Kata kunci: Google Plus, pembelajaran dan pemudah cara, penguasaan, minat dan keberkesanan

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

Transcription:

APLIKASI GOOGLE PLUS DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH RENDAH (Google Plus Application in Learning and Facilitation (PdPc) Malay Language Primary School Pupils) Rana Hamzah dan Zamri Mahamod Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua, ranahamzah34 @gmail.com Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, d-zam@ukm.edu.my ABSTRAK Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat membawa perubahan besar dalam bidang pendidikan (Siti Salwa, 2013). Kajian ini melibatkan seramai 28 sampel murid tahun 3 daripada 84 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua, dari kawasan Merlimau, Melaka. Sejauh manakah kemunculan aplikasi-aplikasi dalam Web 2.0 dapat memberi manfaat kepada murid semasa guru melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah masih menimbulkan tanda tanya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan, minat, motivasi serta persepsi tahun tiga terhadap keberkesanan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan tinjauan yang melibatkan 28 orang murid yang menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc. Semua data dikumpulkan melalui soal selidik empat skala Likert berdasarkan kajian (Wan Hazenah, 2015). Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penguasaan murid menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu berada di tahap yang tinggi (M = 3.77; SP = 0.47). Tahap minat (M = 3.86; SP = 0.36) dan tahap motivasi menggunakan aplikasi Google Plus juga tinggi (M = 3.79; SP = 0.46). Dapatan kajian juga mendapati persepsi tentang keberkesanan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (M = 3.84; SP = 0.39). Tiada perbezaan yang signifikan juga ditemui antara faktor jantina dan kekerapan jam melayari internet dengan penguasaan, minat, motivasi dan persepsi murid tahun tiga terhadap keberkesanan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu. Kajian selanjutnya boleh diperkembangkan lagi dengan cara menemu bual murid-murid yang terlibat dalam kajian serta menambah bilangan sampel kajian. Kata kunci: Google Plus, pembelajaran dan pemudah cara, penguasaan, minat dan keberkesanan ABSTRACT The advancement in information technology has led to a major shift in education (Siti Salwa, 2013). This study involved 28 samples of 3 year old pupils from 84 pupils from Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua, from the Merlimau area, Melaka. The extent to which applications in Web 2.0 can benefit students as teachers in the classroom are still questioning. Therefore, this study is conducted to examine the level of mastery, interest, motivation and third year perception on the effectiveness of Google Plus application in learning process and facilitator Bahasa Melayu. This study uses a quantitative survey-based approach involving 28 students using Google Plus applications in learning process and facilitator. All data were collected through the four Likert scale questionnaire (Wan Hazenah, 2015). The findings show that the level of pupil's control using the Google Plus application in learning process and facilitator Bahasa Melayu is at a high level (M = 3.77; SP = 0.47). Interest level (M = 3.86; SP = 0.36) and motivation level using Google Plus application is also high (M = 3.79; SP = 0.46). The findings also found that perceptions about the effectiveness of using the Google Plus application in Malay Language learning process and facilitator among primary school pupils were at a high level (M = 3.84; SP = 0.39). There was no significant difference between the gender factor and the frequency of internet surfing with the mastery, interest, motivation and third-year student perception of the effectiveness of the Google Plus in learning process and facilitator Bahasa Melayu. Further studies can be further developed by interviewing pupils involved in the study as well as increasing the number of study samples. Keywords: Google Plus, learning and enhancement, mastery, interests and effectiveness PENGENALAN Menurut K. Gobinthan (2010), penggunaan internet lebih bersifat mesra pengguna kerana dapat mengintegrasikan grafik, teks, dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. Perkembangan ini mewujudkan peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas (Wan Hazenah Ismail, 2014). Seterusnya, pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh para pendidik terutamanya guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu. Antaranya, semasa pelaksanaan PdPc, guru-guru perlu melaksanakan pembelajaran murid mengikut peredaran zaman masa kini yang memerlukan kecemerlangan murid-murid 652

dalam pelbagai bidang (Mahazan 2008). Salah satu pendekatan PdPc yang perlu diguna pakai adalah pembelajaran berasaskan Web 2.0. Pembelajaran masa kini harus mengikut gelombang arus pendidikan. Pendekatan yang perlu diguna pakai oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam pengajaran adalah menggunakan Teknologi Maklumat (TMK) dan penggunaan rangkaian internet. TMK merupakan salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang terkandung di dalam dokumen standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) (Suzlina Hilwani 2015). Seterusnya, guru-guru dan murid-murid juga boleh mengakses maklumat melalui aplikasi Web 2.0 seperti Google Plus merupakan ruang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah menjadi pemilik kepada web 2.0 (Nur Fadzilah 2010). PERNYATAAN MASALAH Terdapat beberapa kajian tentang Google Plus dalam Bahasa Melayu yang dijalankan oleh pengkaji seperti PdPc menggunakan Google Earth dalam Geografi pelajar sekolah menengah (Rosli Talib dan Mohd Saifullah 2013), kajian oleh (Wan Hazenah dan Jamaludin 2013) iaitu Google Plus dalam kalangan guru, Musrifoh Sarjoni (2015) mengkaji tentang pencapaian murid tahun enam menggunakan aplikasi Google Plus. Kajian-kajian lepas menunjukkan pengaruh Google plus dilihat mampu menambahkan pengetahuan murid pada masa akan datang. Kajian-kajian yang dijalankan dalam PdPc ini sendiri hanya boleh dikaitkan dengan kajian KBAT dan kajian Pembelajaran Abad ke-21. Kajian-kajian yang dijalankan lebih menjurus kepada kajian kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kepentingan bahasa Melayu dalam pendidikan seperti kemahiran menulis, kemahiran lisan, tatabahasa, karangan, ejaan dan sebutan (Zamri & Mohamed Amin 2000, 2001). Kajian yang melibatkan penggunaan Google Plus juga telah dijalankan lebih tertumpu kepada aspek pengajaran guru dan dalam kalangan murid sekolah menengah. Kajian aplikasi Google Plus dalam kalangan murid sekolah rendah masih kurang diberi tumpuan. Kekurangan penyelidikan dalam pendidikan bahasa Melayu akan memberi impak yang besar dalam perkembangan bahasa Melayu di Malaysia, khususnya dalam konteks pendidikan bahasa Melayu di sekolah pada hari ini (Mohd Tajuddin 1996). LITERATURE TINJAUAN Kajian yang telah dijalankan oleh Musrifah Sarjoni dan Jamaludin (2015) menunjukkan bahawa pencapaian akademik murid selepas mendapatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan Google Plus meningkat secara signifikan berbanding sebelum dijalankan kaedah tersebut. Dapatan ini juga selari dengan kajian Harrison & Thomas (2009) iaitu penggunaan Google Plus adalah baik bagi proses pengajaran kerana Google Plus menggunakan konsep multimedia dan hypermedia. Begitu juga dengan dapatan Mohd Arief, Zamri & Norizan (2008) mendapati bahawa penggunaan multimedia dan internet mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Ianya juga dilaporkan dapat menarik minat murid belajar dengan lebih berkesan. Siti Salwa (2013) pula menjalankan kajian aplikasi rangkaian sosial Google Plus dalam PdPc komponen sastera (KOMSAS). Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan kesediaan guru-guru Bahasa Melayu mengaplikasikan rangkaian sosial Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu di tiga buah sekolah menengah Zon Seremban 2, Seremban. Seramai 30 orang guru yang kesemuanya mengajar Bahasa Melayu telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik dengan skala Likert bagi tujuan mengumpulkan maklumat. Pengkaji melakukan analisis deskriptif seperti min dan frekuensi untuk melihat persepsi dan kesediaan guru-guru berdasarkan jantina. Dapatan kajian menunjukkan hasil analisis data mendapati guru-guru yang menjadi responden kajian merupakan 100% mengajar subjek Bahasa Melayu. Majoriti guru yang terlibat merupakan guru-guru muda yang sememangnya bersemangat dan sentiasa ke arah inovasi dalam mengajarkan subjek Bahasa Melayu KOMSAS dengan mengambil langkah sangat positif dengan menggunakan medium rangkaian sosial Google Plus dalam PdPc mereka. Responden pula adalah terdiri dalam kalangan yang menerima latihan perguruan pada peringkat tinggi yang memiliki ijazah dan juga sarjana yang berpengalaman mengendalikan komputer dalam tempoh yang agak lama. 50% peratus guru-guru yang menjadi responden tersebut menggunakan rangkaian Google Plus dengan agak kerap dalam PdPc KOMSAS mereka. Maka tidak hairanlah mereka cekap dengan rangkaian sosial ini dan bersedia berkongsi pengetahuan mereka bersama murid-murid. Seterusnya ini menjadikan pembelajaran bercorak maya yang sangat menggalakkan murid-murid yang suka dengan penemuan yang agak baru ini dan sikap semula jadi remaja yang sukakan penerokaan yang baru dan mencabar minda. Daripada dapatan yang diperoleh didapati guru-guru mempunyai persepsi yang sangat positif terhadap penggunaan Google Plus sebagai medium PdPc KOMSAS. Minat merupakan satu sifat afektif berfungsi untuk mendorong guru-guru ke arah membudayakan penggunaan ICT khususnya berkaitan dengan tugas pengajaran. 653

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan, minat, motivasi dan tahap persepsi dalam kalangan murid-murid tahap satu sekolah rendah terhadap keberkesanan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara jantina dan kekerapan jam melayari internet dengan penguasaan, minat, motivasi dan persepsi murid-murid sekolah rendah terhadap keberkesanan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu. OBJEKTIF KAJIAN i. Mengenal pasti tahap penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berdasarkan jantina dan masa melayari internet ii. Mengenal pasti tahap minat menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan muridmurid sekolah rendah berdasarkan jantina dan masa melayari internet. iii. Mengenal pasti tahap motivasi menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. 4. Mengenal pasti tahap persepsi terhadap keberkesanan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini penting untuk mendapatkan lebih maklumat tentang penggunaan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Pelbagai kemahiran boleh dilaksanakan agar dapat dilaksanakan dalam pendidikan Malaysia. Kajian ini juga penting untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan yang cukup dan sentiasa boleh berkomunikasi dengan guru walaupun berada di luar bilik darjah dan di luar sekolah. Murid yang terdedah dengan arus globalisasi ini berkembang dengan adanya Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan sebagainya. Pelajar juga mampu berkomunikasi dengan guru-guru tanpa mengira masa (Suzilah Hilwani dan Jamaludin Badusah 2014). Kajian ini diharapkan dapat menjadi perintis kepada penyelidik lain untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam tentang aplikasi Google Plus dalam PdPc. KERANGKA KONSEPTUAL Kajian ini menggunakan Kerangka Teoritikal Kajian yang dibentuk berdasarkan teori Dick dan Carey atau lebih dikenali sebagai The Dick and Carey System Approach Model (1979). Model ini merupakan antara Teori Instructional Design yang terkenal dihasilkan oleh Walter Dick and Lou Carey dalam buku mereka yang bertajuk The Systematic Design of Instruction. Berdasarkan teori ini, proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek kepada objektif, diikuti dengan struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas proses pengajaran menjadi efektif dan sesuai dengan objektif pendidikan terkini (Rahimah 2013). Teori ini berasaskan pendekatan sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang bersesuaian. Secara grafiknya, teori Dick and Carey System Approach Model diperjelaskan seperti di bawah: Jadual 1: Kerangka Konseptual (diubah suai daripada model Dick and Carey) METODOLOGI Kajian kuantitatif digunakan dalam kaedah kajian ini. Kajian tinjauan yang digunakan sesuai kerana murid diberi pendedahan mempelajari aplikasi Google Plus dalam tempoh masa empat minggu. Kaedah tinjauan ini digunakan bagi mendapatkan maklumat dari sampel melalui borang soal selidik yang diberikan. Borang soalan selidik adalah mengenai aplikasi Google Plus tentang tahap penguasaan, minat, motivasi dan persepsi keberkesanan murid-murid setelah mempelajari Bahasa Melayu menggunakan aplikasi Google Plus. Hasil daripada borang soal selidik ini kemudiannya di 654

huraikan dalam bentuk analisis statistik yang melibatkan dua analisis iaitu analisis deskriptif dan inferensi. Populasi murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua, Merlimau, Melaka adalah seramai 85 orang dan sampel kajian yang digunakan adalah seramai 28 orang murid. Asas bagi menentukan jumlah sampel adalah berdasarkan Jadual penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970). Krejcie dan Morgan (1970) menetapkan jumlah sampel minima haruslah berdasarkan jumlah populasi. Kajian ini dijalankan di kawasan Merlimau amnya. Walaupun kawasan Merlimau berada dalam kawasan pinggir bandar negeri Melaka, namun kawasan ini juga merupakan kawasan yang jauh lebih membangun. Kajian tentang penggunaan Google Plus masih belum dijalankan di kawasan ini. Borang soal selidik ini diubahsuai daripada soal selidik Wan Hazenah (2015), Siti Salwa (2013) dan K.Gobinathan (2010) mengikut kesesuaian kajian ini. Soal selidik ini mengandungi lima bahagian iaitu Bahagian A, bahagian B, bahagian C, Bahagian D dan Bahagian E seperti berikut; 1. Bahagian A: Berkaitan Demografi responden 2. Bahagian B: Berkaitan tahap penguasaan murid menggunakan aplikasi Google Plus. 3. Bahagian C: Berkaitan minat murid menggunakan aplikasi Google Plus. 4. Bahagian D: Berkaitan motivasi murid menggunakan aplikasi Google Plus. 5. Bahagian E: Berkaitan persepsi keberkesanan penggunaan Google Plus dalam pembelajaran. Beberapa prosedur dilakukan bagi menjalankan kajian ini. Antara prosedur yang dilakukan ialah menyediakan jadual perancangan, menyediakan rancangan pengajaran berbantukan Google Plus dan mengedarkan soalan soal selidik kepada sampel. Dalam proses menjalankan kajian ini, RPH disediakan untuk menjalankan PdPc di dalam bilik darjah. Pembahagian ini mengikut jadual seperti di bawah; Jadual Perancangan Menjalankan Aktiviti PdPc Menggunakan Google Plus. Minggu Hari Standard Kandungan Aspek KSSR Aplikasi Google Plus 1 Isnin (3.4.17) 2.2.1 Membaca Google Docs Rabu (5.4.17) 3.4.2 Menulis Google Docs 2 Selasa (10.4.17) 4.2.1 Didik Hibur Google Youtube Rabu (12.4.17) 5.1.2 Tatabahasa Google Form 3 Selasa (18.4.17) 1.4.1 Mendengar dan Tutur Google Youtube Rabu (19.4.17) 2.4.3 Membaca Google Docs 4 Selasa (25.4.17) 3.3.1 Menulis Google Docs Rabu (26.4.17) 5.1.5 Tatabahasa Google Form DAPATAN KAJIAN Kajian ini secara keseluruhannya melibatkan 28 orang murid tahun tiga. Murid-murid ini merupakan murid aliran pertengahan di Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua. Murid-murid ini diberi latihan empat minggu untuk menggunakan aplikasi Google Plus dan menjawab soalan soal selidik yang diberikan. Profil ini dibuat untuk mengenal pasti latar belakang murid secara lebih terperinci. Profil murid yang dikaji ialah jantina dan jam melayari internet. Jadual 1 menunjukkan jumlah murid lelaki yang terdapat dalam kelas tahun 3. Seramai 15 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan yang terlibat menjadi sampel dalam kajian ini. Dalam jadual juga menunjukkan kekerapan pelajar melayari internet iaitu seramai 6 orang murid melayari internet selama satu jam, manakala murid yang kerap melayari internet selama dua jam seramai 12 orang. Namun, hanya empat orang murid sahaja yang melayari internet selama tiga jam. Terdapat murid yang tidak melayari internet kerana murid ini tidak mempunyai rangkaian internet di rumah. 655

Jadual 1: Profile Demografi Demografi Kategori N M Peratus % Jantina Lelaki 15 3.76 53.6 Perempuan 13 3.78 46.6 Jam Melayari Internet 0 6 21.4 1 jam 6 21.4 2 jam 12 42.9 3 jam 4 14.3 Penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (M = 3.77; SP = 0.47). Dapatan boleh dilihat dalam jadual 2. Tahap penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus (n = 28) Lemah/Gagal (0.00-1.66) Jadual 2: Tahap Penguasaan Aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu Min (M) Sisihan piawai (SP) Minimum Rendah (2.66-1.67) 2.40 Sederhana (3.66-2.67) Tinggi (4.00-3.67) 3.77 0.47 4.00 Maksimum Jadual 3 menunjukkan minat menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan muridmurid sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (M = 3.86; SP = 0.36). Dapatan boleh dilihat pada jadual 3. Tahap minat menggunakan aplikasi Google Plus (n = 28) Lemah/Gagal (0.00-1.66) Rendah (2.66-1.67) Jadual 3: Minat menggunakan Aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu Min (M) Sisihan piawai (SP) Sederhana (3.66-2.67) 2.86 Minimum Tinggi (4.00-3.67) 3.86 0.360 4.00 Maksimum Motivasi menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (M = 3.79; SP = 0.46). Dapatan ini boleh dilihat pada jadual 4. Tahap motivasi menggunakan aplikasi Google Plus (n = 28) Lemah/Gagal (0.00-1.66) Jadual 4: Motivasi menggunakan Aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu Min (M) Sisihan piawai (SP) Rendah (2.66-1.67) 2.00 Sederhana (3.66-2.67) Minimum Tinggi (4.00-3.67) 3.79 0.46 4.00 Maksimum Jadual 5 menunjukkan persepsi tentang keberkesanan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (M = 3.84; SP = 0.39). 656

Jadual 5: Persepsi keberkesanan menggunakan Aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu Tahap persepsi terhadap keberkesanan menggunakan aplikasi Google Plus (n = 28) Lemah/Gagal (0.00-1.66) Min (M) Sisihan piawai (SP) Rendah (2.66-1.67) 2.60 Sederhana (3.66-2.67) Minimum Tinggi (4.00-3.67) 3.84 0.39 4.00 Maksimum Analisis perbezaan antara faktor jantina dengan penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah ditunjukkan dalam Jadual 6. Keputusan mendapati bahawa tiada perbezaan skor min yang signifikan pada aras signifikan α = 0.05 antara penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut jantina sama ada murid lelaki (M = 3.76, SP = 0.42) dan murid perempuan (M = 3.78, SP = 0.53, t (26) = - 0.136, p = 0.893). Oleh itu H 0(1) kajian ini diterima iaitu tiada perbezaan skor min penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu yang signifikan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut jantina. Jadual 6: Faktor jantina dengan penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu Jantina N M SP Nilai-t P Lelaki 15 3.76 0.42-0.136 0.893 Perempuan 13 3.78 0.53 Perbezaan Min -0.02 Perbezaan antara faktor jantina dengan minat menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah ditunjukkan dalam Jadual 7. Keputusan mendapati bahawa tiada perbezaan skor min yang signifikan pada aras signifikan α = 0.05 antara penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut jantina sama ada murid lelaki (M = 3.88, SP = 0.30) dan murid perempuan (M = 3.82, SP = 0.43, t (26) = - 0.444, p = 0.661). Oleh itu H0(2) kajian ini diterima iaitu tiada perbezaan skor min minat menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu yang signifikan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut jantina. Jadual 7: Perbezaan minat menggunakan aplikasi Google Plus mengikut jantina Jantina n M SP Nilai-t P Lelaki 15 3.88 0.30 0.444 0.661 Perempuan 13 3.82 0.43 Perbezaan Min 0.06 Jadual 8 menunjukkan keputusan motivasi menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut jantina. Keputusan mendapati bahawa tiada perbezaan skor min yang signifikan pada aras signifikan α = 0.05 antara motivasi menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut jantina sama ada murid lelaki (M = 3.82, SP = 0.34) dan murid perempuan (M = 3.77, SP = 0.57, t (26) = - 0.269, p = 0.790). Oleh itu, H0(3) kajian ini diterima iaitu tiada perbezaan skor min motivasi menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu yang signifikan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut jantina. Jadual 8: Perbezaan Motivasi Menggunakan Google Plus Mengikut Jantina Jantina n M SP Nilai-t P Lelaki 15 3.82 0.34 0.269 0.790 Perempuan 13 3.77 0.57 Perbezaan Min 0.05 657

Jadual 9 menunjukkan analisis ujian ANOVA bagi membandingkan perbezaan penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut kekerapan jam melayari internet. Keputusan mendapati tiada perbezaan yang signifikan pada aras signifikan α = 0.05 antara penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu mengikut faktor kekerapan jam melayari internet (MS = 0.295, F(27) = 1.410, p > 0.05). Oleh itu, H 0(5) kajian ini diterima iaitu tiada perbezaan skor min penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu yang signifikan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut kekerapan jam melayari internet. Jadual 9: Perbezaan penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu mengikut jam melayari internet Penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus (n = 28) Sum of Squares (SS) Df Mean Square (MS) Nilai F P Antara kumpulan 0.884 3 0.295 1.410 0.264 Dalam kumpulan 5.013 24 0.209 Jumlah (SST) 5.897 27 Analisis ujian ANOVA bagi membandingkan perbezaan minat menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut kekerapan jam melayari internet dipaparkan dalam Jadual 10 berikut. Keputusan analisis ini mendapati tiada perbezaan yang signifikan pada aras signifikan α = 0.05 antara minat menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu mengikut faktor kekerapan jam melayari internet (MS = 0.254, F(27) = 2.218, p > 0.05). Oleh itu, H0(6) kajian ini diterima iaitu tiada perbezaan skor min minat menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu yang signifikan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut kekerapan jam melayari internet. Jadual 10: Perbezaan minat menggunakan aplikasi Google Plus mengikut kekerapan melayari internet Minat menggunakan aplikasi Google Plus (n = 28) Sum of Squares (SS) Df Mean Square (MS) Nilai F P Antara kumpulan 0.762 3 0.254 2.218 0.112 Dalam kumpulan 2.748 24 0.115 Jumlah (SST) 3.510 27 Dapatan tentang perbezaan motivasi menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu yang signifikan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut kekerapan jam melayari internet ditunjukkan dalam Jadual 11. Didapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan pada aras signifikan α = 0.05 antara motivasi menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu mengikut faktor kekerapan jam melayari internet (MS = 0.381, F(27) = 2.035, p > 0.05). Oleh itu H0(7) kajian ini diterima iaitu tiada perbezaan skor min motivasi menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu yang signifikan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut kekerapan jam melayari internet. Jadual 11: Perbezaan motivasi menggunakan aplikasi Google Plus mengikut kekerapan jam melayari internet Motivasi menggunakan aplikasi Google Plus (n = 28) Sum of Squares (SS) Df Mean Square (MS) Nilai F P Antara kumpulan 1.142 3 0.381 2.035 0.136 Dalam kumpulan 4.490 24 0.187 Jumlah (SST) 5.632 27 Jadual 12 menunjukkan hasil analisis bagi persepsi terhadap keberkesanan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut kekerapan jam melayari internet. Keputusan kajian ini mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan pada aras signifikan α = 0.05 antara persepsi terhadap keberkesanan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu mengikut faktor kekerapan jam melayari internet (MS = 0.267, F(27) = 2.000, p > 0.05). Oleh itu, H0(8) bagi kajian ini telah diterima iaitu tiada perbezaan skor min persepsi terhadap keberkesanan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu yang signifikan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah mengikut kekerapan jam melayari internet. 658

Jadual 12: Perbezaan persepsi terhadap keberkesanan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu mengikut kekerapan jam melayari internet Persepsi terhadap keberkesanan menggunakan aplikasi Google Plus (n = 28) Sum Squares (SS) of Df Mean Square (MS) Nilai F Antara kumpulan 0.801 3 0.267 2.000 0.141 Dalam kumpulan 3.203 24 0.133 Jumlah (SST) 4.004 27 P PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan terhadap data yang telah diperoleh menunjukkan secara keseluruhannya penguasaan murid-murid yang menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. Penguasaan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (M = 3.77; SP = 0.47). Ini menunjukkan bahawa guru yang menggunakan Google Plus dalam pengajarannya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam berbahasa. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Musrifah Sarjoni dan Jamaludin (2015) menunjukkan bahawa pencapaian akademik murid selepas mendapatkan kaedah PdPc menggunakan Google Plus meningkat secara signifikan berbanding sebelum dijalankan kaedah tersebut. Dapatan ini juga selari dengan kajian Harrison & Thomas (2009) iaitu penggunaan Google Plus adalah baik bagi proses pengajaran kerana Google Plus menggunakan konsep multimedia dan hypermedia. Begitu juga dengan dapatan Mohd Arief, Zamri & Norizan (2008) mendapati bahawa penggunaan multimedia dan internet mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Ianya juga dilaporkan dapat menarik minat murid belajar dengan lebih berkesan. Berdasarkan analisis hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid mempunyai minat yang tinggi menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu. Minat menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (M = 3.86; SP = 0.36). Dapatan ini selari dengan kajian oleh Yahya Othman dan Roselaan Baki (2008) menyatakan bahawa murid yang menggunakan komputer dalam pembelajaran Bahasa Melayu dapat memupuk minat yang amat mendalam untuk belajar. Dapatan kajian ini juga disokong oleh kajian Musrifah Sarjoni (2015) yang menyatakan minat murid kumpulan eksperimen selepas menggunakan Google Plus mencapai tahap min yang sangat tinggi. Hal ini memberi kesan kepada penerimaan murid dan dibuktikan dengan konstruk yang telah diukur. Seterusnya, dapatan ini selari dengan kajian Siti Salwah dan Jamaludin (2013) mengemukakan bahawa teknologi juga membantu murid mengekalkan minat dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Bahan-bahan yang dimuat naik atau diberi melalui aplikasi Google Plus mampu menarik minat murid. Oleh itu, murid-murid yang cekap menggunakan rangkaian sosial ini boleh membantu rakan dengan cara perkongsian pengetahuan mereka bersama rakan-rakan yang lain. Hal ini juga menjadikan murid tidak berasa cepat bosan kerana murid boleh berkolaborasi secara terus dengan guru mereka contoh dengan penggunaan Web 2.0 Walliwisher berjaya meningkatkan minat murid terhadap konsep perbincangan penulisan dalam karangan (Zuraidah 2011). Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan motivasi murid berada pada tahap yang tinggi. Motivasi menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (M = 3.79; SP = 0.46). Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang pernah dijalankan oleh Roslee dan Mohd Saifullah (2013) tentang penggunaan Google Earth dalam meningkatkan prestasi mata pelajaran Geografi di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen. Dapatan kajian ini mendapati tahap persepsi pelajar dalam kaedah konvensional bagi pembelajaran Geografi berada pada tahap rendah. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa penggunaan aplikasi Google Earth sebagai alat bantu mengajar dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan dapat meningkatkan motivasi serta mengembangkan idea dalam P&P. Dapatan kajian menunjukkan persepsi tentang keberkesanan menggunakan aplikasi Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (M = 3.84; SP = 0.39). Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid sekolah boleh menggunakan aplikasi internet dan Google Plus dalam pembelajaran harian mereka. Kajian ini dapat disokong dengan dapatan kajian oleh Wan Hazenah (2013) menunjukkan bahawa aplikasi Google Plus mempunyai beberapa kelebihan yang dapat membantu dalam proses P&P. Google Plus mampu dimanfaatkan oleh guru dalam membantu murid dalam pembelajaran di samping dapat memantau tugasan dan kerja pelajar dengan lebih terurus tanpa kekangan waktu yang terhad di sekolah. Hal ini dapat membentuk corak pembelajaran yang lebih berpusatkan murid dengan menyahut pembelajaran Abad Ke-21 dalam kemahiran menggunakan teknologi maklumat. 659

KESIMPULAN Tuntasnya, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penguasaan, minat, motivasi dan persepsi terhadap keberkesanan Google Plus dalam PdPc Bahasa Melayu murid sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Kajian ini membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara mengikut jantina dan jumlah jam melayari internet. Dapatan menunjukkan aplikasi Google Plus begitu signifikan dengan objektif yang hendak dicapai oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sistem pendidikan Alaf Ke-21. Pendedahan murid kepada aplikasi Google Plus mampu meningkatkan taraf pendidikan negara pada masa akan datang. RUJUKAN Dick & Carey. (1970). The Dick and Carey Model. http://www.nwlink.com/~donclark/history_isd/carey.html. [25 Mei 2017]. Harrison & Thomas. (2009). Identity in online communities: social networking sites and language learning. International Journal of Emerging Technologies and Society, 7 (2). Pp. 109-124.ISNN 1835-8780. K. Gobinthan. (2010). Penggunaan internet dalam kalangan pelajar tahap dua di sekolah jenis kebangsaan Tamil Negeri Selangor. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Krejcie, R.V. & Morgan. (1970). Determining sample saiz for research activities. Educational and Psychological Measurement 30 (3):607-610. Mahazan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Ghd. Musrifah Sarjoni dan Jamaludin. (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam Berbantukan Web 2.0. Prosiding Seminar Serantau Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Kedua. Universiti Kebangsaan Malaysia. Rahimah Sabtu dan Zamri Mahamod. 2013. Aplikasi Facebook terhadap pembelajaran komponen Kesusasteraan Melayu dalam kalangan murid sekolah menengah. Prosiding Seminar Serantau Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Kedua 2013. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Roslee dan Mohd Saifullah (2013). Penggunaan aplikasi Google Earth dalam meningkatkan prestasi pelajar mata pelajaran Geografi di sekolah menengah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. UMS, 29-30 Ogos 2013. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaya Sabah. http://www.ums.edu.my/spps/images/stories/document/spsg2013/tahap%20penggunaan%/20aplikasi%20google%20dal am%20meningkatkan%20prestasi20%pelajar20%mata20%pelajaran20%geografi20%di20%sekolah20%menegah2 0%dr20%roslee [15 Jun 2017]. Siti Salwah dan Jamaludin (2013) Apalikasi Rangkaian Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran komponen KOMSAS. Bangi.Universiti Kebangsaan Malaysia. Suzilah Hilwani dan Jamaludin Badusah. (2014). Tahap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Kali Ketiga 2014. Universiti Kebaangsaan Malaysia. Wan Hazenah Wan Ismail dan Jamaludin Badusah. (2013). Google Plus dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Serantau Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Ke-2. Fakulti Pendidikan Bahasa: Universiti Kebangsaan, Malaysia. Yahya Othman dan Roselan Baki (2008) Yahya Othman et. al. 2008. Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa: penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Universiti Putra Malaysia. Zuraidah. (2011). Kemahiran, Sikap dan Kekerapan Penggunaan Komputer dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 660