Hajimolkan Abu Bakar Mohamed Shah Abdul Manan Meor Mohd Makhfudz Abu Hassan

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Transcription:

Tahap Prestasi Kecergasan Fizikal Guru Pelatih Berumur 18 Hingga 20 Tahun Kursus PISMP Institut Pendidikan Guru Di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Hajimolkan Abu Bakar Mohamed Shah Abdul Manan Meor Mohd Makhfudz Abu Hassan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap prestasi kecergasan fizikal guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang berumur di antara 18 hingga 20 tahun. Subjek kajian terdiri daripada 128 orang guru pelatih (64 orang lelaki dan 64 orang perempuan). Mereka dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini dijalankan berdasarkan Ujian kecergasan fizikal yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobic Research, 1992). Bagi menentukan tahap kecergasan subjek, lima item ujian yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dipilih bagi mengukur komponen-komponen daya tahan otot, kekuatan otot, daya tahan kardiovuskular, fleksibiliti dan komposisi lemak badan. Kelima-lima komponen kecergasan ini adalah berdasarkan bateri ujian kecergasan fizikal Prudential FITNESSGRAM yang keesahan dan kebolehpercayaannya sentiasa diuji dari semasa ke semasa supaya interpretasi tahap kecergasan fizikal adalah tepat. Dapatan-dapatan kajian ini telah membolehkan penyelidik menentukan prestasi skor ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM yang boleh disesuaikan sebagai alat ukur tahap kecergasan fizikal guru pelatih IPG Kampus Ipoh, Hasil daripada analisis data telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kecergasan fizikal guru pelatih lelaki dan perempuan kecuali Ujian Body Mass Index.

Abstract This study aims to identify the level of achievement of physical fitness of the students teacher in Teacher Education Institute Campus Ipoh aged between 18 and 20 years. Subjects were 128 student teachers (64 men and 64 women). They were selected using simple random sampling method. This study was conducted based on physical fitness tests that have been introduced by Prudential FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobic Research, 1992). The fitness level of the subject, which has a five-item test for the validity and reliability of the selected components was determined by measuring muscular endurance, muscular strength, endurance kardiovuskular, flexibility and body fat composition. The five components of fitness is based on the physical fitness test battery Prudential FITNESSGRAM. The validity and credibility were tested from time to time so that the interpretation of physical fitness level is appropriate. The findings from this study have enabled researchers to determine physical fitness test score performance (FITNESSGRAM) which can be adjusted as a measurement for physical fitness level of student teachers from IPG Kampus Ipoh. Results of data analysis has shown that there is a significant difference of the physical fitness level between male and female trainees except in the Test Body Mass Index. Kata Kunci: Kecergasan fizikal, Kekuatan Otot, Daya Tahan Kardiovuskular, Feksibiliti dan Komposisi Lemak Badan. PENGENALAN Latar belakang kajian Kecergasan ialah kemampuan untuk hidup dalam situasi yang seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Kecergasan fizikal telah didefinisikan oleh Corbin dan Lindsey (1994) sebagai keupayaan keseluruhan organisma manusia untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan. Kecergasan fizikal juga merujuk kepada

kemampuan melakukan tugas dan tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan. Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen iaitu kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi. Aspek ini dipercayai mampu melindungi seseorang daripada penyakit hipokinetik seperti penyakit kardiovuskular, obesiti dan penyakit yang berkaitan dengan otot dan tulang. Komponen fizikal yang berasaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovuskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi badan. Ujian kecergasan fizikal dan program-program kepada pertumbuhan kecergasan seharusnya mengutamakan perhubungan antara kesihatan dan aktiviti fizikal. Ujian kecergasan fizikal digunakan untuk menilai kekuatan fizikal seseorang pelajar yang dapat meningkatkan tahap kecergasannya. Sebelum program peningkatan kecergasan fizikal dijalankan, proses penilaian perlu dijalankan terlebih dahulu untuk mengenal pasti tahap kecergasan seorang pelajar. Salah satu daripada poses penilaian adalah dengan menggunakan ujian kecergasan FITNESSGRAM. Ia ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Copper Institut, Dallas, Texas. Objektif penubuhannya adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa mengenai tahap kecergasan para pelajar. Ujian kecergasan FITNESSGRAM juga merupakan satu cara guru Pendidikan Jasmani menjalankan dan melaporkan keputusan penilaian kecergasan fizikal para pelajar. Kajian ini memberi tumpuan terhadap tahap prestasi kecergasan fizikal guru pelatih PISMP Institut Pendidikan Guru berumur 18 hingga 20 tahun. Kajian dibuat untuk melihat tahap kecergasan guru pelatih melalui skor

ujian daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi lemak badan yang merupakan komponen-komponen kecergasan. Penyelidik menggunakan ujian kecergasan berdasarkan bateri ujian FITNESSGRAM. Penyataan Masalah. Kekurangan pakar-pakar yang berkemahiran dalam bidang pengukuran dan penilaian Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani dilihat menjadi punca utama yang menjadi penghalang kewujudan satu ujian bateri kecergasan fizikal yang menjadi satu kayu ukur kepada kecergasan para pelajar di negara ini. Sehubungan dengan itu, pakar-pakar akademik Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani seharusnya bekerjasama supaya satu ujian kecergasan fizikal yang sesuai untuk para pelajar dapat diwujudkan dan seterusnya satu norma skor ujian kecergasan fizikal kebangsaan dapat ditetapkan bagi mengenal pasti tahap kecergasan pelajar. Objektif Kajian Kajian mengenai tahap kecergasan fizikal guru pelatih PISMP Institut Pendidikan Guru dijalankan berdasarkan FITNESSGRAM adalah untuk mencapai objektif-objektif berikut: i). Menentukan tahap kecergasan fizikal guru pelatih Institut Pendidikan Guru di Kampus Ipoh berdasarkan umur dan jantina. ii). Membentuk norma skor ujian kekuatan otot guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh berdasarkan peringkat umur dan jantina. iii). Membentuk norma skor ujian daya tahan kardiovaskular guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mengikut peringkat umur dan jantina.

iv). v). vi). Membentuk norma skor ujian kekuatan otot guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh berdasarkan peringkat umur dan jantina. Membentuk norma skor ujian kelenturan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh berdasarkan peringkat umur dan jantina. Membentuk norma skor ujian komposisi lemak badan guru pelatih Institut Pendidikan Guru kampus Ipoh berdasarkan peringkat umur dan jantina. Soalan Kajian Berdasarkan kepada beberapa permasalah kajian, penyelidik akan menjawab persoalan-persoalan berikut: i) Apakah tahap kecergasan fizikal guru pelatih lelaki, program PISMP IPG Kampus Ipoh berdasarkan ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM? ii) Apakah tahap kecergasan fizikal guru pelatih perempuan, program PISMP IPG Kampus Ipoh berdasarkan ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM? iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara guru pelatih lelaki dan perempuan dalam item ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM? Kepentingan Kajian Kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tentang tahap kecergasan fizikal guru pelatih PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang berumur antara 18 ke 20 tahun dengan menggunakan bateri ujian

kecergasan FITNESSGRAM. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan dan input ke atas sistem pendidikan Malaysia khususnya kepada mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, terutamanya dalam memberikan kesedaran tentang kepentingan kesihatan yang baik serta kecergasan fizikal pelajar-pelajar sekolah. Batasan Kajian Kajian ini merupakan kajian peringkat permulaan iaitu suatu kajian kecil untuk mengkaji tahap kecergasan fizikal guru pelatih IPG Kampus Ipoh. Responden terbataskan kepada 128 guru pelatih (64 orang pelajar lelaki dan 64 orang pelajar perempuan) opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, PISMP IPG Kampus Ipoh. Mereka berumur antara 18 hingga 20 Tahun. TINJAUAN LITERATUR Pelbagai kajian telah dijalankan dalam aspek kecergasan fizikal akibat kesedaran manusia tentang kepentingan kesihatan seseorang. Wood dan Safrit (1984), serta Johnson dan Nelson (1986) menyatakan bahawa tiada satu item ujian yang dapat menguji keseluruhan komponen kecergasan fizikal dengan tepat. Oleh itu pengukuran dan penilaian bagi tahap kecergasan fizikal haruslah melibatkan beberapa bateri ujian yang menguji komponen kecergasan fizikal untuk menghasilkan keputusan yang tepat dan menyeluruh. Dalam penilaian kecergasan fizikal, Heyward (1991) mencadangkan enam komponen yang harus diuji iaitu daya tahan kardiorespiratori, kekuatan otot, daya tahan otot, berat dan komposisi badan, kelenturan serta keupayaan relaksasi neuromuskular.

Jackson, Morrow, James, Jensen, Jones dan Schultes (1996), telah mmembuat kajian ke atas kalangan remaja bagi mengukur kekuatan trunk ekstensi dan fleksibiliti dengan menggunakan ujian Prudential FITNESSGRAM. Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa terdapat skor kebolehpercayaan yang baik dan konsisten semasa ujian dilakukan terhadap 260 orang subjek. Kajian ini juga menunjukkan bahawa ujian ini telah dapat menguji dan menganggarkan ekstensi bahagian belakang dalam kalangan remaja. Masurier dan Christopher (2004) telah membuat kajian mengenai aktiviti fizikal dan tahap kecergasan aerobik ke atas 233 orang pelajar-pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat, 111 orang lelaki dan 102 perempuan. Setiap subjek melakukan ujian kecergasan fizikal PACER, FITNESSGRAM untuk melihat tahap kecergasan aerobic mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kecergasan antara subjek lelaki berbanding subjek perempuan.. Selain itu, subjek yang melibatkan diri dalam sukan dan permainan memperoleh skor yang tinggi berbanding mereka yang hanya terlibat dalam kelas pendidikan jasmani atau mereka yang jarang-jarang melibatkan diri di dalam bidang sukan. Lloyd (1999) telah membuat kajian mengenai pengaruh saiz badan terhadap prestasi latihan dalam kalangan remaja. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara pengambilan oksigen dengan saiz badan. Kajian ini juga melihat pengaruh komposisi badan terhadap pencapaian dalam FITNESSGRAM. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara saiz badan dan item-item FITNESSGRAM dan ini jelas menunjukkan bahawa komposisi badan mempengaruhi skor ujian kecergasan FITNESSGRAM.

Daripada kajian-kajian yang dinyatakan, jelaslah bahawa komponenkomponen kecergasan fizikal adalah penting untuk dikenal pasti oleh setiap individu bagi menjamin keadaan kesihatan yang baik. METODOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan tinjauan normatif. Semua subjek yang dipilih adalah terdiri daripada guru pelatih lelaki dan perempuan yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihantan, di bawah program PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh di Semenanjung Malaysia. Semua data dalam kajian ini diperolehi melalui ujian kecergasan FITNESSGRAM. Ujian FITNESSGRAM terdiri daripada lima jenis ujian kecergasan fizikal yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research, 1992) iaitu ujian PACER untuk mengukur daya tahan kardiovuskular, ujian Curl Up untuk mengukur daya tahan otot, ujian Push Up untuk mengukur kekuatan otot, ujian Trunk Lift untuk mengukur kelenturan dan Indeks Jisim Badan untuk mengukur komposisi badan. Skor ujian kecergasan fizikal diperoleh dalam bentuk skala sela dan skala nisbah. Analisis data dilakukan dengan menggunakan bantuan perisian komputer SPSS. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menentukan tahap prestasi skor ujian kecergasan fizikal dalam kalangan guru pelatih lelaki dan perempuan. Penyelidik juga menguji kebolehpercayaan instrumen kajian menerusi analisis Korelasi Pearson bagi memperolehi nilai pekali kebolehpercayaan instrumen kajian. Ujian Rintis dilakukan terlebih dahulu oleh 15 orang subjek yang bukan daripada responden kajian. Pelaksanaan ujian ini dibantu oleh beberapa orang penguji yang diberi pendedahan awal oleh penyelidik tentang ujian dan prosedur ujian yang

akan dilaksanakan. Ini bertujuan untuk memastikan data yang diperoleh adalah betul, tepat dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah untuk memastikan semua ahli dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih menjadi responden kajian. Responden yang dipilih terdiri daripada 128 orang guru pelatih kursus PISMP iaitu 64 orang guru pelatih lelaki dan 64 orang guru pelatih perempuan yang berumur antara 18 hingga 20 tahun. DAPATAN KAJIAN Jadual 1 menunjukkan keputusan statistik deskriptif bagi setiap ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM untuk guru pelatih lelaki yang berumur antara 18 hingga 20 tahun. N Minimum Maksimum Min SD Push Up 64 11.00 40.00 23.34 8.99 Curl Up 64 19.00 53.00 29.42 7.37 Trunk Lift 64 16.00 30.00 25.11 3.86 PACER 64 24.00 89.00 43.30 17.35 BMI 64 14.53 34.48 22.15 4.51 Jadual 2 di bawah menunjukkan skala gred lengkung normal bagi guru pelatih lelaki yang berumur antara 18-20 tahun FITNESSGRAM. bagi setiap ujian Gred Ujian A B C D E Push Up 36.9 ke atas 27.9 36.8 18.8 27.8 9.8 18.7 9.7 ke bawah Curl Up 40.6 ke at 33.2 40.5 25.7 33.1 18.3 25.6 18.2 ke bawah Trunk Lift 31.1 ke atas 27.2 31.0 23.2 27.1 19.3 23.1 19.2 ke bawah PACER 69.1 ke atas 52.1 69.8 34.6 52.0 17.4 34.5 17.3 ke bawah

BMI 15.4 ke bawah 15.5 19.9 20.0-24.5 24.6 29.0 29.1 keatas Jadual 3 di bawah menunjukkan keputusan statistik deskriptif bagi setiap ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM untuk guru pelatih perempuan berumur antara 18-20 tahun. N Minimum Maksimum Min SD Push Up 64 2.00 13.00 7.23 2.48 Curl Up 64 20.00 35.00 27.11 3.17 Trunk Lift 64 20.00 30.00 27.02 2.88 PACER 64 6.00 23.00 13.53 4.07 BMI 64 11.76 25.15 18.44 3.43 Jadual 4 di bawah menunjukkan skala gred lengkung normal bagi guru pelatih perempuan berumur antara 18-20 tahun. Ujian Gred A B C D E Push Up 11.1 ke atas 8.6 11.0 6.0 8.5 3.5 5.9 3.4 ke bawah Curl Up 32.0 ke atas 28.8 31.9 25.5 28.7 22.3 25.4 22.2 ke bawah Trunk Lift 31.5 ke atas 28.6 31.4 25.6 28.5 22.7 25.5 22.6 ke bawah PACER 19.8 ke atas 15.7 19.7 11.5 15.6 7.4 11.4 17.3 ke bawah BMI 13.2 ke bawah 13.3 16.6 16.7 20.1 20.2 23.5 23.6 ke atas Jadual 5 di bawah menunjukkan norma skor mentah ujian FITNESSGRAM bagi guru pelatih lelaki dan perempuan di bawah kategori umur antara 18-20 tahun. UJIAN PUSH UP CURL UP TRUNK PACER BMI LIFT LELAKI Cemerlang 36.9 ke atas 40.6 ke atas 31.1 ke atas 69.1 ke atas 15.4 ke bawah Sangat baik 27.9-36.8 33.2 40.5 27.2 31.0 52.1 69.8 15.5 19.9 Baik 18.8 27.8 25.7 33.1 23.2 27.1 34.6 52.0 20.0 24.5 Sederhana 9.8 18.7 18.3 25.6 19.3 23.1 17.4 34.5 24.6 29.0

Lemah 9.7 ke bawah 18.2 ke bawah 19.2 ke bawah 17.3 ke bawah 29.1 ke atas PEREMPUAN Cemerlang 11.1 keatas 32.0 ke atas 31.5 ke atas 19.8 ke atas 13.2 ke bawah Sangat baik 8.6-11.0 28.8 31.9 28.6 31.4 15.7 19.7 13.3 16.6 Baik 6.0 8.5 25.5 28.7 25.6 28.5 11.5 15.6 16.7 20.1 Sederhana 3.5 5.9 22.3 25.4 22.7 25.5 7.4 11.4 20.2 23.5 Lemah 3.4 ke bawah 22.2 ke bawah 22.6 ke bawah 7.3 ke bawah 23.6 ke atas Jadual 6 di bawah menunjukkan keputusan analisis Ujian t Sampel Tidak bersandar FITNESSGRAM untuk guru pelatih lelaki dan perempuan bagi semua ujian. Jantina N Min SD PUSH UP Lelaki 64 26.32 8.21 Perempuan 64 15.92 7.25 CURL UP Lelaki 64 38.79 5.84 Perempuan 64 25.48 6.95 TRUNK LIFT Lelaki 64 27.60 4.16 Perempuan 64 27.59 7.37 PACER lelaki 64 47.15 15.95 Perempuan 64 21.62 7.43 BMI lelaki 64 22.95 3.91 Perempuan 64 23.78 4.91 Ujian Laverne Persamaan min Persamaan Varian bagi Ujian t F Sig. t df Sig. (2 tailed) PUSH UP 2.049.155 7.595 126.000 CURL UP 2.339.129 11.72 126.000 TRUNK LIFT 13.114.000.015 126.988 PACER 20.54.000 11.60 126.000 BMI 8.54.004-1.051 126.295

Oleh itu dapatan kajian berdasarkan Jadual 1 dan 3, adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, iaitu gred yang diperolehi oleh guru pelatih lelaki dan perempuan bagi setiap ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM berdasarkan skala gred lengkung normal yang diberikan. Jadual 7: Gred Ujian Kecergasan Fizikal FITNESSGRAM Guru pelatih Push Up Curl Up Trunk Lift PACER BMI Lelaki C C C C C Perempuan C C C C C Dapatan kajian ini telah dapat menjawab soalan kajian yang pertama dan kedua iaitu tahap kecergasan fizikal guru pelatih lelaki dan perempuan, program PISMP IPG Kampus Ipoh berdasarkan ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM adalah ditahap sederhana sahaja (gred C). Dapatan kajian berdasarkan ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan dalam item ujian Push Up t(126) = 7.59, p=.000,, (p< 0.05, menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan). Untuk item ujian Curl Up t(126) = 11.72, p =.000 (p< 0.05, menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan), juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan. Untuk item ujian PACER t(126) = 11.60, p =.000 (p< 0.05, menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan), juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan. Dapatan kajian berdasarkan ujian-t juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan dalam item ujian Trunk Lift t(126) =.015, p =.988 (p>0.05, menunjukkan tidak wujudnya

perbezaan yang signifikan), dan item ujian Body Mass Index t(126) = - 1.051, p =.295. (p>0.05, menunjukkan tidak wujudnya perbezaan yang signifikan). Ini telah menjawab soalan kajian yang kedua. PERBINCANGAN Keputusan yang diperoleh daripada penganalisaan data menunjukkan tahap kecergasan fizikal guru pelatih perempuan yang berumur di antara 18 hingga 20 tahun di Institut Pendidikan Guru kampus Ipoh. Item-item FITNESSGRAM guru pelatih ini ialah keupayaan aerobik melalui ujian PACER, komposisi tubuh badan melalui ujian Body Mass Index, kekuatan otot melalui ujian Push Up, daya tahan otot melalui ujian Curl Up dan fleksibiliti melalui ujian Trunk Lift. Dapatan-dapatan kajian telah membolehkan penyelidik menentukan prestasi skor ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM yang boleh disesuaikan dengan alat ukur tahap kecergasan fizikal guru pelatih IPG Kampus Ipoh berdasarkan peringkat umur dan jantina. Dapatan ini juga dapat membentuk skor ujian kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovuskular, fleksibiliti dan komposisi lemak badan mengikut umur dan jantina di IPG Kampus Ipoh. Dapatan kajian ini boleh dijadikan standard untuk menentukan skor bagi tahap kecergasan secara umum. Tahap baik menunjukkan tahap minimum yang sepatutnya ada pada setiap guru pelatih bagi aspek kecergasan manakala tahap cemerlang pula merupakan tahap yang amat baik yang perlu diusahakan oleh setiap guru pelatih untuk mencapainya. Oleh itu, para pensyarah perlu memberikan motivasi kepada guru pelatih untuk mencapai tahap yang terbaik dalam kecergasan fizikal mereka yang juga merupakan satu

cabaran untuk dicapai oleh mereka (Baumgartner, Andrew, Mathew and David 2003). Dalam kajian ini juga, penyelidik mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kecergasan fizikal guru pelatih lelaki dan perempuan terhadap komponen-komponen kecergasan fizikal yang diuji menggunakan lima ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan SPSS 18.0 bagi menganalisis data yang telah diperolehi. Ujian kecergasan fizikal dianalisis menggunakan Ujian-t dengan prosedur Independant Sample t test. Hasil analisis data membolehkan penyelidik menentukan skor ujian kecergasan fizikal FITNESSGRAM, membentuk norma skor ujian kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovuskular, fleksibiliti dan komposisi lemak badan. Melalui ujian t pula penyelidik mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kecergasan guru pelatih lelaki dan perempuan dalam komponen-komponen kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovuskular. Manakala dalam komponen indeks jisim badan dan fleksibiliti pula tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kecergasan guru pelatih lelaki dan perempuan. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian ini telah menghasilkan maklumatmaklumat penting mengenai tahap kecergasan fizikal guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang berumur di antara 18 hingga 20 tahun. Maklumat-maklumat ini amat penting untuk diketahui oleh guru pelatih kerana mereka dapat mengetahui tahap kecergasan fizikal mereka yang juga ada kaitannya dengan tahap kesihatan guru pelatih tersebut. Setiap guru pelatih perlu memastikan bahawa mereka mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik kerana badan yang sihat memudahkan guru

pelatih untuk menerima pelajaran yang diajar oleh pensyarah. Pengetahuan tentang tahap kecergasan mereka akan membangkitkan kesedaran tentang tahap kecergasan minimum yang diperlukan kerana tahap kecergasan aerobik yang rendah berkait rapat dengan peningkatan jumlah kematian ( Blair et.al 1989). Maklumat ini juga seharusnya memberi manfaat kepada para pensyarah Pendidikan Jasmani dan Jurulatih Gerko dalam membantu guru pelatih melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan tahap kecergasan mereka secara keseluruhan. IMPLIKASI DAN CADANGAN Faktor kecergasan fizikal perlu diberikan penekanan kepada guru pelatih. Apabila mengkaji keberkesanan sesuatu ujian fizikal, banyak perkara perlu diambil kira. Antaranya item ujian, prosedur ujian, pengumpulan data dan proses analisis data. Para penyelidik perlu memberi perhatian dan mematuhi prosedur agar keputusan yang diterima adalah tepat dan juga kesalahan semasa mengendalikan ujian dapat dielakkan. Oleh itu penyelidik ingin menyarankan agar penguji ujian kecergasan ini terdiri daripada guru atau pensyarah Pendidikan Jasmani yang cekap dalam mentadbir ujian. Faktor pembolehubah luaran seperti aspek pemakanan, konsentrasi, motivasi, kesihatan, latihan, masa dan tempat ujian juga perlu diberi perhatian supaya keesahan dan kebolehpercayaan ujian berada di tahap yang tinggi dan tidak boleh dipertikaikan. Program-program yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hendaklah memberi peluang kepada guru pelatih menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses

yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini pendidikan jasmai yang di ajar terutama di sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkan pengajaran yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalamanpengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Pendekatan dalam pendidikan jasmani juga harus menumpukan kepada pendidikan yang dibina serta kepada nilai mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, aktiviti dalam pendidikan jasmani juga harus selari dengan perkembangan semasa serta mampu menyediakan peralatan moden dan canggih dalam menilai kecerdasan guru pelatih. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga haruslah memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. RUJUKAN Ahmad Hashim, (2004). Pengukuran kecergasan Motor. Quantum Books, Tanjong Malim, Perak. Baumgartner, T.A., & Jackson, S.A., Mahar M.T. & Rowe D.A. (2003). Measurement for Evaluation in Physical Education. Booston: McGraw-Hill Higher Education. Blair, S.N. et. al (1989). Changes in physical fitness and all cause mortality: A prospective sudy of healthy and unhealthy men. Journal of the American Medical Association 273(14) : 1093-1098

Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1994). Concepts of physical fitness with laboratories. (8 th ed). Dubuque, Iowa : Wm. C. Brown Communications, Inc. Heyward, V.H. (1991). Advanced Fitness Assesment & Exercise Prescription ( 2 nd ed) Champaign, IL : Human Kinetics Isaac, S., & Micheal, W.B. (1984). Handbook in Research and Evaluation. San Diego: Edits Publisher. Jackson, A.W., Morrow, J.R., Jenson, R.L., Jones, N.A. & Schultes, S.S (1996). Reliability of the Prudential Fitnessgram (tm) Trunk Lift Test in Young Adults. Research Quarterly for Exercise and Sport, Washington. Vol 67. Pg 115 Johnson, B.L., & Nelson, J.K (1986). Practical measurements for evaluation in physical education (4 th ed.) Minneapolis, Miinesota : Burgess Publishing Co. Lloyd, C.L. (1999). The influence of Body Size on Exercise Performance in Youth. The University of Alabama. Masurier, B,L,, & Christopher. (2004). Physical Activity and Aerobic Fitness Levels of Middle School Students. Arizona State University. Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Safrit, M.J. (1981). Evaluation in Physical Education. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Sidek Mohd Noah. (2002). Rekabentuk Penyelidikan. Falsafah, Teori dan Praktis. UPM Serdang. Teori-teori Pengajaran dan Implikasi. (1994). Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Edusystem Sdn Bhd.

Wood, T.M., Safrit, M.J (1984). A model for estimating the reliability of psychomotor test batteries. Research Quarterly for Exercise and Sport. 55 (1), 53-63