INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PUSAT BAHASA MELAYU SINGAPURA KEMENTERIAN PENDIDIKAN SINGAPURA
Cetakan 2011 Hak cipta terpelihara 2011 Pusat Bahasa Melayu Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta buku ini. ISBN 978-981-08-8330-0 Diterbitkan oleh: Pusat Bahasa Melayu Singapura Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Singapura Dicetak oleh: Kato Printing and Copy Services Blok 8 Lorong 7 Toa Payoh #05-285 Singapura 31008 Catatan Pendapat dan pandangan yang terkandung dalam kumpulan laporan ini adalah berdasarkan pengalaman para guru semasa menjalankan Program Kurikulum Berasaskan Sekolah di sekolah masing-masing.
Kandungan Sekapur Sirih 1 Program Wartawan Cilik Sekolah Rendah Beacon Program Dikir Barat Dalam Darjah Sekolah Rendah Canberra Program Akhbar Dalam Darjah Sekolah Rendah Concord Program Sastera Pelbagai Budaya Sekolah Rendah Endeavour Program Kembara Pembelajaran Sekolah Mee Toh Program Yok Kita Teroka! Sekolah Rendah Pei Tong Program Penulis Cilik Sekolah Rendah Peiying Program Rentas Cipta Sekolah Rendah Unity Program Bahasa Melalui Muzik@Muzik Boomz! Sekolah Rendah Yangzheng 3 20 46 67 87 107 130 152 179 Penghargaan 200
Sekapur Sirih A key insight of the 2010 Mother Tongue Language (MTL) Review is that language is best learnt when the learners are taught to use the language in an active and interactive manner in real-life settings. MTL teachers will thus need to use teaching strategies and resources that provide students with opportunities that go beyond listening, speaking, reading and writing to include students being able to use combination of these skills for interactive communication. MTL teachers will also explore and organise out-of-class and outside-school programmes to expand the scope for students to learn and to use their MTL, as well as to appreciate the culture. The Malay Language teachers have been developing their own schoolbased curriculum innovations to enhance their students engagement and enjoyment as well as to customise to their interests and needs. Teachers have also gone beyond exploring effective teaching and learning strategies to consider holistic assessment strategies that would support their students learning. There is increased use of formative assessment, use of ICT and provision of useful feedback to students. The sharing by the nine primary schools that have embarked on their school-based curriculum innovation journey will reveal interesting findings and useful ideas for the Malay Language fraternity. I am confident that as a result of the sharing, many schools will be encouraged to embark on their own curriculum innovation. This publication will serve as a useful guide for teachers to plan and implement school-based curriculum innovation for Malay Language. The Malay Language Centre of Singapore and Master Teachers will continue to render their support and guidance to schools in their pursuit of excellence in the teaching, learning and assessment of Malay Language. Ms Low Khah Gek Director Curriculum Planning and Development Division
Sekapur Sirih Sistem pendidikan negara kita memberikan banyak ruang dan peluang kepada guru dan sekolah untuk lebih kreatif dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu perubahan utama yang telah dilaksanakan adalah dengan memberikan peruntukan ruang putih kepada guru untuk membina dan melaksanakan program Kurikulum Berasaskan Sekolah (KBS) yang selaras dengan keperluan dan minat pembelajaran murid serta tukikan sekolah. Pusat Bahasa Melayu Singapura dan Unit Bahasa Melayu, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Singapura telah menerbitkan Buku Panduan Kurikulum Berasaskan Sekolah pada tahun 2010. Buku tersebut memberikan panduan secara tuntas tentang usaha-usaha yang perlu dijalankan oleh guru semasa merancang, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai keberkesanan program KBS di sekolah. Lanjutan daripada usaha itu, Guru Pakar Pusat Bahasa Melayu Singapura telah bekerjasama dengan sembilan buah sekolah perintis bagi membimbing guru dalam membina dan melaksanakan program KBS di sekolah masingmasing. Setiap sekolah telah menjalani proses yang disarankan dan merekodkan pengalaman dan pengamatan para guru. Hasilnya, Pusat Bahasa Melayu Singapura telah menerbitkan buku Kurikulum Berasaskan Sekolah: Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, dan seterusnya menganjurkan sesi perkongsian profesional bagi para guru yang lain. Pusat Bahasa Melayu Singapura berharap lebih ramai guru yang akan membina dan melaksanakan KBS secara berstruktur dan tersusun bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Mohamed Noh Daipi Pengarah Pusat Bahasa Melayu Singapura, dan Penolong Pengarah Bahasa Ibunda Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum