MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Similar documents
PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

An Investigation into Teacher Practice of Jigsaw Technique in Teaching Narrative for Eight Graders of SMPN 1 Menganti

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

Transcription:

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM Muhini binti Muhamed & Noor Hidayah binti Alias Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. ABSTRAK : Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif dalam menyediakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Web portal bertajuk Probability SPM telah menggunakan satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan Moodle (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment) kerana rekabentuknya yang menyokong prinsip konstruktivisme sosial di mana guru dan pelajar saling berinteraksi menerusi sumber dan aktiviti yang telah disediakan. Model ASSURE digunakan dalam merancang dan membangunkan projek web portal ini. Nota yang disediakan dalam format power point dibangunkan berdasarkan objektif pembelajaran dan sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kepelbagaian bahan yang dimuatkan di dalam web portal ini mempunyai paparan yang menarik, terkini, interaktif, set induksi yang berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan seharian pelajar dan disertakan juga soalan yang memandu pelajar berfikir. Antara aktiviti interaktif yang dibangunkan dalam Moodle ini adalah seperti Kuiz, Hot Potatoes Quiz, Tugasan, Forum, Chat dan Journal. Soalan kuiz dibina berdasarkan miskonsepsi dan analisis kesilapan yang sering pelajar lakukan dan setiap jawapan akan diberikan maklumbalas. Sistem pengkalan data membenarkan guru dan pelajar dapat mengikuti prestasi pelajar berdasarkan markah, tempoh masa, kekerapan yang boleh diperolehi. Di dalam ruangan Forum dan Chat, pelajar dan guru dapat saling berinteraksi antara satu sama lain. Web portal ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar khususnya untuk tujuan pembelajaran kendiri menerusi keupayaannya memberi maklumbalas yang spontan, memperolehi bimbingan daripada guru mahupun rakan-rakan di mana gaya pembelajaran ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan tradisional. ABSTRACT : Web based learning is viewed as an alternative in the process of effective teaching and learning. This web portal entitled Probability SPM used the management system of Moodle (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment) because of the appropriate design that support the social constructivism where teachers and students can interact through the sources and activities that are provide. ASSURE model is used to help developer planned and constructed the web portal project. The lessons in power point format are developed based on learning objective and within the scope of Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). The variety of resources provide interesting, latest, interactive and also set induction which is related with students experiences and real life situation. Questions are also provided in order to guide students to think. Interactive activities provided under Moodle are Quiz, Hot potatoes Quiz, Assignment, Forum, Chat and Journal. Quiz questions are developed based on students misconceptions and analysis of their common mistakes. Besides, the database system enable teachers and students monitor their marks, timing and mode of usage from the activities provided while Forum and Chat help students and teachers to communicate with each others. This web based portal can benefit students to in utilizing independent learning through simultaneous feedback, guidance from teachers and friends alike which is difficult to achieve in the traditional education system. PENGENALAN Perkembangan sektor Teknologi Informasi (IT) pada masa kini masih lagi berlaku dengan pesat seiring dengan penemuan dan pengembangan ilmu pengetahuan dalam bidang informasi dan komunikasi sehingga mampu menghasilkan pelbagai alat bagi mendukung keperluan perkembangan Teknologi Informasi, bermula dari sistem komunikasi secara Local Area Network (LAN), Wide Are Network (WAN),

Wireless, Intranet dan Internet sehinggalah kepada alat komunikasi seperti komputer, dan telefon bimbit yang membolehkan manusia berinteraksi sama ada secara satu mahupun dua hala. Menurut Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2006-2010, termaktub hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk melahirkan modal insan yang boleh menyesuaikan diri dengan era pembangunan sekarang. Selain daripada ilmu yang dipelajari di dalam kurikulum yang disediakan, pelajar pada masa kini sewajarnya dipersiapkan dengan ilmu lain bagi menghadapi masa yang mendatang. Oleh sebab itu salah satu ilmu yang harus dititikberatkan adalah ilmu di dalam bidang teknologi dan komputer. Penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik dapat memperkembangkan topik-topik yang diajar di dalam kelas. Kini, satu alternatif yang mula diguna pakai dalam pendidikan adalah kaedah e- pembelajaran melalui web portal. Pendidikan berasaskan web ini semakin popular kerana teknologinya yang membenarkan capaian maklumat dilakukan tanpa batasan geografi dan masa. Pelajar boleh mendengar dan melihat paparan melalui siaran internet pada masa nyata atau atas permintaan tanpa perlu menunggu fail-fail besar untuk dipindahturun. Menurut Azeta at. al (2008), tiada sebarang pendefinasian yang khusus untuk e-pembelajaran. E-pembelajaran wujud dengan menggunakan Course Management System (CMS) dimana suasana pembelajaran secara maya terhasil. Oleh itu, web portal yang dibangunkan sesuai dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diterapkan dalam lapangan pendidikan. Web portal ini adalah satu landasan kepada guru-guru dan pelajar mengikuti satu budaya pengajaran dan pembelajaran yang baru. PERNYATAAN MASALAH Kelemahan pelajar dalam memahami konsep Probability akan mempengaruhi pencapaian pelajar secara menyeluruh di dalam peperiksaan kerana soalan bagi tajuk ini akan dikemukakan di dalam kertas satu dan juga kertas dua. Soalan bagi tajuk Probability yang sering dikemukakan di dalam peperiksaan adalah berbentuk penyataan masalah yang berbentuk aplikasi. Ini menyebabkan pelajar sukar untuk menjawab soalan ini dengan baik. Memandangkan soalan yang diberikan adalah berbentuk penyelesaian masalah, pelajar sukar untuk menggambarkan situasi yang diberikan di dalam bentuk ayat matematik. Selain itu, pelajar sukar untuk menjangka apa yang akan pelajar peroleh setelah melakukan sesuatu peristiwa. Misalnya, pelajar masih boleh menjangkakan hasil apabila melemparkan satu dadu tetapi pelajar mula keliru apabila mereka perlu menjangkakan hasil apabila dua atau tiga dadu dilemparkan. Jadi, pembangun telah memilih web portal sebagai medium kepada pelajar untuk lebih mudah memberikan gambaran soalan dan situasi yang diberikan. OBJEKTIF 1. Membangun web portal berasaskan Moodle bertajuk Probability bagi mata pelajaran Matematik peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. 2. Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan bantu mengajar untuk guru dan bahan sokongan pembelajaran untuk pelajar.

KEPENTINGAN PROJEK Pelajar Pelajar dapat mengukuhkan ilmu dan kemahiran melalui web portal ini serta berpeluang mengemukakan masalah melalui ruangan perbincangan yang disediakan. Pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain dan ini menggalakkan komunikasi yang lebih global. Pelajar juga tidak mempunyai batas waktu untuk menjalani proses pembelajaran kerana ianya boleh diakses tanpa sebarang kekangan masa. Nota yang disediakan adalah lebih menekankan kepada pemahaman konsep tajuk Probability. Bahagian kuiz membolehkan pelajar mengukuhkan lagi kefahaman mereka kerana tutorial yang disediakan adalah berdasarkan subtopik dan soalan-soalan yang mirip dengan soalan Sijil Penilaian Malaysia (SPM). Aktiviti yang disediakan adalah masih memerlukan kefahaman pelajar dalam Probability. Di samping itu, pelajar juga boleh menguji tahap kefahaman mereka melalui soalan tugasan yang disediakan. Guru Menurut Zoraini (1995), guru perlu peka dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat ke arah peningkatan diri dan professionalisme. Melalui web portal yang dibangunkan ini guru dapat melengkapkan diri dengan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Web portal ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar yang menarik dan interaktif kepada semua pelajar kerana ia memaparkan satu bentuk pengajaran yang baru kepada pelajar. Guru juga boleh membentuk disiplin pelajar untuk menghantar tugasan tepat pada waktunya kerana sistem Moodle turut membolehkan guru menetapkan waktu penghantaran tugasan. Sekolah Pihak sekolah dapat menguruskan pencapaian pelajar dengan lebih mudah kerana semua rekod pelajar ada disimpan di dalam pengkalan data web portal ini. Di samping itu, pembelajaran berasaskan web portal turut menggalakkan suasana pembelajaran berasaskan teknologi maklumat. Ibu Bapa dan Masyarakat Ibu bapa boleh memainkan peranan memantau prestasi akademik pelajar melalui web portal ini kerana kelemahan dan kesukaran yang dihadapi ketika mempelajari subjek matematik juga dapat dikenal pasti oleh ibu bapa. Ibu bapa boleh menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pencapaian anak-anak tanpa kekangan tempat dan waktu. METODOLOGI Kerangka Teori Projek Pembangunan web portal ini adalah berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme. Teori konstruktivisme adalah berdasarkan kepada empat perkara iaitu: i. Pelajar membina pemahaman sendiri berdasarkan pengalaman masing-masing. ii. Pembelajaran baru berlaku apabila timbulnya perbezaan antara pemahaman yang baru dan pengalaman lepas. Pelajar akan membuat perkaitan di antara pengalaman dahulu dengan pemahaman terkini untuk membina pengetahuan yang baru.

iii. iv. Pembelajaran berlaku dalam konteks sosial melalui interaksi dengan rakan-rakan dalam melontar dan pertukaran idea bagi membentuk pembelajaran berkesan. Pembelajaran bermakna berlaku apabila aktiviti berada dalam konteks dunia sebenar. Rajah 1 Kerangka teori projek Akhir sekali, bahan web portal berasaskan Moodle dibangunkan berdasarkan model reka bentuk pengajaran popular iaitu Model ASSURE. Ia terdiri daripada ASSURE iaitu Analyze (Analisis), State objectives (Nyatakan objektif), Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan), Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan), Require learner participation (Pelajar mengambil bahagian), Evaluate and revise (Penilaian dan pengubahsuaian). Pensampelan Bagi peringkat pertama pembangunan web portal adalah menganalisis pengguna yakni pelajar. Topik yang dipilih adalah Probability dan topik ini adalah dalam silibus Matematik Tingkatan Empat dan

Tingkatan Lima. Oleh sebab itu, umur pelajar yang bakal menggunakan web portal ini adalah pelajar antara 16-17 tahun. Instrumen Model-model pengajaran boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar. Bagi pembangunan web portal ini, model ASSURE telah dipilih sebagai panduan. Model ASSURE telah diperkenalkan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino pada tahun 1999. Model ASSURE dipilih kerana mempunyai enam peringkat pembangunan yang jelas iaitu proses menganalisis pelajar, proses penyataan objektif pembelajaran secara terperinci, proses pemilihan kaedah,media dan bahan, proses penggunaan media dan bahan, proses pelajar mengambil bahagian dan proses penilaian serta pengubahsuaian. Carta alir model ASSURE adalah seperti di dalam Rajah 2 di bawah. Rajah 2 Carta Alir Model ASSURE

KAJIAN RINTIS Reka Bentuk Web Portal Probability SPM Bagi melayari web portal Probability SPM yang telah dibangunkan, pengguna perlu menaipkan alamat IP seperti http://mathed.utm.my/mathdyn. Di sini akan dipaparkan beberapa subjek yang ada disediakan seperti di dalam Rajah 3 dan pengguna perlu memilih subjek Matematik untuk melayari web portal Probability SPM. Rajah 3 : Paparan Subjek yang Ditawarkan Kemudian, setelah memilih subjek Matematik pengguna akan dipaparkan dengan senarai topik yang telah dibangunkan seperti di dalam Rajah 4. Jadi, di sini pembangun telah menggunakan tajuk Probability dengan tulisan yang interaktif untuk menarik perhatian pengguna melayari portal ini. Pembangun juga memaparkan foto pembangun sebagai guru bagi topik ini. Ini adalah antara daya penarik bagi pengguna berminat untuk terus melayari web portal Probability.

Struktur Penyampaian Rajah 4 : Paparan Topik Probability Bersama Topik Lain Pada permulaan web portal Probability, pembangun telah menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan satu poster yang menggambarkan tajuk Probability seperti di dalam Rajah 5. Rajah 5 : Paparan Poster yang Menggambarkan Aplikasi Probability

Pembangun telah memilih struktur jenis bahan sebagai format penyampaian bahan pembelajaran web portal ini. Bagi format tersebut pembangun telah menyediakan sepuluh ruangan yang diasingkan mengikut jenis dan isi kandungan. Misalnya, ruangan pertama yang disediakan adalah lebih menfokuskan kepada pengenalan tajuk Probability seperti tayangan video klip dan informasi sejarah tokoh kebarangkalian. Bahan-bahan yang disediakan di dalam web portal ini ditunjukkan dalam Rajah 6. Rajah 6 : Struktur Bahan Yang Disediakan di Dalam Web Portal Probability SPM

Rumusan Pembelajaran berasaskan teknologi bukan lagi perkara asing di dalam sistem pendidikan kini cuma ianya tidak digunakan secara menyeluruh. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi komputer hanya digunakan oleh guru dengan memaparkan bahan-bahan dari kementerian tanpa melibatkan pelajar menggunakannya. Oleh sebab itu, penggunaan web portal boleh dijadikan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru dan dalam masa yang sama turut berpusatkan pelajar. Pembangun telah memilih e-pembelajaran berasaskan Moodle (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment) untuk membina web portal Probability SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) ini. Pembangun memilih sistem ini memandangkan ianya adalah sumber terbuka di mana pembangun boleh menggunakannya dengan percuma dan lebih fleksibel. Moodle juga sesuai digunakan kerana reka bentuknya adalah berdasarkan prinsip konstruktivisme. Pembangun telah mempelbagaikan bentuk sumber dan bahan di dalam web portal Probability SPM bagi mengukuhkan kefahaman pelajar namun masih berlandaskan silibus yang terkandung di dalam KBSM. Pembangun membina nota dan soalan-soalan berdasarkan kehendak di dalam KBSM berpandukan buku teks supaya pengajaran adalah selaras dengan kurikulum yang telah ditetapkan. Pembangun telah memilih model ASSURE iaitu Analyze Learners (Analisis Pelajar), State Objectives (Nyatakan Objektif), Select Methods, Media and Materials (Pilih Kaedah, Media dan Bahan), Utilize Media and Materials (Gunakan Media dan Bahan), Require Learner Participation (Pelajar Mengambil Bahagian) dan Evaluate and Revise (Nilai dan Ubahsuai). Semasa proses pembangunan web portal ini pembangun mendapatkan pandangan dari penyelia bagi memastikan perisian di dalam web portal ini memenuhi kehendak pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Kemudahan yang dibekalkan oleh sistem Moodle banyak membantu pembangun dalam menyediakan satu alternatif pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Komponen-komponen yang terdapat di dalam Moodle seperti nota, kuiz, forum, chat dan lain-lain mampu memenuhi kehendak pelajar bagi memupuk minat pelajar di dalam topik Probability. Web portal yang dibangunkan berasaskan Moodle ini memiliki pelbagai kelebihan. Kelebihan ini dapat membantu pembangun menghasilkan web portal yang sesuai dan interaktif kepada pelajar. Rujukan Abu Hassan bin Kasim, Meor Ibrahim bin Kamaruddin (2006). Ke Arah Pengajaran Sains dan Matematik Berkesan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Ahmad Khairi (1998). Kebolehan Melaksanakan Tugas Matematik. Tesis Sarjana Pendidikan Matematik, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Azeta at.al (2008). Development of an E-learning: The Foss Approach. Turkish Online Journal Education. 9. Artikel 11. Azwan Abidin dab Rozita Nawi (2002). E-Learning: Penerokan Media Pembelajaran Terkini. http://www.elearning.unimas.my/articles/archives/000002.html

Ee Ah Meng (2003), Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas Semester 1, Selangor, Fajar Bakti. Hackbarth S (1997). Web Based Learning Activities for Children. Englewood Cliffs, NJ. Educational Technology Publication. Lim H.A (2008). SPM Mathematics. Selangor, Eastview. Chua H.L (2006). New Vision Mathematics Form 4. Selangor, Eastview. Jamaludin Mohaiadin (2000). Kesedaran dan Kefahaman Pembelajaran Maya Terhadap Sistem Pendidikan dalam. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan 2000. Kuala Lumpur. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM)