KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

Faculty Of Information and Communication Technology

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PERSEPSI TERHADAP KOMPETENSI GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN SATU KAJLAN DI SEKOLAH RENDAH

"66O "8 '

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

NOORHASNI BINTI HASAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Transcription:

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK Softie Balqis Bernard AbduUah @ Sophy Bernard Sarjana Seni (Pengurusan Seni) 2013

P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK 111111111 Ili'm'l 111111111 1000246975 KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DI SARAWAK Softie Balqis Bernard Abdullah @ Sophy Bernard Tesis dihantar Sebagai memenuhi keperluan pengijazahan dalam Sarjana Seni (pengurusao Seni) FakuIti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK 2013

PENGHARGAAN Saya mengucapkan pengnargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan, ketjasama dan bimbingan sepanjang proses penyelidikan ini dilaksanakan. Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pensyarah Penyelia saya, Dr. June Ngo Siok Kheng di atas bimbingan dan panduan yang amat berguna di sepanjang proses melaksanakan kajian dan penyelidikan ini. Terima kasihjuga kepada Prof Dr. Hj. KhairuI Adlin Azlin Abd. Rahman, di atas panduan dan nasihat ten tang kaedah dan statistik penyelidikan bagi meningkatkan keupayaan penyelidikan yang mantap dan berguna. Penghargaan juga kepada Encik Shaik Azhar Bin Shaik Hussain, Prof Madya. Dr. Nazlina Shaari, En. Sylvester Wielding Jussem dan semua pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, yang memberi kritikan-kritikan membina serta teguran yang berterusan ke arah meningkatkan kualiti penyelidikan. Tidak dilupakan semua warga pendidik di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kuching, para pengetua dan guru-guru pendidikan seni visual di sekolah-sekolah menengah di seluruh negeri Sarawak yang mengambil bahagian dalam penyelidikan ini. Terima kasih di atas penglibatan dan penyertaan anda semua. Kepada anak-anak, Danish Akmar Ujang, Dannie Akmar Ujang dan Daniesya Lavender, semoga usaha ini memberikan inspirasi dan motivasi untuk berjaya di masa hadapan.

KANDUNGAN Penghargaan Senarai Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Abbreviasi Abstrak Abstract II Vll x Xl Xll Xlll BABI PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Kajian 2 1.3 Pernyataan Masalah 3 1.3.1 Latar Belakang Pengkaji 5 1.4 ObjektifKajian 1.4.1 ObjektifUmum 6 1.4.2 Objektif Khusus 6 1.5 Hipotesis Kajian 7 1.6 Batasan Kajian 7 1.7 Rumusan 9 ii

BAB2 KAJlAN LITERA TUR 2.1 Pengenalan 10 2.2 Pengertian Kurikulum 10 2.3 Konsep Pembentukan Kurikulum 14 2.4 Hala Tuju Pembentukan Kurikulum 16 2.5 Kepentingan Tahap Penguasaan Kemahiran Dalam hnplementasi 17 Kurikulum 2.6 Pelan Tindakan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni Visual 18 Sekolah Menengah 2.7 Kajian dan Analisis Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni Visual 26 2.7.1 Analisis Pelaksanaan Aspek Fonnatif 28 2.7.2 Kajian dan Analisis Aspek Sumatif 35 2.8 Teori-Teori Berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran 72 2.8.1 Teori Pemikiran Kritis dan Kreatif 73 2.8.2 Teori Inkuiri dan Penemuan 75 2.9 Rumusan 77 BAB3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 78 3.2 Populasi 78 3.3 Reka Bentuk Kajian 3.3.1 Aras Kesahan 3.3.2 Aras Kebolehpercayaan 80 80 81 3.4 Prosedur Penyelidikan 82 3.5 Subjek Kajian 83 iii

3.6 Definisi Operasional 3.7 Reka Bentuk lnstrumen Kajian 3.8 Ujian Pilot 3.9 Kaedah Menganalisis Data 3.10 Rumusan 83 88 93 94 98 BAB4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 4.2 Analisis Demografik Responden 4.3 Analisis Data Kumulatif 98 98 112 4.3.1 4.3.2 Persepsi Terhadap Keperluan Meningkatkan Tahap Kemahiran Dalam Bidang-Bidang Kurikulum Pendidikan Seni Visual Persepsi Terhadap Tahap Penguasaan Kemahiran Mata Pelajaran Dan Aspek Pedagogikal 113 116 4.3.3 Persepsi Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi 119 Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni Visual 4.4 Pengujian Hipotesis 123 4.4.1 4.4.2 4.4.3 Hipotesis Null Hipotesis Nul 2 Hipotesis Nul 3 124 126 127 4.5 Rumusan 129 iv

BABS PERBINCANGAN DAN IMPLlKASI KAJIAN 5.1 Pengenalan 130 5.2 Ringkasan Kajian 130 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 131 5.3.1 Penga1aman Mengajar Dalam Mata Pelajaran 131 Pendidikan Seni Visual 5.3.2 Taburan Pengkhususan Guru-Guru Pendidikan Seni Visual 133 5.3.3 Taburan Pengkhususan Guru-Guru Pendidikan Seni Visual 135 5.3.4 Persepsi Responden Terhadap Tahap Penguasaan Kemahiran 138 Aspek Pedagogikal 5.3.5 Persepsi Responden Terhadap Keperluan 139 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme 5.3.6 Kecenderungan dan Kewajaran Dalam Pengelolaan Kurilulum 141 Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah di Negeri Sarawak 5.3.7 Hubungan di Antara Tahap Penguasaan Kemahiran Guru, Aspek 143 Pedagogikal dan Iimplikasinya ke Atas Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni Visual 5.4 Rumusan 145 v

BAB6 KESIMPULAN 6.1 Pengenalan 6.2 Rumusan Kajian 6.3 Pencapaian Objektif-ObjektifKajian 6.3.1 ObjektifKajian 1 6.3.2 Objektif Kajian 2 6.3.3 ObjektifKajian 3 147 147 149 149 150 151 6.4 Pengujian Hipotesis Nul 6.4.1 Hipotesis Null 6.4.2 Hipotesis Nul 2 6.4.3 Hipotesis Nul 3 6.5 Signifikan Kajian 6.6 Cadangan-Cadangan 6.6.1 Cadangan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak 6.6.2 Cadangan kepada Pengkaji-Pengkaji di Masa Hadapan 6.7 Penutup 153 154 155 156 158 158 159 162 BIBLIOGRAFI APPENDIKSA Borang Soal Selidik vi

SENARAI JADUAL Jadual 1.1 Jumlab Sekolab-Sekolab di Sarawak Yang Terlibat Dalam Kajian 8 Jadual 2.1 Kualiti Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Sekolab 45 Menengab 1999 Jadual2.2 Status Keseluruhan Mata Pelajaran Pendidikan Seni 1999 45 Jadual3.1 Saiz Sam pel Pada Aras Kesignifikanan p<.05 dan p<.o1 81 Jadual3.2 Senarai Semak Prosedur Penyelidikan 84 Jadual3.3 Rumusan Tabap Kebolebpercayaan Soalan Kajian 95 Menggunakan Kaedah Cronbach's Alpa Jadual3.4 Interpretasi Nilai Kolerasi Pearson 97 Jadual 3.S Kaedab Statistik Inferensi Parametrik Untuk 98 Pengujian Hipotesis Nul Jadual 3.6 Skala Likert 99 Jadual 4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina 101 Jadual4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 103 Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 104 Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Jadual 4.4 Taburan Tahap Mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual 106 Jadual 4.5 Taburan Tahap Mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual 108 Jadual 4.6 Analisis Ujian Anova dan Post Hoc Perbezaan Penempatan 109 Tingkatan Yang Diajar Mengikut Pengkhususan Jadual 4.7 Taburan Frekuensi Tabap Pendidikan Guru-Guru 111 Pendidikan Seni Visual Jadual 4.8 Taburan Pengkhususan Guru-Guru Pendidikan Seni Visual 112 Jadual4.9 Taburan Status Jawatan Guru-Guru Pendidikan Seni Visual 113 vii

Jadual 4.10 Pemeringkatan Min Skor Sikap Responden Terbadap Keperluan 115 Meningkatkan Tabap Penguasaan Kemabiran Bidang-Bidang Kurikulum Pendidikan Seni Visual Jadual4.11 JaduaI4.12 Jadual 4.13 Jadual4.14 Jadual4.15 Pemeringkatan Min Skor Tabap Keperluan Responden Meningkatkan Penguasaan Kemabiran Pendidikan Seni Visual Sikap Responden Terbadap Keperluan Untuk Meningkatkan Tabap Kemabiran Mengikut Bidang-Bidang Pendidikan Seni Visual Secara Umum Min Skor Tabap Penguasaan Kemabiran Mata Pelajaran dan Aspek Pedagogikal Pemeringkatan Min Skor Tabap Kemabiran Mata Pelajaran dan Aspek Pedagogikal Min Skor Tabap Persetujuan Responden Mengikut Bidang-Bidang Kurikulum Pendidikan Seni Visual 116 117 118 119 119 Jadual4.16 Rumusan Skor Min Aspek Kemabiran Pedagogikal 120 Jadual4.17 Jadual 4.18 Jadual4.19 Jadual 4.20 Jadual4.21 Tabap Persetujuan Responden Terbadap Faktor-Faktor Yang Mempengarubi Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Pemeringkatan Min Skor Tabap Persetujuan Responden Dalam Faktor-Faktor Yang Mempengarubi Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Min Skor Tabap Persetujuan Responden Dalam Faktor-Faktor Yang Mempengarubi Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Pemeringkatan Min Skor Mengikut Tingkatan Yang Diajar Hubungan Skor Min Antara Faktor Pengkhususan Guru Dengan Tanggapan 122 122 123 127 128 viii

Jadual4.22 Hubungan Skor Min Antara Faktor Pengkhususan Guru Dengan 130 Tanggapan Sukar Mengintergrasi Aspek Teori dan Amali Jadual 4.23 Pemeringkatan Min Skor Perbezaan Taoggapan Terhadap 130 Kesukaran Mengintergrasi Aspek Teori dan Amali Kurikulum Pendidikan Seni Visual ix

SENARAIRAJAH Rajab 1.1 Rajab 2.1: Rajab 2.2 Rajab 2.3 Rajab 2.4 Populasi Kajian Berdasarkan Prosedur Persampelan Kelompok 7 Hubungan di Antara Tabap Pencapaian dengan Tabap 53 Keboleban, Motivasi dan Iklim Persekitaran Saru Urutan pengajaran Konstruktivisme oleb Driver (1988) 64 Komponen-Komponen Empat Kemabiran berfikir Secara Kritis 76 Model Inkuiri Latihan Scblenker (1976) 77 Kesan Pengajaran dan Pembelajaran Rajab 3.1 Proses Membina Item Instrumen Pengukuran Untuk 93 Merekod Maklumat Rajab 4.1 Rajab 4.2 Taburan Peratus Responden Mengikut Jantina 102 Skor Min Purata Berdasarkan Taburan Kekerapan Tabun 103 Pengalaman Mengajar Guru Rajab 4.3 Skor Min Purata Berdasarkan Frekuesi Tabun Pengalaman 105 Mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Rajab 4.4 Taburan Kekerapan Mengajar Mata Pelajaran 107 Selain Pendidikan Seni Visual Rajab 4.5 Rajab 4.6 Rajab 4.7 Rajab 4.8 Rajab 4.9 Rajab 5.1 Rajab 5.2 Skor Min Tingkatan Yang Diajar 109 Skor Min Tabap Pendidikan Guru-Guru Pendidikan Seni Visual 111 Skor Min Status Jawatan Guru-Guru Pendidikan Seni Visual 114 Plot Min Penempatan dan Pengurusan Tenaga Pengajar Mengikut 126 Pengkhususan Plot Min Perbezaan Tanggapan Terbadap Kesukaran Mengintergrasi 131 Aspek Teori dan Amali Kurikulum Pendidikan Seni Visual Perbandingan Pengalaman Mengajar Guru-Guru Seni 134 Taburan Pengkhususan Guru-Guru Seni 135 x

SENARAI ABBREVIASI BPPDP KLSM KBSM KBSR NBPTA SPSS SKPM PMR SPM STPM Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kurikulum Lama Sekolah Menengah Kurikulum Baru Sekolah Menengah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah The National Board ofprofesional Teaching Standards Statistical Package for the Socian Sciences Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Penilaian Menengah Rendah Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia xi

ABSTRAK KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAmRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DI SARAWAK SOFFIE BALQIS BERNARD BT ABDULLAH @ SOPHY BERNARD BETTI Kajian ini adalah berkaitan dengan analisis ke atas keperluan penguasaan kemahiran kurikulum pendidikan seni visual sekolah menengah di negeri Sarawak. Fokus kajian ialah ke atas faktorfaktor keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan seni visual. Faktor pertama ialah penyungguhan kendiri responden untuk memperolehi kemahiran, faktor kedua ialah tahap penguasaan kemahiran bidang-bidang dalam pendidikan visual, faktor ketiga ialah tahap pemahaman responden dalam sukatan kurikulum pendidikan seni visual, faktor keempat kemudahan dan prasarana dan ke lima kecenderungan dan kewajaran dalam pengelolaan dan pengurusan tenaga pengajar di peringkat sekolah. Responden kajian terdiri daripada 289 orang guru-guru pendidikan seni visual daripada 55 buah sekolah menengah yang dipilih berdasarkan Prosedur Persampelan Kawasan Pelbagai Lapisan di seluruh bahagian di negeri Sarawak. Datadata dianalisis menggunakan kaedah Statistik Deskriptif, Pekali Kolerasi Pearson dan ujian Post Hoc Anova Sehala. Hasil kajian menunjukkan daripada 289 respond en, 105 (36.3%) adalah guru yang mempunyai kelayakan major dalam pendidikan seni, 21 (7.3%) mempunyai kelayakan minor dalam pendidikan seni, manakala 163 (56.4%) adalah guru yang tidak mempunyai pengkhususan dalatn mata pelajaran pendidikan seni. Skor min yang diperolehi bagi aspek penyungguhan kendiri menunjukkan keperluan responden untuk meningkatkan penguasaan kemahiran dalam semua bidang adalah tinggi. Skor min bagi tahap penguasaan kemahiran menunjukkan respond en mempunyai tahap kemahiran tinggi dalam bidang reka bentuk dan kraf tradisional, manakala dalam bidang lukisan, catan, area, cetakan, komunikasi visual, multimedia dan apresiasi seni tahap kemahiran responden adalah sederhana sahaja. Tahap persetujuan responden juga tinggi dalam pernyataan bahawa kurikulum pendidikan seni terlalu luas (M=3.70), masa tidak mencukupi untuk menghabiskan semua sukatan (M=3.63), peralatan dan kemudahan tidak mencukupi (M=4.08), dan sukar untuk mengintergrasi aspek teori dan amali (M=4.44). Skor sederhana diperolehi bagi penyataan sukar untuk memahami sukatan kurikulum (M=2.95). Seterusnya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dicadangkan supaya menempatkan guru-guru berkemahiran tinggi untuk mengajar pendidikan seni visual serta memantau kecenderungan pihak sekolah dalam pengurusan dan pengagihan tenaga kerja yang mengajar mata pelajaran pendidikan seni visual. xii

ABSTRACT THE NEED TO MASTER THE SKILLS IN VISUAL ART EDUCATION FOR SECONDARY SCHOOL ART TEACHERS IN SARA WAK SOFFIE BALQIS BERNARD BT ABDULLAH @ SOPHY BERNARD BETTI This research is based on an analysis carried out on the implementation of the visual arts curriculum for secondary schools in Sarawak. The research focused on the factors of effectiveness in the implementation of visual arts curriculum. The first factor was on self motivation ofthe respondents in acquiring the skills. The second factor was the level achieved in mastering the skills relating to visual arts curriculum. The third factor was the respondents level ofunderstandanding visual arts curriculum. The fourth factor was facilities and in/rastn/cture and the last factor was interest and needs suitability in organizing and managing the teaching power at the school level. The respondent were 289 visual arts teachers from 55 secondary school. They were selected based on Multi Group Area Sampling Procedure (prosedur Persampelan Kawasan Pelbagai Lapisan). The data was analysed using the Descriptive Statistic Method, Pearson Correlation System and Post Hoc Anova Test. The findings of this research shows that; out of289 respondents, 105 (36.3%) were teachers who major in Arts Education, 21 (7.3%) who minor in Arts Education whilst 163 (56.4%) teachers did not have any qualification in Arts Education. The mean score obtained for the aspect of needs of the respondents to improve their skills in the field was high. The mean score for the skill achievement level shown that the respondent were highly skillful in designing and traditional crafts, whilst in drawing, painting, sculpture. printing, visual communication, multimedia and arts appreciation;the respondents were moderately skilled. The level of respondents perception was also high on the statement that arts curriculum was too wide (M=3.70), not enough time to complete the syllabus (M==3.63), lack of equipments and facalities (M=4.08) and difficult to integrate theory and practical aspect (M=4.44). There was a moderate score for the statement difficult to understand the curriculum syllabus (M=2.95). Therefore the Sarawak Education Department is recommend to post the highly skilled teachers to teach visual arts education and to monitor the school authority in the distribution ofthe workforce in teaching visual arts education. xiii

BAB1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Mata pelajaran pendidikan seni telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia sejak zaman pemerintahan British lagi dan berkekalan hingga ke hari ini. Pada ketika itu mata pelajaran ini dikenali sebagai Lukisan. Dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM), mata pelajaran lukisan kemudiannya ditukar kepada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (1979), sukatan pelajaran seni lukis bertujuan untuk memupuk perasaan menghargai, penikmatan nilai keindahan, kemahiran mencipta disamping mengadakan asas yang kukuh bagi perkembangan budaya. Implikasi dari Laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979, telah menyebabkan KLSM ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1989. KBSM dibentuk berasaskan beberapa faktor utama yang menitikberatkan kehendak individu, negara dan sarwajagat. Menurut Mok (2005) kandungan sukatan pelajaran KBSM membolehkan pelajar-pelajar memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seimbang, aktiviti dan kemahiran yang disediakan membolehkan mereka menyumbang tenaga untuk keperluan negara. Menurut Ahmed Ghazali Hassan (2001), struktur kurikulum pendidikan sem mengandwlgi matlamat, objektif, panduan nilai dan organisasi kandungan. Pendidikan seni sekolah menengah secara arnnya mempunyai matlamat untuk melahirkan individu yang imaginatif, kreatif, berpengetahuan serta peka terhadap ciri-ciri estetik. Ini adalah 1

bagi membolehkannya mengamalkan pertimbangan kesenian dalam kehidupan sehariannya. Objektif pembelajaran pendidikan seni adalah untuk membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman tentang asas seni reka, menghasilkan karya seni, menghargai keindahan alam, menghargai sumbangan tokoh seni dan kraf serta menyedari jenis kejjaya dalam bidang seni. Penilaian dalam pendidikan seni KBSM adalah secara berterusan dan ianya boleh dijalankan secara formal atau tidak formal. Aspek penilaian tennasuklah menguji kefahaman secara bertulis, menilai folio dan hasil kerja, membuat pelaporan, membuat tindakan susulan, amalan nilai mumi dan penilaian kendiri oleh pelajar. Kriteria dalam penilaian hasil kerja pula adalah seperti gubahan, interpretasi, kemahiran. fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), mulai tahun 2003, kandungan kurikulum pendidikan seni telah diperingkatkan. Mata pelajaran ini dikenali sebagai Pendidikan Seni Visual. Penilaian merangkumi Kertas 1 (Teori Seni), Kertas 2 (Menggambar) dan Kertas 3 (Kajian Rekaan Seni Visual). Penekanan adalah kepada pencapaian aspek kognitif, psikomotor dan afektif. 1.2 Latar Belakang Kajian Kaj ian ini dijalankan berdasarkan kefahaman tentang perlunya menilai kurikulum bagi mendapatkan maklum balas yang berguna sarna ada untuk penambahbaikan atau pengubahsuaian. Fokus kajian adalah dengan membuat analisis ke atas faktor-faktor keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan seni visual di sekolah-sekolah menengah di negeri Sarawak serta mendapatkan maklumat dan maklum balas tentang 2

senario implementasi sebenar di peringkat sekolah. Keberkesanan pelaksanaan kurikulum dikaji berdasarkan dua aspek iaitu faktor kualiti gwu, yang melibatkan rangsangan kreativiti dan halangan kreativiti, aspek kecenderungan dan kewajaran dalam pengelolaan kurikulum serta analisis yang mengkaji implikasinya ke atas pelaksanaan kurikulum pendidikan seni visual. 1.3 Penyataan Masalah Kurikulum pendidikan seni visual sekolah menengah disusun berdasarkan kandungan yang dibahagikan kepada Penghasilan Seni Visual dan Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Bidang Penghasilan Seni Visual menyediakan peluang kepada pelajar mengaplikasikan kefahaman mereka untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam pelbagai teknik. Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi peluang kepada pelajar membuat kajian pemahaman terhadap hasil seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan Negara ASEAN serta negara tertentu yang mempunyai kesarnaan dan kelainan dengan budaya kebangsaan. Manakala Hassan Sulaiman (2001) dalam laporan Jemaah Nazir Sekolah Persekuluan 1999 menyatakan hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan ke atas 32 buah sekolah menengah dalam 265 pemerhatian ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran mendapati skor purata min bagi keseluruhan aspek ialah 3.2 (64.2 %) iaitu pada tahap Kurang Berkesan. Keadaan ini menwut beliau menggambarkan pertalian kolerasi hubungan sebab akibat di an tara kualiti pengwusan pengajaran yang seterusnya mempengaruhi kualiti pembelajaran. Beliau menggariskan isu-isu kritikal yang menjeja kan kualiti pendidikan seni di sekolah ialah: 3

Aspek kernahiran berfikir secara kritis dan kreatif belurn dapat dijelmakan dalarn proses pernbelajaran. Aspek rnerakarn pengalarnan dalarn bentuk lakaran atau sketsa belum dapat dijadikan amalan. Murid belurn rnenguasai kernahiran belajar. Pelajar belurn rnarnpu rnengernbangkan daya persepsi visual dan daya irnaginasi dalarn rnenghasilkan karya yang inovatif dan kreatif. Murid kurang yakin dalarn rnernbuat apresiasi dan kritikan seni. Guru kurang berpengalarnan dan tidak rnenguasai kernahiran rnata pelajaran. Pengajaran hanya diukur berdasarkan output produk, bukan berdasarkan proses pendidikan yang rnernentingkan pengalarnan kurikulum sebenar. Guru hanya rnengajar tajuk dan sukatan yang digernari sahaja kerana menganggap sukatan kurikulum Pendidikan Seni Visual terlalu luas. Lebih 70 peratus guru rnengajar berpusatkan guru, bukannya berdasarkan proses inkuiri penernuan atau penerokaan seperti yang disarankan. Isu-isu dan rna salah yang dinyatakan dalam tinjauan yang dijalankan di atas menggambarkan kurikulum pendidikan seni rnasih perlu dinilai secara berterusan terutamanya dalam aspek pelaksanaan. Kajian perlu rnernperincikan rnasalah-rnasalah secara sistematik dalarn aspek kualiti guru, kualiti rnurid, proses pelaksanaan dan kemenjadian murid. 4

1.3.1 Latar Belakang Pengkaji Isu-isu yang diutarakan oleh para penyelidik sebelum ini merupakan rumusan kepada pennasalahan yang dihadapi oleh pengkaji sendiri. Pengalaman mengajar mata pelajaran pendidikan seni visual selama 10 tahun di sekolah menengah mendapati isu-isu utama dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan seni visual ialah: Penempatan guru-guru bukan opsyen pendidikan seni visual untuk mengajar subjek tersebut Tanggapan bahawa mata pelajaran pendidikan seni visual kurang menarik, kurang berfaedah dan tidak penting Menawarkan subjek pendidikan seni kepada kelas-kelas yang agak lemah Tidak menawarkan subjek pendidikan seni visual kepada kelas-kelas yang berprestasi tinggi walaupun rarnai pelajar berbakat dan ini merupakan satu pembaziran bakat yang terkubur begitu sahaja Kemudahan peralatan yang tidak mencukupi untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kerana kekurangan peruntukan Kekurangan dari segi infrastruktur dan prasarana di sekolah seperti bilik seni, ruang galeri, mesin dan bengkel PennasaJahan yang dihadapi oleh pengkaji merupakan permasalahan bias a yang dihadapi oleh rarnai guru pendidikan seni dan banyak kali dibincangkan secara tidak fonnal sernasa menghadiri mesyuarat, bengkel atau kursus dalarn kalangan guru-guru seni itu sendiri. Permasalahan yang dihadapi oleh pengkaji telah mencetuskan tiga persoalan kajian yang utama: 5

Adakah guru-guru pendidikan seni visual di sekolah-sekolah menengah di negeri Sarawak dapat mencapai tahap penguasaan kemahiran profesionalisme seperti yang dibekalkan bersama kurikulum pendidikan seni visual? Bagaimanakah kecenderungan dan kewajaran dalam pengelolaan kurikulwn pendidikan seni visual di sekolah menengah di negeri Sarawak? Adakah tahap penguasaan kemahiran profesionalisme guru dan kecenderungan dalam aspek pengelolaan mempunyai implikasi ke atas pelaksanaan kurikulwn pendidikan seni visual? 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Objektif Umum Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi tujuan: Menilai aspek tahap penguasaan kemahiran dalam mata pelajaran pendidikan seni visual untuk guru seni serta implikasinya ke atas pelaksanaan kurikulum pendidikan seni visual di sekolah menengah. 1.4.2 Objektif Khusus Kajian ini dijalankan bagi tujuan-tujuan berikut: 1. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran profesionalisme guru dalam isi kandungan kurikulum pendidikan seni visual sekolah menengah 11. Mengkaji kecenderungan dan kewajaran dalam pengelolaan kurikulwn pendidikan seni visual di peringkat sekolah 6

III. Menilai faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan kurikulum pendidikan seni visual sekolah menengah. 1.6 Hipotesis Kajian HI: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di an tara faktor pengkhususan guru dengan dengan kecenderungan dalam pengurusan dan penempatan tenaga pengajar. H2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor pengkhususan dengan tanggapan kurikulum pendidikan seni visual sekolah menengah terlalu luas, sukar difahami dan masa tidak mencukupi untuk menghabiskan sukatan kurikulum. H3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor pengkhususan dengan tanggapan sukar untuk mengintergrasikan aspek teori dan amali. 1.7 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan ke atas 55 buah sekolah menengah di negeri Sarawak menggunakan kaedah Prosedur Persampelan Kelompok. Pengiraan Cohen digunakan Wltuk populasi ubjek kajian bersaiz lebih kurang seribu. Dalam Prosedur Persampelan Kelompok, Wltuk memastikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi, penentuan dibuat berdasarkan Jadual Saiz Sampel Pada Aras Kesignifikan p<0.05 dan p<o.ol. Bagi penentuan saiz sampel menurut Cohen (2001), pengiraan dibuat berdasarkan bilangan sampel yang diperlukan dengan menngunakan nisbah 4: 1 bagi lruasa.80 (mengawal ralat jenis II) dan aras kesignifikan.05 (mengawal ralat jenis I). 7

PeIbincangan lanjut tentang justifikasi Prosedur Persampelan Kelompok akan dibuat dalam Bab 3 bahagian Metodologi Kajian. Kuching Sri Aman Sibu SS buah sekolah menengah di negeri Sarawak Persampelan Kelompok Miri Kapit Mukah Bintulu Rajab 1.1 Populasi Kajian Berdasarkan Prosedur Persampelan Kelompok 8

Jadual1.1 Jum)ab Sekolah di Sarawak Yang TerJibat Da)am Kajian 8abagian/Daerab Jum)ab Seko)ab Bahagian Kuching 12 Bahagian Sri Aman 9 Bahagian Sibu 10 Bahagian Miri 10 Bahagian Limbang 8 Bahagian Sarikei 4 Bahagian Kapit 2 Bahagian Bintulu 1 Bahagian Samarahan 2 Bahagian Betong 2 Jumlah Keseluruhan 55. 1.9 Rumusan Bab ini memperkenalkan latar belakang kajian, pemyataan masalah, batasan kajian, kepentingan kajian, objektif kajian dan juga soalan-soalan kajian. Selain itu definisi tenna-terma dalam bidang pendidikan juga dihuraikan dengan merujuk kepada konteks kajian. Perbincangan tentang faktor-faktor keberkesanan pelaksanaan kurikulwn, penekanan dalam pengelolaan kurikulwn dan teori-teori yang menyokong keberkesanan pelaksanaan kurikulwn akan dibincangkan di dalam Bab 2. 9