Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Hubungan antara Trait Personaliti dengan Tingkah Laku Kepimpinan. Nurul Hudani Md. Nawi *, Ma'rof Redzuan, Hanina Hamsan, Mohd Ibrani Adam Asim

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Faculty Of Information and Communication Technology

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

Transcription:

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN-2289-8174 1 PERBANDINGAN TINGKAH LAKU SOSIAL BERDASARKAN GENDER ANTARA GENERASI MUDA TINGGAL DI KAWASAN TERPINGGIR DAN ARUS PERDANA DI MALAYSIA (COMPARATIVE SOCIAL BEHAVIOR BASED ON GENDER BETWEEN MARGINALISED AND MAINSTREAM MILLENIALS IN MALAYSIA) Fauziah Ibrahim 1 Juliana Rosmidah Jaafar 2 Sheau Tsuey Chong 1 Denise Koh Choon Lian 3 1 Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor 2 Fakulti Pengajian Asas dan Sains Gunaan, Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Jalan Ikram-Uniten 43000 Kajang, Selangor 3 Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor E-mail: ifauziah@ukm.edu.my ABSTRACT This article aims to compare social behaviors (peer to peer problem, hyperactive behavior, prosocial behavior, behavioral disorder and emotional problem) based on gender (male and female) among young people living in marginalised and mainstream area. This study used quantitative design and cross-sectional approach. A total of 5,237 young people (15-25 years old) were selected as respondents. They were grouped based on their residence area, namely as marginalised and mainstream. For data analysis, t-test was used in this study. Both group in this study were analyzed separately according to respondents residence area. For marginalised young people, T-test showed that there were no significant difference in term of gender towards peer to peer problems [t (3556) = 1.62, p =.103] and hyperactive behavior [t (3556) = 1.46, p =.144]. On the other hand, result revealed that there were significant difference in term on gender towards prosocial behavior [t (3556) = 4.85, p =.001], behavioral disorders [t (3556) = 4.83, p =.001] = 3.00, p =.003] and emotional problems [t (3556) = 3.00, p =.003] among these marginalised young people. As for young people in the mainstream area, no significant difference occurred between female and male towards peer to peer problems [t (1667) = 1.10, p =.270], hyperactive behavior [t (1667) =.66, p =.511] and behavioral disorders [t (1667) =.76, p =.449]. However, for this group, significant difference do exist in term of gender towards prosocial behaviors [t (1667) = 2.80, p =.525] and emotional problems [t (1667) = 5.54, p =.001]. These findings have implications on the efforts of stakeholders in developing future programs that can empower social behavior and enhance the development of identity for young generation based on gender living in marginalised or mainstream area in Malaysia. Keywords: social behaviour; peer to peer problem; hyperactive behaviour; prosocial behaviour; behavioral disorder; emotional problem

2 PENGENALAN Isu perbezaan tingkah laku sosial berdasarkan gender khasnya dalam kalangan generasi muda yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar perlu diberikan perhatian oleh negara bagi membolehkan program-program pembangunan yang dirangka untuk meningkatkan jati diri mereka dapat dilakukan secara seimbang. Tingkah laku sosial merupakan suatu terma yang merujuk kepada konsep kelakuan (conduct behavior) secara umum yang dipamerkan oleh seseorang individu dalam sesebuah masyarakat. Menurut Baron & Byrn (1991), tingkah laku sosial ditunjukkan melalui perasaan, tindakan, sikap keyakinan atau rasa hormat terhadap orang lain. Dalam kajian ini, tingkah laku sosial merujuk kepada masalah emosi, gangguan tingkah laku, masalah hubungan dengan rakan sebaya, tingkah laku hiperaktif dan kemahiran prososial dalam kalangan generasi muda yag tinggal dikawasan terpinggir dan arus perdana. Kajian terhadap tingkah laku sosial dalam kalangan generasi muda diperlukan untuk membantu negara dalam memberikan gambaran sebenar tentang diri dan tingkah laku sosial mereka masakini dan implikasinya terhadap kehidupan dimasa hadapan. Oleh itu kajian berkaitan dengan perbandingan tingkah laku sosial berasaskan gender antara generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir dan arus perdana adalah diperlukan. Hasil kajian berupaya membantu pihak-pihak yang berkepentingan dalam merangka polisi dan program-program pembangunan generasi muda dengan lebih seimbang bagi memastikan proses transisi generasi muda ke alam dewasa kelak adalah signifikan kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Teori pembelajaran sosial yang telah dikembangkan oleh Albert Bandura (1977) telah memberi gambaran tentang faktor-faktor yang mendorong seseorang individu untuk bertingkah laku. Menurut Bandura sesuatu tindakan yang berhubungkait dengan tingkah laku merupakan suatu hasil interaksi yang wujud antara ketiga-tiga faktor iaitu manusia, persekitaran dan tingkah laku manusia. Ketigatiga faktor tersebut merupakan penentu kepada sesuatu tindakan oleh seseorang individu. Manakala berdasarkan teori sosial disorganization oleh Weenink (2011), beliau menjelaskan bahawa perbezaan tingkah laku delinkuen seseorang individu kebiasannya adalah disebabkan oleh pelbagai peringkat kawalan sosial yang tidak formal dan perbezaan budaya di antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar sehingga mempengaruhi seseorang individu untuk bertingkah laku delinkuen. Ciri-ciri perubahan kejiranan dalam kawasan bandar dan kemiskinan merupakan ciri penting yang ditekan oleh teori ini dalam memberi penjelasan terhadap tingkah laku delinkuen. Berdasarkan teori berkenaan, Weenink (2011) menjelaskan bahawa tingkah laku delinkuen adalah disebabkan oleh remaja yang tinggal dalam sesuatu kawasan tertentu dan mempelajari sesuatu daripada rakan yang delinkuen yang lain. Tingkah laku sosial juga memperlihatkan hubungan yang signifikan dengan gender. Di Malaysia statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan mendedahkan bahawa majoriti golongan lelaki khasnya dalam kalangan generasi muda belia merupakan golongan tertinggi penglibatannya dengan aktiviti penyalahgunaan dadah berbanding golongan wanita. Sehingga akhir tahun 2014, statistik menunjukkan kadar kes baru bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan lelaki mencatatkan sejumlah 13,010 orang penagih lelaki berbanding penagih dadah wanita yang dikesan iaitu sejumlah 595 orang (Agensi Anti Dadah Kebangsaan, 2015). Manakala berdasarkan aspek perlakuan jenayah pula, banyak kajian telah mengaitkan golongan lelaki dengan perlakuan tersebut berbanding dengan golongan wanita (FirtGerald et al., 2003). Kajian yang dijalankan oleh Weatherburn (2001) juga mendapati bahawa golongan lelaki dilihat lebih cenderung untuk terlibat dengan aktiviti jenayah berbanding dengan golongan wanita terutamanya melibatkan jenayah berat atau serius. Kajian di Australia menunjukkan bahawa nisbah 2:1 penglibatan dalam kes yang berkaitan dengan jenayah adalah melibatkan golongan lelaki dan wanita (Weatherburn 2001). Berdasarkan kajian terdahulu timbulnya persoalan adakah penglibatan golongan lelaki dengan masalah delinkuen ini di pengaruhi oleh tingkah laku sosial yang

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN-2289-8174 3 wujud dalam diri mereka sama ada yang tinggal di kawasan terpinggir atau arus perdana? Oleh itu pemahaman tentang tingkah laku sosial berdasarkan masalah emosi, gangguan tingkah laku, masalah hubungan dengan rakan, tingkah laku hiperaktif dan kemahiran prososial perlu dikaji secara khusus dalam kalangan generasi muda berdasarkan gender dan kawasan penempatan mereka bagi membantu negara menangani permasalahan sosial yang kian membimbangkan masyarakat dan negara Masalah Emosi: Menurut Hairunnaja (2003), masalah emosi berlaku disebabkan seseorang individu gagal untuk mengendalikan sikap positif yang wujud dalam diri mereka terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya. Kajian yang dijalankan oleh Noriah, Shaharuddin, Kadderi dan Rozlina (2008) mendapati pelajar perempuan yang sedang menyambung pengajian di salah sebuah universiti awam di Malaysia menunjukkan indeks kecergasan emosi yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki (lelaki = 74.50, perempuan=75.57). Hasil dapatan ini mengambarkan bahawa pelajar perempuan kurang terdedah dengan masalah emosi berbanding dengan pelajar lelaki. Masalah emosi ini sekiranya tidak ditangani boleh memberi implikasi ke atas prestasi pembelajaran yang ditunjukkan mereka. Kajian yang dijalankan oleh Halpern (1992) mendapati bahawa pelajar perempuan dilihat lebih bersikap positif dan fokus terhadap kerjakerja sekolah yang diberikan oleh guru berbanding pelajar lelaki sewaktu di sekolah. Keadaan ini telah menyebabkan majoriti pelajar perempuan menunjukkan prestasi akademik yang lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki. Hasil kajian ini dilihat selari dengan beberapa kajian yang telah dijalankan di kebanyakan negara-negara di dunia seperti di Scotland, England, Peranchis, Jerman, Jepun, Australia, New Zealand dan Malaysia yang mendapati bahawa pelajar perempuan lebih mempamerkan prestasi akademik yang lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki disebabkan oleh masalah emosi yang terkawal (Tinklin, Croxford, Frame & Ducklin 2000; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Tingkah laku Hiperaktif: Berdasarkan perbandingan aspek tingkah laku hiperaktif pula, kajian yang dijalankan oleh Diaz et al. (2011) mendapati bahawa terdapat perbezaan signifikan antara remaja lelaki dan perempuan terhadap tingkah laku hiperaktif yang diuji dalam kajian berkenaan. Hasil kajian beliau mendapati remaja perempuan lebih cenderung untuk melakukan tindakan hiperaktif yang tidak begitu merbahaya berbanding dengan pengambilan dadah sebagaimana yang dilakukan oleh remaja lelaki. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa wujud perbezaan gender iaitu antara remaja lelaki dan perempuan dengan penglibatan aktiviti hiperaktif dalam kehidupan seharian mereka. Kajian yang dijalankan oleh Becker dan Grilo (2006) pula mendapati bahawa remaja perempuan dilihat lebih terdedah kepada aktiviti hiperaktif yang dicirikan dengan aspek bersifat dalaman seperti masalah estim diri, antisosial berbanding dengan remaja lelaki. Namun begitu, Becker dan Grilo (2006) turut menegaskan bahawa penglibatan remaja sama ada dengan aktiviti hiperaktif yang bersifat dalaman atau luaran mempunyai risiko negatif yang sama kepada remaja lelaki mahupun remaja perempuan. Hubungan Rakan Sebaya: Berdasarkan aspek perbandingan hubungan rakan sebaya pula, kajian yang dijalankan oleh Weichold, Wiesner dan Silbereisen (2014) mendapati bahawa remaja perempuan yang mempunyai masalah dengan rakan sebaya adalah lebih terdedah kepada masalah tingkah laku seperti pengambilan minuman beralkohol tetapi tidak kepada remaja lelaki. Ini adalah kerana masalah tingkah laku remaja lelaki dikaitkan dengan masalah yang berkaitan dengan jaringan sosial terhampir iaitu ibu bapa. Dalam erti kata lain, dapatan kajian Weischold et al. (2014) mencadangkan bahawa dalam tempoh seseorang individu melalui fasa remaja, hubungan dengan rakan sebaya adalah lebih signifikan bagi remaja perempuan. Ini adalah setara dengan pandangan Ma dan Huebner (2008) yang menyatakan bahawa jalinan hubungan yang rapat bersama rakan-rakan adalah lebih tinggi dalam kalangan remaja perempuan berbanding lelaki. Manakala Giardano (2003) pula berpandangan bahawa hubungan rapat yang wujud dalam hubungan rakan sebaya berupaya mendedahkan remaja perempuan dengan tindakan berisiko. Weichold et al.

4 (2014) dalam kajiannya mendapati masalah dengan rakan sebaya boleh memberikan kesan kepada tingkah laku remaja perempuan berbanding dengan remaja lelaki. Manakala Khamis (2015) dalam kajiannya pula mendapati masalah dengan rakan sebaya berupaya memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosial remaja lelaki dan perempuan. Hasil kajian beliau mendapati bahawa masalah buli yang dilakukan oleh rakan sebaya adalah ketara dalam kalangan remaja lelaki berbanding perempuan. Dapatan kajian berkenaan mencadangkan bahawa remaja lelaki yang mengalami masalah buli mempunyai kebarangkalian berhadapan dengan kesan jangka panjang seperti kesukaran berinteraksi dengan individu-individu lain di sekeliling mereka. Tingkah laku Prososial: Tingkah laku prososial merujuk kepada tingkah laku yang dapat memberikan manfaat kepada orang disekelilingnya.tingkah laku prososial ini sering dianggap sebagai asas dalam perhubungan manusia dan dilihat penting dalam membina hubungan interpersonal yang positif dalam kalangan masyarakat (Babcock, Hartle & Lamme, 1995). Kajian yang dijalankan oleh Fauziah, Chong, Denise dan Juliana (2016) mendapati kebanyakan generasi muda pelbagai etnik yang tinggal di kawasan terpinggir dan arus perdana mempamerkan tingkah laku prososial yang baik dan memberi keyakinan tinggi kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk meneruskan agenda perpaduan dan pembentukan generasi muda yang sejahtera pada masa hadapan. Manakala kajian yang dijalankan oleh Babcock, Hartle & Lamme (1995) mendapati bahawa kanak-kanak kecil yang pernah menerima latihan untuk membentuk tingkah laku prososial, menunjukkan tingkah laku kurang agresif dan lebih baik perhubungan dengan rakan-rakan sebaya mereka. Gangguan Tingkah Laku: Menurut Linda (1994), gangguan tingkah laku atau conduct disorder merujuk kepada tingkah laku anti sosial yang melanggar nilai dan norma-norma masyarakat. Lindner, Savic, Sitnikov, Budhiraja, Liu, Jokinen, Tiihonen, dan Hodgins (2016) pula menjelaskan diagnosis untuk tingkah laku bermasalah diindeks dengan corak tingkah laku antisosial termasuk melanggar peraturan dan norma masyarakat, buli, kecurian, serangan fizikal semasa zaman kanak-kanak dan remaja. Gangguan tingkah laku ini dikaitkan juga dengan pelbagai kesan negatif termasuk tingkah laku antisosial yang berterusan, kegagalan dalam aspek akademik, status sosioekonomi yang rendah, masalah jenayah, gangguan mental dan fizikal seseorang individu. Kajian yang dijalankan oleh beberapa penyelidik barat mendapati bahawa kanak-kanak perempuan kebiasannya menghadapi gangguan tingkah laku seperti kemurungan dan idea bunuh diri yang lebih tinggi berbanding lelaki (Hawton Rodham, Evans & Weatherall, 2002; Parker & Roy. 2001). Manakala kajian yang dijalankan oleh Linzer, Spitzer & Kroenke (1996) pula mendapati bahawa wanita dewasa tidak kira dimana kawasan mereka tinggal menunjukkan kecenderungan gangguan tingkah laku yang lebih tinggi berbanding lelaki. OBJEKTIF KAJIAN Memandangkan aspek tingkah laku sosial dalam kalangan generasi muda berasaskan gender adalah penting dalam menangani masalah sosial dan penyediaan perancangan programprogam pembangunan generasi muda untuk masa hadapan, maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk: 1. mengenal pasti perbandingan antara tingkah laku sosial (masalah hubungan rakan sebaya, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku prososial, gangguan tingah laku dan masalah emosi) dengan gender (lelaki dan perempuan) dalam kalangan generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir dan 2. mengenal pasti perbandingan antara tingkah laku sosial (masalah hubungan rakan sebaya, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku prososial, gangguan tingah laku dan masalah emosi) dengan gender (lelaki dan perempuan) dalam kalangan generasi muda yang tinggal di kawasan arus perdana di Malaysia.

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN-2289-8174 5 Rekabentuk Kajian METOD Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan metodologi berbentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Menurut Malhotra, Sham, & Crsip (1996), reka bentuk keratan-lintang merupakan suatu kaedah yang melibatkan pengumpulan data terhadap satu jenis sampel daripada populasi yang dikaji secara sekali sahaja berdasarkan kepada atribut responden yang sedia ada. Populasi dan sampel kajian Dalam kajian ini, populasi merujuk kepada remaja yang secara geografinya tinggal dalam kawasan terpinggir seperti di kawasan kampung tradisional, kampung baru, rumah panjang, FELDA, FELCRA, estet, rumah pangsa dan rumah kos rendah serta mempunyai jumlah pendapatan isirumah sebanyak RM3,000 sebulan. Kesemua remaja terpinggir tersebut berusia dalam lingkungan umur 15-25 tahun. Persampelan rawak berdasarkan blok perhitungan banci penduduk 2010 telah digunakan untuk memilih 5,237 orang remaja dengan pecahan jumlah sampel yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India dan peribumi Sabah dan Sarawak. Jumlah keseluruhan responden bagi kumpulan generasi muda di kawasan terpinggir adalah 3558 orang (Lelaki= 1947 dan Perempuan = 1611) dan jumlah responden dalam kumpulan arus perdana adalah seramai 1679 orang (Lelaki = 899 orang dan perempuan = 780 orang). Zon-Zon yang terlibat dalam kajian ini adalah: (1) Zon Utara: melibatkan negeri Perlis dan Kedah, (2) Zon Pantai Timur: melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu, (3) Zon Selatan: melibatkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, (4) Zon Tengah: melibatkan negeri Selangor dan Wilayah Persekuuan, KL, (4) Zon Sabah bagi negeri Sabah dan (5) Zon Sawarak bagi negeri Sarawak. Pengukuran Data Instrumen The Strengths and Difficulties Questionnaire (SDQ) telah digunakan untuk mengukur tingkah laku sosial dalam kalangan remaja pelbagai etnik yang tinggal di kawasan terpinggir di Malaysia. Instrumen SDQ tersebut mengandungi 25 soalan berkaitan dengan tingkah laku sosial dengan lima sub dimensi iaitu gangguan tingkah laku, masalah emosi, kemahiran prososial, masalah hubungan rakan sebaya dan tingkah laku hiperaktif. Skala tiga likert digunakan dengan pilihan-pilihannya disusun mengikut kesesuaian iaitu (1) tidak benar, (2) agak benar dan (3) benar. Nilai kebolehpercayaan untuk skala yang digunakan dalam kajian ini adalah tinggi iaitu 0.792. Dalam kajian ini, Ujian T digunakan untuk membuat perbandingan tingkah laku sosial berdasarkan gender dalam kalangan generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir dan arus perdana di Malaysia. Proses Pengumpulan Borang Soal Selidik Pengedaran borang soal selidik kajian telah dijalankan secara rawak setelah mendapat kebenaran bertulis untuk menjalankan kajian daripada pihak yang berkepentingan. Kerjakerja dilapangan telah diagihkan kepada beberapa kumpulan penyelidik berdasarkan zonzon dan lokasi penyelidikan. Sewaktu kerjakerja pengutipan data dilapangan dilakukan, setiap zon diuruskan oleh seorang ketua penyelidik dan dibantu oleh beberapa orang pembantu penyelidik dan enumerator terlatih. Kesemua pembantu penyelidik dan enumerator terlatih yang terlibat dalam penyelidikan terlebih dahulu diberikan penerangan dan taklimat ringkas berkaitan kaedah pengumpulan data oleh ketua penyelidik. Seterusnya, ketua dan pembantu penyelidik serta enumerator terlatih telah kelapangan dan sesi pengumpulan data dijalankan berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti negeri dan zon yang telah ditentukan serta ciri-ciri responden yang disasarkan dalam penyelidikan. Sewaktu pengutipan data dijalankan. pembantu penyelidik dan enumerator telah mengawasi responden sewaktu mereka menjawab soal selidik bagi membolehkan mereka bertanya sekiranya terdapat soalan-soalan yang kurang jelas dan kurang difahami. Semua responden yang terlibat dalam kajian ini dimaklumkan tentang etika pengumpulan data dan mereka dibenarkan untuk menarik diri pada bila-bila masa sepanjang kajian tersebut berlangung. Bagi mendapatkan jumlah borang soal selidik yang tepat, pasukan penyelidik telah memeriksa setiap helaian pada borang soal selidik sewaktu pengutipan borang soalselidik dijalankan. Ia bertujuan memastikan setiap responden mengisi borang soal selidik dengan sempurna dan lengkap.

6 Sekiranya terdapat mana-mana borang yang didapati tidak diisi dengan lengkap, pasukan penyelidik akan memulangkan semula kepada responden dan memastikan mereka menjawab soalan yang tidak dijawab tersebut dengan bantuan daripada pegawai penyelidik yang bertugas dalam sesi pengutipan data berkenaan. Secara keseluruhan, proses pengumpulan data dapat dijalankan dengan sempurna hasil kerjasama yang baik daripada responden yang terlibat dalam penyelidikan. Penganalisaan Data Analisis ujian-t telah digunakan untuk mencapai objektif kajian dan data daripada hasil penyelidikan telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science for Windows (SPSS for Windows). HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN i. Perbandingan Tingkah Laku Sosial antara Gender (Lelaki Dan Perempuan) dalam kalangan generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir. Jadual 2 menunjukkan hasil analisis terhadap perbandingan antara tingkah laku sosial (masalah hubungan rakan sebaya, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku prososial, gangguan tingah laku dan masalah emosi) dengan gender (lelaki dan perempuan) dalam kalangan generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir. Jumlah responden bagi kumpulan generasi muda di kawasan terpinggir adalah 3558 orang (Lelaki= 1947 dan Perempuan = 1611). Jadual 2: Ujian T: Perbandingan antara Tingkah Laku Sosial dengan Gender Dalam Kalangan Generasi Muda yang Tinggal di Kawasan Terpinggir Tingkah laku Sosial Jantina Min Sisihan piawai Ujian- t Masalah Hubungan Rakan Lelaki 1.73.38 [t(3556)=1.62, Sebaya Perempuan 1.71.37 p=.103]. Tingkah laku Hiperaktif Lelaki 1.81.37 [t(3556)=1.46, Perempuan 1.79.37 p=.144]. Tingkah laku Prososial Lelaki 1.73.46 [t(3556)=4.85, Perempuan 1.66.44 p=.001]. Gangguan Tingkah Laku Lelaki 1.66.45 [t(3556)=4.83, Perempuan 1.59.40 p=.001]. Masalah Emosi Lelaki 1.69.50 [t(3556)=3.00, Perempuan 1.74.48 p=.003].

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN-2289-8174 7 Berdasarkan analisis terhadap remaja yang tinggal di kawasan terpinggir, hasil analisis ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah hubungan rakan sebaya [t(3556)=1.62, p=.103] dan tingkah laku hiperaktif [t(3556)=1.46, p=.144] dengan gender. Walaupun analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah hubungan rakan sebaya dan tingkah laku dengan gender, namun secara relatifnya, remaja lelaki dilihat menunjukkan masalah hubungan rakan sebaya (min=1.73) dan tingkah laku hiperaktif (min=1.81) yang lebih tinggi berbanding remaja perempuan yang tinggal di kawasan terpinggir. Analisis seterusnya juga mendapati bahawa pembolehubah tingkah laku prososial [t(3556)=4.85, p=.001], gangguan tingkah laku [t(3556)=4.83, p=.001] dan masalah emosi [t(3556)=3.00, p=.003] merupakan pembolehubah yang menunjukkan perbezaan signifikan dengan gender. Remaja lelaki yang tinggal di kawasan terpinggir dilihat secara relatifnya menunjukkan tingkah laku prososial (min=1.73) dan gangguan tingkah laku (min=1.66) yang lebih tinggi berbanding remaja perempuan yang tinggal di kawasan terpinggir. Namun daripada aspek gangguan emosi, analisis menunjukkan secara relatifnya remaja perempuan (min=1.74) menunjukkan masalah emosi yang lebih tinggi berbanding remaja lelaki yang tinggal di kawasan terpinggir. ii. Perbandingan Tingkah Laku Sosial antara Gender (Lelaki Dan Perempuan) dalam Kalangan Generasi Muda yang Tinggal di Kawasan Arus Perdana Jadual 3 menunjukkan hasil ujian-t terhadap perbandingan antara tingkah laku sosial (masalah hubungan rakan sebaya, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku prososial, gangguan tingah laku dan masalah emosi) dengan gender (lelaki dan perempuan) dalam kalangan generasi muda yang tinggal di kawasan arus perdana. Dalam kumpulan ini, jumlah keseluruhan responden dalam kumpulan arus perdana adalah seramai 1679 orang (Lelaki = 899 orang dan perempuan = 780 orang). Berdasarkan analisis terhadap remaja yang tinggal di kawasan arus perdana pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah hubungan rakan sebaya [t(1667)=1.10, p=.270], tingkah laku hiperaktif [t(1667)=.66, p=.511] dan gangguan tingkah laku [t(1667)=.76, p=.449] dengan gender. Walaupun analisis menunjukkan tidak Jadual 3: Ujian T: Perbandingan antara Tingkah Laku Sosial dengan Gender dalam Kalangan Generasi Muda yang Tinggal di Kawasan Arus Perdana Tingkah laku sosial Jantina Min Sisihan piawai Ujian- t Masalah Hubungan Rakan Lelaki 1.69.39 [t(1667)=1.10, Sebaya Perempuan 1.67.36 p=.270]. Tingkah laku Hiperaktif Lelaki 1.78.37 [t(1667)=.66, Perempuan 1.77.39 p=.511]. Tingkah laku Prososial Lelaki 1.69.44 [t(1667)=2.80, Perempuan 1.63.41 p=.005]. Gangguan Tingkah Laku Lelaki 1.58.42 [t(1667)=.76, Perempuan 1.56.39 p=.449]. Masalah Emosi Lelaki 1.61.47 [t(1667)=5.54, Perempuan 1.74.48 p=.001].

8 terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah hubungan rakan sebaya, tingkah laku hiperaktif dan gangguan tingkah laku dengan gender, namun secara relatifnya, remaja lelaki dilihat menunjukkan masalah hubungan rakan sebaya (min=1.69), tingkah laku hiperaktif (min=1.78) dan gangguan tingkah laku (min=1.58) yang lebih tinggi berbanding remaja perempuan yang tinggal di kawasan arus perdana. Analisis seterusnya juga mendapati bahawa pembolehubah tingkah laku prososial [t(1667)=2.80, p=.005] dan masalah emosi [t(1667)=5.54, p=.001] merupakan pembolehubah yang menunjukkan perbezaan signifikan dengan gender. Remaja lelaki yang tinggal di kawasan terpinggir dilihat secara relatifnya menunjukkan tingkah laku prososial (min=1.58) yang lebih tinggi berbanding remaja perempuan yang tinggal di kawasan arus perdana. Manakala daripada aspek masalah emosi pula, remaja perempuan secara relatifnya (min=1.74) menunjukkan masalah emosi yang lebih tinggi berbanding remaja lelaki yang tinggal di kawasan arus perdana. Berdasarkan analisis kedua-dua remaja yang tinggal di kawasan terpinggir dan arus perdana menunjukkan bahawa remaja lelaki sama ada yang tinggal di kawasan terpinggir atau arus perdana secara relatifnya menunjukkan tingkah laku sosial iaitu masalah hubungan rakan sebaya, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku prososial dan gangguan tingkah laku yang lebih tinggi berbanding remaja perempuan di kedua-dua buah kawasan. Masalah hubungan rakan sebaya, tingkah laku hiperaktif dan gangguan tingkah laku yang lebih tinggi ditunjukkan oleh remaja lelaki dalam kajian ini memberi gambaran dan kaitan yang jelas terhadap permasalahan sosial dalam negara yang ditunjukkan oleh golongan berkenaan. Misalnya sehingga akhir tahun 2014, statistik menunjukkan kadar kes baru bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan lelaki mencatatkan sejumlah 13,010 orang penagih lelaki berbanding penagih dadah wanita yang dikesan iaitu sejumlah 595 orang (Agensi Anti Dadah Kebangsaan, 2015). Manakala berdasarkan aspek perlakuan jenayah pula, banyak kajian mengaitkan golongan lelaki dengan perlakuan tersebut berbanding dengan golongan perempuan (FirtGerald et al., 2003). Weatherburn (2001) dalam kajiannya juga telah mengenalpasti bahawa golongan lelaki dilihat lebih cenderung untuk terlibat dengan aktiviti jenayah berbanding dengan golongan perempuan terutamanya melibatkan kes jenayah berat atau serius. Berdasarkan kepada maklumat ini, maka pihak-pihak yang berkepentingan perlu memberi perhatian dalam merangka program-program pembangunan insan untuk generasi muda dengan mengambilkira aspek gender supaya program-program pembangunan insan tersebut dapat dilaksanakan dengan seimbang dan berkesan dalam membantu memperkasa tingkah laku sosial mereka. Daripada aspek tingkah laku prososial pula, kajian menunjukkan bahawa remaja lelaki mempamerkan kecenderungan masalah hubungan rakan sebaya, tingkah laku hiperaktif dan gangguan tingkah laku yang lebih tinggi berbanding remaja perempuan di dua-dua buah kawasan. Menurut Babcock, Hartle & Lamme (1995), tingkah laku prososial dilihat penting dalam membina hubungan interpersonal yang positif dalam kalangan masyarakat. Hasil dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Fauziah, Chong, Denise dan Juliana (2016) yang menunjukkan bahawa kebanyakan generasi muda pelbagai etnik yang tinggal di kawasan terpinggir dan arus perdana mempamerkan tingkah laku prososial yang baik dan memberi keyakinan tinggi kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk meneruskan agenda perpaduan dan pembentukan generasi muda yang sejahtera pada masa hadapan. Selain tingkah laku sosial, aspek masalah emosi dalam kalangan remaja pula menunjukkan dapatan kajian sebaliknya berdasarkan gender daripada kedua-dua buah kawasan. Analisis kajian mendapati remaja perempuan samada mereka yang tinggal di kawasan terpinggir mahupun yang tinggal di arus perdana secara relatifnya menunjukkan masalah emosi yang lebih tinggi berbanding remaja lelaki. Hasil kajian ini dilihat berbeza dengan hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik terdahulu. Menurut Hairunnaja (2003), masalah emosi berlaku disebabkan oleh kegagalan seseorang individu untuk mengendalikan sikap positif yang wujud dalam diri mereka terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya. Kajian yang dijalankan oleh Noriah, Shaharuddin, Kadderi dan Rozlina (2008) mendapati

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN-2289-8174 9 bahawa pelajar perempuan yang sedang menyambung pengajian di salah sebuah universiti awam di Malaysia menunjukkan indeks kecergasan emosi yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki sehingga menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih baik. intervensi untuk memantapkan tingkah laku sosial dalam kalangan generasi muda perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh pihakpihak yang berkepentingan bagi memastikan agenda pembentukan generasi muda masa depan dapat dilaksanakan dengan lebih seimbang dengan mengambil kira aspek gender samada yang tinggal di kawasan terpinggir mahupun di kawasan arus perdana. RUMUSAN Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat persamaan tren tingkah laku sosial dalam kalangan generasi muda samada yang tinggal di kawasan terpinggir dan arus perdana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa generasi muda lelaki dikedua-dua penempatan tersebut menunjukkan tingkah laku sosial iaitu masalah hubungan rakan sebaya, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku prososial dan gangguan tingkah laku yang secara relatifnya lebih tinggi berbanding dengan generasi muda perempuan. Manakala dari aspek masalah emosi pula analisis kajian mendapati generasi muda perempuan yang tinggal di kawasan terpinggir dan arus perdana menunjukkan masalah emosi yang secara relatifnya tinggi berbanding dengan generasi muda lelaki. Hasil kajian memberi implikasi terhadap usaha pihak-pihak yang berkepentingan dalam merangka program-program yang membantu meningkatkan pembangunan jatidiri generasi muda berdasarkan gender dan penempatan mereka. Kajian semasa terhadap generasi muda yang tinggal di kawasan terpinggir dan arus perdana berasaskan gender adalah perlu bagi menyediakan input semasa kepada negara dalam merangka strategi baru yang seimbang dan menepati situasi generasi muda masakini ke arah pembentukan generasi muda masa hadapan yang sejahtera. Perancangan untuk membangunkan generasi muda perlu responsif kepada jangkaan keperluan dan cabaran masa hadapan generasi muda dengan mengambil kira aspek tingkah laku sosial, gender dan dimana penempatan mereka. Ini adalah kerana segala perancangan dan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti bagi mendepani sesuatu cabaran yang berkaitan dengan generasi muda akan lebih mudah menemui kejayaan apabila jangkauan pemikiran dan penglihatan menyeluruh terhadap generasi muda adalah bersifat jangka panjang. Langkah-langkah PENGHARGAAN Kajian ini telah mendapat sokongan dan pembiayaan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui kod penyelidikan LRGS/2013/UMK-UKM/SS/01. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, Penyelidik - penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Kelantan serta semua pihak yang terlibat menjayakan penyelidikan ini. REFERENCES Agensi AntiDadah Kebangsaan. (2015). Statistik Laporan Dadah. Kajang: Selangor Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Babcock, Hartle & Lamme (1995). Prososial Behaviors of Five-Year-Old Children In Sixteen Leaming / Activity Centers. Journal of Research in Childhood Education, 9: 113-127. Baron, R. A., & Byrne, D. (1991). Sosial Psychology: Understanding Human Interactions. (6th Ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon. Becker, D. F., & Grilo, C. M. (2006). Prediction of drug and alcohol abuse in hospitalized adolescents: Comparisons by gender and substance type. Behaviour Research and Therapy, 44(10): 1431-1440.

10 Díaz, R., Goti, J., García, M., Gual, A., Serrano, L., González, L., & Castro- Fornieles, J. (2011). Patterns of substance use in adolescents attending a mental health department. European child & adolescent psychiatry, 20(6): 279-289. Fauziah Ibrahim, Sheau Tsuey Chong, Denise Koh Choon Lian, Juliana Rosmidah Jaafar. 2016. Perbandingan tingkah laku sosial berdasarkan kumpulan etnik dalam kalangan generasi muda terpinggir di Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 12: 28-38. Fitzgerald, R. (2003). An examination of sex differences in delinquency. Crime and Justice Research Paper Series. No. 003. Statistics Canada Catalogue no. 85-561- MIE. Ottawa. Giordano, P. C. (2003). Relationships in adolescence. Annual Review of Sociology, 257-281. Hairunnaja Najmuddin (2003). Memahami & membimbing remaja nakal. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Halpern, D. F. (1992). Sex differences in cognitive abilities. Hillsdale, NJ: Erlbaum. 2 nd edition Hawton K, Rodham K, Evans E, Weatherall R. (2002). Deliberate self harm in adolescents: Self report survey in schools in England. 23:1207-11. 26. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Perangkaan Pendidikan Malaysia 2000. KL: Kementerian Pendidikan Malaysia. Khamis, V. (2015). Bullying among schoolage children in the greater Beirut area: risk and protective factors. Child Abuse & Neglect, 39: 137-146. Knopf, D., Park M.J., & Mulye T.P. (2008). The Mental Health of Adolescent: A National Profile. National Adolescent Health Information Center (NATIC) Linda, D.C. (1994). Tingkah Laku Abnormal, dari Sudut Padang Perkembangan, Jakarta: Grasindo Lindner P., Savic I., Sitnikov R., Budhiraja M., Liu,Y., Jokinen J., Tiihonen J., & Hodgins S. (2016). Conduct disorder in females is associated with reduced corpus callosum structural integrity independent of comorbid disorders and exposure to maltreatment. Translational Psychiatry. 19(6):714. doi: 10.1038/ tp.2015.216 Linzer M, Spitzer R & Kroenke K, (1996). Gender, quality of life, and mental disorders in primary care: results from the PRIME-MD 1000 study. Am J Med, 101:526-33. Ma, C. Q., & Huebner, E. S. (2008). Attachment relationships and adolescents' life satisfaction: Some relationships matter more to girls than boys. Psychology in the Schools, 45(2): 177-190. Malhotra, N.K., Hall, J., Sham, M & Crsip, M. (1996). Marketing Research: Applied Orientation (1 st Edition). Sydney: Prentice Hall. Noriah Mohd. Ishak, Shaharuddin Ahmad, Kadderi Md. Desa, Rozlina Tan Abdullah. (2008). Kepintaran Emosi Sebagai Faktor Peramal Pencapaian Akademik Pelajar IPTA: Implikasi Terhadap Kebolehpasaran. Jurnal Personalia Pelajar, Bil. 11 Jun 2008 (1-28) Parker G, Roy K. (2001). Adolescent Depression: A Review. Aust N Z J Psychiatry, 35:572-80. Tinklin, T., Croxford, L. Frame, B., Ducklin, A. (2000). Gender and Pupil Performance in Scotland. Kertas Kerja. The European Conference on Educational Research, Edinburgh. Available online: http:www//leeds.ac.uk/educol/documents/00001 663.htm Weichold, K., Wiesner, M. F., & Silbereisen, R. K. (2014). Childhood predictors and mid-adolescent correlates of developmental trajectories of alcohol use among

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN-2289-8174 11 male and female youth. Journal of Youth and Adolescence, 43(5): 698-716. Weatherburn D. (2001). What causes crime? Contemporary issues in crime and justice no. 54, BOCSAR