PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Faculty Of Information and Communication Technology

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ECONOMIC VALUATION OF CONSERVATION OF LIVING HERITAGE IN MELAKA CITY, MALAYSIA CHIAM CHOOI CHEA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Transcription:

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM M.Al-Muz-Zammil Bin Yasin & Abd. Muezzam Shah Bin Abdullah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK: Tujuan kajian ini adalah untuk melihat penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang guru pelatih Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) yang telah menjalani latihan praktikum. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soalan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A digunakan untuk melihat latar belakang responden. Manakala untuk bahagian B pula untuk menjawab keempat-empat persoalan kajian yang dikemukakan. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian Statitiscal Package for Sosial Sciences (SPSS) Version 15.0 untuk menilai peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran pada guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana (min 3.31), manakala sikap guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT menunjukkan pada tahap yang tinggi (min 4.06). Hasil kajian mendapati wujudnya beberapa masalah terhadap penggunaan penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan berada pada tahap yang sederhana (min 2.65). Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan ICT dengan faktor jantina dan faktor program dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup UTM semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk memaju dan meningkatkan lagi penggunaan ICT di kalangan guru pelatih. ABSTRACT: The purpose of this study was to observe the usage of ICT among 151 trainee teachers at the Faculty of Education, University Technology Malaysia, Skudai. The questionnaire used in this study was divided into two sections, (1) Section A to observe the respondent background and (2) section B to answer the four research questions in the study. Data analysis was carried out using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software version 15.0 to evaluate the percentage and mean. The results of this study indicate that the ICT skills of the trainees was at moderate level (mean 3.31), whereas their attitude towards ICT was high (mean 4.06). Meanwhile, the overall level of problems faced by the trainees was at moderate level (mean 2.65). The result of the study also showed that there was no significant difference in the usages of ICT based on trainees gender and program. Researcher concluded various suggestions that can be taken into actions in order to promote the usage of the ICT among trainee teachers. Kata kunci: ICT, Statitiscal Package for Sosial Sciences (SPSS), Kemahiran Hidup PENGENALAN: Negara Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun telah mensasarkan status negara maju menjelang tahun 2020. Dalam Konteks pendidikan di Malaysia, bagi merealisasikan Wawasan 2020 kerajaan tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan ICT. Mohd Arif dan Rosnaini (2003) menyatakan ICT adalah pengupaya yang menjadi tunjang penting dalam urusan P&P dan pengurusan sekolah. Jesteru, pihak kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kesediaan dan penggunaan ICT dalam kalangan guru dan pelajar dengan kemahiran-kemahiran teknologi terkini.

Antaranya ialah langkah kerajaan mewujudkan sekolah-sekolah bestari, iaitu program yang dikemukan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia pada 28 Julai 1997 sebagai salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Multimedia Super Corridor (Mohd Arif dan Rosnani, 2003). Objektifnya adalah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di samping menyediakan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi untuk memenuhi kehendak abad ke-21. Pernyataan masalah Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran ICT sedia ada dalam kalangan guru-guru pelatih semasa mereka menjalani program latihan mengajar. Tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui sikap guru pelatih terhadap penggunaan ICT dan masalah-masalah yang wujud dalam penggunaan ICT oleh guru pelatih semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilakukan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor, terdiri daripada para pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) yang telah menjalani latihan praktikum. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Untuk mengetahui sikap guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Untuk mengetahui masalah-masalah penggunaan ICT dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengkaji perbezaan antara faktor demografi dengan penggunaan ICT dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan UTM. Kepentingan Kajian Kajian ini merupakan satu tinjaun awal hanya dilakukan pada para pelatih tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) yang telah menjalani latihan praktikum di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih dalam bidang ICT, serta sikap dan masalahmasalah yang wujud dalam penggunaan ICT oleh guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Semoga hasil kajian ini menjadi asas kepada kajian-kajian berikutnya bagi memastikan perkara-perkara yang berkaitan dapat dipertingkatkan untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran seterusnya memenuhi matlamat pendidikan negara. METODOLOGI Populasi dan Sampel Kajian Populasi merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objektif yang mempunyai sekurangkurangnya satu ciri atau sifat yang sama di antara individu dengan individu lain (Mohd Najib, 1999). Populasi bagi kajian ini terdiri daripada para pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) yang terdiri daripada pelajar serta guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) yang telah menjalani latihan praktikum. Jumlah keseluruhan populasi ialah 159 orang. Sampel adalah sumber yang digunakan untuk mendapatkan data. Oleh yang demikian, penetapan saiz sampel adalah penting dalam sesuatu kajian kerana ia melambangkan kekuatan keputusan bagi suatu kajian (Mohd Najib, 1999). Persampelan bagi kajian ini adalah merangkumi semua populasi yang terdiri semua pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH). Responden terdiri daripada 129 orang pelajar perdana dan 30 orang pelajar PKPG. Sampel bagi kajian rintis yang akan dijalankan ialah seramai 10 orang yang juga terdiri dari pelajar tahun akhir kursus SPH. Kajian rintis dilakukan untuk menentukan kebolehpercayaan dan keesahan soalansoalan soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Instrumen Kajian Soal selidik adalah instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data. Ini kerana penggunaan soal selidik adalah lebih mudah dalam pengumpulan data. Menurut Mohd Majid (1990), penggunaan instrumen soal selidik dapat meningkatkan ketepatan yang diberikan oleh responden kerana ia tidak mempengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Selain itu, soal selidik juga dapat meliputi saiz yang besar dengan kos yang sederhana. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibina berdasarkan soal selidik yang telah dibuat hasil daripada pembacaan dan temubual dengan 5 orang guru pelatih tahun 4 SPH yang telah menjalani latihan mengajar. Daripada hasil pembacaan yang telah dijalankan, terdapat sebanyak 30 item yang dikenalpasti boleh menjawab persoalan kajian satu dan dua. Setelah berbincang dengan pensyarah pembimbing dan dipersetujui olehnya, terbitlah 18 item yang boleh menjawab persoalan kajian satu dan dua. Manakala temubual terhadap 5 orang guru pelatih adalah untuk mengenalpasti masalah yang wujud ketika penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada temubual dan perbincangan dengan guru-guru pelatih tersebut, terdapat 24 masalah yang wujud. Setelah disenaraipendekkan dan perbincangan dengan pensyarah pembimbing, sebanyak 7 masalah yang dikenalpasti untuk dijadikan sebahagian daripada item dalam kajian ini. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang mengandungi 4 soalan dan Bahagian B yang mengandungi 25 soalan. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini disusun mengikut bahagian atau aspek-aspek tertentu. Soal selidik Bahagian A merupakan soalan berkenaan latar belakang responden. Ini termasuklah jantina, umur, program dan bangsa. Responden dikehendaki menandakan ( ) atau menyatakan dalam petak ruangan yang disediakan. Manakala soal selidik Bahagian B pula adalah terdiri daripada soalan-soalan yang bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang penggunaan ICT dalam kalangan responden dalam pengajaran dan pembelajaran. Instrumen kajian di bahagian B merupakan instrumen Skala Likert dengan lima pilihan jawapan yang disusun mengikut kadar persetujuan terhadap kenyataan item. Skala ini juga dapat mengurangkan selisih rawak dalam ukuran kerana ia mengambil kira dua kali purata iaitu skor purata bagi semua item dan purata bagi semua responden yang menjawab item berkenaan. Menurut Azizi Yahaya (2007), kaedah Skala Likert menghasilkan lebih banyak skala sama jenis dan meningkatkan kemungkinan satu unit sikap diukur dan ini dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan. Skala likert lima mata yang digunakan adalah seperti berikut: 1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Tidak pasti

4. Setuju 5. Sangat setuju Antara aspek-aspek yang terdapat dalam bahagian B ini ialah aspek yang mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru pelatih semasa mereka menjalani program latihan mengajar iaitu (1) Tahap kemahiran guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT, (2) Sikap guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT dan (3) masalah-masalah yang wujud terhadap penggunaan ICT dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 25 item pada soal selidik yang digunakan. Pecahan item soal selidik adalah seperti jadual di bawah.: Jadual 1 Pecahan Item Soal Selidik Pengkaji memilih cara mendapatkan maklumat melalui soal selidik adalah kerana cara ini mempunyai kebaikan dan keberkesanannyanya daripada cara lain. Menurut Ee Ah Meng (1999), soal selidik mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut: i. Data dan tindak balas yang diperolehi lebih tepat berbanding dengan kaedah lain. ii. Penyelidik dapat berhubung secara langsung dengan responden untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. iii. Tidak memerlukan ramai kakitangan untuk mengendalikannya. iv. Banyak masa dan wang dapat dijimatkan. Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji keesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian dijalankan. Selain itu juga, kajian rintis ini digunakan untuk mengkaji masalah-masalah yang akan timbul sewaktu proses soal selidik berjalan. Kajian rintis ini juga dijalankan bertujuan untuk mendapatkan kebolehpercayaan yang tinggi, nilai indeks kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 boleh dianggap mencukupi (Mohd Majid, 1994). Kajian rintis dijalankan kepada 10 orang pelajar tahun akhir sesi 2008/2009 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPH yang sedang belajar di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar yang dipilih merupakan dalam kalangan rakan sekelas dengan penyelidik. Kajian rintis ini dijalankan di fakulti Pendidikan selepas aktiviti kuliah. Instrumen yang digunakan adalah soalselidik yang mengandungi 25 soalan. Penghantaran dan pengumpulan data dilakukan dengan cara Drop and Collect. Setelah dianalisis menggunakan

perisian Statistical Packages for The Sosial Sciences (SPSS), pekali kepercayaan keseluruhan Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.79. Nilai ini menunjukkan item-item dalam soal selidik mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan. Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi kajian rintis yang telah dilaksanakan mengikut dimensi adalah seperti dalam Jadual di bawah: Jadual 2 Jadual Nilai Pekali Kepercayaan Alpha Cronbach (Kajian Rintis) Semua dimensi memperolehi nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang tinggi iaitu di atas nilai 0.6, walaubagaimanapun masih terdapat item yang perlu dibaiki berdasarkan Cronbach s Alpha If Item Deleted supaya nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang bakal diperolehi pada kajian sebenar akan memberikan nilai yang lebih baik dan untuk memastikan item bertanyakan soalan tepat berdasarkan konstrak dimensi yang mewakilinya. Antara item yang perlu dibaiki adalah berdasarkan seperti jadual 3 di bawah.

Jadual 3 Jadual Pembetulan Item Soal Selidik

PERBINCANGAN Sebagai rumusan keseluruhan bagi keputusan melalui analisis yang telah dilakukan mendapati bahawa tahap penggunaan bagi dimensi yang kedua iaitu sikap guru-guru pelatih terhadap penggunaan ICT adalah pada tahap yang tertinggi (min 4.06). Ini diikuti dengan dimensi yang pertama iaitu tahap kemahiran guru pelatih terhadap penggunaan ICT (min 3.31) dan yang terakhir adalah dimensi yang ketiga iaitu masalahmasalah yang wujud terhadap penggunaan ICT di kalangan guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran (min 2.65). Untuk menentukan masalah yang wujud ini, penyelidik telah menentukan sekiranya skor min berada ditahap rendah dan sederhana ianya akan dianggap sebagai masalah. Ini dapat ditunjukkan berdasarkan Jadual 4 di bawah: Jadual 4 Tahap Penggunaan ICT Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

RUMUSAN Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap pengetahuan dan kemahiran ICT sedia ada di kalangan guru-guru pelatih semasa mereka menjalani program latihan mengajar. Melalui kajian yang telah dilakukan dan dapatan dari hasil kajian, didapati tahap kemahiran guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Ini dibuktikan apabila nilai min yang diperolehi melalui analisis yang dilakukan berada dalam kategori sederhana iaitu 4.06. Bagi dimensi yang kedua iaitu sikap guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan pada tahap kategori tinggi. Ini dibuktikan dengan nilai minnya iaitu 4.06. Dimensi yang berikutnya ialah masalahmasalah yang wujud terhadap penggunaan ICT. Dapatan kajian mendapati wujudnya beberapa masalah dalam penggunaan penggunaan ICT di kalangan guru-guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan berada pada tahap yang sederhana. Ini dibuktikan dengan nilai minnya iaitu 2.65. Antara masalah yang wujud hasil kajian ini adalah: (i) Komputer yang dibekalkan tidak mencukupi dengan bilangan guru (ii) Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran terganggu akibat komputer sering diserang virus. (iii) Kemudahan ICT yang kurang lengkap di sekolah.. (iv) Tiada staf yang mahir untuk dirujuk sekiranya berlaku masalah terhadap penggunaan ICT (v) Alat tambahan seperti pencetak (printer) dan pengimbas (scanner) tidak mencukupi (vi) Kurang diberi pendedahan mengikuti kursus dan latihan. (vii) Kurang pendedahan terhadap penggunaanya oleh pihak sekolah. Analisis daripada ujian-t berhubung faktor jantina mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan ICT dengan faktor jantina dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup UTM semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi faktor program pula, analisis daripada ujian-t juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan ICT dengan faktor program dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup UTM semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN Mohd Arif Ismail dan Rosnaini Mahmud (2003). Teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah : isu dan cabaran. Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),1-18. Mohd. Izham Mohd. Hamzah, Zamalul Lail Abdul Wahab dan Siti Rodzila Sheikh Ghadzi (2001). Penggunaan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer Di Kalangan Guru Sains KBSM di Sekolah Bestari.UKM. Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Ros Azura Jantan (2002). Tahap penggunaan laman web pendidikan di kalangan guru-guru bahasa Melayu. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Pertama. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Mona Masood dan Nor Azilah Ngah (2004). Kedudukan Pelbagai Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pada Peringkat Sekolah Rendah: Satu Penilaian Semula. Prosiding Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia kali ke 16. Hotel City Bayview, Melaka pada 13-16 Jun 2003: 123-127