KEBERKESANAN KAEDAH PENDARABAN LATTICE DALAM PENDARABAN NOMBOR BULAT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT BAGI MURID TAHUN LIMA

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

BIBLIOGRAPHIC INFORMATION

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Research Journal ADE DEDI SALIPUTRA NIM: F

Transcription:

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014 KEBERKESANAN KAEDAH PENDARABAN LATTICE DALAM PENDARABAN NOMBOR BULAT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT BAGI MURID TAHUN LIMA Norzuliana Superman Maria Salih Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Abstrak Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kaedah pendaraban Lattice dapat membantu murid mengatasi kesilapan dalam menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan nombor dua digit. Sampel kajian terdiri daripada 31 orang murid tahun lima daripada sebuah sekolah di daerah Kuala Langat. Kaedah pengumpulan data secara kuantitatif telah digunakan iaitu soal selidik, ujian pra, ujian pos dan borang semakan. Data dianalisis secara statistik diskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 18.0 for Windows(SPPS). Hasil dapatan menunjukkan tiga jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid sewaktu menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan nombor dua digit. Kumpul semula merupakan kesilapan yang paling dominan dilakukan oleh murid. Secara keseluruhannya, skor min bagi persepsi responden terhadap keberkesanan kaedah lattice adalah 4.18, iaitu pada tahap tinggi. Ini menunjukkan persepsi responden terhadap kaedah tersebut adalah positif. Hasil ujian-t menunjukkan nilai p = 0.847 pada aras signifikan p 0.05. Ini bermakna terdapat perbezaan skor murid yang menggunakan kaedah lazim dengan skor murid yang menggunakan kaedah Lattice 42

Keberkesanan Kaedah Pendaraban Lattice... 42-53 dalam menyelesaikan masalah darab nombor bulat dengan dua digit. Kaedah Lattice sangat membantu murid untuk mengurangkan kesilapan mengumpul semula semasa mendarab. Murid juga dilihat seronok membuat pengiraan darab menggunakan kaedah tersebut. Kaedah ini juga sesuai untuk diperkenalkan kepada murid di tahap satu. Kata Kunci kaedah Lattice, operasi darab, nombor bulat, sekolah rendah, kumpul semula nombor Abstract The purpose of this study is to observe to what extend the Lattice multiplication method can assist students to overcome the mistake of multiplying whole numbers with two-digit numbers. The sample consisted of 31 year five students from one of the schools in Kuala Langat. The instrument used to collect quantitative data is a questionnaire, and a pre and post-test, and a checklist. All the data were analysed using Statistical Package for Social Science Version 18.0 for Windows (SPPS). There are three types of errors frequently made by students in solving a whole number multiplication operation with two-digit numbers. Regrouping is the most dominant error committed by students. Overall, the mean score for students perception of the effectiveness of the lattice method is 4.18, which is ranked high. This shows that the students perception towards this method is positive. The t-test gives a value of p = 0.847 at a significant value of p 0.05. This shows that there is a significant difference in the students score. Lattice multiplication method and the convensional method.it can be concluded that this method is very helpful in assisting students to reduce the errors of regrouping during multiplication. The pupils also to have fun in doing the multiplication computation using this method and it is suitable to be introduced to students at level one. Keywords Lattice method, round numbers, multiplication, primary school, regrouping numbers PENGENALAN Matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam kehidupan seharian. Lantaran itu, matematik menjadi satu mata pelajaran yang mesti diajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kepentingan matematik adalah jelas dengan kedudukannya sebagai 43

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014 mata pelajaran teras dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Lulus matematik di peringkat kepujian adalah penting bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains, kejuruteraan, sains komputer, perubatan, seni bina dan sebagainya. Refleksi dan Pernyataan Masalah Topik Nombor Bulat merupakan topik pertama di dalam silibus matematik Tahun 5. Kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi di ajar dalam topik ini. Kemahiran tambah dan tolak boleh dikuasai oleh murid-murid dengan baik. Namun begitu, melalui pemerhatian secara rawak murid-murid menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran mendarab nombor bulat dengan nombor dua digit. Antara masalah yang dihadapi murid ialah mereka menghadapi kesukaran dalam proses menambah hasil darab menggunakan bentuk lazim. Mereka juga cuai dan tidak menguasai kemahiran mengingat fakta asas darab dengan baik. Penyelidik menyedari masalah ini, melalui pemeriksaan hasil kerja murid-murid di dalam buku latihan dan buku aktiviti mereka. Dapatan ini jejajar dengan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Zamatun (2011), di kebanyakan sekolah operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai murid. Kelemahan murid dalam menguasai kemahiran asas merupakan faktor yang paling berpengaruh. Ramai murid yang masih menunjukkan kesilapan dan keliru dalam operasi yang melibatkan kemahiran asas matematik (Sabri Ahmad, 2006). Hal ini tidak boleh dipandang ringan, kerana ia akan menghilangkan minat murid-murid terhadap matematik dan akan menjejaskan prestasi akademik mereka serta mendatangkan impak yang tidak baik terhadap prestasi akademik sekolah. Penyelidik telah memilih pendaraban kaedah Lattice sebagai kaedah yang hendak diuji untuk menangani masalah pendaraban nombor bulat dengan nombor dua digit yang dihadapi dihadapi oleh murid-muridnya. Kaedah ini dipilih sebagai alternatif dan intervensi kepada murid-murid dalam kajian ini kerana ia mengasingkan operasi pendaraban dan penambahan. Diharapkan kaedah yang diperkenalkan dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran mendarab nombor bulat dengan nombor dua digit, sekali gus dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. 44

OBJEKTIF KAJIAN Keberkesanan Kaedah Pendaraban Lattice... 42-53 Walaupun penyelidik telah dapat mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid dalam menyelesaikan masalah darab nombor bulat dengan nombor dua digit, namun penyelidik hanya memfokuskan kajian ini kepada masalah yang paling kerap dilakukan oleh murid. Di samping itu juga, penyelidik ingin melihat sama ada kaedah yang diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran darab dua digit ini dapat membantu murid atau tidak untuk mengurangkan kesilapan yang telah dikenalpasti. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh muridmurid sewaktu menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan nombor dua digit. Kajian ini juga bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran penyelidik sebagai guru matematik ke arah membantu murid-murid dalam mengatasi kesilapan yang telah dikenalpasti. SOALAN KAJIAN 1. Apakah kesilapan paling kerap dilakukan oleh murid-murid sewaktu menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan nombor dua digit? 2. Adakah kaedah pendaraban Lattice dapat mengatasi kesilapan yang telah dikesan dalam menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan nombor dua digit? TINJAUAN LITERATUR Matematik merupakan satu subjek yang perlu diberi penekanan sejajar dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan Wawasan 2020. Subjek teras ini juga mengukur kepada kejayaan negara. Menurut Siti Ana Hamdan (2007), penguasaan matematik boleh menjadi prasyarat kepada kejayaan negara mencapai negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat. Melalui penguasaan matematik, kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian dapat dipertingkatkan. Kaedah Lattice yang juga dikenali sebagai kaedah Kekisi merupakan satu kaedah alternatif kepada operasi pendaraban nombor lebih daripada satu digit dan jalan penyelesaiannya yang agak panjang. Kaedah Lattice dikatakan mudah dan cepat, kerana ia 45

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014 mengasingkan operasi pendaraban dan penambahan, menggunakan kotak-kotak yang memudahkan murid untuk menyusun digit-digit serta memerlukan pengumpulan semula hanya semasa melakukan penambahan (Nur Alina, 2010). Hal ini turut disokong oleh Nor Ain Md. Anuar dan Oon (2011) dalam kajian mereka yang menyatakan Pendaraban Kaedah Lattice dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pendaraban nombor besar terutamanya bagi murid yang lemah. Kaedah ini juga dikatakan dapat mengurangkan kesalahan murid ketika menyelesaikan soalan pendaraban. Wenyuan Gu (2001) daripada University State, Minnesot turut menyatakan perkara yang sama, iaitu Kaedah Lattice sangat membantu pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam menyelesaikan operasi darab panjang dengan mudah. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini bersifat kuantitatif melalui kajian tindakan untuk mengenal pasti keberkesanan pendaraban kaedah Lattice dalam mengatasi masalah pendaraban nombor bulat dengan nombor dua digit. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah dalam daerah Kuala Langat. Sampel kajian terdiri daripada 31 orang murid tahun lima. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah tugasan murid mengenai soalan mendarab nombor bulat dengan nombor dua digit, borang semakan tugasan, soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Bagi mengklasifikasikan hasil semakan ke atas jawapan muridmurid bagi mengenalpasti kesalahan yang kerap dilakukan untuk dicatatkan dalam borang semakan tugasan. Klasifikasi kesilapan menjawab soalan mendarab yang diberikan dirujuk melalui sorotan literatur dan saranan-saranan teori yang berkaitan dengan pembolehubah. Data ini dianalisa menggunakan statistik diskriptif dan dilaporkan dalam bentuk peratusan. Data daripada ujian pra, ujian pos, borang semakan dan soal selidik yang telah lengkap diisi, dikutip dan dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 18.0 for Windos (SPPS) bagi mendapatkan data yang tepat. Data yang dikumpul daripada set soalan ujian pra dan ujian pos ini dianalisis secara statistik diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan (f), mod, min dan sisihan piawai. Hasil analisis soal selidik dalam Bahagian A dan Bahagian B ditunjukkan dalam bentuk peratusan dan frekuensi. Untuk 46

Keberkesanan Kaedah Pendaraban Lattice... 42-53 menunjukkan tahap skor berdasarkan lima kategori jawapan yang diberi oleh responden secara terperinci, peratusannya ditunjukkan. Bagi menentukan perbezaan tahap prestasi ujian pra dan ujian pos, ujian-t digunakan. DAPATAN KAJIAN Kesilapan paling dominan yang dilakukan oleh murid Kesilapan paling dominan yang dilakukan oleh murid sewaktu menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan nombor dua digit menggunakan Kaedah Pendaraban Lazim telah dikenalpasti. Data diperoleh daripada hasil semakan ujian pra yang dijalankan ke atas murid Tahun 5 Maju. Data-data yang diperoleh adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 Analisa kesilapan yang paling dominan dalam pendaraban Bil Kesilapan Bil murid (f) Peratus(%) 1 Kumpul semula 23 74.2 2 Tidak hafal sifir 13 41.9 3 Nilai tempat 2 6.45 Jadual 1 menunjukkan jenis-jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan nombor dua digit. Kumpul semula merupakan jenis kesilapan yang paling dominan dilakukan oleh murid-murid sewaktu menyelesaikan operasi darab iaitu 74.2% bersamaan dengan 23 orang. Kesilapan kedua tertinggi yang dikenalpasti ialah tidak hafal sifir seramai 13 orang (41.9%) daripada 31 orang responden. Manakala, kesilapan meletakkan nombor pada nilai tempat pula mencatatkan jumlah sebanyak 6.45% sahaja. 47

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014 Jadual 2 Jenis-jenis kesalahan yang dikenalpasti Jenis Kesalahan Ujian Pra (Bentuk Lazim) Ulasan 1. Kumpul semula Responden salah sewaktu mengumpul semula hasil darab. Responden keliru sewaktu menambah kerana nombor yang dikumpul di atas nombor soalan kelihatan agak serabut. 2. Tidak hafal sifir Responden tidak hafal sifir 9 atau 8. 8 9 = 72 3. Nilai Tempat Responden salah meletakkan hasil darab pada rumah nombor yang sepatutnya. Responden tidak menulis hasil darab 9 5 = 45, menyebabkan hasil darab 3 5=15 tidak diletak pada nilai tempat yang sepatutnya. 48

Keberkesanan Kaedah Pendaraban Lattice... 42-53 Berdasarkan Jadual 2, responden melakukan kesilapan sewaktu mengumpul semula bagi hasil darab yang kedua. Pertindihan digit berlaku kerana kedudukan nombor yang dikumpul mengelirukan responden sewaktu menambah hasil darab. Tidak mengingat fakta asas darab sememangnya akan menyukarkan responden untuk menyelesaikan masalah darab. Asas darab merupakan asas yang paling penting dalam matematik. Murid-murid yang kurang mahir dalam mencongak fakta asas darab akan menyebabkan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan. Seterusnya, kesilapan meletak digit pada nilai tempat yang betul dalam bentuk lazim. Hal ini disebabkan oleh sikap responden yang cuai dan gopoh semasa melakukan pengiraan. Ada dalam kalangan responden yang tahu sifir atau fakta asas darab dengan baik, namun disebabkan oleh sikap gopoh dan cuai, mereka silap meletakkan nombor pada nilai tempat yang sepatutnya. Keberkesanan Kaedah Lattice Mengurangkan Kesilapan yang Dominan Perbandingan dilihat bagi tiga kesalahan yang telah dikenalpasti oleh penyelidik iaitu kesalahan kumpul semula, tidak hafal sifir dan salah meletakkan hasil darab pada nilai tempat yang betul. Jika sebelum ini, responden keliru sewaktu mendarab yang melibatkan pengumpulan kerana nombor yang dikumpul di atas nombor soalan kelihatan agak serabut namun dengan menggunakan kaedah Lattice responden dapat memperbaiki kesilapan tersebut. Dalam kaedah Lattice, operasi pendaraban dan penambahan diasingkan kepada proses yang lebih kecil dan mudah. Rajah 1 Perbandingan kumpul semula hasil darab di antara dua kaedah 49

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014 Rajah 1 menunjukkan perbandingan antara dua kaedah menyelesaikan soalan darab nombor bulat dengan nombor dua digit yang melibatkan kumpul semula. Kaedah lazim memerlukan murid mendarab dan menambah hasil darab yang di kumpul semula dalam satu masa. Manakala dalam kaedah Lattice, responden perlu melakukan operasi darab terlebih dahulu dan menambahkan hasil darab kemudian. Hasil darab ditulis pada kotak kekisi yang diwakili oleh nilai sa pada bahagian bawah dan nilai puluh pada bahagian atas. Ianya memudahkan responden untuk melakukan pengiraan satu persatu dan mengurangkan rasa fobia responden untuk melakukan pendaraban yang panjang apabila mendarab nombor bulat yang nilainya agak besar dengan nombor lebih dari satu digit. Ujian Pra dan Ujian Pos Jadual 3 Statistik ujian-t antara ujian pra dan ujian pos bagi murid Tahun 5 Maju Ujian Bilangan Sampel, N Min Skor Sisihan Piawai Nilai t Nilai Signifikan, P (2-hujung) Pra 31 4.06 1.843 0.195 0.847 Pos 31 9.06 0.814 34.647 0.000 Jadual 3 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada min skor ujian pra, (min=4.06, sp=1.843) dan ujian pos (min=9.06, sp=0.814). Perbezaan nilai min skor ujian pra dan ujian pos mengalami peningkatan sebanyak 5.0. Perbezaan yang agak besar ini menunjukkan terdapat peningkatan antara skor yang diperoleh oleh responden sebelum menggunakan Kaedah Pendaraban Lattice dan selepas menggunakan Kaedah Pendaraban Lattice. Oleh yang demikian, dapatlah dinyatakan di sini bahawa Kaedah Pendaraban Lattice dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan nombor dua digit. Kaedah ini juga mampu menjadi satu kaedah alternatif untuk meningkatkan kemahiran mendarab nombor bulat dengan nombor dua digit. Dalam Kaedah Lattice, pengiraan antara darab dan tambah dilakukan berasingan. Menambah dan kumpul semula dilakukan mengikut setiap lorong dapat mengurangkan kesilapan yang dilakukan 50

Keberkesanan Kaedah Pendaraban Lattice... 42-53 oleh responden. Hal ini telah mendorong minat murid-murid untuk menyelesaikan kira darab dengan nombor lebih daripada satu digit. Kaedah ini juga mudah untuk murid-murid menyemak semula kesilapan yang dilakukan apabila jawapan akhir salah. REFLEKSI KAJIAN DAN KESIMPULAN Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah pendaraban Lattice sangat membantu murid-murid untuk mengurangkan kesilapan mengumpul semula semasa mendarab. Kaedah ini juga dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran murid dalam mendarab nombor bulat dengan nombor lebih daripada satu digit. Selain daripada itu, Kaedah Pendaraban Lattice secara amnya atau apa sahaja kaedah yang diperkenalkan bukan menjadi faktor utama yang mempengaruhi pencapaian murid dalam menyelesaikan operasi darab. Pencapaian murid boleh dipengaruhi oleh pelbagai aspek seperti latar belakang murid itu sendiri ataupun gaya pembelajaran mereka. Tahap kecerdasan seseorang murid juga memainkan peranan dalam menentukan pencapaian mereka di dalam akademik. Kemahiran mengingat fakta asas darab dengan baik juga boleh mempengaruhi pencapaian murid di dalam menyelesaikan operasi darab. Ini kerana, fakta asas darab adalah nadi kepada kemahiran Matematik yang lain. Sekiranya murid tidak dapat mengingat fakta asas darab dengan baik, ini akan mengganggu proses pengiraan. Hal ini disokong oleh Mohd Zain Mukmin (1984), kelemahan pelajar di dalam matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab. Apabila fakta asas darab dikuasai, matematik akan menjadi satu mata pelajaran yang mudah. Dalam hal ini Ann Dowker (2004) turut mengatakan perkara yang sama: Despite such variable patterns of strengths and weakness, some areas of arithmetic do appear to create more problems than others for children. One of the areas most commonly found to create difficulties is memory for arithmetical facts. 51

Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014 RUJUKAN Abdul Fatah Hj Mohamad. (1994). Sebab-sebab kelemahan pelajar Bumiputera dalam matematik. Kuala Lumpur: Yayasan Pelajaran Mara. Azri Aziz. (1994). Teknik ingatan untuk pelajar: Siri pelajar cemerlang. Kuala Lumpur: Quantum Learning. Barwell,R. (2009). Teaching and learning mathematics in multilingual classroom. In search for theories in mathematics education: Proceeding of 33rd Conference of National Group for The Psychology of Mathematics Education. Chan Yaw Jong. (2011). Penggunaan kotak ajaib dan Lattice dalam meningkatkan penguasaan pendaraban murid tahun lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL (hlm. 206-220). Sarawak: IPG Kampus Batu Lintang. Dowker, A. (2004). What works for children with mathematical difficulties? UK: University of Oxford. Mohd Najib Abd Ghaffar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Nooriza Kassim. (2001). Proses metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Norliza Zaini & Effandi Zakaria. (2007). Konsep dalam matematik. Dalam N. M. Effandi Zakaria, Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik (hlm. 148-157). Kuala Lumpur: Utusan Publication. Nor Ain Anuar & Oon Boey Lay. (2011). Sejauh manakah penggunaan kaedah Lattice dapat membantu murid tahun 4 menguasai pendaraban nombor besar. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Matematik (Sekolah Rendah) (hlm. 53-58). Kuala Lumpur: IPG Kampus Pendidikan Teknik. Nor Syuhada Samsudin & Lee Lay Hwa. (2011). Kaedah pendaraban Lattice dalam pendaraban nombor bulat dengan nombor dua digit untuk Tahun 5 (Proses mengumpul semula). Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Matematik (Sekolah Rendah) (hlm. 5-9). Kuala Lumpur: IPG Kampus Pendidikan Teknik. Nur Alina Syuhada Abd Rahim & Aziz Omar. (2010). Meningkatkan kemahiran mendarab dengan nombor dua digit secara mengumpul semula menggunakan Kaedah Lattice bagi murid tahun 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP (hlm. 88-92). Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Sabri Ahmad. (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik. In T. Z. Sabri Ahmad, Isu-isu dalam pendidikan matematik (pp. 1-17). Kuala Lumpur: Utusan Publication. Suzeini Abdul Halim & Daud Yahya. (1994). Strategi peningkatan minat pelajar bumiputera dalam bidang matematik. Kuala Lumpur: Yayasan Pelajaran Mara. BIBLIOGRAPHY \l 17417 52

Keberkesanan Kaedah Pendaraban Lattice... 42-53 Wen Yuan Gu. (2001). The Lattice method used in teaching multiplication with whole numbers and decimals to students with learning disabilities. Retrieved 12 Ogos, 2013, from http://files.eric.ed.gov/fulltext/ ED457000.pdf Zamatun Nasrah Marwan. (2011). Meningkat penguasaan murid dalam operasi darab nombor tiga digit dengan dua digit melibatkan pengumpulan semula. Kuala Lumpur: Open Universiti. 53