Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:

Similar documents
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

DESINGING TASK-BASED INSTRUCTIONAL STRATEGY ON RECYCLING NEWSPAPER IN READING PROCEDURE TEXT

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

MODEL GURU BERKUALITI DARI PERSPEKTIF TOKOH PENDIDIKAN ISLAM DAN BARAT

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

Faculty Of Information and Communication Technology

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Atas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan Azizi Umar & Supyan Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

TAKLIMAT PERSEDIAAN BENGKEL SEMAKAN SEMULA KPI JABATAN & INSTITUSI 2018

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Chaptter 4:: STANDARD GURU MALAYSIIA Hasil Pembelajaran: Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat: g Menerangkan maksud perkataan standard Membincang rasional penggubalan standard guru Malaysia (SGM) Menjelaskan komponen utama standard guru Malaysia Menganalsis asas penentuan standard dan keperluan Memberi contoh spesifik standard dan keperluan kerangka SGM RINGKASAN BAB 4.1 Apakah itu standard? 4.2 Apakah standard guru Malaysia? 4.3 Tujuan menggubal standard guru Malaysia 4.4 Kerangka standard guru Malaysia 4.5 Perincian standard 4.6 Perincian keperluan 4.7 Penutup Bab 1: Profesion Perguruan Bab 2: Tugas & Peranan Guru Bab 3 Etika Perguruan Bab 4: Standard Guru Malaysia Bab 5: Pembangunan Profesion Perguruan Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan Ringkasan Kata Kunci Rujukan Dalam bab ini perbincangan bertumpu kepada standard guru Malaysia (SGM) yang digubal oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. SGM digubal dengan tujuan mengenal pasti kompetensi guru, memastikan institusi yang terlibat dengan pendidikan perguruan menyediakan prasarana serta tenaga pengajar yang berkualiti tinggi, dan menghadapi cabaran dunia pendidikan. Juga diberi perhatian ialah asas penentuan standard dan keperluan. 1

PELANCARAN STANDARD GURU MALAYA Standard Guru Malaysia (SGM) dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada 2 Disember 2009. S t a ndard G u r u M a l a y s ia i n i t e l ah d i l a n c a r k a n di d a l a m s a t u d o k u m e n y a n g bertujuan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan guru berkualiti. Menurut beliau, Standard Guru Malaysia (SGM) yang diperkenalkan menekankan tiga aspek penting: profesionalisme guru, pengetahuan dan kemahiran pengajaran terkini. Tiga aspek ini hendaklah dicapai oleh semua guru. Saya percaya SGM, selain sebagai kayu pengukur melahirkan guru g berkualiti, ia juga akan mempertingkatkan pelaksanaan dasar, perancangan dan perkembangan sistem pendidikan kebangsaan, kata beliau. Standard Guru Malaysia ialah satu standard yang menggariskan kompetensi profesional dan patut digunakan oleh guru, guru besar, pengetua dan institusi latihan perguruan bagi memastikan kualiti sistem pendidikan sentiasa dipertingkatkan, tegas Menteri Pendidikan. [Adaptasi Utusan Malaysia Online, Dec. 2009] 4.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN STANDARD? Makanan direstoran ini standardny tinggi! Kerap kali kita mendengar orang mengatakan tempat ini tidak ada standard, atau kebersihan dipusat membelibelah itu telah mencapai standard tinggi. Apakah yang dimaksudkan dengan standard? 2

Perkataan standard merupakan perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud an accepted or approved example of something against which others are judged or measured (The Free Dictionary). Diterjemahkan sebagai sesuatu contoh yang diterima atau dipersetujui yang digunakan untuk mengadili atau menilai sesuatu tingkahlaku, proses, perkara, objek atau persitiwa. Ia adalah satu dokumen yang mengandungi spesifikasi atau criteria yang teperinci yang digunakan sebagai garis panduan bagi menentukan sama ada sesuatu tahap telah tercapai. Standard membantu dalam peningkatan kebolehpercayaan dan keberkesanan sesuatu sesuatu barang atau perkhidmatan. Standard diwujudkan dengan mengembeling pengalaman dan kepakaran semua pihak yang terlibat dalam penghasilan sesuatu produk, proses atau perkhidmatan. 4.2 APAKAH STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)? Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), Standard Guru Malaysia atau dengan ringkas SGM, menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. 4.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN Bincangkan LIMA aspek penting dalam definisi SGM yang yang digariskan di atas yang dikemukakan oleh KPM 4.3 TUJUAN MENGGUBAL STANDARD GURU MALAYSIA SGM Pembangunan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi penting bagi mencapai status negara maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada sistem pendidikan yang dapat menghasilkan individu yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. 3

Justeru itu, sistem pendidikan yang berkekesan dan efisyen sangat bergantung kepada guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan iltizam yang tinggi melahirkan modal insan yang lengkap dengan kemahiran abad ke 21. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia yang merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. Bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Universiti-Universiti awam dan swasta bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan guru di seluruh negara. Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah dalam membangunkan Standard Guru Malaysia sebagai panduan dan rujukan kepada guru dan institusi latihan perguruan di Malaysia. [sumber: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011] Apakah tujuan menggubal atau kewujudan Standard Guru Malaysia? Lihat Rajah 4.1. KOMPETENSI GURU TUJUAN SGM KESEDIAAN INSTITUSI LATIHAN PERGURUAN CABARAN DUNIA PENDIDIKAN Rajah 4.1 Tujuan menggubal Standard Guru Malaysia 4

Tujuan 1: KOMPETENSI GURU Mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Tujuan 2: KESEDIAAN INSTITUSI LATIHAN PERGURUAN Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan latihan oleh institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai. Tujuan 3: CABARAN DUNIA PENDIDIKAN Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan 4.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Nyatakan tujuan menggubal SGM. b) Beri beberapa contoh cabaran yang dihadapi dunia pendidikan. c) Senaraikan institusi yang terlibat dengan latihan perguruan di Malaysia. 4.4 KERANGKA STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) Lihat Rajah 4.3. Kerangka Standard Guru Malaysia terdiri daripada TIGA komponen utama: A. Standard B. Keperluan C. Asas Penentuan Standard merangkumi tiga aspek berikut: A. STANDARD Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan o Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru. Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman o Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. 5

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran o Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. Rajah 4.3 Kerangka Standard Guru Malaysia [sumber: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011] 4.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Jelaskan secara ringkas TIGA standard yang disenaraikan dalam SGM. b) Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, sejauh manakah anda setuju dengan tiga standard yang dikemukakan. c) Cadangkan standard lain, jika ada. 6

B. KEPERLUAN Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut: Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan. Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian. Keperluan 3: Kolaborasi Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan. Keperluan 5: Jaminan Kualiti Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan. [sumber: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011] 4.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Senaraikan jenis institusi yang terlibat dengan latihan pergurusan di Malaysia. b) Apakah tindakan yang perlu diambil oleh institusi latihan perguruan untuk memastikan kompetensi, pengetahuan dan sikap guru yang dihasilkan berkualiti tinggi. c) Berikan cadangan lain. 7

C. ASAS PENENTUAN STANDARD DAN KEPERLUAN Standard dan Keperluan berasaskan kepada aspek yang berikut: i) Misi Nasional Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut: meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif, meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. ii) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan ha rmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." iii) Falsafah Pendidikan Guru (FPG) "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." iv) Tatasusila Profesion Keguruan Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut: "Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan 8

sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) (ii) (iii) (iv) tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa tanggungjawab terhadap negara dan, tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. v) Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (seperti dibincangkan dalam Bab 2) perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan LIMA prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. [sumber: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011] 4.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah yang menjadi asas standard dan keperluan SGM? b) Nyatakan kaitan antara Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. 4.5 PERINCIAN STANDARD Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju. : Domain Diri AMALAN NILAI PROFESSIONALISME KEGURUAN Domain Profesion Domain Sosial Rajah 4.4 Tiga domain utama standard 1 9

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam dan prinsip utama Etika Kerja Kemeneterian. Standard ini mempunyai TIGA domain utama (lihat Rajah 4.4) dan terdiri daripada: S1.1 Domain Diri S1.2 Domain Profesion S1.3 Domain Sosial Domain iin ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat system pendidikan Negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela dan efisien. Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. [sumber: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011] 4.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN Bincangkan perbezaan di antara domain diri, domain profesion and domain sosial. 10

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti berikut: S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. S2.4 Kandungan ilmu pendidikan S2.5 Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambaikan amalan pengajaran dan pembelajaran. S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu. 11

4.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Senaraikan bidang pengetahuan dan kemahiran yang harus dimiliki oleh guru. b) Sejauh manakah anda memiliki pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan daripada S2.1 hingga S2.8? STANDARD 3: KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti berikut: S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai. S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. 12

4.8 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Senaraikan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang harus dimiliki oleh guru. b) Sejauh manakah anda memiliki kemahiran pengajaran & pembelajaran yang disenaraikan daripada S1.1 hingga S3.4? 4.6 PERINCIAN KEPERLUAN Institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu: [sumber: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011] KEPERLUAN 1: KELAYAKAN MASUK DAN PROSEDUR KEMASUKAN PROGRAM LATIHAN PERGURUAN Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut: K1.1 Mengiklankan permohonan K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang Berjaya K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan 13

KEPERLUAN 2: LATIHAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut: [sumber: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011]. K2.1 Kurikulum latihan K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa KEPERLUAN 3: KOLABORASI Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut: [sumber: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011] K3.1 Sekolah K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan 14

4.9 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah patut dilakukan untuk menentukan mereka yang layak sahaja ditawarkan untuk latihan guru? b) Senaraikan apa yang patut dilakukan oleh agensi yang melatih guru bagi memastikan program latihan adalah berkesan. c) Nyatakann pihak-pihak yang patut terlibat untuk meningkatkan permuafakatan. KEPERLUAN 4: INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut: K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa. K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran. KEPERLUAN 5: JAMINAN KUALITI Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan: K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan K5.3 Penandaarasan latihan perguruan K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 15

4.10 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Jelaskan perbezaa di antara infrastruktur dan infostruktur. b) Apakah jenis infrastruktur dan inforstrukture yang diperluakan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan? c) Nyatakan mekanisme jaminan kualiti dikehendaki untuk memastikan latihan perguruan kekal bermuti tinggi. 4.7 PENUTUP Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut: Guru Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri. Institusi Latihan Perguruan Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan). Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi. Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. Guru Besar dan Pengetua Sekolah Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru. Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru. 16

RINGKASAN Standard ialah sesuatu contoh yang diterima atau dipersetujui yang digunakan untuk mengadili atau mengukur sesuatu tingkahlaku, proses, perkara, objek atau persitiwa. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada sistem pendidikan. Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Kerangka Standard Guru Malaysia terdiri daripada TIGA komponen utama: standard, keperluan dan asas Penentuan. Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju. Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam dan prinsip utama Etika Kerja Kemeneterian. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar. Bagi menyokong pencapaian standard beberapa keperluan hendak dilaksanakan. Standard dan keperluan berasaskan kepada aspek seperti misi nasional, falsafah pendidikan negara, falsafah pendidikan guru dan tatasusila profesion keguruan. Institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. 17

KATA KUNCI Standard Keperluan Ilmu pendidikan Piawai Refleksi Infostruktur Standard Guru Malaysia Jaminan kualiti Infrastruktur Kompetensi Domain diri Potensi murid Latihan perguruan Domain social Pentaksiran RUJUKAN: Bahagian Pendidikan Guru. Standard Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.gov.my IPG Kampus Pendidikan Islam, Standard Guru Malaysia (SGM).. http://www.ipislam.edu.my/ 18