BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

"66O "8 '

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Faculty Of Information and Communication Technology

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4, DI TIGA BUAH SEKOLAH KAWALAN, DAERAH PASIR GUDANG, JOHOR.

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

Hakcipta tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NOORHASNI BINTI HASAN

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

Transcription:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16(Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP PENGARUH GAYA HIDUP DI ASRAMA DALAM MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KLUANG, JOHOR SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya: RAFIDAH BT AHMAT MISKAM (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : LOT 1054B, LRG SEPAKAT, KG. SRI GADING, MUKIM 5, 83300 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM (TANDATANGAN PENYELIA) PM. DR. BAHARUDDIN BIN ARIS Nama Penyelia Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 APRIL 2006 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

ii Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Tandatangan :... Nama Penyelia : PM. DR. BAHARUDDIN BIN ARIS Tarikh : 21 APRIL 2006

iii TAHAP PENGARUH GAYA HIDUP DI ASRAMA DALAM MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KLUANG, JOHOR RAFIDAH BINTI AHMAT MISKAM Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

iv Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : RAFIDAH BINTI AHMAT MISKAM Tarikh : 21 APRIL 2006

v DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Buat Ayahanda dan Bondaku yang Tercinta, Ahmat Miskam Bin Sartam & Norsiah Binti Hj. Abdul Hamid Tidak ada apa yang dapat diri ini pinta selain hanyalah doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Alhamdulillah, harapanmu yang menggunung untuk melihat anahandamu ini menggenggam segulung ijazah telah ku tunaikan. Segala dorongan dan pengorbananmu yang tidak pernah kenal erti jemu selama ini tidak dapat ku balas. Hanya Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya. Buat Kekanda-kekandaku & Adinda-adindaku yang Tersayang, Kekanda Hishamuddin & Mohd. Salehuddin, Adinda Mohd.Ainuddin, Muhamad Azamuddin,, Raibatul Adawiah & Nurul Ashikin Terima kasih yang tidak terhingga buat kekanda-kekandaku dan adinda-adindaku yang sentiasa memberi kata-kata perangsang dan semangat dalam apa jua lapangan yang kuceburi. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmat-nya untuk kekanda dan adinda sekalian. Buat Guru-guru & Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi, Ilmu yang kalian curahkan, akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang diredhai-nya. Tanpa tunjuk ajar kalian, siapalah diri ini. Semoga Allah memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa. Jazakallahu khairon kastiron CIKGU. Jazakallahu khairon kathiron PENSYARAH. Buat Sahabat Perjuangan yang Dikasihi, Faiz, Ina, Ainshah, Yati, AinG, Yana, Jaja, Rose, Nir, Ino, Mah, Ecah, K. Azwa, Abu, Along... Jazakallahu khairon kathiron yang tidak terhingga buat kalian yang telah banyak membantu sahabatmu ini menempuhi segalanya. Semoga kalian mendapat keredhaan Allah, dunia akhirat. Sekian, Wassalam.

vi PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-nya penyelidikan yang dilaksanakan ini dapat disiapkan sepenuhnya dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, penyelidik ingin merakamkam setinggi-tinggi penghargaan ikhlas buat penyelia PM. Dr. Baharuddin Bin Aris yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam menasihat, membimbing, memberi dorongan dan semangat serta tunjuk ajar yang sangat berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Di kesempatan ini, penyelidik juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Ruba ie Bin Said dan cikgu Ismail Hasni Bin Haim selaku warden asrama dan para pelajar asrama tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang jitu dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar. Akhir sekali, tidak dilupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu dalam mencetuskan idea-idea yang bernas untuk memastikan penyelidikan ini dapat dihasilkan dengan sempurna. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah S.W.T memberkati kalian semua. Amin. Sekian, terima kasih.

vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh gaya hidup di asrama dalam membentuk disiplin pelajar. Terdapat empat pengaruh yang dinilai iaitu pengaruh rakan sebaya, pihak pentadbiran dan pengurusan asrama, aktiviti-aktiviti asrama dan peraturan asrama. Seramai 222 orang pelajar asrama tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Set soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian. Nilai kebolehpercayaan set soal selidik ini adalah α = 0.90. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science Version 11.5 (SPSS). Analisis kuantitatif secara deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus dan min telah digunakan dalam tatacara penganalisaan data. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengaruh rakan sebaya dan aktiviti-aktiviti asrama berada pada tahap yang tinggi dalam mempengaruhi pembentukan disiplin pelajar di asrama manakala tahap pengaruh pihak pentadbiran dan pengurusan asrama serta peraturan asrama pula berada pada tahap yang sederhana.

viii ABSTRACT The purpose of this research is to evaluate the influence level of hostel life style in developing student s discipline. The factors which influence student s discipline are peers, hostel s administration and management, hostel s activities and hostel s rules. The research involved 222 form five hostel s students at Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor. A set of questionnaire was carried out to obtain information on the research topic. The reliability value of this questionnaire is α = 0.90. Statistical Package for the Social Science Version 11.5 (SPSS) was used to analyze the data. Descriptive quantitative analysis in a form of frequency, percentage and mean is used in the data analysis process. For the overall result, the research shows that the influences level of peers and hostel s activities at a high level influence development student s discipline in hostel while the influences level of hostel s administration and management and hostel s rules at a moderate level.

ix SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PEMBIMBING JUDUL PENGAKUAN PENYELIDIK DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii viii ix xiii xv xvi xvii BAB 1 PENDAHULUAN 01 1.1 Pengenalan 01 1.2 Latar Belakang Masalah 03 1.3 Pernyataan Masalah 05 1.4 Objektif Kajian 06 1.5 Persoalan Kajian 07 1.6 Kepentingan Kajian 07 1.7 Skop dan Batasan Kajian 08

x 1.8 Definisi Operasional 08 1.9 Penutup 13 BAB II SOROTAN KAJIAN 14 2.1 Pengenalan 14 2.2 Rakan Sebaya 15 2.3 Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Asrama 17 2.4 Aktiviti-aktiviti Asrama 22 2.4.1 Aktiviti Kerohanian 23 2.4.2 Aktiviti Riadah dan Sukan 24 2.4.3 Aktiviti Gotong-Royong 25 2.5 Peraturan Asrama 25 2.6 Penutup 29 BAB III METODOLOGI KAJIAN 31 3.1 Pengenalan 31 3.2 Reka Bentuk Kajian 31 3.3 Tempat Kajian 32 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 32 3.5 Instrumen Kajian 33 3.5.1 Bahagian A 34 3.5.2 Bahagian B 35 3.6 Kajian Rintis 36 3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian 37 3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 38 3.7 Prosedur Kajian 39 3.8 Analisis Data 41 3.9 Penutup 42

xi BAB V ANALISIS DATA 43 4.1 Pengenalan 43 4.2 Analisis Data Bahagian A 44 4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 4 4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Aliran 44 4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Status 45 Sebelum ke Sekolah Ini 4.3 Analisis Data Bahagian B 45 4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 46 4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 49 4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 52 4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 56 4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 59 4.5 Penutup 60 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 62 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan Bahagian A 64 5.3 Perbincangan Bahagian B 65 5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 65 5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 67 5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 71 5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 73 5.4 Rumusan Persoalan Kajian 76 5.5 Cadangan 79 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 81 5.7 Penutup 82 VI RUJUKAN 83

xii VII LAMPIRAN 88 Soal Selidik Pelajar 88 Surat Akuan Fakulti Pendidikan 94 Surat Kebenaran EPRD 95 Surat Kebenaran JPN 97 Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 98

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Item Berdasarkan 35 Persoalan Kajian 3.2 Skala Empat Mata 36 3.3 Perubahan Skala Empat Mata 41 Kepada Dua Mata 3.4 Kriteria Penilaian Skor Min 41 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 44 4.2 Taburan Responden Berdasarkan Aliran 44 4.3 Taburan Responden Berdasarkan Status 45 Sebelum ke Sekolah Ini 4.4 Taburan Responden (N=222) Mengikut 46 Frekuensi, Peratus dan Min Berkaitan Apakah Tahap Pengaruh Rakan Sebaya Dalam Pembentukan Disiplin Pelajar di Asrama.

xiv 4.5 Taburan Responden (N=222) Mengikut 49 Frekuensi, Peratus dan Min Berkaitan Apakah Tahap Pengaruh Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Asrama Dalam Membentuk Disiplin Pelajar di Asrama 4.6 Taburan Responden (N=222) Mengikut 52 Frekuensi, Peratus dan Min Berkaitan Apakah Tahap Pengaruh Aktiviti-Aktiviti Asrama Dalam Mempengaruhi Pembentukan Disiplin Pelajar di Asrama 4.7 Taburan Responden (N=222) Mengikut 56 Frekuensi, Peratus dan Min Berkaitan Apakah Tahap Pengaruh Peraturan Asrama Dalam Mempengaruhi Pembentukan Disiplin Pelajar di Asrama 4.8 Taburan Keseluruhan Purata Min bagi 59 Empat Persoalan Kajian yang Mempengaruhi Pembentukan Disiplin Pelajar di Asrama

xv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 40

xvi SENARAI SINGKATAN EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan HEM - Hal Ehwal Murid IPT - Institusi Pengajian Tinggi JPN - Jabatan Pelajaran Negeri KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia MCKK - Maktab Melayu Kuala Kangsar SPM - Sijil Pelajaran Malaysia SPSS - Statistical Package For Social Science STAR - Sekolah Tuanku Abdul Rahman

xvii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 88 B Surat Akuan Fakulti Pendidikan 94 C Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan 95 Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (EPRD) D Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 97 E Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 98

18 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam menongkah arus globalisasi dewasa kini, kebejatan akhlak dan kemerosotan disiplin di kalangan remaja di institusi pendidikan baik di peringkat rendah mahupun tinggi kini kian meruncing dan kelihatan amat sukar untuk dibendung. Perbagai insiden kesalahan tatatertib sehingga ke tahap paling serius termasuk memukul, gangsterism, buli, samseng, pelacuran, zina dan membunuh kini menjadi-jadi di sekolah sehingga di IPT. Beberapa kes yang dilaporkan kebelakangan ini di media massa menggambarkan wujudnya kepincangan yang amat ketara dalam keperibadian remaja masa kini. Bukan menjadi suatu berita yang mengejutkan apabila disiarkan kes pelajar berkelakuan ganas seperti perkelahian antara kumpulan pelajar, bertindak ganas terhadap guru, tindakan merosak harta awam, merokok, mengedar bahan lucah dan juga melakukan maksiat. Walaupun terdapat pelbagai peraturan diwujudkan untuk mengawal disiplin pelajar, namun ternyata masalah disiplin ini semakin membarah. Di manakah kelemahan pengawasan disiplin yang berlaku masa kini? Apakah yang menyebabkan peraturan-peraturan yang wujud tidak mampu membentuk dan

19 memperbaiki disiplin pelajar? Adakah pengaruh-pengaruh persekitaran yang tidak baik menyebabkan pelajar bertindak sedemikian? Soalnya dengan adanya guru-guru kaunseling sepenuh masa dan guru-guru disiplin di semua sekolah, kenapa kegiatan dan insiden ini semakin serius? Lebih memeranjatkan lagi, fenomena yang semakin meruncing ini bukan sahaja berlaku di sekolah harian biasa malah di sekolah berasrama di mana para pelajarnya sentiasa dididik dengan disiplin yang tinggi. Oleh hal demikian, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menyingkap tahap pengaruh gaya hidup di asrama dalam membentuk disiplin para pelejar ke arah kehidupan yang lebih kondusif. Ini adalah bersandarkan kepada andaian bahawa peranan asrama adalah penting dalam menjana pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Ia bertepatan dengan kenyataan Ee Ah Meng (1994) yang menegaskan bahawa sekolah bukan sahaja bertindak sebagai sebuah institusi untuk para pelajar menerima pelajaran tetapi juga dianggap sebagai tempat yang boleh membimbing para pelajar supaya menjadi manusia yang berpesonaliti positif seperti berakhlak mulia, bertanggungjawab dan bersopan-santun. Dalam erti kata lain, sekolah berfungsi untuk membina disiplin dan membentuk sahsiah diri pelajar itu sendiri. Kenyataan ini bersesuaian dengan salah satu objektif penubuhan sekolah-sekolah berasrama iaitu melatih para pelajar ke arah membina sifat-sifat mahmudah dan personaliti yang telah dinyatakan tadi. Jika diamati dengan teliti, objektif penubuhan sekolah-sekolah berasrama ini juga sejajar dengan apa yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara yang dipetik dalam buku panduan latihan mengajar (2000) iaitu: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Falsafah Pendidikan Negara)

20 Jadi, untuk mendokong hasrat ini, seharusnya pembudayaan asrama yang cuba diterapkan kepada setiap pelajar membolehkan mereka menghayati setiap aspirasi kerajaan. Program-program dan aktiviti-aktiviti yang menjurus ke arah peningkatan akademik dan disiplin sepatutnya dilaksanakan dengan lebih giat lagi dari semasa ke semasa di asrama dan tidak di pandang enteng oleh semua guru. Dalam usaha menjadikan asrama sekolah sebagai sebuah institusi yang berpotensi melahirkan para pelajar yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang akademik dan kokurikulum, malah sahsiah dan nilai-nilai murni seperti yang dikehendaki dalam agama dan masyarakat, KPM, JPN dan sekolah perlulah bersiap sedia untuk mengharungi cabaran ini dengan pelbagai langkah yang efektif dalam semua aspek. Keberkesanan setiap program sedia ada perlu dinilai dengan lebih teliti lagi. Begitu juga penyusunan semula strategi yang lebih berkesan sangat perlu dilaksanakan secara istiqamah supaya kecemerlangan yang diharapkan sentiasa di tahap yang membanggakan. Pelbagai pihak akan menuding jari dan menyalahkan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan asrama serta seringkali mempertikaikan kewibawaan para guru sekiranya institusi pendidikan ini gagal berperanan dengan cemerlang. Oleh itu, untuk membuktikan institusi sekolah ini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa dan cemerlang dalam pelbagai aspek, asrama sekali lagi memainkan peranan ini dengan meyakinkan masyarakat bahawa kecemerlangan para pelajar boleh dididik dengan sistem yang teratur dan efisyen. 1.2 Latar Belakang Masalah Masalah disiplin di kalangan pelajar semakin hari semakin membimbangkan. Insiden ini bukan sahaja berlaku di sekolah harian biasa malah di sekolah berasrama di mana para pelajarnya sentiasa dididik dengan disiplin yang tinggi. Gejala ini terbukti apabila fenomena delinkuen yang membabitkan golongan pelajar remaja

21 cemerlang dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) berlaku apabila mereka menunjukkan parang kepada warden asramanya. Selain itu, 20 orang pelajar tingkatan 5, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) disingkirkan kerana menghidupkan kegiatan ala samseng High Council di sekolah (Berita Harian, 18 Ogos 2003). Gejala ini menimbulkan suasana perbincangan yang lebih komlikated di kalangan ahli masyarakat. Selain itu, 21 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat telah digantung persekolahan mereka kerana memukul pelajar junior iaitu Mohd. Hafizi, 16 tahun yang telah mengakibatkannya kehilangan buah pinggang sebelah kiri (Berita Harian, 2 September 2003). Di samping itu, kejadian yang lebih serius lagi terjadi iaitu kes bunuh yang berlaku ke atas seorang pelajar tingkatan 4, Muhammad Farid Ibrahim, 16 tahun dari Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan yang dipercayai dibelasah oleh sekumpulan 14 orang pelajar senior di asrama sekolah berkenaan (Utusan Melaysia, 30 Mac 2004). Ini menunjukkan bahawa betapa dangkalnya pemikiran dan pincangnya akhlak pelajar masa kini. Baru-baru ini pula, kes buli yang berlaku ke atas Mohd. Afiq Qusyairi iaitu pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang telah menyebabkannya hampir lumpuh (Berita Harian, 24 April 2005). Fenomena yang berlaku ini menunjukkan kepada kita bahawa sekolahsekolah kerajaan berasrama terpilih yang mempunyai para pelajar berkualiti dan cemerlang dalam akademik jelas tidak menjamin ketertiban dan disiplin dapat dibentuk lantaran penekanan kepada pembinaan akhlak tidak diberi perhatian serius. Sekolah berasrama sepatutnya menjadi model sebagai sebuah sekolah yang berdisiplin, terserlah dalam bidang akademik dan kokurikulum serta mempunyai pelajar berakhlak tinggi hasil bimbingan para guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab. Kepincangan akhlak para pelajar ini jelas menunjukkan terdapatnya beberapa faktor dalaman yang berlaku dalam masyarakat amnya dan persekitaran pelajar itu sendiri di asrama khususnya. Walhal KPM telah membentuk

22 dan melaksanakan kurikulum bersepadu yang merentasi semua aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani di sekolah seiring dengan perkembangan psikologi remaja Oleh yang demikian, untuk mengupas persoalan ini, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap pengaruh gaya hidup di asrama dalam membentuk disiplin para pelajar ke arah disiplin yang cemerlang. Menurut Abd. Halim Othman yang dirujuk melalui jurnal Kamaruddin Kassim (1998), pengaruh asrama ke atas pelajar kerap dibincangkan dari segi faktor persekitaran, pencapaian akademik, aktiviti-aktiviti pelajar, perpaduan sosial, hubungan rakan sebaya dan sebagainya. Justeru itu, faktor-faktor tinjauan yang dikaji oleh penyelidik hanyalah dalam ruang lingkup faktor dalaman asrama itu sendiri iaitu pengaruh rakan sebaya, pihak pentadbiran dan pengurusan asrama, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan peraturan yang dilaksanakan di asrama. 1.3 Pernyataan Masalah Akhir-akhir ini, kes perlanggaran disiplin di sekolah umumnya dan asrama khususnya semakin banyak dilaporkan. Sesetengahnya adalah pada tahap yang amat membimbangkan. Berita mengenai gejala buli, gangsterisme dan samseng di kalangan pelajar kian menjadi tajuk penting di dada-dada akhbar tempatan. Pada tahun 2002 Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu) telah melancarkan Polisi Sekolah Selamat di Sungai Petani, Kedah dan ia mula dilaksanakan oleh dua puluh buah sekolah. Pada tahun 2003, semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara telah melaksanakan polisi berkenaan. Walaupun pelaksanaan polisi tersebut telah dilakukan, masih lagi terdapat kes-kes perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah. Sebagai contoh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor kehilangan buah pinggang kirinya setelah dibelasah sekumpulan pelajar asrama sekolahnya. Malah kejadian yang lebih serius lagi berlaku apabila seorang pelajar tingkatan 4, Mohamad Farid Ibrahim, 16 tahun dari Sekolah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan meninggal dunia akibat dibelasah

23 oleh sekumpulan pelajar senior sekolah tersebut. Memandangkan gejala yang serius ini melibatkan para pelajar asrama yang diketahui umum sentiasa terdidik dengan disiplin yang tinggi, penyelidik berminat untuk mengetahui tahap pengaruh faktorfaktor yang terhampir sekali di sekeliling mereka di asrama yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Oleh itu, penyelidik telah mengambil inisiatif untuk mengkaji tahap pengaruh gaya hidup di Asrama Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor dalam pembentukan disiplin mereka. Pengaruh tersebut ialah pengaruh rakan sebaya, pihak pentadbiran dan pengurusan asrama, aktiviti-aktiviti asrama dan peraturan asrama bagi mengupas persoalan keruntuhan akhlak pelajar asrama masa kini. 1.4 Objektif Kajian Objektif adalah tujuan dan matlamat utama yang ingin dicapai dalam sesuatu kajian yang dilaksanakan. Melalui penetapan objektif yang dibuat, penyelidik akan memperolehi garis panduan dalam memastikan kajian yang dijalankan menjurus ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Berikut merupakan objektif-objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik dalam mengkaji tahap pengaruh gaya hidup di asrama dalam membentuk disiplin pelajar: i) Untuk menilai tahap pengaruh rakan sebaya dalam pembentukan disiplin pelajar di asrama. ii) Untuk menilai tahap pengaruh pihak pentadbiran dan pengurusan asrama dalam membentuk disiplin pelajar. iii) Untuk menilai tahap pengaruh aktiviti-aktiviti asrama dalam mempengaruhi pembentukan disiplin pelajar. iv) Untuk menilai tahap pengaruh peraturan asrama dalam mempengaruhi pembentukan disiplin pelajar.

24 1.5 Persoalan Kajian Secara khususnya, matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap beberapa persoalan kajian seperti berikut: i) Apakah tahap pengaruh rakan sebaya dalam pembentukan disiplin pelajar di asrama? ii) Apakah tahap pengaruh pihak pentadbiran dan pengurusan asrama dalam membentuk disiplin pelajar di asrama? iii) Apakah tahap pengaruh aktiviti-aktiviti asrama dalam mempengaruhi pembentukan disiplin pelajar di asrama? iv) Apakah tahap pengaruh peraturan asrama dalam mempengaruhi pembentukan disiplin pelajar di asrama?