Sains Humanika. Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 dan 15 Tahun. Full paper

Similar documents
SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Faculty Of Information and Communication Technology

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

Hubungan antara Trait Personaliti dengan Tingkah Laku Kepimpinan. Nurul Hudani Md. Nawi *, Ma'rof Redzuan, Hanina Hamsan, Mohd Ibrani Adam Asim

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

Research Journal ADE DEDI SALIPUTRA NIM: F

Transcription:

Full paper Sains Humanika Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 dan 15 Tahun Muhamad Hafiz Ismail a*, Ahmad Hashim b a Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia b Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia *Corresponding author: hafiz@utm.my Abstract The main purpose of this study was to obtain validity Soccer Sports Specific Test among boys aged 14 and 15 years. The study was conducted on two soccer teams of the elite and non-elite teams. The Under 15 elite football team was from Bandar Penawar Sports School, Johor and the non-elite Under 15 football team was from Sri Rahmat Secondary School, Johor. A total of 20 players from each team were selected. The analysis using the Independent Samples t-test show that the t (38) = 4699, p =.000, were significant. The results showed the differences score in Juggling Test between elite team players (M=83.500, SD=31.049) and non-elite team players (M=41.600, SD=25.025). Analysis also showed there was difference in Short Passing Test between elite team players (M=15.350, SD=3.065) and non-elite team players (M=10.350, SD=4.004). For Long Passing Test, the analysis showed that there score differences between elite team players (M=5.900, SD=2.404) and the non-elite team players (M=3.400, SD=2.604). While Dribbling Test score analysis showed differences between elite soccer players (M = 19 77, SD = 1.370) with nonelite soccer players (M = 21 838, SD = 3428). Results also showed that there was difference in Shooting Test between the elite team players (M=4.800, SD=2.042) and the non-elite team players (M=3.100, SD=1.804). The overall Soccer Sports Specific Test found that there are differences between the scores of elite soccer players (M = 274 011, SD = 20 09) with non-elite soccer players (M = 225 943, SD = 29 732) aged 14 to 15 years. The results show a significant difference for the elite and non-elite players confirmed that Soccer Sports Specific Tests used to measure skills relevant in football for players aged 14 and 15 years. Keywords: Validity; soccer sport specific test; football players aged 14 and 15 years Abstrak Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak dalam kalangan pelajar lelaki berumur 14 dan 15 tahun. Kajian ini dilaksanakan terhadap dua pasukan bola sepak iaitu pasukan elit dan pasukan bukan elit. Pasukan bola sepak bawah 15 tahun dari Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor sebagai pasukan elit dan pasukan bola sepak bawah 15 tahun dari sebuah sekolah menengah harian biasa sebagai pasukan bukan elit. Seramai 20 orang pemain dari setiap pasukan dipilih sebagai sampel kajian. Hasil analisis menggunakan kaedah menunjukkan bahawa nilai t (38) = 4.699, p =.000 adalah signifikan. Keputusan analisis menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Menimang Bola, di antara pemain bola sepak elit (M = 83.500, SD = 31.049) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 41.600, SD = 25.025).Keputusan analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Hantaran Dekat, di antara pemain bola sepak elit (M = 15.350, SD = 3.065) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 10.350, SD = 4.004). Bagi Ujian Hantaran Jauh, analisis turut menunjukkan terdapat perbezaan skor di antara pemain bola sepak elit (M = 5.900, SD = 2.404) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 3.400, SD = 2.604). Manakala bagi Ujian Menggelecek analisis menunjukkan terdapat perbezaan skor di antara pemain bola sepak elit (M = 19.774, SD = 1.370) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 21.838, SD = 3.428). Keputusan analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Menjaring, di antara pemain bola sepak sepak elit (M = 4.800, SD = 2.042) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 3.100, SD = 1.804). Bagi keputusan skor keseluruhan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor di antara pemain bola sepak elit (M = 274.011, SD = 20.098) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 225.943, SD = 29.732) yang berumur 14 hingga 15 tahun. Dapatan kajian yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan pemain elit dan bukan elit mengesahkan bahawa Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak bersesuaian digunakan untuk mengukur kemahiran dalam bola sepak bagi pemain berumur 14 dan 15 tahun. Kata kunci: Kesahan; ujian spesifik sukan bola sepak; pemain bola sepak 14 dan 15 tahun lelaki 2014 Penerbit UTM Press. All rights reserved 1.0 PENGENALAN Pada masa kini terdapat pelbagai jenis ujian kemahiran yang sering digunakan oleh jurulatih sama ada di peringkat sekolah, daerah ataupun negeri bagi memilih pemain bola sepak dengan menggunakan ujian yang tidak selaras atau piawai. Penggunaan alat atau bateri ujian amatlah penting untuk menilai sejauh mana prestasi pemain-pemain bola sepak. Ujian yang dijalankan hendaklah bertepatan dan bersesuaian dengan atlet. Namun begitu, tidak semua jurulatih yang terlibat dengan bola sepak melakukan dan menggunakan bateri ujian tertentu ke atas pemain-pemainnya. Di negara kita, sistem pemilihan pemain bola sepak bagi mewakili negeri masih lagi menggunakan sistem yang lama iaitu dengan memilih berdasarkan prestasi semasa perlawanan di peringkat daerah, kemungkinan pemain yang baik tidak terpilih mungkin berlaku. Oleh itu pengukuran dan penilaian menggunakan ujian atau bateri ujian yang piawai dan tekal perlu dilakukan bagi memperolehi bakat yang benar-benar berpotensi dalam sukan bola sepak. Pemain remaja harus dipilih berdasarkan kepada kemahiran serta kemampuan meraka dan tidak hanya daripada saiz fizikal sahaja, (Williams dan Reilly, 2000). Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, memberikan satu panduan dan manual yang 2:4 (2014) 247 252 www.sainshumanika.utm.my e-issn ISSN: 2289-6996

248 Muhamad Hafiz Ismail & Ahmad Hashim / Sains Humanika 2:4 (2014), 247 252 selaras untuk melakukan ujian kemahiran. Namun kesahan bagi ujian ini tidak dilaporkan. Kesahan instrumen boleh didefinisikan sebagai kemampuan sesuatu instrumen atau alat pengukuran mengukur apa yang sepatutnya diukur (Ahmad Hashim, 2004; Baumgartner, 2007; Hanna dan Dettmer, 2004). Kesahan dalam definisi moden adalah sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran (truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan (Fraenkel dan Wallen, 1996). Kesahan konstruk diperolehi berdasarkan kaedah yang saintifik dengan penggunaan pelbagai prosedur statistik (Ahmad Hashim,2004). Justeru pengkaji akan mendapatkan kesahan konstruk bagi Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak dan dikhususkan kepada pemain yang berumur 14 dan 15 tahun lelaki bagi pemain elit dan bukan elit. Oleh kerana pemain elit lebih baik kemahirannya, maka kesahan konstruk dapat ditunjukkan bilamana skor Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak pemain elit lebih tinggi dan berbeza secara signifikan berbanding dengan pemain bukan elit. 2.0 METODOLOGI Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian pre eksperimental dan kajian tinjauan dalam kajian ini.pemboleh ubah kajian dikategorikan kepada dua jenis iaitu pemboleh ubah tidak bersandar (IV) dan pemboleh ubah bersandar (DV). Bagi memudahkan perlaksanaan, kajian ini dibahagikan kepada dua fasa utama. Pemain bola sepak elit dan pemain bola sepak bukan elit berumur 14 hingga 15 tahun adalah merupakan pemboleh ubah tak bersandar manakala skor ujian kemahiran bola sepak adalah pemboleh ubah bersandar. Terdapat lima komponen dalam ujian kemahiran bola sepak iaitu membuat hantaran leret, membuat hantaran jauh, menggelecek, menimang dan menjaring. Kesahan dapat ditunjukkan apabila terdapat perbezaan yang signifikan antara dua min iaitu min pemain bola sepak elit dengan pemain bola sepak bukan elit (Baumgartner, 1995). 2.1 Subjek Sampel kajian merujuk kepada sebahagian elemen dalam populasi. Menurut Cohen (1988), bagi kajian yang membezakan antara dua skor min tidak bersandar, dengan mengambil kira kuasa (1-β) adalah.70 dan kesan saiz populasi iaitu d =.80 pada aras signifikan α =.05 maka sampel saiz (N) yang diperlukan bagi setiap kumpulan adalah seramai 20 orang. Oleh itu bagi kajian fasa pertama penyelidik menggunakan sampel kajian sekurang-kurangnya seramai 40 orang (Cohen, 1988) iaitu kumpulan pelajar (n = 20) yang pertama adalah terdiri daripada pemain elit manakala kumpulan pelajar (n= 20) kedua adalah terdiri daripada pemain bukan elit yang berumur 14 hingga 15 tahun dari Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor sebagai pasukan elit dan pasukan bola sepak bawah 15 tahun dari sebuah sekolah harian biasa sebagai pasukan bukan elit. 2.2 Instrumen Kajian Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak digunakan. Bateri ujian ini merangkumi lima komponen utama yang diperlukan dalam permainan bola sepak iaitu Ujian Menimang Bola, ujian hantaran dekat (bola leret), ujian hantaran jauh (bola tinggi), ujian menggelecek dan ujian menjaring. Kerangka konseptual kajian dapat dilihat dengan jelas pada Rajah 1.0. Rajah 1.0 Kerangka konseptual kajian

249 Muhamad Hafiz Ismail & Ahmad Hashim / Sains Humanika 2:4 (2014), 247 252 2.3 Prosedur Prosedur dalam kajian yang dilaksanakan ini melibatkan sampel kajian melakukan beberapa Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak. Sesi pengujian dilakukan pada sebelah pagi di padang sekolah masing-masing. Bateri ujian ini merangkumi lima komponen utama yang diperlukan dalam permainan bola sepak iaitu Ujian Menimang Bola, ujian hantaran dekat (bola leret), ujian hantaran jauh (bola tinggi), ujian menggelecek dan ujian menjaring. Penyelidik telah memastikan prosedur yang digunakan dalam kajian ini adalah mengikut prosedur yang ditetapkan. Penyelidik turut menerangkan langkah keselamatan kepada subjek agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini sebelum memulakan sesi ujian. Semua subjek perlu memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan ujian dan melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas selesai melakukan ujian bagi menggelak kecederaan. 2.4 Hasil Kajian Tujuan kajian fasa satu ialah untuk mendapatkan kesahan bagi Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak yang merangkumi beberapa ujian iaitu Ujian Menimang Bola, Ujian Hantaran Dekat (bola leret), Ujian Hantaran Jauh (bola tinggi), Ujian Menggelecek dan Ujian Menjaring. Pengkaji akan menjelaskan dan menghuraikan skor data mentah yang diperolehi hasil daripada kajian yang dilakukan. Data-data tersebut dianalisis kepada beberapa bahagian secara statistik diskriptif dan statistik inferensi. 3.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Daripada dapatan kajian yang telah diperolehi setiap data mentah bagi Ujian Menimang Bola Bola, Ujian Hantaran Dekat (bola leret), Ujian Hantaran Jauh (bola tinggi), Ujian Menggelecek dan Ujian Menjaring akan dianalisis bagi memperolehi skor min (M) dan sisihan piawai (SD). Skor mentah bagi pasukan bola sepak elit dan pasukan bukan elit untuk setiap ujian turut dilaporkan. Jadual 1.0 menunjukkan skor bagi setiap ujian yang dilakukan terhadap pasukan elit. Jadual 1.0 Analisis statistik diskriptif skor min dan sisihan piawai kajian bagi pemain elit Pemain Bola Sepak Elit Item Ujian N Min Sisihan Piawai Ujian Menimang Bola (bil) 20 83.500 31.049 Ujian Hantaran Dekat (mata) 20 15.350 3.065 Ujian Hantaran Jauh (mata) 20 5.900 2.404 Ujian Menggelecek (saat) 20 19.775 1.370 Ujian Menjaring (mata) 20 4.800 2.042 Jadual 1.0 menunjukkan hasil analisis statistik diskriptif yang dijalankan terhadap skor mentah untuk mendapatkan skor min (M) dan sisihan piawai (SD) bagi setiap ujian dalam kalangan pemain bola sepak elit. Daripada jadual di atas didapati skor min dan sisihan piawai bagi Ujian Menimang Bola (M = 83.500, SD = 31.049), Ujian Hantaran Dekat (M = 15.350, SD = 3.065), Ujian Hantaran Jauh (M = 5.900, SD = 2.404), Ujian Menggelecek (M = 19.775, SD = 1.370) dan Ujian Menjaring (M = 4.800, SD = 2.042). Jadual 2.0 Analisis statistik diskriptif skor min dan sisihan piawai kajian bagi pemain bukan elit Pemain Bola Sepak Bukan Elit Item Ujian N Min Sisihan Piawai Ujian Menimang Bola (bil) 20 41.600 25.025 Ujian Hantaran Dekat (mata) 20 10.350 4.003 Ujian Hantaran Jauh (mata) 20 3.400 2.604 Ujian Menggelecek (saat) 20 21.838 3.428 Ujian Menjaring (mata) 20 3.100 1.804 Jadual 2.0 menunjukkan hasil analisis statistik diskriptif yang dijalankan terhadap skor mentah untuk mendapatkan skor min (M) dan sisihan piawai (SD) bagi setiap ujian dalam kalangan pemain bola sepak bukan elit. Merujuk jadual di atas didapati skor min dan sisihan piawai bagi Ujian Menimang Bola (M = 41.600, SD = 25.025), Ujian Hantaran Dekat (M = 10.350, SD = 4.003), Ujian Hantaran Jauh (M = 3.400, SD = 2.603), Ujian Menggelecek (M = 21.838, SD = 3.428) dan Ujian Menjaring (M = 3.100, SD = 1.804), 3.1 Analisis Statistik Inferensi Kajian Dalam bahagian analisis statistik inferensi bagi kajian, pengkaji menggunakan kaedah bagi mendapatkan perbezaan skor setiap ujian spesifik kemahiran bola sepak dan skor keseluruhan ujian yang telah di piawaikan skor bagi setiap ujian. Hasil analisis menggunakan kaedah menunjukkan bahawa nilai t (38) = 4.699, p =.000 adalah signifikan. Keputusan analisis menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Menimang Bola, di antara pemain bola sepak sepak elit (M = 83.500, SD = 31.049) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 41.600, SD = 25.025) yang berumur 14 hingga 15 tahun. Keputusan analisis Ujian-t yang diperolehi ditunjukkan dalam Jadual 3.0

250 Muhamad Hafiz Ismail & Ahmad Hashim / Sains Humanika 2:4 (2014), 247 252 Jadual 3.0 Keputusan analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian menimang di antara pemain elit dengan pemain bukan elit Ujian Menimang Bola Andaian 2.760.105 4.699 38.000 4.699 36.360.000 Seterusnya hasil analisis menggunakan kaedah juga menunjukkan bahawa nilai t (38) = 4.434, p =.000 adalah signifikan. Keputusan analisis menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Hantaran Dekat, di antara pemain bola sepak sepak elit (M = 15.350, SD = 3.065) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 10.350, SD = 4.004) yang berumur 14 hingga 15 tahun. Keputusan analisis Ujian-t yang diperolehi ditunjukkan dalam Jadual 4.0. Jadual 4.0 Keputusan analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian hantaran dekat di antara pemain elit dengan pemain bukan elit Ujian Lavene s Min Ujian Hantaran Dekat Andaian 2.005.165 4.434 38.000 4.434 35.580.000 Pengkaji turut menggunakan kaedah untuk menganalisis skor dalam Ujian Hantaran Jauh. Hasil analisis menunjukkan bahawa nilai t (38) = 3.155, p =.003 adalah signifikan. Keputusan analisis menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Hantaran Jauh, di antara pemain bola sepak sepak elit (M = 5.900, SD = 2.404) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 3.400, SD = 2.604) yang berumur 14 hingga 15 tahun. Keputusan analisis Ujian-t yang diperolehi ditunjukkan dalam Jadual 5.0 Jadual 5.0 Keputusan analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian hantaran jauh di antara pemain elit dengan pemain bukan elit Ujian Hantaran Jauh Andaian.665.420 3.155 38.003 3.155 37.761.003 Seterusnya bagi menganalisis skor Ujian Menggelecek, Pengkaji sekali lagi menggunakan kaedah. Hasil analisis menunjukkan bahawa nilai t (38) = -2.499, p =.017 adalah signifikan. Keputusan analisis menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Mengelecek, di antara pemain bola sepak sepak elit (M = 19.774, SD = 1.370) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 21.838, SD = 3.428) yang berumur 14 hingga 15 tahun. Keputusan analisis Ujian-t yang diperolehi ditunjukkan dalam Jadual 6.0 Jadual 6.0 : Keputusan analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian menggelecek di antara pemain elit dengan pemain bukan elit Ujian Menggelecek Andaian 6.501.015-2.499 38.017-2.499 24.920.019

251 Muhamad Hafiz Ismail & Ahmad Hashim / Sains Humanika 2:4 (2014), 247 252 Bagi menganalisis skor Ujian Menjaring, Pengkaji turut menggunakan analisis kaedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai t (38) = 2.791, p =.008 adalah signifikan. Keputusan analisis menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Hantaran Dekat, di antara pemain bola sepak sepak elit (M = 4.800, SD = 2.042) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 3.100, SD = 1.804) yang berumur 14 hingga 15 tahun. Keputusan analisis Ujian-t yang diperolehi ditunjukkan dalam Jadual 7.0. Jadual 7.0 Keputusan analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian menjaring di antara pemain elit dengan pemain bukan elit Ujian Menjaring Andaian 3.008.091 2.791 38.008 2.791 37.430.008 Manakala bagi menganalisis skor keseluruhan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak, Pengkaji terlebih dahulu menukarkan skor mentah setiap ujian kepada skor piawai (skor T) sebelum dapat digabungkan menjadi jumlah skor T untuk Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak. Kemudian analisis kaedah digunakan. Jadual 8.0 di bawah menunjukkan keputusan analisis keseluruhan bagi Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak antara pemain elit dan bukan elit. Jadual 8.0 Keputusan analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi keseluruhan ujian spesifik sukan bola sepak di antara pemain elit dengan pemain bukan elit Ujian Lavene s Min Ujian Menjaring Andaian 2.910.096 5.990 38.000 5.990 33.364.000 Hasil analisis menunjukkan bahawa nilai t (38) = 2.910, p =.000 adalah signifikan. Keputusan analisis menunjukkan terdapat perbezaan skor keseluruhan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak di antara pemain bola sepak sepak elit (M = 274.011, SD = 20.098) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 225.943, SD = 29.732) yang berumur 14 hingga 15 tahun. 3.2 Perbincangan Bola sepak merupakan satu permainan yang unik. Permainan bola sepak memerlukan pelbagai kebolehan dan kemampuan dari pelbagai aspek untuk mempamirkan prestasi yang terbaik ketika beraksi Drust (2005), menyatakan pemain bola sepak hendaklah cekap dan mampu menggunakan beberapa komponen kecergasan fizikal secara maksimum ketika beraksi. Williams, Reilly dan Franks (2000) dalam kajian mereka mendapati pemain elit menunjukkan skor yang lebih baik dalam kemahiran menggelecek berbanding pemain bukan elit. Dapatan kajian ini juga menyokong hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji itu terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian menggelecek di antara pemain elit dan bukan elit.secara keseluruhan skor Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara pemain bola sepak sepak elit (M = 274.011, SD = 20.098) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 225.943, SD = 29.732) yang berumur 14 hingga 15 tahun. Ini menunjukkan bahawa setiap komponen ujian dapat membezakan antara kumpulan pemain yang elit dengan kumpulan pemain bukan elit. Kesahan dapat ditunjukkan apabila terdapat perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua kumpulan.kesahan amat penting bagi sesuatu instrumen atau ujian. Kesahan instrumen boleh didefinisikan sebagai kemampuan sesuatu instrumen atau alat pengukuran mengukur apa yang sepatutnya diukur (Ahmad Hashim, 2004; Baumgartner, 2007; Hanna dan Dettmer, 2004). Walau bagaimanapun pengkaji mencadangkan supaya kumpulan sampel yang lebih besar digunakan untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. 4.0 KESIMPULAN Hasil kajian yang dilakukan mengesahkan bahawa Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak mengukur apa yang sepatutnya diukur dan mampu membezakan keupayaan bagi pemain elit dengan pemain bukan elit bagi pemain berumur 14 dan 15 tahun lelaki. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak seseuai digunakan untuk mengukur kemahiran bola sepak dalam kalangan pemain berumur 14 dan 15 tahun lelaki.

252 Muhamad Hafiz Ismail & Ahmad Hashim / Sains Humanika 2:4 (2014), 247 252 Rujukan AAHPERD. (1980). Youth Fitness Test Manual. Washington, DC: AAHPERD. ACSM. (1991). Guidelines for Exercise Testing and Prescription. 3rd ed. Philadelphia: Lea & Febiger. ACSM. (1998). ACSM s Fitness Book. United State of America: Human Kinetics. Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim: Quantum American Psychological Association. (1985). Standards for Education and Psychological Testing. Washington D.C : APA. Arni Arnosan, Stefan B. Sigurdsson, ArniI Gudmundsson, Ingar Holme, Lars Engebretsen and Roald Bahr. (2004). Medicine & Science in Sports & Exercise. American College of Sports Medicine. USA Atkinson, G. and Nevill, A. M. (2001). Selected Issues in the Design and Analysis Sport Australian of Experience. Journal of Sports Sciences, 18, 751 758. Bangsbo, J., Norregaard, L., and Thorso, F. (1991). Activity Profile of Competition Soccer. Canadian Journal of Sports Science, 16, 110 116. Bangsbo, J. (1994). The Physiology of Soccer: With Special Reference to Intense Physical Exercise. Acta Physiological Scandinavica, 150(suppl. 619), 1 156. Barrow, H. M., & McGee, R. (2000). Practical Measurement and Assessment. 5 th ed. Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins. Baumgartner, T. A., Jackson A. S., Mahar M. T. & Rowe D. A. (2007). Measurement for Evaluation in Physical Education and Exercise Science. 8 th ed. New York: McGraw-Hill. Baumgartner, T. A., Jackson A. S., Mahar M. T. & Rowe D. A. (2003). Measurement for Evaluation in Physical Education and Exercise Science. 7 th ed. New York: McGraw-Hill. Baumgartner, T. A, & Jackson, A. S. (1999). Measurement for Evaluation Evaluation in Physical Education and Exercise Science. 6th ed. USA: McGraw-Hill. Cohen, J. (1969). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences. New York: Academic Press. Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences. Second Edition. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers. Cohen, J. (1992). Quantitative Methods in Psychology: A Power Primer. Psychological Bulletin, 112(1), 155 159. Cohen, J., & Cohen, P. (1975). Applied Multiple Regression/Correlation Analysis for the Behavioral Sciences. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Pub. Franks, A., Williams, A. M., Reilly, T. and Nevill, A. (1999). Talent in Identification Elite Youth Soccer Players: Physical and Physiological Characteristics. Journal of Sports Sciences, 17, 812. Johnson, B. L. & Nelson, J. K. (1979). Practical Measurement for Evaluation in Physical Education. 3 rd ed. United States of America : Human Kinetics. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Reilly, T. and Holmes, M. (1983). A Preliminary Analysis of Selected Soccer Skills. Physical Education Review, 6, 64 71. Reilly, T. and Thomas, V. (1977). Applications of Multivariate Analysis to the Fitness Assessment of Soccer Players. British Journal of Sports Medicine, 11, 183 184. Reilly, T., Bangsbo, J. and Franks, A. (2000) Anthropometric and Physiological Predispositions for Elite Soccer. Journal of Sports Sciences, 18(9): 669 683. Reilly, T., Williams, A. M., Nevill, A. and Franks, A. (2000). A Multidisciplinary Approach To Talent Identificationin Soccer. Journal of Sports Sciences,18(9), 695 702. Williams, A. M. and Franks, A. (1998). Talent Identification in Soccer. Journal of Sports, Exercise and Injury, 4, 159 165. Williams, A. M., Lee, D. and Reilly, T. (1999). A Quantitative Analysis of Matches Played in the 1991 92 and 1997 98 Seasons. London: The Soccer Association. Williams, A. M. and Reilly, T. (2000). Talent Identification and Development in Soccer. Journal of Sports Sciences, 18(9), 657 667. William E. Prentice. (1997). Fitness for College and Life. Fifth ed. United Stated of America: Library of Congress Cataloging in Publication Data. Williams, J. M. (1998). Applied Sport Psychology: Personal Growth to Peak Performance. 3rd edn. Mountain View, CA: Mayfield.