MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA YAP CHIN KENT

Similar documents
PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

"66O "8 '

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Faculty Of Information and Communication Technology

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

Transcription:

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA YAP CHIN KENT Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia FEBRUARI, 2004

iii DEDIKASI Untuk ayah, ibu yang disanjungi, dan keluarga tersayang, Pengorbanan kalian menjadi sumber inspirasiku.

iv PENGHARGAAN Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Muslim bin Jonid dan Dr. Arba at Hassan selaku penyelia Projek Sarjana Muda kerana sudi membimbing dan menyelia penulis tanpa menjemu-jemu sepanjang tempoh projek ini sehingga dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tanpa mereka, projek ini mustahil dijalankan dengan begitu lancar dan baik. Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dari kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Biologi), kerana mereka sudi membantu penulis apabila menghadapi masalah semasa menyiapkan projek ini. Penghargaan juga diberikan kepada kawan baik penulis yang bernama Ng Ping dan Mohammad Ali bin Zakaria kerana sentiasa memberi idea yang berguna serta dorongan kepada penulis semasa menghasilkan projek ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi semangat dan dorongan dalam menghasilkan projek ini. Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi bantuan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penulis menjayakan projek ini.

v ABSTRAK Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (ABM) bertajuk Sistem Pembiakan Manusia telah dibina berdasarkan Bab 1 dalam sukatan pelajaran Sains tingkatan tiga berteraskan kepada kurikulum KBSM. Pembinaan perisian ini bertujuan untuk menambahkan bahan pengajaran berbantukan komputer dalam versi Bahasa Inggeris, di mana amat kekurangan di pasaran pada masa kini. Salah satu objektif perisian ini dibina ialah menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermotivasi, merangsang dan bermakna bagi pengguna khususnya pelajar. Perisian ini telah dibangunkan supaya pengguna boleh menjadikannya sebagai salah satu alternatif cara belajar dan juga sebagai cara mendapatkan sumber ilmu. Perisian Modul ABM ini dibangunkan dengan menggunakan perisian PowerPoint XP sebagai perisian utama dan perisian-perisian lain iaitu Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop 7.0, Adobe Premiere 5.5, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Gif Animator 5.0, Herosoft XP 2002 dan Sonic Foundry Sound Forge 4.5. Perisian-perisian tersebut digunakan untuk menggabungkan grafik, animasi, audio, video dan teks dalam bentuk yang interaktif yang berupaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Perisian ini akhirnya dipakejkan ke dalam format CD-ROM bagi memudahkan pengedaran. Diharapkan perisian Modul ABM ini dapat membantu pelajar mengukuhkan kefahaman konsep Sistem Pembiakan Manusia dan menjadikan pembelajaran Sains lebih bermakna dan menyeronokkan.

vi ABSTRACT The teaching aid facilities software known as Human Reproduction System is developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary School Integrated Curriculum. The development of this software is aimed to increase teaching materials through computer aids in English language version, which currently is less in the market. One of the objectives of this software is created to make teaching more interesting, motivating, inspiring and meaningful, especially to students. This software is also created for users to use it as an alternative method of learning and also a source of knowledge. This software is developed using several available software such as PowerPoint XP, Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop 7.0, Adobe Premiere 5.5, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Gif Animator 5.0, Herosoft XP 2002 and Sonic Foundry Sound Forge 4.5. These software were used to combine graphics, animation, audio, video and texts in an interactive forms resulting in more attractive and effective teaching and learning processes. Finally, this software is packaged in CD-ROM format for an easy access and distribution. With hope that this software will help students learning the concept of Human Reproduction System in an interesting and unique way, so that learning Science will indeed a happy and a meaningful experience.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH i ii iii iv v vi vii xi xii BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 3 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Objektif Projek 7 1.4 Kepentingan Projek 7 1.5 Skop Projek 8 1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 8

viii BAB II SOROTAN PENULISAN 2.0 Pengenalan 10 2.1 Definisi Perisian Modul Alat Bantu 10 Mengajar (ABM) 2.2 Definisi Pembelajaran Berbantukan 11 Komputer (PBK) 2.3 Perbezaan di Antara Perisian Modul 12 ABM dan Perisian PBK 2.4 Buku Elektronik 13 2.5 Jenis-jenis ABM 14 2.6 Kriteria ABM yang Baik 15 2.7 Kepentingan Perisian Modul ABM 16 2.8 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul 17 ABM 2.9 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul 20 ABM 2.10 Definisi Multimedia dan 21 Elemen-elemennya 2.10.1 Aplikasi Multimedia dalam 24 Pengajaran dan Pembelajaran 2.11 Konsep dan Teori Pembelajaran 26 2.11.1 Teori Behaviourisme 27 2.11.2 Teori Konstruktivisme 27 2.11.3 Teori Kognitivisme 28 2.12 Aspek Pedagogi dalam Menggunakan 29 Perisian Modul ABM

ix BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN 3.0 Pengenalan 31 3.1 Penentuan Tajuk dan Skop 31 3.1.1 Objektif Pengajaran 32 3.1.2 Kumpulan Sasaran 32 3.1.3 Isi Kandungan Pelajaran 33 3.1.4 Soalan/ Penilaian Pencapaian 33 3.1.5 Aplikasi teori Pengajaran dalam Perisian 34 3.2 Unsur-unsur Motivasi dalam ABM 35 3.2.1 Strategi-strategi Motivasi dalam 36 Reka bentuk Perisian Modul ABM 3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 37 3.3.1 Pemilihan Perisian Multimedia 39 3.4 Pemilihan Perkakasan 41 3.4.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum 41 Pengguna 3.5 Carta Alir Perisian 42 BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.0 Pengenalan 44 4.1 Struktur Asas Perisian 45 4.1.1 Paparan Montaj 45 4.1.2 Paparan Menu Utama 46 4.1.3 Paparan Topik 46 4.1.4 Paparan Penilaian 49 4.1.5 Paparan Laman Web 51 4.1.6 Paparan Glosari 52 4.1.7 Paparan Informasi 52 4.1.8 Paparan Aktiviti 53 4.1.9 Paparan Pemikiran Kritis 54 4.1.10 Paparan Panduan Pengguna 54

x 4.2 Pempakejan Perisian 55 4.3 Cara Menggunakan Perisian 56 BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 Pengenalan 59 5.1 Perbincangan 59 5.1.1 Masalah dan Kesulitan yang Dialami 60 Semasa Pembangunan Perisian 5.2 Kelebihan Perisian 61 5.3 Kelemahan Perisian 63 5.4 Cadangan 63 5.5 Kesimpulan 64 RUJUKAN 65

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Perbezaan di antara perisian modul ABM dan 12 perisian PBK 3.2 Model ARCS 35

xii SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Carta alir Perisian Secara Umum 43 4.1 Paparan Montaj 45 4.2 Paparan Menu Utama 46 4.3 Paparan Topik Pengenalan 47 4.4 Paparan Topik Sistem Pembiakan Lelaki 47 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan Perempuan 48 4.6 Paparan Topik Gamet Manusia 48 4.7 Paparan Topik Proses Persenyawaan 48 4.8 Paparan Topik Perkembangan Embrio 49 4.9 Paparan Topik Kelahiran Bayi 49 4.10 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 50 4.11 Paparan Penilaian Formatif 50 4.12 Paparan Penilaian Sumatif 51 4.13 Paparan Laman Web 51 4.14 Paparan Glosari 52 4.15 Paparan Informasi 53 4.16 Paparan Aktiviti 53 4.17 Paparan Pemikiran Kritis 54 4.18 Paparan Bantuan Pengguna 55 4.19 Pack and Go Wizard dalam PowerPoint XP 56 4.20 True Type Font 57 4.21 Fail Menu Utama 57 4.22 Fail readme 58

BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Pada alaf baru ini, teknologi maklumat berkembang dengan begitu pesat sehingga seluruh pelusuk dunia dapat merasakan ledakan revolusi ini. Menurut Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad: Masyarakat yang menguasai maklumat akan menguasai dunia. Di sini jelaslah teknologi maklumat berupaya memberi pelbagai kemajuan serta perubahan kepada manusia (Sezali Din,1996). Negara kita turut serta dalam arus kemajuan teknologi maklumat ini. Bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam menerima kesan ledakan arus IT bagi mewujudkan generasi manusia yang peka terhadap perkembangan IT. Peranan komputer menjadi semakin penting di dalam bidang pendidikan sama ada bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran, mahupun di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Komputer hendaklah dijadikan satu sumber pengajaran dan pembelajaran untuk membantu guru mencapai objektif pedagoginya dan memberi peluang kepada pelajar mencuba sesuatu pembelajaran yang baru.

2 Menurut Kemp (1997), komputer merupakan media yang penting ketika ini. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan memupuk interaksi secara kolaboratif dan komputer juga dapat menambahkan peluang untuk pelajar yang lebih mahir membantu pelajar yang kurang mahir. Interaksi ini agar sukar diwujudkan terutamanya dalam kelas sains tradisional. Menurut Rio Sumarni (1996), melalui kesedaran guru tentang manfaat komputer menjadikan mereka berminat untuk menggunakannya sebagai alat untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidik perlu diperkenalkan kepada aplikasi teknologi multimedia agar dapat mengubah cara penyampaian maklumat dalam usaha memperkemaskan pengajaran guru. Ini amat penting supaya minat dan motivasi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat dicetuskan dan seterusnya diharapkan dapat mengurangkan masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah (1984): Guru menolong kanak-kanak memperoleh kemahiran yang agak sukar, dan yang penting ialah kemahiran yang melibatkan pemikiran dan manipulasi idea-idea Namun begitu, seorang guru bebas menentukan kaedah pengajarannya. Berdasarkan kenyataan di atas, seseorang guru boleh menggunakan kaedah pengajaran yang dirasai sesuai. Walau bagaimanapun, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan dan mengukuhkan kefahaman pelajar. Salah satu cara mempelbagaikan kaedah pengajaran di sini bermaksud menggunakan ABM yang pelbagai jenis. Menurut Rao (1991), komputer boleh dijadikan ABM yang utama dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran

3 melalui komputer dapat mengekalkan ingatan pelajar menjadi lebih lama kerana ia dapat memberi kefahaman kepada pelajar dengan lebih jelas dan mudah dengan gabungan elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video. Menurut Mak (1997), pakar-pakar pendidikan telah membuat kajian iaitu 75% daripada maklumat yang diperoleh oleh manusia adalah melalui deria penglihatan, 13% melalui deria pendengaran dan selebihnya melalui deria sentuh dan bau. Daripada kajian di atas, deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria yang penting untuk memperoleh maklumat. Dua deria tersebut haruslah dijadikan sasaran semasa pengajaran di bilik darjah. Oleh sedemikian, ABM memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran. 1.1 Latar Belakang Masalah Menurut Abdul Rahim (1998), guru masih mengamalkan cara pengajaran yang tradisional yang berpusatkan kepada guru dengan tumpuan utamanya untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran. Walaupun guru-guru menggunakan bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kebanyakannya adalah terhad kepada jenis bahan cetak sahaja. Menurut Ng (1979) menemui beberapa sebab media teknologi kurang digunakan. Antaranya ialah guru lebih cenderung mengekalkan nilai tradisi dalam pengajaran mereka dan takut kepada inovasi teknologi. Kekurangan pakar media juga menjadi faktor penghalang.

4 Menurut Abdul Rahim dan Ismail (1990), alat yang digunakan oleh kebanyakan guru masih lagi berpusatkan kepada buku teks, papan kapur, buku tulis dan kaedah cakap dan tulis dan kaedah tulis dan tulis yang begitu disesuaikan atau menjadi pilihan yang baku di kalangan guru-guru. Menurut Raja Maznah (1993), kelemahan di sekolah sekarang ialah dari segi penggunaan sumber pembelajaran sama ada yang berasaskan teknologi elektronik atau yang tidak elektronik. Menurut Yeo (1996), berdasarkan kajian yang dijalankan oleh UNESCO, di kebanyakan negara di rantau ini, termasuk Malaysia masih terdapat kaedah pengajaran guru yang autokratik, formal dan tradisional. Kebanyakan penyampaian hanya dalam bentuk satu hala dengan guru bercakap, membaca dan berkuliah, manakala pelajar hanya merupakan peserta yang pasif. Menurut Azman (1990), pembelajaran merupakan suatu proses yang memerlukan interaksi 4 komponen utama iaitu pelajar, pengajar, pendekatan dan bahan pembelajaran. Dalam era sains dan teknologi ini, bahan pembelajaran bukan sahaja terhad kepada buku dan alat tulis tetapi ia juga meliputi alat-alat elektronik yang canggih seperti video dan komputer. Alat-alat teknologi ini dengan sendirinya tidak boleh berbuat apa-apa tetapi cara ia digunakan dan apa yang disampaikan melaluinya yang boleh menghasilkan pembelajaran. Okey (1985) menyatakan pelajar akan hilang minat terhadap pelajaran disebabkan oleh beberapa faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati objektif pengajaran, organisasi isi kandungan tidak tersusun, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan yang statik.

5 Penggunaan ABM yang baik dan berkesan akan menarik minat golongan pelajar untuk menerokai setiap ilmu yang ada dengan kerelaan hati mereka sendiri. Guru-guru hendaklah menggunakan pendekatan pengajaran yang bijaksana atau berkesan sekiranya mereka ingin menarik minat pelajar. Pelajar-pelajar masa kini memerlukan pelbagai rangsangan untuk meningkatkan prestasi mereka. Kaedah pengajaran secara lama menimbulkan rasa bosan dan kurang menarik jika dibandingkan dengan penggunaan ABM yang sesuai yang dibina oleh guru, diyakinkan boleh menimbulkan rangsangan positif dalam pembelajaran. Kekurangan perisian tempatan untuk pengajaran dan pembelajaran menjadi persoalan utama dalam melaksanakan pendidikan teknologi di negara kita. Kebanyakan perisian yang dihasilkan di negara lain mempunyai masalah dari segi bahasa, kesesuaian dengan sukatan pelajaran, penerapan nilai dan tidak mencirikan budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. 1.2 Pernyataan Masalah Menurut Rio Sumarni (1996), menyatakan kesanggupan guru untuk membina perisian adalah tidak menggalakkan. Ini mungkin disebabkan oleh kesibukan seseorang guru dalam bidang tuanya serta kekurangan kepakaran di antara guru. Justeru itu, faktor sedemikian telah menjadi satu punca kekurangan perisian tempatan. Menurut Lokman (1997), kerajaan menaruh harapan yang begitu tinggi kepada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk melahirkan pakar-pakar yang

6 mampu membangunkan kandungan perisian agar tidak terlalu bergantung kepada hasil dari negara maju. Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1992) menyatakan guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran dan tidak bergantung semata-mata dengan buku teks. Pelajar yang serius belajar sebenarnya ingin menguasai beberapa konsep yang sukar serta mendapatkan maklumat tambahan mengenai isi kandungan yang diajar. Sekiranya guru terlalu bergantung kepada buku teks, ini akan menyebabkan pelajar bertindak pasif, membuat bising serta mengganggu pelajar yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Sumilah Marto (1995) mendapati bahawa faktorfaktor yang menghalang penggunaan media ialah beban tugas guru, kurang pendedahan dan kemahiran dalam bidang media pendidikan, kekurangan kemudahan fizikal dan infrastruktur serta kekurangan koleksi sumber media. Pembinaan perisian multimedia untuk pendidikan adalah satu tugas yang berat bagi para pendidik untuk dilaksanakan ekoran negara kita pada masa kini masih lagi baru dalam penghasilan multimedia yang berunsurkan pendidikan. Daya imaginasi dan tahap kognitif bagi pelajar adalah berbeza-beza. Kadang kala pelajar sukar membayangkan sesuatu perkara abstrak yang ingin disampaikan oleh guru. Guru juga menghadapi kesukaran menerangkan sesuatu konsep yang abstrak secara berkesan tanpa menggunakan ABM yang baik. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, sebuah perisian modul ABM akan dibina untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

7 1.3 Objektif Projek Objektif pembinaan perisian modul ABM berasaskan komputer ini ialah: i) Membangunkan sebuah perisian modul ABM berasaskan PowerPoint XP bertajuk Sistem Pembiakan Manusia dalam mata pelajaran Sains tingkatan tiga yang bersesuaian dengan kehendak KBSM. ii) Menambahkan koleksi perisian modul ABM yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam penyampaian isi pelajaran. 1.4 Kepentingan Projek Perisian multimedia ini akan memperkaya dan mempelbagaikan lagi perisian untuk mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga KBSM yang dianggap kurang di pasaran. Perisian ini juga menjadi pemangkin dalam menjayakan matlamat pendidikan untuk Sekolah Bestari. Perisian multimedia ini berupaya meringankan beban guru di samping meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian ABM ini membantu pelajar memahami konsep asas dalam tajuk sistem pembiakan manusia dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka. Perisian multimedia ini bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas kepada pelajar tentang konsep sistem pembiakan manusia. Beberapa konsep yang abstrak berupaya dipersembahkan melalui grafik, animasi, video dan audio. Unsur yang

8 menarik memberi peluang kepada pelajar meningkatkan ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang. 1.5 Skop Projek Skop projek adalah membangunkan sebuah perisian modul ABM bagi topik Sistem Pembiakan Manusia yang bersesuaian dengan mata pelajaran Sains KBSM Tingkatan Tiga. Antara isi kandungan dalam modul ABM berasaskan komputer ini meliputi sistem pembiakan lelaki, sistem pembiakan perempuan, gamet manusia, proses persenyawaan, perkembangan embrio dan kelahiran bayi. Penilaian formatif dan sumatif dimasukkan ke dalam perisian ini untuk menguji pengetahuan pelajar dari semasa ke semasa. Beberapa maklumat tambahan turut disertakan untuk memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar-pelajar.