MODEL GURU BERKUALITI DARI PERSPEKTIF TOKOH PENDIDIKAN ISLAM DAN BARAT

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KAJIAN KES TEMPAT PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH RENDAH DI JOHOR SINOPSYS REFERENCES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Online Cooperative Learning for Communication and Team Working Skills Enhancement

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Faculty Of Information and Communication Technology

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Hubungan antara Trait Personaliti dengan Tingkah Laku Kepimpinan. Nurul Hudani Md. Nawi *, Ma'rof Redzuan, Hanina Hamsan, Mohd Ibrani Adam Asim

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

Transcription:

MODEL GURU BERKUALITI DARI PERSPEKTIF TOKOH PENDIDIKAN ISLAM DAN BARAT Kamarul Azmi Jasmi Noor Fadhlina Nawawi Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia Suggested Citation: Jasmi, K. A. & Nawawi, N. F. (2012). Model Guru Berkualiti dari Perspektif Tokoh Pendidikan Islam dan Barat in Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012] (International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012]) at Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru on 8-9 March 2012, pp. 233-238. ISBN 99917-44-89-4. ABSTRACT Guru berkualiti merupakan aspek yang menjadi perbincangan dan kajian oleh banyak pengkaji dalam bidang Pendidikan Islam. Tujuan mereka supaya kualiri diri guru dapat difahami dan dihayati seterusnya dipraktikan dalam kehidupan seorang guru yang berkualiti. Kertas kerja ini cuba membincangkan secara terperinci model guru berkualiti seperti yang telah dibincangkan oleh tokoh Pendidikan Islam dan Pendidikan Barat yang terdiri daripada Imam al-ghazali (t.th), Kamarul Azmi Jasmi (2010), Abdull Sukor Shaari (2008), Dunkin dan Biddle (1974), dan Shulman (1986). REFERENCES Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi. 2010. Isu Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (pnyt). dalam Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi, UKM. Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaludin, Zamri Abdul Rahim, Khadijah Abdul Razak. 2004. Reberkesanan Kaeadh Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan: UKM. Abdul Halim al-muhammadi. 1991. Falsafah Pendidikan Islam: Satu Perspektif Baru Dalam Pendidikan Islam Peranan Dalam Pembangunan Ummah. Kuala lumpur: Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah. Abdull Sukor Shaari. 2008, Guru Berkesan Petua dan Panduan, Sintok, penerbit UUM. Ahmad Mohd Salleh, 2008, Pengajian Agama Islam & J-Qaf Metodologi Dan Pedagogi Pendidikan, Selangor: Oxford Fajar. Ahmad Yunus Kasi dan Ab. Halim Tamuri. 2010. Pengetahuan pedagogical kandungan (PPK) pengajaran akidah: kajian kes guru cemerlang pendidikan islam. Journal of Islamic & Arabic education 2 (2): 13-30 Al- Ghazali imam Abu Hamid, t.th. Ihya ulum al- din. Jil. 1-8. Kuala Lumpur: Victory Ajensi. Dunkin M. J. dan Biddle B. J. 1974. The Study of Teaching New York: Holt, Renehart and Winston. Kamaruddin Hussin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2003. Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai Johor: Penerbit UTM. Kamarul Azmi Jasmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Saleh. 2007. Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Cemerlang, Skudai Johor: Penerbit UTM. Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2009. Sifat dan Peranan Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan Hubungannya dengan Motivasi Pelajar. Jurnal Teknologi 51(E): 57-71.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic & Arabic Education 3 (1), 59-74. Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. (PhD), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Lucas S. G. dan Bernstein D. A. 2005. Teaching Psychology A Step By Step Guide. New Jersey: Lawrence Eribaum Associates. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah 2010. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Shulman L. S. 1987. Knowledge and Teaching: Foundation of The New Reform. Harvard Educational Review. Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. 2010. Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia. Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab Halim Tamuri, Isahak Othaman, Mohd Sabri Mamat 2009. Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM, Journal Of Islamic And Arabic Education 1 (2), 31-50.

MODEL GURU BERKUALITI DARI PERSPEKTIF TOKOH PENDIDIKAN ISLAM DAN BARAT Kamarul Azmi Jas mi Noor Fadhlina Nawawi Abstrak Guru berkualiti merupakan aspek yang menjadi perbincangan dan kajian oleh banyak pengkaji dalam bidang Pendidikan Islam. Tujuan mereka supaya kualiti diri guru dapat difahami dan dihayati seterusnya dipraktikan dalam kehidupan seorang guru yang berkualiti. Kertas kerja ini cuba membincangkan secara terperinci model guru berkualiti seperti yang telah dibincangkan oleh tokoh Pendidikan Islam dan Pendidikan Barat yang terdiri daripada Imam al-ghazali (t.th), Kamarul Azmi Jasmi (2010), Abdull Sukor Shaari (2008), Dunkin dan Biddle (1974), dan Shulman (1986). Kata Kunci: Model Guru, Guru Berkualiti. PENGENALAN Pembangunan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia merupakan agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), maka berdasarkan agenda penting ini guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung untuk melaksanakan daya usaha dan pendekatan pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil pembelajaran yang maksimum diperolehi pelajar di sekolah. Hal ini kerana pendidikan yang terancang dan teratur serta berkualiti pula hanya boleh terhasil apabila penggerak kepada pembangunan pendidikan itu, iaitu guru berada pada tahap yang tinggi profesionalismenya dan berkesan. Hal ini bermaksud bahawa pendidikan itu sendiri tidak dapat dibangunkan dan dikembangkan tanpa mempunyai guru-guru yang cemerlang dan berkualiti (Ahmad Mohd Salleh, 2008; Noriati et al., 2010; Kamaruddin Hussin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2003). Guru- guru inilah yang menjadi pemangkin kepada keberkesanan sesuatu pendidikan yang seterusnya mampu melahirkan insan yang cemerlang dari segenap sudut. MODEL ISLAM Dalam kitab Ihya Ulum Ad din hasil tulisan Imam al-ghazali (t.th) telah menghasil satu model guru cemerlang dan berkesan. Model guru cemerlang ini menitik beratkan beberapa aspek penting yang menjadi asas kepada ciri guru cemerlang. Antara aspek yang digariskan oleh beliau ialah seorang guru itu mempunyai rasa simpati dan kasih sayang kepada pelajar dan menganggap serta melayani mereka seperti anaknya sendiri di samping mengikuti tingkah laku dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dan tidak meminta ganjaran atau imbuhan atas perkhidmatan yang diberikannya. Selain itu juga, ciri guru cemerlang yang digariskan juga ialah tidak menasihati atau membenarkan pelajarnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali guru itu benar-benar terlatih dan berpengetahuan tentang perkara tersebut. Menasihati pelajar-pelajarnya agar meninggalkan

234 Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012) kelakuan buruk secara lembut dan berhemah serta tidak sesekali merendahkan disiplin ilmu yang lain dihadapan pelajarnya disamping menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap kefahaman pelajar serta menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal pelajar merupakan juga antara ciri guru cemerlang yang digariskan oleh beliau. Secara keseluruhannnya model guru cemerlang ini dapat dilihat dalam Rajah 1 Rajah 1 Guru cemerlang menurut al-ghazali Berdasarkan model guru ini dapatlah difahami bahawa, ketakwaan dan hubungan dengan Allah S.W.T. merupakan asas utama sebagai seorang pendidik yang ingin membentuk tingkah- laku anak-anak pelajar. Bertitik tolak dari keimanan yang mantap dan utuh akan melahirkan keperibadian yang murni dan mulia yang perlu dimiliki oleh setiap komunikasi juga diperlukan oleh guru selain memiliki ilmu pengetahuan dari segi ilmu agama dan juga isi pelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar. Manakala Rajah 1.2 menunjukkan model guru cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh Kamarul Azmi Jas mi (2010) mengenai guru cemerlang Pendidikan Islam (GCPI). Model GCPI ini sangat bermanfaat sebagai panduan kepada GPI dalam usaha mempertingkatkan kualiri pengajaran dan diri serta dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dan bermotivasi. Secara keseluruhannya, model guru cemerlang Pendidikan Islam ini terhasil daripada beberapa aspek penting yang perlu wujud dan dipraktikkan oleh guru iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P), keperibadian dan kemahiran. Justeru, seseorang guru yang berkesan dan berkualiti seharusnya menitik beratkan penerapan visi dan misi Pendidikan Islam selain persediaan P&P, set induksi, pendekatan dan perlaksanaan, pengurusan kelas, BBM dan penilaian serta penutup yang merupakan elemen penting dalam keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain itu, aspek keperibadian juga merupakan faktor atau penyebab kepada kecemerlangan seseorang guru. Keperibadian ini dapat ditonjolkan dan dipraktikkan melalui keperibadian terhadap Allah S.W. T, diri sendiri atau penampilan dan keperibadian terhadap pelajar. Hal ini kerana, setiap tingkah laku dan perbuatan guru menjadi ikutan dan contoh teladan kepada pelajar. Justeru, keperibadian yang mulia seharusnya dimiliki oleh setiap orang guru apatah lagi guru Pendidikan Islam. Di samping itu, kemahiran dan kecekapan seperti pengurusan, komunikasi, ICT, penulisan, berbahasa, merawat dan seni juga merupakan antara elemen penting dalam penentuan kualiti dan kecemerlangan seseorang

Model Guru Berkualiti dari Perspektif Tokoh Pendidikan Islam dan Barat 235 guru. Rajah 2 Model guru cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) menurut Kamarul Azmi Jasmi (2010) Selain itu kajian yang dijalankan oleh Abdull Shukor Shaari (2008) menghasilkan model guru berkesan yang dilihat dari beberapa aspek atau sudut yang penting iaitu dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru itu sendiri. Model ciri guru berkesan yang dihasilkan ini mengambil berat beberapa aspek, iaitu pengajaran, peribadi, komunikasi, motivasi guru, ilmu pengetahuan dan pengurusan bilik darjah sebagaimana Rajah 3 dibawah. Rajah 3 Model guru berkesan menurut Abdull Sukor Shaari (2008) Guru berkesan atau berkualiti menurut Abdull Sukor Shaari (2008) ialah bermula dari pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang mana seseorang guru haruslah memberikan penekanan kepada empat perkara penting dalam pengajaran iaitu perancangan pengajaran, penyampaian, penilaian dan dorongan. Kualiti peribadi guru yang berkesan juga penting dalam pembentukan guru berkesan selain komunikasi guru yang berkesan seperti penggunaan bahasa yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Selain itu, keyakinan diri dan motivasi yang tinggi juga perlu ada pada seseorang guru agar dapat membimbing dan memotivasikan pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan elemen penting dalam menentukan keberkesanan seseorang guru di samping mempunyai ilmu pengetahuan tentang isi kandungan matapelajaran yang diajarkan dan juga pengetahuan

236 Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012) pedagogi seperti kemahiran set induksi, kemahiran penyoalan, kemahiran memberi peneguhan dan sebagainya. Justeru, seseorang guru yang berkualiti dan berkesan semestinya memilki kesemua ciri atau aspek yang telah dibincangkan ini. MODEL BARAT Sebagaimana yang digambarkan dalam rajah 4 merupakan model P&P Dunkin dan Biddle (1974). Tahap pengajaran seseorang guru samada berkesan atau tidak mengikut model ini bergantung kepada lima faktor yang utama seperti berikut: (1) Guru: kemampuan seseorang guru dalam melaksanakan P&P berkesan bergantung kepada personaliti, kemahiran mengajar, gaya pengajaran dan keperibadian. (2) Pelajar: kejayaan pengajaran guru bergantung kepada pelajar. Keberkesanan P&P bergantung kepada personaliti diri, cara belajar, motivasi dan sikap. (3) Faktor sekolah dan bilik darjah: Iklim sekolah, kepelbagaian ras dan saiz sekolah merupakan antara faktor sekolah yang meningkatkan keberkesanan P&P. Manakala faktor bilik darjah pula terdiri daripada saiz kelas, peralatan, kemudahan serta iklim kelas. (4) Proses P&P yang berlaku di dalam kelas: proses ini melibatkan tingkah laku guru dan pelajar. (5) Produk: kejayaan guru mengubah pelajar dalam bentuk perubahan jangka pendek dan panjang merupakan kayu ukur kepada keberkesanan P&P. Rajah 4 Model P&P Dunkin & Biddle (1974) Model guru berkualiti yang terakhir dapat dilihat dalam model pengajaran yang dikemukan oleh Shulman (1986) dalam rajah 1.5 dibawah.

Model Guru Berkualiti dari Perspektif Tokoh Pendidikan Islam dan Barat 237 Sumber: diubahsuai daripada Ahmad Yunus Kasi dan Ab. Halim Tamuri (2010) Rajah 1.5 Model Pengajaran Shulman (1986) Model pemikiran dan tindakan pengajaran atau pedagogical reasoning and action merupakan model pengajaran yang dikemukan oleh Shulman (1986). Model ini adalah bertujuan untuk menjelaskan bagaimana guru herfikir dan bertindak bagi menterjemah pengetahuannya mengenai mata pelajaran yang diajar kepada bentuk-bentuk pengetahuan yang dapat difahami oleh pelajar (Shuhanida Ayub & Ab. Halim Tamuri, 2011). Antara teras atau asas pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang yang bergelar guru atau pendidik dalam menyampaikan P&P sesuatu mata pelajaran ialah pengetahuan tentang isi kandungan, pengetahuan mengenai pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum dan juga pengetahuan mengenai ciri-ciri pelajar. PENUTUP Kertas kerja ini telah membincangkan lima model kualiti guru dari tokoh Pendidikan Islam dan tokoh pendidikan Barat. Model tersebut adalah dari perspektif Imam al-ghazali (t.th), Kamarul Azmi Jasmi (2010), dan Abdull Sukor Shaari (2008) dari tokoh Pendidikan Islam. Selain itu model yang diketengahkan oleh Dunkin dan Biddle (1974) dan Shulman (1986) juga telah dibincangkan dengan panjan lebar. Hasil perbincangan model ini, jelaslah bahawa guru memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Guru adalah orang yang diharapkan dapat mendidik dan membentuk generasi yang akan datang. Justeru itu, model-model guru berkualiti dari perspektif tokoh pendidikan Islam dan Barat ini mampu dijadikan panduan dan ukuran dalam menentukan dan menghasilkan kecemerlangan serta peningkatan kualiti seseorang guru. RUJUKAN Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi. 2010. Isu Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (pnyt). dalam Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi, UKM. Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaludin, Zamri Abdul Rahim, Khadijah Abdul Razak. 2004. Reberkesanan Kaeadh Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan: UKM. Abdul Halim al-muhammadi. 1991. Falsafah Pendidikan Islam: Satu Perspektif Baru Dalam Pendidikan Islam Peranan Dalam Pembangunan Ummah. Kuala lumpur: Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah.

238 Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012) Abdull Sukor Shaari. 2008, Guru Berkesan Petua dan Panduan, Sintok, penerbit UUM. Ahmad Mohd Salleh, 2008, Pengajian Agama Islam & J-Qaf Metodologi Dan Pedagogi Pendidikan, Selangor: Oxford Fajar. Ahmad Yunus Kasi dan Ab. Halim Tamuri. 2010. Pengetahuan pedagogical kandungan (PPK) pengajaran akidah: kajian kes guru cemerlang pendidikan islam. Journal of Islamic & Arabic education 2 (2): 13-30 Al- Ghazali imam Abu Hamid, t.th. Ihya ulum al- din. Jil. 1-8. Kuala Lumpur: Victory Ajensi. Dunkin M. J. dan Biddle B. J. 1974. The Study of Teaching New York: Holt, Renehart and Winston. Kamaruddin Hussin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2003. Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai Johor: Penerbit UTM. Kamarul Azmi Jasmi Jasmi dan Siti Fauziyani Md. Saleh. 2007. Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Cemerlang, Skudai Johor: Penerbit UTM. Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd Hamzah. 2009. Sifat dan Peranan Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan Hubungannya dengan Motivasi Pelajar. Jurnal Teknologi 51(E): 57-71. Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic & Arabic Education 3 (1), 59-74. Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. (PhD), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Lucas S. G. dan Bernstein D. A. 2005. Teaching Psychology A Step By Step Guide. New Jersey: Lawrence Eribaum Associates. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah 2010. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Shulman L. S. 1987. Knowledge and Teaching: Foundation of The New Reform. Harvard Educational Review. Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. 2010. Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia. Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab Halim Tamuri, Isahak Othaman, Mohd Sabri Mamat 2009. Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM, Journal Of Islamic And Arabic Education 1 (2), 31-50.