KEBERKESANAN PENGGUNAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH TERHADAP PEROLEHAN KEMAHIRAN MENGINFERENS DALAM TOPIK NUTRISI

Similar documents
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Faculty Of Information and Communication Technology

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

Transcription:

Pendidikan Sains 77 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH TERHADAP PEROLEHAN KEMAHIRAN MENGINFERENS DALAM TOPIK NUTRISI Noor Fadzilah binti Aris 1 Shakinaz binti Desa 2 1 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak : noorfadzilaharis@gmail.com Diterima untuk diterbitkan pada: 1 Mei 2012 Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) terhadap perolehan kemahiran menginferens dalam topik Nutrisi bagi subjek Biologi berbanding kaedah pengajaran sedia ada (PS). Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 80 orang pelajar tingkatan 4 iaitu 40 orang dalam Kumpulan Eksperimen (KE) dengan kaedah pengajaran PBM dan 40 orang dalam Kumpulan Kawalan (KK) dengan kaedah pengajaran sedia ada (PS) dan seorang guru Biologi dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian pencapaian yang diberi kepada kedua-dua kumpulan pelajar yang terlibat. Dapatan kajian bagi kemahiran proses sains menginferens menunjukkan kemahiran menginferens pelajar yang mengikuti PBM adalah lebih tinggi dan signifikan pada aras p<.05 jika dibandingkan dengan kemahiran menginferens pelajar-pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran sedia ada. Kesimpulannya, pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dapat meningkatkan perolehan kemahiran menginferens dalam topik Nutrisi. PENGENALAN Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Masalah, menginferens Anjakan paradigma di dalam bidang pendidikan amat diperlukan terutama bagi menunaikan salah satu cabaran wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Pendekatan kaedah pengajaran yang memudahkan pelajar menguasai kemahiran proses sains sentiasa diaplikasikan dalam mencapai hasrat melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis. Sukatan pelajaran Sains yang disemak semula secara berperingkat menekankan kepada pembelajaran berfikrah yang merupakan satu proses pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan sikap saintifik dan nilai murni yang dapat mengembangkan minda seorang pelajar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan (Asiah, 2005). Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran

Pendidikan Sains 78 Sains menggalakkan sikap saintifik dan nilai murni termasuk semangat ingin tahu, berfikiran terbuka serta tabah. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007).. Kurikulum sains di Malaysia menekankan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Penekanan aspek-aspek ini digariskan secara eksplisit dalam dokumen kurikulum (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Kemahiran saintifik meliputi kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains ialah kemahiran intelek yang digunakan untuk merancang dan menjalankan penyiasatan sains. Ia merupakan satu kemahiran mental yang boleh digeneralisasikan dan dipindahkan kepada situasi yang lain. Kemahiran proses sains adalah berfaedah kepada pelajar kerana ia dapat diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah seharian. Bagi mendorong kanak-kanak mencapai pemahaman dalam bidang sains, terdapat tiga perkara yang penting dan harus diambil perhatian yang serius. Pertama ialah menyediakan suasana pembelajaran yang bermakna untuk para pelajar. Kedua ialah menggalakkan kanakkanak untuk membuat keputusan. Ketiga ialah memberikan kesempatan untuk membolehkan kanak-kanak menghalusi pemahaman mereka dengan cara saling bertukar pendapat sesama mereka (Poh Swee Hiang, 2003). Savin-Beden (2007) mendapati bahawa pendekatan PBM telah digunapakai secara meluas di semua peringkat persekolahan dan pengajian tinggi. Ia bertitik tolak daripada pelajar sebuah sekolah perubatan yang mampu menguasai isi dan kemahiran pelajaran, namun apabila berhadapan dengan pesakit, mereka tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka di dalam situasi sebenar. Bagi mengatasi masalah ini, PBM telah mula diperkenalkan dalam bidang perubatan di McMaster University Medical School di Kanada lewat 1960-an. PBM merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dipopularkan oleh Barrows dan Tamblyn hasil penyelidikan mereka terhadap keupayaan pelajar-pelajar perubatan di McMaster University Medical School. Ia merupakan satu usaha inovatif bagi menyediakan pelajar menghadapi dunia ledakan maklumat kini (Schwartz, Mennin & Webb, 2001). Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya. Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Bagi Torp dan Sage (2002) pula, P BM berfokus kepada pengalaman pembelajaran yang melibatkan mind-on dan hands-on yang disediakan melalui penyiasatan dan keputusan daripada masalah yang sebenar. Dalam PBM, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada buku, jurnal, surat khabar, risalah, internet dan organisasi-organisasi yang terlibat. Di sini, guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar. Maka Pembelajaran Berasaskan Masalah dilihat merupakan satu pendekatan pengajaran yang mampu mencorakkan generasi pelajar yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan malahan

Pendidikan Sains 79 boleh berfikir secara kreatif kritis yang tinggi dalam menyelesaikan masalah. Ia adalah alat penyampaian ilmu yang sesuai untuk pelajar dalam menghadapi cabaran alaf ini. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kemahiran proses sains pelajar yang menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dengan kaedah pengajaran sedia ada dalam topik Nutrisi. PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah kesan pembelajaran berasaskan masalah ( PBM ) berbanding pengajaran sedia ada terhadap kemahiran membuat inferens dalam kalangan pelajar? HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis Nol, Ho Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara kemahiran menginferens pelajar-pelajar yang mengikuti pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan kemahiran menginferens pelajar-pelajar yang mengikuti pendekatan pengajaran sedia ada. Hipotesis Alternatif, Ha Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara kemahiran menginferens pelajarpelajar yang mengikuti pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan kemahiran menginferens pelajar-pelajar yang mengikuti pendekatan pengajaran sedia ada. BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya melibatkan 80 orang pelajar tingkatan 4 dan seorang guru Biologi di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Pengajaran dan pembelajaran yang dikaji melibatkan topik Nutrition dengan subtopik 1.2- Applying the concept of balanced diet, 1.3- Understanding malnutrition, dan 1.7-Evaluating eating habits. Kajian ini meliputi empat waktu pengajaran Biologi seminggu selama tiga minggu. Oleh itu, dapatan kajian ini adalah terhad kepada sampel dan topik Biologi yang dipilih. PROSEDUR KAJIAN Kajian ini melibatkan 80 orang pelajar di mana 40 orang pelajar yang mengikuti pembelajaran kaedah PBM dan 40 orang pelajar bagi pengajaran sedia ada. Kajian ini dijalankan dalam masa lima minggu masa pengajaran. Pada minggu pertama, guru dan pelajar diberi taklimat. Taklimat pendedahan kaedah PBM diberikan kepada guru dan pelajar kumpulan eksperimen. Bagi pelajar kumpulan eksperimen, pendedahan kepada penggunaan carta FILA akan diberikan pada minggu pertama ini. Mereka diberikan kes senario masalah yang mudah untuk diselesaikan bagi membiasakan diri dengan penggunaan carta FILA. Pada minggu kedua hingga minggu keempat rawatan menggunakan PBM dijalankan kepada

Pendidikan Sains 80 kumpulan eksperimen manakala kumpulan kawalan menjalani pembelajaran seperti biasa. Kumpulan eksperimen yang menjalani kaedah pengajaran dan pembelajaran PBM akan dipecahkan kepada 7 kumpulan yang mengandungi 5 atau 6 orang ahli. Setiap kumpulan diberikan senario masalah satu pada minggu kedua, senario masalah kedua pada minggu ketiga dan senario masalah ketiga pada minggu keempat. Bagi menyelesaikan kesemua masalah ini pelajar dikehendaki membuat inferens dan membentangkan penyelesaian terhadap setiap masalah. Pelajar dikehendaki membentangkan hasil penyelesaian masalah kumpulan masing-masing kepada kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran PBM bagi setiap senario masalah adalah selama 160 minit iaitu meliputi empat kali waktu pengajaran Biologi dalam seminggu. ANALISIS DATA Ujian-t digunakan untuk mengesan sama ada terdapat perbezaan min pencapaian yang signifikan antara pelajar daripada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen terhadap skor-skor ujian pencapaian. Data yang diperolehi dikumpulkan dan kemudian dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial ( SPSS ). DAPATAN KAJIAN Data ujian pencapaian digunakan untuk analisis Ujian-t bagi menguji hipotesis Ho1. Analisis min terlaras pencapaian keseluruhan berdasarkan kelas adalah seperti di dalam Jadual 1 dan Graf 1: Jadual 1: Perbandingan Min Antara Tingkatan Berdasarkan Pencapaian Kemahiran Menginferens Mengikut Pendekatan Pembelajaran KEMAHIRAN MENGINFERENS MIN TINGKATAN 4A11 (PS) 4.65 TINGKATAN 4A12 (PBM) 10.58 12 10 8 6 4 2 0 TINGKATAN 4A11 TINGKATAN 4A12 Graf 1: Menunjukkan Perbandingan Min Antara Tingkatan Berdasarkan Kemahiran Menginferens Mengikut Pendekatan Pembelajaran

Pendidikan Sains 81 Jadual 1 dan Graf 1 menunjukkan perbandingan antara tingkatan bagi kemahiran menginferens dalam topik Nutrisi. Nilai min antara Tingkatan secara signifikannya menunjukkan bahawa tingkatan 4A12(10.58) mempunyai min lebih tinggi daripada min Tingkatan 4A11(4.65). Dapatan menunjukkan bahawa Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang digunakan dalam Tingkatan 4A12 didapati lebih berkesan dalam meningkatkan tahap kemahiran membuat inferens berbanding dengan pendekatan sedia ada (PS) yang digunakan dalam tingkatan 4A11. Ini ditunjukkan melalui perbandingan nilai min bagi kedua-dua kelas. Min kemahiran membuat inferens yang ditunjukkan bagi Tingkatan 4A12 lebih tinggi berbanding min kemahiran membuat inferens bagi Tingkatan 4A11. Justeru, penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai didapati dapat meningkatkan tahap kemahiran menginferens pelajar terutama bagi topik Nutrisi. Oleh yang demikian, Ho1 yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara kemahiran menginferens pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran berasaskan masalah dengan kemahiran membuat inferens pelajar-pelajar yang mengikuti pendekatan pengajaran sedia ada ditolak. KESIMPULAN Dapatan prestasi pelajar dalam ujian pencapaian bagi kemahiran proses sains iaitu kemahiran menginferens ditunjukkan oleh Jadual 1. Jadual menunjukkan perbezaan min pencapaian kemahiran menginferens pelajar yang signifikan di antara kumpulan PBM dengan kumpulan pengajaran sedia ada iaitu berpihak kepada kumpulan PBM. Ini menunjukkan bahawa rawatan PBM mampu memberikan kesan yang lebih baik berbanding pengajaran sedia ada dalam penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Justeru itu boleh dikatakan bahawa PBM mampu meningkatkan kemahiran proses sains pelajar dalam topik Nutrisi khasnya kemahiran menginferens pelajar. Maka dapatan ini menjawab persoalan kajian di mana rawatan PBM ini berkesan meningkatkan kemahiran menginferens pelajar berbanding dengan pengajaran sedia ada. PERBINCANGAN Sewaktu sesi P&P secara PBM dijalankan sepanjang tempoh rawatan, pelajar didedahkan dengan 3 senario masalah yang memerlukan pelajar menggunakan kemahiran menginferens. Masalah-masalah yang diberikan direkabentuk khas untuk merangsang dan meningkatkan kemahiran menginferens pelajar. Kesemua 3 senario masalah yang diberi menggalakkan proses pemikiran semasa hendak membuat kesimpulan awal. Contohnya Senario Masalah 1: Seorang ibu bernama Aminah mempunyai 2 orang anak; Adam dan Fasha yang bermasalah dalam rutin pemakanan mereka. Pelajar diminta bertindak sebagai seorang pakar pemakanan dan memberikan nasihat serta cadangan nutrisi seimbang dan sihat untuk keduadua anak Aminah. Dalam kes ini, penerangan tentang corak pemakanan Adam dan Fasha telah diberikan secara terperinci untuk menunjukkan kepada pelajar bahawa corak pemakanan Adam dan Fasha adalah sangat tidak baik dan perlu diubah. Pelajar secara dalam kumpulan akan mengenalpasti dan menjelaskan masalah seterusnya mengemukakan penyelesaian kepada masalah tersebut berdasarkan kepada 7 peringkat proses P&P PBM. Corak pemakanan tidak sihat Adam dan Fasha yang berbeza memerlukan pelajar merangka cadangan pemakanan sihat yang berbeza mengikut situasi. Hasil daripada proses P&P secara

Pendidikan Sains 82 PBM untuk senario masalah 1 ini adalah satu panduan lengkap nasihat dan cadangan pemakanan sihat untuk Adam dan Fasha. Apa yang berlaku sebenarnya sewaktu mencari penyelesaian masalah bagi kes 1, pelajar telah menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada maklumat diberi/pemerhatian. Sepanjang sesi P&P secara PBM tersebut, pelajar juga telah menjalani proses mengemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi. Mereka turut membuat hipotesis untuk menyiasat sesuatu. Kesemua tindakan ini sebenarnya telah melatih dan meningkatkan kebolehan pelajar membuat inferens. Selain itu, terdapat langkah-langkah proses P&P secara PBM yang bertanggungjawab melatih pelajar agar mahir membuat inferens. Ini termasuklah Peringkat 3- Penjanaan Idea. Semasa peringkat Penjanaan Idea sesi sumbangsaran dilakukan dalam kumpulan untuk memperolehi dan menjana idea-idea yang mungkin dalam memahami masalah. Sesi sumbangsaran ini sebenarnya dapat melatih pelajar mempertingkatkan kemahiran menginferens mereka. Keupayaan pelajar untuk menginferens sentiasa diasah sepanjang tempoh rawatan. Inilah faktor yang menyebabkan kemahiran menginferens pelajar meningkat. RUMUSAN Hasil kajian mendapati pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) berupaya meningkatkan perolehan kemahiran menginferens berbanding dengan pengajaran biasa. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p<.05 bagi kemahiran proses sains iaitu kemahiran menginferens dalam kalangan pelajar PBM berbanding pengajaran sedia ada. Pendekatan ini masih perlu diteroka agar dapat memaksimumkan penggunaannya. Kesimpulannya, pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dapat meningkatkan perolehan kemahiran menginferens dalam topik Nutrisi. RUJUKAN Asiah bt Haji Mohamed (2005). Prestasi pelajar Tingkatan Satu dalam Kemahiran Proses Sains Terpilih. Projek penyelidikan sarjana pendidikan, Fakulti Pendidikan, UM. Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan Lima. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Poh Swee Hiang (2003). Pedagogy Of Science 2: Science Teaching & Learning Stategies. (English Edition) Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Savin-Baden, M. (2007). A Practical Guide to Problem-based Learning Online. New York: Routledge. Schwartz, P., Mennin, S., & Webb, G. (Ed). (2001). Problem-Based Learning: Case studies, experience and practice. London : Kogan Page Limited.