PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT

Similar documents
RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

Faculty Of Information and Communication Technology

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

"66O "8 '

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Online Cooperative Learning for Communication and Team Working Skills Enhancement

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Transcription:

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT Muslim Bin Jonid & Soh Pea Ling Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: E-pembelajaran atau dikenali sebagai elearning telah berkembang pesat di dunia pendidikan. Pembelajaran melalui web portal merupakan satu pembelajaran yang berkesan kerana ia adalah berpusatkan pelajar dan pelajar akses kendiri dalam memilih bahan e-pembelajaran. Untuk menggalakkan budaya e-pembelajaran berlaku di kalangan pelajar, satu projek pembinaan web portal bagi tajuk Understanding the Human Nervous System Sains Tingkatan Empat telah dilaksanakan. Projek ini memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE. Web portal yang berasaskan MOODLE telah diisikan dengan banyak jenis sumber dan bahan e-pembelajaran yang mengikut sukatan pelajaran KBSM. Microsoft Office Powerpoint 2007 telah dijadikan platform utama dalam membina bahan e-pembelajaran. Sistem dalam web portal MOODLE ini dianggap menyokong prinsip konstruktivisme sosial dimana pelajar boleh berinteraksi dengan sistem melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan seperti Quiz, Lesson, Chat, Forum, Assignment, Journal, Choices dan Survey. Selain itu, penggunaan web portal ini tidak terhad kepada pelajar sahaja malah para guru juga boleh mendapat bahan e-pembelajaran untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam kelas. Satu penilaian formatif yang berbentuk Penilaian Secara Individu telah dijalankan di kalangan dua orang guru di sekolah-sekolah terpilih di daerah Johor Bahru. Instrumen yang digunakan ialah borang senarai semak. Hasil daripada temuduga yang dilakukan menunjukkan bahawa web portal dan bahan e-pembelajaran ini adalah sesuai untuk digunakan oleh pelajar. Abstract: Nowadays, web based learning develop rapidly especially in education field. It is view as effective means of delivering courses in the process of learning as this medium can support studentcentered learning and students can choose elearning materials freely. Regarding to this situation, web portal based on MOODLE entitled Understanding the Human Nervous System Science Form Four has been developed. In this project, web portal utilizing a course management system called MOODLE. The web portal filled with various type of learning sources and elearning materials which based on KBSM learning outcomes. Besides that, Microsoft Office PowerPoint was used as a main platform to develop the elearning materials in web portal. The principle of this project is based on social constructivism where the user are able to interact with various activities provided in web portal such as Quiz, Lesson, Chat, Forum, Assignment, journal, Choices and Survey. This web portal is not only accessible by students, but it also provides an equal chance to teacher to choose the elearning materials to be used as teaching aids in class. One formative evaluation has been carried out from two teachers selected in Johor Bahru School. The instrument that used for evaluation is a checklist form.the result of interview shows that the web portal and the elearning materials are suitable for students. Katakunci: MOODLE, web portal Pengenalan Perkembangan penggunaan internet dalam pendidikan menyediakan peluang ke arah pembelajaran secara elektronik. E-pembelajaran atau ditaksirkan sebagai sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan (Agatha Patris, 2005). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, animasi, simulasi, audio dan video.

E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Dengan menyedari hakikat ini, guru-guru harus mengorak langkah seiring dengan ledakan teknologi maklumat. Guru-guru boleh memanfaatkan e-pembelajaran melalui talian internet untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penyataan Masalah Dalam mata pelajaran Sains, proses P&P yang dijalankan di dalam kelas masih berbentuk tradisional. Suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru dan tidak merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan panca indera pelajar. Guru kekurangan bahan bantu mengajar yang berinteraktif menyebabkan proses P&P dalam kelas menjadi bosan Laman web sekolah yang dibina jarang digunakan untuk dijadikan salah satu salur pembelajaran pelajar. MOODLE telah hangat digunakan di pengajian tinggi di negara kita, malah di sekolah-sekolah penggunaannya masih belum hangat lagi. MOODLE boleh membekalkan satu persekitaran pembelajaran yang bermakna di sekolah, malah bahan e-pembelajaran tidak banyak disediakan kerana penggunaan web portal berasaskan MOODLE adalah masih terhad. MOODLE dapat membekalkan suasana pembelajaran yang bermakna tetapi bahan pembelajaran tidak disediakan dengan banyak. Dengan itu, projek ini membekalkan satu alternatif baru dalam pembelajaran Sains dengan menggunakan web portal MOODLE untuk pelajar tingkatan empat dan para guru di sekolah supaya proses P&P akan menjadi lebih seronok dan bermakna. Objektif Projek Objektif utama projek pembangunan web portal berasaskan MOODLE ini ialah: i Membangunkan bahan e-pembelajaran bertajuk Understanding the Human Nervous System Sains Tingkatan Empat dengan bercirikan Menggunakan platform Microsoft Office Powerpoint 2007 berserta perisian lain dalam proses pembinaan Mempunyai elemen multimedia ii Menguji keberkesanan penggunaan web portal yang berasaskan MOODLE dan bahan-bahan e- pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah menengah daerah Johor Bahru. Kepentingan Projek Hasil projek ini diharapkan dapat memberikan kepentingan kepada:- Guru Proses pembelajaran masa kini telah mengalami perubahan yang pesat. Proses pengajaran tidak lagi berlaku secara fizikal sahaja (dalam bilik darjah), malah telah bertukar kepada pengajaran secara dalam talian (on-line) atau secara virture. Segala sumber pengajaran dan pembelajaran akan mulai disalurkan menerusi talian berasaskan Web portal dan internet. Para guru boleh download bahan-bahan e- pembelajaran untuk digunakan dalam pengajarannya. Guru-guru boleh meningkatkan corak penyampaian mereka dari segi visualisasi dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Tambahan pula, dengan adanya

e-pembelajaran para guru tidak akan berasa tertekan apabila diminta menghasilkan bahan bantu mengajar yang mempunyai elemen fakta, gambar, animasi, video serta soalan-soalan yang berbentuk formatif dan sumatif. Pelajar Pelajar yang tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya akan menyebabkan mereka kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Di dalam e-pembelajaran fokus utamanya adalah pelajar. Suasana e- pembelajaran akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar boleh membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Pelajar juga boleh menjalankan kuiz atau ujian formatif untuk menguji kefahaman sendiri terhadap tajuk pelajaran tertentu. Interaksi antara guru dengan pelajar juga dibina apabila pelajar membincangkan isu, topik yang berkaitan dengan P&P melalui forum dalam aplikasi sistem MOODLE. Sekolah Pihak sekolah akan menggalakkan para guru dan pelajar menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibekalkan dalam web portal ini dalam proses (P&P) di dalam kelas dengan sepenuhnya. Dengan adanya web portal yang menyediakan bahan-bahan e-pembelajaran, pelajar-pelajar dapat mempelajari sesuatu tajuk pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, dengan adanya bantuan web portal, pelajar lebih berminat belajar kerana pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih menarik,dinamik dan interaktif dengan bantuan media-media tambahan seperti animasi, video, audio, dan grafik yang selain daripada teks (Jamalludin Harun, 2000). Kementerian Pelajaran Malaysia Web portal ini menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Sains Tingkatan Empat. Bahan-bantu mengajar (BBM) dapat membantu guru dalam pengajarannya dan secara tidak langsung ia telah memperkayakan corak pengajaran guru dalam kelas. Begitu juga dapat mengatasi masalah kekurangan perisian yang berinteraktif dan berbahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan di pasaran sekarang. Kebanyakan sekolah tidak menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk elektronik atas sebab kekurangan perisian pendidikan yang bercorak tempatan yang selari dengan sukatan mata pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Skop Dan Batasan Projek Web portal yang berasaskan MOODLE bagi tajuk Understanding the Human Nervous System tingkatan empat Sains mengandungi bahan bantu mengajar (BBM) untuk para guru dan bahan sokongan pembelajaran untuk pelajar yang semuanya berteraskan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Projek ini meliputi isi kandungan seperti Sistem Saraf Manusia yang terdiri daripada Sistem Saraf Pusat dan Sistem Saraf Perifera, struktur neuron, jenis neuron dan fungsi-fungsi neuron. Antara batasan projek ialah bahan sokongan e-pembelajaran yang disediakan hanya merupakan salah satu subtopik di bab Body Coordination Sains tingkatan empat. Selain itu, pembangunan web portal dan bahan bantu mengajar akan dinilai keberkesanannya di daerah Johor Bahru. Bilangan guru yang dipilih dalam

menguji keberkesanan web portal dan bahan pembelajaran adalah hanya 2 orang guru dari sekolah menengah daerah Johor Bahru. Metodologi Model Reka bentuk Bahan E-Pembelajaran: Model Hannafin and Peck Sebelum mereka bentuk dan membangunkan sesuatu bahan pembelajaran yang berbentuk multimedia pendidikan, model pembangunan bahan pembelajaran yang sesuai perlu dipilih dahulu. Model-model pembangunan dapat membantu meningkatkan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran. Dengan itu, pelbagai model reka bentuk telah dicadangkan oleh ahli psikologi untuk digunakan oleh pembangun bahan multimedia. Antara model pembangunan reka bentuk ialah Model ADDIE, Model ASSURE, Model Hannafin and Peck, Model Waterfall dan sebagainya. Dalam projek ini, pembangun telah memilih model reka bentuk instruksi bersistem Hannafin dan Peck untuk membina web portal e-pembelajaran dan bahan e- pembelajaran. Menurut Jamalludin, Baharuddin dan Zaidatun (2001), model ini mengandungi 3 fasa yang utama iaitu: i. Fasa Analisa Keperluan (Needs Assessment Phase) Pereka bentuk atau pembangun perlu membuat penilaian terutamanya terhadap ciri-ciri kumpulan sasaran. ii. Fasa Reka bentuk ( Design Phase) Proses ini bermula dengan menentukan objektif yang akan dicapai oleh pengguna setelah selesai menggunakan aplikasi. Selepas itu, proses menentukan aktiviti, latihan dan juga ujian ke atas pengguna semasa menggunakan perisian yang akan dibangunkan akan turut ditentukan dalam fasa ini. iii. Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan ( Develop and Implement Phase) Fasa ini merujuk kepada proses penghasilan projek. Fasa ini memerlukan ramai tenaga pakar yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang antaranya seperti pengaturcaraan, grafik, audio, video dan sebagainya. Di samping itu, setiap fasa tersebut akan sentiasa melalui proses penilaian dan penyemakan atau pengulangan yang dilaksanakan secara berterusan. Ini bagi menjaminkan kualiti dan mutu produk yang dihasilkan dari semasa ke semasa. Instrumen Yang Digunakan Borang senarai semak merupakan instrumen yang digunakan dalam penilaian ini untuk mendapatkan maklum balas tentang web portal yang dibangunkan berasaskan MOODLE dan bahan e-pembelajaran bagi tajuk Understanding the Human Nervous System. Borang Senarai Semak ini adalah diubahsuai daripada borang soal selidik Huang Chwei Ing (2005) dalam thesisnya yang bertajuk Penilaian terhadap koswer Biologi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dengan topik Enzim Tingkatan Empat dan Nor Azmawati Binti Omar (2007) dalam thesis sarjana mudanya yang bertajuk Pembangunan Bahan E- Pembelajaran berasaskan MOODLE bertajuk Direct Number. Borang senarai semak ini mengandungi 4 muka surat sahaja dan mengandungi 6 bahagian. Bahagian-bahagian adalah seperti berikut:

Bahagian A: Maklumat Peribadi Bahagian ini mengandungi 3 item bertujuan untuk mengumpul data yang berkenaan dengan nama sekolah, pengalaman mengajar dan mata pelajaran yang diajar oleh cikgu. Bahagian B: Persepsi Guru terhadap MOODLE dan Aplikasinya Terdiri daripada 8 item yang menilai keberkesanan web portal MOODLE yang dibangunkan. Bahagian ini responden telah disediakan pilihan jawapan ya atau tidak. Bahagian C: Persepsi Guru terhadap Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik yang dibina Terdiri daripada 5 item yang menilai kandungan e-pembelajaran yang dibina Bahagian ini responden telah disediakan pilihan jawapan ya atau tidak. Bahagian D: Kandungan, Kaedah, Latihan, dan Bahasa yang digunakan dalam Bahan Bantu Mengajar Terdiri daripada 7 item yang menilai kandungan, latihan dan bahasa yang digunakan dalam bahan yang dibina. Bahagian ini responden telah disediakan pilihan jawapan ya atau tidak. Bahagian E: Kualiti Teknikal dan Grafik dalam Bahan Bantu Mengajar Terdiri daripada 11 item yang menilai bahan pembinaan dari segi kualiti, teknikal dan grafik. Bahagian ini responden telah disediakan pilihan jawapan ya atau tidak. Bahagian F: Komen terhadap Bahan Bantu Mengajar Berasaskan MOODLE Terdiri daripada ruang kosong dimana responden boleh menulis komen mereka tentang kelebihan dan kekurangan projek yang dibangunkan. Perbincangan Projek ini bertujuan untuk membangunkan satu web portal yang berasaskan MOODLE dan platform MOODLE ini membolehkan e-pembelajaran (elearning) dilakukan oleh pengguna iaitu sama ada pelajar atau para guru di sekolah. Bahan- bahan sokongan pembelajaran telah disediakan dalam web portal untuk pembelajaran para pengguna. Bahan e-pembelajaran yang utama dibina dengan menggunakan platform Microsift Office Powerpoint 2007. Selaras dengan arus globalisasi, corak pendidikan di Malaysia telah mulai ke arah penggunaan ICT dalam penajaran dan pembelajaran dan e-pembelajaran melalui rangkaian internet pula merupakan pembelajaran yang dinamik dan interaktif. Projek ini menyediakan satu persekitaran yang membolehkan pengguna mempelajari sesuatu secara kendiri. Bahan-bahan e- pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah berkaitan dengan salah satu subtopik dalam Sains Tingkatan Empat yang bertajuk Understanding the Human Nervous System. Bahan-bahan itu boleh dimuatturun (download) oleh pengguna web portal tersebut atau digunakan untuk tujuan pembelajaran secara online. Selain daripada bahan pembelajaran yang dibekalkan dalam bentuk powerpoint web portal juga menyediakan pautan (link) yang membolehkan pengguna paut ke laman web yang lain untuk mendapat maklumat tambahan tentang subtopik itu. Kemudahan interatif ini seiring dengan teori Konstruktivisme

Sosial dan pengguna dapat berinteraksi dengan persekitaran MOODLE yang telah siap disediakan. Antaranya adalah seperti quiz, forum, assignment dan journal yang disediakan oleh pembangun. Pembinaan web portal berasaskan MOODLE ini adalah proses yang berterusan. Bahan-bahan ransangan yang bersesuaian dengan subtopik ini akan dimuatnaik (upload) ke MOODLE oleh pembangun dari semasa ke semasa. Pembangunan bahan e-pengajaran dan pembelajaran untuk subtopik ini adalah disebabkan konsep yang abstrak sepeti sel saraf yang terkandung dalam badan manusia ini boleh disampaikan dalam bentuk gambar dan animasi. Bahan ini bukan sahaja memudahkan sesuatu proses pembelajaran malah ia dapat memotivasikan pengguna terutamanya pelajar. Projek ini dibangunkan berpandukan Model Hannafin and Peck. Fasa-fasa yang terlibat ialah fasa analisis keperluan (Needs Assesment Phase), fasa reka bentuk (Design Phase) dan fasa pembangunan dan pelaksanaan (Develop and Implement Phase). Microsoft Office PowerPoint 2007 digunakan sebagai platform utama dan perisian sokongan yang digunakan ialah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Sound recorder, Gif animator, Xara 3D5 dan sebagainya. Rumusan Akhirnya, kesimpulan daripada usaha yang telah dijalankan dalam menyiapkan projek ini adalah seperti berikut: i. Bahan e-pembelajaran bertajuk Understanding the Human Nervous System Sains Tingkatan Empat dengan bercirikan Menggunakan platform Microsoft Office Powerpoint 2007 berserta perisian lain dalam proses pembinaan Mempunyai elemen multimedia telah berjaya dihasilkan. ii. Pandangan guru-guru sekolah menengah daerah Johor Bahru menunjukkan bahawa projek web portal berasaskan MOODLE serta bahan e-pembelajaran adalah berkesan dan boleh digunakan oleh pelajar dan guru. Rujukan Abu Hassan bin Kassim, Meor Ibrahim (2006). Ke Arah Pengajaran Sains Dan Matematik Berkesan. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Agatha Patris (2005). Keberkesanan penggunaan E-Learning (Pembelajaran Elektronik) dalam Matematik Tingkatan Dua bagi Meningkatkan Kemahiran Berfikir Secara kritis dan Kreatif: Satu kajian kes di Sek Men Kota kinabalu, UTM: Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Tidak Diterbitkan. Alessi, Stephen M. Trollip and Stanley R. (2001) Multimedia for Learning : Methods and Development. Calif: Corwin Pr. Atan Long (1982). Pedagogi Kaedah Mengajar. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Baharuddin b. Aris, Mohamad b. Bilal Ali dan Muhamad Kasim b. Basir (2002). Prestasi Pelajar Dalam Pembelajaran Sains Berasaskan Web Melalui Kaedah Kolaboratif Secara Bersemuka Di Bawah

Bimbingan Guru: National Conference on Computer Graphics and Multimedia. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan S. Manimegalai (2001). Rekabentuk Perisian Multimedia. Skudai :Penerbit UTM Bigge, M.L.& Shermis, S.S (1992). Learning Theories For Teachers. New York: Harper Collins Publisher. Inc Challahan, J.F. et.al (1998). Teaching In the Middle and Secondary Schools. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Chudler, E. H., Buckland, T., Cunningham, S., & Williamson, J. (1999). Brain awareness week open house: an interactive, hands-on experience to learn about the nervous system. Science Scope, 22, 54-55. Colette, E. (2001). Electronic Education System Model. Computers & Education, 36.171-82.