BAB 3 KEBERKESANAN PELAKSANAAN SISTEM SEBUTAN BAKU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Similar documents
SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Nur Hakimah Binti Md Sallehuddin (No. K.P/Pasport: )

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

Language Choice in the Malaysia-Thailand Border: A Domain-based Analysis

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Atas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan Azizi Umar & Supyan Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

Transcription:

BAB 3 KEBERKESANAN PELAKSANAAN SISTEM SEBUTAN BAKU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Bahagian ini akan memberikan gambaran ringkas tentang faktor-faktor yang membawa kepada pelaksanaan sistem sebutan baku di Singapura khususnya di peringkat sekolah. Seterusnya, berdasarkan input yang diperoleh daripada para pelajar dan guru serta penelitian terhadap bahan-bahan pengajaran yang digunakan di sekolah-sekolah, keberkesanan dan keperihatinan yang berkaitan dengan pelaksanaannya akan dibincangkan. Beberapa saranan yang boleh dipertimbangkan dikemukakan di akhir bab ini. 3.1 Bahasa Baku dan Aspek-aspek Bahasa yang Dibakukan Menurut Awang Sariyan, perkataan baku telah wujud dalam kamus Melayu lebih setengah abad lalu jika kita merujuk Kamus Umum Bahasa Indonesia yang disusun oleh W.J.S. Poerwadarminta yang diterbitkan pada tahun 1953 sebagai sebuah kamus Melayu yang awal dan berwibawa. Dalam kamus tersebut, perkataan baku diberikan erti sebagai yang menjadi pokok yang sebenar dan sesuatu yang dipakai sebagai dasar; ukur. 1 Menurut beliau lagi, Kamus Bahasa Indonesia terbitan Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departmen Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia tahaun 1983 mencatatkan erti baku sebagai yang menjadi pokok; yang benar; dan yang dipakai sebagai dasar ukuran; standard. 2 Kamus Dewan pula memberikan erti baku sebagai yang pokok, yang dasar, yang benar, dan yang ( sudah ) diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul (contohnya dari 1. Awang Sariyan, 2000. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Kuala Lumpur, DBP, hlm 2. 2. Ibid., hlm 3. 38

segi bentuk dan sifat) dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan bahasa, sebutan, ejaan dsb.); standard. 3 Berdasarkan ketiga-tiga kamus yang dianggap berwibawa tadi, jelas bahawa kata baku sudah mempunyai erti yang mantap selama berpuluh-puluh tahun dalam khazanah kosa kata Melayu. 4 Erti yang diberikan menunjukkan bahawa bahasa baku ialah bahasa yang sah, benar dan betul. Bahasa yang betul ini pula dijadikan kayu ukur atau dasar dalam membandingkan dan menentukan ketepatan bahasa yang digunakan dari segi sebutan, ejaan dan aspek bahasa yang lain. Ismail Dahaman pula memberikan takrifan bahasa Melayu baku dengan memasukkan aspek laras bahasa selain aspek-aspek ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata dan sebutan yang betul iaitu Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya, dan betul sebutannya. 5 Asmah Haji Omar bersetuju dengan pendapat Einar Haugen iaitu bahasa yang baku ialah bahasa yang bermartabat atau mencerminkan keseragaman dalam tatabahasa dan sebutan. Bahasa itu juga ialah pelbagai jenis pertuturan yang mencerminkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi. Menurut beliau lagi, Dalam bidang pendidikan, bahasa baku merupakan kerangka rujukan bagi bahasa yang dianggap baik dalam menilai bahasa penuturnya. 6 Menurut Garvin dan Mathiot bahasa baku ialah bentuk bahasa yang sudah diberikan pengekodan, diterima dan bertugas sebagai model kepada komuniti bahasa yang besar. 3. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994. Kamus Dewan, Edisis Ketiga, Kuala Lumpur, DBP, hlm 93. 4. Op.cit., hlm 3. 5. Ismail Dahaman, 1994, Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm 1. 6. Asmah Haji Omar,1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm 105. 39

Pengekedoan ini bermaksud sesuatu yang mempunyai peraturan yang tetap. Jadi, bahasa baku ialah bahasa yang ada peraturan-peraturannya, yang menjalankan tugas sebagai mewakili dialek-dialek lain dalam bahasa yang sama, dan hakikat ini sudah mendapat persetujuan ramai. 7 Oleh sebab sesuatu bahasa itu amat berkait rapat dengan budaya para penggunanya, maka kepelbagaian budaya menghasilkan pelbagai dialek dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Oleh itu, kewujudan bahasa Melayu baku dapat menyeragamkan penggunaan bahasa Melayu, selain bertindak sebagai kayu ukur dalam menentukan betul salahnya penggunaan bahasa tersebut. Soal menegakkan bahasa baku adalah satu perkara yang lazim dilakukan dalam menentukan satu model atau tolok bagi masyarakat pengguna untuk menggunakan bahasa sebagai media untuk menyampaikan komunikasi yang betul, jelas dan berkesan. Dan bagi masyarakat Melayu pula, pengertian betul ini bukan hanya berkisar kepada ketatabahasaan sahaja, tetapi juga santun bahasa atau bahasa yang berhemah. Bahasa yang baku juga menjadi kerangka rujukan bagi menentukan tahap keupayaan berbahasa seseorang penutur. Dalam bidang pendidikan, kerangka rujukan ini penting sewaktu penilaian atau pengujian terhadap kecekapan bahasa dalam kalangan murid dijalankan. Bertambah-tambah lagi apabila sistem penilaian itu berupa sistem pemeriksaan pusat. 8 Dengan pengertian ini, maka pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Yang berkaitan dengan usaha, tindakan, atau proses tersebut ialah penetapan 7. Disebut dalam DBP, 1981. Bahasa Melayu Baku dalam Sosiolinguistik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm 26. 8. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan ) untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam, Singapura, dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2, MITA, hlm 4. 40

kod dan norma bahasa daripada segala segi bahasa iaitu ejaan, tulisan, peristilahan, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. 9 Pembakuan bahasa yang dilakukan meliputi seluruh aspek bahasa dan tidak terhad kepada aspek tertentu sahaja seperti sebutan semata-mata. Pembakuan ini termasuklah: Pembakuan sistem ejaan dan tulisan Pembakuan tatabahasa (berdasarkan bahasa tulisan) Pembakuan peristilahan (konsep yang berkaitan dengan pelbagai bidang ilmu) Pembakuan kosa kata (aspek makna dan bentuk kata) Pembakuan laras bahasa (perbualan dan persuratan) Pembakuan sebutan. Menurut Awang Sariyan (2000), dalam teori perancangan bahasa, aspek-aspek tersebut termasuk dalam perancangan korpus atau bahan bahasa. Jadi, boleh dikatakan bahawa pembakuan bahasa adalah perancangan korpus bahasa. Perancangan korpus ini meliputi empat tahap iaitu pemilihan, pengekodan, perluasan fungsi dan penerimaan masyarakat. Dalam tahap pemilihan salah satu dialek itu akan dipilih untuk dijadikan bahasa baku dan kemudiannya dilakukan penetapan aspek-aspek ejaan, sebutan, kosa kata, istilah dan tatabahasanya berdasarkan ciri-ciri yang betul. Bagi tahap peluasan fungsi, bahasa yang dibakukan itu akan digunakan dalam pelbagai aktiviti rasmi seperti pendidikan formal, penulisan sastera, pentadbiran dan sebagainya. Akhirnya, bahasa yang digunakan dengan meluas itu diterima oleh masyarakat sehingga dapat dinaikkan tarafnya sebagai bahasa rasmi atau kebangsaan. 9. Awang Sariyan, 2000. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Kuala Lumpur, DBP, hlm 4. 41

3.2 Pembakuan Bahasa Melayu Proses pembakuan aspek-aspek bahasa, kecuali aspek sebutan sudah berlaku sejak dulu lagi. Misalnya, sistem ejaan Rumi Melayu telah mengalami proses pembakuan sejak awal abad ke-20. R.J Wilkinson berhasil menyusun asas sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu. Sistem ini kemudian diperkemas oleh Za aba dan dikenal sebagai Ejaan Sekolah kerana menjadi asas sistem pengajaran di sekolah. Kemudian pada tahun 1972, beberapa aspek ejaan tersebut diubah suai dan sistem itu dinamakan Sisten Ejaan Baru. Di Singapura, Sistem Ejaan Baru ini dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 1979 sebagimana ejaan yang diselaraskan oleh Malaysia dan Indonesia. Pembakuan istilah pula telah berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957. Pembakuan dalam bidang peristilahan pula berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat. Hal ini disebabkan istilah merupakan realisasi konsep-konsep yang berkaitan dengan ilmu. Sehingga kini, telah tercipta lebih setengah juta istilah dalam lebih kurang 300 bidang ilmu. Walaupun proses penggubalan ini berlangsung terus-menerus, dan diakui adanya beberapa persoalan yang timbul, namun jika dilihat secara keseluruhannya, pembakuan peristilahan sudah memperlihatkan kemantapannya. 10 Dalam aspek kosa kata pula, pembakuannya mempunyai kaitan yang rapat dengan peristilahan, kerana istilah ialah sebahagian daripada kosa kata. Pembakuan kosa kata dapat dilihat pada aspek makna dan juga bentuk kata. Bahasa Melayu mempunyai kata-kata yang tetap maknanya dan sistematik kaedah pembetukannya dan hal ini dapat diperhatikan pada kamus bahasa Melayu yang ada. Kamus merakamkan pada dasarnya, bentuk dan makna 10. Ibid., hlm 13. 42

sesuatu kata (kata dasar dan kata terbitan) dengan tepat. Maklumat ini berguna bagi memastikan bentuk terbitan yang betul. Pembakuan aspek tatabahasa pula berlaku serentak dengan berkembangnya tradisi bahasa persuratan. Pemantapan bahasa persuratan atau ragam bahasa tulisan dengan sendirinya memantapkan tatabahasa. 11 Misalnya, dalam bidang undang-undang, bahasa Melayu telah melahirkan teks seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Johor dan sebagainya. Dalam bidang ketatanegaraan, telah terhasil teks Tajus Salatin. Begitu juga kitab-kitab lain dalam pelbagai bidang seperti Hikayat Al-Salikin dan Hikayat Hang Tuah. Pemantapan bahasa persuratan atau ragam tulisan dengan sendirinya memantapkan tatabahasa. Walaupun demikian, kita perlu akui bahawa dari waktu ke waktu berlaku proses penyempurnaan rumus. Dalam proses tersebut, mungkin timbul kelainan analisis atau pendapat pada aspek-aspek tertentu dalam kalangan ahli-ahli bahasa yang tertentu. Daripada usaha merumuskan aspek-aspek tertentu tatabahasa itu, diharapkan akan berhasil rumus tatabahasa yang mantap. Sebagai contoh, memang masih ada aspek morfologi, khususnya yang berkaitan dengan pengimbuhan yang memerlukan penelitian lanjut. 12 Aspek laras bahasa menunjukkan ketepatan penggunaan bahasa berdasarkan bidang yang tertentu. Penggunaan pelbagai laras bahasa timbul dalam masyarakat yang maju. Oleh sebab masyarakat kita sudah memperlihatkan adanya pengkhususan dalam berbagai-bagai bidang, pembakuan laras bahasa perlu bagi menentukan corak bahasa yang dapat menggambarkan ciri-ciri khusus sesuatu bidang itu seperti laras bahasa berita, surat rasmi, laporan, tulisan ilmiah, undang-undang dan sebagainya. Dengan demikian tidak timbul soal pertentangan antara laras bahasa degan tatabahasa. Bahkan amat erat kaitan antara kedua- 11. Ibid., hlm 14. 12. Ibid., hlm 15. 43

duanya. Sementara tatabahasa menjadi asas sistem bahasa, laras bahasa adalah peluasan sistem bahasa tersebut. 13 Aspek pembakuan sebutan membayangkan bahawa tercapainya kesempurnaan sistem bahasa. Setelah pembakuan aspek-aspek bahasa yang lain, maka pembakuan sebutan melengkapkan proses pembakuan keseluruhan aspek bahasa. Yang dimaksudkan dengan sebutan baku ialah sebutan yang seragam, yang diucapkan dengan cara yang sama oleh semua masyarakat penutur sesuatu bahasa itu. Aspek sebutan tidak dapat dipisahkan daripada aspek ejaan kerana sesuatu perkataan itu dieja sebagaimana perkataan itu sepatutnya disebut. Hakikat bahawa pembakuan sebutan perlu dilaksanakan telah ditimbulkan dalam Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu se-melaya Ketiga yang berlangsung pada 16 hingga 21 September 1956 di Singapura dan Johor Bahru. Kongres telah memutuskan bahawa Loghat Melayu-Riau yang dikatakan standard itu tidak lagi sesuai pada masa ini (iaitu dalam tahun 1956). Maka, dianjurkan supaya vokal akhir a [ misalnya s-a-y-a atau k-i-t-a dll ] hendaklah dibunyikan a [ sa-ya atau ki-ta ] bukan e [ sa-ye atau ki-te, dsb ]. 14 Dalam rumusannya, pada tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu mengambil ketetapan yang cukup tegas dan berpandangan jauh ke hadapan tentang dasar sebutan baku bagi bahasa Melayu. Dasar yang disarankan ialah sebutan fonemik, iaitu berdasarkan ejaan. Keputusan yang dibuat oleh Kongres itu menetapkan bahawa sebutan yang 13. Ibid., hlm 16. 14. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan ) untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam, Singapura, dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2, MITA, hlm 7. 44

baku ialah yang berdasarkan Ejaan Rumi, bukan yang berdasarkan kelaziman menyebut sesuatu perkataan itu menurut dialek Johor- Riau. 3.3 Maksud dan Prinsip Sebutan Baku Sebutan baku ialah sebutan yang berdasarkan ejaan atau yang dikenali sebagai sebutan fonemik. Ini bererti bahawa pengucapan sesuatu bunyi menurut nilai bunyi yang dilambangkan oleh huruf grafem. Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa hampir setiap fonem dalam bahasa Melayu dilambangkan oleh sesuatu grafem yang tertentu. Demikian juga sebaliknya, satu grafem dalam bahasa Melayu pada umumnya mendukung satu nilai bunyi yang tertentu. 15 Ini bermakna bahawa setiap huruf vokal dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi vokal tertentu, dan setiap huruf konsonan pula melambangkan satu bunyi konsonan. Bagaimanapun terdapat beberapa kekecualian, misalnya huruf vokal e melambangkan dua bunyi vokal, iaitu vokal e pepet dan e taling. Beberapa konsonan pula dapat mewakili beberapa bunyi. Contohnya, huruf konsonan dapat melambangkan tiga bunyi, iaitu bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara (k) seperti pada kata kaki, bunyi hentian glotis (?) seperti pada kata elak dan bunyi geseran rongga tekak bersuara (ç) seperti pada kata nikmat. 16 Berdasarkan keterangan yang diutarakan oleh K.L Pike dalam bukunya Phonemics, Asraf telah merumuskan bahawa sebutan baku ialah kata-kata yang dieja sebagaimana yang 15. Awang Sariyan, 1993. Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 27. 16. Ibid., hlm 27. 45

diucapkan dan diucapkan sebagaimana yang dieja, dan tidak ada huruf yang senyap. 17 Ini bererti bahawa kata-kata yang dieja mengikut prinsip fonemik seperti yang digunakan sekarang hendaklah disebut atau diucapkan sebagaimana yang dieja. Nik Safiah menjelaskan bahawa pembakuan sebutan bermaksud penyeragaman dalam melafazkan bunyi-bunyi bahasa. Beliau menyatakan bahawa bagi keseragaman sebutan, prinsip satu bunyi satu sebutan hendaklah dipegang. Dapatlah dirumuskan bahawa sistem sebutan baku bahasa Melayu adalah bersifat fonemik, iaitu satu lambang atau huruf, mewakili satu fonem dan mestilah dibunyikan mengikut cara penyebutan fonem itu sendiri. Jelas di sini bahawa sistem sebutan mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem ejaan atau tulisan. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu sudah mantap atau baku, jadi wajarlah setiap sebutan itu mengikut sistem ejaan. Sebutan mengikut prinsip fonemik ini memudahkan para penutur kerana keseragaman dalam sistem sebutan ini boleh mengelakkan kekeliruan dalam penyebutan sesuatu perkataan. Sebutan yang tidak mengikut fonemik atau yang salah akan hanya mengelirukan para penutur kerana kelainan bunyi akan melahirkan makna atau maksud yang berlainan. Perlulah difahami bahawa selain bagi tujuan keseragaman, sebutan baku juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan berbahasa para penutur dan memantapkan sistem dalaman bahasa Melayu. Ismail Dahaman menggariskan matlamat pembakuan sebutan baku yang berikut: 17. Asraf, 1986. Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik, dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 2 Bilangan 2, MITA, Hlm 25. 46

(1) Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau rasmi. (2) Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan semua golongan pengguna bahasa Melayu. (3) Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), dan sistem ejaan. (4) Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. 18 Pembakuan sebutan ini akan menjadikan bahasa Melayu lebih kental: Pertama, kerana daya kepaduan mereka yang menuturkan bahasa ini, di seluruh rantau ini. Keseragaman terakhir ini iaitu sebutannya akan mengukuhkan terus daya diri bahasa ini. Kedua, kerencaman sebutan yang sedia ada termasuk dialeknya akan terus mewarna pelangi keseluruhan langit. Bahasa Melayu/Indonesia ini: dari loghat-loghat di Brunei, bah dan ungkayah: ke pelosok-pelosok pedalaman di Indonesia seperti anda, beta lu dan guenya; loghat-loghat negeri di Malaysia pula dengan makan, maka dan makangnya atau pun hang, depa dan pimainya. Engkau orang dan dia orang di Singapura pula. 19 18. Ismail Dahaman, 1994, Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm 3. 19. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan ) untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam, Singapura, dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2, Singapura, MITA, hlm 5. 47

Penggunaan sebutan baku adalah dalam situasi rasmi atau formal. Antara situasisituasi rasmi dan formal termasuklah persidangan dan mesyuarat, sewaktu memberikan ucapan dan menyampaikan taklimat, dan dalam bilik darjah dan kuliah. Dalam situasi-situasi tersebut, para penutur yang berasal daripada berbagai-bagai latar belakang, akan menggugurkan ciri-ciri daerah dan peribadi masing-masing dan menggunakan bentuk bahasa yang diterima sebagai bentuk-bentuk bahasa baku. 20 Pedoman sebutan baku yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka mencatatkan bahawa penggunaan sebutan baku adalah dalam situasi formal atau rasmi sebagai yang berikut: (1) Pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan, oleh pelajar, guru, pensyarah, dan pegawai pendidikan. (2) Ucapan di khalayak ramai, seperti pidato, ceramah, syarahan, dan kuliah. (3) Perbincangan dan komunikasi rasmi dalam sektor awam, seperti dalam mesyuarat rasmi, temu duga, wawancara, dan ucapan dalam upacara rasmi. (4) Siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem), seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan, dan pengacaraan sesuatu rancangan. 21 Dengan kata lain, penggunaan sebutan baku hendaklah dalam lingkungan yang disebutkan tadi. Ini bermakna dalam suasana yang tidak rasmi, kita tidak dituntut berbahasa 20. Nik Safiah Karim, 1992. Sebutan Bahasa Melayu Baku dan Pelaksanaannya di Malaysia, dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10 Bilangan 2, Singapura, MITA, hlm 16-17. 21. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm xiv. 48

baku; malah bebas memilih ragam-ragam lain yang sesuai dengan suasananya. Dalam komunikasi yang tidak formal, kita bebas membuat pemilihan kata; tidak memperdulikan hukum-hukum tatabahasa; malah bebas dengan gaya bahasa yang kita fikirkan selesa. Tidak dengan penggunaan bahasa baku dalam situasi rasmi; penggunaannya menekankan kerapian, kejelasan dan ketepatan; baik dalam hal susunan kalimat, mahupun makna, baik yang disampaikan secara lisan, mahu pun tulisan. 22 3.4 Latar Belakang Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Singapura Di Singapura, setelah Sistem Ejaan Baru dilaksanakan pada tahun 1979 sebagaimana yang telah diselaraskan oleh Malaysia dan Indonesia, masalah penyebutan yang berdasarkan ejaan dikatakan semakin menjadi besar. Permasalahan yang dulunya hanya berkisar pada bunyi a sahaja, menular kepada penyebutan vokal-vokal yang lain terutamanya vokal i dan u, juga sebutan kekata daripada bahasa-bahasa asing. 23 Pada tahun 1985, Seminar Pengajaran Bahasa Melayu anjuran CDIS mencadangkan agar sebutan berdasarkan ejaan terutamanya dalam pengajaran bacaan asas diperkenalkan. Namun demikian, tiada langkah segera yang diambil. Pada tahun 1988, setahun setelah Singapura menjadi pemerhati Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan penggunaan sebutan baku di dalam kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. 22. Ibid., hlm 7 23. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan ) untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam, Singapura, dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2, Singapura, MITA, hlm 8. 49

Setahun berikutnya, pada tahun 1989, Majlis Bahasa Melayu Singapura atau MBMS (pada masa itu dikenali sebagai Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura atau JBMS) membincangkan kertas kerja yang disiapkan oleh Suratman Markasan mengenai Perlunya Singapura Melaksanakan Sebutan Baku. Dalam perbincangan tersebut, beberapa pertubuhan lain diajak untuk membincangkan isu yang sama. Akhirnya pada tahun 1990, MBMS membuat keputusan melalui Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian atau MICA (pada masa itu dikenali sebagai MITA) dan mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Singapura atau MOE (pada masa itu dikenali sebagai Kementerian Pelajaran) supaya menggunakan sebutan baku dalam sistem pendidikan formal. Pada bulan Jun 1990, MOE meluluskan kertas cadangan MBMS dan sekitar Ogos 1990, kabinet memutuskan pada dasarnya untuk menerima sebutan baku di dalam sistem bahasa Melayu sepertimana yang disarankan oleh MBMS dalam kertas cadangan yang diajukan itu. Berdasarkan kertas laporan rasmi MOE yang bertarikh 7 Jun 1990, cadangan MBMS itu diterima atas sebab-sebab yang berikut: (1) Sebutan baku tidak mengubah ejaan sesuatu perkataan. Oleh itu, pelaksanaan sistem sebutan ini tidak menimbulkan masalah dalam aspek tulisan. (2) Oleh sebab setiap vokal atau konsonan hanya mempunyai satu bunyi sahaja, sistem ini dapat melahirkan keseragaman antara huruf dan bunyi. Keseragaman ini memudahkan sebutan dan bacaan. (3) Oleh sebab hanya aspek sebutan bahasa Melayu di Singapura yang belum baku berbanding dengan anggota MABBIM yang lain, jadi wajarlah sistem sebutan ini dilaksanakan bagi tujuan keseragaman. 50

4) Pelaksanaan sistem sebutan baku ini merupakan satu cara yang dilakukan oleh Singapura untuk mengikuti perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. 24 Berikutan dengan keputusan yang diambil mengenai sebutan baku, beberapa wakil Singapura telah ke Indonesia dan Malaysia pada 17 hingga 23 Ogos 1992 untuk meninjau pelaksanaan sebutan baku, masalah yang berkaitan dan huraiannya, pelestarian dan tentang prinsip-prinsip sebutan baku. Segala maklumat yang diraih daripada lawatan di kedua-dua buah negara tersebut dijadikan panduan bagi pelaksanaan sistem sebutan baku di Singapura. 3.5 Rasional Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Singapura Semasa memberikan ucapan dalam majlis pembukaan rasmi Seminar Sebutan Baku anjuran MOE pada September 1992 di Pusat Islam Singapura, Encik Sidek Saniff (pada masa itu Setiausaha Parlimen bagi Pendidikan) menggariskan tiga rasional pelaksanaan sistem sebutan baku di Singapura seperti yang berikut: 1. Usaha yang berterusan dalam proses pembakuan bahasa Melayu setelah menangani proses pembakuan dari segi ejaan, tatabahasa dan kosa kata. 2. Keperluan pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu terutamanya dalam bidang bacaan asas yang didapati akan lebih mudah diajarkan dengan menggunakan pelbagai kaedah suku kata dan sebutan baku pula dapat mengurangkan masalah sebutan yang berdasarkan ejaan ini. 24. Jabatan Pegembangan dan Pembangunan Kurikulum, MOE, 1990. Laporan Pelaksanaan Sebutan Baku di Sekolah-sekolah, Singapura, MOE, hlm 2. 51

3. Keperluan kerantauan, iaitu keperluan menyeragamkan sebutan setelah Malaysia mengumumkan penerimaan sebutan baku di dalam kurikulum sekolahnya sedang di Indonesia pula, penyebutan berdasarkan ejaan telah lama berlangsung. 25 Berdasarkan rasional yang digariskan tadi, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan sebutan baku di Singapura adalah untuk memenuhi tiga usaha iaitu usaha untuk pemantapan bahasa, pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan juga bagi kerjasama serantau khususnya dalam penyeragaman dan perkembangan bahasa. Dalam usaha bagi pemantapan bahasa, pembakuan sebutan dilihat sebagai kesinambungan usaha bagi pembakuan aspek-aspek bahasa seperti ejaan, tulisan, kosa kata, istilah, tatabahasa dan laras bahasa. Pembakuan sistem sebutan ini sebagai usaha terakhir atau pelengkap dalam proses pembakuan bahasa Melayu. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran pula, pembakuan sistem ini diharap dapat membantu para pelajar khususnya dalam aspek ejaan dan bacaan. Oleh sebab aspek ejaan dan bacaan berkait rapat, sistem sebutan baku yang bersifat fonemik akan menghasilkan ketekalan bunyi antara huruf dan bunyi dan ini diharapkan dapat memudahkan pembelajaran bahasa khususnya dalam aspek ejaan dan bacaan dalam kalangan para pelajar. Seterusnya, para pelajar diharapkan berupaya berkomunikasi menggunakan sebutan baku dalam majlis-majlis formal atau rasmi. 25. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan ) untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam, Singapura, dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2, Singapura, MITA, hlm 9. 52

Akhir sekali, sebagai pemerhati MABBIM, Singapura tidak mahu ketinggalan dan menampakkan usaha yang sungguh-sungguh bagi mengikuti dan menyumbang kepada perkembagan bahasa Melayu di rantau ini. Pelaksanaan sistem sebutan baku ini merupakan satu usaha bagi penyeragaman bahasa Melayu dalam usaha membentuk bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf dan bermartabat. 3.6 Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku dalam Kurikulum Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Sistem sebutan baku dilaksanakan dalam kurikulum Bahasa Melayu di sekolahsekolah secara bertahap-tahap. Pada tahun 1993, sistem sebutan ini diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan ini diikuti oleh pelaksanaannya di sekolah-sekolah menengah, maktab rendah dan institut pusat pada tahun 1994. Seterusnya, penggunaan sebutan baku diperkenalkan dalam peperiksaan lisan dan kefahaman mendengar peringkat nasional bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (GCE O Level ) dan Peringkat Tinggi (GCE A Level) pada tahun 1997 dan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada tahun 1998. Ini bererti kecekapan para pelajar bertutur menggunakan sebutan baku diuji dalam peperiksaan tersebut. Dasar pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah, menggariskan bahawa sebutan baku ini digunakan dalam situasi rasmi atau formal khususnya dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, para guru dan para pelajar juga diharapkan menggunakan sebutan baku dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Hal ini ditekankan oleh Encik Sidek Saniff dalam ucapannya semasa merasmikan Seminar Sebutan Baku pada tahun 1992. Sesuatu bahasa yang hidup akan terus berkembang sekiranya bahasa itu 53

digunakan di dalam dan di luar bilik darjah; melalui aktiviti-aktiviti penggunaan, pengukuhan dan pengayaan. Aktiviti-aktiviti ini hendaklah menarik serta memenuhi minat dan keperluan pelajar-pelajarnya. Dengan ini aktiviti-aktiviti pemelajaran yang menyeronokkan inilah, rasa yakin dan cinta untuk mengucapkan bahasa akan terbentuk. Malah, dapat menggunakan bahasa untuk melahirkan buah fikirannya dan perasaannya; meluahkan tanggapannya secara kritis dan kreatif. 26 Penggunaan sebutan baku dalam aktiviti Bahasa Melayu seperti debat, drama, peraduan bercerita, syarahan atau pidato, perkhemahan bahasa dan bengkel-bengkel bahasa amat perlu kerana usaha ini dapat menyokong pelaksanaan sebutan baku dengan lebih berkesan bagi kesinambungan penggunaannya selain dalam bilik darjah dan meningkatkan penguasaan bahasa pelajar. Bagi melicinkan pelaksanaannya di sekolah-sekolah, MOE telah menjalankan beberapa langkah. Antaranya ialah penubuhan jawatankuasa induk yang mengendalikan dan membincangkan hal-hal yang bersangkutan dengan sebutan baku. Jawantankuasa ini bertindak sebagai unit pemantau dan bertugas untuk meneliti perkembangan sebutan baku di sekolah-sekolah dan menjadi tempat rujukan atau sumber kepada para guru untuk bertanyakan permasalahan yang menyentuh tentang pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu baku, termasuk sebutan. 27 Bagi menyediakan para guru, Seminar Sebutan Baku, anjuran MOE telah diadakan pada 8-10 September 1992. Pakar bahasa dari Malaysia dan Indonesia telah diundang untuk menyampaikan kertas kerja iaitu Profesor Emeritus Dr Nik Safiah Karim dan Dr Harimurti. Berikutan ini, bengkel-bengkel sebutan baku juga diadakan dengan kerjasama Staff Training Branch, MOE. Selain pegawai-pegawai MOE, para pembimbing bengkel dari Malaysia seperti 26. Ibid., 12-13. 27. Ibid., 12. 54

Dr Awang Sariyan turut terlibat mengendalikan bengkel yang diadakan bagi semua para guru yang mengajar bahasa Melayu di sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan institut pusat. Bengkel yang serupa dijalankan sepanjang beberapa tahun pertama pelaksanaannya, khususnya bagi guru-guru baharu. Agar para guru dapat menjalankan dasar sebutan baku dengan betul, beberapa panduan dan bahan pengajaran juga disediakan. MOE telah menerbitkan buku teks bahasa Melayu bagi peringkat sekolah menengah, berjudul Pancaran Bahasa, yang berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu. Buku teks ini digunakan di sekolah-sekolah pada tahun 1994, tahun yang sama dengan pelaksanaan sebutan baku. Dalam teks tersebut, dikhaskan satu bahagian atau komponen tentang sebutan baku bagi membantu para guru menyampaikan penjelasan tentang konsep sebutan baku di samping latihan-latihan amali. Bahan-bahan sokongan seperti audio- CD, TV Pendidikan, E-Video yang juga menggunakan sebutan baku diterbitkan dan diberikan kepada para guru. Pelaksanaan sistem sebutan baku ini juga mendapat suntikan dengan usaha yang dijalankan oleh MBMS, badan-badan setempat dan media massa. Pada tahun-tahun awal pelaksanaannya, MBMS menggunakan sebutan baku bagi aktiviti Bulan Bahasanya yang diadakan pada setiap dua tahun sekali. Bulan bahasa ini bukan sahaja melibatkan para pelajar dan para guru melalui aktiviti di sekolah-sekolah, Persatuan Guru-guru Bahasa Melayu (PGBM ) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS) tetapi juga masyarakat umum khususnya melalui aktiviti yang dikelolakan oleh badan-badan setempat seperti kelab-kelab masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan seni. Manakala pihak media pula mengambil keputusan menggunakan sebutan baku dalam penyiarannya. Semua rancangan termasuk siaran iklan dan berita, yang diterbitkan, sama ada di televisyen dan radio, menggunakan 55

sebutan baku. Penglibatan pihak media massa dan badan-badan setempat menampakkan usaha yang padu dari semua pihak bagi merancakkan dan melicinkan pelaksanaan sistem sebutan baku di Singapura. 3.7 Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Sekolah-sekolah Menengah 3.7.1 Pengenalan Pelaksanaan sistem sebutan baku telah berlangsung di sekolah-sekolah menengah selama 10 tahun sejak 1994. Walaupun pada keseluruhannya sistem sebutan baku ini diterima pelaksanaannya di Singapura khususnya di sekolah-sekolah, masih terdapat keprihatinan dan kebimbangan yang disuarakan oleh anggota masyarakat mengenai rasional dan keberkesanan pelaksanaannya. Keprihatinan dan kebimbangan ini dapat dilihat melalui maklum balas yang diberikan oleh pemimpin akar umbi dan anggota masyarakat dalam dialog-dialog bahasa dan artikel yang disiarkan dalam akhbar setempat. Untuk menerangkan kepada masyarakat, Encil Yatiman Yusoff, Pengerusi MBMS pernah membuat kenyataan dalam akhbar Berita Harian pada 3 Julai 2003 mengenai pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah. Beliau berkata bahawa penggunaan sebutan baku di sekolah-sekolah mencapai objektif yang ingin dicapai. Di peringkat sekolah, penggunaan sebutan baku bergerak di landasan yang betul dan dalam 10 tahun sejak dilancarkan, ia telah berjaya melahirkan satu kohort pelajar yang mana keupayaan mereka menggunakan sebutan baku menonjol ketika menyertai bahas, ceramah dan membuat panggilan ke radio. 28 28. Berita Harian, Julai 2003. Usaha Perluas Sebutan Baku Dirancang, dalam Komentar, Singapore Press Holdings, Hlm 1. 56

Sebagai respons kepada kenyataan ini, satu artikel yang diterbitkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 17 Julai 2003 cuba mempersoalkan kewajaran tindakan pelaksanaan sebutan baku ini di sekolah-sekolah. Menurut artikel tersebut, selepas 10 tahun sebutan baku diperkenalkan di sini, penggunaan sebutan baku ini didapati bukan saja tidak menunjukkan kemajuan malah semakin berkurangan. Kewajaran meneruskan pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-sekolah juga dipersoalkan kerana dikhuatiri pelaksanaan tersebut membebankan pelajar-pelajar khususnya para pelajar yang mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang agak lemah. Persoalan yang ditimbulkan oleh anggota masyarakat sama ada sistem sebutan baku ini harus diteruskan atau tidak mungkin berpunca daripada beberapa faktor termasuk yang berlaku di luar negara. Antara punca kekuatiran ini bersebab oleh kurangnya penggunaan sebutan baku dalam kalangan ahli masyarakat khususnya para pemimpin masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Pengerusi MBMS, Encik Yatiman Yusoff di akhbar Berita Harian. Beliau berkata, Di peringkat masyarakat, kita mengakui perlu diadakan pendidikan umum terhadap penggunaan sebutan baku bagi meluaskan lagi usaha ke arah penggunaannya. Usaha ini juga dilakukan memandangkan pemimpin masyarakat dan guru-guru perasan akan kurangnya penggunaan sebutan baku dalam acara-acara kemasyarakatan sehingga menimbulkan pertanyaan sama ada proses baku kian berkurangan. 29 Naib Penolong Presiden Kanan, MediaCorp radio, Cik Zakiah Halim juga menyatakan bahawa Tentang nahu, kosa kata dan ejaan, jelas sekali bahawa objektifnya tercapai. Yang 29. Ibid., hlm 1. 57

kedudukannya masih terumbang-ambing ialah bahagian sebutan baku. Ini kerana sesudah 10 tahun seruan agar sebutan baku menjadi amalan kita, tidak ramai yang menyahut seruan itu. 30 Kekhuatiran ini juga berpunca daripada keputusan pemerintah Malaysia mengenai pelaksanaan sebutan baku di negara tersebut. Melalui kenyataan akhbar bertarikh 9 Februari 2000, Y.B. Tan Sri Dato Musa Bin Mohamed, Menteri Pendidikan Malaysia, telah memaklumkan bagi kerajaan Malaysia laporan kajian mengenai penggunaan sebutan bahasa baku DBP di sekolah-sekolah, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 januari 2000. Hasil daripada pandangan serta kajian yang dijalankan berkenaan isu tersebut, Mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia bersetuju agar sebutan bahasa baku DBP terus dilaksanakan di sekolah-sekolah hanya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Di Malaysia, terdapat kekeliruan dan salah faham yang timbul pada masa sebutan baku dimasyarakatkan. Kekeliruan dan salah faham tersebut kebanyakannya berpunca daripada sikap sebilangan anggota masyarakat, termasuklah pemimpin dan ahli ilmu yang cepat membuat kesimpulan dan pendirian sebelum benar-benar meneliti dan memahami isu yang sebenarnya. Antara kekeliruan tersebut berdasarkan maklumat balas daripada ceramah, kursus dan seminar serta berdasarkan potongan akhbar termasuklah: a) Sebutan baku mematikan dailek dan mengganggu kelancaran komunikasi; b) Sebutan baku menimbulkan kesulitan memahami sesuatu; c) Sebutan baku menghilangkan identiti kemalaysian; d) Sebutan baku adalah pengaruh Indonesia; dan e) Sebutan baku bertentangan dengan prinsip linguistik bahawa bahasa ialah pertuturan. 31 Menurut Awang Sariyan ( 2000 ), sebahagian besar kumpulan yang menentang ini kurang faham akan aspek-aspek yang berkaitan dengan sistem sebutan baku seperti konteks penggunaan, konsep sebutan baku dan 30. Ibid., hlm 1. 31. Awang Sariyan, 2000. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Kuala Lumpur, DBP, hlm 41. 58

proses pembakuan bahasa. Kekeliruan dan salah faham ini juga berlaku di Singapura dan faktor-faktor ini serta keputusan yang dibuat oleh Malaysia sebagai salah satu negara pelopor sebutan baku untuk tidak melaksanakan sebutan baku di media massa, telah mempengaruhi beberapa anggota masyarakat di Singapura sehingga menimbulkan persoalan tentang kewajaran pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-sekolah di Singapura. Keberkesanan pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah memang menjadi keutamaan Jawatankusa induk MOE yang ditubuhkan. Oleh sebab itu, selain menjalankann kursus untuk para guru, jawatankuasa ini mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah untuk memantau pelaksanaan, masalah yang berkaitan dan membantu para guru. Namun usaha ini hanya dijalankan pada peringkat awal pelaksanaannya. Penelitian terhadap laporan bertulis MOE mengenai latihan bagi para guru dan lawatan yang dilakukan ke sekolah-sekolah untuk memantau pelaksanaan sistem sebutan baku, mendapati bahawa latihan dan lawatan atau pemantauan serupa seperti yang pernah dijalankan pada tahun-tahun awal pelaksanan sistem ini tidak lagi dijalankan sejak 1999. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laporan bertulis MOE, kali terakhir MOE mengadakan latihan dan lawatan ke sekolah-sekolah untuk memantau pelaksanaan sebutan baku ini adalah pada tahun 1998. Pada tahun tersebut, sebanyak 30% sekolah menengah terlibat dalam program pemantauan dari Januari hingga Oktober. Selepas tahun tersebut, tiada lagi sebarang pemantauan dilakukan. Dalam laporan yang diteliti, tidak pula dinyatakan sebab-sebab kenapa pihak MOE tidak lagi menjalankan lawatan dan pemantauan tersebut. Terhentinya sistem pemantauan ini juga seolah-olah memberikan gambaran kepada masyarakat terutamanya guru-guru dan para pelajar di sekolah-sekolah bahawa kepentingan menggunakan sebutan baku sudah makin berkurangan. 59

Dasar yang diambil oleh pemerintah Singapura amat jelas iaitu meneruskan pelaksanaan sistem sebutan baku ini di sekolah-sekolah kerana diyakini pelaksanaannya akan membawa hasil yang diingini dalam jangka panjang. Pembakuan sistem sebutan ini akan melengkapkan pembakuan bahasa di Singapura di samping membantu para pelajar khususnya pelajar-pelajar yang kurang terdedah kepada penggunaan bahasa Melayu di rumah. Lagi pun, sebutan baku ini baru sedekad dilaksanakan dan adalah wajar untuk memberikan ruang dan peluang yang cukup kepada pelaksanaannya sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada untuk meneruskan inisiatif ini atau sebaliknya. Dasar yang diambil oleh pemerintah Singapura ini dan kelebihan menggunakan sebutan baku di sekolah-sekolah ditekankan oleh Encik Hawazi Daipi, Setiausaha Kanan Parlimen (Pendidikan ) merangkap Setiausaha Sumber Tenaga, semasa menjawab soalan Puan Halimah Yaakob, seorang anggota parlimen, dalam sesi parlimen pada Mac 2004. Puan Halimah Yaakob menanyakan tentang sebab-sebab perlunya menggunakan sistem sebutan baku dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut Encik Hawazi, penggunaan sebutan baku merupakan langkah yang wajar dan sistematik kerana seperti masyarakat lain di Singapura, semakin ramai orang Melayu menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Oleh sebab setiap abjad vowel atau konsonen ini hanya memiliki satu bunyi yang dikaitkan dengannya sahaja, sistem ini lebih konsisten dari segi bunyi dan huruf. Konsistensi ini memudahkan pembelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar yang kurang terdedah kepada Bahasa Melayu di rumah, termasuk golongan bukan Melayu yang mengambil Bahasa Melayu di sekolah-sekolah. 32 32. Berita Harian, Mac 2004. Sebutan Baku Bantu Murid Melayu, dalam Parlimen, Singapore Press Holdings, hlm 8. 60

Selain itu, manfaat pembakuan ini juga perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas khususnya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama rantau ini dan hubungan Singapura dengan jiran-jirannya. Pemantapan dan pembakuan sistem Bahasa Melayu tentulah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan hubungan Singapura dengan negara jiran di Nusantara yang majoriti penduduknya sebanyak 263 juta orang berbahasa Melayu/Indonesia. Walaupun wujud kebimbangan dan keprihatinan seperti yang dinyatakan dalam perenggan yang lebih awal, sejauh ini ( sehingga kajian ini dijalankan ) tidak ada kajian atau tinjauan menyeluruh yang dilakukan oleh MOE atau mana-mana pihak untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan sistem sebutan baku khususnya di sekolah-sekolah. Tinjauan dan penilaian yang berterusan perlu dilakukan untuk mengetahui keberkesanan dan keprihatianan pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah. Hasil daripada penilaian yang dilakukan dapat memberikan lapor balik dan panduan kepada pihak tertentu khususnya pihak MOE untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaannya dan bentuk tindakan susulan yang harus diambil. Oleh sebab selama ini tiada kajian atau penilaian yang dijalankan mengenai inisiatif MOE tersebut walaupun terdapat beberapa kebimbangan dan keprihatinan, pengkaji memilih untuk melakukan satu kajian mengenai pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-sekolah untuk memenuhi tujuan-tujuan berikut: mengetahui sejauh mana pelajar mampu bertutur menggunakan sebutan baku dengan baik dalam pembelajaran Bahasa Melayu 61

meninjau pelaksanaannya dalam bilik darjah khususnya peranan guru sebagai model penutur atau penutur contoh dan pengembang bahasa mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan dengan pelaksanaannya seperti peranan dan sokongan MOE, sekolah-sekolah dan ibu bapa mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru mengemukakan saranan-saranan bagi usaha-usaha berterusan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan dan menyokong pelaksaannnya secara total. Walaupun demikian, kajian ini hanya melibatkan tinjauan dan kajian di sekolahsekolah menengah. Oleh itu kajian ini hanya berupaya menghasilkan gambaran pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah menengah sahaja. Untuk mengetahui gambaran yang lebih luas dan menyeluruh, kajian di semua peringkat sekolah iaitu, peringkat rendah, menengah dan maktab rendah/institut pusat haruslah dijalankan. 3.7.2 Maklumat Sampel Tinjauan yang dijalankan ini melibatkan sejumlah 300 pelajar menengah 3, dan 76 guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah menengah. Kumpulan pelajar ini terdiri daripada 44.7% pelajar perempuan dan 55.3%% pelajar lelaki. Berdasarkan jumlah ini, sebanyak 202 atau 67.3% adalah pelajar-pelajar Melayu dan 98 atau 32.7% pelajar-pelajar bukan Melayu yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (57.2%) atau ketiga (42.8%). Kesemua pelajar Melayu dan 57.2% pelajar bukan Melayu yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua telah melalui pembelajaran bahasa Melayu dalam sebutan baku selama hampir 9 tahun sejak di peringkat sekolah rendah. Kumpulan pelajar menengah tiga ini dipilih kerana diyakini bahawa pengalaman belajar Bahasa Melayu selama 9 tahun sudah 62

cukup untuk melihat kesan sebutan baku ke atas kebolehan berbahasa pelajar khususnya dalam aspek ejaan, bacaan dan pertuturan. Sebanyak 42.8% pelajar bukan Melayu yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga adalah pelajar-pelajar cemerlang 10 peratusan terbaik dalam PSLE. Semasa kajian ini dijalankan, mereka sudah melalui pembelajaran bahasa Melayu selama tiga tahun sejak di peringkat sekolah menengah satu. Mereka dipilih bagi kajian ini kerana pengkaji ingin meninjau sama ada sebutan baku memainkan peranan yang positif ke atas pemerolehan bahasa kumpulan pelajar cemerlang ini. Yang berikut ialah profil para pelajar yang terlibat dalam kajian ini: Jadual 1: Pelajar Mengikut Jantina dan Bangsa Jantina Melayu Cina India Bangsa Lain Lelaki 115 28 9 14 Perempuan 87 22 13 12 Jumlah (100%) 202 (67.3%) 50 (16.7%) 22 (7.3%) 26 (8.7%) Seperti yang tertera dalam Jadual 1 di atas, pelajar yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar Melayu 67.3%, pelajar Cina 16.7%, pelajar India 7.3% dan pelajar yang berbangsa lain membentuk 8.7%. Ini juga menggambarkan bahawa subjek bahasa Melayu bukan sahaja dipelajari oleh pelajar-pelajar Melayu bahkan juga pelajar-pelajar bukan Melayu. Seramai 76 guru yang terlibat dalam kajian ini merupakan guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di peringkat sekolah menengah daripada 26 buah sekolah. Mereka terdiri daripada 52 ( 68.4%) guru wanita dan 24 ( 31.6%) guru lelaki. Jumlah guru yang terlibat ini 63

mewakili 20.8% kesemua guru Bahasa Melayu sebanyak 365 orang yang mengajar di sekolah-sekolah menengah (semasa tinjauan ini dijalankan) di seluruh Singapura. Perbezaan antara jumlah guru wanita dan lelaki yang terlibat juga menggambarkan trend tenaga guru di sekolah-sekolah iaitu terdapat lebih ramai kaum wanita yang bertugas sebagai pendidik daripada kaum lelaki. Guru-guru yang dipilih ini juga mempunyai pengalaman mengajarkan Bahasa Melayu yang berbeza-beza dan ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh mengenai peranan dan keprihatinan guru-guru ini dalam melaksanakan sebutan baku di sekolah. 3.7.3 Kaedah Kajian Sebelum data bagi kajian ini didapatkan, prosedur yang berikut telah dilakukan: a. Kebenaran bertulis daripada pihak MOE diperoleh untuk menjalankan soal selidik di sekolah-sekolah menengah dan menggunakan data yang dikumpulkan dalam kajian ini. b. Setelah diberi pengesahan, kebenaran daripada pengetua sekolah yang telah dipilih juga didapatkan. Masa dan tarikh bagi menjalankan soal selidik ini juga dibincangkan dengan pihak sekolah. c. Pengkaji seterusnya menghubungi dan bertemu ketua subjek Bahasa Melayu sekolah-sekolah berkenaan untuk menerangkan prosedur soal selidik ini, menetapkan jumlah pelajar yang akan terlibat dan masa bagi mendapatkan semula borang soal selidik yang telah dilengkapkan. d. Soal selidik ini dijalankan oleh ketua subjek bahasa Melayu sebelum dan selepas peperiksaan akhir sekolah berlangsung. 64

e. Bagi borang soal selidik para guru, pengkaji hanya menghubungi ketua subjek sekolah yang dipilih dan menerangkan soal selidik ini melalui telefon. Borang soal selidik kemudian dihantar kepada guru-guru ini melalui pos. Borang yang telah dilengkapkan dikembalikan semula oleh para guru melalui pos menggunakan sampul surat bersetem yang disediakan. Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua: soal selidik untuk para pelajar dan soal selidik untuk para guru. 33 Secara keseluruhannya, borang soal selidik ini terbahagi kepada dua jenis soalan, iaitu soalan yang memerlukan responden mengisi tempat kosong dan menandakan dengan tanda ( ) menggunakan skala Likert bagi kenyataan yang dipersetujui mengenai item yang diberikan. Soalan jenis kedua ialah soalan jenis terbuka. Ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada para responden untuk mengemukakan perasaan dan respons-respons lain yang tidak dapat dikemukakan dalam soalan jenis pertama. Oleh sebab soalan jenis terbuka ini tidak menghadkan jawapan seperti soalan jenis tertutup, maka para responden boleh memberikan respons dengan bebas setelah mereka memahami tujuan soalan yang dikemukakan. Mengenai jenis soalan terbuka ini, Oppenhiem berpendapat bahawa mereka boleh membiarkan pemikiran mereka bebas tanpa dibebani oleh satu set jawapan yang telah disediakan. 34 Borang soal selidik yang disediakan bagi para pelajar terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A (soalan 1-5) ialah mengenai latar belakang pelajar yang merangkumi bangsa, 33. Lihat Lampiran 2 dan 3 bagi contoh borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolahsekolah menengah di Singapura. 34. Oppenheim, A.N. 1992. Questionaire Design, Interviewingg and Attitude Measurement, London, Printer Publisher, hlm 112. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah they can let their thoughts roam freely unencumered by a prepared set of replies. 65

bahasa utama yang digunakan dan kekerapan menggunakan bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan ahli keluarga di rumah, kawan-kawan dan guru-guru di sekolah. Bahagian B (soalan 6-29) menyentuh tentang pelaksanaan sebutan baku di sekolah. Aspek yang dikemukakan termasuklah sama ada sebutan baku membantu mereka dalam pembelajaran bahasa Melayu, keupayaan mereka bertutur dengan menggunakan sebutan baku, penggunaan sebutan baku dalam bilik darjah, peranan guru, ibu bapa dan media massa serta bantuan yang diperoleh jika mereka menghadapi masalah dalam sebutan. Bahagian C (soalan 30-31) merupakan soalan terbuka yang menggalakkan para pelajar memberikan komen dan saranan. Bahagian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada para pelajar mengahadapi masalah dan jenis masalah yang dihadapi dan bagaimana pada pendapat mereka, sekolah boleh membantu mereka menggunakan sebutan baku dengan lebih baik. Soal selidik bagi para guru pula terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian A (soalan 1-6) mengenai latar belakang guru yang antara lain termasuk jangka masa mengajar, sama ada mereka sudah menghadiri seminar atau bengkel dan informasi yang diperoleh oleh mereka mengenai sebutan baku ini. Bahagian B (soalan 7-24) menyentuh tentang pelaksanaan sebutan baku di sekolah yang merangkumi pelaksaannya dalam bilik darjah, bahan-bahan yang digunakan, sokongan yang diberikan oleh MOE dan sekolah. Bahagian C (soalan 25-30) pula bertujuan untuk mengukur pencapaian pelaksanaan ini dari segi objektif dan juga penguasaan pelajar dalam menggunakan sebutan baku dalam pembelajaran dan aktiviti Bahasa Melayu yang dijalankan. Bahagian D (soalan 31-32) pula mengemukakan dua soalan bagi mendapatkan komen dan saranan para guru mengenai hambatan yang dihadapi dan juga peranan lebih aktif yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak tertentu seperti MOE, sekolah, ibu-bapa, media massa dan pertubuhan setempat seperti MBMS, KGMS, dan PGBM. 66

Selain soal selidik, sukatan pelajaran dan buku teks bagi sekolah menengah juga dirujuk untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai pelaksanaan sistem sebutan baku ini. 3.7.4 Dapatan Kajian Berdasarkan analisis data yang diperoleh, beberapa hal dan rumusan dapat dibuat tentang aspek yang dikaji. Data yang diperoleh melalui soal selidik ini akan dibincangkan berdasarkan bahagian-bahagian berikut: 3.7.4.1 Latar Belakang Responden 3.7.4.1.1 Bahasa Pertuturan Utama yang Digunakan oleh Pelajar Jadual 2: Bahasa Pertuturan Utama yang Digunakan oleh Pelajar Melayu Bahasa pertuturan utama yang digunakan Melayu Inggeris Mandarin Tamil Bahasa Lain Dengan keluarga di rumah 159 ( 78.7%) 43 (21.3%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) Dengan kawan-kawan 138 (68.3%) 63 (31.2%) 0 (0%) 0 (0%) 1 (0.5%) Kajian yang dijalankan ( Jadual 2 ) menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar-pelajar Melayu ( 78.7%) menggunakan bahasa Melayu di rumah. Walaupun demikian terdapat trend atau kecenderungan dalam kalangan pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris ( 21.3%) ketika mereka berkomunikasi dengan keluarga. Para pelajar juga lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris bila berhubungan dengan kawan-kawan ( 31.2% ) dan jumlah yang 67