IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BIOLOGI

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

Hubungan antara Trait Personaliti dengan Tingkah Laku Kepimpinan. Nurul Hudani Md. Nawi *, Ma'rof Redzuan, Hanina Hamsan, Mohd Ibrani Adam Asim

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Transcription:

IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BIOLOGI Fairuz Adlidna Badrol Hissam, Mohd Hasrul Kamarulzaman, Nurul Suzaina Joli & Noriah Mohd Ishak Pusat PERMATApintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia fairuz.adlidna@ukm.edu.my, hasrulkamarul@ukm.edu.my, nurulsuzaina@ukm.edu.my, norwmu@hotmail.com ABSTRAK Pengajaran Terbeza merupakan kaedah pendekatan pengajaran yang memenuhi keperluan pembelajaran di kalangan pelajar pintar dan berbakat kerana ianya memberi peluang pembelajaran yang sama kepada setiap pelajar. Disebabkan adanya penekanan terhadap kepelbagaian pengajaran, guru-guru di Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengaplikasi kaedah Pengajaran Terbeza di dalam kelas. Pelajar pintar dan berbakat berbeza daripada segi kesediaan, minat dan profil pembelajaran mereka. Guru-guru mengaplikasi Pengajaran Terbeza berdasarkan keperluan dan kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat supaya dapat melibatkan setiap pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajian sebelum ini mendapati bahawa Pengajaran Terbeza telah menyumbang kepada motivasi pelajar. Di dalam kajian ini, soal selidik motivasi pelajar telah diedarkan ke atas 60 orang pelajar pintar dan berbakat pada tahun akhir sesi akademik Semester 2, 2017. Data telah dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis data menggunakan Ujian-t dan ANOVA. Analisis ini memberi pendedahan mengenai motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap kaedah Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi. Hasil analisis mendapati bahawa Pengajaran Terbeza memberikan kesan terhadap motivasi pelajar pintar dan berbakat dan ianya juga menunjukkan bahawa motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi tidak dipengaruhi oleh faktor jantina dan umur. Kata kunci: Pengajaran Terbeza, motivasi, pelajar pintar dan berbakat, Biologi --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Di dalam dunia pendidikan, guru-guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan bahawa pelajar yang mengikuti kelas pembelajaran mempunyai persediaan yang mencukupi, minat yang mendalam dan daya kefahaman yang tinggi agar ianya selari dengan objektif pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pelajar dari semasa ke semasa. Setiap pelajar mempunyai minat dan cara tersendiri untuk memahami sesuatu maklumat yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Pelajarpelajar juga ini mempunyai kecenderungan dan tahap kefahaman yang berbeza terhadap sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, satu pendekatan atau kaedah terbaik perlu diaplikasikan di dalam kelas agar ianya dapat melibatkan semua pelajar di dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Secara umum, terdapat pendapat yang meluas untuk https://worldconferences.net Page 174

mendifinisikan pelajar pintar dan berbakat. Menurut Gagne (1991), kepintaran didefinisikan sebagai satu kecekapan di atas purata daya keupayaan manusia seperti kebolehan intelektual dan kreativiti. Beliau mendifinisikan bakat sebagai prestasi di atas purata dalam bidang tertentu seperti muzik dan kesusasteraan. U.S. Congress (1988) memberi takrifan pelajar pintar dan berbakat sebagai Pelajar pintar dan berbakat bermaksud anak-anak dan remaja yang telah membuktikan keupayaan prestasi yang tinggi di dalam bidang-bidang tertentu seperti intelektual, kreatif, artistik, kepimpinan atau dalam bidang akademik tertentu, yang memerlukan layanan dan aktiviti yang biasanya tidak disediakan oleh sekolah untuk membangunkan keupayaan tersebut. Dengan merujuk kepada definisi di atas, dapat dinyatakan bahawa pelajar pintar dan berbakat perlu mempunyai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang selari dengan tahap intelektual dan keupayaan yang dimiliki oleh mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini juga perlu mempertimbangkan faktor-faktor seperti kesediaan, minat dan profil pembelajaran setiap pelajar pintar dan berbakat. Oleh yang demikian, Pengajaran Terbeza adalah satu kaedah dan pendekatan pengajaran yang sesuai untuk dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Rajah 1 di bawah menunjukkan peta konsep Pengajaran Terbeza atau di dalam istilah bahasa Inggerisnya Differentiated Instruction yang diperkenalkan oleh Carol Ann Tomlinson. Rajah 1: Peta Konsep Pengajaran Terbeza Sumber daripada: Tomlinson, C. A. (1999). The differentiated classroom: Responding to the needs of all learners. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. https://worldconferences.net Page 175

Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang menawarkan program bagi pelajar pintar dan berbakat. Pusat ini bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh Malaysia dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka. Pusat ini juga mula beroperasi pada bulan Januari 2011. Di antara program yang diuruskan pusat ini adalah: Pencarian dan Pengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar dan Program ASASIpintar, iaitu program pra-universiti selama satu tahun. Salah satu daripada keistimewaan proses pengajaran dan pembelajaran yang ada di Pusat PERMATApintar Negara, UKM adalah pelaksanaan kaedah Pengajaran Terbeza di dalam kelas pembelajaran. Kualiti pengajaran yang baik serta aktiviti-aktiviti menarik di dalam kelas adalah kunci untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting di dalam pelaksanaan Pengajaran Terbeza di dalam kelas. Di antara kayu ukur yang boleh digunakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Pengajaran Terbeza adalah dengan melihat tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap kaedah pengajaran ini. Salah satu daripada subjek yang mengaplikasi Pengajaran Terbeza di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran adalah subjek Biologi. Guru-guru mengaplikasi Pengajaran Terbeza di dalam kelas dengan mengambil kira faktor minat, kesediaan dan cara pembelajaran pelajar. Penilaian terhadap keberkesanan Pengajaran Terbeza ini penting untuk memastikan bahawa pelajar sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi terhadap kaedah pengajaran ini, sekaligus dapat membantu untuk meningkatkan prestasi akademik mereka secara konsisten dan dari semasa ke semasa. 2. Sorotan Literatur 2.1 Pengajaran Terbeza Pengajaran Terbeza ditakrifkan sebagai pendekatan pengajaran di mana guru-guru secara proaktif mengubahsuai kurikulum, kaedah pengajaran, sumber-sumber, aktiviti pembelajaran, dan hasil pelajar untuk memenuhi pelbagai keperluan setiap pelajar dan kumpulan kecil pelajar untuk memaksimumkan peluang pembelajaran untuk setiap pelajar di dalam kelas (Tomlinson, 1999). Tomlinson (2001) telah menyatakan Pengajaran Terbeza sebagai falsafah pengajaran yang menyediakan pelbagai cara dalam menyampaikan kandungan, memahami ide-ide dan menilai hasil pembelajaran. Selain itu, Tomlinson & Imbeau (2010) dalam kajian mereka menyatakan, kesediaan pelajar, minat dan profil pembelajaran adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam pelaksanaan Pengajaran Terbeza. Guru-guru pada masa kini perlu belajar untuk mengembangkan rutin di dalam kelas, dengan tidak mengabaikan kepelbagaian pelajar di dalam kesediaan, minat dan profil pembelajaran (Tomlinson et al., 2003). Tomlinson et al. (2003) di dalam kajian mereka juga mengatakan rutin yang dimaksudkan adalah dengan membezakan kurikulum dan pengajaran. 2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Pengajaran Terbeza di dalam Subjek Biologi Secara umumnya, terdapat pelbagai keterangan dan huraian yang berkait dengan definisi motivasi. Smith dan Smith (2010) di dalam kajian mereka mendefinisikan motivasi sebagai keadaan dalaman yang menggerakkan dan mengawal pemikiran, perasaan dan tingkah laku ke arah mencapai matlamat. Ormrond (1995) dan Stipek (1996) di dalam kajian mereka mengatakan bahawa input pembelajaran di sekolah yang diberikan kepada pelajar jarang memberi pertimbangan terhadap aspek afektif, motivasi dan keperluan individu pelajar, dan hanya memberi penekanan proses kognitif. Menurut Maeng (2011) dan Burkett (2013) di dalam kajian Pablico, Diack & Lawson (2017), kajian-kajian mengenai Pengajaran Terbeza yang dijalankan sebelum ini banyak melibatkan kajian berbentuk kualitatif dengan menunjukkan hasil emosi yang positif daripada segi motivasi, komitmen tugas dan keseronokan untuk belajar. Maeng (2011) di dalam kajian Pablico, Diack & Lawson (2017) menyatakan bahawa kajian- https://worldconferences.net Page 176

kajian mengenai Pengajaran Terbeza kebanyakannya tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan menengah rendah, dan sangat jarang berlaku di peringkat sekolah menengah atas. Tobin dan Tippet (2014) di dalam kajian mereka menyatakan bahawa Pengajaran Terbeza kerap digunakan di dalam kelas yang melibatkan pembacaan, penulisan dan matematik dan jarang diaplikasi di dalam bidang subjek yang lain, termasuk bidang sains. Oleh itu, masih terdapat sorotan literatur yang terhad mengenai motivasi pelajar terhadap Pengajaran Terbeza di dalam bidang sains, termasuk Biologi. Tambahan pula, kajian mengenai motivasi pelajar terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi di Malaysia belum pernah dijalankan sebelum ini, dan ini merupakan antara faktor yang mendorong untuk kajian ini dilakukan. 3. Persoalan Kajian Empat persoalan kajian yang cuba untuk dijawab di dalam kajian ini adalah: 1. Apakah hubungan di antara tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat dengan Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi? 2. Adakah terdapat peningkatan prestasi pelajar pintar dan berbakat di dalam subjek Biologi melalui ujian pra dan ujian pasca? 3. Adakah terdapat perbezaan tahap motivasi di kalangan pelajar pintar dan berbakat yang berlainan jantina terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi? 4. Adakah terdapat perbezaan tahap motivasi di kalangan pelajar pintar dan berbakat yang berlainan umur terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi? 4. Metod Kajian 4.1 Populasi dan Sampel Kajian Kajian ini telah melibatkan 60 orang pelajar pintar dan berbakat pada tahun akhir Semester 2, sesi akademik 2017 di Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jika dilihat jumlah responden mengikut pecahan umur, seramai 52 orang pelajar berusia 17 tahun, 7 orang pelajar berusia 16 tahun dan seorang pelajar berusia 15 tahun telah terlibat di dalam kajian ini. Di dalam kesemua 60 orang responden tersebut, 35 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 25 orang adalah pelajar perempuan. Rajah 2.1 menunjukkan bilangan responden mengikut umur, manakala Rajah 2.2 menunjukkan bilangan responden mengikut jantina. UMUR RESPONDEN 52 1 7 15 16 17 Rajah 2.1 : Bilangan Responden Mengikut Umur https://worldconferences.net Page 177

JANTINA RESPONDEN 25 35 Perempuan Lelaki Rajah 2.2 : Bilangan Responden Mengikut Jantina 4.2 Metod Kajian dan Kaedah Pengumpulan Data Kajian ini menggunakan soal selidik motivasi yang telah diedarkan kepada 60 orang pelajar pintar dan berbakat pada tahun akhir Semester 2, sesi akademik 2017. Pada permulaan kajian ini, kesemua 60 orang pelajar telah diminta untuk memberikan alamat emel mereka. Alamat emel ini digunakan untuk memberi jemputan atas talian kepada pelajar untuk menjawab soal selidik motivasi ini. Setelah jemputan atas talian dihantar kepada pelajar, satu makluman telah diberikan kepada pelajar untuk mengisi soal selidik motivasi tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu selama dua hari. Peringatan secara berkala juga telah diberikan dalam tempoh dua hari tersebut terhadap pelajar yang belum memberikan respons dan belum mengisi soal selidik motivasi. Selepas tempoh dua hari, soal selidik motivasi ke atas 60 orang pelajar ini telah berjaya dilakukan dan pengumpulan data telah ditamatkan. 4.3 Instrumen Kajian Instrumen kajian di dalam kajian ini menggunakan soal selidik motivasi yang diadaptasi daripada soal selidik Motivational Orientation of Differentiated Instruction in English Language Teaching (MoDiELT) yang telah dibina oleh Mohd Hasrul Kamarulzaman (Unpublished Doctoral Thesis). Soal selidik beliau mengukur tahap motivasi pelajar terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Bahasa Inggeris. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini telah diukur dengan menggunakan pekali alfa dengan menggunakan perisian SPSS V 20.0. Nilai Cronbach s Alpha bagi kesemua elemen soal selidik motivasi ini adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Instrumen ini mempunyai sembilan elemen untuk mengukur tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. Di antara sembilan elemen tersebut adalah: Minat, Kesediaan, Profil Pembelajaran, Peranan Guru, Kandungan, Proses, Aktiviti Berkumpulan, Hasil, dan Penilaian dan Penyesuaian. Soal selidik motivasi ini mempunyai tiga bahagian utama, iaitu Demografi, Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Biologi serta Elemen Motivasi. Jumlah keseluruhan item yang mengukur tahap motivasi ini adalah 68 item dan dibina dengan menggunakan skala Likert lima mata. Cronbach's Alpha N of Items.958 68 Jadual 1: Nilai Cronbach s Alpha Kebolehpercayaan Item https://worldconferences.net Page 178

Berdasarkan Jadual 1, nilai kebolehpercayaan keseluruhan bagi soal selidik motivasi ini adalah sangat baik dan boleh digunakan di dalam kajian ini untuk menentukan tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. 4.4 Penganalisisan Data Setelah tempoh pengumpulan data ditamatkan, soal selidik motivasi telah disemak sebelum data dimasukkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS V 20.0. Analisis yang dilakukan di dalam kajian ini melibatkan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah seperti demografi responden dan bertujuan untuk mendapatkan nilai min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai. Statistik inferensi di dalam kajian ini menggunakan kaedah Ujian t sampel tak bersandar, Ujian t- sampel berpasangan serta ANOVA. Ujian t sampel tak bersandar dijalankan untuk melihat hubungan di antara tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat di kalangan pelajar yang berlainan jantina. Ujian t sampel berpasangan pula dijalankan untuk menilai tahap peningkatan prestasi pelajar pintar dan berbakat di dalam ujian pra dan ujian pasca Biologi, manakala ujian ANOVA dijalankan untuk melihat hubungan di antara tahap motivasi dan umur pelajar. 5. Dapatan Kajian Analisis Deskriptif dan Inferensi Dapatan kajian diterangkan dengan terperinci dalam bentuk deskriptif dan inferensi bagi menjawab persoalan kajian di dalam kajian ini. 5.1 Tahap Motivasi Pelajar Terhadap Pengajaran Terbeza di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Biologi Jadual 2 menunjukkan hasil analisis tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. Elemen Motivasi N Skor Min Sisihan Piawai Minat 60 83.60 8.579 Kesediaan 60 76.37 7.145 Profil Pembelajaran 60 79.70 8.302 Peranan Guru 60 86.80 8.376 Kandungan 60 84.23 9.856 Proses 60 81.90 9.075 Aktiviti Berkumpulan 60 77.87 14.127 Hasil 60 77.02 8.131 Penilaian dan Penyesuaian 60 78.73 9.744 Jadual 2: Tahap Motivasi Pelajar Pintar dan Berbakat Terhadap Pengajaran Terbeza di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Biologi Jadual 2 menunjukkan hasil analisis tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. Berdasarkan Jadual 2, dapat dilihat bahawa skor min tertinggi adalah Peranan Guru (86.80), diikuti dengan Kandugan (84.23) dan Minat (83.60). Skor min yang paling rendah adalah Kesediaan (76.37). Dapatan ini menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang paling penting di dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah https://worldconferences.net Page 179

Pengajaran Terbeza. Selain daripada itu, kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta bersesuaian juga memainkan peranan yang penting di samping mengetahui minat pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini adalah untuk memastikan pelajar sentiasa melibatkan diri secara aktif di dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan melalui pelaksanaan Pengajaran Terbeza ini. Secara keseluruhannya, perbezaan skor min adalah kecil dan ianya menunjukkan bahawa Pengajaran Terbeza ini menyumbang kepada motivasi pelajar pintar dan berbakat di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. 5.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca Subjek Biologi Salah satu daripada faktor yang menentukan keberkesanan kaedah Pengajaran Terbeza terhadap tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dengan melihat kepada perubahan prestasi akademik, sama ada terdapat peningkatan atau penurunan dalam ujian pasca berbanding ujian pra di dalam subjek Biologi. Ujian t-sampel berpasangan telah dijalankan untuk mengkaji perbezaan skor di antara ujian pra dan ujian pasca. Jika terdapat perbezaan, analisis ini akan mengenal pasti sama ada pelajar pintar dan berbakat telah melakukannya dengan lebih baik atau sebaliknya di dalam ujian mereka. Hasil analisis bagi Ujian-t berpasangan dinyatakan di dalam Jadual 3. N Korelasi, r p 60 0.898 0.000 Jadual 3.1: Korelasi di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca Pengetahuan Skor Sisihan N Ujian Min Piawai Pra 60 68 12.13 Pasca 60 73.9 9.57 Ujian t Df Sig. -8.319 59 0.000 Jadual 3.2: Ujian-t sampel berpasangan bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca Subjek Biologi Jadual 3.1 dan 3.2 bagi ujian-t sampel berpasangan di atas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di dalam ujian pra dan ujian pasca subjek Biologi sebelum dan selepas kaedah Pengajaran Terbeza dijalankan dengan nilai t=-8.319 dan sig = 0.000 (p<0.05). Hasil korelasi mendapati bahawa ujian pra dan ujian pasca adalah berkorelasi secara signifikan pada p < 0.05. Dari segi skor min, ianya menunjukkan bahawa pengetahuan ujian selepas kaedah Pengajaran Terbeza dijalankan (min=73.9 dan sp =9.57) lebih tinggi berbanding dengan pengetahuan ujian sebelum kaedah Pengajaran Terbeza dijalankan (min =68, sp=12.13 ). Ini menunjukkan bahawa pengetahuan dan prestasi akademik pelajar pintar dan berbakat lebih tinggi selepas kaedah Pengajaran Terbeza dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. 5.3 Hubungan di antara Tahap Motivasi Pelajar di kalangan Pelajar Berlainan Jantina Ujian-t sampel tak bersandar telah dijalankan untuk membuat perbandingan tahap motivasi di antara pelajar pintar dan berbakat yang berlainan jantina terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. Hasil analisis ujian-t tersebut ditunjukkan di dalam jadual di bawah. https://worldconferences.net Page 180

Elemen Motivasi t df Sig. Minat -.061 58.952 Kesediaan.333 58.740 Profil Pembelajaran.235 58.815 Peranan Guru.279 58.781 Kandungan.180 58.858 Proses 1.084 58.283 Aktiviti Berkumpulan -.043 58.966 Hasil.590 58.558 Penilaian dan Penyesuaian.463 58.645 Jadual 4.1: Ujian-t sampel tak bersandar: Perbandingan Tahap Motivasi di antara Pelajar Pintar dan Berbakat yang Berlainan Jantina Berdasarkan Jadual 4.1 di atas, dapat dilihat bahawa apabila nilai p pada 0.05, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dapatan ini menunjukkan bahawa kedua-dua pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai tahap motivasi yang sama sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi. Jadual 4.2 di bawah menunjukkan hasil ujian perbezaan skor min untuk setiap elemen motivasi dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat yang berlainan jantina. Secara keseluruhan, dapat dilihat bahawa kedua-dua pelajar dalam kategori lelaki dan perempuan mempunyai tahap motivasi yang hampir sama, walaupun terdapat sedikit perbezaan, di mana ianya menunjukkan pelajar lelaki mempunyai tahap motivasi yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan di dalam tujuh elemen motivasi iaitu Kesediaan, Profil Pembelajaran, Peranan Guru, Kandungan, Proses, Hasil serta Penilaian dan Penyesuaian. Pelajar perempuan pula bagaimanapun menunjukkan tahap motivasi yang lebih tinggi sedikit berbanding pelajar lelaki, iaitu pada aspek Minat dan Aktiviti Berkumpulan. Elemen Motivasi Jantina N Skor Sisihan Min Piawai Minat Lelaki 35 83.54 8.276 Perempuan 25 83.68 9.159 Kesediaan Lelaki 35 76.63 7.042 Perempuan 25 76.00 7.416 Profil Pembelajaran Lelaki 35 79.91 7.192 Perempuan 25 79.40 9.798 Peranan Guru Lelaki 35 87.06 8.433 Perempuan 25 86.44 8.456 Kandungan Lelaki 35 84.43 8.603 Perempuan 25 83.96 11.567 https://worldconferences.net Page 181

Proses Aktiviti Berkumpulan Hasil Penilaian dan Penyesuaian Lelaki 35 82.97 8.913 Perempuan 25 80.40 9.269 Lelaki 35 77.80 15.777 Perempuan 25 77.96 11.745 Lelaki 35 77.54 8.378 Perempuan 25 76.28 7.882 Lelaki 35 79.23 9.369 Perempuan 25 78.04 10.402 Jadual 4.2: Perbezaan Skor Min bagi Tahap Motivasi Pelajar Berlainan Jantina 5.4 Hubungan di antara Tahap Motivasi Pelajar di kalangan Pelajar Berlainan Umur Ujian ANOVA telah dijalankan untuk membuat perbandingan tahap motivasi di antara pelajar pintar dan berbakat yang berlainan umur terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. Di dalam kajian ini, responden terdiri daripada seorang pelajar berusia lima belas tahun, tujuh orang pelajar berusia 16 tahun dan 52 orang pelajar berusia 17 tahun, yang mana kesemuanya adalah pelajar tahun akhir sesi akademik 2017. Hasil analisis ujian ANOVA tersebut ditunjukkan di dalam Jadual 5 di bawah. Elemen Motivasi Min Jumlah Kuasa df Kuasa Dua Dua F Sig. Minat Antara Kumpulan 343.279 2 171.640 2.446.096 Dalam Kumpulan 3999.121 57 70.160 Jumlah 4342.400 59 Kesediaan Antara Kumpulan 150.307 2 75.153 1.497.232 Dalam Kumpulan 2861.626 57 50.204 Jumlah 3011.933 59 Profil Pembelajaran Antara Kumpulan 111.993 2 55.996.807.451 Dalam Kumpulan 3954.607 57 69.379 Jumlah 4066.600 59 Peranan Guru Antara Kumpulan 146.224 2 73.112 1.044.359 Dalam Kumpulan 3993.376 57 70.059 Jumlah 4139.600 59 Kandungan Antara Kumpulan 254.038 2 127.019 1.322.275 Dalam Kumpulan 5476.695 57 96.082 Jumlah 5730.733 59 Proses Antara Kumpulan 125.958 2 62.979.758.473 Dalam Kumpulan 4733.442 57 83.043 Jumlah 4859.400 59 https://worldconferences.net Page 182

Aktiviti Berkumpulan Antara Kumpulan 137.095 2 68.548.336.716 Dalam Kumpulan 11637.838 57 204.173 Jumlah 11774.933 59 Hasil Antara Kumpulan 51.577 2 25.788.382.684 Penilaian dan Penyesuaian Dalam Kumpulan 3849.407 57 67.533 Jumlah 3900.983 59 Antara Kumpulan 213.961 2 106.981 1.132.330 Dalam Kumpulan 5387.772 57 94.522 Jumlah 5601.733 59 Jadual 5.1: Ujian ANOVA: Tahap Motivasi di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat yang Berlainan Umur Elemen Motivasi Umur N Skor Min Sisihan Piawai Minat 15 1 100.00. 16 7 86.29 9.759 17 52 82.92 8.198 Jumlah 60 83.60 8.579 Kesediaan 15 1 86.00. 16 7 78.86 7.105 17 52 75.85 7.083 Jumlah 60 76.37 7.145 Profil Pembelajaran 15 1 88.00. 16 7 81.86 9.616 17 52 79.25 8.165 Jumlah 60 79.70 8.302 Peranan Guru 15 1 98.00. 16 7 88.14 7.925 17 52 86.40 8.421 Jumlah 60 86.80 8.376 Kandungan 15 1 100.00. 16 7 83.57 9.796 17 52 84.02 9.803 Jumlah 60 84.23 9.856 Proses 15 1 93.00. 16 7 82.00 10.214 17 52 81.67 8.974 Jumlah 60 81.90 9.075 Aktiviti Berkumpulan 15 1 89.00. 16 7 78.86 9.668 17 52 77.52 14.738 Jumlah 60 77.87 14.127 https://worldconferences.net Page 183

Hasil 15 1 70.00. 16 7 77.57 8.018 17 52 77.08 8.241 Jumlah 60 77.02 8.131 Penilaian dan Penyesuaian 15 1 93.00. 16 7 79.43 9.761 17 52 78.37 9.718 Jumlah 60 78.73 9.744 Jadual 5.2: Tahap Motivasi di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat yang Berlainan Umur Berdasarkan jadual 5.1 di atas, dapat dilihat bahawa p<0.05 bagi kesemua elemen motivasi, maka tidak wujud perbezaan yang signifikan daripada segi tahap motivasi di kalangan pelajar pintar dan berbakat yang berlainan umur. Ini menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi adalah sama dan tidak dipengaruhi oleh faktor umur. Ini juga membuktikan bahawa Pengajaran Terbeza sesuai diaplikasi di dalam sesebuah kelas pembelajaran walaupun wujud perbezaan umur di kalangan pelajar di dalam kelas tersebut. 7. Kesimpulan dan Cadangan Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa Pengajaran Terbeza menyumbang kepada motivasi pelajar pintar dan berbakat di dalam subjek Biologi. Di antara elemen utama yang menyumbang kepada motivasi pelajar pintar dan berbakat adalah peranan guru, kandungan bahan pengajaran dan juga minat. Kesemua elemen motivasi dalam penerapan Pengajaran Terbeza di dalam kelas memainkan peranan yang penting dan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar pintar dan berbakat. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa jantina dan umur tidak mempengaruhi motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih menyeluruh berkaitan motivasi dan Pengajaran Terbeza di dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dalam konteks yang lebih luas seperti melihat kepada aspek motivasi ekstrinsik dan intrinsik secara lebih mendalam. Penghargaan Kajian ini adalah dibawah peruntukan kewangan Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. https://worldconferences.net Page 184

Rujukan Gagne, F. (1991). Toward a differential model of giftedness and talent. In N. Colangelo and G. A. Davis (Eds.) Handbook of gifted education. Boston, MA: Allyn & Bacon Kamarulzaman, M. H. (Unpublished Doctoral Thesis). The Practice of Differentiated Instruction in English Language Teaching among the Gifted Students. hasrulkamarul@ukm.edu.my Ormrond, J. E. (1995). Educational psychology: Principles and applications. Englewood Cliffs, NJ: Merrill. Pablico, J., Diack, M., & Lawson, A. (2017). Differentiated Instruction in the High School Science Classroom: Qualitative and Quantitative Analyses. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research Vol. 16, No. 7, pp. 30-54 Smith, J. K., & Smith, L. F. (2010). Educational creativity. In J. C. Kaufman & R. J. Sternberg (Eds.), Cambridge Handbook of Creativity (pp. 250 264). New York, NY: Cambridge University Press. Stipek, D. J. (1996). Motivation and instruction. In D. C. Berliner & R. C. Calfee (Eds.), Handbook of Educational Psychology (pp. 85-113). New York: Simon & Schuster Macmillan. Tobin, R., & Tippett, C. D. (2014). Possibilities and Potential Barriers: Learning to Plan for Differentiated Instruction in Elementary Science. International Journal of Science and Mathematics Education, 12(2), 423-443. Tomlinson, C.A. (1999). The differentiated classroom: Responding to the needs of all learners. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Tomlinson, C. (2001). How to differentiate instruction in mixed ability classrooms (2nd Ed.). Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Tomlinson, C. A., Brighton, C., Hertberg, H., Callahan, C. M., Moon, T. R., Brimijoin, K., Conover, L. A., & Reynolds, T. (2003). Differentiating Instruction in Response to Student Readiness, Interest, and Learning Profile in Academically Diverse Classrooms: A Review of Literature. Journal for the Education of the Gifted. Vol. 27, No. 2/3, 2003, pp. 119-145. Tomlinson, C., & Imbeau, M. (2010). Leading and managing a differentiated classroom. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. U.S. Congress. (1988). Jacob K. Javits Gifted and Talented Education Act of 1988 (P.L. 100-297). Washington, DC: U.S. https://worldconferences.net Page 185