UNIT PELAJARAN 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

Atas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan Azizi Umar & Supyan Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

Il\rm\rm~ \ \~r1\

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

Transcription:

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 1 UNIT PELAJARAN 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan definisi dan konsep pendidikan khas. 2. Menjelaskan Falsafah Pendidikan Khas. 3. Menerangkan peranan dan tugas pasukan pelbagai disiplin. PENGENALAN Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi memenuhi keperluan murid khas berkenaan program pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa dirancang yang membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta belajar melalui interaksi dengan masyarakat dan budayanya. Pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh kerana keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan sesuatu program pendidikan khas juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan hak-hak asasi manusia dan persamaan peluang.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 2 Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Manakala Slavin (1997), pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Bagi Hallahan dan Kauffman (2006) pendidikan khas merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ianya juga mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus (Gargiulo 2003). Pengajaran yang direka bentuk khusus bagai memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah, rumah, hospital atau institusi lain (Friend 2005). Menurut Mansor (2005) pendidikan khas merujuk kepada suatu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/ kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan/ kuang upaya itu. Apakah konsep dan definisi pendidikan khas mengikut akta pendidikan khas yang diamalkan di Malaysia. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 3 Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas, kurikulum yang dibina berlandaskan kepada tiga prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu bertujuan memberi fokus kepada petensi individu meliputi aspek jasmini, emosi, rohani, intelik dan sosial. Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melaluai penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu. Prinsip yang kedua ialah pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.suasana penbelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan masyarakat.ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.manakala prinsip yang ketiga ialah pendidikan sepanjang hayat iaitu merupakan pemerolehan ilmu pengetuahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana penguasaan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Prinsip di atas perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan tiga aspek iaitu bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang berteraskan kepada keperluan individu. Untuk menentukan keperluan setiap individu, penilaian awal perlu perlu dijalankan berdasarkan laporan pakar.guru perlu menjalankan ujian pengesanan untuk menentukan murid layak berada dalam program pendidikan khas. Setelah murid berada dalam pendidikan khas, ujian diagnostik seperti temubual, senarai semak dan pemerhatian perlu dijalankan untuk menentukan tahap kefungsian murid dan seterusnya merancang program pendidikan berdasarkan keperluan individu. Perhubungan antara bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian adalah bersifat interaktif.untuk memenuhi keperluan individu,interaksi antara ketiga-tiga aspek di atas boleh berlaku dalam keadaan fleksibel. Proses ini boleh bermula daripada mana-mana aspek berpaksikan kepada keperluan murid.kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat. Ini bermakna aktiviti-aktivi pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan murid yang berbeza berpandukan pemilihan pengalaman pengajaran melalui bidang berikut iaitu bidang pengurusan kehidupan yang merangkumi komponen pengurusan diri, komponen kemahiran menipulatif, komponen pengurusan tingkah laku, dan komponen kemahiran hidup. Bidang akademik berfungsi pula merangkumi komponen Bahasa Melayu, komponen Matematik, komponen Bahasa Inggeris dan komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bagi bidang kerohanian dan nilai-nilai murni merangkumi komponen pendidikan Agama Islam dan komponen Pendidikan Moral. Manakala bidang yang terakhir ialah bidang sosial, riadah dan kreativiti yang mengandungi komponen-

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 4 komponen seperti komponen Pendidikan Jasmani, komponen Pendidikan Seni, komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama, komponen Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar Dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip teori pembelajaran boleh digabungkan dengan kerja-kerja praktikal dalam situasi kehidupan yang sebenar supaya murid berkeperluan khas mendapat input sepenuhnya. Keupayaan individu akan menentukan pemilihan pendekatan pengajaran dan penbelajaran. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari,berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketrampilan dan produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Setelah melalui keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dan memiliki ciri-ciri tersebut adalah diharapkan murid dapat menjalani satu kehidupan yang bermakna kepada diri, keluarga dan bertepatan dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat. Bincangkan bagaimanakah anda menerapkan prinsip Falsafah Pendidikan Khas di dalam bilik darjah. MODEL-MODEL PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS Terdapat dua model utama dalam pengendalian murid berkeperluan khas iaitu Model Perubatan dan Model Sosial. Model Sosial (Social model) dan Model Perubatan (Medical Model) Kedua-dua model ini mengutamakan ke arah masyarakat penyayang iaitu mengenalpasti masalah dalam komuniti dan kegagalan komuniti memastikan keperluan OKU diambil kira. Locates problem in society. Individual limitations are acknowledged but are seen as less important than society s failure to ensure the needs of the disabled are taken into account in its organisation and facilities Bagi tujuan menjayakan model ini prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat diutama dengan penglibatan ibubapa, sekolah dan masyarakat kepada program pendidikan khas. Kolaborasi merupakan kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun untuk mencapai suatu matlamat. Semangat kerjasama harus lahir secara sukarela untuk memudahkan pencapaian suatu matlamat. Dalam proses kolaborasi ini kumpulan pelbagai displin memainkan peranan penting. Menurut Golin dan Ducanis ( 1981), kumpulan pelbagai displin adalah satu unit yang berfungsi yang terdiri

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 5 daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak khas. Mereka berfungsi untuk mengenal pasti masalah pelajar, merancangkan program pendidikan dan menilai perkembangan pelajar untuk memastikan keberkesanan Program Pendidikan Khas. Kumpulan ini adalah memastikan kanak-kanak mendapatkan penempatan yang adil dan sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Sepertimana kita tahu pendidikan khas merupakan satu bentuk pendidikan khusus diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak- kanak ini memang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan tetapi pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri mereka. Potensi diri mereka ini harus dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain. Hanya pendidikan dan pengalaman sahaja yang akan dapat membentuk murid-murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi. Matlamat falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. Maka kumpulan pelbagai displin harus berkolaborasi dan memberi sumbangan tertentu kepada program pendidikan khas ini untuk membolehkan murid-murid istimewa ini mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Tahukah anda siapakah yang akan terlibat dalam menjayakan program pendidikan khas yang berkesan? Pasukan Pelbagai Disiplin Ibubapa Sekolah Pakar Perubatan Bahagian Pendidikan Khas Jabatan Kebajikan Masyarakat Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Masyarakat Mewujudkan pasukan pelbagai disiplin adalah kaedah yang sering dilakukan oleh guru pendidikan khas. Fungsi Keseluruhan Kumpulan Pelbagai Displin meliputi pengenalpastian masalah iaitu; a. Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik kanak-kanak khas dari segi masalah kognitif, fizikal, pendengaran, penglihatan, komunikasi, emosi atau tingkah laku dan sebagainya.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 6 b. Mengkaji semula intervensi yang telah dicuba oleh guru khas dan mengenalpasti keberkesanan strategi untuk memulihkan masalah kanak-kanak. Ahli kumpulan akan menilai kesesuaian program pendidikan yang sedia ada. c. Mencari alternatif dengan memikirkan pelbagai pendekatan untuk pemulihan. Contohnya apakah pendekatan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak hiperaktif? Maka ahli kumpulan yang terlibat akan memberikan pelbagai cadangan untuk mengajar kategori kanak-kanak ini. d. Mengenalpasti keperluan khas pelajar dan merekodkan keperluan dan segala maklumat kanakkanak. e. Pemilihan penyelesaian melalui pendekatan yang paling sesuai akan dipilih untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak khas. Sebagai contoh kanak-kanak bermasalah pembelajaran akan dicadangkan rancangan pengajaran individu dalam program pendidikan. f. Setiap kumpulan pelbagai displin bertanggungjawab untuk menjalankan dan memantapkan rancangan pendidikan. Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin 1. Ibubapa Ibubapa harus sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti atau respon yang tidak normal anakanak. Mereka patut mengesan kekurangan anak mereka di peringkat awal. Mereka tidak harus membiarkan sahaja jika mereka dapat mengesan sebarang masalah atau perubahan pada anak mereka. Mereka harus berbincang dengan professional pakar berkaitan masalah atau kecacatan anak mereka supaya tindakan selanjutnya untuk membantu anak-anak mereka dapat diambil dengan segera. Mungkin peluang untuk memulihkan kecacatan tinggi jika dapat mengesan kecacatan pada peringkat awal. Adalah penting untuk setiap ibubapa mengetahui cara menjaga anak-anak mereka yang memiliki kecacatan dari segi mental, emosi dan fizikal kerana kesilapan kecil boleh membawa kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak ini. Mereka sentiasa perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan untuk memulihkan kecacatan kritikal anak mereka kepada keadaan lebih baik.oleh itu mereka perlu bersikap positif dan sentiasa percaya dalam diri yang mereka dapat menangani perkembangan anak-anak mereka. Selepas itu juga perlu melakukan pemerhatian dan menganalisis setiap perlakuan anak-anak mereka kerana kelakuan anak-anak berbeza mengikut kecacatan. Ibubapa perlu memilih strategi yang sesuai untuk membentuk kelakuan anak-anak mereka. Pembentukan kelakuan positif adalah penting supaya anak-anak dapat berkelakuan baik di khalayak ramai kerana bukan semua faham keadaan mental dan emosi kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri khas. Universal Declaration of Human Right 1948 menegaskan bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan. Jadi ibubapa tidak seharusnya

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 7 mengabaikan anak-anak mereka yang memiliki kekurangan dan kecacatan. Sebaliknya mereka harus memberi sokongan dan kerjasama yang penuh untuk membantu anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Setiap kanak-kanak ini memiliki bakat dan kemahiran tertentu, maka menghantar mereka ke sekolah khas dapat memperkembangkan bakat yang ada pada diri mereka. Tanggungjawab ibu bapa tidak berhenti setakat menghantar anak mereka ke sekolah sahaja. Mereka harus ke sekolah untuk mengetahui perkembangan semasa anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas adalah penting untuk membina keyakinan dalam diri murid-murid khas selain memberi sokongan kepada mereka. Ibubapa juga boleh memberi cadangan yang bernas untuk melancarkan lagi program pendidikan khas. Ibubapa juga harus berkolaborasi dengan guru pendidikan khas dengan mendengar nasihat guru dan menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diadakan di sekolah. Ibubapa juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti perkhemahan, program motivasi dan sebagainya. Ibu bapa disarankan tidak menganggu dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi boleh berperanan sebagai pembantu kepada guru. Ibubapa boleh membantu guru dengan mengawasi anak-anak mereka semasa membuat kerja rumah. Ibu bapa perlu melakukan intervensi di rumah kerana ibu bapa merupakan guru terbaik kerana mereka kerap mendampingi anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa akan memberi pengaruh dalam perkembangan anak mereka. Sumbangan dan sokongan padu daripada pihak ibu bapa sangat diperlukan kepada program pendidikan khas. 2. Pakar Perubatan Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Peranan pakar perubatan boleh dibahagikan seperti jadual di bawah. Pediatrik Pakar Perubatan Peranan Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetic, kewarisan,prenatal dan postnatal. Neurologi Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan kanak-kanak ubat Ritalin untuk mengawal keaktifannya Terapi pertuturan Mereka akan mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak kanak. Terapi pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 8 kanak-kanak yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. Terapi fizikal Audiologi Oftomologi Ahli kumpulan ini bertanggungjawab untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Dan melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri. Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran akan dirujuk kepada audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran mereka. Pakar ini akan menaksiran penglihatan pelajar. Sekiranya mereka mempunyai masala penglihatan maka akan memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak biasa. Bincangkan perananan yang dimainkan oleh pakar-pakar perubatan seperti jurupulih pertuturan, jurupulih cara kerja, pakar pemakanan, jurupulih bahasa dan psikologi klinikal dalam membantu murid-murid pendidikan khas. 3. Pihak Sekolah Pihak sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari dan menguruskan diri. Pihak sekolah haruslah menyediakan satu bangunan atau bilik khas untuk murid-murid berkeperluan khas. Menyediakan infrastruktur yang serba lengkap adalah salah satu tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah-kaedah khusus dapat berjalan dengan lancar. Pengetua atau guru besar juga harus memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada program pendidikan khas. Program pendidikan khas akan berkembang dengan adanya sokongan guru besar atau pengetua. Mereka perlu mengambil tahu keperluan program pendidikan khas dan murid-murid berkeperluan khas. Bagi sekolah yang mempunyai program integrasi sepatut tidak mengasingkan muridmurid berkeperluan khas dengan murid-murid biasa melalui. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pergaulan antara murid-murid khas dengan murid-murid biasa harus diperbanyakan. Ini adalah untuk membolehkan murid-murid khas berinteraksi secara normal dengan semua glongan dan tidak akan mengasingkan diri. Langkah sebegini akan membantu murid-murid khas untuk menghadapi masyarakat luar secara normal. Guru pendidikan khas berperanan penting dalam keberkesanan program pendidikan khas. Guru pendidikan khas harus memberi komitmen yang sepenuhnya kepada murid-murid berkeperluan khas dan program pendidkan khas. Mereka

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 9 seharusnya menjiwai karier mereka sebagai seorang guru pendidikan khas. Hanya guru pendidikan khas sahaja dilatih dengan pelbagai kemahiran untuk mengajar murid-murid keperluan khas. Guru khas perlu memiliki kriteria sebagai seorang guru khas supaya program pendikan khas dapat berjalan lancar. Seorang guru khas harus berfikiran secara kreatif, inovatif dan imagenatif supaya dapat menarik minat murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dan menumpukan perhatian.guru khas juga harus tahu mengekalkan suasana kelas yang ceria dan mesra supaya murid dapat menganggap sekolah sebagai rumah kedua mereka. Sikap simpati dan juga empati perlu ada ada pada seorang guru pendidikan khas. Guru khas harus berupaya memberikan ujian saringan kepada pelajar untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan masalah pelajar. Guru khas perlu mengenali setiap anak muridnya secara terperinci supaya mereka dapat melayan murid-murid mengikut kepeluan tertentu. Guru pendidikan khas juga perlu menyediakan Rancangan Pendidikan Individu mengikut kategori dan kesesuaian murid supaya mereka dapat menguasai satu kemahiran dengan baik. Program dan aktiviti dirancang oleh guru tidak seharusnya tertumpu di kawasan sekolah sahaja. Sebaliknya guru khas perlu membawa murid-murid ke kawasan luar agar murid-murid dapat terdedah kepada masyarakat luar. Mereka juga boleh meluaskan pengetahuan dan pengalaman melalui program lawatan. Guru khas juga harus berbincang dengan ibubapa tentang masalah kesihatan dan tingkahlaku murid-murid khas agar mereka dapat mencari jalan penyelesaian dengan mudah kepada suatu masalah dengan adanya kerjasama yang baik antara guru khas dan ibubapa. Guru khas juga boleh mengubah strategi pengajaran dengan mendengar nasihat dan idea ibubapa jika bersesuain dengan kurikulum. Selain itu, kerjasama guru khas dengan program pendidikan arus perdana juga penting untuk melancarkan perkembangan program pendidikan khas. Guru biasa (arus perdana) perlu berkongsi pendapat dan tanggungjawab bersama guru pendidikan khas supaya objektif pendidikan khas dapat dicapai. Guru khas dan guru biasa boleh tukar-menukar bahan bantu mengajar supaya dapat menjimatkan masa dan tenaga. Guru biasa perlu membantu dan memberi tumpuan lebih kepada murid-murid khas dalam program inklusif supaya mereka dapat kekal dalam kekal biasa. Guru khas juga membantu guru biasa dengan mengajar pelajarpelajar lemah dalam kelas biasa. Guru biasa boleh mengunakan kemahiran dan idea untuk membolehkan murid murid mengembangkan bakat dan kemahiran yang pada mereka. Guru biasa perlu mengambil bahagian dalam aktiviti dianjurkan untuk murid-murid khas supaya guru dapat mengenal dan memahami keperluan dan ciri mereka supaya mereka tidak menghadapi masalah semasa mengajar mereka dalam program inklusif. Kolaborasi semua staf sekolah kepada program pendidikan khas penting untuk merealisikan aspirasi pendidikan khas. 4. Jabatan Kebajkan Masyarakat Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangkumi usaha-usaha membantu serta memberi perkhidmatan kepada warga kurang upaya bersesuaian dengan keperluan serta syarat-syarat yang ditetapkan. Perkhidmatan ini hanya diberikan kepada mereka yang

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 10 mendaftar dengan jabatan ini sahaja. Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya mereka dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Jabatan ini mengeluarkan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk memudahkan pengenalan supaya mereka mendapat perkhidmatan yang cepat dan akses kepada kemudahan awam. Dengan adanya kad ini pelbagai faedah seperti rawatan perubatan, khidmat pemulihan, rawatan lanjutan dan latihan vokasional juga diberikan. Selain itu, untuk mendaftar di sekolah dan institusi tertentu kanak-kanak khas perlu juga mendapatkan kebenaran JKM. Kad ini perlu untuk golongan Khas ini mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan juga untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusiinstitusi di bawah kelolaan jabatan. Perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) seperti Taman Sinar Harapan, Pusat Dalam Komuniti, Bengkel Daya dan Pusat Pemulihan dan Latihan Perindustrian Bangi. Institusi-institusi ini menyediakan latihan dan menggalakkan penyertaan aktif serta sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat negara. SEMAK KENDIRI a. Huraikan definisi pendidikan khas dalam konteks pendidikan khas di Malaysia. b. Bincangkan kandungan kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran. c. Nyatakan dan huraikan perbezaan falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan khas. d. Jelaskan bagaimana amalan konsep kolaborasi antara pelbagai disiplin dilaksanakan. e. Senaraikan tugas dan peranan pasukan pelbagai disipilin di bawah; i. Pakar Perubatan ii. Jabatan Kebajikan Masyarakt iii. Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia iv. Pihak Pentadbir Sekolah

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 11 Rumusan 1. Pendidikan Khas di Malaysia memberi peluang kepada semua kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan secara formal di sekolah-sekolah pendidikan khas, program intergrasi dan inklusif. 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas memfokus kepada perkembangan dan pengupayaan individu khas ke arah kecemerlangan akademik dan kemahiran melalui tiga prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu,pembelajaran yang mengembirakan dan bermakna dan pendidikan sepanjang hayat. 3. Dua model pelaksanaan pendidikan khas iaitu Model Sosial dan Model Perubatan. Model Sosial mengutamakan kolaborasi antara pihak ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat. Model Perubatan pula mengutamakan peranan dan tanggungjawab pakarpakar. 4. Kepelbagaian kategori murid berkeperluan khas memerlukan kerjasama pasukan pelbagai disiplin untuk tujuan mengesan dan mengenalpasti ciri-ciri serta keperluan pendidikan khas. 5. Secara keseluruhannya, boleh dilihat bahawa terdapatnya perbezaan antara ciri-ciri Akta Pendidikan di Malaysia dengan Akta Pendidikan di Amerika Syarikat. Secara umum, Akta Pendidikan 1996 lebih bersifat umum di mana peruntukan untuk bidang pendidikan khas adalah sebahagian kecil sahaja dalam akta ini dan tidak dinyatakan dengan lebih jelas dan lanjut mengenai takrifan murid khas, sekolah khas, kategori murid khas dan sebagainya. Manakala, IDEA dinyatakan lebih jelas dan spesifik dalam takrifan-tarifan tersebut 6. Akta OKU 2008 menekankan penyamaan peluang serta peruntukan hak-hak asas untuk golongan OKU ini dalam aspek yang lebih luas bukan saja dalam aspek pendidikan. Secara kesimpulannya, tidak kira Akta Pendidikan di Malaysia mahupun luar negara, akta pendidikan diwujudkan demi mempertahankan hak golongan OKU dalam memperoleh perkhidmatan pendidikan yang sepatutnya. Dengan itu, sebagai pendidik, harus sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan khas, malah menambahbaikkan lagi kualiti pendidikan untuk golongan khas ini. RUJUKAN Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). (1997). Dimuat turun pada 13 November 2009, 11.34p.m. daripada http://414326-akta-pendidikan-1996 1.pdf. Allan. G. O., & Charles, J. R. (2006). Special Education And The Law. A Guide for Practitioners.2 nd Ed. California: Crown Press. Alper, S. 2001. Alternate assessement of students with disabilities in inclusive settings. Needham Heights, MA.: Allyn & Bacon. Burch, P. (2007). Supplemental Education Services Under NCLB: Emerging Evidence And Policy Issues. Dimuat turun pada 18 November 2009, 11.44 p.m. daripada http://www.greatlakescenter.org/docs/policy-briefs/burch_nclb.pdf Chadd, J., & Drage, K. (2006). No Child Left Behind: Implications for Career and Technical Education. Journal of Career and Technical Education Research. 31(2), 79-99. Dudley, K. (2006). The Effect of the No Child Left Behind Act 2020 on Special Education and Learning. Dimuat turun pada 19 November 2009, 4.05p.m. daripada http://www.associatedcontent.com/article/43665/the_effect_of_the_no_child_left_behind_p g4_pg4.html?

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 12 Lerner, J. 2003. Learning disabilities theories, diagnosis and teaching strategies. Boston : Houghton Mifflin Company. Paige, R. (2002). No Child Left Behind: A Desktop Reference. Dimuat turun pada 18 November 2009, 11.15p.m. daripada http://www.ed.gov/admins/lead/account/ndbreference/reference.pdf. Supiah Saad, 2005. Komitmen dan Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia, Jurnal Kementerian Pengajian Tinggi. Dimuat turun pada 19 November 2009, 3.05p.m. dalam http://www. Toodoc./com/search.php?=dasar+pendidikan+khas. Tie Fatt Hee. (2002).Undang-undang Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Trahan, C. (2002). Implications of the No Child Left Behind Act of 2001 for Teacher Education. Dimuat turun pada 19 November 2009, 4.30 p.m. daripada http://findarticles.com/p/articles/mi_pric/is_200212/ai_3334171959/ Turnbull, H. R. 1998. Free appropriate public education: The law and children with disabilities. Denver, CO: Love. Undang-undang Malaysia: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). (1996).Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (2008). Dimuat turun pada 19 November 2009, 3.30 p.m. daripada http://unesdoc.unesco.org/images/0015/001585/158536mly.pdf. Weishaar, M. K. (2007). Case Studies in Special Education Law. No Child Left Behind Act. New Jersey: Pearson Edu. Inc. Wong Huey Siew & Sandiyao Sebestion, 2002 : Pendidikan Bagi Komuniti Orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia : Satu Analisis daripada Perspektif Sejarah. Journal Issues in Education, Vol 25, m/s 145-163. Yell, M. L. & Shriner, J.G. 1997. The IDEA amendments of 1997: implication for special and general education teachers, administrators and teacher trainers. Focus on exceptional children. 30(1): 188 243. dan penyelidikan. Konvensyen Pendidikan Khas, 2004. 6-9 Disember 2004, Kuala Lumpur. Dimuat turun pada 19 November 2009, 8.00a.m. daripada http://www.paralympic.org.my/mpc/doc/ref_doc UNDANG-UNDANG_MALAYSIA- AKTA_ORANG_KURANG_UPAYA.pdf. Ysseldyke, J., & Bob, A. (2006). The Legal Foundation of Special Education. A Practical Guide for Every Teacher. California: Corwin Press.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 13

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s 14