Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Issues and trends in remedial education: what do the teachers say?

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

Transcription:

66 Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ) PENDEKATAN PENGAJARAN SECARA BERKUMPULAN DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHASA MELAYU (Group Teaching Approach in the Malay Language Special Remedial Program) MOHD ASNORHISHAM ADAM Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang asnorhisham@gmail.com ABDUL RAHIM BIN HAMDAN Universiti Teknologi Malaysia p-rahim@utm.edu.my Dihantar pada: 15 Januari 2017 Diterima pada: 10 Mei2017 Koresponden: asnorhisham@gmail.com Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan, penguasaan, dan keberkesanan pendekatan pengajaran secara berkumpulan oleh Guru Pemulihan Khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada guru-guru pemulihan yang mengajar Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor telah dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubah suai daripada penyelidikpenyelidik lepas. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan/analisis kesahihan. Darjah kebolehpercayaan (alfa Cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah0.707. Kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 20.0 berbentuk statistik deskriptif, iaitu peratusan, kekerapan dan min serta statistik inferensi, iaitu ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan, penguasaan, keberkesanan pengajaran secara berkumpulan oleh guru pemulihan khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu beradapada tahap yang tinggi. Kata Kunci: Pendekatan pengajaran secara berkumpulan, guru pemulihan khas, Program Pemulihan Khas, mata pelajaran Bahasa Melayu Abstract: The purpose of this study to identify the level of implementation, mastery, and effectiveness of group teaching approach by remedial teachers in Malay Language Special Remedial Program from 40 primary schools in Johore. The sample of study includes 40 remedial teachers from 40 primary schools in Johore were chosen respondents through cluster on cluster sampling. The data were collected using questionnaire.the instrument of this study was modified from previous researchers. The reliability (alfa Cronbach) for this instrument used in this research is 0.707. The data in this research was analysed using Statistical Packages for Social Science (SPSS) Version 20.0. The descriptive statistic such as percentage, frequency, means and inference statistic using the t-test were used in this research. This questionnaire is used to make a pilot study to test the reliability/validity analysis. The results showed that the level of implementation, mastery, effectiveness of teaching in groups by remedial teachers in Malay Language Special Remedial Program at a high level. Keyword: Group teaching approach, remedial teacher, Special Remedial Program, Malay Language subject Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2017

67 PENGENALAN Pendidikan pada peringkat rendah ialah penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M) yang merupakan kunci kepada penerokaan bidang ilmu dan asas kejayaan dalam pendidikan. Program Pemulihan Khas (PPK) diperkenalkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memberi penguasaan literasi Bahasa Melayu dan numerasi dalam kalangan murid di peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, PPK mengutamakan prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap dua atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu mengakibatkan mereka lebih lambat atau terkebelakang dalam menguasai kemahiran berbanding rakan sebaya. Sekiranya mereka tidak diberi pendidikan perlu, potensi mereka akan tenggelam. PPK dapat mengenalpasti keperluan-keperluan murid berpecapaian rendah. Pengajaran secara berkumpulan yang dilaksanakan oleh Guru Pemulihan Khas (GPK) dalam PPK khusus dalam Bahasa Melayu merupakan pendekatan pengajaran yang standard diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha mengatasi masalah pengusaaan membaca, menulis dan mengira. Menurut Eaton, Salmon dan Wischnowski (2004), pengajaran secara berkumpulan juga dikenali sebagai pengajaran koperatif, pengajaran kolaboratif atau bersama. Effandi (1998) menyatakan pengajaran koperatif adalah suatu strategi di mana muridmurid saling membantu antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pengajaran ini berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Kumpulan dalam pengajaran secara berkumpulan ini lazimnya terdiri daripada empat hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan & Sharan 1992). Guru menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu. Pengajaran ini mempunyai fungsi yang sama berusaha dan bekerja ke arah satu matlamat yang spesifik. Kumpulan dibentuk berdasarkan minat dan kebolehan murid, aras keupayaan atau persahabatan. Keahlian dalam sesuatu kumpulan boleh berubah-ubah mengikut keperluan. Kumpulan dalam pengajaran ini terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah, rasionalnya setiap murid mempunyai perbezaan kebolehan dalam penguasaan sesuatu kemahiran. Kebaikan utama pengajaran secara berkumpulan ialah murid lemah dan sederhana dapat dibimbing berdasarkan tahap keupayaan penguasaan murid dalam kemahiran tertentu, manakala murid cerdas terus maju dalam pembelajaran. Selain itu pengajaran secara berkumpulan ini dapat meningkatkan kemahiran sosial serta memupuk semangat atau nilai positif seperti kerjasama, tolak ansur, bertanggungjawab dan kepimpinan. PERNYATAAN MASALAH Pada tahun 2008, terdapat 54,000 murid-murid tahun 1 tidak menguasai kemahiran literasi tpelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 2010). Analisis KPM juga mendapati purata murid-murid tidak menguasai literasi pada peringkat sekolah rendah adalah 0.3 peratus bagi murid-murid lelaki dan 0.2 peratus bagi muridmurid perempuan (Rancangan Malaysia Ke-10, 2010; Nazariyah 2014). Banyak kajian yang pernah dijalankan telah membuktikan bahawa murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah dalam bidang akademik (Abdull Sukor & Kalaidevi 2012). Beberapa kajian menunjukkan masalah buta huruf wujud dalam kalangan murid apabila sebanyak 138,271 murid-murid tahun 1 tidak menguasai asas literasi pada tahun 2006 (Hafiza, 2009).Seterusnya statistik tahun 2009 menunjukkan peratus murid-murid tahun 5 tanpa kemahiran literasi amat membimbangkan iaitu di Selangor 15.4%, Johor 15.9%, Sarawak 11.4%, Kedah 9.6%, Sabah 9.2%, Kelantan 8.4%, Perak 6.7%, Penang 5.8%, dan Pahang 5.7% (NKRA Pendidikan, 2010). Kajian dan statistik ini memperlihat isu tidak menguasai literasi dan numerasi wujud dalam kalangan murid sekolah rendah dan murid-murid sekolah menengah (Mohd Burhan 2005, Nazariyah 2014). Oleh itu,

68 pelbagai program telah digubal dan dilaksanakan oleh KPM seperti PROTIM, PROBIM, KIA2M dan LINUS bagi mengatasi isu ini. Namun begitu, statistik menunjukkan kadar penguasaan literasi dan numerasi masih membimbangkan (NKRA Pendidikan 2010; Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 2010). Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi murid-murid yang mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu dalam Bahasa Melayu dan Matematik. Perhatian guru dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk bersaing dengan rakan mereka yang cerdas (Abdul Rasid 2011). Menurut dapatan kajian Mohd Asnorhisham (2014), pengajaran secara berkumpulan dalam PPK Bahasa Melayu dikatakan sukar dilaksanankan oleh GPK berbanding mengajar secara individu atau secara keseluruhan, muridmurid pemulihan tidak boleh fokus dengan baik dengan sentiasa melihat dan tertarik kepada murid yang sedang menjalani aktiviti di dalam kumpulan yang lain semasa proses pengajaran dan pemudah cara (PdPc). Rentetan itu PdPc berkumpulan dalam PPK telah menjadi isu dan perdebatan dalam kalangan GPK. Proses PdPc secara berkumpulan dikatakan sukar dilaksanakan oleh GPK serta diikuti oleh murid-murid pemulihan khas. Akibatnya boleh menjejaskan pelaksanaan PPK di sekolah kebangsaan. Hal ini juga menyebabkan GPK cenderung untuk melaksanakan pengajaran secara keseluruhan atau individu. Dapatan kajian Asnorhisham juga membuktikan bahawa pengajaran secara keseluruhan kelas yang dititikberatkan adalah kurang sesuai, menyebabkan ramai murid gagal menguasai kemahiran 3M mengikut masa yang ditetapkan. Untuk memperbaiki kelemahan tersebut, strategi pengajaran secara berkumpulan telah dicadangkan untuk aktiviti PdPc di dalam bilik darjah. Terdapat kekangan yang dihadapi oleh GPK dari segi latihan dan tiada pengalaman mengajar murid-murid pemulihan khas dalam PPK. GPK kurang memahami tuntutan tugas dan tanggungjawab mereka, tidak cukup sumber rujukan untuk dijadikan panduan, kurang kerjasama daripada pentadbir, guru-guru dan sokongan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah. Laporan kajian-kajian lepas juga menunjukkan bahawa kekurangan peruntukan kewangan merupakan satu masalah besar yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan sekolah yang rata-rata memerlukan dana tambahan untuk membeli peralatan bilik pemulihan khas, peralatan mengajar, keceriaan bilik, membina bahan bantu mengajar, mengadakan aktiviti-aktiviti khidmat nasihat dan kaunseling, mengajur aktiviti kerjasama dalam membina hubungan dengan ibu bapa dan komuniti setempat (Mohd Asnorhisham 2014). Pelaksanaan GPK dalam menjayakan pendekatan pengajaran secara berkumpulan merupakan faktor penting dalam menjayakan keberhasilan murid dan dijangka akan membawa kesan yang lebih baik berbanding menjalankan pengajaran secara keseluruhan dalam program pemulihan khas. Dalam kajian ini diukur melalui tiga domain, iaitu pelaksanaan, penguasaan dan keberkesanan guru-guru dalam melaksanakan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas Bahasa Melayu. Pelaksanaan pengajaran secara berkumpulan oleh GPK menjelaskan mengenai sejauhmana penggunaan atau amalan pengajaran yang telah digunapakai dalam program pemulihan khas di sekolah. Hal ini berkaitan dengan pengetahuan, opsyen, kelayakan dan latihan yang perlu ada oleh setiap GPK. Berdasarkan kepada objektif kajian tahap pelaksanaan pengajaran secara berkumpulan oleh GPK menjelaskan mengenai sejauhmana penggunaan atau amalan pengajaran yang telah diguna pakai dalam program pemulihan khas di sekolah. Hal ini berkaitan dengan pengetahuan, opsyen, kelayakan dan latihan yang perlu ada oleh setiap GPK. OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan, tahap penguasaan dan keberkesanan pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam kalangan GPK dalam Program Pemulihan Khas di sekolah rendah kebangsaan. Secara khusus, kajian dijalankan adalah untuk: 1. Mengenal pasti tahap perlaksanaan GPK terhadap pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu.

69 2. Mengenal pasti tahap penguasaan GPK terhadap pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu. 3. Mengenal pasti keberkesanan pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu. METODOLOGI Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Pendekatan gabungan digunakan, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini memberi tumpuan kepada pendekatan pengajaran secara Pengajaran ini melibatkan beberapa aktiviti antaranya interaksi dengan guru, latihan dan permainan berunsur pendidikan yang akan bertukar secara bergilir mengikut masa dan kumpulan. Subjek kajian ini terdiri daripada GPK. Populasi kajian ini adalah semua guru GPK yang mengajar di sekolah kebangsaan Johor daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang. Jumlah sekolah yang terpilih adalah 50 buah sekolah kebangsaan. Pemilihan sekolah ini wajar kerana sekolah-sekolah dalam daerah tersebut adalah sekolah biasa. Kajian ini hanya melibatkan GPK. Menurut Azizi et al. (2007), saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian nanti. Kajian ini menggunakan pendekatan persempelan kelompok atas kelompok. Menurut Azizi et al. (2007), persampelan kelompok atas kelompok ini sangat sesuai digunakan apabila populasi itu besar dan kawasan kajian dibahagikan kepada dua buah daerah. Beberapa buah sekolah kebangsaan dipilih oleh penyelidik untuk dijadikan sampel kajian. Seramai 25 orang GPK dari Daerah Johor Bahru dan 25 orang GPK dari Daerah Pasir Gudang, telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden kajian. Sampel kajian dipilih dari dua buah daerah di Negeri Johor. Daripada soal selidik yang diedarkan, 40 orang guru GPK mengembalikan soal selidik tersebut. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk mencari kekerapan dan peratusan. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Maklumat Latar Belakang Responden Berdasarkan daripada analisis yang dijalankan mendapati bahawa hasil kajian mengikut jantina menunjukkan majoriti responden adalah perempuan seramai 24 orang (60%) berbanding lelaki yang seramai 18 orang (16%). Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden adalah terdiri daripada guru-guru perempuan. Kajian mengikut pendidikan menunjukkan majoriti responden berpendidikan Sarjana Muda diikuiti oleh Diploma dan sijil. GPK yang berkelulusan Sarjana Muda seramai 24 orang (60 peratus), Dilpoma 15 orang (37.5%) dan Sijil seorang (2.5%). Bagi guru opsyen pemulihan atau pengkhususan mata pelajaran pemulihan khas, hasil dapatan menunjukkan majoriti guru opsyen pemulihan, iaitu seramai 32 orang (80%) dan bukan opsyen 8 orang (20%). Dari segi pengalaman guru mengajar dalam program pemulihan khas didapati majoriti adalah yang tiada pengalaman atau kurang dari lima tahun pengalaman mengajar, iaitu seramai 26 orang (65%). Bagi guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari lima tahun seramai 14 orang (35%). Jadual 1. Taburan responden kajian Perkara Pernyataan Kekerapan (N=40) Peratusan (100%) Jantina Lelaki 24 60.0 Perempuan 16 40.0 Kelulusan Sijil 1 2.5 Akademik Diploma 15 37.5 Sarjana Muda 24 60.0 0 dan kurang 5 26 65.0 5 tahun ke atas 14 35.0 Pengalaman Mengajar Pengkhususan Opsyen 32 80.0 Bukan Opsyen 8 20.0 Tahap Pelaksanaan GPK terhadap Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu Jadual 2 memaparkan min keseluruhan yang diperoleh ialah 3.80. Hal ini menunjukkan terhadap perlaksanaan pengajaran secara berkumpulan oleh GPK dalam program pemulihan khas adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa perancangan perlu dibuat sebelum melaksanakan pengajaran secara Jika tiada perancangan, maka akan menimbulkan masalah seperti kawalan kelas dan tidak cukup masa. Responden juga bersetuju pelaksanaan pengajaran secara berkumpulan dalam

70 bentuk heterogen, iaitu terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Dalam perlaksanaan pengajaran secara berkumpulan GPK perlu memikirkan pelbagai aktiviti setiap hari dan berlainan bagi setiap kumpulan murid agar pengajaran lebih berkesan. Perkara ini adalah cabaran kepada GPK. Ujian diagnostik juga perlu dilaksanakan sebelum mengasingkan murid mengikut kumpulan dan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran yang sedia ada. Hal ini menepati garis panduan perlaksanaan program pemulihan khas yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM (2012). Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut Zamri, Ruslin dan Mohamed Amin (2015), kepelbagaian pelajar di dalam biolik darjah boleh memberi kekuatan dan kelebihan kepada guru untuk merancang aktiviti PdPc dengan lebih inovasi dan berkesan. Hasil kajian mendapati pernyataan Saya mengajar murid pemulihan khas secara berkumpulan pada setiap waktu pengajaran mencatatkan min yang sederhana, iaitu 3.35. Begitu juga pernyataan Menjalankan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas adalah sesuatu yang sukar bagi saya dengan catatan min 2.65. Majoriti responden bersetuju jumlah ideal murid pemulihan khas dalam pengajaran secara berkumpulan tidak melebihi 15 orang murid. Hal ini merupakan kumpulan sederhana yang mengandungi 5 hingga 10 orang dalam satu kumpulan. Lebih bersifat formal dan berfungsi dengan lebih baik sekiranya seorang ketua dipilih untuk mengkoordinasi aktiviti pembelajaran atau tugasan. 10 orang murid dalam pengajaran secara berkumpulan merupakan jumlah yang ideal dalam program pemulihan khas. Perincian tahap pelaksanaan program pemulihan khas ini boleh dirujuk pada Jadual 2. Jadual 2: Taburan pelaksanaan pengajaran Bil. Item Min 1 Saya mengajar murid pemulihan khas secara 3.35 berkumpulan pada setiap waktu pengajaran. 2 Mudah bagi saya menjalankan pengajaran 3.38 secara keseluruhan daripada pengajaran secara 3 Pengajaran secara berkumpulan merupakan 3.92 pendekatan pengajaran yang kerap saya amalkan 4 Saya sentiasa mempelbagaikan aktiviti dalam 4.20 pengajaran secara 5 Saya menjalankan ujian diagnostik pada murid 4.10 sebelum menjalankan pengajaran secara 6 Pengajaran secara berkumpulan yang 4.25 dijalankan adalah dalam bentuk heterogen iaitu terdiri daripada murid yang cedas, sederhana dan lemah. 7 Saya membuat perancangan sebelum 4.35 melaksanakan pengajaran secara berkumpulan 8 Saya boleh mengawal kelas dengan baik 4.13 apabila melaksanakan pengajaran secara berkumpulan 9 Menjalankan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas adalah sesuatu yang sukar bagi saya. 2.65 10 Saya sentiasa membuat refleksi selepas 4.10 menjalankan pengajaran secara 11 Murid-murid pemulihan boleh mengikuti 3.97 proses pembelajaran secara berkumpulan dengan baik. 12 Pengajaran secara berkumpulan memerlukan 4.05 masa atau waktu yang lebih. 13 Murid-murid pemulihan khas kurang fokus 2.97 terhadap pengajaran guru apabila mengikuti aktiviti secara 14 Pengajaran secara berkumpulan dilaksanakan 3.95 atas dasar perbezaan setiap individu. 15 Jumlah ideal murid pemulihan khas dalam 3.62 pengajaran secara berkumpulan tidak melebihi lima belas (15) orang murid. Min Keseluruhan 3.80 Tahap Penguasaan Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan dalam Kalangan GPK Jadual 3 menunjukan min keseluruhan yang diperoleh ialah 3.99. Ini menunjukkan terhadap penguasaan pendekatan pengajaran secara berkumpulan oleh GPK dalam program pemulihan khas adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa perlu sentiasa memperbaiki kelemahan dalam pendekatan pengajaran secara berkumpulan agar dapat meningkatan kemahiran dalam penguasaan pendekatan pengajaran secara berkumpulan serta proses PdPc lebih efektif.

71 Penguasaan pendekatan pengajaran secara berkumpulan ini dapat mengelakkan masalah seperti murid tidak fokus dan proses pengajaran lambat. Konsisten dalam menjalankan pengajaran secara berkumpulan mampu meningkatkan penguasaan pendekatan penjaran secara berkumpulan oleh GPK. Perkara ini disokong oleh majoriti GPK yang bersetuju dengan kenyataan Kekerapan menjalankan pengajaran secara berkumpulan membantu saya menguasai pendekatan pengajaran ini dengan catatan min yang tinggi, iaitu 4.00. Jadual 3: Taburan penguasaan pengajaran Bil. Kekerapan Min 1 Latihan kemahiran yang telah saya hadiri banyak 3.93 membantu saya dalam perlaksanaan pengajaran secara 2 Saya memahami pendekatan pengajaran secara 3.93 berkumpulan dalam program pemulihan khas 3 Masalah 3M dapat diatasi dengan pendekatan pengajaran secara 4.05 4 Saya tidak menghadapi masalah dalam 4.03 penggunaan alat bantu mengajar untuk membantu saya menjalankan pengajaran secara 5 Saya kerap berbincang dengan rakan guru untuk 3.95 mengatasi masalah dalam pengajaran secara 6 Saya kerap merujuk dengan pihak-pihak tertentu 3.82 jika terdapat permasalahan dalam pengajaran secara 7 Saya sentiasa memperbaiki kelemahan dalam pendekatan pengajaran secara 4.13 8 Saya mendapat sokongan daripada pihak 3.97 pentadbiran sekolah dalam melaksanakan pengajaran secara 9 Kekerapan menjalankan pengajaran secara 4.00 berkumpulan membantu saya menguasai pendekatan pengajaran ini. 10 Saya dapat mengawal kelas dengan baik apabila 3.98 pengajaran secara berkumpulan dilaksanakan. 11 Penguasaan pengajaran secara berkumpulan 4.10 membantu saya merancang pengajaran dengan baik. 12 Penguasaan pengajaran secara berkumpulan 4.05 membantu saya mengurus pengajaran dengan baik. 13 Pencerapan oleh pentadbir sekolah membantu saya memperbaiki kelemahan dalam proses 3.95 pengajaran dan pembelajaran secara 14 Saya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan 3.97 menjalankan kajian dalam pengajaran secara Min Keseluruhan 3.99 Hasil kajian mendapati pernyataan Pendekatan pengajaran secara berkumpulan boleh menimbukan perasaan rendah diri dan sombong di kalangan murid-murid mencatatkan min yang sederhana, iaitu 2.78. Hal ini menguatkan kebaikan pengajaran secara berkumpulan kajian oleh Roslina (2002) yang menyatakan sifat sosial yang baik dapat dipupuk melalui kerjasama antara ahli dalam kumpulan. Perkara ini ditegaskan lagi oleh Zamri et al. (2015) yang menyatakan bahawa sifat sosial murid yang berbagai-bagai boleh digunakan oleh guru untuk merancang aktiviti PdPc dengan lebih menarik. Guru terutamanya guru Bahasa Melayu perlu kreatif dan inovasi dalam memupuk aktiviti PdPc supaya murid-murid terlibat secara langsung dalam PdPc tersebut. Keberkesanan Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu Jadual 4 membincangkan min keseluruhan yang diperoleh, iaitu 3.76. Hal ini menunjukkan keberkesanan pengajaran secara berkumpulan oleh GPK dalam program pemulihan khas adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa pengajaran secara berkumpulan boleh meningkatkan penguasaan 3M murid. Murid-murid juga merasa seronok dengan aktiviti-aktiviti dalam proses PdPc secara berkumpulan, yang mana boleh meningkatkan motivasi murid pemulihan. Hal ini selaras dengan Noriati, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah (2009) serta Zamri (2014) bahawa pengajaran secara berkumpulan ini membawa manfaat kepada murid lemah yang mendapat bantuan daripada murid cerdas. Murid juga mempunyai kawalan diri dalaman dan mempunyai motivasi intrinsik. Di samping itu, kajian menunjukkan bahawa peningkatan kebolehan murid dalam memainkan peranan dalam aktiviti kognitif dan afektif.

72 Jadual 4: Taburan keberkesanan pengajaran Bil. Kekerapan Min 1 Pengajaran secara berkumpulan boleh 4.15 meningkatkan penguasaan 3M murid. 2 Objektif pembelajaran mudah dicapai dengan 3.90 menjalankan pengajaran secara 3 Murid-murid merasa seronok selepas mengikuti 4.08 aktiviti-aktiviti dalam pengajaran secara 4 Pendekatan pengajaran secara berkumpulan meningkatkan kehadiran murid-murid pemulihan khas ke sekolah. 3.50 5 Pengajaran secara berkumpulan merupakan 3.73 pendekatan pengajaran yang paling sesuai untuk program pemulihan khas. 6 Saya merasa seronok menjalankan pendekatan 4.02 pengajaran secara berkumpulan 7 Penglibatan semua murid dalam pendekatan 3.98 pengajaran secara berkumpulan memberikan kepuasan kepada saya. 8 Pendekatan pengajaran secara berkumpulan 3.92 menambahkan minat murid untuk belajar. 9 Pendekatan pengajaran secara berkumpulan 4.07 dapat memupuk sikap saling bantu-membantu di kalangan murid. 10 Pendekatan pengajaran secara berkumpulan 3.93 dapat memupuk sikap saling bekerjasama di kalangan murid. 11 Pendekatan pengajaran secara berkumpulan 2.78 boleh menimbulkan perasaan rendah diri atau sombong dalam kalangan murid. 12 Saya bertambah yakin dengan melaksanakan pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas. 3.87 13 Pengajaran secara berkumpulan telah 3.90 meningkatkan pemikiran kreatif saya. 14 Pengajaran secara berkumpulan telah 3.97 meningkatkan pemikiran inovatif saya. 14 Saya menjadi rujukan kepada guru-guru lain 3.33 khusus dalam pendekatan pengajaran secara 15 Saya menjadi model kepada guru-guru lain khusus dalam pendekatan pengajaran secara 3.18 16 Saya mendapat galakan daripada pihak 3.60 pentadbiran sekolah kerana melaksanakan pengajaran secara berkumpulan dengan baik. Min Keseluruhan 3.76 KESIMPULAN Dapatan kajian membuktikan tahap pelaksanaan dan penguasaan pendekatan pengajaran secara berkumpulan oleh GPK dalam PPK Bahasa Melayu adalah tinggi. Keberkesanan pengajaran secara berkumpulan dalam PPK secara konsisten mampu meningkatkan penguasaan 3M murid. Guru adalah jentera terpenting dalam memastikan proses pendidikan berjalan mengikut acuan yang diingini. Dengan situasi dunia yang mementingkan pendidikan, guru juga berdepan dengan pelbagai isu dan masalah yang mencabar dalam mendidik anak bangsa (Zamri 2014). Oleh itu, guru perlu sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap tugas mereka sebagai seorang pendidik serta sentiasa menyediakan diri bagi melaksanakan PdPc dengan berkesan. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai fasilitator, pembimbing dan murid dalam pendekatan pengajaran secara Di samping itu, pendekatan pengajaran secara berkumpulan juga terbaik dilaksanakan untuk kelas di aliran perdana. RUJUKAN Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan Kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 1-11 Abdull Sukor Shaari & Kalaidevi a/p Aplanaidu. 2012. Kesan Pendekatan pembelajaran masteri terhadap pencapaian kemahiran membaca Bahasa melayu murid pemulihan sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2): 92-103. Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yosof Boon & Abdul Rahim Hamdan.2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication Sdn Bhd. Eaton, K., Salmon, S., & Wischnowski, M. 2004. Evaluating co-teaching as a means for successful inclusion of students with disabilities in a rural district. Rural Special Education Quarterly, 23: 3-14. Efendi Zakaria. 1998. Pembelajaran koperatif. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Asnorhisham Adam. 2014. Kompetensi guru pemulihan khas terhadap pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas di sekolah kebangsaan, Johor. Kertas Kerja dibentang dalam Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2014. Mohd Burhan Ibrahim. 2005. A hierachchical linear modeling of school effects and students factors affecting Penilaian Menengah Rendah (PMR) Achievement for students studying in Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) in Selangor. Tesis Sarjana. Universiti Islam Antarabangsa. Nazariyah Sani. 2014. Pelaksanaan program LINUS: Satu analisis. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. NKRA Pendidikan. 2010. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

73 Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Roslina Abdul Ghani. 2002. Cadangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkumpulan oleh guru-guru pelatih Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Awam), UTM: Satu tinjauan. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Sharan, S. 1980. Cooperative learning in small group: Recent method and effect on achievement, attitude and ethnic relations. Review of Educational Research, 50 (2): 241-271. Sharan, Y. & Sharan, S. 1992. Expanding cooperative learning through group investigation. New York: Teachers College Press. Slavin, R.E. 2005. Cooperative learning: Theory, research and practice. London: Allyn & Bacon. Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. 2015. Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.