PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

MODEL GURU BERKUALITI DARI PERSPEKTIF TOKOH PENDIDIKAN ISLAM DAN BARAT

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Transcription:

179 PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH Mohd Firdaus Razlan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA firdaus89_aus@yahoo.com Fariza Khalid Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA fariza.khalid@ukm.edu.my ABSTRAK Kertas konsep ini membincangkan tentang penggunaan bahan yang dibina iaitu bahan pengajaran Ilustrasi Objek Padanan Abjad(IOPA) bagi meningkatkan kemahiran mengecam huruf kanak-kanak prasekolah. Kemahiran mengecam huruf bagi kanak-kanak prasekolah sangat penting supaya mereka tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran mereka. Bahan yang dibinaadalah bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak prasekolah yang memerlukan bahan bantu mengajar dalam meningkatan kemahiran serta pencapaian mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dapat memberikan satu impak yang positif kepada keupayaan kanak-kanak khususnya dalam meningkatkan keupayaan mengecam huruf.model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah Model ASSURE diaplikasikan dalam pembinaan bahan IOPA.Bahan pengajaran Ilustrasi Objek Padanan Abjad(IOPA) diharapkan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci: ilustrasi objek padanan abjad; bahan bantu mengajar; mengecam hurufprasekolah PENGENALAN Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengorak langkah dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah menilai prestasi semasa pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras Antarabangsa. Pelan ini telah melakar visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa hadapan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Pendidikan prasekolah tidak terkecuali termasuk dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) bagi mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di peringkat prasekolah kementerian telah membuat semakan terhadap Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan terhasilnya KSPK semakan 2017. KSPK semakan 2017 ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2017. Penumpuan memperkasakan pendidikan prasekolah memberikan fokus kepada penguasaan asas 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul. Kemahiran asas dalam kemahiran membaca menjadi asas utama dalam memastikan kanak-kanak prasekolah dapat menguasai dengan berkesan. Pendidikan prasekolah merupakan pendedahan awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada semua individu kanak-kanak. Kurikulum Standard Pendidikan Prasekolah Kebangsaan telah memfokuskan pendidikan awal kanak-kanak merangkumi enam Tunjang Pembelajaran iaitu Bahasa dan Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri/Sosioemosi. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti di dalam petikan yang tersebut suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan [FPK] 1996) Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun sebagai persediaan sebelum Untuk memetik artikel ini: Razlan, M. F. & Khalid, F. (2017). Penggunaan Bahan Ilustrasi Objek Padanan Abjad (IOAP) Bagi Meningkatkan Keupayaan Mengecam Huruf Kanak-Kanak Prasekolah. Simposium Pendidikan diperibadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

180 masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Mengikut Akta Pendidikan 1996, pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza-beza perlu dilaksanakan di peringkat prasekolah bagi meningkatkan lagi potensi yang membolehkan kemahiran asas mereka dikembangkan sepenuhnya. Penggunaan pendekatan yang bersesuai adalah menjadi tanggungjawab guru dalam memilih pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan kanak-kanak tersebut. Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap keupayaan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran semasa di kelas prasekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mestilah mempunyai perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Pelbagai kemahiran asas yang dapat dikembangkan jika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sistematik. Antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah antaranya adalah kemahiran membaca. Kemahiran membaca adalah kemahiran yang penting dalam pendidikan terutamanya pada peringkat awal pendidikan persekolahan kerana kemahiran membaca mempunyai hubungan dengan penguasaan bahasa.penguasaan bahasa kanak-kanak adalah asas perkembangan kognitif yang melibatkan kegiatan memperoleh pengetahuan melalui pengalaman membaca. Kelemahan penguasaan bahasa akan membawa kesan yang berlanjutan terutama dari segi pemerolehan pengetahuan dalam diri kanak-kanak prasekolah. Oleh sebab itu kelemahan penguasaan asas membaca dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan perhatian yang serius oleh guru-guru.masih terdapat ramai kanak-kanak di peringkat prasekolah yang masih tidak dapat menguasai kemahiran mengecam huruf atau membaca perkataan (Robin Dorothy, 2002). Oleh yang demikian, kertas konsep ini akan mengupas penggunaan IOPA dalam meningkatkan penguasaan dan pengecaman huruf dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Pendidikan Prasekolah Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan mengembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri, dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Ruang pendidikan awal kanak-kanak telah diperluaskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysiayang membuka ruang kepada kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk belajar bersama-sama (Azizah, 2002). Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang digunakan oleh guru ketika mengajar. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan internet bukan sahaja menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih mencabar, tetapi menarik jika digunakan oleh guru dengan berkesan. Justeru setiap pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlulah memberi kesan yang optimum kepada murid agar pembelajaran dapat diterima dengan jelas terutamanya ketika digunakan di dalam kelas prasekolah. Oleh itu, guru perlu memastikan strategi dan kaedah pengajaran yang digunakan adalah menarik dan berkesan di bilik darjah terutamanya bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza (Azimah Yusoff, 2014). Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran yang berkesan adalah penting bagi mencapai sesuatu objektif pembelajaran dengan sokongan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menerangkan sesuatu dengan lebih jelas agar kanak-kanak dapat menerima apa yang ingin disampaikan oleh guru. Pengajaran yang dilaksanakan oleh guru sangat penting bagi memastikan apa yang diajarkan dapat diserap sepenuhnya oleh kanak-kanak. Guru tidak boleh menggunakan kaedah pengajaran yang lama seperti hanya berpusatkan kepada guru sahaja, guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan mempertingkatkan mutu pengajaran dengan menambahbaik dari masa ke semasa. Penekanan pengajaran dan pembelajaran

181 pendidikan awal kanak-kanak mestilah mengikut Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP) kanak-kanak. Melalui ABP ini, kanak-kanak mampu belajar mengikut keperluan dan kesesuaian tahap perkembangan mereka (Lu Chung, 2015). Kepelbagaian Bahan Bantu Mengajar (BBM) pada masa sekarang tidak dapat dinafikan lagi, guru-guru boleh mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta memilih bahan yang menarik dan bersesuaian dengan pengajaran yang dirancang. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam meningkatkan kualiti pengajaran dapat merangsang kanak-kanak serta menimbulkan minat dalam proses pengajaran. Seperti mana kita tahu kanak-kanak datang daripada pelbagai latar belakang, kecerdasan, keperluan dan cara belajar. Kanak-kanak akan mempelajari serta belajar sesuatu mengikut apa yang mereka minati dan mereka berasa seronok. Dalam kajian Aliza Ali (2012), telah menyatakan bahawa terdapat guru prasekolah yang tidak menggunakan kaedah pengajaran melalui bermain semasa proses pengajaran dilaksanakan. Dengan adanya pengajaran melalui bermain suasana pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih menyeronokkan disamping objektif pengajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Justeru itu, guru Menurut Fauziah (2010), kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 7 tahun mempunyai kecenderungan untuk melakukkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharian mereka dengan penggabungjalinan aktiviti berteraskan sambil bermain. Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti bermain menyediakan medium pembelajaran dimana kanak-kanak akan meneroka setiap aktiviti yang dijalankan. Penerokaan kanak-kanak semasa aktiviti belajar sambil bermain dapat meningkatkan daya imaginasi mereka. Konsep belajar dan main dapat dijalinkan bersama bagi menarik minat kanak-kanak-kanak. Pembelajaran akan menjadi perkara utama dan main akan menjadi perkara selingan dalam sesuatu proses serta tempoh pembelajaran. Guru yang tidak menerapkan belajar sambil main akan menimbulkan rasa bosan semasa proses pembelajaran. Dalam kajian Asmah (2001), mendapati bahawa guru prasekolah di brunei lebih memfokuskan pengajaran mereka pada konsep membaca, menulis dan mengira berbanding kaedah bermain kerana ibubapa lebih mahukan pencapaian akademik semata-mata. Hal ini sangat tidak bertepatan dengan jiwa dan naluri kanak-kanak yang lebih mengutamakan bermain. Ada sesetengah guru hanya menggunakan pembelajaran secara terus hanya mementingkan isi pengajaran yang ingin disampaikan, hal ini tidak sepatunya berlaku dalam proses pembelajaran. Kanak-kanak memerlukan suasana pembelajaran yang seronok dan mengembirakan mereka, konsep belajar melalui main adalah salah satu elemen yang penting yang boleh diterapkan sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Proses penyampaian ilmu pengetahuan oleh guru kepada kanak-kanak prasekolah juga amat penting. Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat untuk terus fokus dan belajar bersungguh-sungguh. Kaedah pengajaran guru yang masih menggunakan kaedah yang tradisional yang lebih berpusatkan guru akan menyebabkan matlamat utama kurikulum prasekolah kebangsaan tidak dapat dicapai dengan jayanya. Kanak-kanak yang pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan terhasil jika guru masih lagi menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru. Kajian Zamri Mahamod (2012) yang menyatakan bahawa pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti adalah bermula dari kesediaan seorang guru itu untuk menyampaikan bahan pengajaran. BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOPA) SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minat kanak-kanak agar terus bermotivasi untuk terus belajar. Abdul Rasid (2011) menyokong bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang optimum akan menghasilkan pembelajaran yang dapat memberikan kesan yang positif dalam diri kanak-kanak. Pembinaan bahan Ilustrasi Objek Padanan Abjad (IOPA) merupakan intervensi yang diperkenalkan oleh penyelidik bagi meningkatkan keupayaan mengecam huruf bagi kanak-kanak prasekolah.mengecam huruf adalah kemahiran asas dalam kemahiran membaca.bahan ini merupakan bahan bantu mengajaryang dapat membantu guru dalam memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak. Pengalaman bermakna ini adalah dimana guru mempelbagaikan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam proses

182 pembelajaran (Nik Azis, 2003).Pengalaman bermakna dapat diperolehi apabila kanak-kanak secara aktif malakukkan aktiviti yang melibatkan aktiviti melihat, mendengar, berfikir dan manipulasi tangan (khalijah, 1999). Hasil kajian Azlan & Nurdalina (2014) telah mendapati bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar(BBM) yang pelbagai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman dan dapat menarik minat untuk lebih fokus dan memahami apa yang diajarkan. Disamping itu juga penggunaan bahan yang pelbagai akan membantu guru dalam mempermudahkan kefahaman konsep dalam penyampaian. Hal ini telah disokong oleh penyelidik lain yang turut menyatakan penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan kemampuan akan memberikan kelebihan dalam proses penyampaian dan memudahkan kefahaman apa yang disampaikan. Penggunaan Bahan Ilustrasi Objek Padanan Abjad (IOPA) menerapkan pendekatan pembelajaran melalui bermain dalam penggunaan bahan tersebut.bermain adalah proses yang dapat menarik minat serta meningkatan tumpuan kanak-kanak semasa pembelajaran. Proses bermain kanak-kanak yang bermakna dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Kajian yang telah dijalankan oleh Fatimah Ali & Najeemah Mohd (2012), telah mendapati bahawa pendekatan pengajaran guru yang menggunakan kaedah bermain sebagai satu medium pengajaran dapat meningkatkan lagi penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran membaca.pendekatan bermain dalam konteks pendidikan prasekolah adalah sangat bersesuaian dengan sifat serta naluri kanak-kanak yang suka sesuatu yang menyeronokkan.bagi menggalakkan proses perkembangan ilmu, penggunaan kaedah baru yang kreatif dapat menyokong kanak-kanak dalam penguasaan pembelajaran yang kompleks dan abstrak (Silberman, 2009). Proses pembelajaran bahasa adalah lebih kukuh juga guru menggunakan pendekatan pembelajaran melalui bermain dimana pembelajaran konsep bahasa adalah abstrak sangat sesuai jika digandingkan dengan pendekatan secara konkrit (Aliza & Zamri, 2014). Pemahaman yang lebih mudah dapat digunakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rajah 1 menunjukkan elemen yang menyokong IOPA sebagai bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar Secara hands-on IOPA Belajar sambil bermain Dekat dengan kanakkanak Menarik Rajah1 Elemen yang menyokong IOPA sebagai bahan bantu mengajar Penggunaan bahan pengajaran yang menggabungkan beberapa eleman mampu memberikan kesan yang positif kepada guru dan kanak-kanak. Objektif pengajaran dapat dicapai dengan lebih jelas dengan adanya sokongan bahan bantu mengajar yang sesuai dan pelaksanaan pengajaran yang sistematik. Sehubungan dengan itu, guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar sebagai bahan sokongan semasa proses pengajaran di dalam kelas.

183 Pembangunan IOPA Model ASSURE sesuai digunakan sebagai panduan dalam membina bahan Ilustrasi Objek Padanan Abjad (IOPA) ini. Bagi meningkatkan keupayaan mengecam huruf model ASSURE adalah model bersesuaian untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE menjadi panduan bagi mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan model reka bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam langkah penting dalam model ASSURE yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan yang rapi dan tersusunakan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dimana pengajaran dan pembelajaran berlaku sebagai proses perkembangan secara berperingkat. Kajian Muslim & Heng Chai (2010) tentang membangunkan perisian Modul Alat Bantu Mengajar (ABM) menyokong bahawa model ASSURE adalah model yang sesuai untuk membangunkan bahan mengajar yang berorentasikan bilik darjah. Rajah 2 menunjukkan 6 langkah utama yang terdapat dalam reka bentuk model ASSURE. A S S U R E Analyse Learners (menganalisis pelajar) State Objectives (menyatakan Objektif) Select Methods, media & material (memilih kaedah, media dan bahan) Utilize media & material (Menggunakan media dan bahan) Require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) Evaluate & Revise (melakukkan penilaian dan pengubahsuaian) CADANGAN Rajah 2Langkah utama reka bentuk model ASSURE Pengunaan Bahan Ilustrasi Objek Padanan Abjad (IOPA) merupakan inovasi yang diharapkan dapat meningkatkan keupayaan mengecam huruf bagi kanak-kanak prasekolah.kemahiran mengecam huruf merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran literasi di peringkat prasekolah. Semua guru akan memperkenalkan dan memastikan kanak-kanak prasekolah mengenal huruf-huruf sebelum berpindah kepada kemahiran yang seterusnya. Ini kerana mengecam huruf merupakan tunjang utama dalam proses pembelajaran. Tanpa kemahiran asas ini, pembelajaran tidak dapat berlaku dengan sempurna. Kemahiran asas ini perlu dipertingkatkan dengan penguasaan mengecam dan kefahaman supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar perlulah digunakan secara meluas dan penggunaanya mestilah secara sistematik dan tersusun. Penggunaan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan lagi kefahaman kanak-kanak khususnya kanak-kanak prasekolah. Penggunaan bahan bantu mengajar mestilah menggunakan bahan yang maujud dan dekat dengan kanak-kanak barulah dapat merangsang kemahiran yang ingin difokuskan. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minat kanak-kanak dan agar terus bermotivasi untuk terus belajar. Penggabungjalinan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah dilaksanakan pada setiap sesi pengajaran.pengabungjalinan pelbagai aktiviti seperti pendekatan belajar sambil bermain perlulah dilaksanakan oleh semua guru.pendekatan belajar melalui bermain sangat sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah, dimana naluri kanak-kanak pada peringkat umur ini adalah mereka sukakan perkara yang dapat memberikan keseronokkan kepada mereka.suasana pembelajaran yang menyeronokkan dapat diwujudkan jika guru menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Cadangan yang seterusnya adalah memberikan latihan dan kursus kepada para guru prasekolah dalam mempelbagaikan kaedah serta teknik pengajaran bagi memastikan kualiti pendidikan awal kanak-kanak terus berkualiti. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan fasa yang sangat penting bagi memastikan perkembangan kanak-kanak terus berkembang pada masa akan datang. Dengan adanya latihan dan kursus

184 kualiti prasekolah dapat dipertingkatkan dan guru prasekolah berada dalam tahap keupayaan yang terbaik dalam mendidik kanak-kanak. KESIMPULAN Seseorang guru itu mestilah mempunyai kesediaan dan ilmu pengetahuan yang tinggi bagi merealisasikan aspirasi pendidikan Negara. Kanak-kanak merupakan insan yang bakal memimpin negara pada masa akan datang oleh sebab itu perkembangan segala potensi serta kemahiran perlu dikembangkan secara seimbang. Langkah pertama adalah bermula di institusi pendidikan awal kanak-kanak dimana pelbagai kemahiran serta potensi diri mereka dikembangkan dan kemahiran paling asas adalah kemahiran membaca.penguasaan kemahiran mengecam huruf pada peringkat awal prasekolah akan memberikan kelebihan kepada kanakkanak yang dapat menguasai dengan cepat. Penggunaan bahan Ilustrasi Objek Padanan Abjad (IOPA) diharapkan dapat membantu guru dalam meningkatkan keupayaan mengecam huruf bagi kanak-kanak prasekolah. Rujukan Abdul Rashid Jamian. 2011. Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 1-12. Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas) (Akta 550).Warta Kerajaan. Aliza Ali & Zamri Mahmod. 2014. Pembangunan modul pendekatan berasaskan bermain bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa kanak-kanak prasekolah. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Bahasa Melayu Kali Ke-3, 253-266. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pendidikan. Aliza Ali. 2012. Persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan bermain bagi aspek perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Asmah Morni. 2001. Play in Brunei preschool classrooms: In journal of Applied Research in Education, 2002, Vol.2,No.4,203-213. Azizah lebai nordin. 2002. Hubungan antara pengetahuan dan amalan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Proceedings of ICEFA 2002. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.hlm.83-89 Fauziah Md.Jaafar. 2010. Kepentingan aktiviti bermain di dalam pendidikan prasekolah Bidang Pendidikan, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia Silberman, M. 2009. Active learning: 101 strategies to teach any subject. United State of America: Pearson Education. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2010. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaa..Kuala Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2010. Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah. Pusat Perancangan Kurikulum. Khalijah Mohd Salleh. 1999. Metodologi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik: satu pendekatan yang praktikal. Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains.7.61-83. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lu Chung Chin 2015, pembangunan dan keberkesanan modul berasaskan pendekatan permainan (MBPP) dalam pendidikan awal matematik prasekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Muslim Bin Jonid & Heng Chai Yen. 2010. Membangunkan Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (Abm) Bertajuk Pengangkutan Oksigen Di Dalam Badan Manusia Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Nik Azis Nik Pa. 2003. Syarahan Perdana: Pendidikan Matematik di Malaysia dalam Abad ke-21: Harapan dan Cabaran. Universiti Malaya. Zamri Mahamod. 2012. Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan bahasa Melayu. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.