KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN BASIC ELECTRICAL TRAINING KIT BAGI KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK (DET1013)

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

"66O "8 '

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Faculty Of Information and Communication Technology

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

Transcription:

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN BASIC ELECTRICAL TRAINING KIT BAGI KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK (DET1013) Rosmani Binti Ramli Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (rosmani.ramli.poli@1govuc.gov.my ) Mohd Amran Erwani bin Ahmini Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Akma Binti Che Ishak Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ABSTRAK Kertas kajian ini dihasilkan untuk melihat keberkesanan penggunaan Basic Electrical Training Kit bagi kursus DET1013 (Teknologi Elektrik). Secara khususnya, kajian ini melihat keberkesanan Basic Electrical Training Kit dalam empat aspek iaitu motivasi, rekabentuk trainer, kefahaman dan keselesaan pengguna. Kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 18 orang responden. Data yang diperoleh dianalisis untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science ( IBM SPSS) 22.0. Hasil dapatan kajian yang dijalankan mendapati ke empat-empat aspek yang dinilai telah mencapai min tahap tinggi sekaligus membuktikan penggunaan Trainer Litar Asas Elektrik adalah berkesan dalam memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar terhadap konsep asas litar elektrik. KATA KUNCI: Trainer, rekabentuk, motivasi, kefahaman, keselesaan 1. PENGENALAN Keberkesanan pembelajaran adalah bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang dapat memudahkan aktiviti pembelajaran. Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar banyak memberi sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dikalangan pelajar dan pendidik. Namun pelajar bermasalah dalam memahami konsep asas sesuatu pelajaran yang diajarkan. Kebiasaan juga para pendidik hanya menerangkan teori sahaja tanpa menunjukkan perkara sebenar kepada para pelajar. Berdasarkan penyataan ini, Basic Electrical Training Kit dibangunkan sebagai satu papan litar mudah yang dicipta untuk memudahkan para pelajar memahami beberapa litar asas yang dipelajari seperti litar asas secara siri dan litar asas secara selari. Trainer ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian utama adalah untuk melakukan amali dan satu bahagian lagi adalah untuk melakukan latihan bagi amali yang telah dijalankan. Papan litar ini merangkumi silibus bagi kursus Teknologi Elektrik (DET1013) dan digunakan bersama-sama dengan kertas helaian amali bagi subjek tersebut. Objektif yang ingin dicapai sepanjang tempoh kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan trainer bagi subjek DET1013

Basic Electrical Training Kit ini dicipta hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan terhadap pelajar terutamanya pelajar semester satu yang mengalami kesukaran untuk melakukan amali. Ini kerana, pelajar tidak memahami asas penyambungan litar elektrik. Kebiasaannya, pelajar tidak menghadapi masalah di dalam sesi pembelajaran secara tetapi kebanyakkan pelajar tidak dapat mengaplikasikan teori tersebut ke dalam amali. Antara masalahtersebut adalah pelajar tidak memahami sambungan litar dan keliru dengan hukumhukum elektrik yang dipelajari. Penggunaan protoboard dan breadboard juga dilihat tidak sesuai pada peringkat awal pemahaman pelajar kerana kebanyakkan mereka tidak dapat menggambarkan keadaan litar yang sebenar. Justeru, pembangunan Basic Electrical Training Kit dapat memudahkan pemahaman pelajar terhadap konsep asas litar elektrik. Pelajar akan lebih mudah untuk melihat dengan mata kasar sturktur binaan litar dan melakukan penyambungan litar dengan lebih mudah untuk kefahaman peringkat awal seterusnya menarik minat untuk terus memahami teori-teori pengiraan serta dalam masa yang sama dapat mengaplikasi teknik pengukuran voltan,arus dan rintangan secara praktikal. Selain itu juga trainer ini juga boleh digunakan berulangkali pada setiap semester dengan penjimatan masa, kos pengurusan dan mempermudahkan proses pengendalian pelajar. 2. SOROTAN KAJIAN Dalam sebuah bilik kuliah, setiap pelajar mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun mengikut tahap pelajar dan disokong dengan alat bantu mengajar bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu pensyarah haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Stevenson (2010), mentakrifkan kit sebagai satu set barang atau kelengkapan untuk tujuan spesifik manakala pembelajaran pula diertikan sebagai pengetahuan atau kemahiran yang diperoleh melalui pengalaman atau proses belajar atau diajar. Oleh sebab itu, kit pembelajaran dirumuskan sebagai satu set kelengkapan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran. Menurut Hassan (2004), sebuah kit pembelajaran boleh mengandungi beberapa bahan seperti video, nota edaran, transparensi, cakera padat, slide power point, buku skrap, model dan carta. Menurut beliau lagi, kit pembelajaran yang dihasilkan perlu mendapatkan pengesahan daripada penilai produk sebelum kajian dilakukan untuk melihat keberkesanan kit pembelajaran tersebut dari segi peningkatan prestasi pelajar. Menurut Tamuri dan Yusoff (2010), penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar dapat memudahkan pembelajaran kendiri berdasarkan keperluan pembelajaran mereka. Salah satu pendekatan yang diamalkan oleh guru-guru teknikal di Sekolah Menengah adalah dengan penggunaan model atau kit sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Gani et al (2006), pula menyatakan bahawa inovasi teknologi di dalam bilik darjah diharapkan akan dapat membawa perubahan yang positif dalam pencapaian akademik pelajar.

Menurut Wan (2007), semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan sesuatu pembelajaran. Ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan respon yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan pancaindera yang lain. Oleh demikian itu, pengajaran yang menggunakan pelbagai ABM dapat menggerakkan pelbagai pancaindera dan dapat melahirkan kesan yang berbeza melalui pembelajaran dengan pengalaman langsung. 3. METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pembangunan Produk Litar-litar asas elektrik yang telah dipilih direkabentuk menggunakan perisian Proteus 8. Perisian ini digunakan untuk merekabentuk litar dan juga mensimulasikan litar. Selain itu ia juga digunakan bagi tujuan fabrikasi papan litar bercetak (PCB). 3.2 Kaedah Pengumpulan Data Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data yang diperolehi secara terus daripada responden dan meningatkan kesahan dan ketepatan kerana tiada faktor pengaruh daripada pengkaji. Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur. Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Siti Rahayah, 2003). Kebolehpercayaan pula dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan. Manakala nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk untuk mengukur ketekalan dalaman sesuatu (Mohsen Tavako, Reg Dennick, 2011). Nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.70 sering digunapakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen. Nilai Cronbach Alpha digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Setelah itu, borang soal selidik diedarkan kepada pihak responden. Penggunaan soal selidik adalah lebih mudah, menjimatkan kos dan juga memudahkan pihak responden untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Penggunaan soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh penyelidik. Responden adalah seramai 18 orang dari kalangan pelajar semester 1 bagi Program DET yang mengambil kursus DET1013 Teknologi Elektrik. Kajian soal selidik ini adalah untuk mengetahui sejauhmana keberkesanan dan manfaat yang diperolehi daripada pelajar tentang implikasi penggunaan trainer ini. Borang soal selidik mengandungi 16 item yang dibahagikan kepada 4 aspek iaitu motivasi, rekabentuk trainer, kefahaman dan keselesaan pengguna. Skala yang digunakan adalah Skala Likert seperti jadual berikut : Jadual 1. Skala Likert Amat tidak setuju 1 Tidak setuju 2 Kurang setuju 3 Setuju 4 Amat setuju 5 Data yang diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan, diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science ( IBM

SPSS) 22.0 (Julie,2012). Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan skor min dan peratusan. Tahap skor min adalah seperti jadual berikut: Jadual 2: Tahap skor min Skor Interpretasi ( Tahap) 1.00-2.33 Rendah 2.34-3.66 Sederhana 3.67-5.00 Tinggi 4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN Basic Electrical Training Kit dibangunkan untuk memudahkan para pelajar memahami litar asas elektrik yang dipelajari seperti litar siri dan litar selari. Trainer ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian utama adalah untuk perlaksanaan amali manakala bahagian ke dua adalah untuk melakukan tutorial bagi amali yang telah dijalankan. Trainer ini digunakan bersama-sama dengan helaian amali bagi kursus DET1013 Teknologi Elektrik pelajar semester 1 Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Tuanku sultanah Bahiyah. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, di dapati nilai Cronbach Alpha keseluruhan yang diperolehi adalah sebanyak 0.937. Dapatan ini menunjukkan item yang boleh digunapakai mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Jadual 3: Hasil dapatan kajian Aspek Penilaian Bilangan Item Cronbach Alpha Motivasi 4 0.868 Rekabentuk Trainer 4 0.873 Kefahaman 4 0.840 Keselesaan pengguna 4 0.911 Keseluruhan 16 0.937 Jadual 4 menunjukkan bilangan dan peratus responden mengikut jantina yang telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Jadual 4: Bilangan Dan peratus mengikut respondan Jantina Bilangan Responden Peratus (%) Lelaki 15 83% Perempuan 3 17% Jumlah 18 100% Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS version 22.0. Dapatan kajian untuk setiap domain telah diperolehi. Jadual 5 menunjukkan hasil dapatan kajian dari aspek motivasi. Didapati nilai purata skor min ialah 4.72 iaitu berada pada julat setuju. Ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan Basic Electrical Training Kit ini, responden lebih bermotivasi dan sangat berminat untuk membuat kerja-kerja amali.

Jadual 5: Nilai skor min dari segi aspek motivasi Bil Item Skor Tafsiran Dengan menggunakan Basic Electrical Training Kit ini, saya : 1 Merasa lebih teruja untuk melakukan amali 4.67 Tinggi 2 Lebih bersemangat untuk mempelajari kursus Teknologi 4.78 Tinggi Elektrik 3 Berpeluang untuk mencuba sendiri untuk membuat 4.61 Tinggi penyambungan litar asas elektrik 4 Lebih berminat untuk membuat kerja-kerja amali 4.83 Tinggi Nilai Purata min 4.72 Rekabentuk trainer juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada keberkesanan proses pembelajaran. Jadual 6 menunjukkan skor min, nilai purata min dan tafsiran min bagi penilaian dari aspek rekabentuk trainer. Setelah analisis dijalankan, didapati nilai purata min ialah 4.67. Nilai purata min ini berada dalam julat setuju dan ini menunjukkan rekabentuk trainer ini adalah bersesuaian dengan aplikasinya. Jadual 6: Nilai skor min dari segi aspek rekabentuk trainer Bil Item Skor Tafsiran Rekabentuk Basic Electrical Training Kit ini: 1 Menyediakan penyambungan litar yang mudah dan 4.67 Tinggi kemas 2 Mempunyai susunan komponen yang teratur 4.61 Tinggi 3 Lebih selamat untuk digunakan kerana tidak terdapat 4.67 Tinggi bahagian yang boleh membahayakan pengguna 4 Dapat membantu pelajar untuk lebih memahami 4.72 Tinggi penyambungan litar asas elektrik Nilai Purata min 4.67 Hasil dapatan kaji selidik dari aspek kefahaman ditunjukkan dalam jadual 7. Di dapati nilai purata min adalah 4.81 dan berada pada julat setuju. Ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan trainer ini, pelajar lebih mudah untuk memahami tentang konsep asas litar elektrik. Selain itu nilai skor min tertinggi ialah pada item 2 iaitu 4.89. Ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan trainer ini,mereka bukan sahaja dapat memahami tentang konsep asas litar elektrik malah dapat membuat perbandingan antara sambungan litar elektrik.

Jadual 7: Nilai skor min dari segi aspek kefahaman Bil Item Skor Tafsiran Dengan menggunakan Basic Electrical Training Kit, saya : 1 Dapat memahami teori penyambungan litar yang diajar 4.83 Tinggi oleh pensyarah 2 Dapat membuat perbandingan antara sambungan litar 4.89 Tinggi asas secara teori dan amali 3 Dapat mengembangkan idea penyambungan litar asas 4.83 Tinggi kepada penyambungan litar yang lebih kompleks 4 Dapat menganalisis keputusan amali yang dijalankan 4.67 Tinggi Nilai Purata min 4.81 Keselesaan penggunan juga merupakan aspek penting yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan trainer. Daripada analisa yang dilakukan, didapati skor min yang paling tinggi adalah 4.78. Ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan trainer ini, pelajar tidak perlu lagi menggunakan banyak peralatan tambahan untuk menjalankan amali. Ini akan memudahkan pelajar untuk perlaksaan amali. Jadual 8: Nilai skor min dari aspek keselesaan pengguna Bil Item Skor Tafsiran Dengan menggunakan Basic Electrical Training Kit, saya : 1 Dapat membuat penyambungan litar asas dengan lebih 4.67 Tinggi mudah 2 Tidak mengalami masalah semasa membuat 4.67 Tinggi penyambungan litar asas 3 Dapat melakukan penyambungan litar dalam tempoh 4.72 Tinggi yang ditetapkan 4 Tidak perlu menggunakan banyak peralatan tambahan 4.78 Tinggi untuk menjalankan amali Nilai Purata min 4.71 Jadual 9: Skor min dan Tahap Penguasaan Item mengikut kedudukan Bil Item Jumlah keseluruhan Kedudukan Tahap penguasaan 1 Motivasi 4.72 2 Tinggi 2 Rekabentuk trainer 4.67 4 Tinggi 3 Kefahaman 4.81 1 Tinggi 4 Keselesaan Pengguna 4.71 3 Tinggi Motivasi, rekabentuk trainer, kefahaman dan keselesaan pengguna merupakan empat aspek utama dalam kajian keberkesanan penggunaan Basic Electrical Training Kit. Jadual 9 menunjukkan skor purata min bagi empat aspek keberkesanan trainer ini. Di dapati skor min yang paling tinggi adalah 4.89 iaitu mewakili faktor kefahaman diikuti dengan skor min 4.83 mewakili faktor motivasi. Semua item berada pada skor min tahap tinggi. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian menunjukkan trainer ini sesuai digunakan dalam perlaksanaan amali bagi

subjek teknologi elektrik. Ini menunjukkan bahawa mereka sangat bersetuju dengan menggunakan trainer ini, mereka boleh memahami tentang konsep asas litar elektrik dan sekaligus dapat membuat sambungan litar asas dengan baik. 5. KESIMPULAN Hasil daripada analisis yang dilakukan, didapati bahawa min bagi setiap aspek yang dinilai mencapai skor tahap. Majoriti responden memberi maklumbalas yang positif dari aspek motivasi, rekabentuk trainer, kefahaman serta aspek keselesaan pengguna. Secara keseluruhannya pelajar menyambut baik tentang penggunaan trainer ini sebagai input pengajaran dan pembelajaran untuk amali bagi kursus DET1013 Teknologi Elektrik. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan praktikal amat relaven masa kini memandangkan bidang teknikal memerlukan alatan hand-on sebagai platform untuk pelajar lebih memahami ilmu melalui praktikal. RUJUKAN Gani AW, Siarap K, Mustafa H (2006). Penggunaan Komputer dalam Pengajaran- Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia 24, 203 225. Hasan NA (2004). Kebolehgunaan Kit Pengajaran dan Pembelajaran bagi Meningkatkan PrestasiPelajar: Satu Tinjauan di KUITTHO. (Tesis Sarjana Muda). Kolej Universiti Teknologi Tun HusseinOnn. Julie Pallant(2010). SPSS Survival Manual : A Step By Step Guide To Data Analysis Using SPSS For Windows (4 th Ed). Open University Press. Mohsen Tavako, Reg Dennick (2011). Making Sense of Cronbach s alpha. International Journal of Medical Education, 53-55. Siti Rahayah Ariffin (2003). Teori, konsep & amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik UKM. Stevenson A (2010). Oxford Dictionary of English (3rd ed). OxfordUniversity Press, Oxford. Tamuri AH, Yusoff NMR (eds) (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Wan NA (2007). Psikologi Kognitif. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS Rosmani Binti Ramli. Dungun, Terengganu. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (2002-2017). Mohd Amran Erwani bin Ahmini. Bagan Serai, Perak. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (2002-2017). Akma Binti Che Ishak. Gurun, Kedah. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) Dengan Kepujian. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (2008-2017). Nama : Rosmani Binti Ramli Institusi : Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah e-mail : rosmani.ramli.poli@1govuc.gov.my No. Telefon : 019-5671901