Kefahaman Mengenai Konsep Gas Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Parit Buntar Perak

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

Faculty Of Information and Communication Technology

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Transcription:

Kefahaman Mengenai Konsep Gas Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Parit Buntar Perak Azizi Hj. Yahaya Shahrin Hashim Yusof Boon T. Memy Nazhafifa binti Mohammad Radzi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai 81310, Johor Darul Takzim. ABSTRAK: Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman pelajarpelajar Tingkatan Empat mengenai konsep gas, konsep tekanan dalam gas, konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas dan mengaplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian. Sebanyak 150 orang pelajar daripada tiga buah sekolah di daerah Parit Buntar, Perak telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian ini. Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan. Instrumen kajian yang digunakan adalah berupa satu set soal selidik. Di samping itu, data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 11.5 For Windows. Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.731. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman pelajar terhadap konsep tekanan dalam gas dan konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas adalah di tahap kefahaman tinggi. Manakala kefahaman pelajar terhadap konsep gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian adalah di tahap kefahaman sederhana. Kefahaman dominan di kalangan pelajar ialah kefahaman mengenai konsep ruang antara zarah-zarah gas. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman pelajar mengenai konsep gas dan konsep tekanan dalam gas mengikut keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas serta antara kefahaman konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas mengikut sekolah. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman konsep gas, konsep tekanan gas, konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian mengikut kaum dan jantina; antara kefahaman konsep tekanan gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian mengikut keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas serta antara kefahaman konsep gas, tekanan gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian mengikut sekolah. KATA KUNCI : Konsep tekanan, Sifat-sifat gas, Konsep ruang antara zarah-zarah gas, Aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan, Pelajar tingkatan empat. PENGENALAN Selaras dengan cabaran global terutamanya demi mencapai aspirasi misi dan visi sistem pendidikan negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diberikan tanggungjawab merancang dan merealisasikan matlamat pendidikan negara untuk menyediakan peluang pendidikan dan corak pendidikan yang berkesan serta berkualiti tinggi kepada individu dan masyarakat negara ini. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berpusat merangka pelbagai cara dan kaedah pembelajaran yang praktikal untuk diamalkan oleh para pendidik demi mewujudkan satu corak pendidikan yang berkesan berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ada sekarang. Penekanan kepada pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menjadi teras utama kepada strategi pembelajaran di sekolah. Pemilihan sesuatu atau kepelbagaian kaedah perlulah bersesuaian dan menjanjikan pelajar dapat belajar secara optimum. Selain itu, kreativiti dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai oleh guru. Guru seharusnya mampu memilih kaedah pembelajaran yang sesuai supaya dapat diasimilasikan dengan berkesan ke dalam proses pembelajaran pelajar selaras dengan tuntutan sistem pendidikan kini.

Oleh itu amat wajar pihak yang terlibat dalam pendidikan di negara ini mengembeleng tenaga, fikiran dan usaha untuk mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Bakal-bakal guru perlu diperlengkapkan dengan pengetahuan yang mencukupi untuk menjayakan matlamat seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Ee (1990), proses pengajaran merangkumi pelbagai perkara dan fungsi yang saling berkaitan dan hendaklah bertindak secara bersama agar mencapai kejayaan. Sekiranya salah satu atau beberapa fungsi tersebut tidak dikawal, kejayaan yang diharapkan dalam pengajaran dan pembelajaran akan turut terjejas. Bagi menghadapi era globalisasi yang didokong oleh kemajuan sains dan teknologi, negara-negara membangun telah menumpukan kemajuan terhadap disiplin sains dan matematik untuk melahirkan suatu masyarakat saintifik yang hanya mampu dicapai melalui suatu proses pendidikan yang dapat menerapkan penghayatan pelajaran terhadap konsep-konsep sains yang bertindak seumpama nadi terhadap kefahaman yang menyeluruh terhadap sains (Bruner, 1979). Pengkonsepan pelajar yang tepat merupakan tujuan pendidikan sains pada masa kini (Tan Ai-Girl, et al., 2002). Pendidikan sains mengharapkan pelajar sains dapat menguasai sesuatu konsep sains yang selaras dengan pandangan ahli sains yang berasaskan teori dan prinsip yang telah dibuktikan kebenarannya. Pendekatan yang didapati sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains KBSM adalah berbentuk inkuiri samada secara induktif atau deduktif. Selain itu penekanan terhadap penguasaan konsep pelajar perlu diberikan tumpuan ke arah penguasaan sains yang berkesan. Sains adalah lebih baik dianggap sebagai pencarian konsep daripada penyelesaian masalah. Pemahaman konsep sains yang dibina oleh pelajar secra formal di dalam bilik darjah seringkali salah dan tidak bertepatan dengan konsep sebenar yang dikuasai oleh ahli sains (Fisher dan Lipson, 1986). Malangnya, banyak kajian mendapati ramai pelajar mempunyai kerangka alternatif atau membina idea mereka sendiri berdasarkan pengalaman seharian yang bercanggah dengan konsep-konsep saintifik yang tepat (Osborne dan Freyberg, 1985; Driver, 1985; Fensham, Gunstone dan White, 1995; Yap; 2002). Akibatnya, pelajar mengalami kesukaran bagi menguasai sesuatu konsep sekaligus menjejaskan pencapaian dan penguasaan mereka dalam mata pelajaran sains. Menyedari hakikat ini, pelbagai kajian telah dilakukan bagi mengkaji kefahaman pelajar terutamanya tiga dekad kebelakangan ini (Mohammad Yusof et al, 2002) dan sering menimbulkan kesukaran di kalangan pelajar. Atas keperluan dan rasa tanggungjawab inilah pengkaji mengambil keputusan untuk menjalankan kajian mengenalpasti kefahaman pelajar terutamanya kewujudan kerangka alternatif terhadap konsep sains khususnya dalam tajuk jirim mengenai sifat-sifat gas dan tajuk tekanan gas. SAMPEL KAJIAN Sebanyak tiga buah sekolah telah dipilih di sekitar daerah Parit Buntar, Perak. Jumlah pelajar Tingkatan Empat bagi kesemua sekolah yang dipilih ialah sebanyak 150 orang merangkumi 54 orang pelajar lelaki dan 96 orang pelajar perempuan pelajar telah dijadikan sampel kajian. Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden ialah dengan soal selidik. Soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan. Selain itu, soal selidik yang baik dapat mencapai objektif kajian, memperolehi maklumat yang paling tepat dan yang dikehendaki serta memenuhi tujuan kajian yang dijalankan. Responden tidak perlu menulis nama mereka pada kertas soal selidik tersebut dan ini memungkinkan mereka untuk menjawab dengan jujur.

Set soal selidik tersebut mengandungi dua bahagian; Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A menyoal latar belakang responden seperti umur, jantina, bangsa dan pencapaian terakhir mata pelajaran sains. Bahagian B mengandungi 35 soalan yang berkaitan dengan tajuk jirim (sifat-sifat gas) yang bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar mengenai konsep gas. Item dalam Bahagian B akan diukur berdasarkan Skala Likert yang mempunyai 3 tahap pemarkahan. Responden akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan menandakan salah satu pilihan jawapan yang diberi. Jadual 1: Jadual Pengkelasan Likert 3 skala Likert Pengkelasan 1 Tidak Setuju 2 Tidak Pasti 3 Sangat Setuju KAJIAN RINTIS Kelebihan menjalankan kajian rintis adalah ia dapat membantu penyelidik memperoleh petunjuk awal tentang mana-mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat atau gagal. Sebelum soal selidik dijalankan, instrumen ini terlebih dahulu disemak oleh En Johari Surif iaitu pensyarah fakulti pendidikan untuk mendapatkan kesesuaian instrumen dengan kurikulum di sekolah. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis sebanyak dua kali. Oleh kerana nilai Alfa Cronbach bagi kajian pertama terlalu rendah iaitu 0.1718, maka beberapa soalan dalam soal selidik ini perlu diperbaiki dan kajian rintis yang kedua kali telah dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak ke atas 30 orang pelajar tingkatan empat dan analisis dapatan menunjukkan nilai alfa baru bagi item-item bahagian B kertas soal selidik secara keseluruhannya bernilai 0.731. Menurut Najib (1999), sesuatu instrumen adalah bolehpercaya dan sah digunakan jika nilai Alfa Cronbachnya melebuhi 0.6. Oleh kerana nilai alfa baru bagi item-item bahagian B yang diperolehi melebihi 0.6, maka instumen kajian adalah bolehpercaya dan sah digunakan. ANALISIS DATA Data-data yang diperoleh dianalisis dengan perisian komputer. Perisian yang digunakan ialah SPSS (Statistical Package for the Social Science) V11.5. Analisis tahap pencapaian bagi item skala Likert ini adalah berpandukan kepada petunjuk julat min (Khalid, 2003). Jadual 2: Julat Min Dan Tahap Persetujuan Bagi Item Skala Persetujuan Likert Julat Min Tahap Kefahaman Konsep 2.34 3.00 Tinggi 1.68 2.33 Sederhana 1.00 1.67 Rendah a. Dapatan Kefahaman Konsep Gas, Tekanan Dalam Gas, Ruang Antara Zarah-zarah Dalam Gas Dan Aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupan Harian Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut min dan sisihan piawai secara keseluruhan bagi faktor kefahaman konsep gas, tekanan dalam gas, ruang antara zarah-zarah dalam gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian

Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai Secara Keseluruhan Bagi Faktor Kefahaman Konsep Gas, Tekanan Dalam Gas, Ruang Antara Zarah-zarah Dalam Gas Dan Aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupan Harian (n= 150) Bil Aspek Min Sisihan Piawai Tahap Kefahaman 1 Kefahaman Konsep Gas 2.32 0.26 Sederhana 2 Kefahaman KonsepTekanan Dalam Gas 2.52 0.25 Tinggi 3 Kefahaman Konsep Ruang Antara Zarahzarah Dalam Gas 4 Kefahaman aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupan Harian 2.57 0.31 Tinggi 2.21 0.36 Sederhana Secara keseluruhannya min dan sisihan piawai diperoleh daripada aspek kefahaman konsep gas di kalangan pelajar ialah 2.32 dan sisihan piawai 0.26. Ini menunjukkan kefahaman pelajar terhadap konsep gas adalah di tahap kefahaman sederhana. Manakala secara keseluruhannya kefahaman pelajar terhadap konsep tekanan gas adalah berada di tahap kefahaman tinggi dengan nilai min yang diperoleh ialah 2.52 dan sisihan piawai 0.25. Bagi aspek kefahaman pelajar terhadap konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas pula, secara keseluruhannya min yang diperoleh ialah 2.57 dan sisihan piawai 0.31. Ini menunjukkan kefahaman pelajar terhadap konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas adalah di tahap kefahaman tinggi. Seterusnya secara keseluruhannya sebanyak 2.21 dan 0.36 masing-masing min dan sisihan piawai bagi aspek kefahaman pelajar terhadap aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian Ini menunjukkan kefahaman pelajar terhadap aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian adalah di tahap kefahaman sederhana. b. Pengujian Hipotesis Jadual 4 menunjukkan analisis ANOVA mengikut perbezaan kefahaman konsep gas, tekanan dalam gas, ruang antara zarah-zarah dalam gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian secara keseluruhan berdasarkan aspek kaum. Jadual 4: Analisis ANOVA Mengikut Perbezaan Antara Kefahaman Konsep Gas, Tekanan Dalam Gas, Ruang Antara Zarah-zarah Dalam Gas Dan Aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupan Harian Mengikut Kaum Faktor Bangsa F Signifikan Kefahaman Konsep Gas Melayu, Cina, India 0.059 0.943 Kefahaman Konsep Tekanan Dalam Gas Melayu, Cina, India 0.182 0.834

Kefahaman Konsep Ruang Antara Zarah-zarah Dalam Gas Kefahaman Aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupan Harian Melayu, Cina, India 0.275 0.760 Melayu, Cina, India 1.146 0.321 Jadual di atas jelas menunjukkan analisis ANOVA bagi aspek kefahaman konsep gas, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut kerana mempunyai nilai min yang lebih daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.943. Ini bermakna hipotesis tidak terdapat perbezaan antara kefahaman konsep gas di kalangan pelajar sekolah menengah mengikut kaum ini diterima. (p > 0.05) Manakala analisis ANOVA bagi aspek kefahaman konsep tekanan gas juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut kerana mempunyai nilai min yang lebih daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.834. Ini bermakna hipotesis tidak terdapat perbezaan antara kefahaman konsep tekanan dalam gas di kalangan pelajar sekolah menengah mengikut kaum ini diterima. (p > 0.05) Analisis ANOVA mengikut perbezaan kefahaman konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas secara keseluruhan berdasarkan aspek kaum menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut kerana mempunyai nilai min yang lebih daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.760. Ini bermakna hipotesis tidak terdapat perbezaan antara kefahaman konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas di kalangan pelajar sekolah menengah mengikut kaum ini diterima. (p > 0.05) Jadual di atas jelas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor kefahaman aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian kerana mempunyai nilai min yang lebih daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.321. Ini bermakna hipotesis tidak terdapat perbezaan antara kefahaman aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian di kalangan pelajar sekolah menenngah mengikut kaum ini diterima. Jadual 5: Analisis Perbezaan Yang Signifikan Antara Konsep Gas, Tekanan Dalam Gas, Ruang Antara Zarah-zarah Dalam Gas Dan Aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupan Harian Mengikut Jantina Konsep Gas Konsep Tekanan Dalam Gas Konsep Ruang Antara not not F Sig. T Df Sig. (2- tailed Beza Min Beza Ralat Piawai Atas Bawah.256.614 -.243 148.808 -.0106.04354.07545 -.09662 -.239 104.896.811 -.0106.04423.07712 -.09829.728.395.287 148.775 -.0124.04342.07335 -.09824.280 102.239.780 -.0124.04449.07579 -.10068.044.835 1.118 148.266.0594.05311.16432 -.04560

Zarahzarah Dalam Gas Aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupn Harian not not 1.122 111.363.264.0594.05289.16416 -.04544.395.530 -.375 148.708 -.0230.06127.09811 -.14402 -.361 98.111.719 -.0230.06365.10335 -.14926 Memandangkan nilai p = 0.614 ini lebih besar daripada nilai α = 0.05, maka hipotesis ini diterima. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan min yang signifikan maka dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman pelajar mengenai konsep gas mengikut jantina di sekolah menengah. Memandangkan nilai p = 0.395 ini lebih besar daripada nilai α = 0.05, maka hipotesis diterima. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan min yang signifikan maka dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman pelajar mengenai konsep tekanan dalam gas mengikut jantina di sekolah menengah. Berdasarkan jadual didapati nilai p = 0.835 adalah lebih besar daripada nilai α = 0.05, maka hipotesis diterima. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan min yang signifikan maka dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman pelajar mengenai konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas mengikut jantina di sekolah menengah. Keputusan ujian t menunjukkan nilai p = 0.530. Maka dengan ini dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman pelajar mengenai aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian mengikut jantina di sekolah menengah dan hipotesis diterima. Jadual 6: Analisis ANOVA Mengikut Perbezaan Antara Kefahaman Konsep Gas, Tekanan Dalam Gas, Ruang Antara Zarah-zarah Dalam Gas Dan Aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupan Harian Mengikut Mengikut Keputusan PMR Mata Pelajaran Sains Yang Lepas Faktor Gred F Signifikan Kefahaman Konsep Gas A, B, C, D 3.512 0.017 Kefahaman Konsep Tekanan Dalam Gas A, B, C, D 0.608 0.611 Kefahaman Konsep Ruang Antara Zarah-zarah Dalam Gas Kefahaman Aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupan Harian A, B, C, D 4.805 0.003 A, B, C, D 2.169 0.094 Analisis ANOVA mengikut perbezaan kefahaman konsep gas secara keseluruhan berdasarkan gred keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut kerana mempunyai nilai min yang kurang daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.017. Ini bermakna hipotesis terdapat perbezaan antara kefahaman konsep gas di kalangan pelajar sekolah menengah mengikut gred keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas ini ditolak.

Perbezaan kefahaman konsep tekanan dalam gas berdasarkan gred keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut kerana mempunyai nilai min yang lebih daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.611. Ini bermakna hipotesis diterima. Manakala perbezaan kefahaman konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas berdasarkan gred keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas mempunyai nilai min yang kurang daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.003. Ini bermakna hipotesis terdapat perbezaan antara kefahaman konsep ruang antara zarahzarah dalam gas pelajar sekolah menengah mengikut gred keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas ini ditolak. Analisis ANOVA mengikut perbezaan kefahaman aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian secara keseluruhan berdasarkan gred keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas mempunyai nilai min yang lebih daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.094. Ini bermakna hipotesis tidak terdapat perbezaan antara kefahaman aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian pelajar sekolah menengah mengikut gred keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas ini diterima. Jadual 7: Analisis ANOVA Mengikut Perbezaan Antara Kefahaman Konsep Gas, Tekanan Dalam Gas, Ruang Antara Zarah-zarah Dalam Gas Dan Aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupan Harian Mengikut Mengikut Sekolah Faktor Sekolah F Signifikan Kefahaman Konsep Gas Kefahaman Konsep Tekanan Dalam Gas Kefahaman Konsep Ruang Antara Zarah-zarah Dalam Gas Kefahaman Aplikasi Prinsip Tekanan Gas Dalam Kehidupan Harian SMK. Panglima SMK. Seri Perak SMK. Methodist SMK. Panglima SMK. Seri Perak SMK. Methodist SMK. Panglima SMK. Seri Perak SMK. Methodist SMK. Panglima SMK. Seri Perak SMK. Methodist 1.313 0.272 1.439 0.241 12.951 0.001 2.661 0.073 Perbezaan kefahaman konsep gas berdasarkan sekolah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut kerana mempunyai nilai min yang lebih daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.272. Ini bermakna hipotesis diterima. Perbezaan kefahaman konsep tekanan dalam gas secara keseluruhan berdasarkan sekolah mempunyai nilai min yang lebih daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.241. Ini bermakna hipotesis tidak terdapat perbezaan antara kefahaman konsep tekanan dalam gas pelajar sekolah menengah mengikut sekolah ini diterima. Manakala perbezaan kefahaman konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas berdasarkan sekolah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut kerana mempunyai nilai min yang kurang daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.001. Oleh itu hipotesis ditolak Analisis ANOVA mengikut perbezaan kefahaman aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut kerana mempunyai nilai min yang lebih daripada aras signifikan iaitu 0.05 dengan nilai 0.073. Ini bermakna hipotesis dierima.

PERBINCANGAN Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai konsep gas, konsep tekanan gas, konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian di samping mengetahui samada terdapat hubungan antara kefahaman konsep gas, konsep tekanan gas, konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian terhadap kaum, jantina, keputusan Sains PMR bagi mata pelajaran Sains dan sekolah. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman pelajar terhadap konsep tekanan dalam gas dan konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas adalah di tahap kefahaman tinggi. Manakala kefahaman pelajar terhadap konsep gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian adalah di tahap kefahaman sederhana. Kefahaman dominan di kalangan pelajar ialah kefahaman mengenai konsep ruang antara zarah-zarah gas. Menurut Fisher dan Lipson (1986), pemahaman konsep sains yang dibawa oleh pelajar secara formal di dalam bilik darjah seringkali salah dan tidak bertepatan dengan konsep sebenar yang dikuasai oleh ahli sains. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman pelajar mengenai konsep gas dan konsep tekanan dalam gas mengikut keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas serta antara kefahaman konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas mengikut sekolah. Ini menunjukkan faktor keputusan peperiksaan dan sekolah mempengaruhi kefahaman pelajar mengenai konsep gas, konsep tekanan dalam gas dan konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman konsep gas, konsep tekanan gas, konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian mengikut kaum dan jantina; antara kefahaman konsep tekanan gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian mengikut keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas serta antara kefahaman konsep gas, tekanan gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian mengikut sekolah. Oleh kerana perbezaan min adalah tidak signifikan, ini menunjukkan kefahaman konsep gas mengikut kaum Melayu, Cina dan India umumnya adalah sama atau tiada perbezaan. Guru mestilah bersedia mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Ini kerana apabila pelajar seronok belajar, maka minat mereka tehadap mata pelajaran Sains akan meningkat sekaligus memudahkan mereka untuk memahami sesuatu topik pembelajaran. KESIMPULAN Tidak dapat dinafikan bahawa pemahaman konsep sains amat memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Sebenarnya mata pelajaran sains adalah satu pelajaran yang mudah seandainya pelajarpelajar memahami konsep yang ingin diterapkan. Walaupun kefahaman pelajar terhadap konsep gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian adalah di tahap kefahaman sederhana, namun ianya boleh dipertingkatkan dengan kreativiti guru dalam mengaitkan konsep gas, konsep tekanan gas, ruang antara-antara zarah-zarah dalam gas dan contoh aplikasi prinsip tekanan gas dengan aktiviti seharian pelajar kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu konsep dalam pembelajaran jika ianya mempunyai hubungan dengan aktiviti seharian mereka.

RUJUKAN Arnaudin, M.W. dan Mintzen, J.J. (1985). Students alternative conceptions of the human circulatory system: a cross age study. Journal of Science Education. 69(5), 721-733. Arnold, B. and Simpson, M. (1980). The concept of photosynthesis at O grade why pupil difficulties occur, Scottish Association for Biological Education Newsletter 5, p. 4 Ausubel, D. P. (1968), Educational Psychology: A Cognitive View. New York: Holt, Rhinehart and Winston. Barker, M. and Carr, M. (1989). Teaching and Learning about Photosynthesis, International Journal of Science Education. 11(1): 48-56 Brook, A., Briggs, H., and Driver, R., (1984). Aspect of secondary students understanding of the particulate nature of matter. Children s learning in Science Project. Centre for Studies in Science and Mathematics Education, The University of Leeds. Brook, A. dan Driver, R. (1989). Progression in science: the development of pupil s understanding of physical characteristics of air across age range 5-16 years. Centre for Studies in Science and Mathematics Education. University of Leeds. Bruner, J. (1979). The Process of Education. Harvard University Press: London. Dow, W. M., Auld, J. and Wilson, D. (1978). Pupil s concepts of gases, liquid and solid. An investigation into the teaching of the particulate nature in matter, Dundee College of Education Driver, R. et al. (1985). Children s Idea in Science. Milton Keynes: Open University Press. Driver, R. (1989). Beyond Appearance: The Conservation of Matter under Physical and Chemical Transformations. Children s Idea in Science. 8, 145-168 Ee Ah Meng (1990), Pendidikan di Malaysia : Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Shah Alam : Fajar Bakti Fisher, K.M. and Lipson, J. I. (1986). Twenty questions about students errors. Journal of Research in Science Teaching. 23(9), 783-803 Flick, L. (1991). Where concepts meet concepts. Stimulating analogical thought in children. Journal of Science Education. Vol. 75, No. 2, pp. 215-230 Gagne, R.M. (1985), The Condition Of Learning and Theory Of Instruction. New York: Holt, Rinchart and Winston, Inc. Gellert, E. dan Nagy, M.H. (1962). Children s conceptions of the content and functions of the human body. Genetic Psychology Monographs. 65, 291-411. Gunstone, R.F. (1995). The importance of Specific Science Content in Enhanment of Metacognition. in Fensham, P.J., et al., (Ed). The content of science: a Constructivist Approach to Its Teaching and Learning. London: The Falmer Press. Nussbaum. J. (1985), The Particulate Nature of Matter in the Gaseous Phase in Driver, R., Guesne, Children s Ideas in Science, Open University Press, Milton Keynes, pp. 116 Meheut, M., Saltiel, E. and Tiberghien, A. (1985) Pupils (11-12 years olds) conceptions of combustion, European Journal of Science Education 7(1): 83-93.

Miller, S., Robinson, D. and Driver, R. (1985). Secondary student ideas about air and air pressure, in Bell, B., Watts, M. and Ellington, K. (eds), Learning, Doing and Understanding in Science, Proceedings of a Conference, 11-13 July, Woolley Hall, Near Wakefield. SSCR, London, pp. 58-63 Mohamad Yusof Arshad, Johari Surif, Tan, S.Y., Dalina Daud dan Uthayakumari, S. (2002). Kefahaman Pelajar Mengenai Kosep Zarah: Perbandingan Respon Pelajar di Malaysia dan Pelajar di United Kingdom. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 8(10), 21-38. Muhammad Najib Abd. Ghafar (1999), Penyelidikan Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Nussbaum, J. (1985). The particulate nature of matter in gaseous phase, in Driver, R.,Guesne, E. and Tiberghien, A. (eds), Children s Ideas in Science, Open University Press, Milton Keynes. Osborne, R.J. dan Freyberg, P. (1985). Learning in Science: The Implications of Children s Science. Birkenhead, Auckland: Heinemann. Polit, D.F., Beck, C.T. dan Hungler,B.P. (2001), Essential of Nursing Research Methods, Appraisal and Utilization, 5th Ed., Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins. Sawrey, A.B. (1990). Concept learning versus problem solving. Revisited, Journal Chemical of Education. 67 Se re, M.G.(1982), A study of some frameworks of the field of mechanics, used by children (aged 11-13) when they interpret experiments about air pressure, European Journal of Science Education (4): 299-309 Stavy, R. (1990). Children s conceptions of changes inthe state of matter: From liquid or solid to gas. Journal of Research in Science Teaching, Vol. 27, No. 3, pp. 247-266 Yap, K. C. Toh (2002. Teaching Science. Reading and Resources for the Primary School Teacher. Prentice Hall. Singapore.