas UKPSB dilaksanakan bagi kumpulan A untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dalam ujian amali bertulis selepas menjalani UKPSB yang diadakan secara amali. UPF yang juga dibina dalam dwibahasa mempunyai format Fizik kertas 3 (4531/3) yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Ketiga-tiga instrumen tersebut telah mendapat kesahan daripada seorang guru pakar Fizik dan seorang guru Panitia Fizik. Penambahbaikan telah dilakukan ke atas setiap instrumen hasil daripada perbincangan dengan guru pakar Fizik berkenaan. 4.0 HASIL KAJIAN RINTIS Kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen UPKD. Pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan dalam UPKD dalam tempoh 30 minit. Jawapan pelajar disemak dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 16.0 dan didapati kebolehpercayaan bagi instrumen UPKD adalah pada nilai Alpha Cronbach 0.61 dan diterima dalam kajian ini berdasarkan pendapat Borg et al. dan Palant (2001). Menurut Borg et al. (1993) nilai 0.60 atau lebih adalah diterima ditambah lagi dengan pendapat Palant (2001) bahawa nilai sekecil 0.60 diterima bagi instrumen yang dibina sendiri oleh pengkaji. 5.0 KESIMPULAN Hasil kajian-kajian lalu yang menguji tentang tahap penguasaan proses sains proses sains adalah daripada data-data berdasarkan jawapan bertulis pelajar-pelajar tanpa melibatkan kerja amali dan dapatan yang terhasil adalah pelbagai. Justeru itu, kajian yang bakal dijalankan ini akan menggunakan instrumen yang menguji tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu pelajar-pelajar berdasarkan kerja amali di makmal dan seterusnya hubungan antara penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kerja amali di makmal dengan pencapaian dalam ujian amali bertulis ditentukan. RUJUKAN Abu Hassan Kassim dan Rohana Hussin (2003). Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains dan Hubungannya dengan Pencapaiaan Kimia di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Daerah Johor Bahru. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik. 2003. Universiti Teknologi Malaysia. Aktamis, H. & Ergin, O. (2008). The Effect of Scientific Process Skills Education on Students Scientific Attitudes and Academic Achievement. Asia-Pacific Forum on Science Teaching, 9(1) Article 4 Jun 2008. Capaian pada 4 April 2010 di http://www.ied.edu.hk/apfslt/v9-issue1/aktamis/index.htm. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010). Warga Malaysia Berinovatif dan Kreatif. Bengkel Pendidikan Sains dan Matematik untuk Pihak Berkepentingan. 2-4 Februari 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Salawati binti Sahar & Fatin Aliah Phang Abdullah / Journal of Edupres 305 Borg, W. R., Gall, M.D. & Gall, J.P. (1993). Educational research. New Jersey: Prentice Hall. Capp, R. (2009). Process Skills Practice and Standardized Tests. Science and Children. 46(5): 28-30. Ismail Jusoh (2001). Sedutan Dapatan Projek Penyelidikan Pendidikan Di Simunjan: Pengajaran dan Penakulan Saintifik di Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Sains & Matematik Sarawak 2001. Kanli, U. & Yagbasan, R. (2007). The Effects of a Laboratory Approaches on the Development of University Students Science Process Skills and Conceptual Achievement. Capaian di http://www.usca.edu/essays/specialedition/ukanl% C3%ACandRYagbasan.pdf Lawson, A.E. (1995). Science Teaching and Development of Teaching. California: Wadsworth Publishing Company. Mohamad Sahari Nordin (2002). Pengujian dan Penaksiran Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Pusat Penyelidik. Universiti Islam Antarabangsa. Okebukola, D. A. (1986). An Investigation of Some Factors Affecting Student s Attitude toward Laboratory Chemistry. Journal of Chemistry Education. 63(1): 531 532. Palant, J. (2001). SPSS Survival Manual: A Step By Step Guide To Data Analysis Using SPSS For Windows Version 10. Illinois: Allen & Unwin. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Yang Disemak Semula. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia. Rohana Mohd Atan dan Shaharom Nordin (2008). Hubungan Antara Amalan Kerja Amali Dengan Pencapaian Pelajar Tingkatan 4 Dalam Tajuk Daya. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik. 11 12 Oktober 2008. Universiti Teknologi Malaysia. Sharifah Nor Ashikin S. A. Rahman & Rohaida Mohd. Saat (2005). Keberkesanan Program Peka dalam Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya. 25(1): 65 77. Ten, L. H. (2004). Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bagi Kemahiran Membuat Hipotesis, Mengawal Pembolehubah, Mentafsir Maklumat dan Mendefinisi Secara Operasi di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Daerah Kuala Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana. Tobin, K. G. & Copie, W. (1980). Teaching Process Skill in The Middle School. School Science and Mathemathics. Journal of Research in Science Teaching. 80(7): 590-600. Tobin, K. G. & Capie, W. (1982). Relationship between Formal Reasoning Ability, Focus Of Control, Academic Engagement and Integrated Process Skills Achievement. Journal of Research Teaching. 19(1), 113-121.