PENGUASAAN SIFIR MENGGUNAKAN PETAK SIFIR DENGAN KAEDAH PLUS 1 TO 12 (POTT) DALAM KALANGAN MURID

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

BIBLIOGRAPHIC INFORMATION

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

MODEL GURU BERKUALITI DARI PERSPEKTIF TOKOH PENDIDIKAN ISLAM DAN BARAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

Transcription:

37 PENGUASAAN SIFIR MENGGUNAKAN PETAK SIFIR DENGAN KAEDAH PLUS 1 TO 12 (POTT) DALAM KALANGAN MURID Christie Justin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA christiejustin87@gmail.com ABSTRAK Kemahiran fakta asas darab amat penting untuk penguasaan kemahiran matematik yang lain seperti pecahan, wang, ukuran jarak dan masalah matematik harian yang lain. Penguasaan dalam sesuatu prinsip matematik hanya boleh dilakukan setelah murid menguasai fakta, kemahiran dan juga konsep sesuatu ilmu matematik. Namun apa yang berlaku, murid di Tahap 2 masih berhadapan dengan masalah penguasaan sifir walaupun fakta asas darab yang merangkumi sifir telah dipelajari bermula di Tahun 2. Murid sukar memberikan jawapan yang betul kepada soalan sifir dan ini mempengaruhi kemahiran bahagi mereka. Oleh itu, untuk meningkatkan kemahiran murid dalam sifir, pelbagai kaedah telah dibangunkan seperti kaedah hafalan, penggunaan jari, nyanyian, petak sifir serta penggunaan bahan manipulatif. Namun, kesediaan murid menerima ilmu dan faktor minat terhadap sesebuah kaedah masih menjadi punca penguasaan sifir yang kurang memberangsangkan. Sehubungan dengan itu, satu kajian dilakukan untuk membandingkan penguasaan murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah pedalaman di daerah Pitas, Sabah dalam sifir dengan menggunakan kaedah petak sifir dan kaedah Plus 1 To 12 (POTT). Kajian ini bertumpu kepada pembinaan jadual sifir bagi membantu murid menguasai fakta asas darab. Kajian ini juga akan membandingkan keberkesanan kedua-dua kaedah ini dalam kemahiran pembinaan jadual sifir. Kajian tindakan ini menggunakan persampelan bertujuan dengan 20 orang peserta kajian yang belum menguasai sifir. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui ujian pra dan pasca. Analisis data akan dilakukan ke atas min skor untuk melihat perbandingan penguasaan murid dalam sifir menggunakan kaedah petak sifir dan kaedah POTT. Hasil dapatan kajian menunjukkan hubungan antara jenis kaedah sifir dengan penguasaan sifir murid adalah signifikan. Melalui kajian ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah pembinaan jadual sifir yang pelbagai dapat memberi ruang kepada murid yang belum menguasai sifir untuk mencari kaedah yang paling sesuai dengan tahap kemahiran mereka. Kata Kunci: Penguasaan Sifir; Kaedah Petak Sifir; Kaedah Plus 1 to 12 PENGENALAN Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014). Pernyataan ini sangat jelas menekankan kepentingan menguasai kemahiran asas dalam pengiraan agar dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian. Operasi darab adalah kemahiran asas yang sering menjadi cabaran bagi murid-murid kerana perlunya pengiraan, bacaan dan hafalan sifir (Morrison, 2007). Justeru, kebanyakan murid akan mula hilang minat terhadap matematik apabila tidak dapat memenuhi objektif pembelajaran yang memerlukan kemahiran sifir dikuasai sebelum masuk ke topik-topik yang seterusnya. Zainudin dan Mohd. Rashidi (2007) menjalankan kajian untuk mengenal pasti perbezaan antara kaedah fakta asas darab secara tradisional berbanding dengan kaedah petak sifir ke atas murid Tahun 4 dari dua buah sekolah di Mersing, Johor. Dapatan kajian menunjukkan kaedah petak sifir memberikan peningkatan markah ke atas penguasaan fakta asas darab berbanding dengan kaedah tradisional. Walau pun kaedah petak sifir berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran matematik namun kajian Janting (2005) ke atas penggunaan pelbagai pendekatan untuk membantu murid menguasai sifir darab 1 hingga 9 telah menunjukkan murid tidak belajar hanya dengan satu jenis cara sahaja. Mereka boleh mendapat ilmu melalui kaedah-kaedah yang lain sekiranya mendapat bimbingan yang betul dan tepat dari guru. Untuk memetik artikel ini: Justin, C. (2017). Penguasaan sifar menggunakan petak sifir dengan kaedah plus 1 to 12 (POTT ) dalam kalangan murid. Simposium Pendidikan diperibadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

38 LATAR BELAKANG KAJIAN Murid Tahun 5 sebuah sekolah rendah bertaraf pedalaman satu di daerah Pitas, Sabah memulakan persekolahan sekolah rendah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bagi subjek Matematik, operasi darab diperkenalkan seawal Tahun 2 dengan penumpuan kepada sifir 2, 4, 5 dan 10 sahaja dan akan dikembangkan semasa mereka berada di Tahun 3. Justeru, apabila murid melangkah ke Tahap 2, mereka sepatutnya telah menguasai operasi darab sepenuhnya. Salah satu komponen dalam operasi darab adalah kemahiran sifir. Namun apa yang berlaku, masih ada di antara murid di Tahun 5 yang masih berhadapan dengan masalah penguasaan sifir apabila telah naik ke Tahap 2. Masalah ini dikenal pasti oleh pengkaji apabila murid diminta untuk menjawab soalan sifir bertulis. Lazimnya, apabila murid-murid berhadapan dengan masalah sebegini, mereka akan diminta untuk membina jadual sifir di atas kertas soalan mereka untuk dirujuk. Namun begitu, mereka masih lagi terkial-kial dan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan jadual sifir tersebut. Berdasarkan situasi-situasi di atas, kajian tindakan dilakukan untuk mengenal pasti penguasaan sifir murid dengan menggunakan kaedah petak sifir dan kaedah Plus 1 to 12 (POTT). Kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru dan murid memilih kaedah yang lebih bersesuaian dengan pemahaman dan kemahiran mereka sekali gus memberi impak positif ke atas kemahiran matematik mereka. Kajian yang dilakukan oleh Boaler (2015) di United Kingdom telah meneroka penggunaan pelbagai kaedah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas matematik. Hasil kajian beliau menunjukkan murid lebih menikmati proses pembelajaran tersebut. Di samping seronok, mereka juga mempelajari fakta asas matematik berbanding dengan teknik hafalan semata-mata. Woodward (2006) mendapati dalam kajiannya murid yang suka menguasai matematik menunjukkan peningkatan yang amat baik dalam sikap selepas intervensi. Justeru, penguasaan sifir menggunakan kaedah POTT adalah merupakan salah satu daripada kepelbagaian kaedah pengajaran yang diharapkan dapat memberi impak positif ke atas pencapaian murid. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk membandingkan penguasaan murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah pedalaman satu di daerahpitas, Sabah dalam sifir dengan menggunakan kaedah petak sifir dan kaedah Plus 1 To 12 (POTT). Kajian ini juga akan membandingkan keberkesanan kedua-dua kaedah ini dalam kemahiran pembinaan jadual sifir. Persoalan Kajian 1. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap penguasaan sifir murid antara kaedah petak sifir dengan kaedah Plus 1 to 12 (POTT)? 2. Apakah kaedah yang lebih bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan sifir murid? METODOLOGI Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian tindakan. Kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing (Somekh 1989). Populasi dan sampel kajian Dalam kajian ini pengkaji telah memilih seramai 20 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 yang belum menguasai sifir di sebuah sekolah rendah pedalaman satu di daerahpitas, Sabah. Populasi kajian adalah murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah yang sama. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kaedah Pengumpulan Data Melalui Ujian Pra dan Pasca Ujian pra dan pasca yang digunakan dalam kajian ini dilaksanakan secara formatif untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid bagi intervensi yang diberikan. Ujian pra digunakan untuk merekodkan pencapaian murid sebelum kaedah Plus 1 To 12 dijalankan. Ujian pasca pula dijalankan untuk mendapatkan maklumat pencapaian murid selepas kaedah Plus 1 To 12 dilaksanakan. Sekiranya ujian pasca menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka kaedah intervensi tersebut memberikan

39 impak positif terhadap kajian ini. Kedua-dua set soalan ujian pra dan pasca adalah sama atau pun setara untuk membolehkan perbandingan dibuat. Suasana bagi kedua-dua ujian ini juga tidak jauh berbeza. Ujian pra dan pasca memberikan maklumat dalam bentuk skor markah. Analisis skor markah ini akan memberikan peratus dan min pencapaian peserta kajian dalam penguasaan sifir. Justeru, keputusan yang diperoleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian para peserta kajian. Instrumen Kajian Untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan sifir para peserta kajian ini, pengkaji telah menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Satu set soalan sifir yang mempunyai 60 soalan sifir asas ditadbir kepada peserta kajian. Tempoh masa untuk menjawab soalan adalah 30 minit. Instrumen ini diambil dari buku aktiviti asas matematik keluaran penerbit tempatan. Bentuk instrumen yang sama digunakan dalam ujian pasca dengan soalan yang setara dan masa juga adalah 30 minit. Ujian yang dilaksanakan memberikan data dalam bentuk skor markah dalam bentuk peratus dan min. DAPATAN KAJIAN Data yang diperoleh dari ujian pra dan pos dianalisis menggunakan statistik kaedah kuantitatif. Analisis ini bertujuan untuk mencari taburan markah dengan menggunakan ukuran kecenderungan memusat iaitu min. Jadual 1 di bawah menunjukkan nilai taburan markah ujian pra menggunakan kaedah petak sifir dan ujian pos yang menggunakan kaedah Plus 1 to 12 (POTT). Ukuran Jadual 5.1: Taburan markah ujian pra dan ujian pos Ujian Pra (Kaedah Petak Sifir) Ujian Pos (Kaedah POTT) Min 35.0 53.3 Dalam ujian pra iaitu peserta kajian menggunakan kaedah petak sifir, min markah adalah 35.0 dengan nilai minimum markah sebanyak 18 daripada 60 soalan. Nilai markah maksimum pula adalah 40 daripada 60 soalan. Dalam ujian pos selepas intervensi menggunakan kaedah POTT, min markah menunjukkan peningkatan kepada 53.3. Nilai markah minimum adalah 28 daripada 60 markah manakala nilai markah maksimum adalah 55 daripada 60 soalan. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan markah peserta kajian dengan penggunaan kaedah POTT. PERBINCANGAN Berdasarkan tujuan kajian iaitu membandingkan penguasaan murid dalam sifir menggunakan kaedah petak sifir dan kaedah Plus 1 To 12 (POTT), pengkaji memberikan 60 soalan sifir untuk dijawab secara bertulis oleh peserta kajian. Peningkatan markah dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan penguasaan murid dalam sifir adalah semakin baik. Kebolehan murid membina jadual sifir sama ada dalam bentuk petak sifir atau menggunakan kaedah POTT menunjukkan kaedah yang lebih berkesan dan sesuai bagi murid yang lemah dalam sifir. Perbezaan min markah antara ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan tahap penguasaan murid Tahun 5 dalam sifir. Hasil dapatan kajian menunjukkan min markah ujian pos telah meningkat berbanding dengan ujian pra. Nilai minimum dan nilai maksimum markah peserta kajian juga telah menunjukkan peningkatan. Ini menunjukkan penggunaan kaedah yang berbeza memberikan hasil yang berbeza dan didapati peningkatan markah telah berlaku selepas kaedah POTT diajar. Justeru, penggunaan kaedah POTT adalah lebih berkesan dan sesuai untuk murid-murid Tahun 5 yang masih lemah dalam penguasaan sifir. Sikap murid memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Ini adalah benar dalam bidang matematik dan pencapaian murid. Menurut McCallum, Skinner, Turner dan Saecker, 2006 jika murid mendapati sesuatu tugasan matematik tidak dapat diterima, mereka mungkin akan kurang berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan matematik yang diberikan. Dalam kajian mereka, didapati bahawa murid yang mahir dalam operasi asas matematik lebih gemar melakukan tugasan matematik, serta lebih berminat untuk mempelajari konsep matematik yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, murid yang mempunyai minat akan tertarik untuk terus

40 mempelajari matematik dan pemahaman serta penguasaan akan menjadikan mereka lebih yakin melakukan tugasan matematik. KESIMPULAN Kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Plus 1 To 12 telah memberi impak yang lebih baik dan berkesan berbanding kaedah petak sifir. Namun begitu, kajian ini hanya melibatkan pengetahuan kepada fakta asas sifir dan pembinaan jadual sifir. Tajuk ini memerlukan peserta kajian menguasai fakta asas sifir serta kaedah pembinaan jadual sifir untuk sifir satu hingga sembilan. Kajian lanjutan boleh dilakukan ke atas penguasaan sifir secara spontan tanpa bergantung kepada penggunaan jadual sifir. Kajian ini akan dapat membantu seseorang guru khususnya guru Matematik membuat refleksi tentang kaedah pengajarannya. Guru juga akan mendapat maklum balas mengenai tahap penguasaan dan kemahiran murid dalam kemahiran sifir. Justeru, guru akan dapat membuat improvisasi ke atas kaedah pengajarannya agar bersesuaian dengan keperluan murid. Hasil kajian ini juga akan dapat membantu murid-murid yang belum menguasai sifir untuk memperoleh kemahiran dalam pembinaan jadual sifir tanpa perlu melibatkan hafalan. Keyakinan murid-murid akan bertambah dan ini dapat membantu mereka untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran sifir. Kaedah POTT adalah kaedah mudah yang tidak memerlukan murid menghafal sifir. Diharapkan murid akan dapat mengekalkan pengetahuan atau kemahiran sifir yang telah mereka kuasai sepanjang tempoh kajian ini. Walau bagaimana pun, dapatan kajian tindakan ini tidak dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian tetapi boleh dijadikan kaedah alternatif bagi murid yang lemah dalam sifir. Kajian pada masa hadapan dapat dilakukan untuk mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan kemahiran murid yang lemah matematik dalam penguasaan fakta asas darab. Rujukan Baroody, A.J. (2006, August). Why children have difficulties mastering the basic number combinations and how to help them. Teaching Children Mathematics. 22-31 Boaler, J. (2015). Fluency without fear: research evidence on the best ways to learn math facts. Retrieved from https://www.youcubed.org/fluency-without-fear/ Bowen, A.B. (2009). Document Analysis as a Qualitative Research Method. Qualitative Research Journal. 9 (2): 27-40. Cholmsky, P. (2011). From acquisition to automacity: the Reflex solution for math fact mastery. Retrieved from http://www.reflexmath.com Creswell, J.W. (2012). Educational Research. (4 th Ed.). Boston: Pearson Education Incorporated. Gierdien, F. (2009). Musings on multiplication tables and associated mathematics and teaching practices. Journal of the Association for Mathematics Education of South Africa. 70:16-31 Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif. Retrievedfrom http://eprints.utm.my/41091/1/ Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 5:Matematik KPM. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Edisi ke-3. Retrieved from http://jpnmelaka.moe.gov.my Morrison, V.F. (2007). You have to find a way to glue it in your brain : children s views on learning multiplication facts. Thesis Sarjana. UniversityofCanterbury. Nik Azis Nik Pa. (2014). Penghasilan Disertasi Berkualiti dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Nordin Tahir. Pengumpulan dan Penganalisisan Data Kajian Tindakan. Retrieved from http://www.amaljaya.com NorimahEdeh. (2013). Keberkesanan penggunaan petak sifir terhadap peningkatan minat dan prestasi pelajar dalam topik bahagi. Disertasi Sarjana. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah. NorliaAbd. Aziz, Subahan, T., Lilia Halim &Kamisah Osman. (2006). Hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik tambahan pelajar tingkatan 4. Jurnal Pendidikan. 31: 123-141

41 Nor Raudah Siren. (2009). Metodologi Penyelidikan. Retrieved from http://teknikpenulisanilmiah.blogspot.my Steele, M.L. (2013). Developing automaticity with multiplication facts in a fourth grade classroom. Retrieved from http://www.eiu.edu/researchinaction/pdf/marsha_steele_paper.pdf VanTassel-Baska, J., Avery, L., Struck, J., Feng, A., Bracken, B., Drummond, D., & Stambaugh, T. (2003). The William and Mary Classroom Observation Scales Revised. Retrieved from http://education.wm.edu/centers/cfge/documents/research/athena/cosrform.pdf Vula, E. &Berdynaj, L. (2011). Collaborative action research: teaching of multiplication and division in thesecondgrade. TurkishOnlineJournalofQualitativeInquiry. 2(2):7-16 Wong, M. &Evans, D. (2007). Improving basic multiplication fact recall for primary school students. MathematicsEducationResearchJournal. 19 (1): 89-106 Zainudin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Mat Jalil. (2007). Kaedah Petak Sifir : Kajian Perbandingan Matematik Tahun 4 dalam Penguasaan Fakta Asas Darab. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 12: 91-98