PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN EMPAT YANG BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN TING KANG CHEONG

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

"66O "8 '

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

Faculty Of Information and Communication Technology

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Transcription:

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN EMPAT YANG BERTAJUK DAYA DAN TEKANAN TING KANG CHEONG Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL, 2010

iii PENGHARGAAN Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas yang tidak terhingga kepada En. Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria, selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya yang banyak memberikan bimbingan dan dorongan dalam menyiapkan projek ini. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar tanpa rasa jemu sepanjang tempoh ini. Penghargaan turut dirakamkan kepada ibu bapa serta keluarga tersayang di atas pengorbanan dan sokongan yang diberikan. Tidak lupa kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas, projek ini tidak akan disiapkan dengan sempurna. Tunjuk ajar daripada semua pihak di atas amat penulis hargai. Penulis tidak dapat membalas budi baik kalian dan hanya dapat mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga kalian sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.

iv ABSTRAK Kajian ini adalah untuk membangunkan laman web yang berasaskan pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme mengenai tajuk Daya dan Tekanan. Kandungan utama laman web ini adalah menggunakan forum dan penerokaan supaya pelajar berpeluang membina pengetahuan melalui perbincangan di samping meneroka maklumat baru dari Internet. Model ADDIE telah diaplikasikan sebagai garis panduan bagi rekabentuk laman web ini. Laman web ini dibangunkan dengan menggunakan Moodle sebagai platform utama dan perisian sokongan seperti Blumental HTML Pad 2008 9, Adobe Photoshop CS2, dan Hot Potatoes 6.3. Diharapkan laman web ini dapat membantu pelajar dalam mempelajari konsep daya dan tekanan.

v ABSTRACT The purpose of this project is to develop web based learning using constructivist learning method for the topic Force and Pressure. The main content of this web based learning is using discussion forum and exploration so that students can negotiate and discuss to construct their knowledge; moreover, they explore new information via the Internet. ADDIE model is applied as guide-lines for the web design. This web based learning is developed using Moodle as the main platform and Blumental HTML Pad 2008 9, Adobe Photoshop CS2, and Hot Potatoes 6.3 as supportive software. Finally, it is hope that this website can help students in learning concept of force and pressure.

vi KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH i ii iii iv v vi x I PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Projek 7 1.5 Rasional Projek 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.6.1 Pelajar 8 1.6.2 Guru 9 1.6.3 Sekolah 9

vii 1.7 Skop Projek 9 1.8 Definisi 10 1.8.1 Teori Konstruktivisme 10 1.8.2 Daya dan Tekanan 11 1.8.3 Moodle 11 II SOROTAN KAJIAN 12 2.1 Pendahuluan 12 2.2 Masalah Mempelajari Fizik 13 2.3 Teori Konstruktivisme dan Ciri-cirinya 14 2.4 Strategi Pembelajaran Menggunakan Teori Konstruktivisme 15 2.4.1 Pembelajaran Kolaboratif 16 2.4.2 Pembelajaran Kooperatif 17 2.4.3 Pembelajaran Berasaskan Masalah 17 2.4.4 Pembelajaran Secara Reflektif 18 2.5 Moodle dan Ciri-cirinya 19 2.6 Isu-isu Pembelajaran Berasaskan Web 20 2.6.1 Masalah Komunikasi di Kelas 20 2.6.2 Pembelajaran Menggunakan Forum Internet 21 2.6.3 Ciri-ciri Forum Elektronik 22 2.6.4 Rasional Menggunakan Forum untuk Perbincangan 23 2.6.4.1 Alat Komunikasi 23 2.6.4.2 Membuat Refleksi 24 2.6.4.3 Mempertahankan Pendapat Kita 24 2.6.4.4 Pembelajaran Dimaksimumkan 25 2.6.4.5 Mudah Dicapai 25 2.6.4.6 Mengambil Berat terhadap Setiap Individu 26 2.6.4.7 Persediaan 26 2.6.4.8 Rujukan Masa Depan 26 2.6.5 Reka Bentuk Pengajaran 27

viii 2.6.5.1 Reka Bentuk Interaksi 27 2.6.5.2 Reka Bentuk Informasi 27 2.6.5.3 Reka Bentuk Visual 28 2.7 Model Reka Bentuk Pengajaran 28 2.7.1 Model ASSURE 28 2.7.2 Model ADDIE 29 2.7.3 Model ACRS 30 2.8 Multimedia 30 2.8.1 Teks 31 2.8.2 Grafik 31 2.8.3 Video 31 2.8.4 Animasi 32 2.8.5 Audio 32 2.9 Penutup 33 III REKA BENTUK LAMAN WEB 34 3.1 Pendahuluan 34 3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 35 3.2.1 Fasa Pertama: Analisis 35 3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran 36 3.2.1.2 Analisis Perkakasan dan Perisian 36 3.2.1.3 Analisis Kandungan Pelajaran 38 3.2.2 Fasa Kedua: Reka Bentuk 39 3.2.3 Fasa Ketiga: Pembangunan Laman Web 45 3.2.4 Fasa Keempat: Pengujian 45 3.2.5 Fasa Kelima: Penilaian 46 3.3 Rasional Pemilihan Model ADDIE 46 3.4 Penutup 47

ix IV HASIL PEMBANGUNAN 48 4.1 Pendahuluan 48 4.2 Halaman Utama 48 4.2.1 E-space 51 4.2.2 Tugasan 54 4.2.3 KuizMudah 55 4.2.4 E-link 56 4.3 Halaman Bab Tiga 57 4.3.1 Tutorial 59 4.3.2 Tugasan 60 4.3.3 Wikis 62 4.4 Penutup 64 V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 65 5.1 Pendahuluan 65 5.2 Perbincangan 65 5.2.1 Teori Pembelajaran 66 5.2.2 Model Reka Bentuk Laman Web 67 5.2.3 Elemen Multimedia 67 5.3 Rumusan 67 5.4 Masalah dan Kekangan Yang Dihadapi 68 5.4.1 Kemahiran dan Kepakaran 69 5.4.2 Kelebihan Laman Web 69 5.4.3 Kelemahan Laman Web 70 5.5 Cadangan 71 5.6 Penutup 72 RUJUKAN 73

x SENARAI RAJAH RAJAH TAJUK MUKA SURAT Rajah 3.1 Carta alir bagi keseluruhan laman web 41 Rajah 3.2 Carta alir bagi E-space 42 Rajah 3.3 Carta alir bagi KuizMudah 43 Rajah 3.4 Carta alir bagi Halaman Bab 3 44 Rajah 4.1 Paparan bagi Halaman utama 50 Rajah 4.2 Paparan bagi E-space 52 Rajah 4.3 Paparan bagi E-space 53 Rajah 4.4 Paparan bagi Tugasan 54 Rajah 4.5 Paparan bagi KuizMudah 55 Rajah 4.6 Paparan bagi E-link 56 Rajah 4.7 Paparan bagi Halaman Bab 3 58 Rajah 4.8 Paparan bagi Halaman Bab 3 58 Rajah 4.9 Paparan bagi Halaman Bab 3 59 Rajah 4.10 Paparan bagi Tutorial 60 Rajah 4.11 Paparan bagi Tugasan 61 Rajah 4.12 Paparan bagi Wikis 63 Rajah 4.13 Paparan bagi Wikis 64

1 BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pengaruh World Wide Web (WWW) terhadap sistem pendidikan kita adalah tidak terhad. World Wide Web (WWW) merupakan perkembangan yang terpenting dalam teknologi pendidikan manusia. Ia mewakili perkembangan komunikasi yang begitu pesat dan tidak pernah dialami sebelum itu. World Wide Web adalah suatu fenomena yang giat berkembang dan menghantar maklumat secara global. Maklumat senang didapati di Internet dan kemudahan tersebut telah mengubah sosial dan ekonomi mahupun kehidupan manusia. Oleh sebab itu, Internet dan teknologi amat diperlukan pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis laman web termasuk laman web pendidikan yang menyampaikan informasi dan pengetahuan. Pendidik telah mengetahui implikasi Internet terhadap pendidikan. Maka, sekolah bersedia menempah perkakasan komputer

2 bagi tujuan pembelajaran. Manakala orang awam pula digalakkan oleh kerajaan supaya menggunakan teknologi untuk mencari maklumat dan untuk menambah ilmu pengetahuan (Bach, et al., 2007). Pendidikan jarak jauh diperkenalkan dalam Internet untuk tujuan pembelajaran. Ia telah berkembang dengan pesat dan gian dikenali. Ia berpotensi dalam penyampaian pengetahuan dan perkembangan komuniti (Schwier, 2007). Kesimpulannya, laman web sangat bernilai bagi pendidikan masa depan. Laman web juga penting pada masa kini jika dimanfaatkan penggunaannya. Walaupun World Wide Web merupakan teknologi yang canggih, namun ia masih suatu teknologi yang dicipta oleh manusia. Oleh sebab itu, guru kita harus bersiap sedia supaya dapat menggunakan teknologi Internet dengan efektif. 1.2 Latar Belakang Masalah Masalah wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, terdapat juga masalah diri guru dalam melaksanakan amanah beliau sebagai seorang guru. Pembelajaran yang berbentuk tradisional di kelas selalu tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya. Kaedah syarahan adalah kaedah pengajaran yang kerap dipraktikkan oleh guru sekolah. Di kelas, guru memberi hujah isi kandungan, manakala pelajar mendengar dan mencatat. Pembelajaran adalah kurang interaktif antara guru dengan pelajar (Zol Azlan Hamidin, 2000). Kaedah syarahan boleh

3 digabungkan dengan perbincangan. Biasanya, sewaktu pelajar terlibat dalam perbincangan kumpulan, sesetengah pelajar tidak mengeluarkan pendapat mereka dan mendiamkan diri. Mereka rela bersikap pasif terhadap pembelajaran mereka kerana malu untuk bertanya atau mengeluarkan idea (Leftlore, 2000). Guru tidak dapat mengetahui sama ada pelajar menghadapi masalah dalam pelajaran. Jika pelajar-pelajar bermasalah, guru tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka (Bin, Xin Yu and Dong Xue, 2004). Guru sering menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran sendiri bahkan dalam proses pengajaran mahupun proses penilaian terhadap pelajar. Strategi tersebut tidak efektif untuk mengesan masalah pelajaran pelajar dan tahap pencapaian mereka (Li, et al., 2004). Di samping itu, pelajar mengalami kesusahan untuk memahami topik dalam fizik. Antara topik fizik yang susah difahami ialah keseimbangan terma. Keseimbangan terma ialah keadaan semasa dua objek yang bersentuhan akan mencapai suhu yang sama dan pengaliran haba antara objek tersebut adalah sama. Pada permulaan, dua objek tersebut berlainan suhu dan haba mengalir dari kawasan bersuhu tinggi ke kawasan bersuhu rendah, sehingga mencapai keseimbangan terma (Badariah et. al., 2005). Selain itu, guru mempunyai banyak tugas yang diamanahkan. Orang awam mempunyai pandangan bahawa guru mampu mengatasi tekanan kerja. Sebenarnya profesion perguruan mengalami lebih banyak tekanan daripada pekerjaan lain kerana guru diamanahkan kerja yang banyak dan banyak orang menaruh harapan tinggi terhadap guru (Pithers, 2005). Adakah tekanan mempengaruhi pencapaian guru? Menurut Pithers (2005), pencapaian manusia ditingkatkan apabila tahap tekanan meningkat. Tahap tekanan akan menaik ke maksimum dan kemudian melebihi titik maksimum. Ini menyebabkan pencapaian manusia merosot. Situasi ini boleh digambarkan dengan graf berbentuk u.

4 Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dinyatakan dapat diselesaikan dengan pembelajaran berasaskan web. Tujuan guru menggunakan laman web adalah untuk mengetahui situasi pembelajaran pelajar. Pelajar mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelajaran sendiri melalui pembelajaran berasaskan web. Pelajar mampu mengawal proses pembelajaran kerana laman web menyediakan persekitaran yang interaktif (Charalambos Vrasidas, dan Gene V.Glass, 2005). Hal ini tentu dapat meringankan beban guru kerana pelajar mampu belajar sendiri. Oleh itu guru mempunyai lebih banyak masa untuk menyemak perkembangan pelajar dalam pelajaran sambil menghulurkan bantuan mengikut keperluan pelajar (Li, et al., 2004). Peranan yang dimainkan oleh guru juga berubah menjadi seorang fasilitator (facilitator) untuk membantu pelajar membina pengetahuan (Charalambos Vrasidas, dan Gene V. Glass, 2005). Bach et al. (2007) telah menunjukkan bahawa pembelajaran di Internet menggalakkan pembelajaran konstruktivisme. Pelajar berpeluang mengadakan perbincangan di ruangan forum, berinteraksi untuk menyiapkan tugasan yang diberi, serta membuat refleksi terhadap komen rakan di forum. Pembelajaran tersebut dapat mencetuskan idea yang baru dan pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu konsep (Schwier, 2007). Persekitaran forum di laman web memberikan peluang kepada pelajar untuk berfikir dan membuat refleksi kerana mempunyai lebih banyak masa. Mereka boleh melakukan aktiviti tersebut di luar sesi pembelajaran misalnya di rumah. Kebanyakan pelajar mendapati bahawa mereka berkemampuan untuk berinteraksi dengan kandungan pembelajaran (Markel, 2001). Dengan adanya sokongan, pelajar berani tampil ke depan untuk berkongsi idea sendiri (Schwier, 2007), kerana mereka yakin bahawa pandangan

5 sendiri diperlukan dalam sesi perbincangan (Markel, 2001). Menurut pendekatan konstruktivisme, idea dan komen yang dikemukakan tersebut tidak ada yang memang benar atau yang memang palsu (Charalambos Vrasidas, dan Gene V.Glass, 2005). Pelajar memegang pelbagai pendapat tentang konsep fizik seperti keseimbangan terma. Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya di kelas (Linn, dan Slotta, 2006). Melalui perbincangan, mereka berpendapat bahawa objek tidak mempunyai suhu yang sama. Terdapat pelajar yang tidak bersetuju dengan pernyataan yang disebutkan. Mereka memberitahu bahawa suhu kedua-dua objek adalah sama kerana suhu kelas yang menentukan haba keluar atau masuk ke dalam objek. Melalui perbincangan, pelajar dapat memahami konsep keseimbangan terma secara perlahan-lahan (Linn, dan Slotta, 2006). Tambahan pula, rancangan pengajaran harus disemak semula kerana pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada dalam fizik. Misalnya, dalam sains Tingkatan 2, pelajar didedahkan kepada jenis-jenis daya dan kesan daya ke atas objek, iaitu objek mungkin berubah bentuk atau berubah arah pergerakan (Integrated curriculum for secondary schools Science Form 2, 2002). Apabila tiba di Tingkatan 4, pelajar akan mempelajari hubungkait antara daya, jisim dan pecutan dalam subjek fizik (Integrated curriculum for secondary schools Physics Form 4, 2005). Justeru itu, guru boleh menggunakan masa dalam kelas untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang pengetahuan dan fenomena fizik lain untuk membuka minda mereka (Li, et al., 2004). Pembelajaran melalui Internet memang efektif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran seperti ini harus digalakkan di sekolah.

6 1.3 Pernyataan Masalah Seperti yang dibincangkan, masalah-masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah: (i) pendekatan syarahan tidak efektif untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, (ii) strategi pengajaran yang direka oleh guru tidak berkesan, (iii) kesusahan memahami konsep fizik, dan (iv) guru dibebankan dengan tugas. Namun demikian, masalah-masalah yang disebutkan dapat dikurangkan dengan pembelajaran melalui Internet. Pada masa kini, pelajar boleh belajar melalui Internet selain pengajaran di kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sebagai contoh, proses tersebut boleh dibuat di rumah pada waktu malam, bukan sekadar belajar di sekolah. Internet menyediakan ruangan yang sesuai untuk pembelajaran. Guru dan pelajar selalu berinteraksi di ruangan Internet supaya guru dapat mengesan masalah pelajaran mereka dengan segera. Oleh yang demikian, pembangun akan mereka bentuk aktiviti pembelajaran yang bertajuk Daya dan Tekanan bagi subjek fizik berasaskan teori konstruktivisme.

7 Pembangun berpendapat bahawa pelajar berpengetahuan sedia ada dan mereka mampu meneroka sumber untuk pembelajaran. 1.4 Objektif Projek Objektif untuk membangunkan laman web ialah: i. Mereka bentuk satu aktiviti pembelajaran bagi subjek fizik dengan menggunakan teori konstruktivisme, dan ii. Membangunkan laman web subjek fizik yang bertajuk Daya dan Tekanan bagi kelas fizik Tingkatan 4. 1.5 Rasional Projek Peranan guru adalah merancang aktiviti dan mengurus kelas supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar (Fraser, Tobin, dan Kahle, 2003). Manakala peranan pembangun juga serupa dengan guru. Pembangun pula merancang aktiviti dan mengurus proses pembelajaran di Internet, dengan mengaplikasikan teori konstruktivisme. Aplikasi teori konstruktivisme membantu pembangun mereka bentuk aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan cermat, misalnya penyediaan forum dan wiki.