HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

MODEL GURU BERKUALITI DARI PERSPEKTIF TOKOH PENDIDIKAN ISLAM DAN BARAT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

NOORHASNI BINTI HASAN

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Transcription:

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB Oleh: Mohammad Abdillah Samsuiman kalamhamba85@yahoo.com Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Miss Asma Benjaman l_humairah@yahoo.com Jabatan al-quran & Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Zamri Arifin abuzaim@ukm.my Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui tahap minat pelajar terhadap matapelajaran Bahasa Arab dan tahap kualiti diri guru pendidikan Bahasa Arab serta mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara minat pelajar terhadap Bahasa Arab dengan kualiti diri guru pendidikan Bahasa Arab di MRSM Ulul Albab, Kota Putra. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian lapangan telah dilakukan terhadap 57 orang pelajar MRSM Ulul Albab, Kota Putra dengan menggunakan soal selidik. Tahap kewajaran ujian dan soalan dinilai dan diperakukan oleh pakar akademik sebelum kajian dilaksanakan. Analisis data kajian menunjukkan bahawa kecenderungan minat pelajar terhadap Bahasa Arab berada pada tahap yang baik dan tinggi. Manakala dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap kualiti diri guru Bahasa Arab adalah tinggi di mana guru merupakan individu yang paling berpengaruh dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan minat pelajar dengan kualiti diri guru. Beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai inisiatif yang boleh diambil untuk membentuk sikap pelajar seterusnya meningkatkan lagi tahap kualiti P&P pendidikan Bahasa Arab. Katakunci: Pendidikan Bahasa Arab, minat pelajar dan kualiti diri guru Abstract This study is to determine the level of interest students have in the subject of Arabic Language and the quality of Arabic language educators and to identify whether there is a significant relationship between the students interest towards the Arabic language and the quality of the educators of the language at MRSM Ulul Albab, Kota Putra. In the effort to gain results for this study, a study was done on 57 pupils from MRSM Ulul Albab, Kota Putra using questionnaires that are evaluated and approved by academic supervisors before distributed to the pupils. The analysis of the results shows that there are high interest among the students in regards to learning the Arabic language. On the other hand, this study also shows that the quality of the language educators plays an important role in implementing and nurturing the interest of the pupils towards the language. The study also indicates that there is a significant connection between the pupils interest and the quality of the educators. A number of suggestions was forwaded as an initiative that can be used to shape and improve students attitude and also to increase the quality of Arabic language learning experience. Key words: Arabic Language Learning, students interest, and educators quality. Jurnal Kemanusiaan Bil. 22 1

Pengenalan Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar- dasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela [1]. Melalui KPM, kerajaan turut memberi perhatian kepada pendidikan Islam dan bahasa Arab dalam usaha mentransformasikan bidang pendidikan di Malaysia. Pendidikan bahasa Arab telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan dengan ditawarkan mata pelajaran bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sekolah berasrama penuh dan sekolah yang Kelas Aliran Agama (KAA). Penubuhan dan perkembangan SMKA bermula pada tahun 1977 telah memberi ruang kepada pengajaran bahasa Arab dengan lebih menarik. Sukatan pembelajarannya digubal dan disusun semula mengikut keperluan semasa [2]. Selain daripada itu, guru juga memainkan peranan dalam menghasilkan pembelajaran Bahasa Arab yang berkualiti. Dalam mana-mana proses P&P, guru merupakan aset yang penting dalam memastikan kejayaan pelajar. Guru juga merupakan individu yang bertindak sebagai agen perubahan pelajar [3]. Sorotan Literatur Guru merupakan antara individu yang paling dekat dengan pelajar yang seharusnya memikul tanggungjawab yang besar dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan bahasa Arab di Malaysia serta mengembalikan pendidikan bahasa Arab setaraf dengan keistimewaannya dalam sistem pendidikan negara. Ini kerana pendidikan bahasa Arab selama ini telah disimpulkan sebagai tidak berjaya dalam banyak kajian, seperti kajian yang dilakukan oleh Ishak Rejab [4] maka dapat disimpulkan bahawa tahap pencapaian dan penguasaan bahasa Arab pelajar tidak memuaskan [4]. Menurut Ghazali Yusri et. al. [5], melalui penyelidikan terdahulu, para pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Arab bukan disebabkan oleh aspek penggunaan modul semata-mata tetapi juga melibatkan banyak aspek seperti faktor pelajar, faktor tenaga pengajar, bahan pengajaran, suasana, strategi pengajaran dan sebagainya. Menurut Ghazali Yusri et al. [5] kelemahan pelajar mempunyai hubungkait yang rapat dengan faktor tenaga pengajar, malah tenaga pengajar menjadi faktor kejayaan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Faktor tenaga pengajar boleh dilihat dari tiga sudut iaitu, pertamanya; kemahiran guru dalam mengajar bahasa, kedua; kemahiran guru dalam menguasai selok- belok bahasa yang diajar dan ketiga; personaliti guru bahasa. Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan pencapaian pelajar juga ialah minat, sikap, gaya pembelajaran, kaedah pengajaran dan latar belakang keluarga. Di samping bahan dan alatan bantuan, aktiviti dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka. Minat pula mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Namun, ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang pelajar yang berminat dengan mata pelajaran kejuruteraan tetapi malas untuk membuat kajian dan penerokaan tidak akan berjaya menjadi seorang Jurutera. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman [6]. Kenworthy dalam Noraini [7] mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Guru juga perlu berperanan dalam menarik minat pelajar. Hadiah Senin [8], dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi Jurnal Kemanusiaan Bil. 22 2

prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di Batu Pahat Johor mendapati bahawa pelajarpelajar yang baik pencapaiannya dalam mata pelajaran Sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat terhadap mata pelajaran tersebut. Menurut Widad [9], guru yang bijaksana akan menjalankan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat dan boleh mencerahkan masa depan murid dengan peluang yang ada. Pengajaran guru dalam hal ini adalah sebagai pembimbing atau model serta berupaya mempengaruhi sikap murid terhadap pencapaian akademik mereka. Menurut Kamaruddin [10] tanggungjawab dan tugas guru tidak sahaja mentadbir ataupun menguruskan kelas. Malahan mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih penting dalam proses pengajaran iaitu menyampaikan ilmu kepada murid. Beliau turut menyatakan pengajaran guru seharusnya berdaya tarikan dan mampu meningkatkan motivasi murid. Motivasi akan menjadi berkurangan apabila proses pembelajaran dipenuhi dengan aktiviti yang tidak bermakna. Menurut Noor Erma et al. [11], minat merupakan suatu perkara penting sebagai pendorong kepada murid untuk bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran. Ismail [12] menyokong pernyataan tersebut dengan menyatakan minat terhadap sesuatu perkara atau aktviti akan mendorong seseorang murid meneroka dengan lebih jauh. Lee [13] pula mendapati bahawa minat dan sikap memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kesediaan belajar dan pencapaian murid. Ini adalah kerana murid akan berminat dalam perkara yang dipelajarinya akan mencapai prestasi yang cemerlang. Abu Bakar [14]pula menyatakan seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari lazimnya akan menunjukkan kesungguhan dan pencapaian yang tinggi. Oleh itu minat perlu ditanamkan dalam diri murid itu sendiri. Keseronokan belajar akan meningkatkan minat dan ia boleh dipertingkatkan lagi dengan penyertaan dan dorongan ibubapa, guru dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran. Dalam proses pembelajaran kadangkala berlaku juga kemerosotan sama ada dari segi prestasi atau minat pelajar. Pelbagai faktor telah dikaji oleh pakar-pakar dalam bidang penyelidikan bagi mencari punca-punca kemerosotan dan permasalahan dalam pembelajaran Bahasa Arab. Menurut Salawati [15], pencapaian awal, kemahiran asas, minat, sikap, motivasi dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Selain itu, faktor-faktor lain juga didapati menyumbang kepada punca kemerosotan murid dalam pelajaran seperti ketidakselarasan strategi dan pendekatan pengajaran guru dengan keperluan dan gaya pembelajaran murid di mana murid tidak tahu teknik dan cara pembelajaran yang berkesan dan efektif juga menjadi punca kepada kemerosotan pelajar. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara kualiti guru Bahasa Arab dan kecenderungan minat pelajar dalam Bahasa Arab. Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui tahap minat pelajar terhadap matapelajaran Bahasa Arab dan tahap kualiti diri guru pendidikan Bahasa Arab serta mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara minat pelajar terhadap Bahasa Arab dengan kualiti diri guru pendidikan Bahasa Arab di MRSM Ulul Albab, Kota Putra. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan satu set soal selidik yang meliputi latar belakang respondan, kualiti diri guru, pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah dan Jurnal Kemanusiaan Bil. 22 3

kecenderungan minat pelajar dalam Bahasa Arab. Sampel kajian yang telah dipilih adalah seramai 57 orang yang dipilih secara rawak mudah daripada kalangan pelajar tingkatan 4 di MRSM Ulul Albab Kota Putra, Besut, Terengganu. Saiz sampel dipilih dengan menggunakan teori yang dikemukakan oleh W. Lawrence Neuman (2005) iaitu semakin kecil populasi semakin besar nilai ratio persampelannya, begitulah sebaliknya. Menurut beliau juga, bagi populasi yang kecil (di bawah 1000) penyelidik memerlukan nilai ratio persampelan yang besar bagi mencapai darjah ketepatan yang tinggi iaitu kira-kira 30% orang sampel dari jumlah keseluruhan populasi.[16] Dapatan Kajian Demografi Responden Hasil daripada data yang diperolehi melalui soal selidik, respondan kajian terdiri daripada 27 orang lelaki dan 30 orang perempuan. Hasil kajian mendapati bahawa keputusan mata pelajaran Bahasa Arab dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2013 berada pada tahap yang membanggakan iaitu seramai 41 orang pelajar mendapat A dan 16 orang pelajar mendapat B dalam matapelajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga mendapati bahawa majoriti respondan mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Arab dan hanya 1.8% sahaja yang menyatakan bahawa mereka tidak berminat dengan matapelajaran Bahasa Arab. Tahap Kualiti Diri Guru Untuk memperlihatkan tahap kualiti diri guru Bahasa Arab, skala penskoran dibentuk. Penskoran dibuat bagi mengukur tahap kualiti diri guru sama ada ia pada tahap rendah, sederhana atau tinggi. Skala penskoran yang digunakan adalah skor 1-46 tahap rendah, 47-73 tahap sederhana dan 74-100 tahap tinggi. Jadual 1 : Skor tahap kualiti diri guru Tahap Skor Kekerapan Peratus Rendah 1-46 1 1.8 Sederhana Tinggi 47-73 74-100 4 52 7.0 91.2 Jumlah 57 100.0 Hasil dari skala penskoran yang dibentuk untuk mengetahui tahap kualiti diri guru Bahasa Arab dari perspektif pelajar tingkatan 4 MRSM Kota Putra. Hasil menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar berpendapat bahawa tahap kualiti diri guru Bahasa Arab adalah tinggi iaitu sebanyak 91.2%, diikuti 7% pada tahap sederhana dan hanya 1.8% pada tahap rendah. Tahap Kencenderungan minat pelajar terhadap Bahasa Arab Penskoran dibuat bagi mengukur kencenderungan minat pelajar dalam Bahasa Arab. Penskoran dibuat bagi mengukur tahap kencenderungan minat pelajar dalam Bahasa Arab sama ada ia pada tahap rendah, sederhana atau tinggi. Skala penskoran yang digunakan adalah skor 1-46 tahap rendah, 47-73 tahap sederhana dan 74-100 tahap tinggi. Jadual 3 memperlihatkan bahawa hanya 3.5 % sahaja daripada responden menunjukkan bahawa mereka tidak berminat dengan matapelajaran Bahasa Arab berbanding dengan 82.5 % lagi menunjukkan tahap minat yang tinggi dalam Bahasa Arab dan selebihnya 14% pada tahap yang sederhana. Jadual 2: Tahap Kencenderungan minat pelajar terhadap Bahasa Arab Tahap Skor Kekerapan Peratus Rendah 1-46 2 3.5 Sederhana Tinggi 47-73 74-100 8 47 14.0 82.5 Jumlah 57 100.0 Jurnal Kemanusiaan Bil. 22 4

Hubungan antara kecenderungan minat pelajar dalam Bahasa Arab dengan kualiti diri guru Bahasa Arab Kaedah statistik inferensi iaitu ujian Kolerasi Pearson digunakan untuk melihat perhubungan antara dua pembolehubah. Jadual 4 memperlihatkan dapatan kajian mengenai hubungan antara kecenderungan minat pelajar dalam Bahasa Arab dengan kualiti diri guru Bahasa Arab di MRSM Kota Putra. Jadual menunjukkan bahawa nilai r adalah 0.473 dan ia adalah signifikan pada aras.01 (r = 0.000 : p < 0.01) untuk pembolehubah kecenderungan minat pelajar dalam Bahasa Arab dengan kualiti diri guru Bahasa Arab di MRSM Kota Putra. Dengan itu terdapat hubungan yang positif dan signifikan untuk pembolehubah kecenderungan minat pelajar terhadap Bahasa Arab dengan kualiti diri guru Bahasa Arab di MRSM Kota Putra. Ini bermakna kualiti guru Bahasa Arab merupakan antara faktor yang penting dalam memupuk minat pelajar terhadap Bahasa Arab. Jadual 3: Hubungan antara kecenderungan minat pelajar dalam Bahasa Arab dan kualiti diri guru Bahasa Arab di MRSM Kota Putra Kualiti guru P&P dalam bilik darjah Minat pelajar r Kualiti guru P&P dalam bilik darjah Minat pelajar 1.741(**).473(**) p..000.000 n 57 57 57 r.741(**) 1.646(**) p.000..000 n 57 57 57 r.473(**).646(**) 1 p.000.000. n 57 57 57 ** kolerasi adalah signifikan pada aras 0.01 * kolerasi adalah signifikan pada aras 0.05 Perbincangan Dapatan Kajian Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kualiti diri guru Bahasa Arab adalah tinggi. Guru merupakan individu yang paling berpengaruh dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Berdasarkan kajiankajian lepas yang telah diutarakan mencerminkan bahawa pencapaian pelajar adalah berkait rapat dengan kualiti guru bahasa Arab yang sedia ada. Menurut Geo [17], sarjana-sarjana secara umumnya telah bersepakat bahawa pencapaian pelajar merupakan hasil daripada guru yang berkualiti. Nik Mohd Rahimi [5] menekankan bahawa kelemahan pelajar juga mempunyai hubungkait yang rapat dengan faktor tenaga pengajar, malah tenaga pengajar menjadi faktor kejayaan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Faktor tenaga pengajar boleh dilihat dari tiga sudut iaitu, pertamanya; kemahiran guru dalam mengajar bahasa, kedua; kemahiran guru dalam menguasai selok- belok bahasa yang diajar dan ketiga; personaliti guru bahasa. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan minat pelajar dengan kualiti diri guru. Kajian Ee [18], mendapati bahawa guru dapat meningkatkan minat murid melalui pelbagai rangsangan seperti nada yang berubah-ubah, bahan bantu yang menarik, permainan dan sebagainya. Melalui cara ini guru akan dapat meningkatkan minat dan rasa ingin tahun murid terhadap pengajarannya. Murid yang mendapat motivasi daripada guru biasanya akan menjadi lebih berminat yang seterusnya membantu proses pencapaian objektif pembelajaran. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa tahap kecenderungan minat pelajar dan tahap kualiti guru Bahasa Arab berada pada tahap yang baik. Namun Jurnal Kemanusiaan Bil. 22 5

begitu terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan lagi pencapaian pelajar Bahasa Arab. Antara masalah yang dikenalpasti ialah kebanyakan responden mengakui bahawa mereka tidak membuat persediaan sebelum kelas bermula. Responden juga mangakui bahawa mereka tidak mengulangkaji subjek Bahasa Arab sama seperti pelajaran lain. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden jarang membuka kamus dan jarang membaca bahan bacaan Bahasa Arab untuk menambah perbendaharan kata mereka. Masih ramai lagi dalam kalangan respondan tidak berani untuk bertutur dalam Bahasa Arab serta mereka juga tidak berani untuk menyertai aktiviti dan pertandingan dalam Bahasa Arab. Manakala antara masalah yang dikenalpasti berkaitan dengan kualiti guru ialah kaedah pengajaran yang berkesan serta kaedah penyampaian pengajaran mudah difahami oleh guru. Menurut Walsh [19], secara kesimpulannya menyatakan bahawa kualiti guru berkait rapat dengan dengan kemampuan guru mempengaruhi murid dalam pembelajaran ke arah yang lebih positif. Justeru, kualiti berkenaan merupakan kebolehan kognitif dan verbal guru. Oleh yang demikian, mereka berpendapat bahawa dua aspek tersebut merupakan faktor kualiti guru yang boleh memberi kesan kepada suasana pembelajaran pelajar. Ia juga boleh disifatkan sebagai pengajaran yang baik. Kesimpulan Secara kesimpulannya, dapatan kajian mengenalpasti bahawa beberapa perkara perlu dilakukan oleh guru Bahasa Arab dalam membentuk sikap pelajar. Antaranya ialah guru perlu memupuk semangat dalam diri pelajar agar sentiasa membuat persediaan sebelum bermulanya kelas, sentiasa mengulangkaji subjek bahasa Arab sama seperti pelajaran lain, membuka kamus untuk menambah perbendaharaan kata bahasa Arab dan mencari bahan bacaan Bahasa Arab. Selain daripada itu juga guru perlu memberi galakan agar pelajar menyertai aktiviti dan pertandingan bahasa Arab di sekolah kerana masih rama pelajar yang berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Arab dan mencari peluang untuk bertutur dalam bahasa Arab. Sesuatu perkara yang boleh difikirkan bersama ialah menjadikan pendidikan sebagai usaha yang dilakukan untuk melahirkan insan itu berjaya dan profesional dalam setiap bidang yang diceburinya, maka pendidikan yang disampaikan perlulah mempunyai kualiti yang tinggi. Manakala dalam menghasilkan pendidikan yang tinggi kualitinya tidak dapat dinafikan bahawa aspek pengajaran mempunyai peranan yang penting yang mesti dimainkan oleh tenaga pengajar. Di mana pengajaran yang berkualiti terhasil daripada guru yang berkualiti yang bijak mengaplikasikan ilmu pedagogi, iaitu ilmu mengajar secara saintifik dalam pendidikan formal. Rujukan [1] Adnan Yusopp 2005, Pengajaran Perkaedahan Pendidikan Islam Di Peringkat Ijazah Tinggi: Keperluan Dan Cabaran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. [2] Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. [3] Abd. Rahim Abd Rashid (2001). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Cergas (M) Sdn. Bhd. [4] Ishak Rejab. 1992. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Dlm. Ismail Ab. Rahman (ed al.). Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi: UKM [5] Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah. 2010. Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Arab Di Universiti Teknologi MARA (UiTM). GEMA Online Journal of Language Studies. Volume 10(3) 2010: 15-33 ] Jurnal Kemanusiaan Bil. 22 6

[6] Zulzana Zulkarnain, Mohamed Saim & Roslina Abd Talib. 2013. Hubungan Antara Minat, Sikap Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Kursus Cc301 Quantity Measurement. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013). [7] Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak. [8] Hadiah Senin (1997).Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. [9] Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. [10] Kamaruddin Husin (1997). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. [11] Noor Erma Binti Abu & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru Dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik (Januari 2014, Bil. 2 Isu 1). [12] Ismail Reduan (1992). Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Akademik. [13] Lee Shok Me (1991). Asas Pendidikan Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman [14] Abu Bakar Nordin (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Cetaktama Press. [15] Salawati Hamid (1998). Hubungan minat, sikap, motivasi dan kemahiran asas dengan pencapaian pelajar dalam matematik, Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. [16] Mohd Nor Shahizan Ali & Ahmad Munawar Ismail. 2012. Memahami Kuantitatif & Kualitatif dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. [17] Geo, Laura. 2007. The Link Between Teacher Quality and Student Outcomes: A Research Synthesis. Washington DC: National Comprehensive Center for Teacher Quality. http://secc.sedl.org/orc/resources/li nkbetweentqandstudentoutcomes. pdf. [18] Ee Ah Meng (1998). Pelajar Bermotivasi Pelajar Cemerlang. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. [19] Walsh, Kate. 2001. Teacher Certification Reconsidered: Stumbling for Quality. A Rejoinder https://www.google.com.my/#q=wa lsh%2c+kate.+2001.+teacher+cert ification+reconsidered%3a+stumb ling+for+quality.+a+rejoinder pdf. About the Authors Mohammad Abdillah bin Samsuiman is a Master s student at the Department of Arabic Studies and Islamic Civilization, Faculty of Islamic Studies Universiti Jurnal Kemanusiaan Bil. 22 7

Kebangsaan Malaysia. He can be contacted at kalamhamba85@yahoo.com Miss Asma Benjaman is a Master s student at the Department of al-quran and Sunnah, Faculty of Islamic Studies Universiti Kebangsaan Malaysia. She can be contacted at l_humairah@yahoo.com Zamri Arifin is a Deputy Dean of Research and Innovation Faculty of Islamic Studies and also Associate Professor at the Department of Arabic Studies and Islamic Civilization, Faculty of Islamic Studies Universiti Kebangsaan Malaysia. He can be contacted at abuzaim@ukm.my Jurnal Kemanusiaan Bil. 22 8