APLIKASI PEMBELAJARAN MUDAH ALIH KURSUS BAHASA PENGATURCARAAN JAVA (m-java)

Similar documents
MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Faculty Of Information and Communication Technology

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

"66O "8 '

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

PEMBANGUNAN MODEL PENERAPAN ETIKA DAN NILAI (ENI) BERASASKAN AKTIVITI INKUIRI : APLIKASI INTERPRETIVE STRUCTURAL MODELLING (ISM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Transcription:

APLIKASI PEMBELAJARAN MUDAH ALIH KURSUS BAHASA PENGATURCARAAN JAVA (m-java) NOR SAKINAH BINTI EMBONG RODZIAH LATIH Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Aplikasi mudah alih adalah teknologi terkini yang luas digunakan dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, hiburan dan komunikasi. Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Kursus Bahasa Pengaturcaraan Java (m-java) adalah satu aplikasi pembelajaran untuk membantu pelajar dalam pembelajaran Bahasa Pengaturcaraan Java. Aplikasi pembelajaran mudah alih ini cuba untuk menyelesaikan kekangan pembelajaran secara konvensional seperti penggunaan buku dan laman web yang sukar untuk dibawa kemana-mana. Objektif kajian ini adalah untuk menyokong gaya pembelajaran masa kini dan juga bagi menyediakan persekitaran pembelajaran kendiri tanpa terikat dengan ruang dan waktu. Aplikasi ini dibangunkan untuk kegunaan peranti mudah alih yang berasas Android seperti telefon pintar dan komputer tablet. Aplikasi ini terdiri daripada dua modul utama iaitu material dan pencapaian pembelajaran. Elemen maklum balas merupakan unsur yang sangat penting dalam aplikasi ini. Persekitaran pembangunan Android Studio digunakan untuk membangunkan aplikasi m-java ini. 1 PENGENALAN Aplikasi mudah alih adalah merupakan aplikasi perisian yang dibangunkan untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar ataupun tablet. Aplikasi mudah alih kebiasaannya boleh di muat turun melalui sistem pengedar aplikasi, yang biasanya dikendalikan oleh pemilik system operasi mudah alih. Contoh sistem pengedar aplikasi bagi sistem pengoperasian Android ialah Google Play dan bagi sistem pengoperasian IOS pula ialah Apple App Store. Sesetengah aplikasi mudah alih yang terdapat dalam sistem pengedara aplikasi adalah percuma, manakala yang lain adalah berbayar. Aplikasi m-pembelajaran pula merupakan satu aplikasi pembelajaran yang dibangunkan untuk digunakan pada peranti mudah alih (Mahizer 2006). Ianya menekankan kepada keupayaan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal di mana proses pembelajaran berlaku. Ia merupakan satu kaedah untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran menggunakan aplikasi mudah alih dimana aplikasi ini boleh 1

diakses pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada (Analisa et. Al. 2012). M- pembelajaran mempunyai kelebihan kerana ia dapat membantu pelajar supaya menjadi seorang yang berdikari dengan cara pembelajaran kendiri. M-pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif utama diantaranya ialah membantu pembelajaran interaktif, pembelajaran secara individu, mengubah cara komunikasi, membantu meningkatkan keyakinan diri, membenarkan kolaborasi secara global dan capaian terhadap maklumat, dan menambah ilmu pengetahuan. Justeru itu, aplikasi pembelajaran mudah alih untuk kursus Bahasa pengaturcaraan Java merupakan satu aplikasi mudah alih P&P antara pelajar dan pensyarah di alam maya berkaitan kursus pengaturcaraan Java. Aplikasi ini dibangunkan bertujuan memberi pemahaman dan membantu pelajar dalam bidang pengaturcaraan Java. Aplikasi ini juga adalah salah satu cara proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian antara pelajar dan pensyarah. Ianya juga tidak membataskan masa dan tempat untuk belajar. Dengan penggunaan telefon pintar yang dilengkapi dengan rangkaian internet, pelajar boleh mengunakan aplikasi ini di mana jua mereka berada. Aplikasi ini membenarkan setiap penggunanya untuk belajar topik yang sama berulang kali sehingga pemahaman diperolehi. Selain itu, pelajar boleh menilai keupayaan mereka terhadap sesuatu tajuk dengan menjawab soalan-soalan yang telah disediakan untuk melatih diri mereka mengaplikasikan pelajaran yang telah mereka pelajari. Aplikasi ini juga telah memberi nafas baru kepada kursus pembelajaran Bahasa pengaturcaraan Java dan menjadi salah satu alternatif pembelajaran supaya pelajar tidak merasa bosan. Aplikasi mempelajaran yang melibatkan sesi maklum balas menjadikan aplikasi ini lebih efektif. Tidak dinafikan lagi, pelajar yang berada pada era serba moden dan teknologi serba canggih ini lebih gemar dengan pendekatan aplikasi mudah alih sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. 2 PENYATAAN MASALAH Pembelajaran kursus Bahasa pengaturcaraan Java bukanlah satu perkara yang mudah jika ianya hanya dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Hal ini kerana pelajar akan lebih mudah hilang fokus semasa sesi pembelajaran berlangsung di dalam kelas atau dewan kuliah kerana keadaan suasana yang tertutup dan dingin. Selain itu, jika didalam kelas atau dewan kuliah yang besar, seorang 2

pensyarah tidak mampu memantau prestasi setiap pelajar di dalam kelas dalam satu masa yang sama. Pada masa kini, kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi hanya didedahkan dengan kaedah pembelajaran berasaskan web sahaja dan kurang didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang menggunakan aplikasi mudah alih. Memang tidak dinafikan bahawa pembelajaran berasaskan web adalah bagus jika pelajar mengaplikasikannya pada komputer riba tetapi tidak pada telefon pintar. Hal ini kerana jika pelajar menggunakan aplikasi berasaskan web pada telefon pintar mereka, pelajar tidak dapat melihat dengan jelas maklumat yang dipaparkan pada skrin telefon pintar kerana resolusi yang digunakan bukanlah untuk paparan penuh pada telefon pintar. Had resolusi yang terhad akan menyukarkan pelajar untuk melihat keseluruhan maklumat yang dipaparkan pada skrin telefon pintar. Kualiti dan kuantiti maklumat yang dipaparkan pada skrin telefon pintar dan pada skrin komputer riba adalah sangat berbeza. 3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif pembangunan aplikasi pembelajaran mudah alih bagi kursus Bahasa pengaturcaraan Java atau m-java ini adalah bagi menyokong gaya pembelajaran dengan menggunakan teknologi semasa. Di samping itu, aplikasi ini bertujuan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kendiri tanpa ada kekangan ruang dan masa. 4 METOD KAJIAN Pembangunan aplikasi m-java ini menggunakan pendekatan Model Air Terjun (Ian 2015). Proses pembangunan terdiri dari lima fasa iaitu Fasa Perancangan, Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk, Fasa Pelaksanaan, dan Fasa Penilaian. 3

Rajah 1 Model Pembangunan Aplikasi m-java 4.1 Fasa Perancangan Fasa ini merupakan fasa pertama di mana kajian awal perlu dilakukan dalam pemilihan tajuk, mengenalpasti objektif dan permasalahan yang ingin diselesaikan serta menetapkan skop bagi kajian ini. Fasa ini dijalankan berdasarkan penelitian daripada jurnal, tesis, buku dan laman web berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan. Dalam fasa ini juga akan disediakan jadual perancangan projek bagi membolehkan projek ini dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. 4.2 Fasa Analisis Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti dan membuat perbandingan terhadap fungsi-fungsi yang disediakan di dalam aplikasi yang setara. Pada fasa ini juga dijalankan satu kaji selidik terhadap pelajar yang menggunakan aplikasi yang sedia ada. Tinjauan ini dilakukan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang aplikasi sedia ada yang digunakan. Dalam fasa ini dilakukan kajian terhadap sistem semasa untuk mendapatkan maklumat serta aspek-aspek penting yang boleh diguna pakai dalam membangunkan aplikasi. Selain itu, dalam fasa ini juga bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pengguna dan sistem. 4.3 Fasa Reka Bentuk Fasa ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai reka bentuk struktur, jenis media dan teknologi yang akan terlibat. 4

Dalam fasa ini juga terlibat proses melukis rajah seperti rajah modul senibina aplikasi, rajah modul hierarki, rajah perhubungan entiti (ERD), rajah konteks, rajah aliran data (DFD), rajah aktiviti, rajah carta alir aplikasi sistem dan rajah antara muka aplikasi. 4.4 Fasa Pelaksanaan Fasa ini adalah fasa bagi pengekodan aplikasi. Dalam fasa ini juga melibatkan pengujian unit dan integrasi. Fasa ini juga melibatkan pemasangan aplikasi yang akan dimuat naik ke dalam pelayan. Komputer peribadi akan digunakan untuk membangunkan aplikasi tugasan sistem serta dijadikan sebagai pelayan untuk pangkalan data aplikasi. 4.5 Fasa Penilaian Fasa ini adalah fasa pengujian ke atas aplikasi yang dibangunkan bagi memastikan aplikasi boleh digunakan tanpa menghadapi sebarang masalah. Dalam fasa ini, sistem akan dinilai oleh pengguna yang sebenar. Aplikasi yang telah dibangunkan akan ditukar kepada APK dan dimuatnaik ke dalam telefon berasas Android. 5 HASIL KAJIAN Aplikasi ini dibangunkan menggunakan perisian Android Studio diguna untuk mereka bentuk model aplikasi pembelajaran mudah alih Kursus Bahasa Pengaturcaraan Java. Pengujian terhadap reka bentuk aplikasi dijalankan untuk memastikan hasil pembangunan adalah selaras dengan objektif yang ditetapkan sebelumnya. Rajah 1 menunjukkan halaman utama bagi aplikasi m-java ini. Pada halaman ini, terdapat 2 butang yang dipaparkan iaitu butang Material dan butang Pencapaian. Butang Material adalah untuk melihat topik yang terdapat dalam aplikasi ini. Butang Pencapaian pula adalah butang di mana pengguna boleh melihat tahap pencapaian kuiz yang telah dijawab oleh pengguna. 5

Rajah 1 Antara muka halaman utama Rajah 2 menunjukkan antara muka halaman material yang terdiri dari 11 topik Kursus Bahasa Pengaturcaraan Java. Pengguna akan dapat menekan butang topik pembelajaran mengikut urutan penyelesaian tugasan. Pada permulaan, hanya butang topik pertama sahaja yang boleh ditekan sehingga pengguna menjawab kuiz yang terdapat dalam topik tersebut dan butang seterusnya dapat berfungsi kepada pengguna secara berturutan. Rajah 2 Antara muka material 6

Rajah 3 pula merupakan antara muka bagi halaman pencapaian. Pada halaman tersebut ia akan memaparkan skor terkini yang telah diperolehi oleh seseorang itu dengan menjawab kuiz yang disediakan. Rajah 3 Antara muka pencapaian Rajah 4 menunjukkan antara muka subtopik. Pada halaman subtopik ini terdapat 4 butang yang mempunyai fungsi masing-masing. 3 butang yang tersusun dengan teratur di tengah-tengah halaman adalah butang untuk ke nota bagi subtopik berkenaan. Butang kuiz pula adalah untuk ke halaman soalan kuiz yang disediakan kepada pengguna. 7

Rajah 4 Antara muka subtopik Rajah 5 menunjukkan antara muka bagi nota untuk subtopik yang dipilih oleh pengguna. Pada halaman ini, semua nota yang berkaitan subtopik berkenaan akan dipaparkan pada halaman masing-masing. Jika nota terlalu panjang, pengguna boleh menatal ke bawah. Rajah 5 Antara muka nota subtopik 8

Rajah 6 pula adalah antara muka bagi kuiz. Ia terdapat 1 butang yang berfungsi iaitu butang semak. Pada halaman ini, terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab oleh pengguna. Jika tidak menyelesaikan kesemua soalan, pengguna di dapat menyemak keputusan mereke. Pengguna boleh membuat pilihan samaada ingin meneruskan untuk menjawab mencuba lagi soalan yang atau kembali ke halaman material. Rajah 6 Antara muka kuiz 6 KESIMPULAN Aplikasi pembelajaran mudah alih Kursus Bahasa Pengaturcaraan Java (m-java) ini memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pembelajaran dimana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa terikat kepada ruang dan waktu. Aplikasi ini bangunkan untuk pelajar tahun satu Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengambil kursus TK1114 Pengaturcaraan Komputer. Bahan pembelajaran yang disediakan dalam m- Java memenuhi silibus kursus TK1114 Pengaturcaraan Komputer. Aplikasi ini juga dapat memberi pengetahuan yang luas, pemahaman dan inspirasi kepada semua pelajar yang ingin mempelajari bahasa pengaturcaraan Java. Kemudahan nota yang disediakan di dalam aplikasi ini dapat memudahkan pengguna untuk memahami setiap baris ayat yang dipaparkan. Ianya juga dapat memudahkan pelajar kerana pelajar tidak perlu membawa nota kertas yang dicetak daripada laman web fakulti untuk mengulangkaji. Ini kerana nota pembelajaran juga disediakan. 9

7 RUJUKAN Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, 2012. Penerimaan m- Pembelajaran dalam Sistem Pendidikan di Malaysia melalui The Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT): Satu Analisis Literatur. 1 st International Conference on Mobil Learning, Applications, and Services (mobilcase2012). Mahizer Hamzah, 2006. M-Pembelajaran : Era Baru Dalam Pembelajaran, Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik Dan Vokasional 2006, Johor Bahru, Malaysia. Ian Sommerville, 2015. Software Engineering 10 th Edition. Pearson Education. 10