KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Transcription:

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA JAYA MALA A/P P.KUPUSAMY DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) (MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS) FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2016

iv ABSTRAK Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif model STAD (Students Team Achievement Division) berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional terhadap pencapaian matematik dan motivasi pembelajaran. Kaedah eksperimen kuasi digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian seramai 61 orang murid tingkatan dua berpencapaian sederhana dari sebuah sekolah menengah kebangsaan luar bandar di negeri Perak. Dalam kajian ini, kumpulan rawatan terdiri daripada 30 orang murid. Manakala kumpulan kawalan terdiri daripada 31 orang murid. Pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah kaedah pembelajaran kooperatif model STAD manakala pencapaian matematik dan motivasi pembelajaran adalah pemboleh ubah bersandar. Instrumen kajian adalah ujian pra-pasca dan soal selidik motivasi pembelajaran pra-pasca. Data dianalisis menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-t sampel berpasangan, dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik kumpulan pembelajaran kooperatif model STAD berbanding dengan kumpulan pengajaran tradisional. Penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif model STAD tidak menunjukkan peningkatan motivasi pembelajaran yang signifikan. Kesimpulannya, pembelajaran kooperatif model STAD berkesan dalam meningkatkan pencapaian matematik dan tidak berkesan terhadap motivasi pembelajaran. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya kaedah pembelajaran kooperatif model STAD digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran matematik bagi meningkatkan pencapaian.

v THE EFFECTIVENESS OF COOPERATIVE LEARNING STAD MODEL ON ACHIEVEMENT OF SOLID GEOMETRY TOPIC AND MOTIVATION OF AVERAGE ACHIEVEMENT STUDENTS ABSTRACT The purpose of this study was to identify the effects of cooperative learning STAD model (Student Team Achievement Division) as compared to the traditional method on mathematics achievement and learning motivation. Quasi-experiment method was used for this research. The sample of the study consisted of 61 form two students with moderate achievement from a rural secondary school in Perak. 30 students made up the treatment group while 31 students were allocated to control group. The independent variable in this study was the STAD model cooperative learning whereas the dependent variables were mathematics achievement and learning motivation. The data were collected via pre-post test and pre-post motivation questionnaire and were analysed using independent t-test, paired samples t-test and descriptive analysis. The result showed significant differences in mathematics achievement between STAD model cooperative learning group and traditional group. The use of STAD cooperative learning method doesn t show significant improvement in learning motivation. In short, STAD model cooperative learning found to be effective in increasing students achievement in mathematics but ineffective in enhancing learning motivation. The implication of this study suggests that STAD model cooperative learning should be used in teaching mathematics to enhance students achievement.

vi KANDUNGAN Muka Surat PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi x xiii xiv xv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang kajian 4 1.3 Pernyataan masalah 9 1.4 Tujuan kajian 14 1.5 Soalan kajian 15 1.6 Hipotesis kajian 16 1.7 Kerangka konseptual kajian 17 1.8 Kepentingan kajian 19 1.9 Batasan kajian 21

vii 1.10 Definisi operasional 23 1.11 Kesimpulan 25 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 26 2.2 Teori-teori pembelajaran kooperatif 27 2.2.1 Teori kognitif 27 2.2.2 Teori kontruktivisme 29 2.2.3 Teori behaviorisme 31 2.2.4 Teori humanisme 32 2.3 Pembelajaran kooperatif 33 2.4 Elemen-elemen asas pembelajaran kooperatif 39 2.5 Model kooperatif Students Teams-Achievement Division (STAD) 43 2.6 Pelaksanaan pembelajaran kooperatif model STAD 46 2.7 Pembelajaran kooperatif model STAD dan pencapaian matematik 52 2.8 Pembelajaran kooperatif model STAD dan motivasi pembelajaran 58 2.9 Pengajaran tradisional 63 2.10 Kesimpulan 66 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 67 3.2 Reka bentuk kajian 69 3.3 Lokasi kajian 70 3.4 Pensampelan 70 3.5 Instrumen kajian 72

viii 3.5.1 Ujian pencapaian / ujian pra dan pasca 72 3.5.2 Soal selidik motivasi pembelajaran pra dan pasca 79 3.6 Kajian rintis 81 3.7 Kesahan 83 3.7.1 Kesahan kandungan 84 3.8 Kesahan dalaman 85 3.8.1 Kesahan luaran 90 3.9 Kebolehpercayaan 91 3.10 Prosedur penyelidikan 93 3.11 Tatacara pengumpulan data 97 3.12 Tatacara penganalisisan data 98 3.12.1 Pengujian hipotesis 99 3.13 Kesimpulan 101 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 102 4.2 Analisis data deskriptif 103 4.2.1 Profil sampel kajian 103 4.2.2 Data peperiksaan pertengahan tahun 2014 106 4.3 Analisis data inferensi 108 4.3.1 Ujian keseragaman varian 108 4.3.2 Ujian kenormalan 109 4.3.3 Analisis perbandingan min ujian pra kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan 111 4.3.4 Analisis perbandingan min ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan 112

ix 4.3.5 Analisis perbandingan min ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan 113 4.3.6 Analisis perbandingan min ujian pasca kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan 114 4.3.7 Analisis perbandingan min motivasi pembelajaran pra kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan 115 4.3.8 Analisis perbandingan min motivasi pembelajaran pra dan pasca kumpulan rawatan 117 4.3.9 Analisis perbandingan min motivasi pembelajaran pra dan pasca kumpulan kawalan 120 4.3.10 Analisis perbandingan min motivasi pembelajaran pasca kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan 122 4.4 Kesimpulan 124 BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN-KAJIAN LANJUTAN 5.1 Pengenalan 125 5.2 Perbincangan dapatan kajian 126 5.2.1 Keberkesanan pembelajaran kooperatif model STAD terhadap pencapaian matematik 126 5.2.2 Keberkesanan pembelajaran kooperatif model STAD terhadap motivasi pembelajaran 134 5.3 Rumusan kajian 140 5.4 Implikasi kajian 141 5.5 Cadangan penambahbaikan dalam pelaksanaan pembelajaran kooperatif model STAD 144 5.6 Cadangan untuk kajian lanjutan 149 5.7 Penutup 151 RUJUKAN 152 LAMPIRAN

x SENARAI JADUAL No. Jadual Muka Surat 1.1 Pencapaian Matematik dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012 2013 10 2.1 Pengiraan Skor Peningkatan Individu 48 2.2 Pengiraan untuk Penghargaan Kumpulan 49 3.1 Reka Bentuk Eksperimen Kuasi 69 3.2 Pentafsiran Item Ujian Pra Berdasarkan Indeks Kesukaran 76 3.3 Pentafsiran Item Ujian Pasca Berdasarkan Indeks Kesukaran 77 3.4 Pentafsiran Item Ujian Pra Berdasarkan Indeks Diskriminasi 78 3.5 Pentafsiran Item Ujian Pasca Berdasarkan Indeks Diskriminasi 78 3.6 Jadual Taburan Pengelasan Item Soal Selidik Motivasi Pembelajaran Bahagian B 81 3.7 Tafsiran Pekali Korelasi 91 3.8 Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik Motivasi pembelajaran 92 3.9 Gred Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2015 97 3.10 Rumusan Pengujian Hipotesis 100 4.1 Taburan Sampel Kajian Mengikut Jantina 104 4.2 Taburan Sampel Kajian Mengikut Kaum 105 4.3 Taburan Sampel Kajian Mengikut Kelas Tuisyen Matematik 106 4.4 Taburan Sampel Kajian Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 107 4.5 Analisis ujian-t bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 107

xi 4.6 Analisis Ujian Levene untuk Keseragaman Varian Ujian Pra 109 4.7 Analisis Ujian Levene untuk Keseragaman Varian Motivasi Pembelajaran Pra 109 4.8 Analisis Ujian Kenormalan Ujian Pra dan Ujian Pasca 110 4.9 Analisis Ujian Kenormalan Motivasi Pembelajaran Pra dan Pasca 110 4.10 Analisis Ujian-t bagi Ujian Pra Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan 112 4.11 Analisis Ujian-t bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Rawatan 113 4.12 Analisis Ujian-t bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Kawalan 114 4.13 Analisis Ujian-t bagi Ujian Pasca Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan 115 4.14 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Pra Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan 116 4.15 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Intrinsik Pra Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan 116 4.16 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Ekstrinsik Pra Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan 117 4.17 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Pra dan Pasca Kumpulan Rawatan 118 4.18 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Intrinsik Pra dengan Pasca Kumpulan Rawatan 119 4.19 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Ekstrinsik Pra dan Pasca Kumpulan Rawatan 119 4.20 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Pra dan Pasca Kumpulan Kawalan 120 4.21 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Intrinsik Pra dan Pasca Kumpulan kawalan 121 4.22 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Ekstrinsik Pra dan Pasca Kumpulan kawalan 121

xii 4.23 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Pasca Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan 123 4.24 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Intrinsik Pasca Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan 123 4.25 Analisis Ujian-t Motivasi Pembelajaran Ekstrinsik Pasca Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan 124

xiii SENARAI RAJAH No. Rajah Muka Surat 1.1 Kerangka Konseptual Kajian 18 2.1 Model Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pembelajaran dalam Pembelajaran Kooperatif 36 2.2 Pembelajaran Kooperatif Model STAD 52 3.1 Carta Gantt Prosedur Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Pembelajaran Kooperatif Model STAD 95 3.2 Carta Aliran Prosedur Kajian 96

xiv SENARAI SINGKATAN BPK CIRC JPN JSU KBSM KBSR KPM MSLQ NCTM PISA PPD PPPM SJK(C) SJK(T) SPSS STAD STEM TAI TGT TIMSS Bahagian Perkembangaan Kurikulum Cooperative Integrated Reading and Composition Jabatan Pelajaran Negeri Jadual Spesifikasi Ujian Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kurikulum Baru Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia Motivated Strategies of Learning Questionaire National Council of Teachers of Mathematics Programme for International Assessment Pegawai Pelajaran Daerah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Statistical Packages for Social Sciences Students Team Achievement Division Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik Team Assisted Individualization Teams-Games-Tournament Trends in International Mathematics and Science Study

xv SENARAI LAMPIRAN A B C D E Pengesahan Kandungan Ujian Pra dan Ujian Pasca Pengesahan Kandungan Soal Selidik Pengesahan Laras Bahasa Melayu Pengesahan Laras Bahasa Inggeris Pengesahan Video Pembelajaran dan Pengajaran F Jadual Spesifikasi Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 G Jadual Spesifikasi Ujian Pra dan Ujian Pasca 2 H I J K L M N O P Q R S T Skema Pemarkahan Ujian Pra dan Ujian Pasca Analisis Kebolehpercayaan Ujian Pra-Pasca Analisis Kebolehpercayaan Soal Selidik Motivasi Pembelajaran Analisis Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Analisis Data Ujian Pra-Pasca Analisis Data Soal Selidik Rancangan Pelajaran Harian Kumpulan Rawatan Skor Peningkatan Kumpulan Berdasarkan Kuiz Rancangan Pelajaran Harian Kumpulan Kawalan Ujian Pra Ujian Pasca Soal Selidik Motivasi Pembelajaran Surat Kebenaran PPD, JPN dan EPRD

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Keberhasilan sistem pendidikan merupakan tunjang utama dalam menentukan kemakmuran dan kemajuan negara. Generasi berfikiran kritis, kreatif, inovatif, komited, dan sedia berdaya saing pada peringkat antarabangsa menjamin perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. Dunia kini mengalami transformasi secara drastik hasil pengaplikasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Dalam proses peralihan ke arah dunia globalisasi abad ke-21, pendidikan berperanan melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang berpengetahuan, berfikiran rasional dan berperibadi mulia. Menurut Mohd. Najib Abdul Razak dalam ucapan prakata bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013), pendidikan merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang

2 melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Wawasan 2020 menjadi garis panduan kepada semua lapisan masyarakat bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran abad ke-21. Keberkesanan sistem pendidikan negara amat penting dalam menyahut cabaran keenam dalam visi ini iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan mempunyai pandangan jauh dan penyumbang kepada ketamadunan saintifik dan teknologi masa depan (Mok, 2010). Pencapaian lampau dalam pendidikan dan perbandingannya dengan tanda aras antarabangsa menjadi asas kepada penggubalan PPPM pada tahun 2013. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Kejayaan dan masa depan sesebuah negara ditentukan oleh proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Ini bermakna guru berperanan penting dalam merealisasikan kejayaan dan kemajuan negara. Rakyat berpendidikan tinggi dan berperibadi mulia meningkatkan kemajuan ekonomi, pembinaan negara bangsa dan perpaduan. Pendidikan yang berkesan bukan sekadar memberi peluang untuk meningkatkan taraf hidup seseorang individu dan keluarganya, malah menjadikannya ahli masyarakat yang aktif menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara. Interaksi sesama dalam masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama, dan etnik belajar memahami, menerima, dan menghargai perbezaan, seterusnya berkongsi pengalaman dan aspirasi untuk membina masa depan Malaysia (PPPM, 2013).

3 Dalam PPPM 2013-2025, visi dan aspirasi sistem, dan aspirasi murid menjadi landasan transformasi sistem pendidikan Malaysia. Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia adalah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Harapan negara dalam tempoh 15 tahun berdasarkan aspek kualiti seperti yang dinyatakan dalam PPPM (2013) adalah negara akan mencapai kedudukan sepertiga teratas dalam penaksiran antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Assessment (PISA). Manakala visi Falsafah Pendidikan Negara (BPK, 2011), pendidikan seimbang menjadi aspirasi bagi setiap murid. Bagi menghadapi dunia global yang semakin mencabar, murid harus mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional yang kukuh (PPPM, 2013). Perkembangan STEM menjadi pemacu kepada sistem pendidikan demi mencapai matlamat sebuah negara maju. Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan dasar sains dan teknologi untuk disepadukan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan. Menjelang 2020, negara harus mampu dan bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan permintaan pasaran ekonomi. Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan dasar 60:40 sains/teknikal: sastera dalam pendidikan pada tahun 1967 dan telah mula dilaksanakan pada 1970. Sasaran kementerian pelajaran berdasarkan dasar ini adalah untuk menambah nisbah murid yang mempunyai pendidikan STEM yang signifikan berbanding murid yang memberi lebih tumpuan terhadap sastera (PPPM, 2013). Malangnya sasaran dasar ini

4 masih belum tercapai. Murid yang lemah dalam mata pelajaran matematik berasa kurang yakin serta tidak berminat untuk memilih bidang sains sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka (Effandi Zakaria, Chin & Md. Yusoff Daud, 2010). 1.2 Latar belakang kajian Bidang sains dan teknologi yang berteraskan matematik amat penting kepada pembangunan dan perkembangan serta berperanan kritikal dalam merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju. Perkembangan matematik dan perkembangan tamadun manusia sentiasa bergerak selari. Penyediaan pendidikan matematik yang berkualiti dari peringkat awal proses pendidikan adalah sangat penting (BPK, 2011). Bagi penyediaan tenaga kerja yang selari dengan perkembangan dan keperluan sebuah negara maju, penguasaan kemahiran matematik perlu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa (KPM, 2001a). Kurikulum Matematik Sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan ilmu matematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap matematik dalam kalangan murid. Manakala matlamat Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berusaha menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi (BPK, 2011).

5 Di Malaysia, kemahiran asas matematik dalam bidang nombor, ukuran, bentuk dan ruang mula diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. Matematik KBSM memberi fokus kepada tiga bidang utama iaitu nombor, bentuk dan ruang, dan perkaitan (BPK, 2011). Kurikulum matematik KBSM yang digunakan pada tahun 1989 telah disemak semula pada tahun 2000 agar selaras dengan edaran dunia semasa dan arus perkembangan drastik teknologi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran matematik adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Standard pendidikan Malaysia kini ternyata berada di persimpangan antara standard pendidikan nasional dan standard pendidikan antarabangsa. Pentaksiran antarabangsa seperti PISA mengukur keupayaan murid mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan sebenar bagi bacaan, matematik dan sains dan TIMSS merupakan kurikulum antarabangsa bagi mata pelajaran matematik dan sains merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan kandungan seperti Algebra dan Geometri (PPPM, 2013). Kedua-dua peperiksaan ini menjadi kayu pengukur bagi perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan merentas pelbagai sistem yang turut mengukur pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan pada peringkat antarabangsa. Dalam PPPM (2013), juga telah dinyatakan bahawa aspek standard pendidikan nasional prestasi murid Malaysia semakin meningkat tetapi pada realitinya negara Malaysia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Jurang pencapaian yang lebar wujud antara sistem pendidikan Malaysia dengan negaranegara lain. Perbezaan ini berlaku kerana sistem pendidikan negara lain dapat

6 meningkatkan prestasi dan mampu mengekalkan kedudukannya melalui perubahan dalam sistem pendidikan mereka. Penglibatan Malaysia dalam TIMSS buat julung kali pada 1999, menonjolkan keputusan yang agak baik di mana skor matematik mengatasi purata antarabangsa dengan 519 mata dan berada di tangga ke-16 daripada 38 negara. Prestasi Malaysia dalam pusingan pada 2003 menunjukkan beberapa penambahbaikan dalam pencapaian. Kedudukan matematik meningkat ke tangga ke-10 daripada 45 negara walaupun skornya menurun ke tangga ke-508 dan masih dapat mengatasi purata antarabangsa (PPPM, 2013). Pada tahun 2007, skor matematik menurun ke-474 dan berada pada kedudukan ke-20 daripada 59 negara. Manakala keputusan pada 2011 menunjukkan penurunan ketara bagi skor matematik di bawah purata antarabangsa kepada 440 dan berada pada kedudukan 26 daripada 42 negara. Dalam hal ini, 38% murid di Malaysia tidak mencapai tanda aras minimum dalam matematik pada 2011, peningkatan dua kali ganda sejak 2007 dan sehingga lima kali ganda sejak 1999. Dalam PPPM (2013) telah dinyatakan bahawa murid memahami asas konsep matematik tetapi menghadapi kesukaran dalam pengaplikasiannya. Perincian prestasi murid dalam TIMSS 2011 berbanding negara lain menunjukkan bahawa bilangan murid Malaysia yang cemerlang adalah sedikit. Hanya 1 hingga 2% murid Malaysia mencapai tanda aras tertinggi, terutamanya dalam soalan penyelesaian masalah yang kompleks, berbanding dengan lebih 40% murid di Singapura mencapai skor pada tahap lanjutan dalam matematik (PPPM, 2013).

7 Dalam PISA 2009, penglibatan kali pertama, Malaysia mendapat kedudukan sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Kedudukan Malaysia bagi matematik adalah pada tangga ke-54 dengan skor min 404 tidak berjaya melepasi purata antarabangsa. Kemerosotan ini berpunca daripada kegagalan hampir 60% murid yang menyertai PISA mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik, iaitu kemampuan penguasaan kemahiran asas yang diperlukan oleh murid untuk menjalani kehidupan secara efektif dan produktif. Murid tiada kebolehan melakukan penaakulan terus dan interpretasi literal bagi sesuatu keputusan, walaupun mereka dapat menjawab soalan dengan jelas melibatkan konteks biasa (PPPM, 2013). Perubahan dalam peperiksaan awam seperti PT3 dan SPM yang melibatkan soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi sejak 2014 merupakan satu usaha yang baik dalam sistem pendidikan Malaysia. Lanjutan dari perubahan ini, setiap mata pelajaran telah mula diserapkan dengan unsur-unsur kemahiran berfikir aras tinggi di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Dedikasi, kejujuran dan iltizam guru serta kecemerlangan kepimpinan sekolah merupakan kunci kejayaan sistem pendidikan. Guru merupakan tunjang utama dalam memperkasa dan memajukan bidang pendidikan. Setiap guru harus bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para murid. Pengajaran matematik yang berkesan memerlukan guru mengetahui apa yang murid sedia ketahui dan apa yang perlu dipelajari, dan seterusnya mencabar dan mendorong mereka mempelajarinya dengan sempurna (NCTM, 2000). Situasi ini seharusnya memberi cabaran kepada guru-guru yang mengajar matematik agar

8 sentiasa meneroka strategi, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran bermakna kepada para murid supaya mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar dan pasaran kerja yang mencabar. Pengajaran matematik adalah satu tugas yang kompleks. Pemahaman yang mendalam tentang semua faktor yang berkaitan dengan pengajaran matematik adalah diperlukan sebab kecemerlangan pengajaran matematik bergantung pada kebolehan guru untuk membimbing murid melakukan pembelajaran berkesan. Guru harus memahami teori pembelajaran yang mendefinisikan bagaimana proses pembelajaran berlaku dan kaedah serta pendekatan terbaik bagi menghasilkan pembelajaran berkesan (Zainon Ismaon, Zanaton Iksan & Norziah Othman, 2013). Pembelajaran matematik bukan semata-mata pengiraan, penghafalan formula atau teori, bahkan melibatkan penyelidikan, pengujian dan penyelesaian masalah (Lu, 2008). Kualiti pendidikan yang dibekalkan kepada murid adalah bergantung kepada apa yang guru lakukan di dalam bilik darjah (Effendi Zakaria & Zanaton Iksan, 2007). Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh guru sebelum, semasa dan selepas pengajaran adalah amat penting untuk murid dan juga guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya. Guru perlu mempunyai pengetahuan matematik yang komprehensif agar mereka berupaya menyusun pengajaran dan murid boleh belajar dengan lebih bermakna (Zainon Ismaon et al., 2013). Keberkesanan sesuatu kaedah pembelajaran dan pengajaran selalunya diukur melalui pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan. Perancangan pengajaran yang baik dan menarik serta pelbagai

9 pendekatan yang sesuai dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan bermotivasi untuk murid. 1.3 Pernyataan masalah Mata pelajaran matematik adalah mata pelajaran teras dan merupakan salah satu mata pelajaran yang dinilai pada peringkat penilaian antarabangsa seperti TIMSS dan PISA. Secara umumnya, matematik dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan (Entonado & Garcia, 2003). Menurut Effandi Zakaria dan Zanaton Iksan (2007), terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pencapaian rendah dalam matematik termasuklah kaedah pengajaran guru yang tidak efektif. Manakala Aini Hayati Pazin@Fadzil (2013) telah menyatakan bahawa kegagalan matematik banyak berkait rapat dengan penyampaian isi kandungan subjek. Jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, dan pihak pentadbir sekolah serta guru-guru pula hanya bermatlamat menyediakan murid untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun (Nor Azian Ahmad, 2008). Pembelajaran berorientasikan peperiksaan ini menjadi salah satu faktor yang menyebabkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan (Zikri Awang, 2009; Suhaida Abdul Kadir, 2002). Murid-murid cenderung menghafal nota dan mencurahkan kembali dalam peperiksaan (Zulkeflee Yaacob, 2010). Keadaan ini sering menimbulkan kebosanan dan keletihan kepada murid-murid. Kebosanan mengundang kehilangan motivasi untuk belajar dan

10 seterusnya menimbulkan masalah dalam pembelajaran dan pengajaran. Menurut Tengku Zawawi dan Aziz Omar (2006), satu kelemahan guru matematik adalah kurang memberi perhatian dan bimbingan kepada individu kerana bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai. Akibatnya, mereka yang bermasalah dalam pembelajaran matematik terus terabai dan tidak dapat mengatasi kelemahannya. Jadual 1.1 memaparkan pencapaian matematik murid tingkatan dua di sekolah kajian dalam peperiksaan akhir tahun 2012 dan 2013. Penggredan telah dilakukan berdasarkan sistem penggredan yang telah digunakan dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2013. Jadual 1.1 Pencapaian Matematik dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012 dan 2013 Gred Takrif 2012 2013 Bil Peratus Bil Peratus A Cemerlang 27 13.8 14 6.9 B Kepujian 27 13.8 24 11.9 C Baik 55 28.1 44 21.8 D E Mencapai tahap penguasaan minimum Tidak mencapai tahap penguasaan minimum 78 39.8 85 42.1 9 4.5 35 17.3 Jumlah 196 100 202 100 Diadaptasi dari Fail Panitia Matematik, SMK Dato Zulkifli Muhammad Hasil analisis mendapati pencapaian murid bagi mata pelajaran matematik semasa peperiksaan akhir tahun bagi tahun 2013 dengan peratus kelulusan 82.7%

11 semakin merosot berbanding dengan pencapaian bagi tahun 2012 dengan peratus kelulusan 95.4%. Bagi tahun 2012, seramai 27 orang murid (13.8%) mendapat gred A, 27 orang (13.8%) mendapat gred B, 55 orang (28.1%) mendapat gred C, 78 orang (39.8%) mendapat gred D dan 9 orang (4.5%) mendapat gred E. Manakala bagi tahun 2013, seramai 14 orang (6.9%) mendapat gred A, 24 orang (11.9%) mendapat gred B, 44 orang (21.8%) mendapat gred C, 85 orang (42.1%) mendapat gred D dan 35 orang (17.3%) mendapat gred E. Analisis data ini menunjukkan pencapaian matematik murid semakin merosot dan sesuatu perubahan perlu dilakukan untuk mengubah keadaan ini. Peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif bagi mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran penyelesaian masalah terhalang oleh cara pengajaran guru yang masih cenderung mengawal pembelajaran dan pengajaran sepenuhnya (Harlina Manan, 2010). Dalam pendekatan pengajaran secara tradisional, guru mendominasi hampir 80% daripada aktiviti di dalam kelas (Effandi Zakaria & Zanaton Iksan, 2007). Dalam pembelajaran dan pengajaran berpusatkan guru, guru aktif menerangkan, sedangkan murid pasif mengikuti apa yang disampaikan oleh guru. Menurut Dwiyana (2013) kreativiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran tidak hanya berpusat pada guru, sudah tiba masanya murid diberi kepercayaan untuk membangun sendiri pengetahuannya tanpa menyisihkan peranan seorang guru sebagai fasilitator. Kaedah pengajaran tradisional mempunyai kelebihannya yang tersendiri seperti menjimatkan masa guru dan keadaan kelas terkawal tetapi ternyata gagal