SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Similar documents
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

BIBLIOGRAPHIC INFORMATION

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

CHAPTER II LITERATURE REVIEW AND THEORETICAL FRAMEWORK. five subheadings. The first part discusses the English teaching kits.

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

USING AN ADAPTED VERSION OF RECIPROCAL TEACHING TO TEACH READING COMPREHENSION TO LOW ENGLISH PROFICIENCY LEARNERS

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

Faculty Of Information and Communication Technology

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Transcription:

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah hanita75harun@yahoo.com ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meninjau keberkesanan aktiviti SIFU dalam proses pembelajaran dalam pengajaran Sejarah. SIFU merupakan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang melibatkan 100% pelajar secara aktif dan efektif untuk menjadi guru dan pelajar dalam satu sesi pembelajaran dalam pengajaran. Selain itu, 100% pelajar juga akan bergerak dan berkomunikasi menjayakan aktiviti SIFU. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara sahaja. Melalui ujian pra dan pasca serta hasil maklum balas pelajar dan guru aktiviti SIFU dapat dirumuskan sebagai aktiviti yang efektif membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran secara optimum, pelajar berasa selesa dan seronok belajar dan meningkatkan keyakinan serta minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah keberkesanan SIFU telah mendorong guru lain melaksanakan aktiviti ini dalam subjek Bahasa Melayu, Biologi dan Pendidikan Islam. Seterusnya, SIFU bukan hanya diaplikasi di SMK Bandaraya Kota Kinabalu tetapi turut diaplikasikan disekolah lain seperti di SMK Putatan Penampang, SM St John Tuaran, SMK Segama Lahad Datu, SM Shan Tao Kinabalu dan SMK Agama Kota Kinabalu. SIFU juga telah meraih kemenangan iaitu Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah 2013. 1.0 PENGENALAN Menurut P.J Philips (1950) aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang melibatkan pelajar membaca dan mendengar membolehkan pelajar mengingati sehingga 20% perkara yang dipelajari. Sekiranya pelajar membaca, mendengar dan menerangkan pelajar akan berupaya mengingati sehingga 70% perkara yang dipelajari. Sehubungan dengan perkara ini, Dr. Haji Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (2012), menyatakan pembelajaran dalam pengajaran yang hebat adalah guru mengajar dan pelajar lebih belajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang membolehkan keseluruhan pelajar belajar secara aktif dan efektif. 2.0 ISU KAJIAN Aktiviti pembelajaran dalam pengajaran seperti penerangan, pembentangan, persembahan power point, forum dan lain-lain tidak melibatkan keseluruhan pelajar secara aktif dan efektif. Contohnya jika aktiviti pembentangan atau forum diadakan hanya pelajar yang 1

terlibat sepenuhnya akan membuat persiapan rapi. Sebaliknya pelajar lain hanya lebih banyak mendengar sahaja. Tambahan pula aktiviti pembelajaran dalam pengajaran sedemikian tidak membolehkan pelajar mempelajari sesuatu topik yang luas. Sedangkan sukatan mata pelajaran Sejarah sangat luas dan peruntukan masa mengajar hanya tiga masa seminggu. Lantaran itu, saya tidak menafikan guru lebih banyak membuat aktiviti penerangan guru dalam proses pembelajaran dalam pengajaran untuk membolehkan sukatan pelajaran dihabiskan. Selain itu, mata pelajaran Sejarah kurang diminati atau dianggap membosankan sudah menjadi senario biasa di kebanyakan sekolah. Malah belajar Sejarah atau membaca buku teks Sejarah dianggap ubat tidur yang mujarab oleh pelajar. Oleh itu, saya memikirkan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang perlu melibatkan pelajar secara seronok, aktif dan efektif seterusnya membolehkan pelajar menguasai topik yang lebih luas dalam satu sesi pembelajaran dalam pengajaran. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian ini dijalankan ialah: 1. Melibatkan 100% pelajar secara aktif dan efektif dalam proses pembelajaran dalam pengajaran 2. Menghasilkan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang membolehkan pelajar mengajar dan belajar secara aktif dan efektif. 3. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran ke arah memupuk minat terhadap mata pelajaran Sejarah. 4.0 KONSEP DAN PELAKSANAAN SIFU SIFU merupakan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang berpusat kepada pelajar dan guru mata pelajaran hanya bertindak sebagai fasalitator sahaja. Aktiviti SIFU melibatkan pelajar untuk berusaha membaca dan memahami topik-topik tertentu di bawah pemantauan guru mata pelajaran. Pelajar-pelajar yang telah menguasai topiktopik tertentu akan mengambil peranan sebagai guru atau SIFU. Mereka akan mengajar topik yang dikuasai kepada rakan-rakan lain. Setelah selesai, peranan guru akan diteruskan oleh pelajar dari kumpulan berikutnya untuk mengajar rakan-rakan mereka tentang topik yang dipelajari. Aktiviti ini berdasarkan konsep I Teach, I Master atau Guru Mengajar, Pelajar Lebih Belajar. Ringkasnya aktiviti SIFU akan melibatkan 100% pelajar untuk belajar (membaca, memahami dan menghafal), mengajar (menerangkan, bersoal jawab dan berbincang), bergerak (mencari rakan untuk diajar) dan berkomunikasi (menyampaikan isi pelajaran, berbincang dan bersoal 2

jawab). Bagi melaksanakan aktiviti SIFU, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki untuk menguasai topik tertentu secara berkumpulan tetapi akan membuat penerangan secara individu. Kemudian setiap pelajar bergerak ke kumpulan lain untuk membuat penerangan. Pelajar yang membuat penerangan akan digelar SIFU. Sebagai contohnya: Ahli Kumpulan 1 berpecah dan bergerak ke Kumpulan 2 dan 3 untuk membuat penerangan dan mengadakan sesi perbincangan. Setelah selesai, ahli Kumpulan 2 pula akan berpecah dan bergerak ke Kumpulan 1 dan 3 sehinggalahh semua kumpulan selesai bergerak ke setiap kumpulan untuk mengajar topik yang sudah dikuasai oleh mereka. Aktiviti SIFU boleh dilaksanakann paling kurang dalam dua kumpulan sehingga enam kumpulan bergantungg pada topik yang dipelajari. Langkah 1: Pembahagi ian kumpulan dan topik untuk dikuasaii secara individu. Pelajar akan membaca, memahami dan menghafal topik masing-masing. Langkah 2: Pelajar dari kumpulan 1 memainkan peranan sebagai guru atau SIFU bergerak ke kumpulan 2 dan 3 untuk mengajar rakan-rakan mereka. Lima orang Lima orang 3

Langkah 3: Pelajar dari kumpulan 2 bergerak ke memainkan peranan sebagai SIFU Lima orang kumpulan 1 dan 3 untuk Lima orang Langkah 4: Pelajar dari kumpulan 3 bergerak ke memaikan peranan sebagai SIFU Lima orang kumpulan 1 dan 2 untuk Lima orang 5.0 BAHAN DAN KOS Tiada sebarang bahan atau kos yang diperlukan dalam menjayakan aktiviti SIFU, hanya persiapan dan arahan yang jelas daripada guru. 6.0 KUMPULAN SASRAN Pelajar Tingkatan Lima Alamanda yang terdiri menjayakan aktiviti SIFU. daripada seramai 41 orang dipilih untuk 7.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN Tarikh Nov 2011 Tindakan Guru memikirkan aktiviti pembelajaran dalam pengajarann yang melibatkan 100% pelajar secara aktif dan efektif. Guru mendapat idea melakasanakan aktiviti SIFU. Catatan 4

20 Jan 2012 16 Feb 2012 Jan- Okt Pelaksanaan Ujian Pra dan Pasca Pelaksanaan aktiviti SIFU dalam Lesson Study Dihadiri & Team Teaching Pelaksanaan di kelas 5 Alamanda oleh guru daripada panitia lain dan memberikan komen tentang aktiviti SIFU Pelaksanaan aktiviti SIFU diteruskan dalam Pelaksanaan diperluaskan proses pembelajaran dalam pengajaran mahu ke kelas-kelas lain pun proses ulangkaji 7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI SIFU Ahli Kumpulan 1 yang telah menguasai topik berpecah ke kumpulan lain untuk mengajar rakan tentang topik mereka. Pelajar daripada kumpulan lain akan menunggu rakan untuk mengajar mereka dan bebas bersoal jawab atau berbincang. Pelajar lebih selesa diajar oleh rakan masing-masing. Semua pelajar daripada Kumpulan 1 bergerak ke kumpulan lain untuk menjadi guru dan mengajar rakan- yang mereka mahu. Setelah selesai, ahli Kumpulan 1 rakan mereka sendiri. Mereka bebas memilih kumpulan akan kembali ke kumpulan asal. Kemudian ahli kumpulan yang berikutnya akan bergerak dan berpecah ke kumpulan lain untuk mengajar hinggalah semua kumpulan selesai. Pada masa ini guru hanya menjadi pemerhati. Gambar 1: Pelaksanaan Aktiviti SIFU 5

7.1 Guru memberi arahan. Guru memberikan arahan kepada pelajar tentang cara pelaksanaan aktiviti SIFU, pembahagian tajuk dan kumpulan. Gambar 2: Pelajar Mendengar Arahan Guru 7.2 Pelajar belajar Setelah memahami arahan dan tugasan masing-masing pelajar diberikan masa untuk membaca dan menguasai topik masing-masing. Pelajar digalakan membuat nota ringkas atau peta minda sebagai ABM semasa membuat penerangan dan perbincangan dengan rakan. Malah pelajar digalakan bertanya kepada guru jika ada perkara yang tidak difahami. Gambar 3: Pelajar Membaca Buku Teks Untuk Menguasai Topik Masing-Masing 6

7.3 Pelajar mengajar Setelah menguasai topik masing-masing pelajar dari kumpulan 1 akan berpecah dan bergerak untuk menjadi SIFU dan mengajar rakan dari kupulan lain. Setelah selesai, pelajar dari kumpulan berikutnya pula akan menjadi SIFU dan mengajar rakan mereka tentang topik yang mereka kuasai. Gambar 4: Pelajar Dibahagikan Kepada Lima Kumpulan Dan SIFU Mengajar Rakan Mereka Secara Berkumpulan Gambar 5: Pelajar Dibahagikan Kepada Dua Kumpulan Dan Membolehkan SIFU Mengajar Rakan Mereka Secara Berpasangan 7

Gambar 6: Pelajar Dibahagikan Kepada Tiga Kumpulan Dan Membolehkan Mereka Mengajar Rakan Dalam Kumpulan Yang Kecil Terdiri Daripada Dua Orang Pelajar 8. 0 DAPATAN KAJIAN 8.1 Ujian Pra Dan Pasca Carta 1: Perbandingan Taburan Markah Ujian Pra Dan Pasca Purata,Tertinggi, Terendah dan Sisihan Piawai PRA PASCA 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 83 65 67 36 37 13.8 11.3 3 Markah Purata Markah Tertinggi Markah Terendah Sisihan Piawai 8

Carta 2: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra Dan Pasca 2% Pencapaian Meningkat 98% Pencapaian Konstant Carta 3: Analisis Peratus Peningkatan Markah 45.0 % 40.0 % 41.5 % 35.0 % 30.0 % 25.0 % 20.0 % 22.0 % 19.5 % 15.0 % 10.0 % 5.0 % 0.0 % 9.8 % 4.9 % 1% 50% 51% 100% 101% 200% 201% 300% 301% dan keatas 2.4 % Konstant 0% Penurunan 9

Berdasarkan carta 1, markah purata pelajar dalam ujian pra hanya 36 markah berbanding 65 markah dalam ujian pasca. Seterusnya markah tertinggi dalam ujian pra hanya 67 markah berbanding 83 markah dalam ujian pasca. Dalam ujian pasca pencapaian terendah pelajar ialah 37 markah berbanding ujian pra iaitu hanya 5 markah. Berdasarkan carta 3 pula, 63.5% pelajar mengalami peningkatan markah antara 1% hingga 100%, 34.2% atau 14 orang pelajar mengalami peningkatan markah lebih dari 100% berbanding ujian pra. Hanya seorang sahaja pelajar yang mengalami konstat dan tiada pelajar yang mengalami penurunan markah. Ringkasnya, seperti yang tertera dalam carta 2 sebanyak 98% pelajar telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian setelah melaksanakan aktiviti SIFU. 8.2 Pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM Carta 4: Pencapaian Pelajar 5 Alamanda Dalam Peperiksaan SPM 2012 Purata Mata Gred 0.00 Ujian Peperiksaan Penggal I Percubaan I Percubaan II TOV AR1 AR2 AR3 AR4 SPM'12 1.00 2.00 3.00 2.85 2.53 4.00 4.15 5.00 5.52 6.00 6.01 6.01 7.00 10

8.3 Maklum balas guru Semasa membuat pencerapan kebanyakan guru mendapati aktiviti SIFU adalah amalan pembelajaran dalam pengajaran yang berkesan. Menurut mereka SIFU mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya ialah: i. Penglibatan pelajar aktif ii. Penguasaan isi pelajaran yang efektif iii. Pelajar seronok dan ceria iv. Pelajar selesa belajar dan diajar oleh rakan v. Meningkatkan keyakinan pelajar vi. Mengasah bakat pelajar vii. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Kreatif Kritis viii. Komunikasi berkesan ix. Pelajar yang diajar tidak malu bertanya kepada rakan sebaya x. Memupuk sikap bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai SIFU xi. Pelajar menunjukkan kesungguhan menguasai topik sebagai persediaan untuk mengajar xii. Memupuk semangat kerja berpasukan xiii. SIFU sangat memudahkan tugas guru kerana guru hanya memberi arahan yang jelas kepada pelajar untuk belajar dan mengajar sambil dipantau oleh guru. xiv. Aktiviti SIFU menjimatkan masa kerana topik yang luas dan sukar dapat dikuasai oleh pelajar dengan lebih cepat dan berkesan. Contohnya: Topik yang sukar dan penting seperti Agama Dan Ajaran Utama Dunia dan Reaksi Pembentukan Malaysia dapat dikuasai pelajar dengan efektif 11

8.4 Maklum balas pelajar Jadual 1: Maklum Balas Pelajar Selepas Menjayakan Aktiviti SIFU Bil Perkara/ Skala 1 2 3 4 5 Jum % Jum % Jum % Jum % Jum % 1 Aktiviti SIFUMembolehkan anda menguasai isi pelajaran dengan berkesan 0 0 0 0 0 0 24 58.6 17 41.4 2 Aktiviti SIFU membolehkan anda belajar dan mengajar secara aktif 3 Aktiviti SIFU adalah aktiviti yang berkesan, menarik dan dinamik 4 Aktiviti SIFU dapat menambah minat terhadp mata pelajaran Sejarah 5 Anda suka/ seronok menjayakan aktiviti SIFU 6 SIFU perlu dijayakan dalam mata pelajaran lain Skala 1: Sangat Tidak Setuju Skala 2: Tidak setuju Skala 3: Kurang Setuju Skala 4: Setuju Skala 5: Sangat Setuju Antara pendapat pelajar mengenai aktiviti SIFU: 0 0 0 0 0 0 15 36.6 26 63.4 0 0 0 0 0 0 19 46.3 22 53.7 0 0 0 0 0 0 22 53.7 19 46.3 0 0 0 0 0 0 12 29.3 29 70.7 0 0 0 0 0 0 14 34.1 27 65.9 i. Sepanjang aktiviti SIFU tiada rasa bosan, mengantuk dan malas belajar. ii. iii. iv. SIFU mendorong saya belajar bersungguh-sungguh sesuatu topik kerana kena mengajar rakan lain tentang topik tersebut. SIFU membolehkan saya belajar dan mengajar rakan dengan lebih selesa. SIFU membolehkan pelajar menguasai dan mengingati topik dengan berkesan. 9.0 LAIN-LAIN 9.1 Pelaksanaan SIFU dalam subjek lain. Keberkesanan aktiviti SIFU telah mendorong beberapa orang guru dari panitia Sejarah dan panitia lain menjalankan aktiviti SIFU. Antaranya ialah subjek Biologi, Geografi, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris. 12

9.2 Pelaksanaan SIFU oleh sekolah lain. Aktiviti SIFU juga telah diaplikasikan di sekolah lain dan diakui keberkesanannya oleh guru dan pelajar yang melaksanakannya. Antara sekolah yang telah melaksanakan aktiviti SIFU ialah SM Shan Tao Kota Kinabalu, SMK Putatan Penampang, SM St. John Tuaran, SMK Agama Kota Kinabalu, SMK Segama Lahad Datu. Selain itu, guru sendiri telah mengaplikasikan aktiviti SIFU bersama pelajar dari sekolah lain semasa mengadakan Ceramah Cara Berkesan Belajar Sejarah Dan Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM. Antara sekolah-sekolah tersebut ialah SMK Arshad Kota Belud, SMK Telipok Ria, SM St. Peter Telipok, SM Sanzack, SMK Agama Inanam. Koleksi Gambar Pelaksanaan Aktiviti SIFU Di Sekolah Lain Gambar 7: Aplikasi SIFU Di SMK Agama Kota Kinabalu Gambar 8: Aplikasi SIFU Di SMK Agama Inanam Gambar 9: Aplikasi SIFU Di Gabungan Enam Buah Sekolah Dari Labuan Gambar 10: Aplikasi SIFU Di SMK Bandaraya Kota kinabalu 13

Gambar 11: Aplikasi SIFU Di SMK Putatan, Penampang Gambar 12: Aplikasi SIFU Di SM St. John Tuaran 9.3 Impak Keberkesanan aktiviti SIFU telah mendorong guru menyertai Pertandingan Guru Inovatif pada tahun 2013. Pada 16 Mei 2013, SIFU telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah. Kejayaan ini dan respond dari rakan-rakan guru serta pelajar akan memberikan dorongan kepada saya untuk menyebarluaskan amalan aktiviti ini. Gambar 13: SIFU dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah 2013 14

10. KESIMPULAN Melalui aktiviti SIFU ini saya melihat mata pelajaran Sejarah bukan lagi membosankan tetapi lebih menyeronokkan. Adalah menjadi harapan saya agar SIFU dapat menyumbang kepada peningkatan penguasaan dan pencapaian pelajar lebih-lebih lagi setelah mata pelajaran Sejarah diwajibkan lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada tahun 2013. RUJUKAN 1. Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2002. 2. Majalah Pendidik, Bil. 7, September 2010. 3. Http//hss.fullerton.edu/linguistics/cln/sew-kincheloe.pdf. 4. Http://search.yahoo.com/search;_ylt=A0oGdFDA6JVM2UAAmd1XNyoA?ei=UTF- 8&vc=countrymy&fr=yfp701&fp_ip=my&rs=1&p=audio+and+visual+learning+techni ques&rs=0&fr2=rs-bottom 15