UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Similar documents
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

Faculty Of Information and Communication Technology

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA INDERBIR KAUR A/P SHAMSHER SINGH FBMK 1995 2

KESALABAN BAHASA KELAYU DI KALANGAN HABABISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA INDERBIR KAUR AlP SHAMS HER SINGH MASTER SAINS UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA 1995

KESALAHAN BAHASA HELAYU D1 KALANGAN MAHAS1SWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA Oleh: INDERBIR KAUR Al P SHAKSHER SINGH Tesis yang dikemukakan untuk Memenuhi Sebahaqian daripada syarat Keperluan baqi Mendapatkan Ijazah Master Bains di Fakulti penqajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia SEPTEMBER 1995

PENGHARGAAN Penulis bersyukur ke hadrat Tuhan yang Maha Kuasa kerana kejayaan penyempurnaan tesis ini. Beberapa pihak telah membantu dalam menyempurnakannya. Penulis sangat berhutang budi dan ingin merakamkan setinggi-t inggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka, terutama : Jawatankuasa Penyeliaan, iaitu Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan, Profesor Dr. Haj i Amat Juhari Moain dan Profesor Madya Dr. Hajah Sharifah Nor kerana nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang diber ikan sepanjang penyelenggaraan tesis ini. Kesabaran, minat dan dedikasi mereka dalam melaksanakan tugas ini amat dihargai. Semoga Tuhan membalas jasa baik mereka. Dekan, Timbalan Dekan, pensyarah dan kakitangan Fakulti Pengajian Pendidikan, yang membenarkan penulis menggunakan pelajar di fakulti tersebut sebagai subjek kaj ian. ii

Encik Che Ibrahim Salleh (Penyelaras Program PBMP), kerana dorongan, galakan dan bantuan yang diberikan. Pensyarah-pensyarah di Jabatan Bahasa dan Fakulti Pengajian Pendidikan, pihak Pusat Pengaj ian siswazah, rakan-rakan program Master Sains di UPM, pelajar-pelajar yang menjadi subjek kaj ian dan sesiapa sahaja yang menyumbang secara langsung atau tidak dalam penyempurnaan tesis ini. Ayah dan ibu yang disayangi, adik-beradik yang dikasihi Davin, Harpal, Deep ; eman istimewa, Ganesan dar. rakan-rakan lain yang sentiasa memberikan inspirasi dan dorongan, serta mendoakan kejayaan penulis. Kepada mereka semua, penulis mengabadikan tesis ini. iii

JADUAL KANDUNGAN HALAMAN PENGHARGAA.N................ ii SENARAI JADUAL........................ vii SENARAI RA.JAH...................... xi SENARAI SINGKATAN xii ABSTRA.K... xiii ABSTRA.CT............................ xvi BAB. I PENDAHULUAN 1 Latar Belakang Kajian.................. 1 Pernyataan Masalah.................... 6 Objektif Kajian....................... 7 Soalan-soalan Penyelidikan.......... 8 Hipotesis Kaj ian..................... 9 Kepentingan Kaj ian.................... 10 Pembatasan Kaj ian................. 12 Definisi Operasional................. 15 Bahasa Melayu....... 15 Penguasaan Bahasa....... 16 Kesalahan Bahasa.................. 16 Kesalahan Bahasa Melayu........... 17 Mahasiswa Bacelor Pendidikan...... 17 II SOROTAN LITERATUR 18 Teori-teori Linguistik yang Digunakan 18 Teori Linguistik Deskriptif........ 19 Teori Linguistik Behaviorisme...... 20 Teori Linguistik Transformasi Generatif.......................... 21 Pandangan Am Tentang Analisis Kesalahan Bahasa... 22 Kaj ian-kaj ian Awal.................... 28 Kaj ian Berkaitan yang telah Dibuat..... 35 Kesalahan Bahasa Pelajar Institusi Pengaj ian Tinggi.................. 35 Kesalahan Bahasa Berdasarkan Kategori Tertentu........................ 38 Kesalahan Bahasa dan Hubungannya dengan Beberapa Pemboleh Ubah...... 51 iv

III KAEDAH DAN TATACARA PENYELIDlKAN....... 61 Rekabentuk Penyelidikan.............. 6 1 Kaedah Penyelidikan........ 61 Kerangka Penganalisisan Kesalahan Bahasa................................. 62 Pemboleh ubah Tidak Bersandar......... 66 Pemboleh ubah Bersandar............... 67 Populas i............................... 67 Sampel dan Persampelan Kajian......... 68 Pemilihan Saiz Sampel Berdasarkan Program............................ 68 Pemilihan Saiz Sampel Berdasarkan Jantina... 70 Pemilihan Saiz Sampel Berdasarkan SSE.... 70 Pemilihan Saiz Sampel Berdasarkan Keputusan BM Peringkat SPM... 70 Instrumentasi.......................... 71 Soal Selidik....................... 71 Uj ian Karangan.................... 72 Tatacara Mendapatkan Data.............. Penentuan Kesalahan Bahasa............ 74 Jenis-jenis Kesalahan Bahasa yang Dikaj i............................ 74 Pemprosesan dan Penganalisisan Data 82 73 IV PENTAFSIRAN DAN PERBINCANGAN BASIL KAJIAN................................. 85 Penganalisisan Kesalahan Bahasa Secara Keseluruhan............................ 86 Kesalahan Jenis Kata.............. 93 Kesalahan Struktur Ayat............ 96 Kesalahan Jenis Ejaan............. 99 Perbandingan Kesalahan Bahasa Kumpu lankumpulan Pelajar....................... 103 Kesalahan Bahasa Berdasarkan Program............................ 103 Kesalahan Bahasa Berdasarkan Jantina.............................. 114 Kesalahan Bahasa Berdasarkan Pencapaian B SPM.......................................... 127 Kesalahan Bahasa Berdasarkan SSE 137 Kekerapan Pembelajaran BM dan Jumlah Kesalahan Bahasa..................... 146 Perbincangan Kesalahan Bahasa yang Ketara............................................................. 151 Kesalahan Jenis Perkataan......... 151 Kesalahan Struktur Ayat... 165 Kesalahan Jenis Ejaan......... 183 v

v RUKUSAN DAN CADANGAN.................... 194 Rumusan................................ 194 Implikasi Hasil Kaj ian............ 201 Implikasi Terhadap Program Bacelor Pendid ikan UPM.................... 201 Implikasi Terhadap Kandungan Pengajaran BM di UPM........... 203 Implikasi Terhadap AktivitijLatihan Meningkatkan Penguasaan Bahasa... 204 Implikasi Terhadap Pengajaran pada Peringkat Persekolahan............ 205 Cadangan untuk Kaj ian Selanjutnya..... 206 BIBLIOGRAFI 210 LAMP IRAN A Kursus-kursus Kemahiran Bahasa Melayu......................... 218 B Jadual Pemilihan Saiz Sampel 219 C Borang Soal Selidik dan Ujian Karangan... 220 D Surat Akuan Pemeriksa Kedua 227 LATAR DIRI 228 vi

SENARAI JADUAL Jadual Halaman 1 Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Kursus BBM 361 untuk Empat Semester.............. 4 2 Taburan Frekuensi Kesalahan Bahasa........... 84 3 Kekerapan Kesalahan Bahasa Secara Keseluruhan Menurut Jenis-jenis Kesalahan................ 87 4 Kekerapan Kesalahan Bahasa Secara Terperinci Menurut Jenis-jenis Kesalahan................ 88 5 Bilangan dan Peratus Kekerapan Kesalahan Bahasa Menurut Jenis-jenis Kesalahan................ 90 6 Kekerapan Kesalahan Perkataan Berdasarkan Kekerapan Tertinggi Hingga ke Kekerapan yang Terendah.............................. 94 7 Kekerapan Kesalahan Ayat Berdasarkan Kekerapan Tertinggi Hingga ke Kekerapan yang Terendah................................ 97 8 Kekerapan Kesalahan Ejaan Berdasarkan Kekerapan Tertinggi Hingga ke Kekerapan yang Terendah................................ 100 9 Perbezaan Min dan Sisihan Piawai bagi Enam Kumpulan Program dalam Kesalahan Penggunaan Perkataan..................... 104 10 Jadual ANOVA bagi Kesalahan Penggunaan Perkataan......................... 105 11 Perbezaan Nilai Ratio dan Nilai Kebarangkalian F bagi Jenis-j enis Kesalahan Perkataan......... 105 12 Perbezaan Min dan sisihan Piawai bagi Enam Kumpulan Program dalam Kesalahan Struktur Ayat................................ 107 13 Jadual ANOVA bagi Kesalahan Struktur Ayat................................ 108 14 Perbezaan Nilai Ratio dan Nilai Kebarangkalian F bagi Jenis-jenis Kesalahan Ayat........... 108 vii

Jadual Halaman 15 Perbezaan Min dan Sisihan Piawai bagi Enam Kumpulan Program dalam Kesalahan Ejaan.... 109 16 Jadual ANOVA bagi Kesalahan Penggunaan Ejaan..................... 110 17 Perbezaan Nilai Ratio dan Nilai Kebarangkalian F bagi Jenis-jenis Kesalahan Ejaan.......... 111 18 Perbezaan Min dan Sisihan Piawai bagi Enam Kumpulan Program dalam Keseluruhan Kesalahan Bahasa............................ 112 19 Jadual ANOVA bagi Keseluruhan Kesalahan Bahasa............................. 113 20 Taburan Pelajar Lelaki dan Perempuan....... 114 21 Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Kumpulan Pelajar Lelaki........................................ 115 22 Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Kumpulan Pelajar Perempuan.................................... 119 23 Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Kumpulan Pelajar Lelaki dan Perempuan........................ 121 24 Ujian-T bagi Kesalahan Bahasa Berdasarkan Jantina 25 Ujian-T bagi Kesalahan Perkataan Berdasarkan Jantina 26 Ujian-T bagi Kesalahan Ayat Berdasarkan Jantina 27 Ujian-T bagi Kesalahan Ejaan Berdasarkan Jantina...................................... 123 124 125 126 28 Bilangan Pelajar Kumpu lan Pencapaian BM SPM Menurut Kategori Tinggi, Rendah dan Sederhana.............................. 128 29 Kesalahan Perkataan yang Dilakukan oleh Tiga Kumpulan Pelajar Berdasarkan ' Pencapaian BM SPM.......................... 129 viii

Jadual Halaman 30 Jadual ANOVA bagi Kesalahan Penggunaan Perkataan Berdasarkan Kumpulan Pencapaian BM SPM..... 130 31 Kesalahan Ayat yang Dilakukan oleh Tiga Kumpulan Pelajar Berdasarkan Pencapaian BM SPM........................... 131 32 Jadual ANOVA bagi Kesalahan Struktur Ayat Berdasarkan Kumpulan Pencapaian BM SPM....... 132 33 Kesalahan Ejaan yang Dilakukan oleh Tiga Kumpulan Pelajar Berdasarkan Pencapaian BM SPM............................ 133 34 Jadual ANOVA bagi Kesalahan Ejaan Berdasarkan Kumpulan Pencapaian BM SPM....... 133 35 Kesalahan Bahasa yang Dilakukan oleh Tiga Kumpulan Pelajar Berdasarkan Pencapaian BM SPM........................... 134 36 Jadual ANOVA bagi Kesalahan Bahasa Berdasarkan Kumpulan Pencapaian BM SPM..... 135 37 Bilangan Pelajar Kumpu lan SSE Tinggi, Rendah dan Sederhana............................... 138 38 Kesalahan Perkataan yang Dilakukan oleh Tiga Kumpulan Pelajar Berdasarkan SSE............ 139 39 Jadual ANOVA bagi Kesalahan Penggunaan Perkataan Berdasarkan Kumpulan SSE.................... 139 40 Kesalahan Ayat yang Dilakukan oleh Tiga Kumpulan Pelajar Berdasarkan SSE............ 140 41 Jadual ANOVA bagi Kesalahan Struktur Ayat Berdasarkan Kumpulan SSE............... 141 42 Kesalahan Ejaan yang Dilakukan oleh Tiga Kumpulan Pelajar Berdasarkan SSE............ 142 43 Jadual ANOVA bagi Kesaldhan Ejaan Berdasarkan Kumpulan SSE.................... 143 ix

Jadual Halaman 44 Kesalahan Bahasa yang Dilakukan oleh Tiga Kumpulan Pelajar Berdasarkan SSE.......... 144 45 Jadual ANOVA bagi Kesalahan Bahasa Berdasarkan Kumpulan SSE.............. 145 46 Min dan Sisihan Piawai bagi Kekerapan Usaha Meningkatkan Penguasaan BM................ 147 47 Nilai Korelasi dan Tahap Signifikan bagi Kekerapan Us aha Meningkatkan Penguasaan BM dengan Jumlah Kesalahan Bahasa........... 149 48 Jadual Pemilihan Saiz Sampel............. 219 x

SENARAI RAJAH Rajah Halaman 1 2 Model Penganalisisan Kesalahan Bahasa Berdasarkan Teori-teori Linguistik........ Kesalahan Bahasa Berdasarkan Hubungan Pemboleh-pemboleh Ubah dalam Kajian......... 64 65 xi

SENARAI SINGKATAN BM BP BP (PBMP) BP (TESL) = = = = Bahasa MeIayu Bacelor Pendidikan Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Ma laysia sebagai Bahasa Pertama) Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) BP (B&K) BP (PJ) BP (SP) BP (SRT) HIm. SPM STPM SPSS SSE UPM X * = Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) = Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) = Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) = Bacelor Pendidikan (Sains Rumah Tangga) = Halaman = Sij il Pelaj aran Malaysia = Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia = The statistical Package for the Social Sciences = status Sosioekonomi = Universiti Pertanian Malaysia min = perkataan, frasa, ayat at au ejaan yang salah xii

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Pertanian Malaysia sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat keperluan ijazah Master Sains KESALAHAN BAHASA MELAYU D1 KALANGAN MAHAS1SWA FAKULT1 PENGAJ1AN PEND1DIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA Oleh 1NDERB1R KAUR AlP SHAMSHER SINGH SEPTEMBER 1995 Pengerusi Profesor Abdul Hamid Mahmood, Ph.D. Fakulti Pengaj ian Bahasa Moden Kajian ini bertuj uan untuk mendapatkan data kesalahan bahasa Melayu (BM) yang dilakukan oleh tentang pelajar yang mengikuti enam kursus Bacelor Pendidikan (BP) di Universiti Pertanian Ma lays ia (UPM). Obj ektif kaj ian ini ialah untuk mengenal pasti jenis-j enis kesalahan bahasa dan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh subjek kajian berdasarkan pemboleh-pemboleh ubah seperti program, jantina, status sosio-ekonomi (SSE), pencapaian BM SPM dan kekerapan usaha meningkatkan penguasaan BM. Data kaj ian dikumpul dengan menggunakan dua kaedah, iaitu melalui penulisan karangan dan soal selidik. Kesalahan bahasa dalam aspek perkataan, ayat dan ejaan didapati daripada karangan pelaj ar manakala maklumat xiii

tentang pembelajaran BM pelajar didapati daripada borang soal selidik. Sebanyak 235 buah karangan pelajar dimarkahi dan daripada jumlah ini, pelajar melakukan sebanyak 1,245 kesalahan dalam aspek perkataan, ayat dan ejaan. Min kesalahan bagi setiap pelajar ialah 5.3, yakni 3.6 kali kesalahan dalam aspek perkataan, min 1.9 dalam aspek ejaan dan min sebanyak 0.8 dalam kesalahan struktur ayat. Hasil ujian statistik ANOVA bagi pemboleh ubah program menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar dari enam kumpulan program BP yang dikaji. Pelajar dari kumpulan BP (Sains Pertanian) didapati paling banyak melakukan kesalahan BM dengan min sebanyak 7.6, berbanding dengan kumpulan BP (Pengajaran BM sebagai Bahasa Pertama) yang mempunyai min sebanyak 3.9. Dari segi jantina, hasil perkiraan ujian -T menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina bagi kesalahan perkataan dan ejaan. Bagi aspek ayat pula, perbezaan yang didapati adalah tidak signifikan. Pelajar lelaki (56.6%) pula didapati lebih banyak membuat kesalahan bahasa berbanding dengan pelajar perempuan (43.4%). Bagi pemboleh ubah pencapaian BM SPM, pelajar terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan xiv

berpencapaian tinggi, kumpulan berpencapaian sederhana dan kumpu lan berpencapaian rendah. Analisis keputusan menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara kesemua kumpulan kajian. seterusnya, pemboleh ubah SSE juga dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu, kumpulan SSE tinggi, kumpulan SSE sederhana dan kumpulan SSE rendah. Ujian statistik menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara kumpulan SSE tinggi dan kumpulan SSE rendah. Dari segi kekerapan pembelajaran BM pula, pelajar didapati paling kerap mendengar berita kekerapan membaca akhbar dan mendengar diikuti syarahan oleh BH. Pelajar paling kurang menulis artikex untuk siaran akhbar, majalah atau pertandingan sebagai usaha meningkatkan penguasaan BM. Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang lemah dari segi perkaitan antara kekerapan usaha meningkatkan dengan kekerapan kesalahan bahasa. penguasaan BM Keputusan kajian membuktikan kelemahan pelajar dalam penguasaan BM. Ini mempunyai implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran BM pada peringkat institusi pengajian tinggi umumnya, d.an Fakulti Pengajian Bahasa Moden dan Fakulti Pengajian Pendidikan. xv

Abstract of thesis submitted to the Senate of Un iversiti Pertanian Malaysia as partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of Science MALAY LANGUAGE ERRORS AMONG STUDENTS IN THE FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA By INDERBIR KAUR AlP SHAMSHER SINGH SEPTEMBER 1995 Chairman Faculty Profesor Abdul Hamid Mahmood, Ph.D. Modern Language Studies This study was done to obtain information on errors made in Malay Language by students doing a degree in the six Bachelor of Education (B. Ed.) programmes in Universiti Pertanian Malaysia. The objective of this study was to identify the types and frequency of errors in Malay Language made by these students according to a few variables, such as programme, sex, socioeconomic status (SES), grades of Malay Language in SPM examinations and efforts made to improve Malay Language by these students. To obtain data for this study, two methods were used, that is through a written composition and a questionnare. Errors in aspects of morphology, syntax and spelling were obtained from the written composition xvi

whereas information on how students improve their Malay Language was obtained from the questionnare. From 235 compositions examined, students made 1,245 errors in the aspects of morphology, syntax and spelling. On the average, each student made 5.3 errors, that is, 2.6 morphological errors, 1.9 spelling errors and 0.8 syntactical errors. Results from the ANOVA statistical test showed that for the programme variable, there was a significant difference between students from the six B.Ed. programmes. students from the B.Ed. (Agricultural Science) programme made the most errors with an average of 7.6 compared to students from the B.Ed. (The Teaching of Malay Language as a First Language) programme which had an average of 3.9 errors each student. In terms of sex, results of the t-test showed a significant difference for morphological and spelling errors. Neve! theless, for syntactical errors, the results shown were not significant.male students made more errors (56.6%) in comparison with female students (43.4%). For the grades of Malay Language in SPM variable, students were divided in three groups, that is, group xvii

with good results, group with average results and group with poor results. Results showed that there was a significant difference between all the groups. students for the SES variable were also divided in three groups, that is, the high SES group, the average SES group and the low SES group. Results showed a significant difference between the high SES group and the low SES group. In terms of efforts made for improving Malay Language proficiency, students most frequently listen to Malay news, read newspapers in Malay Language and listen to lectures in Ma lay Language. Students hardly write articles in Malay Language for the papers, magazines or for essay competitions as a way to improve their Malay Language. The Pearson Correlation test showed a weak association between efforts input for improving Malay Language and frequency of errors. The results of this study proved that these students are still weak in the Malay Language. This has implications on the language teaching and learning at the institution of higher learning level generally, and in the Faculty of Educational Studies, specifically. xviii

Bn 1 PENDABULUAN Latar Belakanq Kajian Bahasa Melayu (seterusnya BM) telah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi negara Malaysia. Hal ini jelas dinyatakan dalam Fasal 152 perlembagaan negara. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperkuatkan pula penggunaan BM dalam semua urusan, dengan itu sekali gus telah menaikkan martabat BM pada tahap yang sewajarnya. Fungsi BM sebagai alat perpaduan negara melalui sistem pendidikan terus dilaksanakan. Matlamat kerajaan menj adikan BM sebagai bahasa pengantar sepenuhnya daripada peringkat pengaj ian dasar hingga ke peringkat pengaj ian tinggi, jelas terlaksana secara menyeluruh mulai tahun 1983. Menurut Laporan Kabinet (1982), pada tahun 1978 BM telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah, malah BM juga telah dijadikan bahasa perantaraan bagi masyarakat majmuk di negara ini. Dengan itu, BM sudah dapat memainkan peranannya sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dalam proses mencapai perpaduan negara. 1

2 seterusnya, tahun 1980 merupakan tahun pertama universiti dalam aliran sastera dan mata pelajaran tertentu yang menggunakan bahasa pengantar Melayu. Pada tahun 1983 pula, semua kursus aliran sastera, sains, kejuruteraan, perubatan dan lain-lain menggunakan pengantar bahasa Melayu. Dengan ini, BM telah dapat berfungsi dengan baik sebagai bahasa pengantar ilmu serta dapat mengungkapkan dan menghuraikan konsep ilmu yang abstrak dengan jelas (Abdul Hamid Mahmood, 1993). Walaupun penggunaan BM sudah begitu meluas di dan di luar sekolah, namun tanda-tanda menunjukkan kesalahan penggunaan bahasa juga dalam yang tidak kurang. Ini menunjukkan penggunaan BM yang sempurna masih jauh daripada apa yang diharapkan. Walaupun kursus BM intensif yang diadakan di maktabmaktab perguruan bagi guru-guru bukan Melayu sudah mencapai matlamat negara untuk menjadikan BM sebagai bahasa rasmi tunggal, tetapi masih terdapat beberapa kelemahan. Ini sudah tentu menjejaskan prestasi BM di sekolah-sekolah.

3 Bagi pengajaran BM di peringkat universiti, laporan tahunan universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1977 tentang pelaksanaan BM sebagai bahasa pengantar melaporkan hampir 80% pengajaran pada peringkat diploma dilaksanakan dalam BM. Laporan tahunan 1983 pula melaporkan hampir seratus peratus syarahan dikendalikan dalam BM pada peringkat diploma dan bacelor. Jabatan Bahasa di Fakulti Pengaj ian Pendidikan UPM telah memainkan peranan penting dan bertanggungjawab melatih serta melengkapkan mahasiswa-mahasiswa pelbagai kaum dengan pelajaran BM. Berhubung dengan pengajaran BM di Fakulti Pengaj ian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia, satu kursus ikhtisas BM yang waj ib diambil oleh semua pelajar Bacelor Pendidikan ialah kursus Bahasa Melayu untuk Pengajaran (BBM 361). Peruntukan masa untuk kursus ini dua jam kredit, iaitu dua jam dalam seminggu. Objektif kursus ini ialah supaya pelajar dapat menggunakan BM sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar pengajaran dalam pelbagai disiplin ilmu dengan tepat (sila rujuk Lampiran 1). Satu anal isis keputusan peperiksaan akhir kursus BBM 361 telah dibuat untuk melihat prestasi pelajar. Sila rujuk jadual pada halaman 4.

4 Jadual 1 Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Kursus BBM 361 untuk Empat Semester. ========================================================= Semester Gred Julai 92/93 Disember 92/93 Julai 93/94 Disember 93/94 A 3.6% 17.9% 12.3% 10.1% B+ 5.8% 27.6% 19.7% 29.2% B 39.8% 42.7% 46.7% 48.3% c+ 36.9 % 11.5% 21. 3% 11.6% c 10.9% 0.3% 0.9% D 2.9% ========================================================= Daripada anal isis keputusan peperiksaan akhir kursus BBM 361, didapati purata pencapaian pelajar ialah gred B. Keputusan pelajar dalam semester Disember 92/93 pula didapati terbaik secara berbanding. Seramai 17.9% pelajar berjaya mencapai gred A. Sementara itu, tiada pelajar yang mendapat gred D dan hanya 0.3% daripada keseluruhan pelajar tersebut mendapat gred C. Walau bagaimanapun, selepas semester Julai 92/9 3, tiada lagi pelajar yang mendapat gred D. Ini menunj ukkan prestasi BM pelajar telah meningkat secara keseluruhannya. Keputusan terkini, iaitu bagi semester Disember

93/94 pula menunjukkan prestasi pelajar yang semakin meningkat. Ini terbukti dengan peratus yang meningkat bagi gred A dan B+ berbanding dengan semester-semester sebelumnya. Namun begitu, prestasi keseluruhan pelajar dalam kursus ini dianggap masih kurang memuaskan dan harus diperbaiki memandangkan setiap pelajar yang akan bergraduat perlu menggunakan BM dalam pengajaran. Oleh itu, kajian tentang kesalahan bahasa bagi pelajar program Bacelor Pendidikan mungkin dapat membantu dalam usaha meningkatkan penguasaan BM pelaj ar. Usaha menj adikan BM sebagai bahasa pengantar di universiti-universiti tempatan adalah untuk memenuhi matlamat negara menj adikan BM sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Namun, soalnya sekarang, setelah mengikuti pengajian selama sekurang-kurangnya enam semester, bagaimanakah prestasi BM mahasiswa daripada program pendidikan? Secara umum, berdasarkan pemerhatian kasar, masih terdapat banyak kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan terutamanya dalam tugasan-tugasan yang dibuat dalam BM. Oleh yang demikian, kaj ian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang jenis kesalahan bahasa yang sering dilakukan berdasarkan program, jantina, kelulusan BM pada peringkat SPM, dan juga status sosio-ekonomi.