Pemilihan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Similar documents
SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CVT COLOUR VIBRATION THERAPY SDN BHD BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM KURSUS TERTINGGI COLOUR VIBRATION THERAPY

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

Faculty Of Information and Communication Technology

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BAB 4 PELAKSANAAN ETIKA KERJA ISLAM: KAJIAN KES DI JOHOR CORPORATION.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Transcription:

Topik 5 Pemilihan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan objektif-objektif proses pemilihan pekerja; 2. Mengenal pasti jenis-jenis sumber maklumat yang boleh digunakan di dalam proses pemilihan; 3. Menerangkan jenis-jenis ujian pemilihan; 4. Membincangkan pendekatan semasa menjalankan temu duga pekerjaan; dan 5. Mengkaji strategi untuk mencapai keputusan dalam pemilihan. PENGENALAN Kita sering terdedah pada berita mengenai penyelewengan, salah guna kuasa dan gangguan seksual di tempat kerja. Oleh sebab itu, pemilihan calon yang sesuai adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Jika dalam proses pengambilan pekerja, organisasi cuba untuk mendapatkan sebanyak mungkin calon-calon bagi sesuatu jawatan, dalam proses pemilihan pula, bilangan calon akan dikurangkan dengan memilih calon-calon yang paling layak. Tujuan utama pemilihan adalah memaksimakan ketepatan memilih pekerja yang berkelayakan dan mengelakkan mengambil pekerja yang tidak layak. Walaupun jabatan sumber manusia bertanggungjawab dalam menjalankan proses pemilihan, keputusan untuk mengambil calon yang layak biasanya dilakukan oleh pengurus di sesebuah jabatan.

TOPIK 5 PEMILIHAN 107 5.1 PROSES PEMILIHAN Apakah yang anda faham tentang proses pemilihan? Pemilihan adalah satu proses memilih individu yang mempunyai kelayakan yang sesuai bagi mengisi kekosongan sesuatu jawatan yang sedia ada ataupun yang akan datang. Proses pemilihan adalah satu proses yang berterusan dan melibatkan beberapa langkah. Antara langkah itu adalah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Melengkapkan borang permohonan. Temu duga awal di jabatan sumber manusia. Ujian pekerjaan (ujian kebolehan kognitif, ujian pencapaian). Menyiasat latar belakang calon. Pemilihan awal di jabatan sumber manusia. Temu duga pasukan/penyelia. Pemeriksaan kesihatan/ujian dadah. Keputusan pengambilan. Merujuk langkah-langkah di atas, kita dapat melihat bahawa organisasi akan menggunakan berbagai cara untuk mendapatkan maklumat mengenai pemohon. Antara kaedah yang digunakan adalah borang permohonan, temu duga, ujian pekerjaan, pemeriksaan kesihatan dan latar belakang ke atas pemohon/calon. AKTIVITI 5.1 1. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah pemohon dikecualikan daripada langkah-langkah tertentu dalam proses pemilihan, manakala pemohon-pemohon yang lain mesti melalui keseluruhan proses pemilihan? 2. Lawati laman web www.hr-guide.com/selection.htm untuk mendapatkan maklumat mengenai bagaimana proses pemilihan dijalankan dan bagaimana maklumat tentang pekerja diperolehi.

108 TOPIK 5 PEMILIHAN 5.2 MAKLUMAT YANG DIPERCAYAI DAN SAH Maklumat mengenai pemohon pekerjaan dan calon-calon mestilah tepat, dipercayai dan sah. Ini adalah penting demi memastikan pekerja yang dipilih benar-benar layak. 5.2.1 Kebolehpercayaan Maklumat Kebolehpercayaan bermakna tahap kaedah-kaedah pemilihan seperti temu duga, ujian dan sebagainya memberikan data yang konsisten pada setiap kali, walaupun menggunakan kaedah pengukuran yang lain. Kebolehpercayaan bermakna sejauh mana sesuatu alat pemilihan itu mampu memberikan data yang konsisten. Jadual 5.1 dan 5.2 adalah contoh-contoh kebolehpercayaan yang stabil dan konsisten. Jadual 5.1: Kebolehpercayaan sebagai Kestabilan dengan Masa A. Kebolehpercayaan Tinggi Pemohon Skor Ujian Skor Ujian Semula Ahmad 90 93 Chin 65 62 Rama 110 105 Kuntum 80 78 B. Kebolehpercayaan Rendah Pemohon Skor Ujian Skor Ujian Semula Ahmad 90 72 Chin 65 88 Rama 110 67 Kuntum 80 111 Sumber: Diadaptasi daripada Bohlander, Snell & Sherman (2009)

TOPIK 5 PEMILIHAN 109 Jadual 5.2: Konsisten dalam Kebolehpercayaan A. Kebolehpercayaan Tinggi Pemohon Penilai 1 Penilai 2 Penilai 3 Ahmad 9 8 8 Chin 5 6 5 Rama 4 5 5 Kuntum 8 8 8 B. Kebolehpercayaan Rendah Pemohon Penilai 1 Penilai 2 Penilai 3 Ahmad 9 5 6 Chin 5 9 4 Rama 4 2 7 Kuntum 8 4 2 Sumber: Diadaptasi daripada Bohlander, Snell & Sherman (2009) 5.2.2 Kesahan Maklumat Kesahan bermakna tahap di mana ujian pemilihan dan tatacara mampu untuk mengukur ciri-ciri seseorang. Terdapat tiga jenis kesahan maklumat, iaitu: (a) (b) (c) Kesahan kriteria yang berkaitan; Kesahan kandungan; dan Kesahan konstruk. Rajah 5.1 menunjukkan bagaimana skor ujian disahkan dengan menggunakan kriteria penilaian (salah satu jenis kesahan maklumat).

110 TOPIK 5 PEMILIHAN Rajah 5.1: Ujian kesahan dan ujian tidak sah Sumber: Bohlander, Snell & Sherman (2009). Managing human resource (15th ed.). Ohio: South-western College Publishing. (a) Kesahan Kriteria yang Berkaitan Kesahan kriteria yang berkaitan adalah tahap di mana kaedah-kaedah pemilihan yang dipilih mampu untuk meramal atau menunjukkan satu perhubungan dengan elemen-elemen utama tingkah laku kerja (Bohlander, Snell dan Sherman, 2004). Prestasi daripada ujian tertentu akan dibandingkan dengan rekod-rekod pengeluaran sebenar, penilaian penyelia, hasil daripada latihan dan ukuran kejayaan yang berbeza yang bersesuaian dengan kerja yang tertentu. Sebagai contoh, kriteria untuk satu kerja dalam sektor pengeluaran adalah kualiti dan kuantiti produk, manakala kriteria bagi kerja seorang jurujual adalah jumlah jualan. Kesahan kriteria yang berkaitan boleh dibahagikan kepada dua jenis: (i) Kesahan Serentak Kesahan serentak bermakna sejauh mana skor ujian atau maklumat lain yang diramalkan akan sepadan dengan kriteria daripada data yang diperoleh daripada pekerja yang sedia ada. Sebagai contoh, seorang penyelia menjalankan penilaian kerja terhadap beberapa orang kerani dengan memberi mereka ujian kebolehan mengenai halhal yang berkaitan dengan perkeranian. Skor daripada ujian tersebut

TOPIK 5 PEMILIHAN 111 akan dibandingkan dengan penilaian daripada penyelia untuk melihat sama ada wujud atau tidak satu perhubungan antara skor ujian dengan penilaian penyelia. (ii) Kesahan Ramalan Kesahan ramalan bermakna sejauh mana skor ujian yang dilakukan oleh seorang pemohon sebelum beliau diambil untuk bekerja sepadan dengan data yang diperolehi daripada pemohon atau pekerja selepas beliau diambil bekerja, selepas satu tempoh yang tertentu. Pengesahan silang boleh dilakukan untuk tujuan mengukuhkan sesuatu ujian kesahan. Pengesahan silang menguatkan lagi pengesahan hasil daripada ujian kesahan dengan menjalankan ujian ke atas sampel yang berbeza daripada populasi yang sama. (b) (c) Kesahan Kandungan Kesahan kandungan mengukur sejauh mana kaedah pemilihan, seperti jenis ujian, mendapatkan sampel bagi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Lebih tinggi perhubungan antara kandungan ujian dengan keperluan kerja yang sebenar, lagi tinggi kesahan kandungannya. Sebagai contoh, ujian bagi menjadi seorang guru tadika tidak sepatutnya mengandungi aktivitiaktiviti menyelesaikan masalah-masalah perakaunan. Kesahan Konstruk Kesahan konstruk mengukur sejauh mana kaedah pemilihan dapat mengukur konstruk atau ciri-ciri pekerja yang berpotensi secara teorinya. Contoh konstruk ialah kecerdasan, pemahaman tentang hal-hal mekanikal dan kebimbangan. AKTIVITI 5.2 Rujuk Jadual 5.2. Bagaimanakah Jadual 5.2 mengaitkan tiga jenis konsep kesahan?

112 TOPIK 5 PEMILIHAN 5.3 KAEDAH-KAEDAH PEMILIHAN Dalam kaedah pemilihan, kita akan membincangkan bagaimana untuk: (a) (b) (c) (d) Mendapatkan maklumat tentang pemohon-pemohon dan calon-calon pekerjaan yang berpotensi; Menguji calon-calon bagi tujuan mengenal pasti siapa yang paling layak untuk sesuatu pekerjaan; Mendapatkan maklumat menerusi temu duga yang berkesan; dan Menentukan calon yang paling layak untuk diberikan tawaran pekerjaan. 5.3.1 Sumber-sumber Maklumat Apabila anda memohon sesuatu pekerjaan, adakah anda mengisi tentang maklumat peribadi anda? Apakah kaedah yang digunakan pada masa itu? Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai calon. Rajah 5.2 menunjukkan beberapa kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam proses pemilihan serta keberkesanannya. Rajah 5.2: Keberkesanan kaedah-kaedah pemilihan

TOPIK 5 PEMILIHAN 113 Berikut adalah beberapa jenis sumber-sumber maklumat yang biasa digunakan oleh organisasi untuk mendapatkan maklumat tentang calon bagi mengisi sesuatu jawatan pekerjaan. (a) (b) (c) Borang Permohonan Borang permohonan memberikan maklumat sama ada pemohon mempunyai pengalaman serta latar belakang pendidikan dan perkaraperkara lain yang berkaitan dengan pekerjaan. Maklumat daripada borang permohonan akan dijadikan asas oleh penemu duga untuk bertanyakan soalan-soalan tentang latar belakang dan pemeriksaan rujukan pemohon. Antara maklumat yang terdapat di dalam borang permohonan adalah tarikh permohonan, latar belakang pendidikan, pengalaman, rekod jenayah, kewarganegaraan dan kurang upaya. Maklumat Biografi Kosong (MBK) Menerusi MBK, soalan-soalan yang ditanya lebih kepada kehidupan keluarga, minat atau hobi, keahlian kelab serta pengalaman dalam jualan dan pelaburan. MBK dapat memberikan keperincian am tentang tingkah laku pemohon. Menyiasat Latar Belakang Calon Apabila penemu duga merasakan bahawa calon tersebut berpotensi, maklumat tentang beliau akan diperoleh daripada majikannya yang terdahulu atau lain-lain maklumat yang berkaitan akan disiasat. Antara kaedahnya ialah: (i) (ii) (iii) (iv) Menelefon pengurusnya yang terdahulu; Menulis surat untuk mendapatkan maklumat; Mendapatkan persetujuan bertulis daripada pemohon untuk penemu duga mendapatkan maklumat daripada majikan sebelumnya; dan Meneliti laporan kredit untuk melihat kedudukan kewangan pemohon atau calon.

114 TOPIK 5 PEMILIHAN (d) (e) (f) (g) (h) Ujian Poligraf Ujian poligraf merupakan alat untuk mengesan pembohongan. Ia mengukur sebarang perubahan dalam kadar pernafasan, tekanan darah dan nadi seseorang apabila beliau disoal. Soalan-soalan yang sering ditanya termasuk perkara-perkara yang melibatkan penyalahgunaan dadah, kecurian atau kesalahan jenayah yang sebelum ini tidak dapat dikesan oleh orang lain. Ujian Kejujuran dan Integriti Ujian kejujuran dan integriti selalunya digunakan oleh sesebuah organisasi yang pekerjanya mempunyai akses kepada wang dan barang-barang jualan. Soalan-soalan yang sering ditanya adalah yang berkaitan dengan nilai-nilai serta sikap terhadap isu-isu seperti kecurian dan hukuman ke atas pencuri. Jumlah analisis akan menjadi satu andaian bagi prestasi kerja dan masalah disiplin. Grafologi Ia merujuk kepada satu sistem yang mengkaji tulisan tangan seseorang. Melalui tulisan tangan seseorang calon, ahli grafologi boleh membuat andaian mengenai kecerdasan, tahap tenaga, kebolehan organisasi dan emosi. Pemeriksaan Kesihatan Pemeriksaan kesihatan dilakukan untuk memastikan tahap kesihatan pemohon memenuhi keperluan pekerjaan. Ujian Dadah Ujian dadah bertujuan untuk memastikan bakal pekerja bebas daripada dadah yang merbahaya. Biasanya, organisasi akan menggunakan kaedah pensampelan untuk ujian ini. AKTIVITI 5.3 Pekerjaan yang manakah memerlukan calon diuji dengan grafologi?

TOPIK 5 PEMILIHAN 115 LATIHAN 5.1 Kenyataan BETUL (B) atau SALAH (S) 1. Prosedur pemilihan tidak perlu disahkan sebelum ia digunakan. 2. Lagi banyak perkaitan antara kandungan sesuatu kaedah pemilihan dengan sampel daripada kerja-kerja sebenar, lagi tinggi nilai kesahan kandungan. 3. Kesahan konstruk adalah satu tahap di mana kaedah pemilihan dapat mengukur ciri-ciri atau konstruk secara teorinya. 4. Kebanyakan organisasi memerlukan pemohon mengisi borang permohonan kerana ia memberikan maklumat dengan cepat dan bersistematik mengenai pemohon tersebut. 5. Untuk menapis dan memilih para pemohon dan meramalkan prestasi mereka, organisasi perlu meneliti maklumat mereka menerusi sumber-sumber rujukan mereka. 5.3.2 Ujian Pekerjaan Satu lagi kaedah bagi mendapatkan maklumat tentang calon-calon adalah melalui ujian pekerjaan. Sesetengah organisasi mengambil perunding untuk melaksanakan ujian ini. Ujian pekerjaan merupakan cara yang objektif dan seragam untuk mengukur pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan ciri-ciri lain calon-calon. Ujian pekerjaan boleh dikategorikan kepada dua iaitu: (a) (b) Ujian Kebolehan Ujian kebolehan mengukur kapasiti atau keupayaan seseorang individu dalam mempelajari dan menguasai kemahiran yang baru. Ujian Pencapaian Ujian pencapaian mengukur apa yang seseorang individu itu mengetahui atau mampu melakukan pada satu tempoh masa.

116 TOPIK 5 PEMILIHAN Antara jenis ujian pekerjaan adalah: (a) (b) (c) (d) Ujian Kebolehan Kognitif Ia ialah satu jenis ujian yang mengukur kebolehan mental seseorang seperti kebolehan, kefasihan, keupayaan mengira, keupayaan memberi sebab, pemikiran dan membuat kesimpulan. Ujian ini dapat membantu organisasi mengetahui tahap kepintaran am seseorang individu. Ujian Pengetahuan Kerja Ia ialah satu ujian yang mengukur pengetahuan dan pemahaman individu terhadap sesuatu pekerjaan. Ujian Contoh Kerja Ia ialah satu ujian yang memerlukan pemohon untuk melaksanakan tugas yang merupakan sebahagian daripada tugas dalam jawatan yang dipohon. Sebagai contoh, ujian membaca peta untuk calon pegawai trafik, dan penilaian dan pembuatan keputusan untuk calon pegawai pentadbiran. Inventori Personaliti dan Minat Ia ialah satu jenis ujian yang mengukur kecenderungan dan perangai sesorang individu. Terdapat lima jenis dimensi yang mencerminkan personaliti individu iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) Ekstrovert Ekstrovert memberi tumpuan terhadap ciri-ciri luaran seseorang individu, iaitu tahap banyaknya beliau bercakap, bersosial, aktif, agresif dan ceria. Bersetuju Bersetuju merupakan satu tahap yang mana seseorang individu itu boleh dipercayai, mesra, murah hati, dapat bertolak ansur, jujur, memberi kerjasama dan boleh diajak untuk berbincang. Berhati-hati Ia ialah satu tahap yang mana seseorang individu itu boleh diharap, mematuhi peraturan dan tekun dalam melaksanakan tugas-tugas. Kestabilan Emosi Kestabilan emosi ialah satu tahap yang mana seseorang individu itu merasa selamat, tenang, bebas dan mempunyai autonomi.

TOPIK 5 PEMILIHAN 117 (v) Pendedahan kepada Pengalaman Ia melibatkan bagaimana seseorang itu didedahkan kepada pengalaman baru iaitu kecerdasan, falsafah, pemahaman yang mendalam, kreatif, kebolehan abstrak dan rasa ingin tahu. AKTIVITI 5.4 Dalam inventori personaliti dan minat, terdapat lima jenis dimensi personaliti. Yang mana satukah mencerminkan keperibadian anda, dan berdasarkan kepada personaliti anda, apakah jenis pekerjaan yang sesuai bagi anda? (e) Ujian Keupayaan Fizikal Ujian ini bertujuan untuk memeriksa keupayaan fizikal seseorang individu di dalam melaksanakan satu tugas dalam sesuatu pekerjaan. Pekerjaan yang berisiko seperti ahli bomba dan pemandu lori perlu mempunyai kekuatan serta ketahanan fizikal. Ini mengehadkan permohonan daripada kaum wanita dan juga mereka yang kurang upaya. AKTIVITI 5.5 Kelaskan ujian-ujian kerja berikut mengikut kategori (ujian kebolehan atau ujian pencapaian). Jenis Ujian Ujian Keupayaan Kognitif Kategori Ujian Pengetahuan Kerja Ujian Contoh Kerja Ujian Personaliti dan Minat Ujian Keupayaan Fizikal

118 TOPIK 5 PEMILIHAN 5.3.3 Temu Duga Pekerjaan Maklumat mengenai calon-calon boleh diperolehi melalui temu duga pekerjaan. Secara tradisinya, temu duga merupakan kaedah utama bagi kebanyakan organisasi untuk mengumpul maklumat mengenai calon-calon. Sungguhpun ramai penyelidik masih ragu-ragu mengenai kesahannya, kaedah ini masih menjadi pilihan utama semasa menjalankan proses pemilihan. Ini disebabkan: (a) (b) (c) Temu duga adalah mudah untuk dijalankan terutamanya dengan bilangan pemohon yang kecil. Selain daripada tujuannya untuk mengumpul maklumat, ia juga berfungsi untuk mengetahui calon dengan lebih dekat lagi. Perekrut percaya dan yakin bahawa temu duga membolehkan mereka untuk menilai calon-calon. Dalam temu duga, terdapat tiga faktor yang penting yang perlu diberi perhatian: (a) Jenis-jenis Temu Duga Pekerjaan Terdapat beberapa jenis temuduga pekerjaan: (i) (ii) (iii) Temu Duga Tidak Berstruktur Semasa temu duga tidak berstruktur, pemohon mempunyai kebebasan untuk memberikan pendapat. Penemu duga cuba untuk tidak mempengaruhi mana-mana pendapat yang datangnya daripada calon. Biasanya, penemu duga akan bertanyakan soalan umum seperti pengalaman calon bekerja dengan syarikat sebelum ini. Temu Duga Berstruktur Temu duga jenis ini mengandungi satu set soalan yang seragam serta dengan jawapan-jawapan yang telah ditetapkan. Soalan-soalan berdasarkan kepada analisis pekerjaan yang telah dijalankan terlebih dahulu. Maklumat temu duga berstruktur dapat mengurangkan ketidakadilan dari segi perspektif undang-undang. Temu Duga Situasi Dalam temu duga ini, pemohon diberikan situasi atau peristiwa di mana dia perlu memberikan respon. Maklum balas yang diberikan akan dinilai berdasarkan kepada jawapan yang telah ditetapkan. Temu duga jenis ini merupakan sebahagian daripada temu duga berstruktur.

TOPIK 5 PEMILIHAN 119 (iv) (v) (vi) Temu Duga Tingkah Laku Dalam temu duga ini, pemohon akan diminta untuk memberikan respon tentang bagaimana untuk menangani sesuatu keadaan. Sebagai contoh, berdasarkan kepada pengalaman pemohon, apa tindakan yang boleh diambil terhadap kakitangan yang selalu ponteng kerja. Pendekatan ini berdasarkan kepada kaedah kejadian daripada analisis pekerjaan. Temu Duga Panel Dalam temu duga panel pula, sekumpulan penemu duga akan menyoal dan memerhatikan calon. Bilangan penemu duga adalah antara tiga hingga lima orang. Para penemu duga akan membandingkan hasil pemerhatian mereka dan mencapai kata sepakat mengenai calon. Kaedah ini mempunyai tahap kesahan yang tinggi. Temu Duga Komputer Temu duga ini memerlukan calon-calon menjawab soalan-soalan pilihan (daripada 75 hingga 125 soalan) yang berkaitan dengan pekerjaan. Jawapan yang didapati akan dibandingkan dengan profil jawapan calon-calon sebelumnya. Temu duga komputer selalunya digunakan sebagai temu duga tambahan untuk temu duga umum ataupun konvensional. (b) Pemboleh Ubah di dalam Temu Duga Pekerjaan Proses temu duga dipengaruhi oleh penemu duga, calon dan isi kandungan temu duga. Rajah 5.3 menunjukkan beberapa pemboleh ubah dan proses yang terlibat dalam temu duga pekerjaan.

120 TOPIK 5 PEMILIHAN Rajah 5.3: Bebarapa pemboleh ubah dalam temu duga pekerjaan Sumber: Bohlander, Snell & Sherman (2009). Managing human resource (15th ed.). Ohio: South-western College Publishing. (c) Garis Panduan bagi Penemu Duga AKTIVITI 5.6 Berat sebelah boleh berlaku semasa proses temu duga. Penemu duga selalunya terpengaruh dengan maklumat negatif tentang calon. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh penemu duga bagi mengelakkan perkara ini daripada terjadi?

TOPIK 5 PEMILIHAN 121 Penemu duga pekerjaan boleh mempengaruhi calon sama ada untuk menerima atau menolak tawaran pekerjaan. Oleh sebab itu, organisasi perlu berhati-hati dalam memilih penemu duga. Seorang penemu duga memerlukan sifat-sifat seperti rendah diri, berobjektif, matang dan sabar. Kemahiran komunikasi juga perlu. Penemu duga tidak seharusnya terlalu banyak bercakap, tidak keterlaluan memberikan pendapatnya serta tidak menunjukkan berat sebelah. Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh dipatuhi oleh penemu duga: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Menetapkan Rancangan Temu Duga Meneliti tujuan temu duga dan menentukan perkara-perkara serta soalan-soalan yang akan ditanya. Mendapatkan maklumat yang berkaitan. Menentukan dan Mengekalkan Hubungan Ini boleh dilakukan dengan menyambut calon, menerangkan tujuan temu duga dan menunjukkan minat terhadap calon. Menjadi Pendengar yang Baik Cuba untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh calon. Memberi Perhatian kepada Bahasa Badan Memerhatikan reaksi muka, pergerakan kepala serta tangan, kedudukan badan dan pergerakan lain yang boleh menunjukkan sikap dan perasaan calon. Walau bagaimanapun, penemu duga perlu juga memberi perhatian terhadap bahasa badannya sendiri. Memberi Maklumat dengan Betul dan Ikhlas Menjawab soalan-soalan daripada calon dengan betul dan ikhlas. Memberikan gambaran yang jelas mengenai pekerjaan yang ditawarkan. Menggunakan Soalan-soalan Secara Efektif Elakkan daripada menyoal calon ketika beliau sedang menjawab soalan. Berikan peluang kepada calon untuk memikirkan sebentar jawapan yang patut diberikan. (vii) Asingkan Fakta daripada Pendapat Semasa sesi temu duga, penemu duga perlu mencatat fakta. Kesimpulan penemu duga kemudiannya dibandingkan dengan penemu duga yang lain.

122 TOPIK 5 PEMILIHAN (vii) Mengenal pasti Berat Sebelah dan Stereotaip Kebiasaannya, berat sebelah berlaku semasa temu duga di mana penemu duga dengan mudah menerima calon-calon yang serasi dengannya. Stereotaip juga berlaku semasa temu duga. Seseorang calon itu selalunya akan dinilai berdasarkan bangsa dan penampilan. (ix) (x) Mengawal Halatuju Temu Duga Temu duga mengikut apa yang telah dirancangkan. Seni ini juga memberi peluang kepada calon untuk bercakap. Walau bagaimanapun, penemu duga perlu mengawasi situasi supaya objektif temu duga dapat dicapai. Keseragaman Soalan-soalan Menanyakan soalan-soalan kepada semua calon yang ditemu duga untuk jawatan yang sama. Ini akan meningkatkan kepercayaan dan mengelakkan diskriminasi. LATIHAN 5.2 Kenyataan BETUL (B) atau SALAH (S) 1. Walaupun ia mempunyai potensi yang baik, ujian keupayaan fizikal boleh memberi kesan negatif kepada pemohon wanita dan kurang upaya. 2. Ujian pencapaian memerlukan pemohon untuk menjalankan tugas-tugas yang merupakan sebahagian daripada kerja-kerja sebenar. 3. Dalam menggunakan pendekatan temu duga tidak berstruktur, penemu duga mendengar dengan penuh perhatian dan tidak mengganggu calon ataupun menukar topik secara tiba-tiba. 4. Temu duga panel adalah satu keadaan di mana tiga hingga lima orang penemu duga menemu bual sekumpulan calon secara serentak.

TOPIK 5 PEMILIHAN 123 5.3.4 Mencapai Keputusan Pemilihan Apabila maklumat yang diperlukan telah diperolehi, proses untuk menentukan calon yang akan ditawarkan perkerjaan berakhir. Pada peringkat ini, ada tiga perkara penting yang perlu diperhatikan, iaitu: (a) (b) (c) Memudahkan maklumat calon; Strategi keputusan; dan Keputusan akhir. Peringkat ini penting kerana ia melibatkan kos. Oleh sebab itu, perlu ada satu senarai semak mengenai maklumat calon-calon dan juga strategi pilihan di dalam memilih calon. (a) Memudahkan Maklumat Calon Pihak pengurusan biasanya berminat untuk mengetahui apa yang boleh dilakukan dan apa yang akan dilakukan oleh calon dalam pekerjaan beliau. Pihak pengurusan perlu mengambil kira kedua-dua faktor tersebut apabila menilai calon. Faktor-faktor yang calon mampu lakukan termasuk pengetahuan, kemahiran dan keupayaan untuk mendapatkan pengetahuan serta kemahiran yang baru. Faktor-faktor tentang apa yang calon-calon akan lakukan termasuk motivasi, minat dan lain-lain sifat personaliti (rujuk Rajah 5.4). Rajah 5.4: Faktor-faktor Dapat melakukan dan Akan melakukan Sumber: Bohlander, Snell & Sherman (2009). Managing human resource (15th ed.). Ohio: South-western College Publishing.

124 TOPIK 5 PEMILIHAN Seseorang pekerja yang mempunyai keupayaan untuk melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai kepentingan untuk membuatnya adalah lebih baik berbanding seorang pekerja yang mempunyai kepentingan tetapi tidak mempunyai keupayaan. Lebih mudah untuk mengukur apa yang pemohon mampu melakukan dan bukannya apa yang dia akan lakukan. Skor-skor daripada ujian boleh digunakan sebagai kaedah untuk mengukur keupayaan calon. Keputusan temuduga boleh dijadikan garis panduan untuk menjangkakan apa yang boleh dilakukan oleh calon pada masa hadapan. (b) Strategi Keputusan Strategi keputusan digunakan dalam pengambilan kakitangan berbeza mengikut kategori pekerjaan. Sebagai contoh, strategi yang digunakan untuk mengambil seorang pengurus berbeza dengan strategi yang digunakan untuk mengambil seorang kerani. Beberapa faktor perlu diambil kira oleh pihak pengurusan sebelum sebarang keputusan pemilihan kakitangan dilakukan. Faktor-faktor ini adalah: (i) (ii) Adakah pengambilan individu tertentu itu berdasarkan kepada keupayaannya, ataupun ia berdasarkan kepada keperluan organisasi? Berapakah bayaran permulaan bagi individu yang ditawarkan pekerjaan terssebut? (iii) Adakah pemilihan berdasarkan kesesuaian calon untuk pekerjaan tersebut, atau adakah ia mengambil kira peluang kerjaya untuk calon tersebut di dalam organisasi? (iv) Sejauh manakah mereka yang kurang berkelayakan akan dipertimbangkan? (v) (vi) Adakah individu yang terlebih kelayakannya layak dipertimbangkan dan ditawarkan pekerjaan tersebut? Apakah kesan-kesannya dengan pengambilan calon terhadap peraturan-peraturan dan kepelbagaian pekerja di dalam organisasi? Pihak pengurusan perlu juga menentukan jenis-jenis pendekatan yang akan dilaksanakan dalam membuat keputusan untuk mengambil individu bagi sesuatu pekerjaan. Jenis-jenis pendekatan ialah pendekatan klinik dan pendekatan statistik.

TOPIK 5 PEMILIHAN 125 (i) (ii) Pendekatan Klinikal Melalui pendekatan klinikal, mereka yang terlibat dalam proses pemilihan akan meneliti semula kesemua data dan maklumat calon. Keputusan akan dibuat berdasarkan kepada pemahaman temuduga pekerjaan dan pemerhatian mereka terhadap individu-individu yang berjaya mendapatkan jawatan pekerjaan tersebut. Pendekatan klinikal adalah bersifat subjektif tetapi ia sering diamalkan di kebanyakan organisasi. Pendekatan Statistik Pendekatan statistik lebih objektif secara amnya dan lebih baik berbanding pendekatan klinikal. Data yang didapati mengenai caloncalon dapat dipertimbangkan dengan terperinci dan peramal akan dikenal pasti secara statistik. Terdapat beberapa model dalam pendekatan statistik. Model-model ini ialah: Model pampasan Menerusi model pampasan, jika seseorang calon mendapat skor yang tinggi pada satu bahagian tertentu di dalam suatu ujian, ianya akan dapat membantu skor yang rendah daripada bahagian yang lain. Model had berganda Dalam model ini, calon perlu mencapai tahap atau skor minimum tertentu bagi kesemua dimensi pemilihan. Model halangan berganda Menerusi model ini, calon-calon yang mendapat markah yang tinggi di dalam ujian kemasukan akan dibenarkan untuk pergi ke peringkat seterusnya. Ini dapat menjimatkan kos jika kos pemilihan adalah tinggi. Jumlah calon yang mencukupi adalah penting supaya proses pemilihan dapat berjalan dengan lancar. Jika bilangan calon bagi sesuatu jawatan itu tidak mencukupi, maka kaedah pemilihan itu boleh dipersoalkan. Mungkin berlakunya keadaan di mana calon yang tidak berkelayakan diambil bekerja kerana organisasi tidak mempunyai pilihan lain. Nisbah pemilihan mampu untuk menggambarkan keberkesanan sesuatu proses pemilihan. Nisbah pemilihan ialah bilangan pemohon yang diambil

126 TOPIK 5 PEMILIHAN bekerja berbanding dengan jumlah pemohon yang memohon jawatan pekerjaan (Mondy, Noe dan Premeaux, 2002). AKTIVITI 5.7 Rajah 5.5: Taburan skor ujian dengan had hipotetikal Merujuk kepada Rajah 5.5, calon-calon daripada Bahagian 1 dan 2 akan diambil untuk bekerja. Apakah yang akan berlaku terhadap had penerimaan dianjakkan ke sebelah kiri untuk meningkatkan calon-calon yang layak apabila bilangan tenaga kerja masih tidak mencukupi? (c) Keputusan Akhir Selepas melalui proses pra-pemilihan, calon yang layak akan dirujuk kepada bahagian atau unit di mana terdapatnya jawatan yang perlu diisi. Pengurus atau penyelia di bahangian atau unit ini akan menemu duga calon tersebut dan menentukan sama ada beliau boleh mengisi kekosongan jawatan. Jabatan sumber manusia bertanggungjawab untuk menyampaikan keputusan permohonan calon, serta menyediakan hal-hal terperinci mengenai sesuatu pekerjaan jika calon ditawarkan pekerjaan.

TOPIK 5 PEMILIHAN 127 LATIHAN 5.3 Isi Tempat Kosong (a) Pemilihan (c) Ujian Kebolehan (b) Model halangan berganda (d) Kesahan 1. adalah proses untuk memilih individu yang layak bagi mengisi jawatan kosong pada masa kini dan masa hadapan. 2. adalah strategi yang berterusan di mana pemohonpemohon yang mendapat skor tertinggi dalam ujian awal dibenarkan untuk mengambil ujian yang berikutnya. 3. mengukur keupayaan seseorang individu untuk mempelajari atau mendapatkan kemahiran yang baru. 4. merujuk pada sejauh mana satu ujian atau prosedur pemilihan mengukur ciri-ciri seseorang. Soalan-soalan Pelbagai Pilihan 1. Secara amnya, prosedur pemilihan merupakan tanggungjawab jabatan sumber manusia. Walau bagaimanapun, keputusan untuk mengambil seseorang itu bekerja di dalam satu unit atau bahagian dibuat oleh. A. Kakitangan operasi B. Pengurus jabatan C. Pengurus kakitangan D. Perunding pengurusan 2. Untuk menjimatkan kos, dilakukan sebagai langkah terakhir dalam proses pemilihan. A. Temu duga B. Semakan latar belakang C. Ujian pekerjaan D. Pemeriksaan kesihatan

128 TOPIK 5 PEMILIHAN 2. Untuk menjimatkan kos, dilakukan sebagai langkah terakhir dalam proses pemilihan. A. Temu duga B. Semakan latar belakang C. Ujian pekerjaan D. Pemeriksaan kesihatan 3. Kaedah untuk mengukur keupayaan mental seperti kecerdasan, kefasihan, keupayaan untuk mengira dan keupayaan untuk tindakan yang rasional ialah. A. Ujian personaliti B. Ujian pencapaian. C. Ujian kognitif D. Pemusatan penilaian 4. Walaupun setiap langkah dalam proses pemilihan adalah penting, yang paling kritikal sekali ialah keputusan untuk. A. Menerima atau menolak calon-calon B. Menjalankan ujian pekerjaan C. Menggunakan borang permohonan D. Menyemak rujukan Soalan-soalan Esei 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kriteria yang digunakan di dalam memilih kakitangan? Catatkan beberapa contoh kriteria yang digunakan bagi pekerjaan yang anda ketahui.

TOPIK 5 PEMILIHAN 129 Proses pemilihan sepatutnya memberi maklumat yang dipercayai dan sah tentang calon. Temu duga ialah salah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang pemohon. Kaedah temu duga boleh digunakan bersama-sama dengan borang permohonan, maklumat biografi kosong, rujukan, semakan latar belakang, ujian kognitif dan ujian persampelan pekerjaan. Ujian pekerjaan lebih berobjektif daripada temu duga dan ianya boleh memberikan sampel tingkah laku yang lebih luas. Setiap jenis ujian ada tujuannya sendiri, seperti ujian pengetahuan pekerjaan dan ujian persampelan pekerjaan direka untuk menentukan sama ada seseorang itu memerlukan latihan ataupun tidak. Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam proses temu duga. Temu duga boleh dilakukan secara berstruktur atau bukan berstruktur dan juga secara seorang dengan seorang ataupun dengan sekumpulan panel. Dalam proses membuat keputusan sama ada seseorang calon itu akan ditawarkan jawatan, faktor-faktor yang diambil kira ialah apa yang calon itu boleh lakukan dan apa yang dia akan dapat lakukan. Pengambilan boleh menggunakan pendekatan klinikal ataupun statistik. Grafologi Kebolehpercayaan Kesahan Maklumat Biografi Kosong (MBK) Ujian pekerjaan