PENGGUNAAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH ZON BENUT

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

Faculty Of Information and Communication Technology

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

Transcription:

PENGGUNAAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH ZON BENUT Siti Aminah Sallehin & Fazlinda binti Ab Halim Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia Email: sitiaminahsallehin@gmail.com, fazlin@uthm.edu.my Abstrak Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah terbukti dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (pdp). Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam kalangan guru serta persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam pdp. Seramai 40 orang guru teknik dan vokasional di lima buah sekolah menengah zon Benut telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Analisis data adalah menggunakan perisian Statistical For Social Science (SPSS) Versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia adalah sederhana. Manakala persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia adalah positif. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan bahawa walaupun guru mempunyai persepsi yang positif terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia namun tahap penggunaannya masih di peringkat sederhana. Ini menunjukkan bahawa inisiatif atau kesedaran dalam penggunaan ABBM berasaskan multimedia perlu ditingkatkan. Kata kunci: ABBM, multimedia, persepsi, faktor-faktor penggunaan 1.0 PENGENALAN Dunia pendidikan tanah air telah mengalami transformasi yang sangat membanggakan. Kerajaan telah mengambil pelbagai usaha untuk memartabatkan pendidikan negara setaraf dengan pendidikan di peringkat antarabangsa. Antara yang diberi perhatian adalah pengajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Penggunaaan TMK kini semakin luas digunakan terutamanya di peringkat global. Penggunaan TMK dalam kehidupan harian juga menyebabkan semakin ramai yang menyedari kepentingan TMK kerana segala maklumat boleh diakses hanya dengan menggunakan hujung jari. (Ahmad, 2011). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan penggunaan TMK agar proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih berkesan. Permulaan usaha murni KPM dalam memperkenalkan pengunaan TMK dalam pengajaran adalah melalui program pengenalan kepada komputer pada tahun 1986, projek literasi komputer pada tahun 1992, projek Pelajaran Berbantukan Komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 untuk sekolah menengah dan sekolah rendah, dan sekolah bestari pada tahun 1999 (Ali, 2009). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 ada menyatakan bahawa program pembestarian sekolah kebangsaan akan terus diperkasakan. Melalui program pembestarian ini, setiap sekolah yang terlibat akan menggunakantmksepenuhnya dalam P&P di sekolah. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, KPM telah memberi kemudahan infrastruktur kepada sekolah seperti makmal komputer, perkakasan komputer, komputer riba, projektor LCD dan latihan sokongan untuk membantu guru menggunakan TMK dalam P&P.Menurut Laporan Tahunan 2015, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025, KPM telah meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dengan menaik taraf infrastruktur TMK. Melalui program inisiatif 1 Bestari Net pada tahun 2013, KPM berusaha menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada setiap sekolah di seluruh negara. Sehingga tahun 2015, sebanyak 6,695 buah sekolah telah dirangkaikan dengan akses internet berkelajuan tinggi, manakala 2,245 buah sekolah lagi dirangkaikan dengan menggunakan teknologi Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL) atau Very Small Aperture Terminal (VSAT). Walaupun terdapat banyak kajian yang dijalankan menunjukkan kelebihan penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P, namun tahap penggunaan ICT dan multimedia masih di paras sederhana. Kenyataan ini disokong oleh kajian Othman, (2015) yang menyatakan bahawa penggunaan ABBM berbantukan komputer dikalangan 59 orang guru kemahiran hidup adalah pada tahap sederhana walaupun mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ABBM berbantukan komputer dalam P&P. Manakala kajian Aziz, (2013) menunjukkan tahap penggunaan ICT di kalangan guru sekolah menengah agama adalah sederhana walaupun kesediaan guru adalah tinggi terhadap penggunaan ICT dalam P&P. Oleh itu, kajian ini dijalankan untukmeninjau tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam kalangan guru serta persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam pdp. 2.0 KAJIAN LITERATUR Pelbagai langkah diambil oleh KPM dalam memperkasakan ICT dalam P&P menunjukkan bahawa ICT merupakan suatu alternatif yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran walaupun tidak dinafikan setiap perlaksanaan suatu teknologi yang baru pasti akan ada cabarannya. Penyataan ini disokong dengan kajian Vebrianto & Osman, (2012) yang menyatakan bahawa kaedah pengajaran berbantukan alat bahan bantu mengajar berasaskan multimedia telah memberikan kesan positif terhadap perkembangan kemahiran proses Sains dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah di Riau Indonesia. Manakala menurut (Sidek, 2012), penggunaan alat bahan bantu mengajar telah memberikan kesan kepada pembelajaran subjek Geografi di kelas. Kamarudin Ibrahim, (2013) menyatakan bahawa penggunaan ABBM berasaskan multimedia dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam memahami subjek Bahasa Arab. Seterusnya menurut Anas, (2013), penggunaan media pengajaran berasaskan multimedia bukan sahaja akan menjadikan P&P lebih menarik dan berkesan, malahan sesi pengajaran juga akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Justeru penggunaan ABBM berasaskan multimedia merupakan suatu pendekatan yang lebih moden dalam meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan beberapa dekad yang lalu. Salleh (2007)menyatakan bahawa pelajar sebenarnya lebih tertarik kepada pendekatan pengajaran yang lebih interaktif dan berbeza dengan kaedah tradisional yang hanya berpusatkan pada guru semata-mata. Antara transformasi yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan mutimedia sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM). ABBM amat penting dalam proses P&P kerana dapat menyampaikan isi pengajaran dengan lebih jelas dan mudah difahami. Anas, (2013). Menurut Mohamad &Musa, (2013) ABBM terbahagi kepada dua kategori iaitu elektronik dan bukan elektronik. Contoh bagi kategori elektronik adalah radio, televisyen, projektor slaid, video dan alat berbantukan komputer. Manakala kategori bukan elektronik terdiri dari adalah kad imbasan, model, jurnal, gambar, dan majalah yang berkaitan dengan pengajaran yang diajar. Manakala menurut Savage & Vogel (2013), multimedia merupakan suatu istilah moden yang bermaksud gabungan proses pembangunan dan penghantaran maklumat dalam bentuk audio, video, grafik, teks, imej dan animasi menggunakan peranti digital. Penggunaan elemen multimedia seperti teks, audio, video, animasi, grafik, gambar dan animasi yang

interaktif dapat merangsang minat pelajar untuk mengikuti P&P(Ibrahim, 2013, Vebrianto, & Osman, 2012, Basiron, 2012, Rashidi, 2009). 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Populasi kajian ini terdiri daripada 44 orang guru yang mengajar matapelajaran teknik dan vokasional di lima buah sekolah menengah di zon Benut. Saiz sampel bagi kajian ini ditetapkan berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970), di mana jika populasi (N) seramai 44 orang, anggaran saiz sampel (S) ialah 40 orang.maklumat-maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik diproses dan di analisis menggunakan program Statistical Package For The Social Science 22.0 (SPSS 22.0). 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Tahap penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Secara keseluruhan, hampir semua item pada bahagian ini mempunyai nilai skor min yang sederhana iaitu antara 2.45 hingga 3.45. Manakala nilai skor min tertinggi 3.95 dicatatkan oleh item B2 iaitu mencari maklumat dalam internet. Bagi item B10 iaitu menggunakan CD pembelajaran interaktif dalam P&P mencatatkan nilai skor min paling rendah sebanyak 2.33. Bagi item B13 iaitu penggunaan VLE Frog untuk berkongsi bahan pembelajaran dengan murid juga mencatatkan nilai skor min yang rendah sebanyak 2.25 sahaja. Berdasarkan Jadual 3.2, didapati nilai skor min keseluruhan bagi tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P pada tahap yang sederhana iaitu 2.99. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana. Jadual 1: Tahap Penggunaan ABBM Berasaskan Multimedia Dalam P&P Bil Item Min Sisihan Tahap Piawai Saya. B1 menggunakan ICT dalam menghasilkan ABBM 3.23 0.70 Sederhana berasaskan multimedia B2 mencari maklumat dalam internet 3.95 0.88 Tinggi B3 membaca dan menghantar e-mail 3.38 0.98 Sederhana B4 memainkan video yang berkaitan semasa P&P 2.83 0.98 Sederhana bagi menarik minat murid B5 menggunakan perisian kursus (coursework) 2.78 0.97 Sederhana dalam proses P&P B6 menggunakan slaid PowerPoint dalam P&P 3.03 0.92 Sederhana B7 mengintegrasikan pelbagai penggunaan bahan multimedia (komputer, video presenter, LCD projector dll) 3.43 0.93 Sederhana B8 mengamalkan pembelajaran dalam networking 2.83 1.11 Sederhana (chat, perbincangan, forum dalam my guru dll) B9 memuat turun fail (download file) 3.78 0.86 Tinggi B10 menggunakan CD pembelajaran interaktif 2.3 0.97 Rendah dalam P&P B11 memuat naik (upload) nota berkaitan 2.45 1.38 Sederhana

B12 B13 pengajaran ke laman sosial saya sebagai rujukan menggunakan e-book untuk mencari maklumat 2.53 1.01 Sederhana pengajaran menggunakan VLE-frog untuk berkongsi bahan 2.25 1.01 Rendah pembelajaran kepada murid Nilai Skor Min Keseluruhan 2.99 4.2 Persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P Berdasarkan Jadual 2, keseluruhan item mencatatkan nilai skor min yang tinggi iaitu antara 4.1 hingga 4.4. Oleh itu, nilai skor min tersebut membuktikan bahawa guru mempunyai persepsi yang sangat tinggi terhadap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P. Terdapat 3 item yang mencatatkan nilai skor min tertinggi iaitu item C15, C16 dan C19 dengan skor min 4.4. Item ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P, guru berasa pencarian maklumat menjadi lebih mudah, penjelasan sesuatu topik lebih mudah kerana boleh menggunakan video dan animasi yang lebih realistik berbanding hanya penerangan semata-mata dan guru lebih yakin kerana penggunaan ABBM dapat meningkatkan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Hasil analisis data menunjukkan bahawa nilai skor min keseluruhan persepsi guru terhadap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P teknik dan vokasional di lima buah sekolah menengah zon Benut adalah sangat tinggi iaitu 4.23. Jadual 2: Persepsi Guru Terhadap Kepentingan Penggunaan ABBM Berasaskan Multimedia Dalam P&P Bil Item Min Sisihan Tahap Piawai C14 perancangan sesi P&P lebih lancar 4.30 0.56 Tinggi C15 pencarian maklumat lebih mudah 4.4 0.50 Tinggi C16 penjelasan sesuatu topik lebih mudah kerana 4.4 0.55 Tinggi boleh menggunakan video dan animasi yang lebih realistik berbanding hanya penerangan semata-mata C17 masa mengajar lebih jimat dan silibus dapat 4.1 0.71 Tinggi dihabiskan mengikut tempoh yang ditetapkan C18 kecekapan dan profesionalisme saya semakin 4.15 0.58 Tinggi meningkat C19 lebih yakin kerana penggunaan ABBM dapat 4.28 0.51 Tinggi meningkatkan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran C20 P & P lebih seronok dan menarik 4.4 0.59 Tinggi C21 kreativiti guru akan bertambah dalam 4.15 0.92 Tinggi menyediakan ABBM C22 latihan dan kuiz dapat diberi dengan mudah 4.28 0.64 Tinggi C23 imej dan teks dapat disalin dengan mudah 4.35 0.53 Tinggi menggunakan multimedia berasaskan komputer C24 motivasi guru akan meningkat 4.28 0.60 Tinggi C25 lebih mengikuti trend terkini dalam P&P 4.33 0.57 Tinggi Nilai Skor Min Keseluruhan 4.23

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P Perkara pertama yang dilihat oleh pengkaji ialah tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P. Secara keseluruhannya tahap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P adalah sederhana. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Aziz (2013) yang menunjukkan tahap penggunaan ICT di kalangan guru sekolah agama adalah pada tahap sederhana. Kajian Masood (2003) juga menunjukkan bahawa penggunaan komputer masih kurang dalam P&P kerana kekurangan perisian komputer yang sesuai dan selesa menggunakan kaedah tradisional. Berdasarkan dapatan kajian ini, guru mempunyai tahap yang tinggi dalam pencarian maklumat di internet dan kerap memuat turun fail dari internet untuk tujuan P&P. Bagi penggunaan ABBM berasaskan multimedia yang berada pada tahap sederhana adalah seperti guru menggunakan ICT dalam menghasilkan ABBM berasaskan multimedia, membaca dan menghantar email serta memainkan video yang berkaitan bagi menarik minat murid. Guru juga menggunakan perisian kursus (courseware) dalam P&P, menggunakan slide Power Point, mengintegrasikan pelbagai penggunaan bahan multimedia seperti komputer, video presenter, dan LCD projector agar P&P menjadi lebih menarik. Guru juga mengamalkan pembelajaran dalam rangkaian (networking) seperti chat, perbincangan dan forum menggunakan akses internet. Selain itu, guru didapati memuat naik nota berkaitan pengajaran ke laman sosial sebagai rujukan. Guru juga menggunakan e-book untuk mencari maklumat pengajaran. Manakala penggunaan ABBM berasaskan multimedia yang paling rendah adalah menggunakan CD interaktif dalam P&P dan VLE-Frog untuk berkongsi bahan pembelajaran dengan murid. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran teknik dan vokasional di lima buah sekolah menengah zon Benut telah menunjukkan bahawa mereka menggunakan pendekatan pengajaran yang mengikut teknologi semasa walaupun tidak secara intensif. 5.2 Persepsi Guru Terhadap Kepentingan Penggunaan ABBM Berasaskan Multimedia Dalam P&P Berdasarkan dapatan kajian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran teknik dan vokasional di lima buah sekolah menengah zon Benut mempunyai persepsi yang sangat tinggi terhadap penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P. Kajian ini selari dengan dapatan kajian Mohd Amin & Chiew (2010), Ahmad & Tamuri (2010), Aladdin (2004) dan Othman (2015). Hampir keseluruhan guru menganggap bahawa penggunaan ABBM berasaskan multimedia akan menjadikan perancangan sesi P&P berjalan lebih lancar dan pencarian maklumat menjadi lebih mudah. Selain itu, guru juga beranggapan bahawa penjelasan sesuatu topik akan menjadi lebih mudah apabila menggunakan video dan animasi yang lebih realistik berbanding hanya penerangan semata-mata. Masa mengajar juga dapat dijimatkan dan silibus akan dapat diajar mengikut tempoh yang ditetapkan. Guru juga beranggapan dengan menggunakan ABBM berasaskan multimedia juga akan meningkatan kecekapan dan profesionalisme semakin meningkat kerana mereka lebih yakin apabila mahir menggunakan ABBM. Guru juga berasa P&P menjadi lebih seronok dan kreativiti guru akan meningkat semasa menyediakan ABBM berasaskan multimedia. Di samping itu dengan menggunakan multimedia guru berasa latihan dan kuiz akan dapat diberi dengan mudah. Motivasi guru akan meningkat dan dianggap mengikuti trend terkini apabila menggunakan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P. Dapatan ini menunjukkan bahawa keseluruhan guru-guru bersetuju bahawa ABBM berasaskan multimedia mempunyai banyak kelebihan dan dapat membantu proses P&P berjalan dengan lebih lancar dan menarik.

6.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa amalan penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Walaupun dapatan kajian menunjukkan guru mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi terhadap penggunaan ABBM berasaskan multimedia namun tahap penggunaan masih tidak memuaskan. Faktor ini mungkin didorong oleh faktor lain seperti kemudahan ICT yang tidak mencukupi. Kemudahan ICT merupakan faktor penting yang perlu diberi perhatian memandangkan guru-guru boleh menggunakannya dengan baik semasa P&P dijalankan. Namun jika kemudahan ICT tidak mencukupi, maka usaha untuk memperkasakan penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P tidak akan berhasil. Selain itu guru juga hendaklah sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT agar tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi yang sentiasa berubah-ubah mengikut trend yang terkini. Kenyatan ini disokong oleh Omar (2014), menyatakan bahawa terdapat dikalangan guru-guru yang masih lagi tidak berminat dengan penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P mereka. Hal ini disebabkan guru mempunyai sikap dan kepercayaan sendiri terhadap amalan yang dilakukan dalam P&P. Namun begitu, sesetengah guru akan berasa risau dan tidak selesa setiap kali sesuatu bahan atau alat ICT itu diperkenalkan dalam pendidikan walaupun penggunaan ICT dalam P&P sudah lama diperkenalkan. Perkara ini berlaku disebabkan realiti P&P di sekolah jauh berbeza daripada apa yang disarankan oleh kurikulum kerana guru tersebut tidak bersedia untuk berinovasi dalam melaksanakan kurikulum yang baharu (Mohamed Noh et. al.,2013). Justeru itu, masih terdapat lagi sikap guru yang tidak terbuka terhadap perubahan-perubahan mendatang yang menyebabkan guru tidak bersedia untuk menyediakan dan menggunakan ABBM berasaskan multimedia dalam P&P. Diharapkan dapatan kajian dan cadangan-cadangan yang akan dikemukakan dalam subtopik yang seterusnya akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang berkenaan. Oleh yang demikian, tindakan susulan perlu segera dilaksanakan untuk membuktikan bahawa kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam bidang pendidikan. Secara keseluruhannya kajian yang dijalankan telah berjaya menjawab segala persoalan yang timbul. Pengkaji mengharapkan agar kajian ini juga akan dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan untuk meningkatkan usaha bagi tujuan penambahbaikan dan menarik taraf kemudahan ICT yang sedia ada di sekolah. Pengkaji juga berharap kajian-kajian seperti ini akan dapat diteruskan untuk memastikan profesionalisme guru sentiasa diberi perhatian. Rujukan Ahmad, A. et.al. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Bil. 7, 14-24. Ahmad, A. R. (2011). Kepentingan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.http://www.flashkitech.com/?p=501. 10 Mac 2017 Ali, H. (2009), Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia Ahmad, S.F &Tamuri,A.H. (2010). Persepsi Guru Terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaram j-qaf. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2), 2010 53-64 Amin, N. M. F & Chiew, K. W. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Universiti Teknologi Malaysia

Anas, M. (2013). Pengaruh Penggunaan Media Audio Visual Terhadap pembelajaran Sholat Untuk Meningkatkan Motivasi Belajar Peserta Didik di MIN Beji. Sidoarjo : Universitas Muhammadiyah Aziz, S. M. (2013). Kesediaan Guru Sekolah Menengah Agama Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Laporan Projek Sarjana Basiron, I. (2012). Kesan Kaedah Pengajaran Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Seni Visual, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Laporan Projek Sarjana. Hashim (2002). Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Berasaskan Grafik Interaktif: Sistem Tutoran Matematik Bumi Sebagai Sfera. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Teknologi Maklumat Ibrahim, K. (2013). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) Berasaskan Multimedia Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab J-QAF Di Daerah Muar. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: laporan Projek Sarjana Muda Ibrahim, N. H. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Mc Graw Hill Education Malaysia Sdn. Bhd. Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur Ismail Gani, A. W. et. al. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006 Isnin, A. R. (2013). Penggunaan Web Video Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Batu Pahat. Universiti Tun Hussein Onn: Laporan Projek Sarjana. Jimoyiannis, A.& Komis, V. (2006). Factors Affecting Teachers Views And Perceptions Of ICT In Education. IADIS International Conference e-society (pp. 136-143). Dublin, Ireland: IADIS. Kementerian Pendidikan Malaysia (2014) Kad Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014, Kejayaan dan Pencapaian. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012) Laporan Tahunan 2012. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan Tahunan 2015.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kleiman, G. M. (2000). Myths And Realities About Technology In K-12 Schools, Leadership And The New Technologies. Diperolehi daripada: http://www.edc.org/lnt/news/issue14/feature.html. 13 Mac 2017 Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka Krejie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational and Psychological Measurement,30 (3), 607-610 Manan, I. (2010). Dasar-Dasar Sosial Budaya Pendidikan, Antropologi Pendidikan. Jakarta: P2LPTK.