ANALISIS TERHADAP PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MATEMATIK BERASASKAN WEB UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Similar documents
SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Transcription:

276 1st International Malaysian Educational Technology Convention ANALISIS TERHADAP PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MATEMATIK BERASASKAN WEB UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH Mohd Khalit Bin Othman Jabatan Sains Maklumat Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Tel: 03-79676399/Fax: 03-79676339 mkhalit@um.edu.my ABSTRAK Kemajuan dalam bidang rangkaian komputer masa kini telah mempengaruhi serta memberi kesan yang tinggi terhadap banyak bidang seperti bidang kesihatan, bidang perniagaan dan tak ketinggalan juga di dalam bidang pendidikan Negara. Oleh itu satu kajian telah dilakukan khusus di dalam bidang pendidikan. Kajian ini adalah berkaitan dengan analisis terhadap pembangunan sistem Pembelajaran Matematik Berasaskan Web Bagi Pelajar Sekolah Rendah. Untuk tujuan itu, 200 orang pelajar sekolah rendah dan 25 orang cikgu matematik telah dipilih secara rawak di sekitar sekolah-sekolah Lembah Kelang sebagai responden. Kertas kerja ini ditulis berdasarkan kepada hasil analisis yang telah diperolehi daripada maklumbalas yang telah diterima daripada responden-responden tersebut. Objektif utama kajiselidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keperluan pelajar-pelajar dan juga cadangan guru-guru terhadap sesuatu sistem/pakej pembelajaran Matematik. Hasil daripada analisis ini, satu cadangan akan dikemukakan sebagai panduan umum untuk pembangunan sistem/pakej pembelajaran Matematik Berasaskan Web. Selain daripada itu, kajiselidik ini juga akan cuba mengenalpasti perkara-perkara lain serta masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh responden yang berkaitan dengan penggunaan sistem pembelajaran yang berasaskan web. Kertas kerja ini juga akan membentangkan masalah semasa, metodologi kajian serta akhir sekali kesimpulan keseluruhan mengenai kajiselidik ini. PENGENALAN Kemajuan dalam bidang rangkaian komputer masa kini telah mempengaruhi serta memberi kesan yang tinggi terhadap banyak bidang seperti bidang kesihatan, bidang perniagaan dan tak ketinggalan juga di dalam bidang pendidikan Negara. Justeru itu, pendidikan di Malaysia sekarang ini menjadi semakin mencabar selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat. Sebagai sebuah negara yang berwawasan maka bidang pendidikan merupakan aset penting untuk melahirkan pakar-pakar dalam sesuatu bidang dalam menuju ke arah sebuah negara berteknologi yang tinggi. Pada masa sekarang ini, negara yang menguasai teknologi maklumat akan menjadi sebuah negara yang maju ke hadapan jika dibandingkan dengan negara-negara yang ketinggalan dari menguasai ilmu teknologi maklumat. Untuk merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak mahu ketinggalan untuk menguasai era teknologi maklumat. Bagi merintis ke era dunia siber dan agar tercapainya Wawasan 2020 adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang teknologi maklumat. Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat menyebabkan institusi pendidikan juga menyahut seruan negara dengan penggunaan komputer di semua pusat pengajian bermula di peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Salah satu perkembangan pendidikan dalam teknologi maklumat ialah pengajaran dam pembelajaran melalui internet yang dikenali sebagai Sistem Pembelajaran Berelektronik Berasaskan Internet (E-Learning). MASALAH SEMASA Masalah utama kaedah pembelajaran secara konvensional ialah pelajar kurang memberi tumpuan kepada guru-guru yang mengajar. Biasanya setiap kelas mempunyai sekurangkurangnya 30 hingga 35 orang pelajar. Bilangan pelajar yang agak ramai ini akan menyukarkan guru-guru untuk memberi penumpuan kepada setiap orang pelajar. Selain daripada itu, guru-guru juga menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti topik mana yang tidak difahami oleh pelajar kerana setiap pelajar mempunyai tahap pemahaman yang

277 1st International Malaysian Educational Technology Convention berbeza. Jadi dengan adanya sistem ini (e-learning), dapat memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut kaedah dan caranya tersendiri dan dapat mengulangi topik-topik yang mereka rasa kurang faham. Selain daripada itu, bahan pengajaran yang disediakan oleh guru-guru adalah tidak secara sistematik iaitu ianya mengikut cara dan kaedah seseorang guru tersebut. Guru yang berbeza mempunyai kaedah yang berbeza. Jadi, dengan adanya sistem ini, bahan pengajaran dan konsep pengajaran akan menjadi sistematik untuk semua pelajar dan guru dan ini akan memudahkan pelajar-pelajar dan guru-guru untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, sesi pengajaran dan pembelajaran akan bertambah menarik dengan adanya nilai-nilai hiburan yang disertakan di dalam sistem ini iaitu pembelajaran berasaskan hiburan seperti game, grafik, animasi dan sebagainya. Masalah lain yang dikenalpasti ialah pelajar-pelajar mempunyai dan menghadapi masalah dalam topik-topik yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Mereka juga sukar untuk memahami pengajaran yang berasaskan kepada pengajaran berasaskan kelas (classbased learning). Selain daripada itu, contoh dan latihan yang diajar di dalam kelas tidak mencukupi untuk membolehkan pelajar-pelajar ini meningkatkan kemahiran dalam subjek matematik. Kerja rumah yang banyak juga akan membebankan pelajar kerana pelajar tidak memahami pengajaran sejak dari dalam kelas lagi. Selain daripada itu, masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ialah, guru-guru dapati ramai pelajar-pelajar berasa malu untuk bertanya soalan sekiranya mereka menghadapi masalah. Dan kadang-kadang guru-guru terpaksa memikirkan cara yang lebih menarik dan berkesan untuk membolehkan pelajar-pelajar lebih memahami subjek yang diajar. Di samping itu juga, dengan kaedah pengajaran konvensional ini, guru-guru terpaksa ikut sillibus dan kaedah yang telah ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa bosan kepada guru-guru tersebut. Jadi dengan adanya sistem ini, diharap masalah ini dapat diatasi. Masalah lain adalah seperti kekurangan dan kelemahan sistem e-learning yang ada sekarang ini mengakibatkan perasaan kecewa, keliru dan kurang minat untuk belajar. Sebagai contoh, sesetengah sistem e-learning yang ada sekarang ini hanya berasaskan teks sahaja dan tidak menggabungkan konsep multimedia. Ini boleh menyebabkan perasaan bosan dan menghalang mereka daripada memperolehi pemahaman yang baik dalam sesuatu topik. Selain daripada itu, sesetengah e-learning yang berasaskan multimedia juga menjadikan pelajar bertambah keliru dan membosankan kerana kelemahan sistem tersebut di dalam mempersembahan bahan-bahan pengajaran seperti persembahan yang tidak berstruktur, susunan kandungan subjek yang lemah, memerlukan masa yang lama untuk mencapai sesuatu bahan kerana penggunaan vedio dan suara yang tidak sesuai dan efaktif. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan keperluan untuk membina sebuat sistem e-learning yang berasaskan internet. Sistem yang akan dibangunakan ini adalah berasaskan kepada silibus KBSR yang terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem ini juga akan dilengkapi dengan modul-modul nota, latihan atau tutorial dan juga kuiz. Secara umumnya objektif utama kajian ini adalah: i) Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan juga guru-guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan kelas (kaedah konvensional). ii) Untuk menghasilkan satu cadangan bagi pembangunan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan internet dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Matematik.

278 1st International Malaysian Educational Technology Convention SKOP KAJIAN Skop Kajian ini adalah pada kaedah/sistem pengajaran dan pembelajaran matematik untuk sekolah rendah iaitu dari darjah satu hingga darjah enam. Beberapa sekolah di sekitar Lembah Kelang telah dipilih untuk dijadikan model kajian. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar dan 25 orang guru telah dipilih untuk dijadikan responden dalam kajian ini. Setiap responden telah diberikan satu set borong soalselidik. Selain daripada itu, temuramah atau perjumpaan secara peribadi atau face-to-face juga dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) Pembelajaran Elektronik atau E-learning adalah kaedah pembelajaran melalui internet, rangkaian (network) atau computer peribadi (Hafizah & Yii Hee Ling, 2006). E-learning selalunya dirujuk sebagai menggunakan proses-proses dan aplikasi-aplikasi elektronik untuk belajar. Proses-proses atau aplikasi-aplikasi bagi e-learning termasuklah pembelajaran berasaskan web, pembelajaran berasaskan computer, kelas maya dan juga gabungan digital di mana kandungan pembelajaran boleh dilakukan melalui internet, intranet/extranet, audio atau tape video, TV satelit dan juga CD-ROM (Sang-Tae Park, D. W. Byun, D. W. Park, & Heebok Lee, 2005). Untuk menjadikan e-learning lebih efektif, interaktif dan produktif, ciri-ciri multimedia digunakan seperti gabungan imej, vedio, visual, grafik, animasi dan sebagainya. Selain daripada itu, untuk meningkatkan mutu aplikasi pendidikan, beberapa ciri lain perlu diterapkan dalam pembangunan perisian seperti (Internet, 2007 (Multimedia Dalam Pendidikan): i) Memenuhi keperluan pengguna. Sebelum sesuatu perisian dibangunkan perekabentuk mestilah mempastikan keperluan pengguna. Kajian perlu dibuat sebelum perisian yang dirancang itu dibangunkan. Dalam bidang pendidikan sesuatu perisian itu mestilah berunsurkan pembelajaran interaktif. Ia perlu dapat menarik minat pengguna dalam menyampaikan mesej. ii) Interaktif. Perisian multimedia mestilah berorientasikan interaktif. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam situasi dua hala. Ia perlu mempunyai unsur simulasi interaktif dengan penggunaan pelbagai media penyampaian agar pelajar dapat berfikir secara kritis dalam mencari maklumat. iii) Sumber maklumat atau data. Perisian multimedia perlu mengandungi sumber maklumat yang bersesuaian dengan kehendak pelajar. Pelajar boleh meneroka perisian-perisian secara interaktif untuk mencari maklumat yang diperlukan. Contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan perisian multimedia ialah perisian ensaiklopedia. iv) Menghibur dan berinfomasi. Tahap ingatan manusia adalah sangat rendah jika interaksi berlaku sehala sama ada hanya mendengar atau melihat tetapi daya ingatan akan bertambah jika adanya interaksi dua hala. Oleh itu sesuatu perisian multimedia yang hendak dibina hendaklah menyalurkan maklumat dalam bentuk yang menghiburkan agar tumpuan pelajar dimaksimumkan. Selain dari itu perisian multimedia juga hendaklah mencabar minda pelajar agar maklumat yang hendak disampaikan tidak terlalu mudah dan membosankan. v) Melibatkan penggunaan pelbagai deria pengguna. Setiap perisian yang hendak dibangunkan hendaklah menggabungkan beberapa perkara seperti audio, visual, animasi dan grafik agar penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan melibatkan pelbagai deria pengguna. Penyampaian maklumat melalui teks adalah kurang berkesan jika dibandingkan dengan teks dan grafik. DEFINISI MULTIMEDIA (Sumber: Internet, 2007 (Multimedia Dalam Pendidikan) Multimedia merupakan gabungan data, suara, video, audio, animasi, grafik, teks dan bunyibunyian yang mana gabungan elemen-elemen tersebut mampu dipaparkan melalui komputer.

279 1st International Malaysian Educational Technology Convention Menurut Gayeski, D.M. (1992) "Multimedia ialah satu sistem hubungan komunikasi interaktif melalui komputer yang mampu mencipta, menyimpan, memindahkan, dan mencapai kembali data dan maklumat dalam bentuk teks, grafik, animasi, dan sistem audio." Jeffcoate (1995) mendifinisikan Sistem Maklumat Multimedia sebagai suatu sistem yang menggunakan pelbagai kaedah berkomunikasi (atau media). Menurut Phelps (1995) pula, multimedia adalah kombinasi teks, video, suara dan animasi dalam sesebuah perisian komputer yang interaktif. Schurman (1995) mendefinisikan multimedia sebagai kombinasi grafik, animasi, teks, video dan bunyi dalam satu perisian yang direka bentuk yang mementingkan interaksi antara pengguna dan komputer. Komputer yang mempunyai perkakasan berupaya untuk melaksanakan perisian multimedia atau disebut juga sebagai komputer multimedia. Menurut Collin, Simon (1995), ".Multimedia merupakan sebuah persembahan, permainan atau aplikasi yang menggabungkan beberapa media yang berlainan. Sesebuah komputer yang boleh menggunakan klip video, rakaman suara, imej, animasi dan teks serta pula boleh mengendalikan peranti-peranti seperti perakam video, pemaincakera video, pemacu CD- ROM, synthesizer dan juga kamera video. Sekiranya program tersebut menghasilkan bunyi, video dan imej, ia disebut ssebagai multimedia, tetapi apabila program itu membolehkan pengguna mengendalikan pergerakan perisian dengan membuat pilihan yang berbeza-beza, maka ianya disebut sebagai multimedia interaktif " METODOLOGI KAJIAN Bahagian ini mengandungi tiga bahagian yang utama iaitu kaedah pengumpulan data, persampelan, kaedah pengukuran data (kaedah analisis data) dan akhir sekalai pemilihan responden. Kaedah Pengumpulan Data Dalam sesuatu kajian, dua jenis data utama yang diperlukan iaitu data primer dan data sekunder (Mohd Khalit, 2001). Oleh it bagi kajian ini dua jenis data tersebut diperlukan iaitu data primer dan data sekunder. Data-data diperolehi dengan tiga kaedah utama iaitu: i) Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar dan juga guru-guru. ii) Temujanji/Temubual dilakukan terhadap beberapa orang guru dan juga pelajarpelajar yang terpilih sahaja. iii) Buku-Buku, Jurnal-Jurnal dan Penerbitan-Penerbitan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dengan teori dan konsep yang dikaji Persampelan Dan Responden Beberapa buah sekolah rendah di sekitar Lembah Kelang telah dipilih sebagai model dan lokasi pengumpulan data primer. Seramai 200 orang murid sekolah telah dipilih sebagai responden dan sebanyak 200 set soalselidik telah diedarkan. Murid sekolah yang dipilih ini adalah terdiri dari murid yang berumur di antara 11 tahun 12 tahun (iaitu murid darjah lima dan enam). Ini adalah kerana, murid-murid pada umur ini telah memahami soalan yang dikemukakan dan dapat memberi maklum balas yang dikehendaki. Manakala murid-murid darjah satu hingga darjah empat tidak dipilih sebagai responden kerana pada pendapat penulis murid-murid pada tahap ini masih belum memahami sepenuhnya soalan-soalan yang dikemukakan di dalam set soalselidik tersebut. Set soalselidik tersebut hanya memerlukan masa lebih kurang 30 minit untuk dijawab. Selain daripada itu, guru-guru yang mengajar subjek ini juga telah dipilih sebagai responden di mana seramai 25 orang guru telah dipilih. Sebanyak 25 set soalselidik telah diedarkan kepada mereka dan selain daripada itu sesi temubual sama ada melalui telefon atau face-toface juga telah dilakukan. Sesi temubual juga telah dilakukan dengan murid-murid sekolah yang terpilih sahaja.

280 1st International Malaysian Educational Technology Convention Cara Pengukuran Dan Analisis Data Terdapat beberapa kaedah dan skala pengukuran dalam kajian Sains sosial (Nawi, 1992) boleh digunakan seperti Borgades Social Distance Scale, Thurtone s Attitude Scales dan Likert Attitude Scale (Whitaker, 1970). Tetapi dalam kajian ini, penulis telah menggunakan skala dan kaedah Likert Attitude Scale. Ini adalah kerana skala dan kaedah ini adalah selalu dipakai oleh pengkaji (Mohd Khalit, 2004) dan lebih mudah jika dibandingkan dengan yang lain. Maklumbalas yang telah diterima dari responden telah dianalisis menggunakan pakej SPSS. Hasil daripada analisis ini digunakan dalam pembentukan sistem pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet ini. HASIL ANALISIS KAJIAN Maklumat-maklumat yang dikumpulan dari proses pengumpulan data telah dianalisis. Hasil daripada analisis akan digunakan untuk perbincangan dan cadangan-cadangan yang akan dikemukakan di dalam pembangunan sistem ini. Keperluan Sistem Terdapat dua jenis keperluan sistem iaitu keperluan fungsian dan keperluan bukan fungsian. Keperluan fungsian bolehlah dikaitkan dengan fungsi yang dilaksanakan oleh sistem manakala keperluan bukan fungsian adalah keperluan tambahan bagi menjadikan sistem lebih mesra pengguna, menarik dan berdaya saing. Keperluan Fungsian Terdapat beberapa keperluan fungsian yang telah dikenalpasti:- i) Pentadbir: a) Sistem mesti membenarkan pentadbir menyelenggara sistem secara berkala bagi memastikan sistem berfungsi dengan lancar. b) Sistem mesti membenarkan pentadbir untuk mengemaskini laman web seperti memasukkan atau menghapuskan semua maklumat-maklumat atau data-data yang perlu ke dalam sistem. c) Sistem mesti membenarkan pentadbir menghapuskan elemen-elemen yang tidak berguna dalam sistem ini. d) Sistem mesti membenarkan pentadbir mengawal sepenuhnya operasian sistem. ii) Guru: a) Sistem mesti membenarkan pengguna mendaftar sebagai guru (pengguna yang sah). b) Sistem mesti membenarkan guru untuk melihat (view) dan kemaskini profilnya. c) Sistem mesti membenarkan guru untuk mendaftar (mencipta atau membuat) kumpulan pembelajaran (study group) masing-masing dengan jumlah pelajar tidak lebih dari 20 orang. d) Sistem mesti membenarkan guru untuk memasukan nota, soalan latihan dan jawapan yang hanya boleh dilihat oleh ahli dalam kumpulannya sahaja. e) Sistem juga mesti membenarkan guru untuk membuat kemaskini terhadap semua data-data yang berkaitan dengan kumpulan pembelajarannya. f) Sistem juga mesti membenarkan guru dan pelajar berkomunikasi antara satu sama lain di dalam kumpulan pembelajaran yang sama melalui modul forum. iii) Pelajar: a) Sistem mesti membenarkan pelajar untuk melihat (view) dan kemaskini profilnya. b) Sistem mesti membenarkan pelajar-pelajar untuk download nota, soalan latihan dan juga penyelesaian. c) Sistem mesti membenarkan pelajar untuk menghantar (submit) latihan atau kuiz yang telah dibuatnya. d) Sistem juga mesti membenarkan pelajar dan guru berkomunikasi antara satu sama lain di dalam kumpulan pembelajaran yang sama melalui modul forum.

281 1st International Malaysian Educational Technology Convention iv) Pelawat: a) Sistem mesti membenarkan pelawat untuk view website. b) Sistem mesti membenarkan pelawat untuk mencapai modul nota/silibus, latihan dan kuiz dari tahun 1 hingga tahun 6. c) Sistem mesti membenarkan pelawat mendaftar sebagai guru atau pengguna yang sah. Keperluan Bukan Fungsian Terdapat beberapa keperluan bukan fungsian daripada analisis yang telah dilakukan: i) Penggunaan ciri-ciri multimedia di dalam sistem a) Menggunakan ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, vedio, audio dan sebagainya bagi modul nota/silibus untuk menjadikan sistem menarik dan tidak membosankan pengguna terutamanya pengguna yang terdiri dari pelajar sekolah rendah. b) Menggunkan konsep permainan (game) bagi modul latihan dan kuiz. ii) Mesra pengguna a) Antaramuka pengguna mudah digunakan (difahami), mudah untuk navigasi, konsisten, efesen, efektif dan bebas dari ralat. b) Menggunakan Bahasa Melayu untuk maklumat umum dan Bahasa English untuk pembelajaran. c) Warna dan aksara yang dipilih mesti sesuai dan menarik minat pengguna. iii) Keselamatan a) Mesti mempunyai cirri-ciri keselamatan untuk menjaga data-data serta maklumat dalam sistem seperti setiap pengguna mesti mempunyai katalaluan untuk masuk (login) kepada bahagian yang tertentu. b) Menyediakan aras login yang berbeza kepada pengguna yang berbeza seperti pentadbir, guru, pelajar dan pengguna biasa. iv) Perlaksanaan a) Masa tindakbalas yang cepat iaitu masa di mana sistem mengambil tindakkan terhadap input yang diberi. b) Masa download yang cepat iaitu masa sistem menghantar data kepada pengguna. v) Expandabaliti a) Sistem mesti bersedia untuk penambahan akan datang seperti penambahan nota baru, latihan baru atau fungsi dan ciri-ciri yang baru. REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN SISTEM E-Learning Terdapat tiga modul utama dalam e-learning ini iaitu modul pentadbir (tidak ditunjukkan dalam rajah aliran fungsian), modul Pembelajaran (Learning module) dan modul Pengajaran (Teaching module). Bagi modul Pembelajaran, terdapat dua modul lain iaitu modul silibus (bab-bab) dari darjah satu hingga darjah enam dan juga modul soalan-soalan UPSR dan jawapannya. Bagi modul silibus, terdapat modul-modul lain seperti modul pengenalan/bab, modul view, modul soalan dan modul penyelesaian. Dalam modul view, pelajar/guru boleh melihat latihan-latihan serta kuiz, menghantar secara on-line latihan dan kuiz yang telah dibuat di mana penyelesaian bagi latihan dan kuiz akan disediakan. Latihan-latihan yang disediakan adalah dalam bentuk game atau permainan dan juga menggunakan cirri-ciri multimedia seperti animasi, grafik, muzik dan sebagainya.

282 1st International Malaysian Educational Technology Convention Rajah Aliran Fungsian SYSTEM LEARNING TEACHING MODULE STANDARD 1-6 UPSR QUESTIONS AND ANSWER LOGIN INTRODUCTION VIEW QUESTION ANSWER AND SOLUTION STUDENT TEACHER VIEW PROFILE UPDATE PROFILE DOWNLOAD NOTES & QUESTION FORUM VIEW PROFILE UPDATE PROFILE UPLOAD NOTES & QUESTION FORUM Rajah 1 : Rajah Aliran Fungsian (Sistem E-Learning) Sekiranya pengguna (guru/pelajar) memilih modul pengajaran pula, pengguna tersebut dikehendaki login untuk masuk ke dalam sistem. Selepas sistem mengesahkan namapengguna dan kata-laluan, pengguna boleh memilih sama ada mahu melakukan komunikasi virtual melalui modul forum di mana pengguna boleh menghantar mesej atau melihat dan membetulkan profil peribadinya. Bagi guru, mereka boleh view, upload dan memadamkan (delete) nota-nota, soalan-soalan latihan dan jawapan. Selain daripada itu, guru juga boleh view, kemaskini atau hapus profil pelajar-pelajarnya dan menambah bilangan pelajar ke dalam kumpulannya yang mana had bilangan pelajar bagi satu kumpulan adalah seramai 20 orang. Bagi pelajar, mereka boleh memilih untuk melakukan latihan yang di upload oleh guru dan melihat jawapan atau penyelesaian diakhir sesi pengajaran. Modul utama yang lain adalah modul pentadbir (administrator module). Modul ini membolehkan pentadbir untuk mengawal sepenuhnya sistem e-learning ini. Modul-Modul Dalam Sistem E-Learning Terdapat tiga modul utama dalam sistem ini:-- i) Modul Pembelajaran Modul ini akan menyediakan nota-nota mengikut tahun, latihan dan juga kuiz. Pelajar boleh melihat nota, latihan dan kuiz serta menghantar jawapan latihan dan kuiz. Jawapan atau penyelesaian bagi setiap latihan atau kuiz akan disediakan. ii) Modul Pengajaran. Pelajar dan guru boleh berkomunikasi secara maya melalui perbincangan di forum di mana pelajar dan guru boleh melihat dan menghantar mesej melalui modul forum ini. Guru pula boleh memasukkan (upload) dan menghapuskan nota, memasukkan

283 1st International Malaysian Educational Technology Convention iii) soalan-soalan latihan supaya pelajar boleh membuat latihan yang lebih. Selain daripada itu, guru juga boleh melihat, kemaskini atau hapus profil pelajar serta boleh menambah bilangan pelajar baru di dalam kumpulannya. Dan lagi, pelajar dan guru juga boleh kemaskini profil individu. Modul Pentadbir Modul ini membolehkan pentadbir untuk mengawal sepenuhnya sistem e-learning ini. Pentadbir boleh upload nota, latihan, kuiz dan penyelesaian di dalam modul pembelajaran. Di dalam modul pengajaran pula, pentadbir boleh tambah, lihat, kemaskini dan hapus profil guru dan pelajar dan menghantar mesej pada modul forum. KESIMPULAN Konsep pendidikan yang berasaskan konvensional tidak lagi menjadi satu kaedah yang diminati oleh kebanyakan pelajar dan guru-guru. Oleh itu perlu satu anjakan paradigma bagi menukarkan konsep ini kepada konsep yang baru dengan penggunaan teknologi ICT yang semakin pesat. Selain daripada itu, teknologi rangkaian dan multimedia dalam komputer telah mempengaruhi banyak aspek terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini. Untuk membangunkan sesuatu sistem pendidikan yang berasaskan internet atau e-learning, ciri-ciri multimedia tidak boleh lagi diketepikan memandangkan ciri-ciri ini mampu menarik minat pelajar-pelajar terhadap satu-satu subjek terutamanya pelajar-pelajar diperingkat awalan atau sekolah rendah. RUJUKAN Mohd Khalit Othman. Pengurusan Kualiti Dalam Perkhidmatan Komputeran Di Dalam Sektor Awam:Bahagian Perkhidmatan Komputeran, Laporan Tesis Sarjana, UKM, 2001, m/s 55. Mohd Khalit Othman. Pembangunan Model Panduan Pengajaran Efektif Bagi Kursus Bahasa Pengaturcaraan C: Satu Analisis, Seminar Kebangsaan Sosio-Ekonomi Dan IT Ke2, Universiti Utara Malaysia. 11-12 Ogos 2004, m/s 739-754 (Jilid 2). Sang-Tae Park, D. W. Byun, D. W. Park, and Heebok, L. (2005) Evaluation System in E- learning Through the Knowledge State Analysis Method. http://www.formatex.org/micte2005/370.pdf. July 21, 2006. Nawi Abdullah. Reformasi Pentadbiran: Kesan Ke Atas Prestasi Kakitangan Jabatan Jalan Kelantan Darul Naim, Laporan Tesis Sarjana, Universiti Malaya, 1992, m/s 13. Whitaker, James O (1970). Introduction To Psychology, United State: W. B. Company, USA, m/s 594. Sumber Internet, Multimedia Dalam Pendidikan, 4/9/2007, 12.30pm.