PEMBANGUNAN MODEL PENERAPAN ETIKA DAN NILAI (ENI) BERASASKAN AKTIVITI INKUIRI : APLIKASI INTERPRETIVE STRUCTURAL MODELLING (ISM)

Similar documents
SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

Transcription:

60 PEMBANGUNAN MODEL PENERAPAN ETIKA DAN NILAI (ENI) BERASASKAN AKTIVITI INKUIRI : APLIKASI INTERPRETIVE STRUCTURAL MODELLING (ISM) A. Muqsith Ahmad, 1 Zaharah Hussin, 2 Farazila Yusof, 3 Mohd Ridhuan Mohd Jamil, 4 & Siti Syahidah Mohd Rum 5 Abstrak Polemik masalah-masalah sosial kini sering mendapat perhatian di media massa sejak akhir-akhir ini. Walaupun telah wujud pelbagai program ke arah memantapkan modal insan di institusi pengajian tinggi, namun ianya tidak dapat mengurangkan serta menyumbang kearah pengurangan masalah sosial yang berlaku. Justeru itu, pembangunan model etika dan nilai boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif penyelesaian. Artikel ini bertujuan untuk merungkaikan permasalahan yang kompleks, menganalisis struktur dan elemen penting untuk diterapkan dalam pengajaran etika dan nilai. Pendekatan Interpretive Strcutural Modelling (ISM) digunakan dalam menghubungkait hubungan antara elemen-elemen ini. Pendekatan ISM bermula dengan mengenal pasti elemen yang sesuai dengan masalah atau isu sehingga akhirnya taburan elemen dan struktur model dihasilkan. Keutamaan sesuatu elemen itu di kenal pasti berdasarkan kuasa memandu dan kuasa penggantungan. Elemen yang menjadi keutamaan adalah elemen pengajar merancang topik pembelajaran dari sumber yang ilmiah dan di akhiri elemen pelajar menjalankan refleksi kendiri selepas sesi pembelajaran. Elemen utama tersebut berserta sub elemen digunakan bagi penghasilan model. Kata Kunci : Interpretive Structural Modelling (ISM), Etika, Nilai, Model Pengenalan Pernyataan Pelajar hari ini mungkin menjadi penjenayah di masa hadapan harus difikirkan secara serius oleh semua pihak berkepentingan (Weisul dan Merrit, 2002). Penyataan yang cukup mendalam ini memberi makna yang cukup jelas bahawa perlunya satu mekanisme dalam menghindari permasalahan ini dari terus membarah. Mekanisme ini harus disegerakan memandangkan pelajar hari ini merupakan pemimpin masa hadapan. (Aishah, Junaida & Mahadir, 2012). Etika dan Nilai Kajian asal usul dan sejarah perkataan etika adalah berasal dari greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos membawa maksud sifat, kebiasaan, watak dan adat yang baik manakala ethikos pula membawa maksud kelakuan, perbuatan, dan adab yang baik (Abd Haris, 2007). Kamus Dewan Bahasa edisi ke empat mendefinisikan etika sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adab sopan santun dan sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Namun secara terminologi pula, etika bermaksud pengetahuan yang membincangkan 1 A. Muqsith Ahmad, Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, muqsith.ahmad@yahoo.com 2 Zaharah Hussin, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, zaharah@um.edu.my 3 Farazila Yusof, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, farazila@um.edu.my 4 Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, farouqi_2003@yahoo.com 5 Siti Syahidah Mohd Rum, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, siti.syahidah_fkm@yahoo.com

61 berkenaan baik dan buruk serta kebenaran dan kebatilan tindakan dan tingkahlaku manusia selaras nilai-nilai kewajipan setiap manusia. Terdapat beberapa pandangan berkenaan definisi yang tepat mengenai etika dan akhlak. Menurut Zaharah, Abu Daud, dan Nazri (2009) memberi penegasan bahawa etika merupakan keupayaan seseorang manusia dalam membezakan perkara betul dan salah berdasarkan pertimbangan pemikiran dan akhirnya melakukan perkara yang betul. Namun begitu, penakrifan yang berbeza dinyatakan oleh Roziah, Zulkarnain, Nasruddin (2011) yang menghujahkan bahawa etika adalah suatu sistem tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada daya pemikiran manusia itu sendiri. Berdasarkan Hamzah (1985) pula, etika bermaksud satu ilmu dalam menyelidik pelakuan baik dan buruk dengan memerhatikan tingkahlaku manusia menggunakan akal fikiran. Etika juga merupakan persoalan berkenaan kebaikan dan keburukan dan juga tujuan pelakuan sesuatu perkara. Ia juga merangkumi prinsip akhlak dan moral dimana ianya menjadi pegangan seseorang idividu atau kumpulan tertentu (Ajmain, Aminudin, Ahmad Marzuki & Idris, 2013). Hal yang sama turut dipersetujui oleh sarjana lain di mana etika merupakan disiplin yang bertindak sebagai indeks prestasi atau rujukan bagi mengawal sesuatu sistem (Martin, 1994). Bagi definisi nilai pula, nilai yang dimaksudkan pengkaji dalam konteks kajian ini adalah nilai akhlak. Definisi akhlak yang ditakrifkan oleh Roziah et. al., (2011) menyatakan bahawa akhlak merupakan nilai yang perlu diberi perhatian khususnya aspek rohani dan jasmani. Manakala, hujah Ibn Miskawaih (1398) pula menegaskan bahawa akhlak adalah satu perbuatan manusia yang di lakukan dengan mudah tanpa perlu menggunakan akal dan pemikiran kerana ianya telah tertanam di dalam jiwa. Pandangan yang berbeza pula dinyatakan Ibrahim Mustafa t.th. dimana akhlak di definisikan sebagai satu perbuatan yang zahir menerusi latihan dan didikan sehingga perbuatan itu menjadi kebiasaan. Sebagai seorang muslim, kita harus mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah bermaksud : Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti (khuluq) yang agung. (Ayat Al-Qalam : 4) Perkara ini dikukuhkan lagi dengan penyataan oleh Aisyah r.a di mana akhlak Rasulullah adalah Al-Quran. Hal ini jelas menggambarkan bahawa al-quran dan al-sunnah secara dasarnya menjadi sandaran akhlak. Namun, jika di amati dan dibincangkan, skop bidang ini amat luas sehingga meliputi perbuatan zahir dan batin serta perbuatan zahir manusia (Aminudin & Jamsari, 2012). Kajian terdahulu terhadap bidang akhlak telah banyak dilakukan. Hal ini dibuktikan melalui sejarah dimana jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara itu berkait rapat dengan akhlak (Hamid et. al., 2004). Oleh hal demikian, perlunya kita membentuk akhlak generasi muda pada masa kini untuk dijadikan bekalan untuk masa hadapan (Fuad Nasar, 1992). Hasil pembentukan akhlak yang mantap terhadap generasi muda, ianya mampu dijadikan benteng kepada umat Islam seterusnya menghindarkan mereka terpesong dari landasan agama Islam. Umat Islam perlu kembali menyemarak serta menyuburkan Islam sebagaimana yang diajar dan dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Penyataan Masalah Jika dilihat di peringkat global, terdapat laporan kajian menyatakan 70 peratus pelajar di institusi pendidikan tinggi di Romania mengamalkan tingkah laku yang tidak beretika (Iorga, Ciuhodaru, Romedea, 2013). Selain itu, bukti-bukti yang diterima menunjukkan permasalahan ini sentiasa meningkat dari semasa ke semasa (Simkin and Mcleod, 2010). Hal yang sama turut dilaporkan

62 oleh Lin dan Wen (2007) di mana 61.72 peratus pelajar mengaku pernah melakukan kesalahan akademik sekurang-kurangnya sekali sepanjang pengajian mereka seperti datang lambat, membantu rakan meniru tugasan, menipu dalam peperiksaan dan lain-lain lagi. Manakala, Jumoke (2014) menegaskan dalam dapatan kajiannya bahawa 80 peratus pelajar kejuruteraan akan melakukan sekali kesalahan terhadap akademik sepanjang pengajiannya. Dalam konteks kajian yang dijalankan di pusat pengajian dalam negara pula, kajian-kajian terdahulu menunjukkan beberapa dapatan yang sama di peringkat global. Hal ini dinyatakan dalam kajian oleh Khalidah, Rohani dan Mashitah (2010) di Intitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dimana dapatan kajian yang diperoleh mendapati bahawa kelakuan pelajar terhadap aspek tidak beretika adalah tinggi. Selari dengan kajian yang dijalankan oleh Abdul Muqsith et. al., (2016) dimana kajiannya terhadap pelajar seni mushaf di Kolej Restu mendapati bahawa secara keseluruhannya menunjukkan penglibatan pelajar terhadap kelakuan yang tidak beretika adalah sangat tinggi dengan mencatatkan 62.94 peratus. Ditegaskan juga bahawa pelajar seni mushaf ini cenderung untuk melakukan kelakuan yang tidak beretika sekurang-kurangnya sekali sepanjang pengajiannya. Dapatan ini berbeza dengan dapatan yang diperoleh Shazaitul Azreen dan Maisarah (2016). Kajian mereka terhadap para pelajar di Universiti Awam Malaysia mendapati bahawa kesedaran pelajar terhadap aspek beretika bervariasi iaitu campuran antara tinggi dan rendah. Namun begitu, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar kejuruteraan mempunyai tahap kesedaran yang rendah berbanding pelajar aliran sains dan sosial sains. Manakala bagi aspek nilai, nilai di definisikan pengkaji sebagai nilai akhlak. Hasil sorotan literatur yang dijalankan oleh pengkaji, kebanyakan kajian menumpukan kepada pembentukan akhlak bermula di peringkat sekolah lagi. Hal ini memberikan satu persepsi kepada pengkaji dimana pengkaji mendapati kadar permasalahan tingkah laku pelajar di sekolah berada pada tahap yang tinggi. Hal ini di buktikan dalam kajian yang dijalankan oleh Khalim dan Wan Zulkifli (2009) menyatakan bahawa di Malaysia, masalah tingkah laku pelajar sering menjadi perhatian di media massa sehingga terus di perdebatkan oleh pihak berkepentingan dan masyarakat seolah-seolah tiada berpenghujung. Di peringkat global, masalah tingkah laku pelajar menjadi isu yang hangat diperkatakan seawal 1980-an. Hal ini dibuktikan oleh kajian yang di jalankan oleh Englander (1987). Beliau mendapati bahawa 80 peratus masa guru telah diperuntukkan untuk menguruskan kes-kes pelajar. Ini bermakna kadar masalah tingkah laku pelajar adalah tinggi dan ianya telah bermula lebih awal. Hal yang sama turut di catatkan di Malaysia secara khususnya institusi kemahiran di mana kajian yang dijalankan oleh Normarina (2015) terhadap pensyarah Kolej Vokasional di Johor mendapati bahawa tahap stres dalam kalangan pensyarah berada pada tahap tinggi. Dinyatakan juga dalam kajiannya bahawa antara faktor penyumbang kepada stres dikalangan para pensyarah adalah disiplin dan tingkah laku pelajar. Di peringkat domestik pula, kajian berkaitan akhlak begitu banyak dijalankan oleh para sarjana. Kupasan mengenai konsep, definisi remaja dan belia, konsep akhlak, konsep akidah dan hubunganya dengan tingkah laku manusia. Penegasan dibuat oleh Rohana dan Norhusni (2014) menyatakan tingkah laku yang positif adalah berhubung kait serta didorong oleh amalan dan penerapan nilai-nilai akhlak dan akidah. Kepentingan dalam memantapkan nilai yang ada dalam diri melalui kerohanian perlu dalam membentuk tingkah laku yang positif dan baik. Hasil kajian yang dijalankan Khairani (2013) pula menunjukkan bahawa kaedah pembangunan akhlak menurut al-ghazali boleh digunapakai dan diamalkan oleh golongan pengajar dalam program tarbiah sekolah agama di negeri Kedah. Pembelajaran ini sangat signifikan dan releven dalam dalam konteks membentuk akhlak pelajar. Manakala, pendapat Khalim dan Wan Zulkifli (2009) pula menyatakan bahawa, bagi mengatasi permasalahan tingkah laku pelajar, pendekatan Islam adalah sesuai digunakan. Hal ini dibuktikan hasil dari satu program pemulihan yang telah dianjurkannya.

63 Selain itu juga, Ajmain et. al., (2013) memperihalkan keperluan kurikulum akhlak dalam melahirkan pelajar muslim berakhlak dalam melahirkan modal insan yang baik dalam konteks Malaysia. Tambahnya lagi, pendidikan modal insan yang bersifat holistik sangat diperlukan ketika ini bagi melahirkan para ilmuwan yang berilmu dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab. Jika di sorot kembali kupasan mengenai etika dan nilai akhlak, pengkaji berpendapat terdapat kewajaran bagi membangunkan model etika dan nilai akhlak di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berketrampilan seterusnya mempunyai akhlak serta nilai yang baik. Saranan keperluan membangunkan model ini selari dengan cadangan yang dicadangkan oleh Muhammad Khairi, (2016) ; Abdul Muqsith et. al., (2016). Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah model penerapan etika dan nilai bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Oleh yang demikian, persoalan kajian yang dibangunkan adalah seperti berikut : a) Berdasarkan kesepakatan pakar, apakah elemen penerapan etika dan nilai yang sesuai bagi model ENI bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. b) Berdasarkan kesepakatan pakar, apakah bentuk model penerapan etika dan nilai bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Metodologi Penyelidikan Interpretive Structural Modelling (ISM) Bagi menjawab persoalan kajian, kajian ini menggunakan perisian Interpretive Structural Modelling (ISM) dalam pembangunan model penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri. ISM merupakan pendekatan yang unik dan dicipta khusus untuk membantu otak manusia dalam menguruskan maklumat serta idea-idea yang kompleks seterusnya kepada penyelesaian (Warfield, 1974). Asas idea ISM adalah bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman pengguna bagi menghuraikan satu sistem yang rumit kepada beberapa sub-sistem dan seterusnya membawa kepada pembinaan hieraki, arah tuju dan model struktur pelbagai peringkat (Chen, 2012). ISM sering digunakan untuk menyediakan pemahaman asas keadaan yang kompleks, iaitu seseorang boleh berkongsi pandangan mereka dalam membina pelan tindakan bagi menyelesaikan permasalahan tersebut (Nelson, Haney, Ostrom & Richards, 1998 ; Raafat & Abdouni, 1987). Dalam konteks kajian ini, satu lagi teknik digunakan sebagai salah satu langkah dalam prosedur ISM iaitu Nominal Group Technique atau NGT (Teknik Kumpulan Nominal). NGT adalah satu proses pembuatan keputusan dalam bentuk perbincangan kumpulan kecil secara bersemuka (Aizzat, Intan & Zainal Ariffin, 2006) yang berbentuk semi kuantitatif dan berstruktur (O'Neil & Jackson, 1983; Dobbie, Rhodes, Tysinger, & Freeman, 2004; Perry & Linsley, 2006). NGT bersifat semi kuantitatif kerana ia turut menggabungkan kaedah kualitatif. Responden dan Instrumen Bagi kajian ini, responden yang terlibat adalah terdiri daripada sekumpulan pakar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan. Seramai 9 orang pakar telah dipertemukan dalam satu perbengkelan bagi membolehkan pembangunan model penerapan etika dan nilai berasaskan

64 aktiviti inkuiri dapat dijalankan. Para pakar terdiri daripada pelbagai bidang seperti bidang kemahiran kejuruteraan, kurikulum pendidikan etika dan pendidikan nilai. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Farhah dan Saedah (2015) iaitu beberapa kriteria perlu dipenuhi oleh seorang pakar adalah (i) individu yang mempunyai pengetahuan luas serta latar belakang atau pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan kajian ; (ii) Kerelaan dan kesesuaian masa untuk mengambil bahagian ; (iii) Mempunyai kebolehan komunikasi yang baik ; (iv) Mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun. Bagi pendekatan NGT, ia boleh dijalankan ke atas satu kohort atau kumpulan yang besar (Lomax & McLeman, 1984; Dobbie et al., 2004). Namun, ia boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil agar komunikasi yang efektif dapat dijalankan. Pandangan Habibah et., al. (2016) menyatakan bahawa bilangan ahli yang sesuai bagi Nominal Group Technique (NGT) adalah 7 hingga 14 orang. Dalam konteks kajian ini, pakar yang sama dilibatkan bagi kedua-dua teknik memandangkan teknik NGT merupakan salah satu langkah bagi prosedur ISM. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Nominal Group Technique (NGT) iaitu menggunakan borang soal selidik dan Interpretive Structural Modelling (ISM) pula menggunakan perisian concept star. Analisis dan Data Kajian Penganalisaan data pula telah di analisa menggunakan perisian excel bagi pendekatan Nominal Group Technique (NGT) manakala bagi tujuan pembangunan pula, pendekatan Interpretive Structural Modelling (ISM) digunakan melalui perisian concept star. Output akhir daripada proses ISM ini merupakan gambaran hubungan peta perhubungan antara idea dan maklumat seterusnya membina satu model struktur yang bertingkat (Siti Farhah & Saedah, 2015 ; Sohani & Sohani, 2012 ; Attri, Dev & Sharma, 2013 ). Prosedur ISM Prosedur utama di dalam penggunaan teknik ISM telah digunakan oleh Pfohl, Gallus dan Thomas, (2011) ; Debnath dan Shankar (2012) ; Sohani & Sohani (2012) dalam kajian-kajian mereka. Terdapat 6 langkah yang dicadangkan dalam pelaksanaan ISM dan langkah-langkah ini menjadi asas kepada pembentukan model penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri. Dalam konteks kajian ini, pengkaji mengadaptasi langkah-langkah tersebut mengikut kesesuaian kajian ini. Langkah ini juga pernah digunapakai dalam kajian terdahulu yang dijalankan oleh Muhammad Ridhuan Tony, Saedah, Asra dan Zaharah (2014). Berikut adalah langkah-langkah yang dipatuhi: i. Mengenal pasti masalah/isu kajian Pada peringkat ini, pengkaji menggunakan NGT ubahsuai bagi mengenalpasti isu dan masalah. NGT klasik yang diperkenalkan oleh Delbecq (1975) merupakan satu proses menyamaratakan pendapat individu dengan konsesus dicapai oleh setiap pakar dengan cara pengundian. Pendapat Dang (2015) menegaskan bahawa NGT merupakan kaedah terbaik untuk menjana idea yang menghubungkan kepada satu isu, masalah atau fenomena. Bagi kajian ini, para pakar yang dipilih telah dipertemukan dalam sebuah perbengkelan bagi memudahkan kajian dijalankan. Perbengkelan ini akan dikendalikan oleh seorang moderator bagi memudahkan proses komunikasi dijalankan.

65 ii. Menentukan hubungan Konteksual dan hubungan frasa Hubungan kontekstual ditakrifkan sebagai matlamat yang perlu dicapai dengan menempuhi segala syarat batasan atau sempadan. Dalam erti kata yang lain, Mewujudkan hubungan kontekstual bagaimana elemen-elemen akan dijana dan digabungkan antara satu sama lain. Dalam konteks kajian ini, frasa kontekstual dan frasa hubungan telah ditentukan melalui pendapat pakar mengenai bagaimana aktiviti dihubungkan. iii. Membangunkan structural self-interaction matrix (SSIM) Peringkat ini dijalankan dengan menggunakan bantuan perisian ISM iaitu concept star. Pasangan elemen aktiviti akan dipaparkan oleh perisian untuk membolehkan para pakar membuat keputusan melalui pengundian terhadap hubungan elemen yang dipaparkan sebelum paparan elemen seterusnya dipaparkan. Proses ini berulang sehingga semua elemen telah dipasangkan sehingga terbinanya model. iv. Menjana Model Penjanaan model dilakukan hasil bantuan perisian setelah semua elemen telah berjaya dipasangkan. Perisian ini pada asasnya diterbitkan hasil sebuah model berasaskan perbandingan konsep pasangan pintar dan transitif logik. Transitif logic menyatakan bahawa mana-mana antara 3 elemen (A, B, C) berhubungan apabila : - A mempunyai hubungan dengan B, (ditulis, A B) - Dan B mempunyai hubungan dengan C, (ditulis B C) - Kemudian, A mempunyai hubungan dengan C, (A C atau A B C) v. Paparan Model Model yang dibangunkan dipaparkan kepada para pakar untuk disemak mengenai ketidakselarasan konsep dan menjalankan pengubahsuaian jika perlu. vi. Perbincangan Struktur dan Pemindaan Jika Perlu Model akhir kemudiannya dibentangkan kepada pakar setelah proses pengubahsuaian selesai dilakukan. Dapatan Kajian Dapatan Langkah 1 Mengenal Pasti Masalah/Isu Kajian Jadual 1 menunjukkan kesepakatan pakar terhadap elemen aktiviti yang telah dibentangkan pada sesi Nominal Group Technique (NGT). Hal ini bagi menjawab persoalan kajian pertama iaitu berdasarkan kesepakatan pakar, apakah elemen penerapan etika dan nilai yang sesuai bagi model etika dan nilai bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia.Pada permulaan sesi NGT di jalankan, 34 elemen aktiviti telah dipersembahkan kepada para pakar untuk diperhalusi dan hasil hasil perbincangan serta analisis yang dilakukan, terdapat beberapa elemen yang perlu dibuang serta struktur ayat yang perlu diperbaiki. Seterusnya, kesemua pakar telah

66 sebulat suara dalam menyenaraikan elemen akhir sebelum fasa seterusnya berlaku. Elemen akhir bagi model etika dan nilai boleh di rujuk pada jadual 1. Jadual 1 : Dapatan Data Nominal Teknik Group: Kedudukan Keutamaan Elemen Model Penerapan Etika dan Nilai Berasaskan Aktiviti Inkuiri Bil. Elemen Aktiviti Inkuiri 1. Pengajar bertanggungjawab membimbing pelajar dalam pencarian maklumat. 2. Pengajar amanah dalam memantau rekod kehadiran pelajar di dalam kelas. 3. Pelajar menepati masa dalam menghadiri kelas yang dijalankan. 4. Pengajar menetapkan tempoh masa bagi sesi pembelajaran untuk ditepati oleh pelajar. 5. Pengajar adil dalam membuat penilaian hasil pembentangan yang dijalankan oleh pelajar. 6. Pengajar merancang topik pembelajaran dari sumber ilmiah. 7. Pelajar merekodkan maklumat yang diperoleh dari sumber yang ilmiah. 8. Pengajar secara professional menjalankan pemerhatian terhadap proses pembelajaran yang berlaku. 9. Pelajar mendapatkan bahan yang berkaitan dengan tema pembelajaran secara bijaksana. 10. Pelajar memilih maklumat yang berkualiti berkaitan tema pembelajaran. 11. Pengajar ikhlas memuji hasil dapatan pelajar bagi meningkatkan keyakinan. 12. Pengajar jujur membetulkan kesalahan dalam pembentangan pelajar. 13. Pengajar telus dalam menjalankan ujian bagi menguji pemahaman pelajar. 14. Pelajar menghargai teguran yang di lontarkan pengajar bagi tujuan penambahbaikan. 15. Pelajar membentuk kumpulan perbincangan secara adil. 16. Pengajar meminta pelajar membandingkan maklumat yang diperoleh dengan rakan secara bekerjasama. 17. Pelajar tolong menolong dalam membangunkan semula maklumat yang diperoleh 18. Pelajar yakin mempersembahkan hasil maklumat yang diperoleh kepada pengajar dan rakan 19. Pelajar berkongsi penemuan baru dengan pengajar dan rakan secara positif. 20. Pelajar memberi perhatian terhadap arahan yang disampaikan oleh pengajar 21. Pengajar memandu pelajar dalam proses pengumpulan maklumat secara sistematik. Jumlah Skor Peratus (%) Status Penilaian Rank 49 88 Terima 4 49 88 Terima 4 47 84 Terima 5

67 22. Pengajar merangka tema pembelajaran yang akan dijalankan. 23. Pengajar menyatakan objektif pembelajaran kepada pelajar dengan jelas. 24. Pelajar bersoal jawab secara terbuka bersama pengajar berkaitan maklumat yang diperolehi. 25. Pengajar berdedikasi dalam menyediakan bahan pembelajaran. 26. Pelajar komited membuat rumusan hasil maklumat yang diperoleh. 27. Pengajar memberi penekanan terhadap kriteria jawapan yang dikehendaki. 28. Pengajar kreatif merangsang pemikiran pelajar di dalam set induksi 29. Pelajar berdisiplin menyusun maklumat yang diperoleh mengikut keutamaan. 30. Pelajar menjalankan refleksi kendiri selepas sesi pembelajaran * P = Pakar * Peratusan Penerimaan 70 peratus 49 88 Terima 4 47 84 Terima 5 Dapatan yang ditunjukkan pada Jadual 1 menunjukkan kesemua elemen diterima untuk dimasukkan ke dalam model penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri hasil dari pengundian yang telah dijalankan. Penerimaan elemen ini berdasarkan kesemua peratusan elemen yang dinilai adalah berada pada tahap yang sesuai untuk digunakan. Dapatan ini selari dengan hujah yang dinyatakan dalam kajian oleh Deslandes, Mendes, Pires & Campos (2010) dan Dobbie et al. (2004) di mana syarat untuk penerimaan sesuatu elemen adalah nilai peratusan pengundian mestilah melebihi 70 peratus. Oleh yang demikian, rumusan yang dibuat oleh pengkaji adalah kesemua pakar bersetuju bahawa elemen aktiviti ini sesuai diterima dan boleh digunakan bagi pembangunan model penerapan etika dan nilai berasaskan inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia. Dapatan Langkah 2 Menentukan Hubungan Konteksual dan Hubungan Frasa Pada peringkat kedua ISM, pengenalpastian terhadap jenis ISM yang akan digunakan telah membina frasa kontekstual dan frasa hubungan yang akan ditentukan oleh perisian ISM. Hasilnya, frasa yang bersesuaian dengan konteks kajian ini adalah seperti berikut : Frasa Hubungan : elemen.. mesti menjadi keutamaan berbanding elemen.. Frasa Kontekstual : Bagi menerapkan etika dan nilai terhadap pelajar kemahiran kejuruteraan Dapatan Langkah 3 dan 4 : Melengkapkan matriks bagi interaksi elemen dan Penjanaan Model Proses pada langkah 3 dan 4 merupakan langkah yang penting dalam membangunkan sesebuah model. Model telah dibangunkan hasil pengundian oleh pakar dengan berbantukan perisian komputer. Pembangunan model yang dibentuk bertujuan memberi panduan kepada pengajar

68 dalam menerapkan etika dan nilai ketika proses pembelajaran dijalankan berasaskan aktivitiaktiviti yang dirancang serta menggunakan pendekatan inkuiri. Dapatan langkah ini dapat menjawab persoalan kajian kedua iaitu berdasarkan kesepakatan pakar, apakah bentuk model penerapan etika dan nilai bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia?. Pada peringkat ini, elemen-elemen akan di susun serta dibentangkan kepada pakar menggunakan komputer dalam bentuk frasa hubungan dan frasa kontekstual. Dalam peringkat ini juga, matrik interaksi kendiri struktural (SSIM) dibangunkan dengan bantuan perisian ISM. Pasangan elemen akan ditunjukkan untuk membolehkan pakar membuat pengundian sebelum pasangan elemen lain ditunjukkan. Proses berulang ini akan di teruskan sehingga semua elemen telah dipasangkan. Proses ini telah di tadbir oleh seorang fasilitator dan pakar mencapai konsensus terhadap elemen yang telah dibentangkan. Pada peringkat ini, fasilitator berperanan sebagai pemudah cara serta menerangkan maksud soalan yang dikemukakan oleh perisian ISM. Setelah selesai persoalan dijawab, dapatan pada peringkat ini telah menghasilkan diagraf hasil dari persetujuan yang dicapai oleh pakar. Paparan diagraf yang telah dihasilkan dapat dilihat pada Rajah 1. Model yang berjaya dilakarkan ini melalui perisian komputer ISM akan melalui frasa pengubahsuaian dan penambahbaikan oleh kumpulan pakar yang sama melalui langkah 5 dan 6. Rajah 1 : Model Penerapan Etika dan Nilai Berasaskan Aktiviti Inkuiri Dapatan Langkah 5 dan 6 : Paparan Model, Perbincangan Struktur dan Pemindaan Jika Perlu Pada peringkat terakhir ini, fasilitor telah menjelaskan serta mentafsir hubungan diantara elemenelemen yang telah dibangunkan, melalui perbincangan, sumbangsaran dan perdebatan kumpulan pakar mencapai satu titik konsenus untuk mengekalkan model yang dihasilkan melalui perisian ISM dan ianya disepakati oleh kumpulan pakar. Dapatan yang diperolehi juga dibincangkan serta

69 di buat pindaan jika perlu. Namun, dalam konteks kajian ini, para pakar telah bersetuju dengan struktur dan reka bentuk model etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia yang telah dibangunkan. Berdasarkan rajah 2, dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa elemen 10 (Pengajar merancang topik pembelajaran dari sumber ilmiah) berada pada kedudukan yang paling teratas berbanding elemen aktiviti 8, 23,6, 7,17, 1, 3, 9, 14, 15, 16, 22, 25, 29, 4, 11, 21, 28, 24, 2, 5, 18, 20, 12, 19, 26, 27, 13 dan 30. Dapatan ini juga menyatakan bahawa elemen 10 mempunyai kuasa memandu (driving power) yang lebih tinggi berbanding elemen lain. Kuasa memandu (driving power) adalah kuasa yang memandu elemen atau aktiviti yang lain dalam mencapai matlamat dan juga tujuan dengan sendirinya (Muhammad Ridhuan, Saedah & Zaharah, 2014). Kuasa penggantungan (dependence power) pula, ianya adalah kuasa yang bergantung kepada kuasa lain dalam mencapai sesuatu matlamat dan tujuan. Oleh itu, elemen 10 mempengaruhi elemen-elemen lain dalam mencapai matlamatnya. Elemen aktiviti 30 (Pelajar menjalankan refleksi kendiri selepas sesi pembelajaran) merupakan elemen aktviti yang mempunyai keutamaan yang terakhir. Ini menunjukkan bahawa elemen 30 mempunyai kuasa penggantungan (dependence power) yang tinggi. Perbincangan Persoalan kajian 1 Untuk menjawab persoalan kajian ini, elemen-elemen penerapan etika dan nilai bagi pelajar Institut Latihan Kemahiran telah dihasilkan berdasarkan pandangan pakar melalui teknik Nominal Group Technique (NGT) pada langkah pertama pendekatan Interpretive Structural Modelling (ISM). Dapatan menunjukkan kesemua elemen penerapan etika dan nilai sesuai dan diterima untuk disenaraikan ke dalam model yang hendak dibangunkan berdasarkan jadual 1. Terdapat 7 elemen yang yang menjadi keutamaan yang paling utama diikuti dengan elemen-elemen yang lain. Penyenaraian elemen-elemen ini mengikut keutamaan adalah penting sebelum ISM dijalankan bagi melihat perubahan kedudukan elemen. Hal ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Muhammad Ridhuan, Saedah dan Zaharah, (2014) di mana kesesuaian elemen yang dimasukkan ke dalam pelaksanaan ISM haruslah bersandarkan kepada keputusan perbincangan. Persoalan kajian 2 bentuk model penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri bagi program kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran, dapatan kajian bagi menjawab persoalan ini dapat dirujuk pada rajah 1. Jika dirujuk kepada rajah 1, model yang dibangunkan selari dengan teori taxonomy bloom (Siti Farhah & Saedah, 2015 ; Anderson, Krathwohl, & Bloom, 2001 ; Harrow, 1972) dimana peringkat pembelajaran manusia haruslah dimulakan dengan pengetahuan dan seterusnya pada tahap-tahap yang lain. Dapatan ini juga selari dengan model yang dibangunkan Yahfizam (2013). Beliau juga mendapati penerapan aspek etika merupakan aspek penting yang perlu dititik beratkan untuk di jadikan sebagai teras di dalam semua disiplin ilmu. Keberkesanan model ini menuntut komitmen yang tinggi dari pengajar dan pelajar. Namun begitu, model ini boleh dijadikan panduan dalam menerapkan elemen etika dan nilai samada kepada pengajar mahupun pelajar seterusnya dapat membangunkan modal insan. Justeru itu, kesedaran dan kepentingan akan aspek etika dan nilai harus diutamakan di semua peringkat pembelajaran.

70 Kesimpulan Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa terdapat 30 elemen yang terkandung dalam model penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri. Elemen keutamaan yang tertinggi adalah elemen pengajar merancang topik pembelajaran dari sumber ilmiah manakala elemen keutamaan terakhir adalah pelajar menjalankan refleksi kendiri selepas sesi pembelajaran. Pembangunan model penerapan etika dan nilai berasaskan aktiviti inkuiri menunjukkan hubungan keutamaan sub-elemen antara satu sama lain. Dalam menangani masalah sosial, pembangunan model ini boleh dijadikan salah satu alternatif bagi membantu menangani masalah sosial pelajar ketika ini. Bagi kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan agar dibangunkan modul penerapan etika dan nilai di mana-mana institusi pendidikan serta dijalankan terhadap pelajar yang berbeza. Turut dicadangkan agar dijalankan kajian keberkesanan untuk melihat kebolehgunaan model ini. Rujukan Al-Quran Abdul Muqsith, A., Zaharah, H., Farazila, Y., Mohd Ridhuan, M. J., Maisarah, A. M. (2016). Persepsi Pelajar Seni Mushaf Terhadap Kelakuan Tidak Beretika: Kajian di Kolej Restu. Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam (ISPEN-i). Universiti Malaya. Abd Haris (2007). Pengantar Etika Islam. Sidoarjo: Al-Afkar, 3. Aishah, M., Junaida, I., & Mahadir L. (2012). Undergraduates Ethical Behaviour. International Journal of Humanities and Social Science. 2 (5) 297-302. Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Diakses pada Sept 12, 2016 dari https://www.google.com/search?tbo=p&tbm=bks&q=isbn:9676118826. Ajmain. S., Aminuddin R., Ahmad Marzuki M., Idris I., (2013). Kurikulum Akhlak Dalam Melahirkan Saintis Muslim Beretika: Tinjauan Di Malaysia. Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia. Proceedings of SSIT, Yogyakarta-Indonesia. Aminudin B. A. & Jamsari A. (2012). Etika Kesarjanaan Muslim Menurut Islam. Jurnal Hadhari, 4(2), 45-64. Anderson, L.W. (Ed.), Krathwohl, D.R. (Ed.), Airasian, P.W., Cruikshank, K.A., Mayer, R.E., Pintrich, P.R., Raths, J., & Wittrock, M.C. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom's Taxonomy of Educational Objectives (Complete edition). New York: Longman. Attri R., Grover S., Dev N. and Kumar D., (2012). An ISM Approach for Modelling the Enablers in the Implementation of Total Productive Maintenance (TPM), International Journal System Assurance Engineering and Management. Chen, C. (2012). The Application of Interpretive Structural Modeling Method to Develop Verity Design Solution of Case Host Preference-Based Products: A Case Study of Razor. Journal of Theoretical and Applied Information Technology, 35(1), 92-99. Dang, V. H. (2015). The Use of Nominal Group Technique: Case Study in Vietnam. World Journal of Education, 5 (4), 14-25 Dewan Bahasa Pustaka online, 2016. Debnath R. M., Ravi Shankar, (2012). Improving Service Quality in Technical Education: Use of Interpretive Structural Modeling. Quality Assurance in Education, 20 (4), 387 407 Delbecq, A. L., Van de Ven, A. H., & Gustafson, D. H. (1975). Group Techniques for Program Planning, Glenview, IL: Scott, Foresman, and Co.

71 Deslandes, S.F, Mendes, C.H.F, Pires, T.O & Campos, D.S. (2010). Use of the Nominal Group Technique and the Delphi Method to Draw up Evaluation Indicators for Strategies to Deal with Violence against Children and Adolescent in Brazil. Rev. Bras. Saude Matern. Infant., Recife, 10 (1), 29-37. Dobbie, A., Rhodes, M., Tysinger, JW. & Freeman, J. (2004). Using a Modified Nominal Group Technique as a Curriculum Evaluation Tool. Family Medicine, 36 (6), 402-406. Englander, M.E. (1987). Strategies for Classroom Discipline. New York: Praeger Publishers. Fuad Nasar (1992), Agama Di Mata Remaja, Padang : Angkasa Raya. Habibah @ Artinie R., Zaharah H., Saedah S., Mohd Ridhuan M. J., Ahmad Arifin S., Norshahrul M. N., (2016). Aplikasi Teknik NGT (Nominal Group Technique Teknik Kumpulan Nominal) dalam Penyelidikan Pendidikan Islam. Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam. Hamzah H. Y. (1985) Etika Islam. Bandung cv Deponegoro. 13. Harrow, A.J. (1972). A Taxonomy of the Psychomotor Domain: A Guide for Developing Behavioral Objectives. New York: David McKay. Ibn Miskawaih (1398H). Tahdzib Al-Akhlak, Beirut. Mansyurat Dar Maktobat Al Hayat Iorga M., Ciuhodaru T., Romedea S. (2013). Ethic and Unethic. Students and the Unethical Behavior During Academic Years. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 93, 54 58. Jumoke, O. L. O. (2014). Best Practices in Classroom Management for Today s University Environment. 121st ASEE Annual Conference and Exposition. Indianapolis. Khairani Z., (2012). Kaedah Pembangunan Akhlak Remaja Menurut Imam Al-Ghazali : Aplikasinya dalam Program Tarbiyah Sekolah-Sekolah Menengah Aliran Agama Berasrama Di Negeri Kedah, Malaysia, Jurnal Atikan, 2 (1). Khalidah K. A., Rohani, S., & Mashitah, S. (2010). A Study on the Level of Ethics at a Malaysian Private Higher Learning Institution: Comparison Between Foundation and Undergraduate Technical-Based Students. International Journal of Basic and, Applied Statistics, 10 (8), 35-49. Khalim, Z., & Wan Zulkifli, W. Z., (2009). Pendekatan Islam dalam Menangani Masalah Disiplin Tegar dalam Kalangan Pelajar Sekolah: Satu Kajian Kes. Journal of Islamic and Arabic Education, 1 (2), 1-14. Lin, C.-H., & Wen, L.-Y. (2007). Academic Dishonesty in Higher Education - A Nationwide Study in Taiwan. Higher Education,54 (1), 85-97. Lomax, P. & McLeman, P. (1984). The Uses and Abuses of Nominal Group Technique in Polytechnic Course Evaluation. Studies in Higher Education, 9 (2), 183-190. Martin, B. (1994). Plagiarism: A Misplaced Emphasis. Journal of Information Ethics, 3 (2), 36-47. Mohammad Khairi, O., (2016). Pembentukan Akhlak Pelajar Menerusi Aplikasi Teknik-Teknik Penerapan Nilai dalam Pengajaran. Online Journal of Islamic Education. 4, Issue 1. Muhammad Ridhuan T. L., Saedah S., Asra S. & Zaharah H. (2013). Interpretive Structural Modeling of M-learning Curriculum Implementation Model of English Language Communication Skills For Undergraduates. The Online Journal of Distance Education and e-learning, 1 (2). Nelson, W. R. & Haney, L. N., Ostrom, L. T. and Richards, R. E. (1998). Structured Methods for Identifying and Correcting Potential Human Errors in Space Operations. Acta Astronautica, 43 (3), 211-222. Normarina R. (2015). Tahap Stres dalam Kalangan Pensyarah Kolej Vokasional di Johor. (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). O'Neil, M.J & Jackson, L. (1983). Nominal Group Technique: A process for Initiating Curriculum Development in Higher Education, Studies in Higher Education, 8 (2),129-138.

72 Perry, J. & Linsley, S. (2006). The Use of the Nominal Group Technique as an Evaluative Tool in the Teaching and Summative Assessment of the Inter-Personal Skills of Student Mental Health Nurses. Nurse Education Today, 26 (4). Pfohl, H. C., Gallus, P., & Thomas, D. (2011). Interpretive Structural Modeling of Supply Chain Risks. International Journal of Physical Distribution & Logistics Management, Vol. 41 (9), 839-859. Raafat, H. M. N. and Abdouni, A. H. (1987). Development of an Expert System for Human Reliability Analysis. Journal of Occupational Accidents, 9 (2),137-152. Roziah S., Zulkarnain M., Nasruddin Y., (2011). Pengajian Islam. Edisi Kedua: Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T). Sohani, N., & Sohani, N. (2012). Developing Interpretive Structural Model for Quality Framework in Higher Education: Indian Context. Journal of Engineering, Science & Management Education, 5 (2), 495 501. Shazaitul Azreen R., & Maisarah M. S (2016). Ethics of Undergraduate Students: A Study in Malaysian Public Universities. International Journal of Information and Education Technology, 6 (9), 672. Siti Farhah A. A. & Saedah S. (2015). Pembangunan Model Objektif Kurikulum Berasaskan Taman Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Berkhasiat Untuk Sekolah Rendah Orang Asli. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. 3 (3), 1-13. Simkin, M. G., & McLeod, A. (2010). Why do College Students Cheat? Journal of Business Ethics, 94(3), 441 453. Warfield J.W., (1974). Developing Interconnected Matrices in Structural Modelling, IEEE Transactions on Systems Men and Cybernetics, 4 (1), 51-81 Weisul, K. and Merritt, J.(2002, Dec. 9). You Mean Cheating is Wrong?. Business Week,8. Yahfizham, Y. (2013). Model Penerapan Etika Teknologi Informasi Pada Organisasi (Perusahaan). Iqra': Jurnal Perpustakaan dan Informasi, 7 (2), 76-87. Zaharah H., Abu Daud S., Nazri M., (2009). Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam. MALIM, 10.