DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Similar documents
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Atas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan Azizi Umar & Supyan Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

Kajian Ke atas Pelaksanaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Transcription:

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pendidikan moral : (masalah pembelajaran). Tahun dua (Kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas) ISBN 978-967-0359-47-2 1. Moral education--study and teaching (Primary). 2. Learning disabled children--education--curricula. I. Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum. II. Siri. 370.11407 Dicetak oleh: Misas Advertising Sdn. Bhd. No. 30 Jalan 4/23B, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur Tel/Fax: 03-4024 2004 / 4022 8714 E-mail: misas07@streamyx.com / masb_30@yahoo.com

KANDUNGAN MUKA SURAT RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD FOKUS MATA PELAJARAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENTAKSIRAN STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL v vi 1 1 1 2 3 3 5 6 7 8 iii

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vi

PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. OBJEKTIF KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan membimbing murid agar berupaya; i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian 1

iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa Domain bagi setiap tunjang adalah: i. Komunikasi ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan iv. Sains dan Teknologi v. Perkembangan Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD FOKUS MATA PELAJARAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. Mata Pelajaran : Pendidikan Moral Pendidikan Moral memberi fokus kepada tiga aspek dalam usaha melahirkan insan berakhlak mulia dan bermoral iaitu: i. Pemikiran Moral Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan moral ii. Perasaan Moral Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul danmerasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul iii. Perlakuan Moral Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara bertanggungjawab dan bermoral Penekanan diberi terhadap pemupukan dan perkembangan nilainilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat 3

mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk. Murid turut disedarkan tentang nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian dan merasionalkan sesuatu keputusan dan tindakan yang dibuat. Kurikulum Standard Pendidikan Moral menekankan 14 nilai murni dalam usaha untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Nilai-nilai murni tersebut adalah: Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara Baik hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan 4

Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. Modul Pembelajaran Pendidikan Moral Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Pengulangan kemahiran adalah untuk mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan nilainilai murni. PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perlaksanaan Modul Pendidikan Moral Modul Pengajaran Pendidikan Moral Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Moral untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema 5

Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning) RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Definisi Rancangan Pendidikan Individu : Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. (Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000) RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain. RPI memperincikan antara lain: i. Tahap prestasi sedia ada murid ii. Perancangan akademik dan bukan akademik iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan 6

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka. PENTAKSIRAN Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran dibilik darjah juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan dan penyediaan RPI bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid. Antara kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan termasuk: i. Pemerhatian : Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. ii. Ujian/ Kuiz : Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif manakala kuiz boleh dijalankan dalam bentuk lisan. iii. Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang dipelajari. iv. Senarai semak : Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni. v. Folio : Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh folio adalah buku skrap dan laporan. vi. Esei : Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik. 7

PENDIDIKAN MORAL TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 1.1 Mengetahui keunikan alam 1.1.1 Menyatakan keadaan alam di kawasan tempat tinggal 1.1.2 Menceritakan kepelbagaian ciptaan Tuhan 1.1.3 Menghargai alam ciptaan Tuhan 1.1.4 Melibatkan diri dalam menjaga keindahan alam 1.1.5 Mengamalkan sikap menghargai alam ciptaan Tuhan 2 Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. 2.1 Membantu guru 2.1.1 Menyatakan cara membantu guru 2.1.2 Menyenaraikan kepentingan membantu guru 2.1.3 Menceritakan perasaan semasa membantu guru 2.1.4 Mengamalkan sikap saling membantu 3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 3.1 Mengetahui tanggungjawab diri di sekolah 8 3.1.1 Menyatakan tanggungjawab pada diri semasa di dalam bilik darjah 3.1.2 Bertanggungjawab menjaga kebersihan diri semasa berada di dalam bilik darjah 3.1.3 Melaksanakan tanggungjawab pada diri semasa di luar bilik darjah

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4. Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. 4.1 Mengamalkan sikap berterima kasih 4.1.1 Melafazkan ucapan terima kasih 4.1.2 Melakukan pelbagai cara memberi penghargaan 4.1.3 Mengamalkan sikap berterima kasih dalam kehidupan seharian 5. Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. 5.1 Mengamalkan tutur kata dan tingkah laku yang sopan 5.1.1 Melafazkan tutur kata yang sopan 5.1.2 Melaksanakan tingkah laku yang sopan 5.1.3 Mengamalkan tutur kata dan tingkah laku yang sopan dalam kehidupan seharian 6. Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. 6.1 Menghormati ibubapa 6.1.1 Melafazkan ucapan bertatasusila kepada ibubapa 6.1.2 Mengamalkan cara menghormati ibubapa 6.1.3 Membezakan ucapan yang bertatasusila dan ucapan yang tidak bertatasusila 9

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 7. Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas. 7.1 Menyayangi ibu bapa 7.1.1 Menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa 7.1.2 Menyenaraikan kepentingan menyayangi ibu bapa 7.1.3 Mengamalkan cara menyayangi ibu bapa dalam kehidupan seharian 8. Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. 8.1 Mengamalkan sikap adil dalam pergaulan seharian 8.1.1 Mengamalkan sikap adil dalam pembahagian makanan bersama rakan 8.1.2 Mengamalkan sikap adil dalam pembahagian mainan bersama rakan 9. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. 9.1 Berkomunikasi dengan rakan sekelas 9.1.1 Menunjukkan sikap berani tampil ke hadapan 9.1.2 Menunjukkan sikap berani mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah 9.1.3 Mengamalkan sikap berani dalam aktiviti seharian 10

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 10. Kejujuran Bersikap benar, amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. 10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam keluarga 10.1.1 Menyebut sebab perlunya bercakap benar 10.1.2 Menunjukkan sikap amanah dalam diri 10.1.3 Menyedari kesan bersikap amanah dalam diri 10.1.4 Menyenaraikan kepentingan bersikap amanah dalam diri 11. Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguhsungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. 11.1 Bersikap rajin dalam perlakuan seharian 11.1.1 Menyenaraikan kebaikan bersikap rajin dalam bilik darjah 11.1.2 Menceritakan kepentingan bersikap rajin dalam bilik darjah 11.1.3 Melaksanakan tugas dengan rajin dalam bilik darjah 12. Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama. 12.1 Bekerjasama dengan individu yang memerlukan 12.1.1 Menyebut kebaikan bekerjasama 12.1.2 Menyatakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama 12.1.3 Menunjukkan sikap positif dalam melaksanakan aktiviti bersama 12.1.4 Mengamalkan aktiviti bekerjasama 11

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 13. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 13.1 Mengamalkan sikap sederhana 13.1.1 Menceritakan perlakuan sederhana dalam diri 13.1.2 Menunjukkan sikap sederhana dalam amalan seharian 13.1.3 Menyatakan kepentingan bersikap sederhana 14. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup. 14.1 Mengamalkan sikap toleransi dalam diri 14.1.1 Menunjukkan sikap sabar 14.1.2 Berinteraksi dengan cara yang sopan 14.1.3 Mengamalkan sikap tolak ansur semasa menjalankan aktiviti seharian 12

ISBN 978-967-0359-47-2 9 789670 359472