Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

Similar documents
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Faculty Of Information and Communication Technology

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

An Investigation into Teacher Practice of Jigsaw Technique in Teaching Narrative for Eight Graders of SMPN 1 Menganti

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Online Cooperative Learning for Communication and Team Working Skills Enhancement

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

Transcription:

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Khairul Anuar Abdul Rahman khairulanuar.abdulrahman@gmail.com Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia Muhammad Sukri Saud p-sukri@utm.my Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia Yusri Kamin p-yusri@utm.my Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia Norazrena Abu Samah norazrena@utm.my Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia Abstrak Dalam Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMK 11), pembangunan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan diberi penekanan oleh kerajaan untuk memacu arus pembangunan negara demi mencapai status negara maju pada tahun 2020. Bagi merealisasikan matlamat ini, penambahbaikan harus dilakukan dalam sistem pendidikan kini dengan memberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran kini, pengkaji menjalankan kajian untuk mengenal pasti kekangan dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional. Sampel kajian ini terdiri daripada sebelas orang pensyarah di Kolej Vokasional yang mengajar Kursus Teknologi Elektrik di Semenanjung Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah temu bual tidak berstruktur. Kaedah analisis data adalah menggunakan analisis tema terhadap traskrip temu bual. Dapatan kajian ini mendapati terdapat tiga masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasiona iaitu kekangan masa, peratan terhad dan tidak terkini serta pelajar berasa bosan dan tidak menunjukkan minat untuk mendalami teori pembelajaran. Implikasi daripada kajian ini dapat digunakan sebagai panduan dalam kajian-kajian akan datang untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dinyatakan dalam kajian ini. Kata kunci: Pengajaran, pembelajaran, elektrik, pensyarah dan pelajar.

1.0 Pendahuluan Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9), kerajaan telah menetapkan target untuk membangunkan modal insan yang kompeten dalam pelbagai aspek. Salah satu paradigma yang telah dilakukan oleh kerajaan adalah dengan melakukan penjenamaan semula dengan menaik taraf sekolah vokasional kepada Kolej Vokasional dengan menawarkan sijil dan diploma kemahiran mengikut bidang yang ditawarkan. Target ini diteruskan dan diperkukuhkan lagi dalam Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMK-11) iaitu membangunkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan oleh kerajaan untuk memacu arus pembangunan negara demi mencapai status negara maju pada tahun 2020. Bagi merealisasikan matlamat ini, penambahbaikan harus dilakukan dalam sistem pendidikan kini dengan memberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, golongan pelaksana iaitu pensyarah di Kolej Vokasional perlu diberikan sokongan dalam segala aspek seperti bahan pengajaran agar dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan serta bilangan prasarana kemudahan juga perlu ditambah mengikut keperluan pelajar disamping mempunyai peralatan pembelajaran yang mengikut standard yang ditetapkan industri dan berteknologi terkini. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas lagi, tinjauan telah dilakukan di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh Malaysia untuk melihat sebarang masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran supaya penambahbaikan boleh dilakukan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 2.0 Kajian Literatur Pendidikan abad ke 21 memberi penekanan yang signifikan terhadap keperluan pengajaran dan pembelajaran (PdP) masa kini. Penekanan terhadap memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) seperti yang diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025 merupakan lonjakan terhadap keperluan penyediaan tenaga kerja yang kompetan bagi menjadi negara maju (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Perubahan pendidikan abad ke 21 ini menyebabkan trend PdP terkini berubah mengikut kesesuaian semasa. Sebagai contoh pembelajaran mobile semakin menjadi perhatian kebanyakkan negara untuk diaplikasikan dalam PdP mereka. Kewujudan pembelajaran ini membolehkan pelajar menerima pembelajaran pada bila-bila masa, di manamana sahaja dan dengan apa-apa peralatan sekalipun. Selain membenarkan pelajar mengambil dan mengkaji nota mengikut masa dan kesesuaian mereka sendiri, peralatan mobile mudah dibawa ke mana-mana untuk aktiviti pembelajaran (Siraj & Saleh, 2004). Tetapi secara dasarkan, pengajaran dalam PTV masih menggunakan kaedah tradisional walaupun telah wujudnya perkembangan dalam pengajaran kini. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) sememangnya tidak dapat disangkal lagi sebagai pemangkin pembangunan negara (Asnul Dahar, Ruhizan, Kamalularifin, & Muhammad Khair, 2013). Ini turut diberi penekanan oleh kerajaan untuk melahirkan dan memperkukuhkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan yang terkandung dalam RMK-9 iaitu terkandung dalam teras kedua bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara (Asnul Dahar, et al., 2013) selari dengan hasrat kerajaan RMK-10 dan kini masih diteruskan dalam RMK-11. Menurut Asnul Dahar, et al (2013), dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10), tenaga pengajar dalam PTV perlu meningkatkan kaedah pengajaran yang lebih baik dan efektif. Dalam menuju menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, majikan-majikan lebih kritikal dalam aspek pemilihan pekerja baru (Mohamad Sattar, Md Yusof, Napsiah, Rashid, & Roseamnah, 2009) disebabkan kualiti graduan yang dikeluarkan oleh universiti tempatan tidak menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh sektor pekerjaan (Othman, Mohd Salleh, Syed

Abdullah, & Sulaiman, 2008). Tambahan pula, dengan perubahan teknologi yang semakin maju dan canggih dimasa ini (Rohana & Aede Hatib, 2012). Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah perkara utama yang perlu diberi penekanan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan. Untuk memastikan sekiranya terdapat perkara yang berbangkit dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah dan pelajar di institusi-institusi kemahiran, pengkaji telah melakukan tinjauan di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.0 Objektif Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar ketika berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional. 4.0 Metodologi Kajian Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual terhadap sebelas orang pensyarah di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia yang berasingan di Semenanjung Malaysia yang mengajar dalam Kursus Teknologi Elektrik. Temu bual yang telah dijalankan ini adalah berbentuk temu bual tidak berstruktur. Pengkaji sendiri telah terlibat dalam mengumpul data dan set temu bual. Berdasarkan kepada Othman Lebar (2006), pengkaji merupakan instrumen utama dalam pengumpulan data dan analisis data dalam penyelidikan kualitatif. Temu bual ini dijalankan untuk mendapatkan data tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik. Transkrip data temu bual dianalisis untuk menjawab persoalan kajian. Data mentah daripada temu bual yang telah dilakukan direkod, disusun dan dianalisis serta ditafsirkan untuk menjadikannya bermakna dalam kajian ini. Cara penganalisis data ini merujuk kepada Miles dan Huberman (1994) iaitu data dianalisis melalui tiga prosedur iaitu mereduksikan data, membuat verifikasi dan mempersembahkan data. Data-data yang diperolehi ini ditranskripkan untuk menjawab persoalan kajian. Dalam melakukan proses mereduksikan data temu bual, pengkaji membaca beberapa kali transkrip temu bual dan seterusnya pengkaji telah memilih dan meringkaskan data yang bermakna kepada kajian. Data yang bermakna telah diklasifikasikan ke dalam unit yang dinamakan segmenting manakala data yang tidak memberi makna telah diabaikan. Setelah semua data telah ditranskripkan, pengkaji telah menggunakan sistem koding berdasarkan cadangan yang telah dibuat oleh Creswell (2002), Merriam (2001) dan Marohaini (2001). Penetapan kod bagi setiap transkrip dan setiap segmen adalah penting untuk memudahkan proses mendapatkan semula data asal dan membuat rujukan silang maklumat ketika menulis dan membuat laporan (Marohaini, 2001). Hasil temu bual yang telah dijalankan dalam kajian ini boleh dilihat pada topik seterusnya. Jadual 1.0 menunjukkan peserta kajian yang terlibat dengan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji beserta dengan institusi-institusi tempat mereka berkhidmat.

Jadual 1.0: Peserta Kajian Mengikut Pusat Perkhidmat Peserta Kajian Kolej Vokasional (KV) (PK) PK 1 KV Seri Manjung (PK1) PK 2 KV Labuh Cator PK 3 KV Kuala Kangsar PK 4 KV Seberang Perai PK 5 KV Kulim PK 6 KV Kangar PK 7 KV Seri Iskandar PK 8 KV Slim River PK 9 KV Segamat PK 10 KV Juasseh PK 11 KV Wakaf Tembesu 5.0 Keputusan Hasil temu bual yang telah dilakukan, pengkaji mendapati masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran adalah pelajar mengantuk di dalam bengkel,tidak berminat kepada teori pembelajaran dan fokus ketika pengajaran dan pembelajaran adalah singkat. Ini dinyatakn oleh Peserta Kajian 1 dan Peserta Kajian 4 iaitu: PK1: pelajar sering mengantuk di dalam kelas, tidak menunjukkan minat kepada teori pembelajaran yang disampaikan serta tiada fokus yang lama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran PK4: penguasaan teori pelajar adalah lemah dan tidak menunjukkan minat untuk menguasai teori-teori pembelajaran Selain itu, pengkaji mendapati masa pengajaran dan pembelajaran adalah tidak mencukupi untuk menglaksanakan segala kemahiran yang sepatutnya. Ini dinyatakn oleh Peserta Kajian 2, Peserta Kajian 6 dan Peserta Kajian 8 iaitu: PK2: masa yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi untuk menyampaikan pengetahauan dan kemahiran yang sepatutnya pelajar perolehi PK6: masa pembelajaran adalah tidak mencukupi PK8: masa amali yang diperuntukkan tidak mencukupi Tambahan pula peralatan ketukangan yang digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran adalah lama, tidak mencukupi dan tidak mengikuti teknologi terkini. Ini dinyatakan oleh beberapa Peserta Kajian iaitu: PK3: peralatan ketukangan adalah lama, tidak mencukupi dan tidak mengikut perkembangan semasa PK6: peralatan ketukangan yang digunakan pada sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah tidak mencukupi

PK7: peralatan tidak mencukupi dan tidak mengikuti perkembangan semasa PK9: peralatan yang sedia ada adalah tidak terkini PK10: peralatan adalah tidak mencukupi PK11: peralatan lama dan tidak mencukupi, tidak terkini dengan teknologi semasa dan tidak sama dengan kehendak industri Jadual 2.0 menunjukkan rumusan temu bual yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional. Jadual 2.0: Permasalahan yang dihadapi oleh Pensyarah dan Pelajar pada sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Peserta Kajian Kolej Vokasional (KV) Masalah yang dihadapi (PK) PK 1 KV Seri Manjung (PK1) Pelajar mengantuk di dalam kelas, tidak berminat kepada teori pembelajaran dan fokus didalam kelas tidak lama PK 2 KV Labuh Cator Masa tidak mencukupi untuk menghabiskan silibus PK 3 KV Kuala Kangsar Peralatan ketukangan adalah lama, tidak mencukupi dan tidak mengikut perkembangan semasa PK 4 KV Seberang Perai Penguasaan teori pelajar adalah lemah dan tidak berminat untuk menguasai teori-teori pembelajaran PK 6 KV Kangar Peralatan ketukangan tidak mencukupi Masa yang diperuntukkan tidak mencukupi PK 7 KV Seri Iskandar Peralatan tidak mencukupi dan tidak mengikuti perkembangan semasa PK 8 KV Slim River Masa amali yang diperuntukkan tidak mencukupi PK 9 KV Segamat Peralatan yang sedia ada lama dan tidak mengikuti silibus yang baru PK 10 KV Juasseh Pelajar yang ponteng kelas akan tertinggal Peralatan tidak mencukupi dimana peralatan baru dan lama PK 11 KV Wakaf Tembesu Peralatan lama dan tidak mencukupi, tidak terkini dengan teknologi semasa dan tidak sama dengan kehendak industry

6.0 Perbincangan Hasil temu bual yang telah dilakukan, pengkaji telah mengkelaskan permasalahan yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia kepada tiga tema iaitu kekangan masa pembelajaran, peralatan tidak mencukupi dan tidak terkini dan pelajar berasa bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran disamping tidak berminat untuk menguasai teori pembelajaran. Bagi tema pertama iaitu kekangan masa pembelajaran, hasil dapatan menunjukkan masa yang diperuntukkan bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah terhad. Ini menyebabkan pensyarah tidak berkesempatan untuk mengulangi sesuatu topik sekiranya pelajar tertinggal atau datang lambat ke kelas. Dapatan ini selari dengan pernyataan yang dinyatakan oleh Halina (2004). Kekangan masa juga telah menyebabkan pelajar kurang mendapat bimbingan dan menjanjikan penguasaan penuh oleh pelajar (Halina, 2004; Shaharuddin & Ahmad Khairi, 2011). Pada penghujung semesta juga pensyarah dan pelajar tidak mempunyai masa untuk mengulang kaji mata pelajaran bersama. Hasil tinjauan yang dilakukan mendapati pensyarah menggunakan kaedah demonstrasi untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran. Kaedah demonstrasi ini telah menyebabkan masa adalah terhad bagi sesuatu sesi pengajaran dan sukar melakukan pengulangan seperti dinyatakan oleh Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011) serta Halina (2004). Selain itu pensyarah juga masih menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah penerangan. Kaedah penerangan menyebabkan sesuatau pengajaran dan pembelajaran terlalu bergantung kepada pensyarah dan memperuntukkan masa bagi menghabiskan sukatan pelajaran (Nor Aishah & Yap, 2012). Untuk tema kedua iaitu peralatan tidak mencukupi dan tidak terkini, kebanyakkan Kolej Vokasional mempunyai masalah yang sama. Kekurangan ini menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi peralatan ketukangan yang mengakibatkan masa pembelajaran menjadi terhad. Selain itu juga, peralatan ketukangan sedia ada adalah tidak terkini dan tidak selari dengan keperluan industri. Perkara ini menyebabkan pelajar tidak dapat mengaplikasikan kemahiran sebenar yang dikehendaki oleh industri. Kekurangan peralatan ini juga telah menyebabkan masa dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi terhad. Akibatnya pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya pelajar kuasai menjadi sukar dan terhad. Tema yang terakhir adalah pelajar berasa bosan ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta tidak berminat untuk menguasai teori pembelajaran. Perkara ini telah mempengaruhi pengetahuan dan kemahiran pelajar yang menyebabkan markah teori bagi kebanyakkan pelajar adalah rendah. Sekiranya pengajaran dan pembelajaran dalam PTV khususnya dalam bidang elektrik hanya berfokuskan kepada amali berbanding teori, ianya boleh menyebabkan pengetahuan pelajar tidak dapat dikembangkan secara mendalam (Hollocks, 2005; Perkins, et al., 2006; Kamalularifin, 2013). Kekangan atau masalah-masalah yang telah dikenal pasti ini telah mempengaruhi tahap kompetensi pelajar. Oleh yang demikian, kekangan yang diperolehi daripada kajian tinjauan ini perlu dipertimbangkan untuk kajian lanjutan supaya dapat mengatasi kekangan atau masalah dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia dan dapat membangunkan modal insane yang kompeten selari dengan hasrat kerajaan yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMK-11). 7.0 Rumusan Menuju wawasan 2020 sebagai status negara maju bukanlah sesuatu yang mudah. Malahan persiapan dan pembangunan rapi harus dimainkan oleh semua pihak terutamanya kerajaan untuk mencapai status ini. Untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju, kerajaan perlu meningkatkan pembangunan modal insan yang kompeten untuk mengisi

kekosongan yang bakal tiba. Kewujudan modal insan yang kompetan adalah hasil daripada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu untuk menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran sedia ada, pengkaji telah melakukan tinjauan di sebelas Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan maklumat sekiranya terdapat kekangan atau masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar ketika berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian tinjauan yang telah dilakukan, pengkaji mendapati terdapat tiga kekangan atau masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kekangan masa pembelajaran, peralatan tidak mencukupi dan tidak terkini serta pelajar berasa bosan ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta tidak berminat untuk menguasai teori pembelajaran. Dapatan ini menunjukkan masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dalam sistem pendidikan khususnya bagi Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Rujukan Asnul Dahar, M., Ruhizan, M. Y., Kamalularifin, S., & Muhammad Khair, N. (2013). Strategi Kelasterian Pembangunan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Paper presented at the 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), KSL Hotel & Resort, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Halina, H. (2004). Penggunaan Web CD Prosedur Kerja Luar Ukur Teodolit Makmal Teknologi Ukur Pembinaan KUiTTHO. KUiTTHO. Hollocks, B. (2005). Assessing Simulation Learning in Higher Education. Paper presented at the Proceedings of the 2005 Winter Simulation Conference Bournemouth BH1 3LH,, U.K. Kamalularifin, S. (2013). Keberkesanan Penggunaan Helaian Kerja Berasaskan Pembelajaran Inkuiri Terbimbing Dalam Mata Pelajaran Pendawaian Domestik. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015. Mohamad Sattar, R., Md Yusof, I., Napsiah, I., Rashid, R., & Roseamnah, A. R. (2009). Aspek Kemahiran Employability yang Dikehendaki Majikan Industri Pembuatan Masa Kini. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(2), 67-79. Nor Aishah, B., & Yap, P. M. (2012). Kesediaan guru-guru perdagangan di wilayah persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan. Jurnal Teknologi, 37(1), 1 16. Othman, H., Mohd Salleh, B., Syed Abdullah, S. M. D. a.-e., & Sulaiman, A. (2008). Perlaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (PBL dan POPBL) bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Paper presented at the Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS), Hotel Mahkota, Melaka. Perkins, K. K., Adams, W., Finkelstein, N. D., Dubson, M., LeMaster, R., & Reid, S. (2006). PhET: Interactive Simulations for Teaching and Learning Physics. The Physics Teacher, 44, 18-23. Rohana, H., & Aede Hatib, M. m. (2012). The role of technical and vocational education in career development. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 5, 28-34. Shaharuddin, M. S., & Ahmad Khairi, M. A. (2011). Pembangunan Web E-Pembelajaran Menggunakan Elemen Video Dalam Topik Work And Energy Berasaskan Teori Konstruktivisme Sosial.

Siraj, S., & Saleh, M. (2004). Pembelajaran Mobile dalam kurikulum masa depan. Masalah pendidikan, 27, 128-142.